Pemberian barang hantaran mengikut adat Melayu

Dalam adat atau majlis pertunangan mahupun perkahwinan Melayu, membawa serta membalas barang hantaran, adalah satu kemestian antara kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan. Selain memenuhi adat tradisi dan syarat untuk mengikat dua hati yang ingin disatukan, berbalas-balas dulang hantaran antara kedua-dua pihak itu turut dianggap sebagai simbolik untuk mengukuhkan lagi perhubungan yang terjalin.

Barang hantaran adalah hadiah yang berupa wang atau mas kahwin dan biasanya diiringi barang lain seperti manisan, buah-buahan dan pakaian. Lebih unik dan istimewa, setiap barang hantaran itu akan digubah cantik serta penuh daya kreativiti sebelum diletakkan di atas dulang yang beralas cantik dan dihiasi indah.

Tiada had dalam menetap jumlah barang hantaran, tetapi kebiasaannya pihak perempuan akan menambah dua dulang lebih daripada pihak lelaki. Misalnya, jika pihak lelaki membawa tujuh dulang, pihak perempuan pula mestilah membalasnya dengan sembilan dulang.

Perunding dan penggubah barang hantaran perkahwinan, Rose Sury’s dari Kota Seriemas, Nilai, Negeri Sembilan, Rosuri Abas, berkata pada masa kini membawa dan membalas barang hantaran bukan saja bertujuan melengkapkan adat budaya, tetapi juga menyerikan lagi acara yang dilangsungkan sama ada majlis pertunangan atau pun perkahwinan.

Beliau berkata, bersesuaian dengan arus perubahan moden, pemberian barang hantaran antara kedua-dua belah pihak pada masa kini tidaklah terlalu terikat dengan syarat dan adat yang telah ditetapkan sebelum ini. Sebaliknya, apa yang lebih penting kedua-dua belah pihak perlu saling muafakat dan berusaha memenuhi hati masing-masing ketika membawa dan membalas barang hantaran berkenaan.

“Jika dulu, pasangan sering ditekankan tidak membawa dan memberi barang hantaran dalam jumlah yang genap. Tetapi kini, soal jumlah genap atau ganjil bukan persoalan besar bagi kebanyakan pasangan. Begitu juga tambahan dua dulang lebih yang perlu diberikan pihak perempuan kepada pihak lelaki tidak lagi menjadi syarat utama.

“Sebab itulah kadang-kadang kita lihat hari ini, dulang hantaran yang diberi dan dibalas, sama banyak antara pihak perempuan dan lelaki. Mungkin ia lebih adil dan dapat memuaskan hati kepada kedua-dua belah pihak,” katanya.

Rosuri yang sudah 10 tahun menggubah hantaran dan menawarkan perkhidmatan tempahan membuat gubahan berkata, hari ini antara barang hantaran wajib daripada pihak lelaki kepada perempuan biasanya adalah hantaran wang mas kahwin, telekung dan sejadah, alat solek, manisan serta pakaian.

Bagi pihak wanita kepada lelaki pula, barang hantaran yang dibalas tidak jauh bezanya kecuali tiada wang mas kahwin diberikan.

Mengenai gaya gubahan katanya, pada masa kini kebanyakan pasangan lebih senang menempah rekaan hantaran yang ringkas, tetapi mampu menonjolkan daya kreativiti. Gubahan gaya ringkas itu khususnya yang membabitkan seni rekaan melipat seperti telekung, sejadah dan tuala.

“Dulu barang hantaran seumpama itu digubah menjadi pelbagai bentuk seperti buah-buahan, bunga, masjid, menara dan sebagainya. Tetapi kini kebanyakan pasangan lebih gemar gubahan yang mampu menonjolkan gaya korporat dan abstrak. Untuk itu, seni lipatan bukan menjadi keutamaan,” katanya.

Perbezaan ketara lain dalam pemberian barang hantaran ialah amalan berdasarkan tema perkahwinan yang sudah ditetapkan. Misalnya, jika tema yang dipilih mewajibkan rona merah jambu, maka barang hantaran juga perlulah digubah menggunakan warna demikian.

