Apa Itu Fibroid?

Fibroid adalah ketumbuhan biasa atau benign (bukan kanser) yang terdapat di dalam uterus/rahim wanita yang berusia sekitar 30 hingga 40-an.

Ia merupakan salah satu ketumbuhan yang biasa terjadi kepada wanita semasa tahun-tahun kesuburan mereka.

Biarpun begitu ia boleh tumbuh di lain-lain organ yang mengandungi sel-sel otot licin. Fibroid adalah tumor pejal yang terjadi daripada tisu-tisu fiber di mana dari situlah ia mendapat namanya.

Lazimnya, fibroid tercetus sebagai ketumbuhan dan membesar secara perlahan-lahan, selalunya tanpa simptom.

Malah kedudukan fibroid yang boleh menyebabkan kemandulan ini, telah mencetuskan kontroversi.

Kenapa? Ketumbuhan ini merupakan penyebab utama bagi pembedahan histerektomi iaitu pembedahan mengeluarkan fibroid dan rahim.

* Tidak pernah mengandung

Dr. Salleh berkata, lazimnya mereka yang tidak pernah mengandung, gemuk, berkulit hitam, mempunyai risiko untuk mendapat fibroid.

“Bagaimanapun tiada sebab-sebab tertentu seseorang itu boleh mendapat fibroid. Hanya sekitar 25 peratus sahaja pesakit fibroid yang mengalami simptom-simptom.

“Ini termasuklah mereka yang mengalami pendarahan haid yang banyak, sakit sewaktu hubungan kelamin, kemandulan mahupun masalah dubur yang disebabkan oleh tekanan akibat daripada ketumbuhan fibroid ini,” jelas beliau.

Bagi wanita mengandung pula, fibroid boleh menyebabkan komplikasi termasuk keguguran, sakit bersalin sebelum waktunya dan kesakitan akibat daripada infarksi yang berpunca daripada kekurangan bekalan darah atau menyebabkan kedudukan bayi tidak normal dan terpaksa menjalani pembedahan Caesarean semasa bersalin.

Biarpun amat jarang berlaku, fibroid boleh berubah keadaannya dengan menjadi malignan, apabila ia cukup besar mahupun membesar dengan cepatnya.

* Diagnosis

Lazimnya, diagnosis dilakukan dengan mengambil kira sejarah simptom-simptom seperti yang dijelaskan di atas, atau secara kebetulan apabila pesakit menjalani pemeriksaan faraj yang berkala seperti ujian pap smear.

“Bagi sesetengah wanita yang menjalani pemeriksaan kemandulan, fibroid boleh dilihat sewaktu menjalani imbasan ultrasound.

“Imbasan ultrasound adalah sangat penting memandangkan ia juga boleh membezakan di antara sis dan lain-lain tumor pelvik,” kata Dr. Salleh.

Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) di mana magnet-magnet berkuasa tinggi digunakan untuk melihat struktur tisu-tisu juga berguna walaupun ia adalah mahal.

Ia bermanfaat bagi membezakan di antara fibroid dengan adenomiosis iaitu satu keadaan yang berkaitan dengan endometriosis dan agak sukar untuk dirawat.

Katanya: “Malah, ada yang datang berjumpa doktor setelah mendapati abdomen mereka semakin lama semakin membesar seperti mengandung. Selepas pemeriksaan dilakukan barulah diketahui wanita ini mengalami fibroid.”

* Jenis-jenis fibroid

Lokasi fibroid sering mempengaruhi tanda-tanda yang dialami dan pada sesetengah kes, rawatannya.

- Fibroid submukus terdapat di bawah lapisan uterus dan boleh menyebabkan masalah haid termasuk kesakitan apabila ia membesar.

- Fibroid intramural adalah fibroid bulat yang terdapat di dalam dinding uterus yang boleh menyebabkan pembesaran uterus.

- Fibroid subserous tumbuh di luar dinding uterus dan selalunya tidak menyebabkan sebarang tanda-tanda sehinggalah ia membesar dan mengganggu organ-organ lain.

- Fibroid pedunkel berbentuk gagang tercetus apabila fibroid subserous mengeluarkan tangkai atau pedunkel, membesar serta membengkok dan menyebabkan kesakitan yang amat sangat.

