Suami tiada hak minta gaji isteri sara keluarga

SAYA sudah empat tahun mendirikan rumah tangga dan mempunyai dua cahaya mata. Masalahnya suami saya kedekut dan suka mengharapkan duit gaji saya. Oleh kerana dia melihat gaji saya kini hampir sama dengan gajinya, dia menyuarakan hasrat supaya saya membantunya dalam perbelanjaan bulanan. Adakah dia mempunyai hak untuk meminta gaji saya; setakat mana hak suami terhadap saya dan adakah benar dia tidak boleh meminta duit daripada saya. Selain itu, adakah benar sekiranya saya memberinya wang, itu dikira hutang kepadanya; suami saya terlalu kedekut dan bolehkah saya mengambil wangnya untuk membeli keperluan saya dan anak tanpa pengetahuannya. Malah, suami saya juga tidak mahu memberitahu ke mana wang gajinya pergi setiap bulan. Saya pernah meminta dia menyenaraikan segala perbelanjaan tetapi dia enggan. Adakah saya mempunyai hak untuk menuntutnya berbuat demikian?

Zati,
Kuala Lumpur.

—————————————–

TANGGUNGJAWAB suami terhadap isterinya ialah menanggung nafkah isteri. Penyaraan nafkah adalah bermaksud menanggung semua perbelanjaan isteri selagi mana perkahwinan masih wujud. Perbelanjaan itu meliputi perbelanjaan makanan dan minuman, pakaian, tempat tinggal serta perubatan.

Ketentuan syariat nafkah keluarga terdapat dalam Surah al-Talaq ayat 7 yang bermaksud “Hendaklah orang yang mampu memberikan nafkah menurut kemampuannya. Barang siapa yang sempit (sedikit) rezekinya, hendaklah memberi nafkah menurut yang diberikan Allah kepadanya. Allah tiada memberati diri seseorang, melainkan menurut yang diberikan Allah kepadanya. Nanti Allah mengadakan kemudahan sesudah kesukaran”.

Selama mana isteri taat kepada suaminya iaitu dalam lingkungan yang dibenarkan syarak maka selama itu ia berhak untuk mendapat hak nafkah. Apabila suami tidak memenuhi kewajipan isteri berhak menuntutnya.

Justeru, tanggungjawab menyara keluarga adalah terletak dibahu suami. Apabila sempurna saja ijab kabul sesuatu perkahwinan, maka tanggungjawab terus wujud dibahu suami. Umumnya suami yang bekerja mencari nafkah tetapi dewasa ini bukan saja suami yang bekerja mencari nafkah, malahan isteri juga turut sama menyumbang tenaganya di dalam pemerolehan keluarga serta membantu menaikkan taraf sosioekonomi sesebuah keluarga.

Islam tidak melarang isteri bekerja membantu suami bagi tujuan itu, namun tanggungjawab sebenar bagi menyara keluarga masih tetap dibahu suami dan isteri adalah sekadar membantu serta melengkapi keperluan keluarga yang tidak lengkap. Sekiranya isteri bekerja dan dengan kerjanya itu mendapat izin suaminya, maka wang hasil yang diperolehi oleh isteri tadi adalah hak milik mutlak isteri dan suami tidak mempunyai hak untuk meminta wang gaji isterinya itu.

Sebaliknya jika suami meminta wang gaji isteri dan isteri memberikannya dengan rela hati tanpa sebarang paksaan dengan niat untuk membantu suami ia tidak dianggap sebagai hutang kerana pemberian itu bukan atas dasar paksaan suami. Bahkan perkara ini sangat digalakkan kerana wujudnya sifat tolong menolong di antara suami isteri demi kebahagiaan keluarga. Sekiranya suami meminta duit dari isteri dengan cara memaksa dan tanpa kerelaan isteri sendiri, isteri berhak untuk menuntut duit itu daripada suami kerana ia dianggap sebagai hutang.

Berkaitan dengan masalah suami puan yang kedekut ini, saya berpendapat masalah ini boleh diselesaikan dengan cara puan berbincang secara terbuka dan berterus terang dengan suami puan. Puan boleh senaraikan jumlah keperluan rumah tangga untuk dibincang bersama.

Di samping itu, puan juga boleh menasihati suami akan perlakuannya yang kedekut dengan cara hikmah tanpa menyinggung perasaannya. Selain itu, puan boleh meminta khidmat nasihat dengan orang yang lebih arif dalam hal ini atau dengan orang yang disegani oleh suami puan untuk menegur sikapnya yang tidak wajar itu. Ini kerana kedekut dan terlalu berkira untuk orang tersayang iaitu keluarga terdekat bukan ajaran Rasulullah. Daripada sirah Rasulullah, kita dapati Baginda sangat pemurah, bertimbang rasa dan ihsan kepada isteri dan keluarga Baginda.

Sekiranya suami puan mempunyai sifat kedekut dalam memberi nafkah kepada puan dan anak, puan berhak untuk mengambil harta suami walaupun tanpa kebenarannya dengan syarat wang itu adalah sekadar yang perlu dan cukup untuk diri puan serta anak.

Ia berdasarkan hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Ashaba al-Sunan bermaksud “Hindun, isteri Abu Sufian mengadu kepada Rasulullah suaminya Abu Sufian tidak memberi nafkah yang cukup kepadanya dan anak-anaknya. Lalu Rasulullah memerintahkan Hindun mengambil dari harta Abu Sufian untuk nafkah dan anak-anaknya dengan sebaiknya”.

Ia bermaksud, tindakan Abu Sufian yang kedekut terhadap isteri dan keluarganya tidak disukai oleh Rasulullah dan Baginda membenarkan Hindun mengambil tindakan demi kebajikan nafkah isteri dan anak terbela. Oleh itu, sekiranya keadaan memerlukan, puan boleh mengambil tanpa izinnya untuk membeli keperluan asas yang munasabah untuk diri puan dan anak.

Namun begitu, puan cubalah untuk mengadakan perbincangan secara baik dengan suami puan kerana itu sebenarnya adalah langkah terbaik. Perundingan adalah cara untuk mendapatkan pendapat yang pelbagai untuk mencapai keputusan terbaik.

Wang gaji suami adalah hak suami. Berapa pendapatan beliau dan ke mana wang digunakan pada hakikatnya adalah hak suami dan puan tiada hak untuk mempersoalkannya selagi mana suami puan menjalankan tanggungjawab beliau kepada puan dan anak.

Namun begitu, perkahwinan adalah perkongsian dua insan yang saling menyayangi, maka wajar perbincangan diadakan. Suami wajar memberitahu isteri apa tanggungjawab kewangan yang perlu dia bereskan seperti suami perlu memberikan kepada orang tuanya sejumlah wang, membayar pinjaman bank, hutang dan sebagainya. Begitu juga dengan isteri, berbincang dan memberitahu suami apa tanggungan kewangannya, berapa ingin diberikan kepada orang tuanya dan sebagainya. Apabila perbincangan antara pasangan adalah telus dan jernih, dengan cara itu, hubungan perkahwinan akan menjadi lebih menarik dan bahagia.

