Melakukan Hubungan Seks Selepas Diserang Sakit Jantung

Melakukan Hubungan Seks Selepas Diserang Sakit Jantung

Jika pasangan atau mungkin anda sendiri pernah diserang sakit jantung, mungkin anda atau pasangan khuatir malah mengelak daripada melakukan hubungan seks.

Banyak pasangan membatalkan niat untuk melakukan hubungan seks kerana bimbang diserang sakit jantung di tempat tidur, atau kurang keyakinan diri apabila melihat bekas jahitan pembedahan jantungnya.

Keadaan seperti ini tidak seharusnya membuatkan anda risau. Anda dan pasangan boleh kembali melakukan aktiviti seksual dengan selamat selepas beberapa minggu diserang sakit jantung, dengan syarat tidak berlaku komplikasi.

Peluang diserang sakit jantung semasa aktiviti seksual amat kecil justeru anda tidak perlu terlalu bimbang. Cuba dapatkan nasihat doktor jika anda atau pasangan berasa yang keyakinan diri semakin berkurang.

Perkara-perkara berikut harus dilakukan jika anda dan pasangan memutuskan untuk kembali memulakan aktiviti seksual:

– Berbicara dari hati ke hati dengan pasangan, tentang perasaan dan kebimbangan anda.
– Melakukan aktiviti seksual hanya apabila anda dan pasangan dalam keadaan tenang.
– Kerap beriadah juga dapat meningkatkan kekuatan fizikal pesakit jantung. Apabila tubuh sihat, seseorang dapat melakukan pelbagai aktiviti fizikal dengan lebih baik, termasuk aktiviti seksual.

Elakkan perkara-perkara berikut apabila anda dan pasangan melakukan aktiviti seksual:

1. Viagra dan ubat-ubat disfungsi erektil lain tidak boleh diminum bersama ubat jenis nitrat (seperti nitrogliserin, isosorbida dinitrat dan isosorbida mononitrat). Kombinasi kedua-dua jenis ubat ini boleh merendahkan tekanan darah ke tahap berbahaya sehingga mengakibatkan sakit kepala sebelum akhirnya pengsan.

2. Penyekat Beta. Ubat-ubat jenis ini digunakan untuk merawat darah tinggi dan masalah jantung yang lain. Ubat-ubat jenis ini boleh meningkatkan risiko disfungsi seksual baik pada wanita mahu pun lelaki, terutamanya jika diambil dalam dos yang tinggi. Dalam kata lain, ubat jenis ini akan membuatkan anda dan pasangan tidak berkeinginan melakukan seks.

3. Berhentilah, jika anda atau pasangan berasa nyeri di dada, nafas termengah-mengah atau degupan jantung tidak tetap ketika melakukan aktiviti seksual.

Akan tetapi, pesakit yang berisiko tinggi perlu lebih berhati-hati. Pesakit yang mengalami komplikasi akibat serangan sakit jantung seperti kegagalan jantung, memerlukan rawatan tambahan.

Dalam keadaan ini pesakit disyorkan agar tidak melakukan aktiviti seksual sehinggalah rawatan tambahan berjaya mengurangkan risiko sakit jantung. Pesakit juga amat disyorkan untuk mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu, jika ingin memulakan kembali aktiviti seksualnya.

Sumber: http://www.MeetDoctor.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s