Janji lelaki beristeri

Berhati-hati dengan segala janji manis lelaki yang sudah beristeri, takut nanti anda pula terjerat dengan penipuan cinta keduanya.

Seperti pasangan yang belum berkahwin, mereka akan berusaha menyakinkan kekasih hati dengan godaan janji manis. Justeru, lelaki yang beristeri sanggup berbuat apa sahaja untuk memujuk rayu cinta keduanya dengan janji manis bagi menjerat wanita kedua yang bertahta di hatinya.

Benar apa yang diungkapkan, setiap bicara kata manis lelaki mampu melenturkan hati kekasihnya. Namun, anda harus berhati-hati dengan janji manis mereka, takut nanti anda dijerat masuk ke lubuk percintaan kali keduanya. Berikut kata-kata manis lelaki yang sudah beristeri untuk memikat wanita kedua yang hadir dalam hidupnya.

“Saya akan menceraikan isteri”

Janji itu seringkali dilafazkan oleh lelaki yang bergelar suami. Adakah janji itu akan ditunaikannya? Sayang sekali, kebanyakannya tidak mahu mengotakan janji. Pelbagai alasan diberi termasuk kes perceraiannya masih di peringkat penyelesaian di Mahkamah Syariah. “Sabar ya… sayang, proses perceraian itu akan selesai tidak lama lagi,” begitulah antara kata-kata manis yang dilontarkan lelaki setiap kali anda menagih janji.

Bercerai bukannya satu perkara yang mudah bagi seorang lelaki. Umumnya, mereka akan memilih untuk kekal dengan perkahwinan pertama berbanding perceraian walaupun kebahagiaan yang dicari selama ini gagal. Apatah lagi, sekiranya lelaki itu telah dianugerahkan cahaya mata.

Ini kerana, lelaki seringkali bimbang kehilangan anak-anak apabila bercerai.

Janji Lelaki

“Saya berjanji akan mengahwini anda”

Ramai daripada kita seringkali tertipu dengan janji-janji sebegini. “Tenang ya… sayang, tidak lama lagi saya akan menikahi anda.” Inilah ucapan berulang kali yang akan dilontarkan lelaki sebagai satu cara untuk menunjukkan keseriusan dan ketaatan kepada anda.

Janji mengahwini kekasih terpaksa dibuat supaya si dia tidak berpaling arah pada cinta lain. Soalnya, bagaimana lelaki itu harus memberikan komitmen kepada anda, sedangkan dia terikat pada komitmen terhadap isteri dan anak-anaknya. Anda perlu menerima hakikat bahawa hanya segelintir lelaki yang benar-benar akan menceraikan isterinya semata-mata untuk menikahi kekasihnya.

“Saya akan bawa anda ke rumah”

Janji itu biasanya dilafazkan sebelum anda mengetahui tipu helahnya bahawa dia adalah hak kepunyaan orang lain. Dia berjanji akan menceraikan isterinya dalam masa terdekat tetapi tidak mungkin itu dapat ditunaikannya. Sekiranya anda bertanya bilakah dia akan menetapkan tarikh perkahwinan, biasanya lelaki itu akan mencipta pelbagai alasan termasuk terlalu sibuk dengan kerjaya. “Saya memerlukan masa yang sesuai” atau “saya semakin sibuk sejak kebelakangan ini,” adalah antara alasan yang kerap bermain di bibirnya.

“Saya pasti datang ke rumah anda”

Bagi lelaki yang beristeri, bertemu dengan kedua-dua ibu bapa kekasihnya akan mengundang risiko yang besar. Pertama, ia menandakan keseriusan hubungan anda dengan dia, sedangkan dia sudah mempunyai komitmen lain. Kedua, dia belum bersedia berhadapan dengan pelbagai pertanyaan yang akan dilontarkan oleh ibu bapa anda. Dia berasa takut apabila statusnya terbongkar. Maka, dia akan menghindari segala perkara yang tidak diingini. Dengan itu, dia akan memberi janji manis untuk bertemu dengan ibu bapa anda, tetapi tidak sedikitpun berniat untuk berjumpa dengan mereka.