Menurut undang-undang pula, sekiranya suami puan gagal menjalankan tanggungjawab beliau dengan sempurna memberikan nafkah adalah menjadi hak puan untuk mempertikaikan ke mana wang gaji suami dibelanjakan.

Ia adalah kerana hak nafkah diprejudiskan oleh suami puan. Puan boleh mempertikaikan pendapatan suami puan dengan puan membuat tuntutan ‘nafkah semasa’ untuk puan mahupun anak di mahkamah syariah.

Di Mahkamah suami wajar mengemukakan kepada mahkamah senarai pendapatan dan perbelanjaan beliau (liabiliti) sebelum mahkamah memutuskan sebarang jumlah nafkah yang wajar dibayar suami kepada isterinya atau anaknya. Sebelum itu puan hendaklah mengemukakan kepada mahkamah senarai keperluan puan dan anak bersama-sama buktinya sekali. Puan mungkin pemastautin Kuala Lumpur, sekiranya puan ingin mengetahui dengan lebih terperinci, puan boleh merujuk kepada peruntukan Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan berkenaan urusan nafkah ini.

64 thoughts on “Suami tiada hak minta gaji isteri sara keluarga

  1. samelah nasib…..gaji saya lebih banyak drpd suami. oleh itu, dia x beri saya wang belanja keperluan dapur dan anak…sebaliknya dia membeli sndiri keperluan dapur dan anak untuk mengelakkan wang tersebut dibelanjakan oleh saya…itupon cukup2 saya….jikalau ade keperlaun kurang saya menampung dgn duit saya sendiri..takkan saya nk meminta2 wang utk membeli keperluan yg tidak cukup..kdg2 bosan dgn suami yg bakhil al kedekut sperti ni…perlukah saya tinggalkan lelaki spesies ini…

    • Bagus la laki awak belikan barang dapur. Bagi nafkah pun mesti ikut kemampuan suami.

      Senang susah bersama, mawadadh wa rahmah. Ikhlas la menolong suami, dapat berkat.

      Pernah fikir apa tanggungjawab isteri? Pernah tanya suami samada dia puas hati dengan kamu?

      • Puas hati? Berkahwin tu nak kena puas kan hati suami?
        Suami pengemudi dan ketua keluarga. Kalau betul cara ketua, isteri puas hati baru lah rumah tangga tu penuh dgn kebahagiaan. Bukan isteri saja puaskan hati suam, baru suami jln kan tanggungjawab dia…terbalik pulak konsep tu.
        Suami kahwin dgn isteri utk teman hidup dia. Bkn utk dijadikan maid atau pelayan free for life…..

      • betul tu ayulin….buat apa mau simpan suami macam tu…bagus hidup2 sendiri…

    • Suami saya tidak berkerja,dia berumur 57 dia kerja buat revocation rumah,malah dia tak buat lagi rumah kerana bisnes tiada untung.saya isterinya berkerja,semua perbelanjaan rumah kereta semua saya tanggung,duit rokoknya pun dia minta.saya seksa hidup dgn dia

    • isteri yang meninggal dalam keadaan suaminya redha kepadanya…nescaya dia masuk syurga megikut pintu yang diredhainya..itulah jihad wanita disamping seorang suami..kalau dekat dunia ini sudah berkira dengan suami hilang sudah pintu kesempatan itu..kena berharap kepada amalan sendiri..entah berapa banyak boleh dibuat..

  2. saya pun sama kes macam zati…masa saya baru kerja dulu,(dia yang suruh saya kerja) masa dok kat shah alam…semua perbelanjaan saya keluarkan, dari bil-bil,duit kereta, duit minyak kereta (tak bagi kata pulak kita ni naik kete percumaaa…aje) bila ajak balik kampung, minta duit minyak, padahal kampung dia pun kat tempat yang sama. duit persiapan raya dan persiapan sekolah semua saya tanggung sampailah la ni.

    cuma la ni saya buat keras ckit, bila makan kat kedai saya diamkan aje…itu pun ada time aje..selalunya saya yang keluarkan, kalau roti canai atau mee goreng dia boleh bayar lagi…tapi kalau nak makan nasi ke atau benda berat dan mahal saya yang bayar le. belanja dapur sepanjang kahwin, adalah berapa kali aje dia keluarkan, nafkah bulanan pun cam gitu jugak….selama 15 tahun kahwin ni…memang bawah 10 kali dia bagi kat saya…itu pun berkira, kekadang bagi main campak aje…rasa terhina sgt…

    hai…nak citer…byk benor..tapi sabor ajelah…kalau rasa dah tak sanggup nak pikul tanggungjawab sebagai isteri lagi…angkat kaki le, bukannya apa, takut dosa, bila kecewa mula lah nak kutuk. kekecewaan melahirkan kutukan, itu yang takut tu. Kita harap suami membimbing…rupanya isteri pulak merana makan hati

  3. sha wat gni….bile dapat gaji suami sha amik semua.n tgglkan cukup2 untuk wet makan hubby sebulan ms dia di ofis(tu pun lebih coz almost everyday hubby ada org blanje makan..)…sha works as accountant..hubby plak jenis xpandai urus wet..soooo,all expenses hubby sha yg uruskan….from wet nk bg mak mertua,bills,shhopping sume sha handle.hubby xtahu ape2…..alhamdulillah wet gaji ktorg lebih kurang sama berdua..n cukup utk ktorg saving n expenses..moral of the story,jgn sesekali kte wife ni bg wet gaji kte pd husband.if nak tolong,u all tlg secara pasif…kaum laki2 ni if dibiaqkan diorg mmg xjadi…..if ada wet lebih,mulalah diorg ke lain…:)

  4. sama lah kita… bezanya kita sy ni isteri ke2
    sepanjang kawin 8 tahun payah sangat nak minta duit,
    usahkan kata nak bagi duit makan malah tempat tinggal pun tak ada…
    mula nya dia bagi pastu cipta alasan then kena balik umah mak… sampai skang ni pun dok umah mak,
    bila kerja gaji sy yg sikit ni dia sibuk2, tapi bila tanya duit kena tengking…
    sakit hati tapi nak buat cam mana.. alhamdulillah skang sy boleh buat tak nampak je, tapi kadang2 naik angin juga bila time gaji mula datang menyendeng mcm kucing… bila dah abes gaji sy call pun tak jawab.
    sy kenang anak2 je kalo tak sy pun dah nak angkat kaki.. adil tu payah nak dibuat umpama nak beli bulan dan bintang,
    sayang sekali sy mampu abaikan je perasaan marah. kuasa ALLAH menguji sy dengan apa yg sy mampu,
    sy bersyukur juga bila keadaan mcm ni, sy mampu berdikari walaupun suami abaikan kami 100%
    hanya di dunia je dia mampu bermegah kelak di akhirat dia yg jawab, kita dah cuba pertahankan apa yg termampu

  5. salam dila, saya simpati dengan nasib dila. dila seorang yang sabar dan tabah. moga2 Allah akan bersamamu…

