Haram isteri minta cerai

1. Apakah hukumnya isteri selalu meminta diceraikan. Adakah seseorang suami itu dayus jika tidak mengikut permintaannya?

JAWAPAN:

Hukumnya haram. Tidak wajar seorang isteri meminta dia diceraikan oleh suaminya. Seorang isteri yang meminta dirinya diceraikan tanpa sebarang alasan yang dibenarkan syarak adalah berdosa. Sedangkan si suami masih memberi nafkah, tempat tinggal, makan minum dan menjaga keselamatan. Jika dia seorang yang berpoligami dan berlaku adil dengan isterinya.

Isteri berhak meminta cerai jika kehidupan tidak ada kesefahaman, suami tidak melaksanakan tanggungjawab sebagi ketua keluarga. Sekiranya suami gagal bertanggungjawab dan segala bebanan rumahtangga ditanggung oleh si isteri maka tidak salah seorang isteri meminta agar dia diceraikan.

Namun yang lebih baik ialah suami isteri mesti mencari jalan penyelesaian terlebih dahulu. Sama ada berbincang dengan keluarga mertua sebelah lelaki atau berjumpa dengan kaunselor untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Islam meminta agar setiap pasangan suami isteri mencari jalan penyelesaian yang holistik yang membawa kepada pemulihan dan kemurnian rumahtangga dan bukan pula mencari jalan meruntuhkannya.

Seorang suami yang tidak mengikut permintaan isterinya untuk diceraikan tidaklah dianggap dayus. Sikap si suami bertahan dari menunaikan permintaan isterinya itu adalah demi menjaga keharmonian rumahtangga.

Jelasnya di sini hikmah Allah meletakkan kuasa talak ini di tangan suami dan bukan pula di tangan isteri. Bayangkan sahaja jika kuasa talak di tangan isteri mungkin bilangan lelaki yang menduda lebih ramai dari yang menjanda. Sebab itulah sembilan nafsu (emosi) yang ada pada orang perempuan tidak dapat mengawal perasaan, bila tertekan bertindak di luar kawalan sehingga meminta cerai.

Kesimpulannya, si isteri jangan terlalu mudah meminta dirinya diceraikan dan janganlah hendaknya si suami yang mempunyai kuasa talak bermain dengannya dengan mengugut isteri.


Rahsia Doa Pengasih. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Super Isteri. Nak tau, sila klik sini

141 Responses to Haram isteri minta cerai

  1. Azhier berkata:

    Apa pula hukum kalau lelaki beristeri tiga (utk makluman semua isterinya telah lari tapi tak bercerai) guna ilmu takcle isteri orang??

  2. hylin berkata:

    bagai mana pula kalau suami yang mempunyai 3 orang isteri,yang pada mulanya mampu memberi nafkah zahir kepada ketiga-tiga isterinya namun lama-kelamaan tidak lagi sanggup menyara isteri-isterinya atas masalah hilang mata pencarian cth:’ perniagaan muflis….disebabkan itu suami ini sentiasa memgungkit kepada isterinya atas aa yang telah dibelanjakan kepada mereka dan pada masa yang sama mendapat tekanan menyebabkan si suami memukul isterinya.apakah isteri-isterinya berhak memohon cerai dari pihak mahkamah?.

  3. ernie berkata:

    bagaimana kalau suami berkahwin di negara jiran tanpa persetujuan isteri pertama dan tanpa restu ibu bapa kedua dua belah pihak dan suami pernah memukul isteri pertama dan isteri pertama hampir-hampir gugur, adakah si isteri patut berdiam diri atau sebaliknya.si suami juga tidak mampu dari segi kewangan untuk berpoligami, kerana nafkah untuk isteri pertama selalu saja sangkut.dan si suami juga mempunyai tanggungan lain iaitu seorang anak dengan bekas isteri nya hasil perkahwinan pertamanya..Apakah yang perlu dilakukan oleh isteri pertama?

  4. mutiara berkata:

    Bila aku baca forum ni..rupanya bermacam2 masalah rmhtangga yang dihadapi oleh isteri2 yang malang, Barulah aku sedar rupanya masalah aku tak sebesar mana tapi cukup menyakitkan hatiku hinggalah kehari ini…

    Hylin..bila seorang suami memukul isteri, suami tu..diketegerikan LELAKI DAYUS. Perkara tu..pernah berlaku pada diri saya dimana suami pernah sekali memukul saya.
    Tindakan yang saya ambil buat report polis dan kemudiannya report tu..saya bawa ke Pej. Ugama buat aduan. Kes saya telah dibawa ke bahagian kaunseling. Skrg suami tak memukul saya lagi. Setiap masalah mesti ada jalan penyelesaian….

    Ernie…pada pandangan saya suami awak bukanlah seorang suami yang baik. Jangan dibiarkan perkara ini berlarutan. Awak juga perlu membuat aduan pada Pej. Agama. Disana mereka mereka akan tunjukkan jalan yang trbaik buat anda…..

  5. paktenggekmatotigo berkata:

    Pada aku barangkali perkataan DAYUS-tak guna-pengecut-,tetapi bagaimana pun ada bini yg pukul laki dgn object-sepak-panggil dayus sebab tak dak cerai kan dia.

    Kalu tak gam berpisah aje,counselling buang masa aja,’malu muka’ aje ..pasti perkara berkaitan akan reda sementara waktu sahaja dan belaku lagi atau ibarat duri dlm daging aje.

    Kalau berkeadaan sedemikian masa muda …tak pa lah,tapi kalau belanjutan ke tua,,,nanti bermasaalah nak cari yg lain

  6. ninie berkata:

    pada saya tak manis bila isteri menuntut cerai pada suami….buat apa kawin ngan si suami kalau nak minta cerai jugak?!!!
    tak kah e2 memalukan kaum wanita…dulu sebelum nak kawin balik2 tanya lelaki bila nak memasuk meminang… tapi, bila dah kawin nak minta cerai la pulak…! tak payah fikir lainlah,cuma fikir sejauh mana kesabaran kita untuk bersama-sama bersama suami….! pasti akan faham, iman yang kuat dan kesabaran yg berpegang dengan iman pasti tak akan ada tututan cerai di mulut kita…! kita sebagai perempuan punya banyak kelebihan sekiranya suami dah mula buang tebiat…!ingat, kesabaran kita mampu membantu kita untuk teguhkan rumahtangga…! jangan lupa mohon pada ALLH…! Tapi ingat bukan time susah nak ingat ALLAH…!

  7. nurin berkata:

    Islam tak menghalang perceraian kalau perceraian itu tidak membawa kebahagiaan. Kalau isteri sentiasa dianiaya, perceraian dibolehkan. Kalau isteri sengaja tuntut cerai, itu memang haram. Jadi tengok kepada keadaan. Islam adalah agama yang adil.

    Memang kita disuruh bersabar, tapi kalau bersabar sampai nak mati kena pukul, adakah itu dibenarkan dlam Islam? Sabar pun ada hadnya, bukan sampai memudaratkan diri. Kita diamanahkan untuk menjaga diri kita dan suami kita sebagai pelindung tapi kalau dia telah mengabaikan amanah itu, Islam tidak suruh duduk diam diri. Ini bukan zaman jahiliah di mana perempuan ditindas. Bersabar tapi jangan sampai lelaki mengambil kesempatan. Sebab wanita berfikiran beginilah, ramai lelaki mengambil kesempatan, mereka tahu jahat macamanapun mereka, isteri tetap akan bersabar. Maka orang jahat semakin berleluasa, yang lemah semakin ditindas.

  8. cinta berkata:

    asaalamualaikum…
    saya mmg berminat nan ruanagn ni…banyak idea2 menarik, input2 yang berguna yang saya dapat dalam laman ini…saya nak tanya sikit…
    perlukah seorang kounselor mahir atau expert dalam bidang undang2 dapat membantu mengurangkan penceraian…kerana sekarang ini cerai bagaikan satu mainan mulut..

  9. sally berkata:

    Apa yang saya nampak, selalunya ceramah2 hanya menekankan bagaimana isteri perlu melayan suami, cakar harimaulah, cakar tu lah. Sepatutnya kena lebihkan kepada lelaki supaya lebih bertanggungjawab kerana kita lihat majoriti perceraian kerana suami mengabaikan tanggungjawab mereka. Kalau isteri abaikan tanggungjawab, suami memainkan peranan membetulkan isteri, tapi kalau suami tak bertanggungjawab, bila isteri tegur, alamat, kena penampar.

  10. rangga berkata:

    yang berlaku macam ni bukan nyer salah sebelah pihak jer
    masalhnyer kurang mendalami ilmu agama,isteri mintak fasakh @ suami jatuhkan talak sumer 2 dibenarkan dlm islam,kalu dr sudut agama mmg xder salahnyer,
    cumer masyarakat kiter jer anggap isu yg besar,

  11. guara berkata:

    Saya ingin berkongsi cerita sebenar mengenai diri saya. Saya telah berkahwin selama 18 tahun dan dikurniakan 5 org cahayamata. Sejak awal perkahwinan, isteri kurang menghormati saya dan akhirnya saya merasa terpinggir didlm rmh saya sendiri sedangkan di luar, saya amat di hormati kerana saya adalah seorang ketua jabatan. Di rmh saya akan melakukan semua kerja2 rmh, sdgkan isteri saya hanya duduk bersenang lenang..Mmg saya tahu, menurut hukum, sebagai lelaki dan suami, saya harus melakukan semua kerja2 tersebut krn isteri hanya melayan suami saja. Setiap kali saya kerja luar, pasti saya menjadi bahan sindiran org2 bawahan saya, kerana saya terpaksa mengeluarkan baju dari dlm beg utk di gosok sdgkan org bawahan saya hanya menyarungkan pakaian yg telah siap di sterika dan di gantung yg di bawa dari rmh. Isteri saya mempunyai sikap ego, di mana selama kami berkahwin setiap kali hari raya, ia tidak pernah meminta maaf pada saya. Hendak di jadikan cerita, 2 tahun lepas, saya bertemu dgn seorg wanita iaitu ibu tunggal yg mempunyai seorg anak. Saya jatuh hati sejak kali pertama bertemu atas urusan perniagaan. Setelah 2 bln berkenalan dn mungkin sudah jodoh, kami berkahwin tanpa pengetahuan isteri pertama saya. Saya amat bahagia dgn perkahwinan ini krn ianya menepati ciri2 isteri yang saya harapkan. Hampir setahun rahsia perkahwinan kedua saya dpt diselamatkan tapi selepas beberapa bulan saya balik dari mengerjakan umrah dgn isteri pertama saya, isteri pertama saya mendapat tahu tentang perkahwinan ke2 saya. Dia sgt marah dan melakukan segala tindakan yang ganas, menuntut cerai, memaki hamun saya, sumpah serenah saya, memukul saya dan juga merosakkan harta benda saya dgn memecahkan cermin kereta saya dsbnya. Sejak isteri pertama tahu pasal perkahwinan kedua saya, saya membuat giliran terhadap isteri2 saya. Bukan maknanya bila saya telah berkahwin kali ke2, saya menjadi seorang lelaki atau suami yang tidak bertanggungjawab, malahan saya masih balik kermh pada tiap2 hari, kecuali pada hari ahad jika giliran saya bersama isteri ke2, maka saya tidak menemui isteri pertama pada hari tersebut dan begitulah sebaliknya, jika pada hari ahad saya bersama isteri pertama, saya juga tidak menemui isteri ke2 pada hari tersebut. Sdgkan pada hari2 biasa kedua2 isteri masih blh melihat saya berada di rmh. Jar

  12. guara berkata:

    Jarak antara rmh isteri pertama dan kedua adalah perjalanan dgn kereta pergi dan balik 2 jam jika tidak jem. Isteri pertama bekerja dan isteri kedua tidak bekerja setelah saya membawa beliau pindah dari kg ke tempat yang berhampiran dgn pejabat sy.
    Isteri pertama membuat permohonan cerai melalui pejabat agama dan juga sesi kounseling. Menurut isteri pertama sy tidak layak berpoligami dan tidak bertanggungjawab. Jika sy tidak bertanggungjawab, sy tidak akan balik ke rmh, menyediakan semua keperluan keluarga isteri pertama dan anak2. Setiap bulan saya menghabiskn 4k hingga 5k utk isteri pertama dan anak2 saya seramai 5 org. Isteri pertama bekerja dan menyatakan dgn pjbt agama apa yang saya belanjakan utk beliau dn anak2 sebanyak 4k dn juga 5k itu tidak cukup. Saya sentiasa bersabar dgn kerenah isteri pertama yg sentiasa memaki hamun sy dn sebagainya malahan ibu bapa saya juga di maki hamun oleh isteri pertama saya kerana saya telah berkahwin kali ke2. Menurut isteri pertama, saya telah menjatuhkan marwah dia dgn berkahwin lagi..sdgkan saya sentiasa berdoa malah mengharapkan semoga hidayah allah akan sampai padanya utk menerima takdir ini.