“Cuma kamu yang ada di hatiku”

Ucapan ini akan membuatkan anda terawang-awang. Dia tahu bahawa kata-kata seperti itu akan membuatkan perasaan anda cair. Tetapi, sebaiknya jangan mudah percaya dengan kata-kata itu. “Hanya kamu yang ada di hatiku?” Ah, itu satu pembohongan besar. Selain anda, di hatinya masih ada anak-anak dan isterinya. Malah, anda juga perlu tahu, merekalah yang mendapat tempat terbesar di hatinya.

“Aku akan membahagiakanmu”

Kalimat ini hanyalah janji-janji manis untuk dirinya. Dia tidak mampu membahagiakan anda, selain isteri dan anak-anaknya. Bagaimana dia mampu membahagiakan anda, sekiranya keinginan anda tidak mampu ditunaikan. Walaupun dia sering memberi hadiah mahal kepada anda, namun sebenarnya bukan itu yang anda harapkan. Anda menginginkan hubungan yang stabil dan mampu hidup bersamanya. Sayangnya, hal itu tidak mampu ditunaikan atas alasan komitmen lain yang perlu diutamakan.

“Selalu berada di sisi saat memerlukan”

Ini merupakan janji-janji bisa yang seringkali diucapkan lelaki yang beristeri bagi merayu kekasihnya. Padahal, dia tidak mampu memenuhi janji itu. Bagaimana dia boleh menemani anda saat memerlukan, jika anda dan dia hanya bertemu pada waktu bekerja. Ketika anda memerlukan nasihatnya, anda tidak mungkin menghubunginya di rumah atau pada waktu cutinya. Anda mungkin akan berhadapan dengan masalah yang lebih besar jika menghubunginya ketika itu. Oleh itu, berhati-hati dengan kata-kata manis seorang lelaki, takut nanti anda pula yang terjerat dalam penipuan cinta suami orang.

~ Kosmo!

11 Responses to Janji lelaki beristeri

  1. indri berkata:

    janganlah pernah termakan dgn rayuan laki2, jika laki2 yg sdh beristri meski dia memiliki masalah di keluarganya bagaimanapun juga dia akan tetap kembali ke pamgkuannya juga, laki2 hanya mengingin sesuatu yg berbeda dari wanita lain dan laki2 itu akan senang jika bertemu wanita yg termakan oleh rayuannya dan bisa saling mendapatkan kesenanangan tetapi itu hanya untuk sesaat bukan untuk selamanya.
    berhati2lah wahai kawan2ku…

  2. serina berkata:

    Mmg betul la apa yang dikata…lelaki ni belum dapat huh….janji punya la bagus…kalah romeo…bila dah jadi bini nak tolong bini buang sampah…kat tong sampah tepi rumah pon malas…semua keja bini….

    Janji intan belian…kapal terbang…bukit la gunung everest, last sekali nga…nga.. je la bini ni…kena usaha sendiri….

    Kebanyakkan lelaki kalau nak dapatkan perempuan sama je taktiknya…cuma yg betul2 hati luhur akan mengotakan janji…kalau yang dah beisteri nak tambah cawangan biasalah…ayat2 manis mainan di mulut untuk tinggikan saham sahaja.

    Wahai wanita2 sekalian
    berhati2 dijalan raya
    jangan mudah terpedaya
    buruk padahnya
    merana lah jiwa
    pikir lah semasak-masaknya

  3. cc berkata:

    benci lelaki yang hipokrit

  4. Kasih berkata:

    aku ni mangsa cinta suami org. si dia suami org y mempunyai 2 cahaya mata.aku dan si dia 2tahun besama.dia pernah bejumpa dengan keluarga aku.tiap kali aku ajukan soalan bila nak ceraikan isteri dia, dia kata bagi masa.sbbnya cerai bukan senang.proses susah.dia akn mengamuk bila cakap soal cerai.lagipon keluarga isteri baik dengan si dia.si dia dan isteri tak sehaluan.diaorg dh 4 tahun tak besama.aku masih tak faham kenapa dia tak ceraikan isteri dia walaupon dia tak besama.akhirnya aku dan dia betengkar dan keputusan terakhir dari mulut aku iaitu perpisahan.bukan itu yang aku minta, tp tu terbaik buat aku.aku tak nak musnahkan masjid org.2tahun aku besama dgn si dia.ni kesudahan nya hubungan aku dan dia.

    jadikan ni pengajaran untuk sesiapa yang bercinta dgn suami org.janji2 insan begelar suami ni, memg manis.hati yang keras leh jadi cair macam coklat cair.