  6. Salam semua… nampaknya ramai juga yang senasib dgn saya… saya pun tak tahu nak luah kat sapa. Duit gaji saya, suami yang monopoli. Bila time gaji xda perasaan excited pun sebab saya tahu saya takkan rasa pegang duit. Bila kita minta duit sikit, mulalah tanya macam soal siasat polis.., kalau nak beli sesuatu contohnya selipar. Dia jawab…”takpa nanti abang belikan” Sebenarnya bukannya saya nak beli selipar sgt, tapi saya sebenarnya nak mcm orang lain jalan2x shopping…saya jarang dapat beli barang keperluan saya sendiri sehinggakan mak saya tegur baju baju saya masih baju zaman anak dara.. sekarang dah anak 4. Nak kata tak mampu, saya pegang jawatan tinggi dan bergaji besar. Namun dek kerana takut suami yang panas baran…. makan hati aje…

      • maksudnya di sini, ramai manusia sekarang yang tak cuba mempelajari dan memahami ajaran islam.. contoh kaum lelaki yang tak belajar pasal islam dia akn terlupa tangungjawab dia terhadap keluarga adalah sangat berat, kerana dia adalah seorang pemimpin yang wajib memberi nafkah dan bukan setakat dia bertanggungjawab utk dunia saja malah jugak akhirat terhadap ahli keluarganya..dan mungkin dia tak tahu pun bahawa mengambil duit isteri secara paksa itu adalah dosa,, kalau orang lelaki lebih memahami ajaran agama islam insyaAllah dia akan sedar bahawa tanggungjawab dia adalah besar terhadap ahli keluarga dia bukan sahaja di dunia malah akhirat… samalah jugak dgn wanita, jika wanita lebih mendalami agama islam sudah tentu dia akn cuba berlapang dada untuk menolong suami dan cuba melayani suami dengan baik kerana dia tahu bahawa ganjaran di sana adalah lebih berbaloi.. apa2pun siapa yg buat dia yg dapat.. maksudnya di sini, siapa yg berbuat baik dan menunaikan tanggungjawab dia, maka dia yg dpt pahala, tp sebaliknya sapa yg tidak menunaikan tanggungjawabnya dan berbuat zalim, maka tahu2 ajelah apa yg akn dia dpt (balasan/dosa)..so utk para isteri dan suami, mari menyeru ahli keluarga dan diri sendiri terutamanya utk lebih mendekati Allah FAHAMI ajaran agama islam.. iA

      • itu laa masaalahnya .. dah tua2 baru nak belajar ugama dan mendekatkan diri pd tuhan .Masa tengah mudo2 nih enjoy sakan .. lum ada kesedaran lai gamaknya ..

      • zaman sekarang ni perempuan yg jadi lelaki…tanggung itu tanggung ini bayar itu, bayar ini org lelaki goyang kaki saja….

    • Mm..sy pn sama..bila nk bincang pasti jd pergaduhan. Keperluan sendiri pn ssh nk dapat. Lg sedih xdpt nk tlg ibu bapa sendiri yg miskin.sampai kena pulau ngn adk brdk sendiri konon dh idup senang lupa diri lupa keluarga..

  7. Suami saya pulak, dia keje jauh, of coz sebahagian besar gaji dia untuk duit minyak gi keje hari2. Bagi kami, kami gunakan duit KITA BERSAMA…jumlah gaji dikumpulkan dan buat agihan utk perbelanjaan hutang dan rumah. KAlau ada lebih saving, kalau xde..guna je la. Husband tak berkira sangat, tapi tau, dia belum mampu untuk tanggung semuanya, saya niat membantu. kalau hutang dah habis (keta) saya bgtau, suami kene ingat tanggungjawab dia sebenar…saya nk gak merasa shopping banyak2 suatu hari nanti..heheh

  8. masa suami tak cukup duit untuk kegunaan bersama boleh la kita bagi or dia sesak duit untuk sesuatu yang penting ok…kita mmg wajib tlong…kalau suami duit sendiri sembunyi asyik guna duit bini nak beli keperluan rumah n belanja dia tak leh la…bini pon jangan la cerdik bebenor kasi duit tu bulat2…sedap la dia dok goreng. Para suami bila isteri dah boleh bertolak ansur jangan la ambil kesempatan…itu je…

    • eZaman sekarang ramai isteri tpaksa bekerja, dan ramai isteri bergaji lebih tinggi dr suami. Sama keadaan seperti saya. Bukan tidak bersyukur. Saya sudah banyak gunakan gaji untuk mendirikan keluarga ini. Kereta,brang2 rumah, perabot.. mmg saya lakukan ikhlas demi tidak rela melihat suami susah mencari duit. Tapi suami saya berkira sgt dgn saya. Bayangkan lah masa selepas kawin dia x beri pun duit belanja, kalau mkn diluar pun kdg2 sahaja dia bayar. Selepas saya bertanya & meminta kenapa dia xberi duit belanja barulah dia beri. Tapi dia hanya beri duit untuk tiket, memandangkan kami duduk berjauhan, berjumpa hujung minggu sahaja dan semasa menunggu pertukaran tempat kerja saya tinggal dgn org tua. X kira berapa gaji saya, tetapi makan minum pakai dan tempat lindungan sy adalah dibawah tanggungjawab suami. Walaupun isteri bergaji besar dan mampu menyara hidupnya, tetapi apakah gunanya suami yg dikahwini? Dan bergitu gembira hati isteri apabila diberi nafkah oleh suami bukan kerana besar atau kecil nilai duit tersebut, tetapi betapa gembira apabila ada insane yang mengambil berat tengtang dirinya…sekian

      • isteri yang baik.. soleh akan tahu kewajipan membantu,tapi maseh ada lelaki macam aku tak tahu..untok menghargai …hingga lah kematian belaku..

  9. sian bonar aruah isteri aku yg baik hati ,,dia setia menghormati ku.. memberi segala gala kesenangan kat aku .. menyayangi aku , semua dia kasi jiwa dan raga….tapi aku aje tak ada ati perut untok menyangi nye…kini aku menangis tak berlagu…kesedihan memang menghantui aku… alfatihah…bini yg lagi satu lak gaji melebehi aku ..tapi a asik mengasak aje duit aku..sampei kering kontang…suara semacam limau madu , apa tah lagi tingkah laku pijak semut pun tak gOl ..alquaran semua tahu..tapi menhayatkan hati aku selalu…..tapi bab pementasan memang nombor satu…memang sedapselalu..memang pun kalau ikut hukum hakam haram memakan hasil titik peluh isteri melainkan dia mensetuji..tapi isterilah kena memahami keadaan kehidupan semasa dan waktu..tampa di rayu..

  10. isteri yang baik.. soleh akan tahu kewajipan membantu,tapi maseh ada lelaki macam aku tak tahu..untok menghargai …hingga lah kematian belaku..