Rosuri berkata, selain tema yang menekankan pilihan warna, ada juga yang pasangan menetapkan konsep tertentu untuk rekaan gubahan hantaran seperti tradisional, nusantara, Victoria dan juga gaya Inggeris.

Pilihan mengikut konsep dan warna sememangnya ada kelebihan dan keistimewaan tersendiri kerana ia lebih teratur, tampak seragam dan menyerlahkan lagi hantaran.

Misalnya, jika memilih gaya Inggeris sudah tentu gubahan hantaran lebih memperlihatkan warna lembut dan segar. Begitu juga dengan gaya nusantara, akan memperlihatkan gubahan bercirikan klasik dan semula jadi.

“Namun, untuk menepati pemberian barang hantaran pihak lelaki kepada wanita, gubahan dan barangan dipilih perlulah mengambil kira beberapa aspek tertentu termasuk, dari segi warna, gaya rekaan dan penggunaan bahan lain seperti reben dan renda yang boleh membangkitkan keindahan rekaan gubahan.

“Jika daripada pihak lelaki kepada wanita barang hantaran yang diberi perlulah menonjolkan gaya feminin yang menepati jiwa orang menerimanya dan begitulah sebaliknya. Untuk itu, pihak lelaki bolehlah memilih warna sesuai seperti merah jambu, krim dan ungu. Penggunaan renda dan riben memang sesuai sekali untuk melambangkan kelembutan jiwa nurani wanita.

“Untuk memberi pihak lelaki pula, pihak wanita pula memilih gaya maskulin dan warna paling sesuai untuk barang yang ingin dijadikan hadiah ialah warna bumi, biru dan ungu gelap. Seandainya, kedua-dua pihak inginkan rona barang hantaran yang sama, pastikan warna muda adalah untuk wanita, manakala pihak lelaki menerima warna tua,” katanya.

Beliau berkata, dulu kerja menggubah barang hantaran dibuat secara beramai-ramai bagi mengeratkan tali persaudaraan, tetapi kesibukan masa menyebabkan kebanyakan pasangan hari ini lebih suka menempah dan mengupah individu yang mahir membuatnya. Malah, ada yang menyerahkan bulat-bulat kepada perancang perkahwinan untuk menyediakannya kerana tidak mahu fikiran berserabut menjelang hari bahagia, di samping ketiadaan peralatan dan kelengkapan seperti dulang serta alas bagi memastikan barang hantaran tampak sempurna.

Harga tempahan untuk menggubah barang hantaran pula berbeza-beza dan biasanya ia berdasarkan bahan yang digunakan. Bayaran dikenakan adalah mengikut jumlah dulang barang hantaran dan kebanyakan penggubah mengenakan harga serendah RM40 untuk satu dulang.

Pemberian barang hantaran mengikut adat Melayu

  • Pada zaman silam ketika adat menghantar tanda dan adat menghantar mas kahwin dan belanja dilakukan oleh pihak lelaki, biasanya dibawa bersama cincin emas atau berlian. Tanda itu biasanya diiringi oleh hadiah yang lain kepada bakal pengantin perempuan, seperti kain, sarung, selipar atau kasut, gula-gula, buah-buahan, dan sebagainya.
  • Penghantaran tanda biasanya disertai dengan majlis kenduri oleh kedua-dua keluarga. Sesetengah orang juga menyampaikan cincin dan hadiah yang lain dengan cara mengadakan perarakan ke rumah bakal pengantin perempuan.
  • Penerimaan cincin dan hadiah iringan secara tradisi bermaksud, penerimaan syarat perkahwinan yang berikut antara kedua-dua pihak;
  • Jika lelaki itu, atas apa-apa alasan, gagal untuk mengahwini anak perempuan yang ditunangkan, cincin pertunangan serta hadiah yang lain tidak boleh dituntut balik.
  • Jika perempuan itu, atas apa-apa alasan kecuali kematiannya, gagal memenuhi tujuan pertunangan itu, maka semua hadiah, termasuk cincin pertunangan, harus dikembalikan kepada lelaki pada kadar sekali ganda, baik dari segi bilangan atau nilainya.
  • Di antara barang yang termasuk dalam kategori wajib bagi melengkapkan sesuatu hantaran adalah seperti berikut, dan hantaran tersebut akan turut sama diarak dengan mempelai sebelum bersanding.
  • Wang mas kahwin dan belanja (ada yang menyerahkan wang mas kahwin itu terus ke tangan isteri selepas selesai upacara akad nikah) yang diletakkan di dalam dulang atau batil bertudung diperbuat daripada perak atau tembaga putih.
  • Sebentuk cincin permata berbatu intan atau ber1ian yang diletakkan di dalam cembul atau kotak perak.
  • 2 pasang kain dan sehelai baju dari jenis yang cukup baik dan berkualiti, dilipat di dalam talam perak atau tembaga putih bertudung.
  • Beberapa jenis kuih juadah, yang setiap satunya diletak di dalam sebuah pinggan besar bertudung dan dihias beralaskan talam.
  • Beberapa jenis buah-buahan yang segar disusun di dalam bekas atau talam ditudung.
  • Tepak sirih atau puan perak atau tembaga putih yang diisi lengkap.
  • Satu atau dua perecik atau perenjis air mawar dan dua kaki dian atan lilin.
  • 47 thoughts on “Pemberian barang hantaran mengikut adat Melayu