- Fibroid submukus dan intramural lebih banyak mengundang kesakitan semasa haid dan mendatangkan masalah seperti keguguran. Sementara itu, subserous dan pedunkel pula boleh menyebabkan masalah kemampatan dan kesakitan terutamanya semasa kehamilan.

- Fibroid interliganmentous tumbuh di sisi di antara ligamen yang menyokong uterus di dalam abdomen dan adalah sukar untuk mengeluarkannya yang berkemungkinan menjejaskan bekalan darah.

- Fibroid parasitik, paling jarang berlaku di mana fibroid melekat pada organ lain.

* Waktu sesuai merawat fibroid

“Fibroid perlu dirawat sekiranya ia mula menunjukkan tanda-tanda seperti yang dijelaskan tadi.

“Ia juga difikirkan sesuai, bagi sesetengah kes apabila seseorang wanita ingin hamil dan pandangan perubatan berbelah bahagi sama ada fibroid perlu dirawat atau mencari peluang mengandung,” kata Dr. Salleh.

Kadangkala, haid yang terlalu banyak boleh menyebabkan seseorang wanita itu mendapat anemia.

Pun begitu, katanya, kebanyakan doktor bersetuju biarpun tiada simptom-simptom, fibroid pedunkel agak jarang mencetuskan masalah besar bagi wanita hamil.

Bagaimanapun bagi fibroid submukus, ia berkemungkinan menyebabkan wanita lambat hamil serta mengakibatkan wanita hamil mengalami keguguran.

Keputusan untuk merawat atau tidak sebenarnya bergantung kepada usia wanita itu sendiri, saiz fibroid, pernah keguguran dan sama ada rahim menjadi herot kerana kewujudan fibroid itu.

Dr. Salleh menambah, usia adalah faktor penting kerana fibroid akan membesar di bawah pengaruh estrogen dan fibroid juga mudah dikeluarkan di kalangan wanita muda dan ketika fibroid masih kecil lagi.

Bagi wanita yang berusia, mereka perlu berjaga-jaga apabila membuat keputusan untuk melengahkan pembedahan.

“Bagaimanapun, wanita yang telah menjalani pembedahan mengeluarkan fibroid perlu mengambil masa sebelum mengandung. Pakar akan menasihati masa yang sesuai mengikut keadaan pesakit,” ujarnya lagi.

* Rawatan fibroid

Rawatan fibroid bergantung kepada saiz dan kedudukan fibroid itu.

- Rawatan hormon; terapi hormon sangat berguna kepada wanita yang hampir menopaus dan bercadang untuk mengelak pembedahan. Bagaimanapun terapi ini tidak banyak memberi manfaat kepada wanita yang bercadang untuk hamil.

- Reseksi histeroskopi; lazimnya dilakukan ke atas fibroid submukus asalkan fibroid itu berukuran kurang daripada l0 sentimeter garis pusat. Beberapa proses dilakukan sebelum pembedahan dapat dilakukan.

Pembedahan membuang fibroid ini menggunakan sejenis alat berupa wayar khas bersama histeroskop yang dimasukkan ke dalam uterus melalui serviks/pangkal rahim.

- Pembedahan laparoskopi atau miomektomi laparoskopi pula adalah pembedahan bagi mengeluarkan fibroid.

Intramural dan subserous boleh dikeluarkan melalui pembedahan ini melalui dua insisi/pemotongan 10 milimeter panjang, satu di bahagian pusat dan satu lagi di garisan abdomen.

Hanya segelintir sahaja pakar yang mengambil pilihan ini kerana ia mengambil masa yang lama dan cukup mencabar.

- Miomektomi terbuka, pembedahan konvensional yang dilakukan melalui insisi di bahagian bawah, memanjang atau menegak di bahagian garisan bikini (antara ari-ari dan abdomen). Otot-otot uterus dibedah dan fibroid dikeluarkan.

Doktor biasanya akan mengesyorkan wanita yang hamil selepas pembedahan ini untuk menjalani pembedahan Caesarean apabila sampai masanya untuk bersalin.

- Histerektomi bergantung kepada usia, bilangan anak, masalah kesihatan wanita serta lain-lain faktor.