  11. huhuhu..amcm ngan saya…saya br nak dkt setahun kawen…dlm 7 bln dok bjauhan…skrg dah dpt tinggal ngan somi..tu pon dok tinggal ngan mertua…slama dok sesama dia x da pon bagi duit blanja kat saya..nak kata pakaian pon susah nak beli…saya keja jgk…tp byk yg saya nak byr…kita minta duit dia dia ngomel…walhal..sebelum kawen..dia pinjam duit kiter utk beli barang keperluan kawen..adakan saya berhak minta duit tu smua…kalau saya bangkit kan hal nie..trus dia kata saya kawen hanya atas dasar duit…apa nak saya buat? sekarang tengah mengandug pon dia macam endah tak endah saja hal saya…apa perlu saya buat?

  12. saya pun mengalami maalah mcm ni…
    suami lebih utamakan org len dari isteri sendiri
    dia tak penah tunaikan t/jwb sebagai suami
    bila minta duit disoal bermacam2…tapi kalo anak buahnya yang mintak senang ja diberi
    sedangkan anak buahnya telah berkahwin dah ada anak tp masih minta suami ku duit tiap bulan…sapa yg tak geram kalo isteri minta nk guna suami tak bagi tp anak sedaranya yg dh kawin ada anak n suami, minta senang ja bg
    t/jwb utama tak dilaksanakan tp duk nk tolong org len sja, isteri sendiri dibiarkan…
    mertua plak lebih percayakan anak nya bila saya (menantu) mengadu hal, silap2 diri sendiri terkena balik….sakitny ahti ni…hanya Tuhan yg tau

  13. kata dol..blum kawin bini aku yang gaji bosa tu janji nok saling membantu..lepas ..lepas tu habok pun tarak..jadi kalo nak cari bini sejati yg dapek menolong cari lah yg betul betul iklas seiklas nya..bukein bertudung ..rupa paras pijak semut tak kan mati..bersuara lembut bagaikein madu ..(tak bertudung nie kadangkala lebeh ‘beragana’ ..berperhatinei dari yg bertudung)..anak bang mak ajie ko..kalu idak memakan diri..ada gaji sendiri pun asik tarah laki punya..yg bergaji kecil ..janji tak serupa bikin…tak guna nak dikenangkan… dah terjerat nok buek apo kata aku..lagi pun ikut hukum husband yg kena tanggong keluarga..bukan bini..kata dio…

    • Mengikut hukum laki tidak di benarkan memakan hasil titik peluh isteri,tapi isteri kena berfikiran waras untok membantu.

  14. salam..
    perkahwinan adalah satu perkongsian..brkongsi segala2 nyer dgn hati yg ikhlas..
    saya x pernah brkira wang gaji diblanja untuk suami n anak2..w/pn gaji x laa besar sgt..saya n hubby sama menanggung nya tanpa pernah brkira..Alhamdulillah..kita brbelanja ikut kemampuan..its ok jer..rumahtangga aman damai..pokok ikhlas..rezeki pn semakin brtambah..
    sebagai is3..kena gak laa bringat2..simpan sedikit untuk tabungan dimasa depan..

  15. Suami dah bagi izin kerja kira alhamdulillah. Jangan nak merungut sangat. Syurga dibawah tapak kaki suami. Tapi zaman sekarang nie org perempuan dah takmau syurga dah. Depa rasa boleh beli dengan duit gaji depa kut.

    • memaglah suami dah izin kan isteri kerja,tapi izinkan untuk berkerja demi kepentingan diri si suami nak buat ape….bile si isteri dapat gaji habis duit gaji si isteri dia sapu,tanggung semua keluarga dia……isteri mana tak nak masuk syurga,semua isteri2 nak masuk syurga tapi kalau dah laki mcm bangang,sape boleh tahan…..cuba kalau adik2 perempuan kiter kene mcmtu,kite rasa mcm mane?

  16. Mintak ape ..isteri rm 3500 asik tak de duit jerr..asik tarah gaji suami 1k jerr..segala hal suami, lum kawin-kite same same lah bincang yerr bang..dah puas makan terong lain lak hal- dah tanggungjawab suami dalam islam. lu fikiak lah sendiri kata..pak lawak dah mula susut tu…

  17. gaji saya 2 kali ganda gaji suami… suami tak dapat bagi nafkah..saya relakan aje.. sebab kalau saya mintak pun.. hujung bulan nanti semua duit saya akan keluar habis jugak untuk perbelanjaan bersama.. tak da gunanya mintak nafkah pun… daripada asyik bergaduh pasal hal ini, biarlah macam ni saja.. sy rela selagi suami menyayangi saya tanpa bbelah bagi…. dgn harapan satu hari nanti suami akan memahami dan menghargai pengorbanan ini

  18. salam smua..bebaru nie kiter ada soal pasal nafkah kiter…sejak kawen baru 2-3 kali suami bagi duit nafkah….dah tu dia buat lupa plak hutang sebelum kawen…dan bebaru nie…dalam satu masa dia boleh keluarkan duit rm4.5k skali gus…tp x da pon bagi kat saya..perluka saya tanya…huhu..isteri delima..

  19. maksudnya di sini, ramai manusia sekarang yang tak cuba mempelajari dan memahami ajaran islam.. contoh kaum lelaki yang tak belajar pasal islam dia akn terlupa tangungjawab dia terhadap keluarga adalah sangat berat, kerana dia adalah seorang pemimpin yang wajib memberi nafkah dan bukan setakat dia bertanggungjawab utk dunia saja malah jugak akhirat terhadap ahli keluarganya..dan mungkin dia tak tahu pun bahawa mengambil duit isteri secara paksa itu adalah dosa,, kalau orang lelaki lebih memahami ajaran agama islam insyaAllah dia akan sedar bahawa tanggungjawab dia adalah besar terhadap ahli keluarga dia bukan sahaja di dunia malah akhirat… samalah jugak dgn wanita, jika wanita lebih mendalami agama islam sudah tentu dia akn cuba berlapang dada untuk menolong suami dan cuba melayani suami dengan baik kerana dia tahu bahawa ganjaran di sana adalah lebih berbaloi.. apa2pun siapa yg buat dia yg dapat.. maksudnya di sini, siapa yg berbuat baik dan menunaikan tanggungjawab dia, maka dia yg dpt pahala, tp sebaliknya sapa yg tidak menunaikan tanggungjawabnya dan berbuat zalim, maka tahu2 ajelah apa yg akn dia dpt (balasan/dosa)..so utk para isteri dan suami, mari menyeru ahli keluarga dan diri sendiri terutamanya utk lebih mendekati Allah dan FAHAMI ajaran agama islam.. iA