    1. …comment sikit aje….
      1) elok lah tinggalkan jika adat2 yang bercanggah dgn agama Islam..
      2) toksah ler bergolok bergadai nak kawin….ikut kemampuan…..and should not be “Hutang”..nanti anak dah nak masuk sekolah…utang kawin tak habis lagi..

      berpijak di atas tanah..

      Salam

    2. sokong azlan… to me la…hantaran 2 smue tu just a waste of time, effort and money..

      lbh baek gune duet tu utk blnje family baru korang..

    3. aku pun heran kengkadang….aku dulu….takde pun internet2 ni…pun bleh handle….aku
      kluar dgn bakal tunang masa tu…gi beli barang…pakat2..pastu gubah…..

      mintak maaf lah kalau laser sikit….kalau bab ni pun korang tak leh handle….elok lah
      evaluate balik….kang dah tunang dan dah kawin macam2 lagi bende serious yang nak di handle….

      Salam

      • lain org, lain ilmu pengetahuan nye…ape2 pun keep on learning..xbaik ckp cmtu, die tny sbb die xtau..mcmla awak tu expert hal2 bli brg hantaran,hal lain pun awk expert..

        p/s: “mintak maaf lah kalau laser sikit”

        • Keluar dengan tunang 🙄🙄
          Sy beli sendiri, xleh keluar dengan tunang. Acano tu?

          X payah rasa diri bagus n mulut laser sgt.

    4. kalu aku nak simple2, tp parents nak lebih2, n aku lak kene tanggung, cane?

      kdg2 aku heran, yg nak kahwinnye aku n bakal isteri aku, tp org len lak lelebih, kdg2 sampai aku jadik x termampu lak sbb diorang…

      adakah sbb nak jaga air muka? sbb imej? sbb stended?….

      haih…

      • betul tue kakeye yg nak kawin kita n psang
        kita tpi parents pula yg lebi2…aq pula atuk aq yg lebi2 aq nak buat simple jer dia nak aq buat grand ingat aq ni cop duit ker…..

    5. yang penting mas kawin…bab duit hantaran tu..kira no 2…..macam aku dulu…duit mas kawin beli gelang emas…sentiasa di tangan mengingatkan diriku sudah berpunya…cheewaah..