Wanita yang menjalani histerektomi tidak akan mempunyai haid lagi kerana rahimnya sudah dikeluarkan sekali bersama fibroid.

* Nasihat pakar

Dr. Salleh menegaskan, bagi wanita yang menopaus, mereka perlu mendapat rawatan sekiranya mengalami tanda-tanda menopaus yang teruk.

Dalam hal ini, suami perlu memberi sokongan yang sewajarnya untuk isteri dalam meneruskan kehidupan seharian termasuk dalam hubungan suami isteri.

Beliau juga menekankan, wanita perlu menjalani ujian pap smear secara berkala untuk mengesan kanser servik dan fibroid. Fibroid yang aktif dan cepat membesar juga berbahaya bagi wanita.

Wanita yang melalui pembedahan perlu mengamalkan gaya hidup sihat, pemakanan yang ideal serta melakukan senaman yang bersesuaian apabila mereka sudah pulih sepenuhnya. Jumpalah doktor untuk nasihat selanjutnya.

33 Responses to Apa Itu Fibroid?

  1. Norhafizan berkata:

    Saya izan, berusia 30 tahun. Saya mempunyai 2 orang cahaya mata. Sekarang saya mengandungkan anak yang ketiga, dan kandungan saya berusia 3 bulan lebih. Namun kandungan pada kali ini saya telah disahkan terdapat uterine fibriod yang berukuran 2.5 X 3.3cm. Di sini, saya ingin bertanya punca sebenar. Adakah ia berpunca dari tabiat pemakanan atau pun sebagainya. Saya mendapat tahu terdapat kaedah baru bagi mengecutkan fibriod tanpa memerlukan pembedahan. Harap dapat bantuan dan nasihat. Terima Kasih.

    • zarli berkata:

      sebenarnya fibriod terhasil bile kita mengunakan tuala wanita berdioxin.dioxin adalah bahan toksid yg terkuat,ia 130 kali ganda lebih bertoksid daripada cyanide dan 900 kali ganda lebih berbahaya berbanding arsenic.pusat antarabangsa menyelah dioxin sbgai KARSINOGEN atau pun BAHAN PENYEbAB KENSER.jika akak izan ingin lebih lanjut blh hubungi saya zarli ditalian 0137633346.di johor bahru taman molek.
      jangan biarkan org yang kite sayang tertungu2 di bilik pembedahan…

      • ana berkata:

        salam..saya x tau sy ni ada fibroid atau x.saya keguguran bulan 7/2010..bulan 8 saya miss period dan awl bulan 9 saya period.sy period balik akhir bulan 9.kemudian saya period lagi pd awl bulan 10.masalah sy ialah sy dtg haid yang byk dan berketul2.haid sy sekarang dh 23 hari.kadang kala sedikit kadang byk.sy x rs sakit perut,cm lenguh2 pinggang je.slps keguguran dulu,doktor scan dh clear.sebelum ni pun doktor x de ckp yg saya ni ada fibroid.sy ckp bimbang bila terjadinya haid yang banyak dan lama ini.harap dpt membantu.

  2. noor azreena bt abdullah berkata:

    Saya eena, berusia 26 tahun.Saya mengandung anak sulung dan usia kandungan kini adalah 5 bulan 2 minggu.Saya disyaki mempunyai fibroid pada usia kandungan 5 bulan.Soalan kini,apakah kesan fibroid pada kandungan / anak dan juga risiko pada ibu?Adakah ianya akan menmpengaruhi hubungan suami isteri ?Diharap saoalan saya akan dijawab bagi mengurangkan kerisauan saya.Terima kasih

    • zarli berkata:

      dari ape yang saye tahu…sekiranya fibroid membesar ia akan mengakibat kan keguguran,kerana fibroid adalah sejenis pertumbuhan dalam perut, jika fibroid membesar dari kandungan ia akan menolak kandungan katuh…sebarang maklumat akak blh hubungi saye.ditalian 0137633346 zarli..sye cuma ingin menbantu,. dn diri kite sendiri yang blh mengubah hidup ini.?

  3. Hanim berkata:

    saya anim.saya mengandung 2bln anak pertama dan baru-baru ini saya disahkan mempunyai fibroid.Soalan apakah ianya memberi kesan kepada kandungan saya?apakah cara untuk mengelakkan fibroid itu dari membesar?diharap soalan saya dijawab dan dapat beri bantuan atau nasihat.Terima kasih

    • zarli berkata:

      maaf jika sya mencelah dlm ini biase.. biase nye selagi anda mengunakan tuala wanita berjinama dioksin selagi itu lah anda akan mendapat penyakit fibroid.. jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi saya 0137633346 zarli,sya bukan doktor tapi sya ada cara utuk mengurang kan fibroid.jgan biarkan owg tersayang menangis.

      • Christine berkata:

        Ya Zarli, baru ini doktor kata saya mendapat ketumbuhan fibroid di rahim, bagaimana cara mengurangkan nya dan adakah jenis herba untuk di minum untuk buat kecut.Terima kasih

  4. smm berkata:

    Fibroid: A benign tumor of the uterus and the single most common indication for hysterectomy. Fibroids can be present and be inapparent. However, they are clinically apparent in up to 25% of women and cause significant morbidity, including prolonged or heavy menstrual bleeding, pelvic pressure or pain, and, in rare cases, reproductive dysfunction. Both the economic cost and the effect of fibroids on quality of life are substantial.

    Fibroids are not cancerous. Drugs that manipulate the levels of steroid hormones are effective in treating fibroids but side-effects limit their long-term use. Fibroids may be removed if they cause discomfort or if they are associated with uterine bleeding. Surgery is the mainstay of fibroid treatment. In addition to hysterectomy and abdominal myomectomy, various minimally invasive procedures have been developed to remove fibroids.

    A fibroid is also medically known as a leiomyoma or simply a myoma of the uterus

  5. smm berkata:

    Leiomyoma: A benign tumor of smooth muscle, the type of muscle that is found in the heart and uterus. A leiomyoma of the uterus is commonly called a fibroid.

    Uterine fibroids are the single most common indication for hysterectomy. Fibroids can be present and be inapparent. However, they are clinically apparent in up to 25% of women and cause significant morbidity, including prolonged or heavy menstrual bleeding, pelvic pressure or pain, and, in rare cases, reproductive dysfunction. Both the economic cost and the effect of fibroids on quality of life are substantial.

    Fibroids are not cancerous. Drugs that manipulate the levels of steroid hormones are effective in treating fibroids but side-effects limit their long-term use. Fibroids may be removed if they cause discomfort or if they are associated with uterine bleeding. Surgery is the mainstay of fibroid treatment. In addition to hysterectomy and abdominal myomectomy, various minimally invasive procedures have been developed to remove fibroids.

  6. smm berkata:

    myoma is a mass in the ovary. can be remove through operation. heavy and prolong menstruation is something you should consult to your doctor.

    The cause of uterine leiomyomas is unknown, but steroid hormones, including estrogen and progesterone, and several growth factors, including epidermal growth factor, have been implicated as regulators of leiomyoma growth. Leiomyomas typically arise after menarche and regress after menopause, implicating estrogen as a promoter of leiomyoma growth.
    Uterine leiomyomas occur in 20% to 25% of women of reproductive age and reportedly affect three times as in women. The tumors become malignant (leiomyosarcoma) in only 0.1% or less of patients

    “Can a fibroid tumor harm the baby?
    Probably not. Even if you do experience symptoms, they most likely won’t affect the baby. However, your risk of miscarriage and premature delivery does increase slightly if you have fibroids. They occasionally cause the baby to be in an abnormal position for delivery. They can also stall labor, or, if they’re located in or near the cervical opening, they may block the baby’s passage. All of these (rather rare) problems can increase the likelihood of cesarean delivery.”
    LIKELY /// a fibroid can restrict the space in the uterus for the baby to move and grow. Also, after giving birth they can cause excess bleeding since the uterus won’t be able to clamp down to stop bleeding.

    they most likely won’t affect the baby. However, your risk of miscarriage and premature delivery does increase slightly if you have fibroids. They occasionally cause the baby to be in an abnormal position for delivery. They can also stall labor, or, if they’re located in or near the cervical opening, they may block the baby’s passage. All of these (rather rare) problems can increase the likelihood of cesarean delivery.”

    Treatment options for uterine fibroids

    Most uterine fibroids do not require treatment, especially if no symptoms are present. In such cases, a physician, typically a gynecologist, will perform periodic pelvic examinations and imaging tests (e.g., ultrasound) to determine if the fibroids are changing in size and monitor the development of symptoms. This is known as “watchful waiting” and patients may need to consult the gynecologist every six months to a year or as determined by their physician.

    When symptoms are present, treatment will depend on several factors including the severity of the symptoms, the age of the patient and whether she plans to become pregnant in the future.

    Nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) may provide some relief of menstrual symptoms (e.g., pain, cramps) exacerbated by the fibroids. A physician also may recommend iron supplementation to prevent or treat anemia due to heavy menstrual blood loss.

    Sometimes, a physician may prescribe hormonal medications to treat the abnormal uterine bleeding and pelvic pain. Certain hormone medications can temporarily shrink the fibroids. However, after treatment is stopped the fibroids typically will continue to grow. Hormonal therapy used in the treatment of fibroids can include:

    •Birth control pills. Oral contraceptives can help reduce heavy periods and alleviate symptoms. However, they do not affect the size of the fibroids.

    •Gonadotrophin-releasing hormone (GnRH) agonists. This medication reduces the production of the female hormones estrogen and progesterone by the ovaries, thereby causing the fibroids to shrink in size. GnRH agonists are typically used as an adjunct to surgery for removal of large fibroids. Making the fibroids smaller before their removal may lessen blood loss during surgery. However, GnRH agonists sometimes may make surgical removal more difficult because the fibroids can be harder to locate after treatment due to shrinkage.

    In some cases, a physician may prescribe this type of treatment for women who are very near menopause. However, GnRH agonists are not typically recommended for longer than 6 months because they can result in a loss of bone density and increase the risk of osteoporosis. In addition, after use of GnRH agonists is discontinued, fibroids rapidly enlarge. Because GnRH agonists induce a chemical menopause, patients often stop having their periods and can experience side effects such as hot flashes and vaginal dryness during treatment. These medications are usually administered by needle injection into a large muscle.

    •Androgens. Medications containing the hormone testosterone (e.g., danazol) also can help reduce the size of fibroids and control associated symptoms. However, because these drugs sometimes have unpleasant side effects including weight gain, acne, unwanted hair growth (hirsutism), deepening of the voice and depression they are not a popular treatment option for many women.
    In cases where the fibroids are large, numerous and causing severe symptoms or compromising the health of the uterus and other pelvic organs, surgical removal is often necessary. Surgery also may be recommended in cases in which the fibroids are interfering with a woman’s ability to become pregnant. Surgical treatment of uterine fibroids includes:

    •Myomectomy. Surgical removal of the fibroids from the uterine wall. It is recommended for women who desire to retain the uterus or become pregnant. However, like all surgeries, myomectomy may carry risks, such as pelvic adhesions, trauma to internal organs, infection and, rarely, rupturing of the uterus. The type of myomectomy performed depends on the size, number and location of the fibroids:

    ◦Abdominal myomectomy. In this procedure, the physician makes an incision in the abdomen to expose the uterus and excise the fibroids from the uterine wall muscle. This surgery can be performed to remove multiple fibroids.

    ◦Hysteroscopic myomectomy. A tube with a light at the end (hysteroscope) is inserted into the vagina, through the cervix and into the uterus during this procedure. The surgeon can observe the fibroids through the hysteroscope and remove them. This surgery is only performed on fibroids that are located inside the uterus.

    ◦Laparoscopic myomectomy. In this surgery, fibroids are removed through a small lighted viewing tube (laparoscope) inserted through a small incision in the abdomen. The laparoscope allows the surgeon to locate the fibroids and remove them. This procedure is often performed on women with one or two small fibroids located on the outer surface of the uterus.