  20. ramai yg senasib sebenarnya…sy seorg surirumah spnuh masa tp ada wat kerja sampingan. dh mcm2 pekerjaan sy wat trmasuklah wat MLM. dh rezki sy setiap yg sy ceburi, rezekinya ada cm setiap kali dpt duit, setiap x itulah sy bg kat suami. dia minta nak langsaikan hutang. janji nak pulang tp haram…sampaikan nak wat modal pon xder. sekarangnih sy berniaga dr rumah, mmg sll duit masuk, tp sylah yg kner tanggung makan minum family. duit gaji suami xtahu kemana…mmg xpenah nampak. kata bayar bil tp bil tertunggak beratus2. sll sgt letrek kner potang. dan sekarang dia amik duit bank sy dan duit saya tanpa bgtau sy. kad bank sy sll hilang bila sy tanya dia ckp xtahu. pastuh marah2. baling2 barang…dh sy nangis2 tetiba je ada kat tempat yg mudah nampak.dia ckp sy salah letak. tp duit dlm bank tu dh licin…lg 1 tabiat suami, suka pinjam duit adik beradik dgn mak ayah dia. sudah nya sy yg kner maki ngan family dia ckp sylah betina yg suruh suami sy pinjam. Siap nak amik anak sy lg. tulah klu mereka semua tuh jenis berduit boleh buat aper jer. xder tanya selama nih saper yg tanggung keluarga. sy cb citer kat abg kandung sy tp xderlah ckp suami sy amik duit sy, cm ckp kami ada masalah sbb sy pun kner ttup aib suami. abg sy lbih kpd bykkan sabar dn bdoa. Dan itulah yg sy lakukan sekarang…xtahulah sampai mana bertahan rumahtangga yg baru terbina 6thun. sy sayangkan dia tp dgn keadaan yg mcm nih sy xmampu selama mana sy boleh bertahan. Org luar lihat kami mmg loving couple, family yg sgt bahagia namun hakikatnya semuanya lakonan shj….

  21. kakak saya pun ada kes yg sama. gaji kakak saya suami punya, gaji suami pn suami yg punya. dh la gitu belanja dapur xpnh bagi. pandai2 kakak sayala bajet mana nk byr bil2, duit sek ank, duit kete lg. sudahnya blm smpai tgh bln poket dh kering. bila minta dgn dia mcm2 alasan. dh 2 pandai lak komplen klu kakak saya msk simple. nak makan sedap2 tapi duit belanja xnak bagi. sape nak tahan. klu bab nangis ni rasanya 7 tempayan pun xcukup. itu belum kena baran dia lg. ank2 semua takut. nak minta apa semua dgn kakak saya. klu dgn org lain (makwe2) xkisah sanggup berhabis. makwe sakit tengah malam pun sanggup bawa p klinik. berlagak mcm gaji besar padahal ank bini kt umah xcukup mkn.GERAM SAYA TENGOK. kakak saya sampaikan keperluan sendiri pun terabai sebab berjimat padahal gaji boleh tahan. tapi nak wat camne dh laki yg kontrol smua. nape suami sekarang suka ambil kesempatan pada isteri. padahal isteri tu la yg sggp susah senang sama2……

  22. mcm saya plak….sebelum kawin lagi suami dah pakai duit saya,guna duit sy sara keluarga dan adik2 dia yg tak semengah tu….lani dah kawin,sama jugak mcmtu..selama sy berkerja tak pernah merasa nak beli barang keperluan mcm wanita2 lain….selama kawin pun tak pernah diberi nafkah,cuma ada 2 kali je dia bagi tu pun rm 30 tupun dia pakai balik duit tu…..first raya sbg suami isteri ,beli baju pun guna duit sendiri,tp kalau bab ank buah dan family dia ada plak duit….kalau ikutkan tak kawin pun tak ape…kawin menyusahkan hidup dan merana nak buat ape…bila tegur taknak mengaku dia salah….malas nak mgadu kat mak dia,bila ckp ank dia je betul,padahal ank mcm dayus….

  23. macam saya pulak. mase awal kawen, saye yg ulang alik dr jb ke melaka. saya tak kisah sgt pun pasal duit2 ni. mmg husband tak penah bagi duit pada saya. tp saya redha demi nak jadi isteri yg solehah. tp ape yg husband buat pada saya? dia cari perempuan lain masa saya baru 3 bln mengandungkan anak pertama. alasan die sunyi sebab saya jarang balik melaka sebab mase tu saya mengalami alahan yang teruk. macam tu ke suami? pada saya tu suami yg dayus. sampai sekarang dah 2 tahun kawen, masih tak nak bagi duit pada saya, banyak perbelanjaan saya yg tanggung. macam tu ke nak redha? semoga allah membalas dengan seadil-adilnya…

  24. Cm ne pulak pda suami yg amek dwit isteri tmpa izin.korek tbun ank isteri..diam2.tbe2 kantoi..n suka mnta istri dwit dgn paksa n muka sposen nya..dwit dia ada..bla gji dia bli gak brg keperluan..p keje x tetap.malas..yg istri cari dwit.dlm 1bulan blanje dpur 5kali bli..dlm 1bulan suami minta dwit je..bykn asyik2 mtk dwit istri..kta smpan dwit utk emengency.dia lak tukang minta je..kta lak yg pneng pk nk byr api,air,umh.dia wat x tau je..ada dwit dia boros.dok mntak dwit kta lau tok bnda penting x pe.ni utk bwt bnda x elok lg haram..ni ha bru je dia mtk2 dwit kat kita..p kta x bg.cz td dia ada dwit.p da hbs kat bnda haram..merayu2 mtk kta duit.smpai x tahan sgt.rasa nk bepisah je..kta x da dia pun kta leh hdup.ptotnye di senangkn kta.ni lg dia susahkn kta adalh.smpai kta ckp bek awk dok umh jge ank.sy krja bg dwit tggong awk..apela suami cm ni.p kta sbr je..agknye dia x leh lpk kan kta cz dia tau kta ni mesin atm.

    • lebih kurg same tp suami suke pakse isteri pinjm org len janji nk byr blik tp x penah byr balik last bebanan htg kat isteri.

  25. S7 bget dgn crita di atas,tp knp zaman skrg mlah wanita yg jd tulang punggungkluarga smpek bg2 bxak para TKW Yg gagal karena hasilx di sntap suami di rumah

  26. Saya menpunyai seorang ibu yang bekerje dah ayah yang duduk di rumah. Saya kecian kepada ibu saya kerana die bekerje siang malam menbantu keluar kami. Tetapi, bapa saya, selalu tido di rumah, pemalas, main kayu tiga kepada ibu saya. Adakah patut bapa saya buat begitu?

  27. assalamualaikum, saya pulak ad masalah yg lebih kurang sama dengan diatas, tp masalah sy bkn kedekut, tp suami sy terlalu pemurah, suka memberikan wang pada kawan2 sampai die sendiri tiada wang untuk membelanjakan diri sendiri apetah lagi untuk diberikan pada saya..sudah berbulan2 die tidak memberikan perbelanjaan rumah, semuanya saya yang kuarkan..die selalu pinjam duit saya, tp tidak pernah membayar balik, bile saya meminta, die memberi dengan cara yg sangat kasar seperti melemparkan wang itu ke arah saya,,die selalu menyalahkan saya atas segalanya..sedangkan saya tidak pernah berlaku curang atau membuat apa2 tanpa pengetahuan dia..saya sangat runsing…suami saya pula seorang yg tidak boleh dibawa berbincang..