    6. ek ele,

      nak ikutkan camtuh la, n so far dari segi bab hantaran tuh aku leh handle lg…

      nak ckp direct, parents aku, kang kata kuang ajo lak huhu…

      lagi satu yg aku x puas hati, org nak lg dicepatkan kahwin, aku nih di suh lambat2kan lagi, penin2 huhu…

      aku mintak nikah gantung dulu, diorang ckp x payah, wat sekaligus, tp mslhnye punyela lambat tarikhnye, aku pun naik konpius..

      aku x suka tunang lambat2, diorang ckp diorang dulu 2 tahun rilek je.. yg nak kahwin aku, awat p comparekan aku ngan diorangnye cite…

      aku xnak lambat2 sbb setan makin lama makin hasut aku, tu yg aku takut huhu…

    7. mintak maaf lah ye kayeye kalau aku laser sikit…..tapi kengkadang ada kalanya
      yang junior kene tunjuk ajar yang senior…..

      pasal walaupun banyak lagi makan garam…..tapi yang junior makan serial..lagi berhasiat…garam buat sakit darah tinggi aje…

      Salam

    8. ek ele,

      x kisah pun, aku pun laser gak kekadang huhu…

      tu la pasal, jgn kata serial, serial port, serial killer, aku makan oat tuh sume sekali nih ha huhu…

      tp kalu da parents jenis yg diktator, ckp ape pun sume wat donno jek…

      kalu diorang betul2 jaga aku masa kecik dulu, aku respekla gak, tp nih wat huru hara masa dulu, yg jaga aku pun ms kecik atuk nenek aku, yg dtg hari terbuka pun atuk nenek, yg amik aku p balik sekolah pun atuk nenek…

      tp time2 benda2 cani, diorang lak lebih2 nak masuk campur…

      seb baikla diorang yg lahirkan aku, n aku respek sbg parents aku, tanggungjawab aku sbg anak, kalu x, mmg aku maleh nak layan…

      nih la akibat masa kecik2 dulu bg duit je, kasih sayang x bape bagi, keje nak carik duit jek… wat bapak2 mak2 kat luar tuh, tunjukla teladan n peranan mak bapak ngan sebaik2nye… nnt ble diorang da besar, diorang akan ingat benda2 cani… biar x kaya, asalkan x susah, kasih sayang tuh curahla ngan sepenuhnye…

    9. aku pernah menghadiri majlis kawin yang agak grand .. tetamu nya ada juga yang berpangkat .. diatas pentas siap ada satu slide menunjukkan gambar gambar penggantin masa kecil .. pihak pengacara siap menceritakan biographi penggantin kelulusan gred .. siap gred spm pun disebut .. aku rasa kalau gred spmnya tak bagus , mesti dia tak sebut .. pangkatnya .. mungkin gaji dia lupa nak sebut .. nak tergelak besar aku .. manusia .. manusia apa yang kita buat jangan sampai jadi riak ..

    10. kebayan….kat mana tu…anak buah aku wedding camtu gak…kat dewan perdana felda…amboi….tetamu VIP..ceo EPF…pastu sampai lapar org tua2 nunggu dekat pkl
      10.00 baru nak makan….bosan…lain kali ada VIP aku takkan pegi

    11. aku tiap2 hari tak miss peluk anak2 aku dan bini tanda kasih sayang aku kat dia org
      ….biar pun si abg tu dah form 1…..malam kang peluk bini lak…ha ha ha…..

    12. yang penting mas kawin….duit mas kawin aku guna beli gelang emas . Sentiasa di tangan mengingatkan aku status aku bergelar seorang isteri…cheewahh

      yang buat grand tu kebanyakkan nya nak tunjuk status….kalau berduit ..apa salahnya buat khenduri macam tongkang nak karam….tapi yang berduit kejap ada kejap tidak tu..kena sentiasa beringatlah..jangan berhutang sebab nak buat kenduri kawin..kekadangtu sampai berhutang sebab nak bagi duit hantaran…

      aku sekarang pun dalam dilema…ada hamba Allah tu pinjam duit aku sebab nak cukupkan duit hantaran waktu nak kawin..ini dah beranak pinak..liat nak bayar hutang…kalau jumpa aku buat selamba aje…macam tak ada apa-apa…hati aku yang bengkak…

    13. Aku pun ada anak anak sedara pompuan nanti nak kawin
      Khabarnya nak wat grand2 kat hotel….
      Kakak Ipar aku tuh yg over sangat nak wat cam2 sbb nk tunjuk kat adik beradik
      Kononnya kenduri dialah yg paling grand skali….

      Pastu siap berkompang bgtau kehebatan & pangkat anak2 dia…
      Kesian gak ngan anak2 saudara aku tuh… selalu jer tension…
      kena ikut semua kata dia, nak amik kos apa masa blajar pun
      dia yg tentukan, kononnya supaya dapat kja bgus ngan ada pangkat…
      Calon menantu pun mau yg berpangkat jer….
      siap interview lg, cam polis ngan bebudak yg berkawan ngan anak dia…

      Yang kesiannya kat abang aku tuh, dah nak botak kepala dah …
      Ada bini pun x makan saman….

    14. bakal farah bgtau kat kampung dia ade org tua letak susu je kat surau dgn masjid sbg tanda pembeberitahu anak dia dah kawin..semua anak2 dia wat camtu…bukan xmampu, anak2 semua keje best2, doktor, engineer, pensyarah..hanye bt yg wajib jer..xperlu membazir..

    15. bagus nye org tu farah…..napa lah dunia ni buatkan kita kene keje pagi sampai malam
      baru balik rumah….alangkah indahnya kalau bleh spend time kat surau masjid je…dan
      bukan tunggu pencen baru bleh buat

    16. btul tu ek ele… beban keje kdg2 wat kite jauh dari masjid dgn surau..dpt wat ibadat kat umah jer… bg lelaki hari jumaat jelah,menjengah masjid..

      zaman skg klu wat kenduri kecik2 mst ade citer xsedap di dgr..anak kene tgkap basah la, anak dah kene tebuk la…persepsi org skg dah lain..

      walimatulurus yg meriah seolah jd kewajipan.sedangkan zaman Rasulullah S.A.W xde pun..simple jer.mmg la kenduri tu tujuan nak bgtau org kampung pasal perkahwinan tp buat ape nak membazir habisan belasan ribu.
      sepatut nyer kenduri kawin tetamu xperlu bg duit a.k.a. salam kukut.yg perlu bg duit mase ade kematian or kenduri tahlil..skg dunia btul2 terbalik..

      wallahualam…

    17. mak saya baru meninggal 3 bln lepas..dan saya mungkin akan bertunang dalam awal tahun depan..

      masalah saya sekarang,dengan ketiadaan mak, saudara2 mula masuk campur..menetapkan itu ini sebagai hantaran..contoh antara barang yg saya kena balas kepada pihak lelaki ialah sirih, baju nikah,handbag, kasut, perfume, tudung wif brooch, telekung, quran, sampin wif songkok, kek, coklat, buah, air gula, wajik, ayam bulat…

      dan pihak lelaki perlu hantar mesti tidak kurang dari 9..

      untuk makluman, saya orang perak dan bakal tunang juga org perak..skrg kami merancang untuk bertunang..pihak lelaki merancang hanya menghantar 5 dulang iaitu sirih,cincin,baju nikah, kek dan buah manakala pihak saya akan membalas 7 dulang. kerana kami telah berpakat..untuk barang2 kering spt handbag perfumed dsb akan diberikan katika kawin kelak..

      masalah saya sekarang, saya btol2 tersepit dgn kehendak saudara saya dan kemampuan diri saya, mungkin org akan ckp..makcik2 saya tu mtk byk2..dia nk sponsor ke?dia nk tunang ke…

      tp…saya btol2 nk tahu..ikut adat…ape yg wajib untuk dihantar ketika tunang?jika ditolak dengan brg kering yg akn saya berikan ketika kawin nnt…adakah dengan ketiadaan manisan2 spt di atas akan mencacatkan pertunangan saya?

      saya btol2 keliru dan hangin dengan kehendak masing2.. wallahuaklam

    18. aku kawin dulu mengikut adat org islam bukan melayu…walau pun kehendak keluarga.saudara mara “untok bersanding’… mereka tergulung drp berbagai ”’ETERNIK GROUPs””..tapi aku berdegil..buat simple aje…cuma bergambar dengan pakaian tradisi bersama sahabat handai ..keluarga…..untok kenangan di kemudian hari…tapi abang aku utang bank buat besar besaran..hingga anak 3 pun blum habis bayar…asik menyeloh aje nak bayar…kita perlu mengikut kehendak ugama bukan adat resam,(dulu aku terpesong jugak mandi ‘safar’-yg tidak perlu)..tapi terpulang lah pada diri sendiri yg maseh mahu mengikut kehendak masing2 atau…eternik mereka ..dan juga keadaan semasa. …amboi mak masa de kg dulu tahun 60’an ada yg membuat sampai 2-4 hari tak habis2 …bersanding lak berjam2..pakaiaan tebal..kipas pulak tak mencukupi…atau tak do langsung..ada yg sampai jatuh pengsan masa bersanding…malam hari lak katil lak kedengaran ‘rok and roll’……buat lah berkeadaan yg termampu,sebab masa dah berubah….bai

    19. ..aku pulak kalau nak kawin nak buat cara simple aje..buat dekat masjid,hadiah alquran..lepas tu..ok lah. tepok dada tanya selera..Selamat Pengantin Baru…

    20. Adeh.. penat gak nk layan kehendak belah pompuan. x lame lg aku da nk tunang. baru dok survey2. nk ikut ati nk buat grand…nk ikut poket, hampeh.. kkdang mls nk kawin ble pk bnde yg remeh temeh camni. diorg ni x paham2, mcmla gaji aku puluh ribu. die x sedau ke sume eku nk bayar….kete,umah,brg dapo,pelapik ni@tu…mcm2 lglah. Aku ingat nk kawin lari jelah..hehe

    21. Em memang pening kalau nak ikut cakap makcik / sudara mara…dulu masa i nak bertunang dan berkahwin pun macam tu …mereka mintak macam-macam gak….kekadang sampai tak masuk akal dibuatnyer… kesian kat bakal tunang/suami….i ambil keputusan untuk bagi yang mana patut jer..kalau tak pun i kongsi ngan dia…………orang bukan tau pun…. nanti kalau pasangan kita berhutang kita juga yang susah….kesian kat dia…..FIKIR-FIKIRKAN DAN SELAMAT MELANGSUNG KAN PERKAHWINAN DENGAN TIADA HUTANG!!!!!!!!!….

    22. pening bila ckp tntg tunang ni…ini br tunang,belum kawin ag kn.emmmm….sy plak,ada mslh nk bertunang ni.sy msh dlm b’ljar,br brumur 18 thn.kekasih sy ajak sy bertunang thn dpn slpas dia habis pritikal.mslh sy skrg,pd umur yg msih muda ni,bleh ke sy melalui alam prtunangan ni??sy tkt nnti apa org ckpkn nnt.tau2 jela kn,kalu dah dkt kmpg msti mulut2 mkcik2 tu berckp mcm2.satu ag,sy msih b’lajar dah tntu msih tak punyai wang untk beli hntaran tunang ni..ishhh…pening sy mmikirkan soal ni..

    23. Alhamdullillah… lega bile sume psiapan tunang dah setel.. gedebuk gedebak, out of budget gak.. yg penting puas ati. sebagai panduan utk sape2 yg baru tgh pk2 nk btunang/kawin, ni yg mungkin boleh diikut 1. Buat checklist apa yang akan dibelanjakan (jgn ada yg tertinggal) 2. Tetapkan bajet utk barang2 hantaran dan lain2 persiapan 3. Campurkan 20% daripada jumlah perbelanjaan sebagai kontijensi. Jangan tergesa2 nak tunang/kawin. Kite kene tau bile masanye kite betul2 dah ready mentally and the most important thing is financially. Bile dah tau brape kite kene sediakan duit, so kumpullah tiap2 bulan… jangan utang. Contoh, semua pbelanjaan rm 10k, rancang nak tunang/kawin lagi 24 bulan… dalam saving ade 3k. So, 7k bahagi dgn 24 bulan. lebih kurang 300 je sebulan. Selamat berjaye

    24. eemm…mmg penin sbenarnye kalu pikir2kn semua nih….aku akn kawin bln 3 ni….btunang bln 12 ari tu, so kira cepat gak ah…at 1st place kitorng (yg nak kawin) plan nak kawin bln 6, tp both parents nak cepat…alasan kitorg takut duit xckp(lgpun mostly brg aku nk hand made, by myself)…tp kalu buat bende baik normally smooth je jlnnye….