    •Uterine artery embolization (UAE). Also called uterine fibroid embolization (UFE), this is a newer technique that has demonstrated a significant reduction of symptoms with few serious complications. During embolization, a physician inserts a small, thin tube (catheter) into a large blood vessel in the groin and threads it up to blood vessels near a fibroid. Tiny particles made of plastic or gelatin are then injected into the blood vessels that feed the fibroid. These particles clog the blood vessels and significantly reduce the blood supply to the fibroid, causing it to shrink and degenerate (die off) within a few days to two weeks. Although pregnancy and normal deliveries have been reported in some patients who have undergone embolization, pregnancy is not recommended afterward and the procedure may affect ovarian function and lead to infertility.

    •Endometrial ablation. This procedure uses heat to destroy the entire lining of the uterus (endometrium). Endometrial ablation will either end the menstrual period or significantly reduce its flow. During the procedure, the surgeon can remove or shave down fibroids that protrude into the uterine cavity (submucosal). However, this technique does not work on large fibroids or those that are located outside the interior lining of the uterus. Ablation also is not recommended for women who want to have children.

    •Hysterectomy. Complete surgical removal of the uterus. A surgeon can remove the uterus through an abdominal incision or through the vagina and in some cases with the aid of a laparoscope. About half of all hysterectomies in the United States are performed to treat uterine fibroids, according to the American Society for Reproductive Medicine. It is the most radical way of treating uterine fibroids and accompanying symptoms, but it is 100-percent effective. However, this surgery is not recommended for women who want to retain their organs or bear children.
    The newest treatment for uterine fibroids is a procedure called focused ultrasound surgery (FUS, but also called MRgFUS), which was approved by the Food and Drug Administration (FDA) in 2004. FUS is noninvasive and preserves the uterus. During FUS, a woman lies on a special type of MRI scanner machine and then a contrast dye is administered, which allows physicians to visualize the uterus and surrounding organs. Using FUS the physician can locate and destroy uterine fibroids without making any incisions. Focused high-frequency, high-energy sound waves target and destroy the fibroids. FUS can take up to several hours because it is performed on an on- and off-again fashion until the entire tumor is destroyed. In some cases, a second treatment session may be necessary. FUS is performed on an outpatient basis and side effects are minimal. However, FUS is costly and it may not be offered at most facilities because it requires special equipment. In addition, the long-term effectiveness of FUS has not been proven.

  7. siti noor edayu bt roalan berkata:

    Saya edayu, berusia 24 tahun.Saya mengandung anak sulung dan usia kandungan kini adalah 2 bulan .Saya disyaki mempunyai fibroid pada usia kandungan 2 bulan.Soalan kini,apakah kesan fibroid pada kandungan / anak dan juga risiko pada ibu? ?Diharap saoalan saya akan dijawab bagi mengurangkan kerisauan saya.Terima kasih

    • zarli berkata:

      maaf akak dari ape yang sye tahu jika fibroid membesar maka kandunggan dalam rahim juga akan terjejes biasenya fidroid akan membesar dan janin yang terjadi x dapat nak melekat di dinding rahim maka ia akan membuat kan janin akak jutuh… jika akak ada sebarang pertanyaan blh hubungi saya ditalian 0137633346 zarli@availbeauty… jgan biarkan org yang tersayang menungu dibilik persalinan.

  8. Agnes amelia berkata:

    Saya Agnes Amelia berusia 30 tahun, belum mempunyai anak. sejak 3 tahun yang lalu saya telah membuat pembedahan fabroid yang tumbuh di sebelah rahim. Dan doktor menyatakan saya akan mengalami masalah untuk hamil. Bagaimana caranya saya ingin mendapatkan hamil? Adakah iyanya risiko kepada masalah kehamilan tersebut? Apakah cara terbaik untuk hamil dan mengatasi masalah ini, kerana saya ingin mempunyai anak…. Diharap soalan saya dijawab bagi mengurangkan kerisauan saya. Terima kasih.

  9. Eluza berkata:

    saya juga menghadapi masalah seperti puan,saya belum perna mengandung didapati mempunyai ketumbuhan fabriod.Saya kini berusia 41 tahun tetapi saya masih ingin mempunyai anak.Adakah saya boleh lagi mengandung dan jika mengandung adakah boleh menjejaskan kesihatan saya.Tolong balas, terima kasih.