  28. Kawan saya pun mengalami masalah yang sama, suami dia berhenti kerja konon nak berniaga, bermula episod hitam.. suaminya memanjang tak cukup duit, isteri jadi bank, isteri kerja sebagai kerani tetapi terpaksa berhutang kat bank rakyat, koswip untuk buat modal berniaga, untuk bayar gaji pekerja.. atlast, berniaga entah kemana, isteri kena tanggung hutang sampai masuk program AKPK. Hutang isteri untuk backup suami sudah mencecah 60% drp gaji. Tinggal 40% pun suaminya nak jugak.. perbelanjaan makan minum suami dia buat bodoh, isterinya jugak kena bayar, fees sekolah anak pun boleh kata takde duit, perbelanjaan anak pergi kolejpun suaminya boleh cakap takde duit, sebagai ibu dan isteri, takkan nak tengok anak menangis.. kena jugak keluarkan duit, isterinya sampai nak beli seluar dalam dengan baju dalampun kena fikir., Kalau isteri berkursus, anak2 mengadu, ayahnya tak bagi makan.. Macamane nak tolong kawan saya ni.. kesian.. kalau mati trus masuk syurga, suaminya pulak kalau mati mesti kena balun cukup2

    • Isi Kandungan Buku;

      Ayat Pengasih Ilmu Supaya Dikasihi oleh Masyarakat Ilmu Pengasih Cahaya Muka Ilmu Pengasih Supaya Jadi Pemimpin Ilmu Pengasih Supaya Dilembutkan Hati Ilmu Pengasih Supaya Disegani Orang Ilmu Pengasih Khasiat Hati Surah Al An’am Khasiat Hati Surah Al An’am untuk Memiliki Isteri Ilmu Pengasih Imam Sya’rani Ilmu Membuat Minyak Pengasih Ampuh Teknik Rahsia Menggoda Melalui Salaman 7 Chakra Pada Badan Anda

      Terdapat pelbagai topik lagi dalam Ebook Ilmu Pengasih ini.Jika anda berminat hubungi saya atau sms untuk pertanyaan di 016 600 3827.Harga Sebuah Ebook Ilmu Pengasih ini RM 100 sahaja.Bank in ke akuan Maybank saya Mohd Khairul 151240036964.Saya akan hantar buku Ebook ini selepas masa bekerja saya 5 petang jika tidak sibuk.Sila berikan email anda untuk proses penghantaran Ebook ini selepas membuat bayaran.

  29. Salam semua, saya dh berkahwin hampir 5thn lebih sejak dr mula kawin hingga kini suami asyik menyusahkan saya dengan minta saya duit hari, bila saya cakap tiada dia suruh saya pinjam sesiapa dia janji akan byr balik tapi tidak pernah byr balik, saya malu ngn kwn2 sbb byk htg diorg x ditunas lg. semua perbelanjaan rumah sy yg perlu fikir n tanggung. bila sy minta die duit dia kata gj die abis bayar htg tapi kat rumah sentiasa ada org hantar suruh jelaskan hutang & ada 1 hati tu org datang kat rumah minta htg dia, dia letakkan nama saya sebagai jaminan. bila saya ckp xnk tolong dia, dia kata nak bwk lari anak-anak saya. apa yg perlu saya buat? saya nak semua duit & barang kemas saya balik. (p/s walau pun tau mmg saya xkan dapat). tolong la… saya betul2 stess…

  30. Salam,
    nak jawap jugak wlaupun berat…

    Susah senang perlu ditempuhi bersama sebagai suami isteri. Perempuan jenis apakah tinggalkan suami dikala suami susah dan datang semasa senang?. Kita dah berjanji sama2. Kalo tak kuat blah lah, jenis ni tak mmg tak guna.(kat chow kit banyak)

    Pasal duit isteri, isteri bekerja atas izin suami. Kalo suami tak izin, satu bende pun kamu tak dapat.. duduk rumahlah.. sblum tu hutang sendiri sblum kahwin selesaikan..
    Hati mau bersih itukan suami, itukan isteri kena sama2. kena dugaan sikit nak blah.. materialistik betul..kalo dia suami/isteri baik ,soleh, kamu tak dapat kat mana2.

    Kedekut kalo nak simpan untuk masa depan keluarga, untuk kebahagian itu kira oklah..tapi untuk sendiri baik jangan bkeluarga. Itu kan tanggungjawab suami…itukan diri kamu (suami, isteri, anak).

    Saya suka berfikir bagaimana nabi s.a.w boleh bekerja dengan isteri yg saudagar. Isteri kaya yang beri pekerjaan..
    suami mesti mau power bro…. dapat suami yg tau bagi duit je tak guna mem..baik kawin dengan duit loh..

    duit tak boleh buat kita, kita yang buat duit… suami kena power la buat duit.. kalo dah usaha, tak de rezeki. Isteri kena la faham.. Aku suka lihat orang dahulu yang hidup bersama dalam susah dan senang. Hidup tak selalu indah mem.. lu ingat ini cerita TV ka..realistik la mem… lu banyak duit, suami takde duit, lagi lu mau tekan suami…

    rileks mem…buang matlamatkan duit.. amik cita-cita gumbira akhirat. Jangan tinggal dunia plak..dunia jambatan akhirat..kalo tak gumbira yg baik jugak , baru blah..

    Sorry bro2 mem2 –

    -Aku yang berdosa-

  31. kalo tak ikut cakap suami kate berdosa, tp yg suami menzalimi isteri tak plak takut berdosa.. suami ni selagi tak bini pada kedana selagi tu la die korek2. tak cukup bini duit anak pun jadi..dah tau tak de duit yg gatai nak merokok tu pesal. Keje malas, dapat duit pun kalo bagi minta balik n ungkit2. tpi tang utang dgn bini wat diam je..tu la suami..kalo depe jumpe betina baru, kita ni yg byk tolong pun tak de die hargainya..tpi tu la hati seorang isteri memang begitu, tak sanggup buat suami derita..tp hati seorang suami sgup wat isteri papa kedana.. walaupun tak semua suami yang begitu, tp pikir la kami yang isteri2 ni pun manusia biasa. perlukan makan minum pakai yang berganti.. jd kaum suami cuba la memahami isteri..jgn la suka menggadai barang isteri.. depe pun de waris, mak bapak kami pun tak bgi kami idup derita..tp dah kawin cam ne upe…perkahwinan ni memang kadang2 nasib…dah di tentukan olehNya..kami bukan nak suami kaya, tp memadai bertanggungjawab..tu sebab byk perempuan yang membujang sampai ke tua..idup kami ni bukan untuk diperguna ataupun diperalatkan. kalo bawa berbincang pun, suami tetap dengan ego..berjanji bagai nak rak..tp rupe tu la juge sampai mati…

  32. As salam..sy bkerja swasta..berkahwin selama 3tahun..sy dh lama perhatikan suami..sgale byaran rumah,utility,kereta,klengkapan rumah sy yg bayar..bila gaji sahaja dia tidak beri duit belanja alasan saya ade duit..Gaji saya RM1300 (bersih) byar segala nya..selang brape hari lpas gaji.,saya minta duit belanja dia pertikaikan mana duit gaji saya.. Gaji dia sehari RM50(kerja dgn maknya)..bagi saya hanya RM10 sehari tu pn tanya duit lebih..
    Saya tertekan dgn keadaan begini..