      nasib baik parents aku jenis simple2 je, xbaper penting kan wang hantaran, tepulang kat pihak laki2 nak kasi baper, tp yg ditekan hanyala wang hantaran… ye la rm80 boleh wat beli ape??? telekung skg pun mahal, apatah lg emas….tupun x membebankan pihak laki2….

      tp blh laki2 sdkt grand le gak, mcm2 gak la adat2nye, at 1st diorg nak buat renjis2 nie, tp bakal aku pandai diplomasi dgn parents die so xbuat le bende tahyul tu, cos kalu ader pun parents aku xkn renjis2 nyer, just naik utk salam menhormati majlis je, bende tu kan adat hindu….kan syirik tu….

      aku mmg budget giler, smpaikan jahit manik baju sendiri, survey mane upah jahit, kain, kasut, hantaran, semua yg affordable….alhamdullilah, so far semua nye under budget aku lg, insyallh bekemungkinan wang hantaran tu ader lebihnye…..tp brg2 yg aku buat tu semua pun xkurang grandnye pun kalu hantar tempah kat org utk buat, same je kat dlm internet n arus moden (we need to be creative)….saving beb saving…..ekonomi merosot ni…tapi harga emas still naik ni….

    25. bertunang tidak ada dalam Islam. ia hanya adat yang diada adakan sehingga menyusahkan pasangan yang nak berkahwin. di dalam Islam hanya khitbah, dan perintah Rasulullah untuk menyembunyikan khitbah dan mengumumkan pernikahan. alhamdulillah saya akan berkahwin tak lama lagi, dan berusaha untuk mengikut apa yang dianjurkan Allah dan Rasulullah. alhamdulillah family kedua belah pihak termasuk dlm golongan yang memahami agama.

      1. Khitbah (meminang). just pegi rumah perempuan, bertemu dengan wali, terus menyatakan hasrat untuk meng khitbah anak perempuannya. Wali bersetuju, terus bincang tarikh nikah. khitbah ni x perlu majlis. kalau jumpa wali perempuan kat pasar pun boleh khitbah.

      2. bincang pasal hantaran, untuk suit dgn kepahaman dan adat masyarakat felda kat situ, sbb kalau xda nanti akan timbul fitnah yg lebih besar. tapi perlu diingat, jgn sampai menganggap hantaran itu wajib, krn berdosa.

      3. barang hantaran terserah, kami yg tetapkan sendiri.

      tapi kalau family tak faham tu, nak buat macam mana kan. ikut je selagi tak bercanggah dengan syara’.

      mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kita semua.

    26. aku nak kawen bulan 7 nih..punyalah pening dgn mak aku. sibuk siang malam duk ckp duit hantaran, duit hantaran, duit hantaran..gila duit! aku memang menyampah. sori ler aku kasar sket..tapi mmg tak patut lah mak aku lebih2 minta itu ini..aku dah byk kali bincang pasal ini, duit hantaran dikurangkan, apa semua dibuat hanya alakadar tapi tak jalan…cakap lembut tak jalan..lepas tu sampai nak gaduh2. yg tak tahan, semua bakal laki aku yg tanggung..itupun nak dikikisnya lagi sampai licin! mak apa macam ni? aku mmg tak paham dan semakin menyampah! kenapa dia tak faham2 kahwin ni wajib sederhana sahaja, bukan nak menunjuk2..kalau mak aku nak sponsor tak pe! ni tidak! apa cer???? aku tension!!!!!!!!!! aku cuma nak akad nikah je, dah setel..tak payah sanding2..tapi mak aku yang gila glemer, gila duit nak suruh aku bersanding la, hias bilik tidur la…semua nk ikut telunjuk dia je! siapa nak kahwin ni????? siapa????????????