    • osman bin aziz berkata:

      Tidak ada seorang wanita pun yang sanggup dimadukan. Sebagai lelaki, tidak perlu menganggap duit itu segala-galanya. Kasih sayang yang penting. Lelaki suka fikirkan poligami dibolehkan. Adakah anda mengikut sunnah rasulullah apabila membuat giliran bermalam. Bukan alasan jem atau tidak untuk balik ke rumah isteri yang lagi satu. Kalau tak mampu berlaku adil, tak perlu berpoligami. Saya percaya isteri pertama anda mengetahui apa yang telah anda lakukan dengan isteri kedua. Apa alasan memindahkan isteri kedua berdekatan dengan tempat kerja anda? Untuk menyenangkan anda berjumpa isteri kedua setiap hari kan? Fikirlah sendiri. Saya juga lelaki.

  13. kebayan berkata:

    guara aka jay .. macam aku pernah dengar aja cerita ni ..mungkin pengisian ugamanya kurang ..kalau sudah berkeras dan kalau itu yang dipinta .. lepaskan aja ..

  14. rangga berkata:

    to guara actually anda seorang lelaki yg begitu penyabar,sy x tau mcm maner anda boleh berthan dengan begitu lamer,maaf sayer katerkan yg isteri pertama anda mmg seorg yg biadap,keraner menganggap martabat nyer lg tggi dr suami,aper kesalahan ibubapa awak smpi dier nk maki hamun,tanggungjawab nyer adalah mentaaati suami, soal berpoligami tu mmg hak anda semmgnyer anda mampu, dan anda juga tlh mengikuti sunnah berkahwen dengan ibu tunggal,

    truskan niat anda utk mmperbetulkan isteri anda selagi anda mampu, dan penceraian adalah yg terbaik andainyer iyer memudaratkan

  15. guara berkata:

    terima kasih rangga..niat saya bukan untuk membuang isteri lama setelah ada isteri baru malah poligami ini menjadikan saya lebih matang dalam menghadapi kehidupan. Cuma yang saya kesal adalah sikap isteri yang tidak mahu berubah dan ibu saya sendiri sentiasa mendoakan agar dia boleh menerima takdir ini dengan membuat solat2 hajat tapi nampaknya hidayah allah masih belum sampai kepada isteri pertama saya. saya katakan padanya, jika ia mahukan penceraian daripada saya, carilah kat semak atau mana2 dan selagi saya waras, tidak akan ada penceraian antara kami demi masa depan anak. Sdgkan dia selalu berbangga bahawa dgn gajinya yang hanya 2k itu, dia mampu hidup tanpa saya sbgai suami. Hampir 2 tahun dia tidak mahu menjejak kan kaki ke rmh orangtua saya..dia setuju tapi dgn bersyarat iaitu saya mesti menceraikan salah seorg isteri saya atau org tua saya harus meminta maaf padanya kerana saya sebagai anak mereka telah menjatuhkan marwahnya dgn berkahwin lagi.

  16. kebayan berkata:

    tapi guara .. kalau kau melepaskan isteri pertama kau .. sekurang kurangnya dia terlepas dari bebanan emosinya .Mungkin dengan penyelesaian ini dia boleh berfikir secara positif .Apa yang diperlukan ialah ruang yang tiada ikatan dengan kau .Percayalah .. janganlah disiksa bathin nya .Bukan semua perempuan boleh menerima nasib dimadukan .Perceraiaan adalah satu kelegaan baginya .. dia sebenarnya menderita kerana menanggung kebencian terhadap apa yang di alami ..

    • nurin adlina berkata:

      betul tu kebayan.. buar guara, jgn lar awk pntgkn dri sdri.. lbh baik awk lpskn istri pertama awk.. biar die cri kebahagiaan die sdri.. awk pn brdosa sb awk seksa batin die

  17. guara berkata:

    Saya setuju isteri pertama meminta cerai daripada suami jika setelah suami berpoligami ia tidak bertanggungjawab pada keluarga sedia ada..sdgkan rutin harian kehidupan saya tetap berjalan seperti biasa, yang berbeza hanyalah dari segi giliran bermalam..Penceraian bukan jalan penyelesaian krn saya mengharapkan isteri pertama boleh berubah menjadi isteri yang baik. Nasihat saya dan juga nasihat dari pegawai agama hanya seperti mencurah air di daun keladi. saya berharap semoga ada insan yang dapat memberi nasihat yang berguna kepada isteri saya supaya tidak menjadi isteri yang derhaka pada suami dan mertua. Mungkin sudah terlalu banyak beliau melemparkan kata2 kesat terhadap saya, maka allah telah menutup pinta hatinya daripada menerima hidayah allah.

    • as berkata:

      seharusnya guara,klu betul pun ko nak isteri 1 kembali taat kepada ko seharusnya dengan mendidik dan kasih sayang bukannya ko berpoligami.itu hanya menambah luka dihatinya,mungkin perubahan yang berlaku kepada isteri ko tu ada sebabnya,cuba berbincang dan muhasabah diri,seandainya ko sayangkan keluarga ko.bukannya ko cari jalan keluar begini.poligami dibenarkan tapi x digalakkan.bagi aku ko seorang lelaki yang gagal dalam mentadbirkan sebuah keluarga.poligami hanya untuk kepentingan ko sahaja.

  18. mmmm berkata:

    KALO DIO NAK BAGI AJO AJO..JGN SIMPAN LAGI .NANTI MACEI DURI DLM DAGING AJE..SENTIASA MENGGANGU DE FIKIRAN..MENCUCUK KE HATE DAN MEMAKAN DIRI HINGGA KE TUE..RMH TANGGA TAK AKAN AMAN HINGGA KE MATI..DIE BUET MACAM TU SEBAB DIO DAH ADO BERKENAAN DE HATE NYE..

  19. jj berkata:

    guara… kadang2 org pompuan kena buat macam tu je baru depa tau. ego depa tu la yg buatkan lelaki baik seperti anda dan saya nak cari lain. tapi saya masih macam ni… setia lagi

    • gundah berkata:

      guara
      saya rasa saya faham perasaan interi pertama saudara….perempuan dan lelaki di jadikan berbeza. Bagi seorang perempuan, madu itu pahit tapi bagi lelaki ianya manis….keadaan dia mungkin berlainan kalau saudara lebih bertanggungjawab semasa mahu berkahwin seorang lagi…kalau saudara rasa tak salah saudara berkahwin, kenapa perlu sembunyi-sembunyi…bukan kah lebih elok kalau isteri pertama di beritahu lebih awal dan bukannya selepas bertahun-tahun benda tu berlaku….saudara juga tidak bertanggung jawab kerana telah hidup dalam menipu isteri pertama saudara hanya kerana tidak cukup berani untuk berterus terang….kemaharahan isteri saudara bukan hanya kerana saudara beristeri lagi satu tetapi kerana ke tidak jujuran saudara dalam hubungan suami isteri….jadi kesan nya akan jadi begini…ia bergntung..kalau dia dah memang perangai begitu dari dulu, adalah tanggungjawab saudara untuk membetulkannya. Tetapi kalau isteri pertama pun saudara tak dapat bentuk, adakah saudara layak untuk beristeri seorang lagi….kenapa baru sekarang perangainya menjadi masalah kepada saudara dan keluarga…dan kalau sikapnya dulu tidak seteruk sekarang, saudara kena ingat yang dia jadi begitu kerana ketidak jujuran saudara dalam perhubungan kalian apabila saudara berkahwin dua tanpa pengetahuannya….saudara kena ingat, walaupun lelaki dibenar berkahwin empat, dia juga harus bertanggungjawab atas kelemahan isteri-isterinya….jangan disalahkan isteri sahaja….anggaplah dia jadi begitu kerana kegagalan saudara untuk membentuknya menjadi isteri yang saudara ingini….kalau dia dah begitu dan saudara pun dah tak boleh mengubahnya, kenapa mahu di tambah dosa dia (derhaka kepada suami), eloklah di lepaskan sahaja. Mungkin dia akan menjadi wanita yang lebih baik selepas ini dan saudara juga mungkin akan menyedari yang dia juga ada kebaikan tersendiri….dan bukan hanya keburukan…kalau tak saudara tak akan kahwin dengan dia dulu….kebaikan dia itu yang saudara harus fokus dalam membentuk dia bukannya hanya komplain pasal kelemahan dia….

  20. sape2 berkata:

    masalah saya dan suami tak sefahaman. saya baru saja diceraikan kali kedua dan sekarang ini dia hanya mendiamkan diri. penceraian kali pertama tidak dilaporkan pada jabatan agama. kali ini saya menunggu kata putus dari dia tapi samapai sekarang kebingungan. bukan ada masalah lain juz dia pnh memukul sy beberpa kali sebelum ini tapi semuanya dia salahkan saya.saya berbelah bagi nak menerima dia andai ingin merujuk atau terus dengan penceraian ini. dia kata saya yg minta diceraikan walhal malam masa kami bergaduh dia sendiri cakap pada ibu saya klu sy tidak jawab panggilan dia, dia kan talak kan saya. mcmana lah…konpius nie! hati pun tengah sakit sgt2.

    • as berkata:

      untunglah ko sape2,x payah turun naik mahkamah bertahun2.lupakanlah dia,klu ko rujuk pun nanti dia talakkan ko lagi.lepas tu x boleh nak rujuk lagi. bina hidup baru.x perlulah ko nak sayang pada orang yang x tahu nak menghargai

      • nurin adlina berkata:

        betul tu… cm saya plk kne trn naik mhkmh.. suami pukul, hsp dadah.. x krja.. pstu mse sebutan kes, nangis kt mhkamah.. bwk ank2 mntk smpati.. kt rmh siap ckp, nk bg talak maksimum.. alasan xnk cerai sb pk ank2..

  21. kebayan berkata:

    sape2 .. kalau sedang marah berbagai bagai perkataan akan keluar dari mulut kita .. begitu juga dengan kaki dan tangan .Mungkin suami anda ni dalam katogari panas baran .. cubalah belajar mengenali kelemahannya .Bila kita sedang marah kita tak boleh berfikir secara rasional .. melarikan diri dari masaalah bukanlah jalan yang baik .. tapi hadapilah ia dengan fikiran yang positif.Hidup berumahtangga ni memerlukan kita bersifat beralah dan sabar dengan karenah pasangan kita .Sedang hati tengah sakit rasanya macam tak nak pandang mukanya .Tapi bila kemarahan hilang .. tiba tiba rasa rindu pula ..

  22. sape2 berkata:

    thanks kebayan…ni la i tgh buntu sebenarnya..masih menunggu jawapan dia. mmg lah rindu. lagi satu sebab pikirkan anak. mungkin sbb sama2 muda hati cepat marah

  23. bunian berkata:

    tension

  24. bunian berkata:

    Assalammualaikum…saya dan suami diijabkabulkan pada 1 Januari 1992,perkahwinan kami atas dasar suka sama suka. Kami dikurniakan 4 cahaya mata, lengkap 2 lelaki dan 2 perempuan. Kalau orang lihat, kami adalah loving couple dari dulu sampai sekarang. Apa yang ingin saya ceritakan di sini, kisah duka saya. 18 tahun perkahwinan saya tak pernah suami meninggikan suara apatah lagi memukul saya. Sebagai seorang yang berkerjaya tanggungjawab saya kepada suami tetap dilaksanakan walau kadang-kadang ada harinya teramat letih, suami saya juga tidak pernah menuntut sekiranya tanggungjawab saya kepadanya semakin berkurang. Saya diberi kemewahan, mampu menaiki kereta mewah ke pejabat walau gaji saya tak seberapa. Pernah saya meminta izin untuk berhenti kerja, katanya sayang sebab saya kakitangan kerajaan. Dalam tahun 1995, suami saya berjinak2 dengan perniagaan di Hatyai. Semenjak berurus niaga di Thailand, kehidupan kami semakin selesa, rezeki mencurah2. Dengan kasih sayang, sikap yang penyayang serta tak pernah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap kami, saya tidak pernah mencurigai suami saya walau sebesar zarah sekalipun. Walau urusan rumah, persekolahan dan tuisyen anak2 saya urus sendirian sudah bertahun2. Lama-kelamaan urusan perniagaan suami semakin bertambah di Thailand, dalam sebulan paling tinggi 7 @ 10 hari saja di rumah. Bila keadaan begitu, ada jugak terdetik di hati mungkin suami saya mengkhianati saya. Pernah beberapa kali saya mendengar khabar2 angin mengatakan suami saya berkahwin di hatyai, namum disebabkan terlalu percayakan dia, saya tidak ambil pusing berita2 tersebut. Bila terasa was-was dengan suami saya, saya tak berhenti2 berdoa kepada Allah supaya ditunjukkan sekiranya suami saya menzalimi dan mengkhianti perkahwinan saya. Lima tahun saya berdoa, 4 hb Mac 2009 terbukti suami saya rupanya telah memadukan saya 11 tahun yang lalu, dia berkahwin dengan perempuan siam (kafir) sebelum ini…. Saya rasa dunia seakan kiamat! orang yang paling saya sayangi, saya hormati telah khianati saya… setiap inci ruang rumah saya telah hancur berderai, tiada lagi kebahagiaan….. 11 tahun dia mengambil kesempatan di atas pengorbanan saya membesarkan anak2 saya sendirian, menguruskan rumah sendirian…. kepercayaan dan kesetiaan saya terhadap dia, inilah balasan yang dia berikan. Tuhan saja yang tahu betapa hancur hati saya… Hasil perkahwinan diam2 maka lahirlah anak siam berumur 5 tahun, dua orang telah meninggal di dalam kandungan! Terlalu hebat dugaan ini! Bila ditanya apa salah saya? apa kurang saya? suami berkata saya sebaik-baik isteri bagi dia…. habis perempuan siam tu apa? Sejak hari itu, saya sering meminta cerai! sepanjang perkahwinan saya tak pernah saya terniat untuk meminta cerai walau kadang2 berlaku sedikit salah faham. Hari ni, cerai telah menjadi sebutan yang amat biasa bagi saya. Katanya walau dia dicincang 16 sekalipun dia tak akan menceraikan saya, dia sanggup sujud di kaki saya asalkan saya tidak meninggalkan rumah kami…. mudah betul dia berkata2. Hati ini yang telah luluh tiada ubatnya… saya rayu kepadanya supaya dia meniggalkan isteri siam itu, katanya dia takut nanti perempuan dan anak itu akan kembali ke agama asalnya… Dia berkata, dia tak akan ceraikan sapa2. Mudah betul berkata2. Saya sentiasa berdoa semoga diberi kesabaran dengan ujian ini, tahun ini 3 orang anak2 saya akan menduduki peperiksaan SPM, PMR dan UPSR. Saya akan terus bersabar sehingga anak2 saya selesai peperiksaan. Selepas ini, saya akan memulakan hidup baru sekiranya dia tidak menceraikan isteri siam itu… Sejak hari itu, tiada lagi kebahagiaan serta ketenangan pada diri ini. Terasakan aku kini telah menjadi orang lain… tidak seperti dulu yang sentiasa ceria di pejabat…. rakan2 di pejabat teramat hairan dengan perubahan yang berlaku. Oleh itu, kepada isteri2 yang telalu yakin kepada kasih sayang, kemewahan serta tanggungjawab suami kepada keluarga berhati-hatilah…. Paling sedih apabila anak2 aku berkata “sebaik2 ayah yang mereka kenal rupanya pengkhianat,pembohong!. Dia terpaksa buat pilihan sama ada hendak merobohkan masjid saya yang dihuni 5 jiwa atau masjid siam yang dihuni 2 jiwa….

    • gundah berkata:

      bunian
      saya sungguh terharu membaca cerita saudari….entah kenapa memang tuhan mahu temukan kita. Nasib saudari lebih kurang sama dengan nasib saya…cuma saya di madukan dengan orang indonesia yang jauh lebih muda dari saya…katanya tak dapat menahan rayuan….saya juga seperti saudari, terlalu percaya kepada suami…tetapi ini balasan yang saya dapat…kami kahwin 14 tahun dan sekarang mempunyai 5 orang anak…rupanya dah 3 tahun saya di madukan…bila saya mengetahui hal ini, saya tengah sarat mengandung anak ke 5….masa tu beria dia menceraikan isteri kedua kerana tak mahu saya tinggalkan die…tetapi dalam minggu lepas saya baru dapat tahu yang mereka telah rujuk kembali selepas saya lahirkan anak yg kelima 2 bulan lepas…hanya Allah yang tahu hancurnya hati saya….Bila saya minta di lepaskan, saya di katakan mengganggu emosinya dan dia pening..dan katanya tak akan lepaskan saya sampai mati…jadi saya seperti di paksa menerima keadaan ini. Yang menyedihkan lagi, suami saya tidak sekaya suami saudari…perbelanjaan dan urusan rumah tangga serta anak2 banyak saya yang uruskan…saya lakukan dulu dengan penuh ikhlas untuk membntu suami, tetapi bila terjadi begini, keihklasan telah hilang…saya sekarang sedang mengumpul kekuatan untuk mendapat nasihat dari yang berpengetahuan tentang hak saya sebagai wanita dan isteri…adakah salah untuk seorang wanita menuntut cerai dari suaminya kerana ketidak jujuran suaminya…memang madu itu di benarkan dalam islam, tetapi salahkah / berdosakah seorang wanita jika dia tak dapat menerima / redha untuk hidup bermadu atau berkongsi suaminya dengan seorang wanita yang lain…adakah hanya kerana talak di tangan seorang lelaki, wanita itu terpaksa bersabar dan mengikut kehendak suaminya. Semua orang berkata, redhalah, tapi percayalah….bukan senang untuk redha….

  25. kasi ajo 3 supaya tak kmenghantui lage berkata:

    Dragon man kata isteri tue nye… yg tak cantik 2..walau pun die tak kasi ‘apa2′ die tak kesah sangat…asal kan die tengelam timbul di mata nye selalu.

    Laen pule isteri muda nye yg cantik molik tu..macei jilat ais cream le..selalu mohon kat dragon man ..supaya diceraikan ..walau die tulis hitei putih..kato nye dragon man memang dayus tak nak corai kan nye.
    Zaman dah berubah bage aje..hgn simpan duri dalam daging..nanti merana jiwa raga..berkemungkinan jadi GILO man…
    Kate dragon man..kat hambo.. dia kenangkan anek2 nye yg maseh study di sekolah rendah..kalu idak aku bage aje die talak tige..”die ingat die lawa..cun..cantik..molek kat mano..musang kat sane tu kan nye bodo..kata nye..lepas sapu harto bende nye ..lenyap lah die.

    Aku pun macam tu la man kata ku..lopeh kobeh bondo bondo cabut aje..pakei lak kereta baru..tak do bunyi tak do longar..berkedengar..kepala lak tak pening…hati sonang..jiwa tenteram.

    Lepas aje man.., kata ku kat die..man berkeadaan memikir sedalaman2 nye. …nanti lak nak memandu ke bidor telajak kat temoh..

  26. kasi ajo 3 supaya tak kmenghantui lage berkata:

    Ok lah tu ‘nase dah jade bubok…jalani kehidupanan sedia biasa-jgn simpan bara dlam hati..nanti terbakak-perok perande ..aje keluarga yg dah lama terjalin bersama.. ..masa depan diri dan anak2,yg memerlukan tanggong jawab bersama.

    = no 1 dia maseh mampu menyara dgn mewah.
    = cuba berbaik dgn madu supaya die tak lare ke agama asal..INI mungkin susah hendak di lakukan..pahit sayu untok ditelan..anggap lah kejadian ini sebagai – pancaroba drp illahi dlm scripts kehidupan yg telah tertulis, takdir untok di lalui.

    Kalu idak continue urr life as usuall ..raise up urr childrens…try to be whats it is..releaze urr tension over the matters,,be calms..dont ever make it worsen..dismaying urr’s future.

  27. mmmm berkata:

    tapi aku bayan selalu keluarkan kata2 kesat drp ‘taroh’ dia dgn kaki tangan..sebab aku bukan bruce lee ..lagi pun sebab aku takut dia akan patah riuk seumor hidup..takut2 ada kecactan hingga kemati atau harga saham dia akan turun untok dinikmati beli si pembeli yg buta hati.

    Itu pun berkeadaan … lahar dah merayu2 untok dilepas kan.

    Nak ceraikan memang senang tapi kita kena kenangkan masa depan org yg kita kasehi,terbayabg kepahitan diri mereka ..sautu hari nanti bila kita dah mati.

  28. haji matahari berkata:

    “kaseh lah madu mu saperti adik mu sendiri atau kawan karib y g mu kenali” -walaupun kepahitan untok di telani.

  29. faezah berkata:

    kesiannya bunian..i faham situasi u..my cousin penah lalui apa yg u alami. tp skrg suami cousin i dah berpisah dgn wife siam

  30. bunian berkata:

    Ntahlah faezah, apa yang tinggal pada saya hanya sebatang jasad yang penuh dengan perasaan benci dan dendam yang teramat. Sifat2 baik yang ada pada saya telah dirampas oleh suami tercinta. Kesedihan kini tak dapat nak digambarkan. Yang saya pasti, dia bagitau kepada abang2 dia, dia tak akan ceraikan kedua2. Walau bagaimanapun, saya tak akan jemu berdoa supaya suami saya menceraikan perempuan siam itu. Pernah saya tanya perempuan siam sendiri, bagi mereka bertukar suami seperti bertukar baju. Tambahan pula yang bersuamikan orang Malaysia, kalau tiada kepentingan mereka tak akan berkahwin dengan orang Malaysia. Saya berkata kepada suami, kalau masa tu u naik motor buruk, tak akan ada orang yang pandang dekat u! Ini sebab u ada duit! Bila ini terjadi kepada saya, tiada makna kalau badan saya dibalut emas permata, rumah bagaikan istana. Apa yang saya cari ialah cinta, kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup. Tapi semua itu entah di mana… tiada lagi istilah ketenangan dalam hidup saya kini…

    • gundah berkata:

      ya allah bunian…saya sangat faham perasaan itu…

    • Sokong poligami berkata:

      Jgn tamak kasih suami. Tiada apa yg kurang pd anda pun. Reda la ketentuan Allah. Suami sayangkan kedua2 rmhtangganya. Jgn menolak hukum Allah, poligami hak suami, berdosa meruntuhkan rumahtangga suami dengan isteri kedua.

  31. abuya berkata:

    …bila sesaorang itu mendendam kebenciaan -agak membara didalam hati nya,berkeadaan mengelegak,biasa nya akan hilang pertimbangan di pemikiran nya,akan mengambil tindakan yg ‘mengilakan’,tetapi satu hari nanti-pasti akan timbul penyesalan ,,tampa kesudahan dlm hidup seterusnya-diselaputi penyesalan dgn duka.

    Ia kan menggangu kesihatan dan emosi tak menentu.

    Dari riang menjadi pebenci dan cepat marah.

    Muka drp bersinar menjadi malap-begis-garang-manis menjadi masam. (lebeh kurang macam muka bomoh pompuan ‘niang rapik’ tu..tv slot)

    Kadang kala mengambil haluan yg salah secara membabi buta – genjala2 ‘kecurangan’ timbul di pemikiran – ‘dia boleh buat kita pun buleh jugak’ ..harus ingat dia timba yg menimba untok melegakan “keinginan -kehausan” tampa kerugian tapi biasa nya perigi bila dah ‘payau’ atau kekeringan kan di timbus ..tinggal pergi aje.. (maka terjadi lah retakan perpisahan – menghayat hati-anak2 yg memerlukan -kaseh sayang-didikan untok meneruskan haluan hidup mereka- berteraburan kemana.(jadi lah ibu mithali kita buat mereka kita kena tentukan masa depan mereka dgn cara kehendak kita)

    Penceraian akan meng effects di pemikiran mereka hingga ke tua-Deeply with heritage of physically Mentally effections.

    Bagi anak2 yg hilang kaseh sayang ibu atau bapa amat pedih sama sekali-hiba tak menentu-bila bayang hidup besama menjelma .. di pemikiran mereka tampa di duga..sekali sekali..linang ayer mata hingga kebibir tampa di duga – sengaja..kerinduan di hati -amat nyata.

    Se elok2 nya kita kena tenangkan jiwa -untok meneruskan kehidupan ini -walau berkeadaan merasai ‘haba neraka’ …untok mereka yg kecil ini,yg memerlukan binbingan ke dewasa dgn penoh kejayaan dlm hidup-bukan menyambung tradisi duka lara dalam hidup mereka-dgn penoh derita.

    KITA YG MEMBAWA MEREKA KE DUNIA DAN BERTANGGONGAJAWAP UNTOK KEJAYAAN MEREKA SETERUSNYA.

  32. kebayan berkata:

    bunian .. banyak sangat pikiran negatif dalam minda you .Perkara dah pun terjadi .. sepatutnya you belajar untuk menerima keredhan .Dan you kena ingat doa yang tak baik amat dimurkai oleh tuhan .Sepatutnya you bersyukur suami tidak mempersia sia kan you dan anak anaknya .. dan itu adalah hak nya untuk berkahwin lagi dan sebagai isteri kita tidak ada hak untuk menghalangnya .
    You tahu .. kawan aku dulu pernah mengalami situasi ini .. dia berkeras meminta cerai konon tak rela dimadu .At last suami dia menceraikannya .Mula mula lega sebab dah tak pandang muka bekas suami .. adalah lat lima tahun ..lepas tu dah rasa kekosongan dan kesunyian .. tahulah bila dah jadi janda berumur.. yang menghimpit ramai suami orang .Terperangkap dengan cinta suami orang .. kalau dulu marahkan orang ambil bekas suami dan kini sanggup pulak bermadu dan berkongsi kasih .. pi mai .. pi mai.. tang tu jugak ..