  33. Assalamualaikum.. saya juga pernah mengalami nasib yg sama..memang saya redha pada mulanya, sebab saya sayangkan suami dan anak2, tapi suami x pernah menghargai..ambil kesempatan.. makin kedekut dan makin berkira dan pandai mengungkit jugak setiap duit dia yg pernah saya guna..akhirnya setelah 15 tahun bersama saya ambil keputusan untuk berpisah..hati saya dah betul2 tawar.. dah hilang semua kasih sayang dan rasa hormat pada suami. Daripada saya terus berdosa biarlah kami bercerai. Alhamdulillah kes perceraian saya x ambil masa yang lama. Bila hakim tanya dia kenapa nak bercerai dia bagitau saya yang minta. Bila hakim tanya saya kenapa saya pun cerita apa yang sebenarnya berlaku di mana saya x pernah diberi nafkah zahir oleh suami dan saya yang menanggung segala keperluan rumahtangga. Cepat saja hakim beri arahan pada dia untuk lafazkan cerai. Sekarang saya telah mendirikan rumahtangga semula dan syukur Alhamdulillah suami sekarang tak seperti yang dulu.

  34. Ramai isteri yang ada yang bernasib lebih baik ada yang kurang. Ruangan ini saya jadikan tempat luahan perasaan. Gaji saya 2 x lebih besar daripada suami setelah lebih 10 tahun berkahwin. Suami xde kad kredit jadi kalau nak beli kelengkapan rumah semuanya guna kad kredit saya sebab boleh buat 0% installment rate. Masa nak beli dia kata nanti bulan2 dia kongsi bayar tapi bila hujung bulan dia buat diam je. Bila kita mintak dia kata gaji tinggi pada dia pun nak mintak duit dekat dia. Kalau saya shopping dia mesti perli, dia ungkit kata dia x pernah dapat shopping dapat enjoy macam saya, duit dia semua habis untuk keluarga. Bil api, air, Internet, sekolah, buku, pakaian anak semua saya. Sebab dia kata gaji saya lagi banyak. Dulu ada juga dia bayarkan insurans kereta sebab dikira kereta keluarga sekarang dia dah xnak bayar sebab dia kata gaji saya lagi tinggi pada dia. Tiap tiap bulan duit saya ada baki lebih pada dia. Kalau saya keluar outstation saya kena bagi duit poket untuk makan anak-anak sebab saya tinggalkan dorang. Saya ni x redho kena keluar duit lebih lebih. Masa kahwin dia tahu saya keje. Sekarang nak ungkit sebab saya sibuk dia kena cover keje rumah. Dah dia malas cari kerja gaji besar, boleh lah dia gajikan pembantu rumah, ini alasan sebab saya sibuk jadi dia berkorban. Kalau saya bising dia kata boleh ambik pembantu rumah sedangkan dia sendiri mengharapkan duduk rumah keluarga lagi, dia takde niat pun nak beli rumah. orang laki zaman sekarang memang suruh isteri bekerja sebab nak suruh isteri sama sama tanggung keluarga kalau macam tu syurga bukan lagi bawah tapak kaki suami, syurga tu nanti Allah yang akan bagi. Kalau suami saya nak ceraikan saya pun lagi bagus. Selama ni pun saya x hadap duit dia, kalau hadap dia dia, kalau mintak duit, mulalah dia memerli gaji saya yang banyak ni pegi keje keluar pagi buta balik dah senja, pergi outstation lagi duit x pernah cukup sampai terpaksa mintak duit dekat dia. Saya kalau diberi pilihan, nak je saya hidup membujang. Setakat seks jelah yang suami boleh bagi. Tukar lampu, paip apa segala. Kenkadang je bagi lebih sikit, itu pun menyebut apa yang dia bagi macam lah selama ni dia dok tanggung kami sekeluarga 100%. Bagi dia kalau dah sama sama kerja, kena sama sama tanggung. Saya memang tak redho mana mana belanja yang terpaksa saya keluarkan sebab saya benci dia perli perli duit gaji saya tak cukup kalau saya mintak gunakan duit dia.

    • Salam.
      Saya sgt memahami kkerana nasib saya serupa dgn anda. Sudah 18 thn.
      Penat dah bergaduh pasal tggjwb…sekarang saya dah diam tetapi amat tak redho tulang empat kerat saya digunakan utk menyara mkn minum jantan. Sedang kan badan dia makin membulat makan cukup senang hati. Suami sekarang cetekk ilmu, ego besar gunung. Jgn nasihat kita utk ajak dia berbincang. species ni mmg tak boleh ajak berbincang…

  35. Saya dah 22 thn nikah. Anak 3 org. Saya sgt kecil hati dgn suami. Kami sama2 bekerja. Dulu dia bayar semua bil dan kereta. Saya bayar kereta saya sendiri. Sekarang semua saya bayar dari rumah sehingga bil2 utilities. Saya nak beli kasut pun terpaksa bercongak2. Kasut kerja yg skrg ni dah 3 thn dah, tapak dah haus, bila jln, terkeluar2 tumit sbb dah loose. Baju…hurm..x pernah blikan dah…nak bli bra and panty pun susah..pakai selagi boleh. Anak2 dah masuk kolej. Macam2 kena bayar, suami tolong jugakla tapi ala2 kadar ajew. Gaji dia sgt berahsia.Suruh saya buat loan sini sana, janji nak bayar sama2.?hurm..janji munafik aje. Kalau minta macam saya ni peminta sedekah yg hina. Suami Selalu ke luar negara, bila nak ikut kena tambang sendiri. Ni suami baru minta duit saya sbb nak pergi jemput anak di kolej…dlm purse saya dah kosong, padahal baru ajew gaji. Barang keperluan rumah, kalau suami yg beli, dia nak benda2 tu jgn habis. Gila ke apa? Bole ke syampu bdn, ubat gigi, sabun basuh kain dan lain2 kekal selama 3 bulan? Bila dah habis, suami akan kata..dah habis, kan baru bli? Anak yg bongsu akan kata “ayah, yg ini ibu bli lah..yg ayah bli tu bulan lepas…” Belum bab agama lagi, solat ke laut, mengaji entah kemana…subuh, saya solat tepi telinga dia, x mau nya dia bangun. kalau saya berusrah dgn anak2, pandai2 pulak bagi entah apa2 fatwa. Geram rasanya. Bila kita bersuara sikit, merajuk. Skrg saya tak kuasa dah. Suami nak solat ke idok, nak bg duit ke idok…saya dah immune. Tanggung la nanti masa di akhirat.Tapi sya tak pernah halalkan apa yg saya belanja utk dia. Duit dia, dia buat aktiviti dia ajew. Saya dah jadi manusia bisu bila dgn suami, cakap hanya benda2 yg buat dia gembita ajew, x kuasa mengadap dia merajuk dan membengis. Ego ,engalahkan Gunung Himalaya dan Kilimanjaro. Itu lah payahnya bila jadi lelaki tapi cetek ilmu.. bila tanye dgn ustaz, jawapan mesti nak menyebelah lelaki, bila saya selidik hurm..ustaz pun ditanggung dek bini. Ada ceramah adalah duit, tak ada ceramah..minta la duit bini..patutla dia menangkan kaum suami yg tak bagi nafkah kat keluarga…jiran saya kawin sampai 3 tapi dia x kerja. Cukup bulan ambil duit air dri bini2… Ya Allah..saya berdoa semoga saya dan isteri2 senasib di luar sana, diberi kekuatan utk meneruskan masjid ini demi agama dan anak2. Allah swt Maha pengetahui….After 22 years, i do not know the different between ikhlas and redho..malam2 mengadu pada boyfriend abadi (Allah) aje lah…

  36. ramai yg malang mcm sy..jumpa lelaki bodoh. kerja x apa pon x..sy kerja,balik kerja mabil anak..xsempat dudk rehat pon..bil sewa kereta semua sy bayar..suami suka berlagak kaya..nak itu ini..xsedar diri.kayu.anak xmau jaga..dah xkeje jagalah..ini x..bila mnta tlg tgk anak kejap pon buat muka merungut suh cepat..bawa kereta pon xreti..time nak beranak sy la drive sendri g balik..pantang pon mcm x..xmampu nak cri tukang urut pon..miskin sgt sbb melayan perangai konon kaya tu..stress..penah halau dri rumah nak cerai..memangla dia xnak..nak dok mana..hutang ahlong dri sblm kawen,,sy dah bayarkan semua..tup2 bodo pergi hutang lagi…hari2 dok dpn tv main coc..habuk cibai apa pon xmau tolong.tau merungut jeeeeeee.insuran peribadi sy pon smpi lapse.anak xde perlindungan pon.gara2 si babi ni.tolong la keluar dri hidup dgn anak.

  37. Salam. Boleh saya bertanya. Gaji saya lebih banyak daripada gaji suami. Jadi untuk certain certain expenses , suami saya dah biasa untuk saya yang uruskan. Bulan ni, agak sempit sedikit sebab banyak yang perlu diselesaikan . Anak saudara nya meminta buku, mainan dah handphone, suami saya pun dah berjanji. Tp dia kekurangan duit. Then dia minta saya . Bukan la saya tiada. Tetapi duit yg ada saya perlu settle kan wang rumah. Bila saya cakap tk cukup dia marah and tk tegur saya, .. Adakah saya salah?

  38. Assalamualaikum. .sy baru kahwin 6bulan..suami sy ni bergaji lebih kurang mcm sy..duit kete..belanja rumah rm100..nafkah sy rm200 duit anak rm250(sebb kawin duda)..tu jelah y sy nmpak dia bayar..selebihnye sy tak tau duit dia kemana…duit rumah..sy y bayar..sebb nama sy..bill api air astro sy y byar..sejak kawin tak penah tya pon pasal bil..apetah lagi nk cntik kan rumah..semua duit sy la..klu mkn luar..sy y byar..klu keluar ngan kuar sy..sy y byar..keluar ngan kuarga dia..sy y byar juga..duit minyak sama2 nk blik kmpung tong2..dh mcm kawan2 tumpang kete lak..emm..kadang2 rasa sedih juga..umpama mcm takde duit nafkah. .malah duit simpanan kita y kering tok dia..
    Setau sy pendapatan isteri digunakan tok perkara2 tertentu..contoh buat simpanan tok anak2 akan dtg..atau renovation rumah ke sebb isteri kumpul harta..ni sy langsung tak menyimpan..brang keperluan kita ni kene beli sendiri..kadang2 sedihlah kenangkan nasib sy..baik sy hidup bujang..dpt juga sy spend more times ngn parent sy..sy jg parents sy lagi bgus..

  39. Ramai senasib rupanya. Dari duit belanja dapur sampai la duit tol, minyak kete dia, saya kene tolong isi. Masa dapat gaji, suami boros yang amat, pakai pula keta mahal tp bila tengah bulan smpai ujung bulan. Duit dia banyak habiskan kat kereta dari kat isteri. Alasan dia, untung la dia bagi saya kerja, Kalau dia tak bagi keje, makan la nasi ngan ikan masin tiap hari (sedangkan beras dan ikan masin pun saya gak yang beli). Bila tertekan, memang nak becerai ja. Nafkah memang tak penah bagi, bil semua saya bayar. Dia bayar sekali sekala kalau makan roti canai dan minum air ja kat luar. Kalau nak minta duit nafkah, bersedia la kene tengking.

  40. Saya pun sama2…paling sedih suami suka gunakan kad kredit saya sesuka hati.masa sya balik kg ,sya trtggal kad krdit dirumah ,dua hari lps tu sya dpt sms dua hari berturut2 yg sya telah mgluarkan duit sehingga mencecah 4ribu.sya tel suami ada tak kad krdit sya trtggal dn dia jwb ya dh pakai.jnji nk byr blik tpi sblik sya yg tiap2 bln tpksa byr rupa2nya duit kad krdit sya tu dia pegi byr utang dia berlibur dgn prmpuan lain…sedihnya.suami juga pernah memukul sya ktika saya sarat mngandung gara2 prmpuan len.utk langsaikan utang tu nk xnk sya tpksa sya buat loan bkn skli tpi tiga gara2 sikap suami.dah tu klu duit blja anak2 trutama hri rya dpt bonus pun ssah nk hulur nk byr.malah suami pernah jual kereta sya dptlah dlm 7ribu tpi dia hnya bgi sya seribu 6ribu lgi tak thu kemana dia habiskn.dahle sya bersusah pyh buat loan abiskn byrn kereta bila dpt duit itu saja dia bgi.sgt kejam….mase dia ssah dlu syalah yg byk menanggung mkn minum dia,brg2 kperluan harian dan ank2 semua sya yg tggung.bila dia xde duit abis brg2 kemas sya dia gadaikn.skrg ni gaji dia dh ok sikit dan buat income luar mula ckp besar dan mula berkira dgn sya.bila prgi ke psr syalah yg kluarkan duit dia beri akan alasan xamik duit lgi kat banklah.. xde duit kecik laa.pdhal duit kecik tu buleh aje nk pecahkan.skrg gaji brsih sya semakin sikit….gara2 byk buat loan akibat perbuatan suami dlu.serasa sya tak mahu halalkn apa yg dia lakukan pd saya.dia xpernah langsung mghrgai sya sebagai isteri yg byk brkorban utk dia dlu.sya berhrp Allah dpt memberi blsn d hidayah kpd suami sya. xberkat klu menganiaya,mgmbil kesempatan kpd isteri .

Tinggalkan komen