    27. kepada adik aku menyampah .. adik ,pemikiran orang tua tak sama dengan orang muda .Yang muda selalunya mahukan yang ringkas saja .. tapi sebagai orang tua yang lebih dulu makan garam dan merasai pengalamannya .. kenduri nikah kawin ni bukan sekadar kenduri biasa ia adalah lebih kepada hari yang dimana tanggung jawap seorang ibu melepaskan anak nya kepada orang lain .. mahu melihat anaknya bersanding diatas pelamin buat pertama kalinya .Percayalah .. dalam kegairahannya menguruskan kenduri kawin adik .. terselit sayu hatinya untuk melepaskan anaknya pergi …

    28. aku nk kawin awl taun dpn ni.mak aku ckp klu dpt duit belanja dulu ms majlis kwin nt, aku xkn dpt sebarang hantaran pon.betulke ha? aku rs x betul. sbb janda pon ada hantaran.mak aku ckp lg cincin pon xleh dpt.

    29. aku akan bertungn bulan 6 nie…n skrg aku akan cari barang tunang ckit2…se takut plak nak tunang..x tahu nak ikt braper lame…persiapan lgi…kewangan…tolong beri pendapat..thanks..

    30. aku plak nk tunang bulan 2 ni tp satu persiapan x wat lg cuma aku nasib baik family aku cincai jadi semua aku handle termasuk duit n aku plak tak mau ikut sgt2 adat2 ni..ala kadar cukup lah..

    31. ajo…kato awek cun tu..leh jilat seluruh badein nyo..sodap sodap..ketata ketat..lamo leh control ..tahei lamo lah…lepas tu yg confirm nak datei.. melebehi drp anggaran budget..maklum laaah cuti umum…terpaksa buat pinjaman bank.. rakyaat 15,ribu….itu pun ado yaei tak meraso kuah lauk ayei bulat….nasi laut totally laku benor..yg di masak dek noraini karima and company tu ……dah kawin bukan main siok bonar..siang malam tersenyum lebo ajo..haoney moon pakei 2 tigo kredit card..bilo dah ado 1 anak comel bonar… mula raso bahang kewangan..cukup bulei cukup2 ajo bayor utei… lamo2 muka masei..bini cun tu mulei menyepi diri darpada kongsi membayor..macei janji2..samo2 lah bang kito kongse bayor..yaa..lembut nyo..terpikat aku.. maso lum bersatu padu..last dia kaato ..tu tanggongei suami..ikut hukum..aku tak nak tau..mak oii sodeh sodeh..payong pun selau terkutup dek emosi..tidoq malei pun terganggu memikirkan utei..lamo2 rambut ku gugok jadi yur brenner…lepas tu…perpisahan…kawei lah dgn mak sanggup ..sonang reda sikit aku..cuci kaki.. senyum riang ajo aku dan dia..tapi aku maseh nyonang anka aku..macei mano lah dia skrg.. kata doremon togel

    32. …(((kepalo sambongan atas tu yg hilang sekorat..sorry ye…))……Alaa…demo pun kawin bosa bosaran… melebehi drp gaji ..kena tanggomg omak adek maseh sekolah..ayah tak do..kira ..nadi keluarga laah..mula2 semaso tu (20 thn lalu ..bosa tau) anggaran 8 ribu setengah ajo…ajo ajo

    33. bulan 5 aku nak bertunang..tak sabar nak menunggu hari tersebut..pihak aku bagi 7 dulang dan pihak lelaki balas 5 dulang..alhamdulillah semua berjalan lancar..umi bnyak membantu..sayang umi..sedara ada yang nak sponser sebb aku masih ag study..tapi semua ayah aku dah sediakan..pasal pertunangan semua tak de masalah…aku dan pasangan buat majlis kami dengan apa yang mampu..bg aku n pasangan biar lah bersederhana janji hati senang…aku berdebar menunggu hari tersebut..akhir kata thanks semua.. terutama buat umi dan ayah..love u.

    34. adoyaiiiii…..
      knapa la rumit betul ni….
      anak yg mau kawin sederhana,ayah lak yg mlebih2 mo wat yg besar2an….argggghhhhh….sakit ati trus bgini….

    35. haii…barang hantaran tunang bleh memeriahkan majlis…
      cantik bila di lihat dari segi gubahan nya..
      sy tgah mencari2 warna gabungan yang sesuai dgn warna purple..

    Tinggalkan komen