  33. bunian berkata:

    Sebenarnya teramat susah untuk nak meredhakan apa yang telah berlaku. Terasa diri ini teramat malang dengan ujian Allah ini. Kadang-kadang saya terfikir kenapa saya yang dipilih untuk ujian sehebat ini. Walau suami sekarang cuba memperbaiki kesilapan dia 11 tahun yang lalu, kini sejak hari yang amat sedih itu suami jarang ke Siam lagi cuma bila ada kerja saja dia akan ke sana. Sudah dua bulan lebih hanya 4 kali sahaja dia ke siam. Tapi sampai bila dia boleh bertahan dengan keadaan sebegini? tapi keredhaan teramat susah bagi saya…Sejak dari hari itu setiap kali selepas saya bersama dengan dia saya akan menangis, saya tidak boleh mengawal keadaan itu. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana dia melayan perempuan itu…. sakit… memang sakit…. Saya telah cuba memujuk hati ini utk menerima tapi sakitnya Allah yang tahu… Setiap kali diberitahu ingin ke Siam, seluruh badan saya akan menggigil, terasa panas badan secara tiba2, perasaan akan menjadi gundah, kesedihan, kebencian, amarah membelenggu diri..nafsu makan saya hilang tiba2…. setiap kali itulah apabila dia ke siam saya tidak menjamah makanan, cuma saya bertahan dengan meminum air sahaja…. saya juga tidak pasti dengan diri saya sendiri sampai bila keadaan akan berterusan sebegini…Saya tahu sekarang saya sedang menyiksa diri sendiri tapi demi anak2, suami serta ibu & ayah… berat badan telah turun sebanyak 10kg dlm 2 bulan ini… ramai yg menyedari perubahan diri ini…. demi anak2 dan keluarga saya akan cuba pasrah dengan nasib diri….

  34. isteri cenggeng berkata:

    Kisah saya memang banyak kali juga minta ceraipada suami kerana dia seorang yang pendiam, tak suka jaga silaturahim dengan ipar duai dan adik beradik malah jiran tetangga. kenduri kendara berat tulang nak pergi pun tak mau. Saya bebas keluar masuk rumah nak buat apa saja dia tidak mahu bertanya dan ambil tahu. Sakit pening saudara mara ipar duai malah saya pun dia buat tak tau, bukan nak bawa buah tangan ke tanya khabar ke.Senyap. Saya ibaratkan suami saya ini sepert ada mata tak mau tengok ada telingga buat pekak ada mulut tapi bisu ada akal tapi tak mau fikir.
    Saya dah lama tidak mengadakan hubungan seks dengan suami. Anak saya tidur di katil saya sejak bayi hingga usia 14 tahun masih anak tunggal lelaki ini tidur dengan saya.
    Bila sebut pasal cerai selalunya mak bapa saya menyebelahi suami kerana kata mereka baguslah suami ko bukan kaki botol, kaki mabuk walaupun suamiku ini kaki bola dan kaki bangku. Dia banyak habiskan masa tengok bola dan lepak dengan kawan2nya hingga jam 2 pagi. Aku pergi kerja dia masih tidur, aku balik kerja dia tak balik, bila balik kelua semula.

    Sejak lima tahun lalu aku berkawan rapat dengan seorang lelaki bujang beza usia dua tahun lebih muda daripada diriku. Nak jadi penyebab entah kenapa dia baik dan simpati dengan nasibku. Nak jadi crita dia suka dan jatuh cinta padaku. lelaki bujang ni sanggup peristerikan aku dan sanggup tunggu aku bila-bilapun jika ada dicertaikan atau suami aku mati. Dia sanggup tunggu dan tida memaksa aku bercerai. Hebat cinta lelaki bujang ini pada aku. Tapi aku tak mau pisang buah dua kali belum kahwin semuanya indah dah kahwin nanti lain pula crita. Yang pasti aku juga dah jatuh hati, cinta dan sayang lelaki bujang ini.
    Aku pernah minta cerai sekali lagi… dengan harapan suamiku merayu pada ku. Tapi mukanya tetap sama diam aje setelah aku luahkan isi hati perkara yang sama. Diam. Aku pula yang frust, kerana ada juga suami sikap macam laki itu.
    Kali ini dia bersetuju untuk bercerai. Tp dia diamkan diri tak plmengajak aku ke jabatan agamapun. Hati aku sejuk semula. Begitulah aku yang bezenya aku sudah ada boyfriend.
    benar kata kekawan pendamkan perasaan takan sampai tua. Ada boyfriend takan nak tunggu lama. Jadi mereka kata aku kena buat pilihan. Fikirkan kepuasan hati sendiri. Soal anak diapun dah 14 tahun usianya mungkin faham kenapa ibunya bertindak demikian.
    Cuma aku ini berjiwa penyayang… kesian pada kebaikan dan sikap diam suami. Tapi sebenarnya aku yang merana jiwa raga. Ada suami hidup macam janda. Aku kesian juga pada boyfriend kerana sanggup menunggu kerana katanya dia tak mau peristerikan aku jika aku tidak bersedia dan masih sayangkan suami. maka tunggulah dia hingga ke hari ini untuk peristerikan aku

  35. ahmad berkata:

    anak ngko umur 14 lelaki pulak tu, tido ngan ko lagi. gilo ko apo.

  36. mawarose berkata:

    Kenapa ya, pasangan curang?

  37. hanie berkata:

    Salam,

    Kebelakangan ni, Hanie tak mampu bersabar. Sedih sajer. Bukan apa, geram kat hubby. Kami 4 tahun kawen. Tapi terus dok berjauhan kerana tugas. Mmg dah berbincang Hanie tak perlu pindah ikut dia. Sbb hubby kata, Hanie dah elok kerja di tpt lama.Jika berhenti susah plak nak cari keje lain. Manakala hubby plak tak dpt pindah.Kami akan berjumpa selepas beberapa bulan dan paling lama Hanie serumah gan hubby adalah 5 hari. Itulah corak rumahtangga Hanie.Tapikan, Hanie nak gak cam org lain…ada peluang makan bersama hubby, masak utk hubby. Wat xtvt bersama. Kadang sedih rasa hati tgk pasangan lain. Jika rindu @ berkongsi perasaan, Hanie akan kol hubby.Terkadang sampai menangis-nangis. Hubby cuma suruh Hanie bersabar. Selama itulah Hanie cm bersabar. Selain itu gak, Hanie akui banyak cabaran isteri yang tinggal berjauhan. Alhamdulillah.Hanie ada gak kias kat hubby,ttg suami-isteri berjauhan.Hanie khuatir yang Hanie tak mampu lagi bersabar.Tetap suruh Hanie bersabar. Akhir2 ni Hanie bertengkar gan hubby gara2 Hanie dah tak dapat bersabar hidup berjauhan…jika hubby benarkan Hanie akan pindah ikut dia…apa masalah pon Hanie nak bersama hubby. Mulanya hubby setuju, tapi selepas Hanie bgtau implikasi jika Hanie pindah, hubby tak jadi suruh Hanie pindah. Dia yang akan berpindah. Cuma yang tak sedap didengar, hubby kata Hanie yang paksa dia dan tak memahami tugas dia. So, Hanie bgtaula…Hanie tak paksa, cm berharap dapat bersama hubby.Sudah 4 tahun Hanie bersabar tinggal berjauhan.Kali ni, Hanie bagi bgtau kat hubby, jika tak pindah gak…Hanie nak berpisah.

  38. kebayan berkata:

    hanie .. the best way hanie berhenti dan ikutlah suami .. kalau ada rezeki .. hanie akan dapat pekerjaan yang lain .Hubungan jarak jauh suami isteri memang banyak dugaannya tambahan pada usia perkahwinan yang maseh baru .Apa dirisau pada pekerjaan .. sepatutnya suami yang kena menjaga pekerjaannya kerana dia adalah tongak keluarga .Hanie boleh mengusahakan sesuatu bila sudah berhenti kerja .. seperti berniaga kueh ker .. apa yang penting tempat isteri adalah disisi suaminya ..

  39. hanie berkata:

    Thanks, kebayan.

    Hanie ada bercadang untuk berhenti juga. Lagilah hubby tak benarkan.Ini yang membuatkan Hanie semakin serba salah. Berpindah tak leh..berhenti, lagilah tak leh.Sbb tu Hanie bagtau kat hubby, jika dia tak pindah..kami berpisah.Huhuhu…

  40. lynda berkata:

    saya telah berumahtangga selama 8 tahun. suami saya seorang yg panas baran. dari sejak kawin lagi saya sering dipukul dan dimarahi oleh suami atas kesalahan kecil. diawal perkahwinan dia selalu mengugut saya untuk menceraikan saya sekiranya saya tidak mendengar ckpnya. setelah 2 tahun berkahwin..kami dikurniakan zuriat dan semenjak itu terdapat sedikit perubahan pada dirinya. dia kurang naik tangan tapi masih panas baran. pada usia perkahwinan kami hampir mencecah 4 tahun, kami bergaduh besar dan dia melafazkan cerai. dia minta rujuk semula..dan saya menerimanya kerana anak. kalau ikutkan hati, saya tidak mahu kembali kepadanya. selepas itu kami dikurniakan seorang lagi zuriat. sikapnya masih seperti itu juga. dan pada usia perkahwinan kami hampir mencecah 7 tahun kami bergaduh besar lagi sehingga saya dipukul dengan sangat teruk. masalahnya terlalu kecil sehingga saya dipukul sebegitu rupa. saya telah pulang ke rumah ibu saya bersama anak2 kerana tidak tahan..tetapi dia merayu untuk saya menerimanya kembali. sekali lagi…oleh kerana simpati padanya dan mengenangkan anak2 saya menerima dia kembali walaupun di dalam hati saya masih bengkak. dan selepas itu kami dikurniakan seorang lagi zuriat. pada hakikatnya saya tidak mahu mengandung lagi mengenangkan perangainya..tapi ini semua terjadi atas kuasa allah. sepanjang mengandung kami kerap bergaduh dan dia tidak pernah mengambil tahu mengenai pregnancy sehingga kandungan saya mencecah 7 bulan. kini anak saya yg kecil sudah berusia 4 bulan. lately ni hati saya terdetik untuk berpisah dengannya setelah 8 tahun kami berkahwin. saya menangis setiap hari kenapa selama ini saya bole tertahan dengan sikapnya..tapi selepas 8 tahun saya rasa dah terlalu penat melayan kerenahnya??? mmg kami ada bergaduh masalah2 biasa rmhtangga. mungkin dulu anak seorang dua saya bole tahan membuat kerja rumah seorang..tetapi bila sudah mempunyai 3 anak saya terasa amat penat. saya tidak dibantu suami, saya kena uruskan kesemuanya seperti saya ketua keluarga. bila saya mengeluh kepenatan saya akan dimarahi kerana menurutnya itu semua mmg tugas saya. katanya lagi saya hanya membuat kerja rumah sahaja bukannya bertani. luluh hati saya bila dia berkata begitu..dah la kerja rmh pun tak dibantu..dimarahi pulak tu. mungkin pada sesetengah pihak benda ini hanya masalah kecil sebesar zarah sahaja..tapi pada saya yg telah lama makan hati dgn sikapnya perkara ini yg membuat hati saya semakin bengkak. komunikasi antara kami semakin berkurangan. dia merungut layanan batin juga tidak ada dari saya. saya tidak boleh melayan dia dgn ikhlas lagi. saya menjadi seorang pendiam. setiap hari saya menangis. tetiba hati saya tidak boleh menerima dia lagi. saya tidak pernah melawan dia dan selama ini saya hanya berdiam diri sahaja. saya hairan bagaimana selama ini saya kuat untuk mempertahankan rmhtangga ini tapi tidak pada kali ini. saya tertanya2 diri saya..kenapa sekarang perasaan utk berpisah dgnnya amat kuat? saya tau saya berdosa sekiranya saya meminta cerai padanya. apa yg harus saya lakukan

  41. elisa berkata:

    Saya amat berdosa. Berdosa kepada ibu bapa saya kerana kahwin lari. Setelah itu cuba kembali berbaik dengan ibu bapa. Namun, ibu bapa saya tidak bersetuju saya mengikut suami saya berhijrah ke luar negara, menyebabkan suami saya marah dan ingin ceraikan saya. Di kala aku kebuntuan, timbul sepupu aku, yang sudah pun berkahwin, jatuh cinta dengan aku dan meminta aku bercerai dengan suami ku agar dia dapat mengahwini ku.Dia juga berjanji akan menceraikan isterinya kerana menurutnya isterinya nusyuz kepada nya dan dia tidak pernah mencintai isterinya, dia dipaksa kahwin dengan isterinya. Aku ingat ibu bapa ku akan setuju aku berkahwin dengan sepupu ku, kerana mereka menggunakan sepupu ku untuk slow talk sengan aku untuk tidak mengikut suami ku. Bila tak ikut, jawapannya cerai, ibu bapa ku maklum dan tak kisah aku cerai.Aku terus bingung. Aku didesak oleh suami ku untuk ikut dia berhijrah, tapi dihalang ibu bapa ku dan sepupu ku. Aku tiada jalan penyelesaian. Lalu, aku berdosa kepada suami ku, meminta dia menceraikan aku atas dua sebab, satu supaya suami ku aman dari gangguan ibu bapa ku serta masalah otak ku yang sentiasa buntu dan agar dia kahwin lain dan hidup bahagia bersama isteri barunya. Kedua, aku ingat ibu bapa ku akan merestui perkahwinan ku dengan sepupu ku kerana mereka menunjukkan seolah2 mereka menyayangi sepupu ku. Aku mengidamkan perkahwinan yang bahagia bersama sepupu ku.Suami ku menangis, merayu pada ku agar datang padanya. Namun aku terus bingung. Kesudahnnya suami bersedia untuk menceraikan ku. Namun, aku pula tidak mahu kerana aku baru sedar betapa suami ku menyayangi ku dan sepupu ku mengkhianati ku. Isterinya mengandung, sedangkan kerana sepupu ku, aku telah mengkhianati suami ku, tidak peduli pujuk rayunya dan bersedia untuk diceraikan. Balasan bagi ku. Kini suami ku telah berkahwin lain. Tetapi tidak juga menceraikan ku kerana aku merayu padanya dan menceritakan segalanya. Dia amat marah tapi masih menyayangiku. Sepupu ku pula sering menghantar sms menanyakan kenapa ku mengkhianatinya.Aku berdosa pada anakku. Kerana ku, kini dia terpaksa kongsi bapanya dengan anak isteri kedua suamiku.

  42. elisa berkata:

    Aku berdosa kepada semua. Tapi ibu bapa ku juga berdosa kerana menyebabkan ku bingung dan mahu suami ke menceraikan ku tanpa sebab yang munasabah. Sepupu ku juga berdosa kerana mengacau isteri orang. Yang tidak berdosa hanya suami ku dan anakku. Aku sanggup dimadukan demi suami ku. Tapi aku tidak akan kembali ke Malaysia dan berjumpa ibu bapa ku atau sepupu ku sampai bila bila. Aku mohon pengampunan Tuhan kerana terpaksa memutuskan silaturr-rahim dengan mereka. Tetapi mereka itu adalah penyebab masalah rumahtangga ku, penyebab huru-hara dalam hidup ku. Ibu ku memang seorang yang menyukai huru hara dan mahukan anak-anaknya menceraika pasangan masing-masing dan hidup hanya dengan dia. Dia mengawal hidup kakak ku yang kini 42 tahun, tidak benarkan dia tinggal dengan suaminya. Suaminya pun bingung dengan peragai ibu mertua dan isterinya. Ibu ku juga tidak merestui perkahwinan abangku, dan sentiasa berkata buruk tentang isterinya dan menyumpah serana agar isterinya itu diceraikan dan abangku balik duduk dengan nya. Ibu jenis apakah ini?

  43. elisa berkata:

    Ibuku hanya pentingkan diri sendiri. Dia tidak peduli kebahagiaan anak-anaknya. Dia mahu anak-anaknya hidup hanya membujang atau menjanda seumur hidup. Nasib abangku baik kerana dia kahwin lari dan terus menjauhkan diri dari ibuku. Kini hidupnya bahagia. Nasib kakak pula terus dilanda kebingungan kerana dia tersepit antara ibu dan suami. Sama seperti diriku tempoh hari. Tapi kini ku sudah mengambil keputusan untuk tinggalkan ibu ku dan mengikuti suamiku. Kerana suami ku tidak pernah mangabaikan aku dan tidak pernah pula menyuruhku mengabaikan atau meninggalkan ibu ku. Tapi ibuku menyuruhku menceraikan suamiku dan hidup menjanda dengannya, sedangkan suami ku berkerja keras mencari kehidupan yang bahagia bagi aku dan anakku. Ibuku juga tidak bersetuju ku berkahwin dengan sepupuku. Dia hanya mahu ku bazirkan hidupku dengan menjanda. Salah kah ku meninggalkan ibu seperti ini? Kini aku tidak menyesal kahwin lari. Aku hanya menyesal kerana kembali pada ibu ku. Aku berdoa pada Tuhan mengampunkan dosa dosa ku pada semua yang ku melakukan dosa. Kini aku terpaksa memutuskan silaturr-rahim dengan ibu ku. Ampuni lah dosa2 ku, Ya Tuhan ku..

    • iskandar berkata:

      slm elisa,bykkan solat hajat/doa minta petunjuk semoga Allah buka pintu hari Ibu saudari.tak dinafikan byk cases y gkita dengar berpunca dr pihak ke3 spt yg saudari ceritakan.
      -iskandar-

    • eddy berkata:

      elisa..tanpaa ibu tdaklah akan anda melihat bulan dan bintang…

    • siti insaf berkata:

      saya pon sama.. saya mintak cerai sbb tensen dgn mak dan hasutan kakak.. smpai sekarang saya tak dapat memaafkan mereka…

  44. hassandin berkata:

    Pesanan Saya..

    Wahai isteri,,,yang no1, ke n02 atau yang ada atau kahwin diluar negeri ke atau apa….janganlah sekali2 minta cerai drp suami apa pun yang terjadi..ditinggal ke, tak cukup nafkah ke,, kahwin lagi ke, atau pun masuk jail..perkataan yang di sebut dalam hukum syariah ialah tuntut Fasakh..Tuntut Fasakh ini walau pun di benar kan tetapi adalah berdosa besar ( bagi saya ) kalau segaja di buat-buat..dan salah pertimbangan drp pihak isteri dan juga hakim.

    Pihak isteri jangan lah cepat melinting sangat kalau hal ini berlaku didalam institusi kekeluargaan kita. Hancur lah dunia ini..hancurlah kelurga kita. Tidak ada siapa yang menang dan kalau menang pun hanya menang sorak sahaja.

    Memang benar pihak lelaki ( suami ) yang menjadi penyebab hancur nya perkahwinan kalau kita tidak memahami nya tetapi kalau isteri pula berlawanan dengan sifat lelaki maka bertambah lah lagi binasa nya institusi keluarga kita macam sekarang ini.

    Realiti nya..lelaki suka kepada banyak wanita dan wanita pula sifat nya suka kepada saorang lelaki sahaja…sifat tabii manusia…Jangan kita cuba menyangkal kebenaran ini.

    Cuba fikir atau ubah sikit fikiran kita..cuba kata kan bagaimana kalau semua wanita di dunia ini suka bermadu..atau letak kan syarat kepada lelaki kalau hendak berkahwin dengan saya mesti dalam masa lain kahwin saorang lagi..cuba fikir..takut lelaki tu..

    Saya rasa kalau ini berlaku..peristiwa diatas tidak akan berlaku malah institusi keluarga kita akan bertambah baik di segi ekonomi dan lain-lain lagi.

    Salah kah kalau wanita bersatu dibawah institusi keluarga secara berkahwin dengan saorang lelaki menurut hukum yang dibenarkan dan berkongsi dan berkerja sama dalam semua bidang??? umpama nya berniaga, bekerja, menjadi pengurus perniagaan, bertani dan lain-lain.

    • AWANA berkata:

      saya suka sangat pesanan ni.. hakikatnya saya adalah isteri kedua.. yang mana isteri pertama tak tahu suaminya adalah lelaki paling baik walaupun tidak mampu dari segi nafkah dan ilmu agama sedikit kekurangan..yang isteri pertamanya tahu mengungkit dan juga menjaja cerita serta mengaibkan maruah suami dan saya..suami saya terlalu sabar hingga jatuh airmata lelakinya kerana terhina.. pernah saya cuba pergi dari hidup suami saya..tapi tidak sampai hati melihat keadaan suami yang sentiasa tertekan.. sebagai isteri saya hanya mampu memujuk dan cuba hiburkan hati.. Alhamdulilah berkat kesabaran memujuk dia kembali tersenyum.. Saya bersyukur dijodohkan bersama walau hidup kami tak sesempurna mana..bagi saya wang ringgit, hati yang terluka boleh dicari dan dirawati.. Hanya Allah yang tahu apa yang menyebabkan saya sanggup menikah dengan dia sebagai isteri kedua..jadi kepada para wanita..janganlah terlalu mengikut emosi dan rasa terluka tapi anda kehilangan seseorang yang pada anda amat teruk dan hina hakikatnya dia adalah seorang yang mulia di pandangan mata orang yang melihat pengorbanan yang dilakukan hingga terpaksa menghiris perasaan orang yang disayangi..

  45. cahaya jiwa berkata:

    assalammualaikum….
    membina, mengekalkan, menjaga, dan mengharap untuk sinar kebahagiaan rumahtangga hakikatnya bukan sesuatu yang mudah….seringkali bila suami mahu berkahwin dua atau berpoligami alasannya pasti ketidaksempurnaan yang ada pada isteri pertama…tapi isteri pula…..pernahkah dia memikirkan sikap cela suaminya….hakikatnya perempuan memang ditakdirkan untuk bersabar….bukan mudah menjadi perempuan….walhal telah tertulis dalam al-Quran tugas seorang suami…adalah segalanya…selain membetulkan tulang rusuk kiri yang sudah bengkok suami jugalah yang patut menguruskan semua hal rumahtangga, jika isteri yang mengambil alih…maka itu adalah atas ihsan isteri dan pahala akan digandakan berkali-kali…..
    bagi gara :
    benarkah yang anda ceritakan ini ataupun hanya alasan anda untuk berkahwin lain….jika benar maka tanggungjawab anda untu mendidik isteri menjadi isteri yang solehah perlu bermula sejak dari lafaznya akad itu lagi…mengapa anda bersabar tanpa mendidik isteri…dan mencari jalan dengan berpoligami secara senyap….adakah anda merasakan tindakan anda itu betul….pernahkah anda mengikut segala saranan dalam al-Quran serta contoh teladan Rasulullah..memang tidak ada manusia yang sempurna maka anda perlu sedar isteri pertama anda juga tidak sempurna maka didiklah dia….didik dia dari awal perkahwinan lagi…..pernahkah dia menjadikan segala kelemahan anda untuk berkahwin lagi….tidak kan…maka anda perlu sedar yang dia sangat cintakan anda cuma sikapnya saja yang perlu diubah…maka sekali lagi saya berseru..didiklah dia….sekarang tak ada gunanya lagi….hatinya telah kecewa….pernahkah anda tahu azabnya ketika mengandung dan melahirkan anak itu….pernahkah anda berterima kasih untuk itu…..maka ihsankan dia…didiklah dia mengikut landasan al-Quran…..jangan terlalu memuji isteri ke dua..kerana usia perkahwinan anda denganya masih panjang….langit tidak selalunya cerah…maka fikir-fikirkanlah…..soal hati ini sukar dimengerti….

    bagi kaum isteri yang tersiksa dipukul…diugut dan dicurang…maka bangunlah….bermunajat….setiap yang berlaku hanya Allah sahaja yang berkuasa untuk mengubahnya….bangun dan semangatkan diri anda…ceria2kan diri..bina hobi baru…menulis…memasak…mereka-reka resipi walaupun suami tidak menghargai dan anda tersiksa maka jangan peduli….cantikkan diri anda lagi..berusaha…lapangkan dada..senyum dengan semua orang…baikkan hati anda…maka insyaallah akan ada sinar yang baik untuk anda…saya salah seorang mangsa kepada suami yang tidak bertanggungjawab…selain saya mempunyai kerjaya yang lebih baik dari suami…saya juga sering dipukul, dimaki dan ditinggalkan sendirian….saya pernah terfikir untuk bercerai..dan memang patut serta tidak menjadi berdosa jika kita menuntut…namun adakah kehidupan selepas itu menjadi lebih baik…maka saya bangun dengan cara yang lain…saya bukanya tidak cantik maka saya mencantikkan lagi diri saya..,.suami tidak pernah peduli..biarlah….saya menjadi lebih rajin..setiap hari saya membina segala yang positif….apabila dimaki…saya biarkan masuk telinga kanan keluar telinga kiri…bila dipukul saya berkata di dalam hati alhamdulillah…moga-moga Allah memberi sedikt pahala untuk saya di atas kesabaran saya ini…saya akan bangun lebih maju….saya bermunajat memohon yang terbaik untuk hidup saya…mohon maaf untuk suami saya sudah kecewa untuk berdoa..dia ada mulut maka berdoalah sendiri untuknya…Allah lebih tahu apa yang ada dalam hati saya..maka Allah sahaja yang berhak mengadili saya…saya menyambung lagi pengajian dan lebih maju…maka suami melihat segala yang baik berlaku pada saya..tapi padanya sentiasa serabut….biarkan…sya tidak mahui peduli…jika dia sudah tidak sayang..maka saya ada orang tua saya yang sentiasa menyayangi saya…kasih sayang dan didikan mereka sudah cukup dan saya tidak perlu bersedih jika suami tidak lagi sayangkan saya…..wahai kaum wanita yang pentingnya adalah semangat….semangat untuk teruskan hidup…demi agama dan ibu bapa….saya tidak tahu sampai bilakah kehidupan ini akan bertahan…tapi yang pasti…cerai bukan dari mulut saya…selagi suami bukan seorang kaki botol…penagih dadah…penzina….anak derhaka…maka selagi itu saya akan teruskan kehidupan ini seperti biasa…yang penting sayangi diri sendiri…ramaikan kenalan supaya fikiran lebih terbuka….majukan diri ke arah yang lebih cemerlang…ceriakan hati dengan munajat pada Allah…dan yang penting cantikkan diri….
    w.salam…

  46. Bernas berkata:

    REAS AND UNDERSTOOD>>Tok guru puncak alam tunjok langit bagi 101% markah

  47. Jun berkata:

    Assalamualaikum. Ini adalah kemelut rumahtangga yang saya sedang hadapi. Saya membina masjid bersama isteri 11 tahun yang lampau atas dasar cinta. Kami direstui kedua-dua belah keluarga tambahan pula kami diperkenalkan satu sama-sama lain oleh keluarga bukan pencarian sendiri. Kami bertunang selama 3 tahun untuk menunngu isteri yang ketika itu masih lagi dimenara gading. Bagaimanapun kami berkahwin juga pada tahun ke 3 pengajiannya. Kini kami dianugerahkan 5 orang anak. Isteri dalam bidang perubatan dan saya dalam bidang perniagaan. Dalam rumahtangga ada pasang dan surutnya tetapi kami harungi dengan kasih sayang sampai menunaikan tuntutan Haji bersama. Dalam perniagaan, saya diuji Allah dan perniagaan itu tidak mendatangkan hasil bagaimana yang diharapkan ditambah pula lagi unsur-unsur subhahah ketika saya mengejar dunia. Bagaimanapun, isteri terus menyokong dari segi kewangan dan moral ketika saya kesempitan dan saya beriltizam berhijrah kejalan yang diredhai dan diberkati Allah. Awal tahun ini saya mendapat perkerjaan baru dan di samping itu sy ingin memperkasakan diri dengan ilmu lalu saya mengambil MBA dan juga memulakan perniagaan baru. Saya begitu yakin akan sokongan isteri dalam saya mencari arah baru. Jarang kami dapat bersama memandangkan masa yang teramat singkat, dihujung minggu ke kelas, waktu lain di pejabat dan pada masa lapang saya ke perniagaan. Bagaimanapun, pada minggu pertama puasa, isteri menyatakan hasrat untuk berpisah. Sy begitu bingung apakah salah saya. Alasan yang beri adalah saya tidak memberi perhatian kepadanya dan tidak menghargai dirinya dan sentiasa gagal memperkasakan diri. Saya bertambah bingung apakah ini benar-benar salah saya…Saya merayu agar isteri mengenangkan anak-anak dan kehidupan yang telah dibina selama 11 tahun namum isteri merasakan anak-anak tidak perlu tahu apa yang berlaku dan kami hanya tunaikan tanggunggjawab sebagai ibu dan bapa sebaiknya. Isteri merasakan perlu buku baru dalam kehidupan kami dan jika ada jodoh mungkin bertaut kembali. Keluarga isteri menyebelahi saya sepenuhnya dan timbul syak wujudnya orang ketiga disebabkan tindak-tanduk isteri yang mencurigakan. Sya bersemuka dan isteri kata itu adalah hanya kawan. Syawal kali ini tidak bermakna bagi saya. Pengorbanan ketika isteri sedang menuntut dan kasih sayang saya langsung tidak diambil kira. Saya ingatkan mungkin isteri disihir namun segala usaha dan doa belum nampak apa-apa hasil. Isteri sedang berurusan dengan pejabat agama untk mendapatkan perpisahan itu. Saya masih belum lafazkan namum saya tidak mahu isteri menderita kerana saya. Keluarga isteri mendesak jangan sesekali melepaskan dia tapi bagaimana hati saya yang telah dicincang-cincang ini. Saban hari saya solat hajat agar hati isteri bertaut kembali kasih sayang. Hingga kini saya masih lagi menunggu.

  48. kebayan berkata:

    macam cerita sama je ..

    • Jun berkata:

      Lebih kuranglahh sama.. tak suami buat hal, isteri buat hal… Anyway, saya dah kata kat dia you start the ball rolling and i’ll be there to say it. So tungguuuuuuuuu…… Pagi ni saya ada terdengan kat radio IKIM berkenaan kursus pasca perkahwinan di Kuala Terengganu. Ada sesiapa tahu kursus seperti ini dijalankan di KL/Selangor. Saya rasa ini suatu usaha yang bagus.

    • Zidane berkata:

      Nope Kebayan, kawan rasa cerita sama tapi individu berbeza.

  49. xxxx berkata:

    pompuan biasa lah dah dapek kesenangan,,bila dah di beri kebebasan lak ramah senyum lebar hingga tak sedarkan diri ,lak itu si musang janggut sentiasa perhatikan seolah olah di pemikiran dia ni pompuan ‘ligat’ poket pangkat berisi, bila di himpit lak berbalas..menjadi lak..silaki lak asik bagi kesenangan dan jugak ade pasang spare part..higga kurang memberi pemerhatian..apa tak lagi belaku lah kecurangan, hingga mohon untok di lepaskan..sebenar nye pompuan ni banyak taik taik palat ..kalo dah jadi lobang kereta api bila di impit rasa sexy lagi..hingga menghayal diri….dia tak tahu yg penghimpit nak keseronokan kemewahan tumpang sekaki..kalo aku nak cari tentu yg badan poket pangakat ..berisi..kalo tak de tolak ketepi..itu lah gasak puas2 tojah dgn cili .. sebelum dia di lepasi..pakai bulu kambing ,,,seolah olah engkou mahu pakei dalam sehari..

  50. lucifer clans berkata:

    wei..xxx gram nampak nyo..kou ni dah teraso di hate..agak nyo..oky lah tu..aku tumpeng sekaki sebelum di lopes leh dak..chaos

  51. Jururawat berkata:

    Semua kena pergi kursus ESQ165 ni.

  52. Bingung berkata:

    salam…saye telah berkahwin selame lbuh kurang setahun….kami kahwin senyap2 tanpa pengetahuan keluarga sebelah prempuan….tapi family saye dan suami saye sgt baik dan kami merancang berkahwin selepas sy habis stdy….tp ats dasar kepercayaan dn ksh sayang sy bersetuju berkahwin secara senyap di sempadan perlis sebelum syg melanjutkan pelajaran ke luar negara….semuanyer berjalan lancar..dan family saye tahu kami bercinta dan akn berkahwin..cume family tak benarkan kahwin sblm abis belajar..tp saye kahwin senyap2 atas permintaannye…baru2 nie saye dikejutkan dgn panggilan dr seorang wanita dan dier mengaku isteri pertama suami saye….sy sgt terkejut dan sedih kerana rase tertipu…sy tak tahu langsung dier sudah berkahwin dan ade 2 org anak….sy bingung ape sy perlu lakukan sy keseorangan di luar negara tak de tempat mengadu….isteri pertama selalu call saye tp hanya 2 kali sy jawab sbb xnk tension..sy perlu truskan pelajaran saye…sy ade berbincang dgn suami sy mahu berundur…saye mahu dier tinggalkan saye…saye mahu dier jage family dier yg sedia ade….tapi dier tak mahu lepaskan saye….dier terlalu sygkan anak2 dier…jd dier pon taknak tinggalkan isteri pertama…..sy tak kisah dtinggalkan dr perlu hidup dlm penipuan mcm nie…bile sye mintak dilepaskan…dier ckp biar dier pergi selama-lamanyer…biar dua2 tak dapt dier…syg risau dier buat yg bkn2 jd sy cume ckp sy harap dier berbaik dgn isteri dier dan selesaikan…sy hanye akan berdiam diri…tp sampai bile sy akn berdiam diri..sy xtahu ape status saye skrg…..sy masih isteri dier…tp ntah la sy xdpt terima dier tipu sy ..sy ingat dier bujang b4 ktrg kahwin..family sy pon xsyak pape….sy tak tahu ape jalan yg terbaik untuk saye skrg nie….

    • iblos berkata:

      Mungkin lah. kou kena putuskan diri sendiri…kalo rasa nak meneruskan bersama dgn berbagai macam dugaan mendatang serta kerenah kehidupan tak putus2, leh jadi rambut itam leh jadi putih…botak pun boleh jadi dgn keazaban menghantui diri..kadgkala dah tentu hilang ketenterman diri…. ..go ahead kalu agak2 boleh melalui..tapi harus ingat lelaki yg ado double barrel ini ..nak tak nak dah terpaksa kena jadi pelakun terbaik dgn scripts penipuan, untok menyenangkan diri keseluruhan idup nya…. nampak nya kou dah hilang rasa ati kat die,diri dah mulai tawar ..atas keisafan diri yg kena tipu idup2, kaseh sayang yg nak dikongsi bersama halimun halimun dlm bayangan bersama berkecai lebur terasa menusok diri…mungkin jua ade insan terasa kegelapan nal pitam tapi tak jadi dimasa mengetahui keadaan…untok di pecayai..seolah olah diri dah tak berharga lagi..punah ranah rase nye di ati..tapi maseh tabah untok melalui..kalu u buleh berdikari sendiri tampa membawa emotional feelings adengan2 berlalu yg tetap akan menghantui diri…boleh lupai …mohon cerai aje lah..sebab penipuan belaku…kalu u teruskan jugak ..lambat laun akan memakan hati sendiri…kegagalan idup u seterus nya…kehidupan biasa nya tak akn aman ..saperti di impikan..percaya lah daku.

      Mana mana perempuan pun tak akan sanggup di madukan melainkan dah sampai ke penhujong jalan aje atau dah season dgn kehidupan aje akan meredai…kalau baru nak berputik dgn kehidupan dah tentu berperasaan makan nasi berulam jantung lah keadaan nya….

      • iblos berkata:

        tapi dong aku nak kawin yg no 2 ini aku dah buet perjanjian dgn bini pertama sekira nya selepas kawin aku terpikat ko kena buatan orang ke dah terpaksa ke..aku di benarkan kawin lagi…dia memahami sebab dia sukakan aku ( aku tak tau la kat mana..tapi aku nak tumpang kesenagan aje..dia kata akey..lagi pun aku tak nak bagi dia terluka dihate penelokak AkU…MAKLUM LAH melalui pengelaman bila sesaorang yg kita hajati tidak membalas dgn ate terbukak nyanyo..untok diredahi…teraso diri tg tampan ini..tak ado nilai hargo nyo lagi..di dunio nii…

  53. iblos berkata:

    apa bonda harem dong..kalo dah tak sebati..nak simpan buat apo lagi tidoq lain2 t0mpek..dindingkan bamtal lagi siksa diri..nak kerabat tak kasi lagi..(merana lah aku kato sm salim..)nak lak bini sesuka ati balik jauh malam hari.nak siksa diri buat ape..berlambak sedia menanti…kot kot lah ni

    kalo dia mintak di ceraikan tu dah tentu ada paksanggup sedia menanti …kasi aje lah…kasi 3 tko bior die rase kan diri bila dah di buang kembali nanti…

  54. Najeed berkata:

    kenapa perempuan islam tulen tidak takut dosa dan perempuan muallah paling takut dosa…

  55. asimo berkata:

    Aper hal nie…sorang salah kan sorang..saper suruh kawen???orang tua cakap jgn nak terhegeh-hegeh nak kawen,dah gatal sangat ke bawah tue..ehhh bagi aku lah kan..cerai2 nie adalah jalan yang terakhir,takkan cerai jadi pilihan pertama..takkan kena sekali kene pukul terus report polis..bangang betul….buat lah flow…kalau tahu kena pukul suami,cakap lah dulu dgn keluarga belah si suami..kenapa terus nak report…aku benci betul dgr perkataan cerai nie…selalunya orang yang suka sebut perkataan cerai nie sebenarnya suka nak ambek jalan mudah baik laki mahupun perempuan sama je…terus terang aku cakap aku paling benci dgr perkataan cerai..cari lah alternatif lain selain cerai..takkan tak ader…bagi aku,kaunseling yang terbaik ialah kaunseling dari mak n bapak..bukan kaunseling dari kaunseler dari luar..orang zaman sekarang nie memang tak berfikir…weiii hidup sekali,kawen sekali mati sekali….ader berani!!!!…agik idup lagik nglaban…ader yang bercerai disebabkan tak ader kasih sayang lagi…ehhh nie kalau aku ader kawan macam nie bercerai cara macam nie…aku bagi penampar naga berduri…memang aku tak nafikan bercerai memang dibolehkan dalam islam,tapi kena ingat bercerai tue paling dibenci oleh allah…Pasal poligami pulak…You can married 1,2,3,4 but if you can’t make justice between them,married only one….you see easy to understand..but why are you still deny it…aduh-aduh..kebanyakkan dalam nie aku baca..lebih2 lagi perempuan terlalu emosi sangat..suka sangat nak berdebat…jgn lah macam tue..slow2 lah…takkan benda nie ko pun nak melatah gila babi…ko anggap perkataan cerai nie tak ader dalam kamus kehidupan…N pk cerai nie adalah jalan terakhir..

  56. apple berkata:

    macam mana suami saya seorang penagih dadah…?apa yg ptut saya lakukan..

    • asimo berkata:

      @Apple:Cuba awak cari alternative lain..cari-cari n cari…mintak nasihat orang yang alim maksudnya orang yang betul2 tahu agama, sebaik baiknya imam atau mufti..saya cuba memperingatkan diri saya sendiri..saya tak akan dengar orang yang bercakap atau nasihat dengan emosi….cerai adalah jawapan yang paling terakhir sekali kalau kot2 tak ader jawapan lain lagi…

  57. ida berkata:

    assalamualaikum…

    saya nak tanya, mcmane pula kalo si suami tidak dapat mbimbing isterinya iaitu tidak pernah ajak isteri bersembahyang kerna dia tidak pernah sembahyang selama berkahwin, n suka minum arak dan berfoya2…dan slalu bergaduh kerna tidak sefahaman n tidak bersependapat..adakah si isteri berdosa mminta cerai..?

  58. aman berkata:

    saya mengaku kesalahan yang saya lakukan. saya sekarang insaf dan tak akan melukakan hati isteri saya lagi. tapi isteri saya tetap minta cerai dari saya. dah dirujuk ke mahkamah syariah oleh isteri saya. kesalahan saya berteman dengan wanita lain.

  59. Johan S berkata:

    Salam untuk semua,

    Macam-macam ada kat atas dunia ni…belum lagi kat akhirat nanti. Pada isteri yang bengang dengan suami atas apa alasan sekalipun, cari boyfriend (BF) dan meluahkan masalah rumhatangga pada lelaki bukan muhrimm yang lain adalah satu dosa besar. Islam ada mekanisme yang jelas berkenaan dengan masalah rumahtangga. Jika suami kedekut boleh ambil “mencuri” duit suami untuk maslahat rumah tanga, contohnya anak sakit. Jika suami tak berbaik dengan ipar duai hatta jiran sekalipu tu hal kecik aje…dia yang berdosa, yg isteri cuma nasihat aje.,..bukan jadi alasan nak cari BF lain. Jika suami ada girlfriend kalau dia mampu cabar dia ke pejabat kadi..jangan biar dia buat dosa. Kalau suami berzina mintaklah fasakh sebab penzina akan kahwin denngan penzina aje(an-Nuur 24: 3)
    .kalau dia tak mengaku kat pejabat kadi cabar dia sumpah secara Saiful Bukhari..kalau isteri terlanjur berzina dengan BF bagitau aje dengan suami biar dia cari pompuan lain sebab ayat atas jelas..kalau tak dia dayus dan lelaki dayus tak akan masuk syurga..kalau suami dan isteri nak bebas total dari hukum dunia akhirat akibat berzina pergilah ke Arab Saudi dan declare supaya direjam…insya Allah dapat syurga di akhirat..jika tidak perasaan bersalah akan membunuh kita kat dunia lagi sampai mati..ini jadi kat teman kawan…tapi takkan nak bagitau bini dia aib kena jaga..lagipun menda berlaku sebelum kahwin..kalau taubat nasuha..insyaAllah diterima, rahmat Allah luas.tu pun kalau ikut ayat atas ada musykil jugak..kena Tanyalah Ustaz (TV9)le pulak.kalau suami tak bagi jumpa mak sendiri pun jgn cari pasal jumpa…dah ada hadis tentang ni..kalau suami tak solat pun ada gorunds nak minta fasakah sebab orang yg tak solat bukan islam…salam pun tak boleh bagi…zaman Rasulullah dulu orang tak jemaah kat masjid pun sahabat mintak bakar rumah dia..apatah lagi tak solat..Rasulullah (s.a.w) ada bagitau yang kebanyakan isi neraka adalah isteri kerana mereka sering derhaka pada suami dalam hal rumahtangga …apa hal pulak kalau isteri bukan takat derhaka tapi ada BF…kalau dah takdir ke neraka maka Allah akan biarkan isteri ada BF supaya ada kes kat akhirat…macam pencuri, selagi tak curi niat sahaja tak diazab…bila tgn pegang aje barang niat dah jadi perbuatan dan kes bejalan..tu kat akhirat , kalau suami tau dan dia perlu buat satu aje solat tahajud dan doa sebagai orang yang teraniaya pada isteri dan BF dia…maka tak lama le tu…penah dengan orang kena stroke lumpuh terbaring 10-20 tahun…agak-agaknya saje-saje ke kena…awak bukan nabi Ayub. Pada isteri dan suami ingatlah (termasuk saya sindri mau ingat/pikir) siksaaan neraka sehari tu sampai manusia yang disiksa ditanya berapa lama hidup kat dunia mereka akan cakap tak lebih sehari sebab sakitnya azab..bertaubatlah kita..puas hati kat dunia dlm bab yg salah akan timbul azab sesal sebelum mati apatah lagi azab kubur dan neraka…orang yg paling smart adalah yang pikir kehidupan akhirat…

  60. Johan S berkata:

    Salam,

    pada yang isteri ada BF lain tu …30% mungkin sihir, 70% dia sendiri cari azab..kalau sihir baca ayat rukyah syariah pada air dan bagi kat dia secara terang atau senyap dan tengok reaksi dalam sehari…jika dia tak nak renjis kat muka..jika dia kerasukan..carilah ustaz kat google..ustaz ahmad urutdanrawat dsbgainya..zaman ni canggih..orang calit minyak dagu kat pintu opis ke..terpegang aje akan mimpi mamat tu..berubat lam nak baik..buatnya sekejap aje,,,..nak buat camna nak jadi barang kes masuk neraka ni kesan mestilah ada..barulah mamat tu tak boleh kata Allah tak adil…dah kata jangan monyet…kau buat jugak tanggung le..api sampai bila-bila sebab dah jadi kapir pakai sihir

  61. a'cik cody berkata:

    Slam,

    Kalau suka sama suka apa salahnya..tak kira le dah kahwin ke bujang ke..

    • zantos berkata:

      kalau tak silap saya, kat kawasan jiran ada orang nick a`cik cody nama betul dia Zafnihadi nama gelaran Zakaria, dah kawin ada 2-3 orang anak ada kes dulu kacau bini orang.

    • Doraemon berkata:

      Kawan aku cakap dia selalu pergi jumpa bomoh prmpuan buat pengasih, itu kawan aku cakap la…xtau betul ke tak..Mungkin kawan aku lawak je kot.

      • fahrin berkata:

        mungkin juga tu doremon… mamcmne u kenal dia ni…? buruk betul perangai dia…. cuba cerita sikit…

    • fahrin berkata:

      orang sungai…. u di mane….? bila mau cari dia..? kita cari sama-sama… tak boleh biarkan dia ni…. bg tau segera….

  62. Arni Murad berkata:

    Salam,

    Saya seorg isteri dangan 3 org anak dan telah berumur 33 tahun. Anak-anak kecil lagi, 5, 3 dan 1 thn 8 bln.

    Rumahtangga baru berusia 6thn lebih.
    Selepas kahwin, suami tidakla seperti yg saya kenal sebelum kahwin, dia agak berubah dari yg saya kenal sebelum kahwin. Tapi, itu bkn masalah besar dan rasanya boleh diterima, cuma perlu masa.

    Tetapi sejak dia mencurangi saya, ia sangat melukakan, tapi masih boleh dimaafkan demi anak-anak.

    Satu kejadian yg sampai skrg sukar utk saya terima bila pernah dia mengajuk ibu saya dan memburukan ibu saya, itu sangat melukakan dan sukar dimaafkan.

    Kalau sudah tiada perasaan mcm mana, walaupun telah lama mencuba. Perasaan cinta hilang setelah beberapa perkara berlaku dalam rumahtangga yg sangat melukakan hati saya.

    Walau bagaimanapun, saya cuba untuk memujuk hati dan cuba untuk memperbaiki keadaan.

    Tetapi keadaan tidak seperti dulu, suram dan sunyi.

    • kongcakeman berkata:

      sobab kesakitan ..kelukaan amat nyilu terguris sama sekali di kalbu ati.. dalam naluri ati..terasa di hari hari ..perasaan dtg dan pergi hingga kembali…

  63. Sahra berkata:

    Mantap…

  64. kongcakeman berkata:

    kalo ati dah tawo terpaut pulo pak we baru handsome loaded..agak2 dapek kesenangan hingga kematie..kalo dia mati ..dah gurantee dapek hanuan lak tu..apo lah nak tunggu2 lagie..lak tu dah terlanjur perahu ..tak kan nak gostan..

  65. Ahli Forum A.A.N.S. berkata:

    Cehhh, banyak Mangkuk Al-Hayun la ko, jgn diikut nasihat laknat -umpama syaitan yang mengajak manusia berpecah belah..tak paham bahaso apo…

  66. nur saliena berkata:

    apa pulak hukum isteri meminta cerai kaerana suami ada perempuan lain?dan suami membohogi isteri atas perhubugan dalam diam

    • perogolmalam berkata:

      memang molek..sebab mu tak sanggup menumpeng dosa2 yg akan terjadi…kalau nyata go ahead..sebab ”’malapetaka”’ rumah tangga akan belaku menghantui jiwa raga di hari2 mendatang…seterus nya

  67. perogolmalam berkata:

    let’s go jerr laa..

  68. Anonymous berkata:

    Harap semua yg membaca post-post di sini berdoa untuk keselamatan rumahtangga semua yang menghadapi masalah. Pada yang post hal yg menjurus kepada hal atau memujuk pada benda yg tak elok, bertaubatlah, mahukah anda kalau hal sebegini terjadi pada saudara atau diri anda..? Tuhan maha pembalas akan perbuatan kita..hati-hati takut yg sakit hati doakan yg tak baik pada anda,, sudah lah nick tak mencerminkan org islam, memmujuk pada benda yg tak elok..cukup 40 org doa nanti, makbul pulak, baru anda rasa apa yg diaorg rasa…pintu taubat masih terbuka…

  69. Labu-labi berkata:

    Saya setuju-ngan Anonymous..Ya Allah selamatkanlah mereka yg bermasalah di sini dan berilah mereka jalan keluar yg baik di dunia dan akhirat dan berilah mereka yg berniat jahat dalam forum ini kesusahan yg sama seperti dilalui oleh mereka yg bermasalah …Amin

  70. ,. berkata:

    haram apae..kalo senapang dah berkarat tak boleh nak nenbak…member kedinginan malam…kalo terlalu kuat main pun ..tampa belas eksan..member rase nak membunuh jerr…atau die dah ado perasaan kat yg lain..lebeh menarik..lepas ajerr..kalo asik main ajerr soru missed pun tak guna…kalo laki menduakan die….apa lah salah nye die nak diceraikan

    • anonymous berkata:

      ,. berkata:

      ko bercakap musti dari pengalaman sindri atau keluarga nih…gua tumpang kesian je apa yg dah berlaku kat ko…sabar je

  71. raymond berkata:

    Assalam semua…
    sedih saya setelah membaca kisah2 saudara n saudari semua. perkara yg sama berlaku kepada saya..saya telah berkahwin dengan seorg gadis dari serawak. 3 tahun yg lepas. pada hari ke3 perkahwinan, rombongan sebelah saya hendak pulang ke semenanjung. setelah sarapan pagi saya cakap pada isteri yg kita akan hantar rombongan sblah saya ke airport. tiba2 isteri berkeras tak nak hantar dengan alasan banyak kerja yang dia perlu lakukan dan dia telah mendapatkan kebenaran ibunya. Saya bertanya kepadanya yg dia berkahwin dgn saya dan ini adalah rombongan saya yg terdiri dari ibu saya sendiri. dia tetap berkeras dan tanpa segan silunya terus memintak ceria. bayangkan perasaan hati saya ketika itu.. saya hanya dapat nasihatkan dia akan perbuatannya.