  10. mila berkata:

    assalamualaikum.saya ada ingin pendapat dan nasihat bagi ibu tiri saya.Ibu tiri saya akan menjalani pembedahan pada oct ni utk membuang rahimnya atas nasihat doktor.da pergi 2 hospital(tawakkal & hukm), kedua2nya advised yg sama. bukan faboid.tapi ikut scanning dan result biopsi ada tompok hitam di uterus.tapi pakar sendiri tak pasti apa benda tu.kami sekeluarga kebingungan..sama ada nak terus kan pembedahan ni atau tak.usia ibu tiri saya 68th,dan ada kencing manis yg tak teruk la. minta pandangan dan nasihat dari pembaca yg arif ttg ni.

  11. mizz berkata:

    Saya beusia 51tahun berat 95kg 160cm, saya memang mempunyai masalah haid kadang kala 1 tahun tidak period, tetapi sejak bulan june 2010 saya period pada setiap bulan cuma darah period tu hanya sedikit-sedikit.. 3 bulan lepas saya telah menjalani ujian pap smear dan saya bebas dari kanser servis, masalah saya perut saya semakin membesar dan agak mengeras.. adakah itu sis, fidroid, ketumbuhan?? atau itu adalah masalah kegemukan saya?

  12. fie berkata:

    Saya brusia 25 tahun..doktor mgesahkn saya mgalami fabroid tgh rahim..adakah saya masih mempunyai harapan tuk mgandung? bolehkan pmbedahan dbuat tnpa mgeluarkan rahim?

  13. siti nornaim binti mohd takdir berkata:

    sy berusia 26thn..anak sy 1thn 7bln & sy bersalin melalui pembedahan disebabkan uri bwh tahap3…br2 ni sy ade wat pemeriksaan doc kerana sudah 2minggu sy muntah2,pening kepala…dapati tekanan darah sy agak tinggi..bila di scan dapati ada fabroid…kecil ketulan yg diterangkan oleh doc..sy ingin tahu mcm mane ianya boleh berlaku & adakah kesan dr uri bwh sy masa mengandung dulu…

  14. Ratna bt harman berkata:

    Sy berusia 28thn…pnah bkahwin..mpunyai s’org cahaya mata..sy bru mbuat pmeriksaan di klinik…sy telah mgalami sakit perut di dibelah kiri yg amat sgt..Dan mgeluarkan kputihan bcampur darah yg sgt berbau…doc cuma bg ubat sakit perut,antibiotic Dan angin…sy mmg amalkan jamu dr sy sekolah lagi…selepas sy plush dr sakit perut dibelah kiri Dan darah pun bhenti….sy amalkan semula jamu….sbb sy yakin dlu sy sgt sesuai dgn pgamalan jamu….Dan mberi kesan yg bagus…tp tidak Sekarang…bila sy ambil jamu semula kputihan bcampur darah kecoklatan kembali keluar..Dan berbau busuk…adakah sy mgalami fibroid? @penyakit yg bkaitan dgn barah dll…

  15. jefri ismawi berkata:

    gabungan herba-herba tempatan seperti manjakani, kacip fartimah, pegaga, jerangau, cekur, kunyit, temulawak, sireh…antara yang biasanya digunakan oleh ibu-ibu apabila anak-anak mereka melahirkan bayi sebagai jamu.. namun dewasa ini herba-herba ini makin diilapakan… mungkin disebabkan kesukaran mendapat dan penyediaan yang agak merumitkan….

    cuba kita lihat video di bawah….

    untuk keterangan lanjut boleh hubungi saya

    sismawi@gmail.com

    http://facebook.com/1world1norakay

  16. jefri ismawi berkata:

    NK FYTs… Jamu moden keluaran anak watan (IMP) Dalam Bentuk GEL Untuk Terus Diminum Tanpa Perlu Dibancuh…. Berasaskan Perubatan Ayurveda Dan Dengan Teknologi Suspensi Gel NK FYTS Terbukti Amat Berkesan Sebagai Nutrient Yg Lengkap Untuk Wanita Moden Hari Ini… Antara Bahan2 Utama : Kolagen Marin (Ikan Yu), Lobata, Manjakani, Kacip Fatimah, Sireh, Jerangau, Cekur, Kunyit, Temu Lawak, Kunyit, Rosselle, HabastuSauda, Madu & Kurma NK Fyts Terbukti Membantu Melambat & Menterbalikkan Penuaan (Reverse & Anti Ageing).. Kulit Jadi Halus, Gebu, Cerah, Licin, Lembap, Sihat, Muda, Berseri..GLOW FROM INSIDE Membantu Maasalah2 Dalaman Wanita.Kestidakstabilan Hormon, Keputihan, Senggugut, Kesuburan & Memantapkan Organ2 Dalaman Wanita…..

  17. ANA HAMZAH berkata:

    Salam. saya ana dr kl, masih single..baru-baru ni saya dpt tahu yg saya ada fibroid. Anggaran fibroid dlm 8-9cm. Saya telah bersetuju utk membuat pembedahan dgn secepat mungkin,memandangkan saiznya yg semakin membesar. Soalan saya, adakah selepas melakukan pembedahan membuang fibroid ini, saya akan ada masalah utk mengandung? Terima kasih

  18. princess mia berkata:

    salam.sye mia umur 22 berat 75..bhagian rahim sye besar mcm org mngandung..sye mengalami mcm ni start dr tngkatan 1 lg..taun 2008 sye ade gi mengurut dn mak cik tu syorkn sye gi cek doktor sbb katenye perut sye tu mcm pelik..dn mmg bsar mcm org mngandung..ape yg ptut sye buat skrg ni?

  19. tutut berkata:

    saya mengalami haid selama hampir sebulan.adakah saya mengalami fibroid?apakah penyebab fibroid?

  20. ila berkata:

    salam…saya ila dah berkahwin 2tahun lebih..umur saya 25 tahun..saya berasa pelik bila perut makin membesar adakah ini disebabkan fibroid atau sis atau faktor kegemukkan..saya pergi klinik dan scan doktor cakap ada tompokkan hitam..ada masalah dlm telur..adakah saya masih boleh mengandung atau apa perlu saya buat..
    *tolong doktor bagi saya maklumat*

  21. Andrea berkata:

    First of all I want to say terrific blog! I had a quick question in which I’d like to ask if you do not mind. I was curious to know how you center yourself and clear your head prior to writing. I’ve had a hard time clearing my
    mind in getting my thoughts out. I truly do take pleasure in writing but
    it just seems like the first 10 to 15 minutes tend to
    be lost simply just trying to figure out how to begin. Any ideas or tips?

    Many thanks!

  22. www.screened.Com berkata:

    For newest news you have to visit the web and on internet I found this website
    as a finest web site for hottest updates.

  23. Download Jvzoo berkata:

    I’m really enjoying the design and layout of your website. It’s a very easy on the eyes which makes
    it much more pleasant for me to come here and visit more often.
    Did you hire out a designer to create your theme?
    Superb work!

  24. pris berkata:

    Adik saya berusia 21tahun..
    Anak pertama lahir mghidap g6pd.
    Anak kedua .lahir Pra matang. tapi tdiak dapat di selamat kan. lahir bln ke6.
    sekrang Adik saya mengandung lagi.. kandungan berusia 3bulan.
    dan di dapati Ada fibriod di dalam rahim.
    Adik sy mgalami kesakitan di perut kerana perut mgeras…
    sy mbaca artikel yg fibroid ne biasany berlaku pada usin 30thn Ke atas. apalah faktor Adk sy boleh mendapat pnakut fibriod Ini.?
    apa Kah rawatan seterusnya selepas Ini? adakah Dia Anak di bedah untuk mbuang fibriod di dalam rahim? Bagaimana dengan baby tersebut?

  25. Urgent Cash berkata:

    Wow that was odd. I just wrote an really long comment but after I clicked submit my comment didn’t show up. Grrrr… well I’m not writing
    all that over again. Anyway, just wanted to say excellent blog!

  26. ziela berkata:

    Salam Dr,saya ingin bertanya benarkah bahawa faktor pemakanan mempengaruhi tumbesaran fibroid? Apakah makanan yang boleh dan tidak boleh diambil oleh pesakit bagi mengelakkannya membesar? Sekian terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 345 other followers

%d bloggers like this: