Bantal busuk teman tidur

Rupanya buruk, baunya busuk. Tetapi bagi sesetengah kanak-kanak, inilah teman setia mereka. Tanpanya mereka akan gelisah, menangis dan tidak boleh tidur.

Dijinjing ke mana sahaja tanpa rasa malu, sama ada dalam bentuk bantal, anak patung atau kain. Semua objek ini adalah kesayangannya sejak kecil lagi dan agak sukar untuk dipisahkan.

Jika tidak dipisahkan dengan objek ini, kemungkinan akan berlarutan sehingga melangkah remaja dan dewasa.

Namun, fenomena biasa yang sering kita lihat ialah perlakuan menjinjing bantal kegemarannya yang dipanggil bantal busuk ke mana sahaja iaitu bantal yang menjadi temannya ketika tidur semenjak bayi lagi.

Bahkan, penulis turut mempunyai anak yang mempunyai bantal busuk yang hampir sama dengan usia anak, hanya diganti sarung setiap sebulan sekali. Tetapi hendak dibuang atau dibasuh bantal itu, janganlah dibuat kerana akan menyebabkan anak gelisah dan menangis.

Bantal itu mungkin sudah lusuh, buruk dan berbau kerana sudah terlalu lama digunakan tetapi kanak-kanak ini masih perlukannya untuk tidur. Malah, bantal ini perlu dibawa oleh ibu bapa ke mana-mana sahaja supaya tidak timbul masalah semasa kanak-kanak ini mahu tidur nanti.

Dipercayai tabiat mempunyai bantal busuk menjelang tidur bukan disebabkan oleh faktor genetik mahupun personaliti sesebuah keluarga. Ia suatu perbuatan yang sudah terbiasa sejak kecil lagi.

Pensyarah dan Pakar Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja, Jabatan Psikiatri, Fakulti Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Wan Salwina Wan Ismail berkata, bantal kegemarannya ini berfungsi sebagai transitional object. Ia seolah-olah memberi perlindungan dan anak-anak akan merasa selamat apabila objek ini berada di sisinya.

”Mereka telah biasa dengan bau dan rupa serta selesa dengan bantal itu apabila hendak tidur. Jika dibasuh atau diganti dengan yang lain, anak tidak mudah tidur dan sering teringat dengan bantal busuknya,” katanya ketika ditemui di Bandar Tun Razak, baru-baru ini.

Menurut Dr. Wan Salwina, transitional object tidak semestinya bantal, boleh jadi objek lain seperti anak patung kegemaran anak-anak, selimut dan sebagainya.

”Sebagai contoh, sejak kecil ibu bapa telah membelikan anak patung sebagai permainan anak perempuan mereka. Disebabkan itulah maka anak itu lebih gemar bermain anak patung berbanding permainan yang lain dan kebanyakan kanak-kanak perempuan gemar menjadikan anak patung yang lembut dijadikan teman ataupun dipanggil ‘bantal busuk’,” ujarnya.

Ada juga berpendapat, selimut dan kain napkin yang digunakan juga sering dijadikan bahan heretan ke mana sahaja anak ini pergi.

Justeru itu, boleh dikatakan setiap kanak-kanak mempunyai transitional object yang tersendiri bagi membuatkan mereka berasa selesa dan selamat walaupun ketika berjauhan dengan ibu bapa.

Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI

6 thoughts on “Bantal busuk teman tidur

  1. Bukan setakat kanak-kanak je yang gelisah tak leh tidur kalau bantal busuk tak dak…tetapi yang dewasa pun sama…kalau tak dak bantal busuk, mmg mcm ayam nak menggeram….mungkin bawakan masa zaman kanak-kanak….

    Bukan setakat bau je yang mmg kurang menyenangkan tapi rupa pun boleh tahan….mengerikan…

  2. teringat mase kecik2 dl…aku ade bantal busuk kaler hijau…tp di saat akhir hayatnye…kaler da mmg xde kaler hijau lg da…mak aku bakar bantal tu…semgu aku xdpt tido…aku lari umah p umah atok aku sbb merajuk ngn mak aku huhu….

    tu mase umo aku kecik smpi umo 10thn…skrg ni umo pon da 25 n da keje…tp aku da ade pengganti…tedi bear aku plak jdkn bantal busuk…mase beli kaler putih…skrg da 7 thn pakai pepaham je la kaler ape bear tu skrg….aku blk kg ke, p outstation ke…mmg aku bwk bear tu…kalo tak, xlelap tido huhu…

    harap bakal suami aku memahami sikap aku ni…jgn die pon bakar jgk bear tu pas kawen nnt sudah la….haru je nnt tau!!hehe…….

  3. dah tua tua ni .. bantal busuk aku ialah abg mat .. kalau tak ada abg mat kat sebelah .. dah memang lah tak boleh tidur .. hehe ..

  4. Kebayan.
    Omi nak bg tahu omi ingat sgt dekat kebayan dan honey.
    Suka sangat omi bila melihat kebahagiaan kebayan dan suami. Harap2 omi dan hubby akan hidup bahagia macam kebayan. Sekarang ni..omi pergi bercuti dengan suami kat seberang laut. Ha..suka hati omi sebab hubby tak bawa bantai busuk dia. Hubby omi sampai skrg dia ada bantai busuk tau..kadang2 omi rasa jeles bila dia peluk bantai busuk dia tu..Kadang2 omi tanya kenapa ada dia diantara kita. Cepat2 omi ambil bantai busuk tu..apa lagi dia geletek omi sampai omi mengalah dan serah balik bantai busuk dia. Heran omi dah besar panjang masih ada bantai busuk..bantai tu..pun memang bau badan dia…Bila dia tak ada disisi omi, omi ambil bantai tu..cium..emmmm bucuknya..huhuhuhu

Tinggalkan komen