  5. Dilemma berkata:

    Rasanya bopren kasih tu sebenarnya bukan tak bersama wife dia… Cuba u pikir secara rasional, kalau betul lah dia dah tak ‘bersama’ isteri dia selama 4 tahun, tak mungkin hati dan jiwa dia masih bersama perempuan itu! Llaki mana yang boleh tahan kalu tak diberi ‘makan’?? Pendek kata, mmg mustahil la ada lelaki yg sanggup dan masih setia dgn isteri kalau dah 4 thn tak disentuh dan pulak tu tak sehaluan??

    kasih, percaya la… sidia yg kamu dambakan itu bukanlah seperti yg kamu sangkakan.. cuma dia berkata demikian hanya semata2 utk memujuk kamu supaya setia bersamanya…sedangkan dihatinya masih ada rasa cinta syg terhadap isteri dan anak2nya… sebab tu lah dia seperti melengah2kan aje setiap kali kamu mengajukan soalan bila dia nak ceraikan isterinya kerana hakikatnya, dia tak mungkin ceraikan isterinya..!!

  6. zorro berkata:

    Syabas dilemma, anda telah berjaya memberi jwpn yg btul..dah bleh dpt sijil kaunseling plak..

    • Dilemma berkata:

      Huhuhu…tu la pasal..maklumlah, cikgu saya kan abg zorro… mestilah dah pandai skrg ni nak kasik kaunseling kat org lain plak.. kekekke..

      psstt… bercakap berdasarkan pengalaman…dan pengamatan sekeliling yg berlaku… hhmm..dunia…dunia..

  7. zorro berkata:

    Lelaki takkn tinggalkan kluarganye bermakna dia lelaki yg btanggungjwb…cuba jwb?

  8. watcher berkata:

    salam…adoiiii….camne ni…. u all ni makhluk yg compiusss laaa…
    kasih…kamu tgk ayat kamu ni..”tiap kali aku ajukan soalan bila nak ceraikan isteri dia, dia kata bagi masa” n 1 lagi “.aku tak nak musnahkan masjid org”…
    pd pendapat aku laa..kamu tau kamu becinta ngn somi org,ada anak bini..klau kamu sayang bangat kt dia..kamu betulkn tujuan hidup dia balik,tggjwb dia,pastu kamu jadilah ank kapal dlm bahtera kehidupan dia cara betul..bukannyer suruh dia gegarkn Arasy/runtuhkn masjid dgn cara suruh dia ceraikn wife dia…pastu wat masjid lain..aku dgr pn mcm kes kt india dl,runtuhkn masjid Babri pastu wat kuil atas tapak tu..tak hinalh hidup bermadu..Siti Aisyah r.a.dn isteri2 Nabi tu hina ker jd isteri Nabi…?Dia perampas suami org ker?Nabi tu curang ker? Maaf byk2 la kalau ‘bahasa’ aku kasar…lagi pun aku rase mamat tu nak main2 jer ngan kamu….tk pn aku rase dia tk main2 tp kamu dh bg dia jln mati,nk kn kamu,ceraikan isteri dia…pada hal ada alternatif lain..kamu blh tau kamu jenis yg mcmmne…klau betul lh…tk la pelik tuhan jumpakn kamu ngan dia…..Maaf zahir batin,bkn niat nk sakitkn hati tp kasihkn sadare sebangsa dn seIslam

  9. ramlijohor berkata:

    Entahlah…kalau ada perempuan…pasti ada lelaki……kalau ada lidah pasti ada …janji janji….

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 343 other followers

%d bloggers like this: