Keluar darah cair selepas hubungan seks bersama suami
Saya berusia 24 tahun dan berkahwin empat tahun lalu. Selepas melahirkan anak, saya mengambil pil perancang dan berhenti dua tahun kemudian. Selepas itu,mengamalkan pengambilan jamu setiap malam.
Masalah saya hadapi adalah selepas mengadakan hubungan seks bersama suami,darah cair seperti haid akan keluar dan berlanjutan selama dua hari. Apakah darah itu dan adakah ia berbahaya kepada kesihatan? Apakah nasihat doktor
mengenai pengambilan jamu?
JAWAPAN
DARAH yang keluar selepas hubungan seks adalah sesuatu tidak normal dan mesti diperiksa puncanya. Doktor akan melakukan pemeriksaan dalaman menggunakan alat spekulum untuk melihat keadaan permukaan pintu rahim (serviks) sama ada mengandungi kelainan berbentuk ketumbuhan, luka dan seumpamanya.
Ujian pap smear akan dilakukan sekiranya keadaan pintu rahim didapati normal, sebaliknya sedikit sampel daging akan diambil sekiranya didapati ketumbuhan pada serviks disyaki berbahaya. Ujian ultrabunyi juga boleh dilakukan bagi mengetahui ketebalan lapisan dalam rahim dan seumpamanya.
Penggunaan jamu hendaklah dipastikan kandungannya terlebih dahulu.
Kebanyakan jamu mengandungi hormon yang tidak ditetapkan dosnya dan boleh membahayakan kesihatan. Kajian statistik perubatan menunjukkan kaitan risiko pengambilan jamu dengan kanser rahim.
Berjumpalah doktor untuk pemeriksaan dalaman dan ujian ultrabunyi bagi memastikan anda belum mengalami perubahan terbabit.
Pengambilan pil perancang sebaliknya memberikan kesan bertentangan, ia mengurangkan risiko kanser rahim sebanyak 50 peratus di samping beberapa kesan baik yang lain.
Pakar Sakit Puan bersama DR ADILAH AHMAT
Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan, Pusat Rawatan
Islam, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
DR. berapakah kos untuk cek rahim?
Saya berumur 18tahun sayang baru nikah kurang lebih 4bulan,masalah saya semalam saya melakukan hubngan intim sama suami tetapi saya meluarkn lendir cair bercmpur darah saya sudah mengalami 2 kali seperti ini mengeluarkn darah
As salam doc…
Sy baru shj bernikah…dan setiap kali bersama sy mengalami pendarahan..
Pd awal nya, banyak seperti tumpah darah…dan tidak berlarutan spt period…
Tetapi….setelah dua bln sy kembali bersm…ianya terjadi lg…kali ini sedikit shj..
Mengapa ianya terjadi..
saya berumur 25tahun,dan sudah benikah ttpi stiap kli melakukan hbgn intim bersama suami darah sering keluar, keputihan bewarna coklat namun telah pun melakukan pap smear dan tiada apa2 pun kenser didapati tq
Salam Doc… saya ingin bertanya.. slpas sya mlhirkan ank slung, saya selalu lewat haid.. kdg2 2 bln skali.. baru2 ni saya dtg haid.. dan dihari ke 15 saya brsma suami.tetapi esoknya sya keluar darah setompok sprti haid.. pda 2bln lps jga sya jdi mslah sperti ini.. apakah mslah sya Doc.. tq.
Saya mengalami flek kecoklatan berterusan dan kadangkala bertukar menjadi darah tapi sedikit saja.semua berlaku selepas 12 hari kering dari haid normal..kenapa boleh jadi mcm tu,sudah sebulan tidak berhenti.