    setelah saya pulang ke sini bersamanya,tibalah masa untuk kenduri sebelah saya. org kampung, kenduri ni kita buat sendiri. tak guna catering. jadi pada mlm sebelum kenduri biasalah, mencuci pinggan,gelas minuman dan sebagainya. setelah selesai kira2 pukul 1 .30 pg.saya pun masuk tido. masuk aje ke bilik, isteri saya terus keluar dari bilik dgn mukanya yg marah. saya pergi memujuknya. kebetulan ketika itu kami betul2 di hadapan bilik ibubapa saya. boleh dia mintak cerai. dan buat pertama kalinya saya menampar belakang bahunya (perlahan je seolah2 mintak tutup mulut). setelah itu, tah beberapa ratus kali la…bertengkar je mintak cerai, bertengkar je mintak cerai. nak balik kampung saya pun mintak cerai. bila memintak cerai ni bukan setakat mulut aje…dgn berlari2 kepada saya, menolak dada saya mcm org nak gaduh, tunding tgn pada saya dan mintak cerai. lama2 saya pun bagi penampar la…kita bertahan, dia mintak2 cerai pula. setahun setgh, kami dikurniakan seorg anak perempuan. saya ingat dah reda. masih juga. pantang kena tegur ke atau permintaan dia tak dipenuhi, dia akan mintak cerai dgn cara yg sama. ada satu malam tahun lalu dlm bulan oct. biasalah bila tido ni…tgn kita pergi sana sini. tup2 satu malam tu saya bangun, tengok2 sebelah saya hanya ada anak. isteri tak ade. saya keluar bilik tgk dia tido di ruang tamu. saya pun tegur dia…napa ni sayang. demam ke? dia bagung je terus maki saya dan menuduh saya menampar mukanya ketika tidor…masyaALLAH. tak apa, saya pegang tgn dia..mintak maaf. tak segaja ler tu…dlm tido..masih juga marah…at the end saya suruh dia tido dlm bilik, saya tido di sofa. tup2 seminggu selepas itu saya lihat di dlm hp dia ada msg dari rakan2 sekerja dia yang menasihati dia supaya tglkan saya 3 hari. biar saya berfikir semula ler…itu la…hmm barula saya tahun kenapa semg ni sikap dia dinggin sgt dgn saya. bila saya bertengkar dgn dia tentang isu ni..berlaku tolak menolak….saya ambik hanger baju (plastik) saya pukul di betis dia sekali. tak kuat, mcm pukul budak2 je. tup2 polis sampai depan rumah. malunya saya..bila saya siasat….rupa2nya rakan ofisnya yg telefon pada pihak polis. setelah kejadian itu, mlm tu juga saya keluar dari rumah dan tak bersama2nya lagi…semalam, kami disahkan bercerai di mahkamah.

    Untuk pengetahuan semua. kami dua2 bekerja, tapi hanya pendapatan saya seorg yng menampung perbelanjaan keluar. sehinggakan tiap2 bulan tak pernah ada duit lebih. itu pun terpaksa saya tak makan tgh hari. kami berkerja dia syarikat yg sama. saya ni seorg yg sgt panas baran. tapi dgn isteri ni, saya setakat tegur, habis tegur habisla…tukar topik.

    sayang. paling saya kasihankan anak. tiap2 kali kami bertengkar, mukanya pucat..takut. lagi satu, kalau tak tahan sgt, saya akan keluar rumah..ambik angin, tapi masalahnya, dia juga akan ikut sama keluar dari rumah. dulu berdua je tak apa la…ni dgn anak. payah buat saya untuk keluar jauhkan diri. saya pernah berkata pada ibu mertua saya, isteri ni bila dah tak takut dgn perkataan cerai, apa lagi rasa takut, hormat pada suami yg ada. dia nak keluar kul sepuluh mlm pun nak buat apa. tegur2 kang mintak cerai lagi. bila saya katakan peristiwa israk mekraj, mak mentua ckp tu pasal suami mcm saya la, isteri byk masuk neraka. isk2…payah2….tah la…dah tak da jodoh. nak buat mcm mana. Moga ALLAH memberikan perlindungan pada anak saya dan memperlihatkan akan kebenarannya. itu je saya mampu berdoa.

    sekian.
    harap menjadi pedoman kepada semua. terutamanya isteri. penat tau kerja. letih2, balik rumah nak kena bertengkar lagi dgn isteri. dah tu setelah anak saya lahir sehingga setahun umurnya, tak lebih dari 5 kali saja kami bersama2. bila saya nak, dia tak nak..tak pe..saya tak marah..tak seronok kalau paksa2 ni. tapi lama2. kita tertekan sebab terlalu bertahan. betul cakap org..membina rumah tangga bahagia tu agak susah kalau tak da persefahaman. tapi cukup senang untuk dimusnahkan.

    • damai berkata:

      stelah mmbaca citer saudara ni .. pd pndapat saya
      isteri saudara ni termkan hasutan org .Spatutnya saudara siasat dlu pkara ini …

      • raymond berkata:

        kawan nya itu..perempuan juga…saya ni di bahagian audit…jadi saya rasa rakan2 kurang berkenan dengan tugas saya seorg auditor. tah la…bagi saya yg menghasut tu..syaitan.. yang terima hasutan org tu buat ape..nak salahkan org lain pun tak boleh juga..salahkan isteri kita dulu..sebab biul gi ikut cakap org.

  72. . berkata:

    mereka nie berani cakap di mulut jerr…dah menjanda menangis galam atie lak…kalo aku bisa kasi talak 3 terus..jadie ..mereka mengerti kedudokan seterus nya..jadie kalo depa berzina zina.. kite dah tak ado ikatan dosa.. ni lak mereka berkesronokan.. dah nak jadie hampeh ..baru nak balik khat kito..

    • raymond berkata:

      aku setuju…tapi tak semua mcm tu..ada jua..wanita di anainya suami…both site….ada yg salah….

      • Rita berkata:

        Salam Raymond,

        Semua orang mempunyai masalah yang hampir serupa. Suami saya pun mempunyai masalah yang hampir sama, tapi dengan isteri pertamanya. Cuma masalahnya isteri pertama tak nak berpisah dan buat macam-macam hal untuk menyusahkan. Sekarang pun belum settle. Lebih teruk lagi, kalau dia nak keluar dengan mana-mana lelaki suami tak boleh tegur. Katanya itu hak dia. Macam mana tu?

        Wassalam.

  73. batrisyia berkata:

    salam,
    bagaimana yer bila seorang isteri itu mempunyai kisah hitam yg maha dasyat seperti mana mempunyai anak haram. dan sebelum berkahwin suami telah mengetahui semua tu tapi masalah mula teruk selepas berkahwin. isteri makin kuat merajuk yang membuatkan suami menyampah dan naik angin.suami pula seorang yang panas baran dan penah berjanji akan berubah.

    tak sampai sebulan perkahwinan isteri tak henti2 buat perkara yang buruk seperti kuat merajuk, menagis pada perkara yang remeh dan satu hari isteri menghilang seketika ketika mereka ingin mengangkat barang rumah @ lebih kurang mengemas rumah dan berjanji yg isteri tunggu sebentar menjaga meja komputer sehingga suami datang tetapi isteri pula teruskan membawa meja komputer terus ke rumah. bila suami sampai, isteri sudah tiada. dicari suami ke merata tempat. rupanya isteri ada di rumah membawa meja tersebut tanpa beritahu suami.

    masuk saja rumah, suami terus memukul isteri sehingga isteri terjatuh ke lantai.dan berakhir dengan suami meminta maaf.

    dan hanya perkara kecil seperti hal baju,isteri menangis lagi. suami telah mengugut untuk memukul isteri lagi.malahan menghina isteri bodoh, babi, bangsat dan macam. sebelum ni juga bukan lah sekali dua dia menghina isteri dengan perkataan bodoh tapi isteri sedar dia terlampau bodoh.
    malahan dia bergantung sepenuhnya pada suami untuk mendapat kasih sayang.

    anak haram isteri dijaga ibu bapa isteri.isteri setiap malam merindui anak yang tak bersalah tu.

    Pertanyaan saya, apakah hukumnya suami memukul isteri walaupun isteri bersalah? mampukah si anak tak berjumpa ibunya slama 2minggu dlm usia yg bakal genap 4 tahun?ikhlas kah suami menerima isteri nya?suami mengatakan yang isteri xseperti sebelum berkahwin.seperti isteri menipu kerana sebelum berkahwin rajuk isteri tak seteruk selepas kahwin.

    Pening suami melayan kerenah isteri yang bodoh. bila tak tertahan, tu yang suami sangup memukul.

    apa yang patut isteri lakukan?ketika dipukul isteri masi berdoa yang terbaik wat suami..

    • kalu isteri minta cerai berkata:

      perilakuan yg telah terjadi tak perlu di kenangkan..bior bengkak dalam atie..kalo idak seolah2 jadi macei damansara-petronas klcc..untok mengelakan masing tarik diri kalo dah betul2 tak dapat dibaluti..

      kalo gie mengadu khet MS malasie nie hanya publiciti ajarr…sedangkan perhukuman islam sebati pun demo tak dapat nak kotai..di negara islei ini,perzinaan hanya dihukumkan secara duniawi..sedangkan mereka mengaji tinggi2..berkata berapi api..hukuman itu ini…tapi tak berani bikin..cuma menjaga nok nama periok nasi.

  74. perogolmalam berkata:

    itu lah bilo nok pilih teman sampei kemati..jagei makn buah kana terlebeh dulu..kemudian dah terpaksa kawein..

    jangei cari dalei keadaei terdesak untok melepas nafsu jorr..

    nak lak mak we tu dah ado yg minati

    mungkin bilo dah bersatu ..dalei 1-5 tahun okey tapie lopas tu lamo kelamoan bermasaalah sentiase ajerr timbul dan pergie..dlam keadaean bersandirawara kawin doh terpakso nie

    tapie kalo dio nok selalu kasi tigo 3 terus..supayo kito sonang di atie tak perlu terpinga2 lage nak cari apekebenda yg original lagie..kee ke ke maaf daku key

    kalo mseh serumah lagie macei2 keharuan di hati laksano duri menusok di atie …sentiase terjadie..menambah dosa bilo dah matie

  75. Qurina berkata:

    Iskkkk macam-macam ye kes rumahtangga nih…..but kisah-kisah ni menarik minat saya membaca dari mula hingga akhir…banyak kisah dan pengajaran yang boleh di renungkan…Semoga kita mencuba seboleh-bolehnya menjadi Isteri/Suami yang lebih baik lagi..
    yang suami doakan isteri dan isteri doakan suami moga-moga bahagian ke akhir hayat…jadikan Al-Quran dan Sunnah Nabi sebagai pendoman…Insyallah selamat dunia akhirat….sesungguhnya penceraian berlaku kerana hasutan syaitan …

  76. ibu muda berkata:

    masalah saya pelik jugak.. saya berkahwin 2 tahun je..pastu cerai.. itupon disebabkan keluarga saya dah tak tahan dgn perangan x-hubby saya.. saya separuh hati masa failkan penceraian.. last cerai jugak.. dah 5 bulan kami cerai.. kami ada perancangan nak nikah semula.. tapi bapak saya tak nak jadi wali…. tergantung masalah saya ni…

    • anik berkata:

      aku kagwien nok lepas nafsu jerr..tak kawin azab sangaet bendo dok tunjok langiet ajorr…nok maein yg haram takut masa matie lah..

  77. Qurina berkata:

    ibu muda.bagi la peluang ke2 kepada suami awak tu mana tau dia berubah kan…moga menjadi pengajaran bagi dia dan berubah menjadi seorang suami yang lebih baik lagi …lagipun penceraian tersebut bukan kerelaan anda kan.
    Pasal ayah awak tak nak jadi waki cuba berbincang ajak ex-suami awak sekali…insyaallah mana tahu ayah awak berubah hati..

  78. kak sue berkata:

    assalamualaikum

    Kepada saudara-saudara seagamaku, diharap kalian semua dapat memberi pandangan serta nasihat yang terbaik untuk saya yg sedang di dalam dilemma ini. Untuk pengetahuan semua, saya ialah ibu tunggal anak 4, setelah 6 tahun hidup menjanda dan setelah saya serahkan jodoh saya ditangan Allah, ditakdirkan saya telah dipertemukan dengan seorang lelaki bergelar suami orang yang sangat menyintai saya.Mulanya saya menolak dengan baik kerana saya paham perasaan isterinya yang amat terluka jika dia tahu suaminya menyintai seorang wanita lain kerana perkahwinan saya hancur disebabkan oleh orang yang ketiga juga. Tetapi bezanya suaminya dan bekas suami saya ialah..suaminya telah menyatakan secara jujur kepada isterinya yang dia dan saya saling menyintai dan jika di izinkan Tuhan, dia ingin mengambil saya sebagai isterinya yang kedua. Akan tetapi, isteri mana yang sanggup berkongsi kasih bersama wanita lain..dan sekarang ini, pelbagai cara telah isterinya lakukan sedaya upaya untuk mengelak dari dimadukan. Bila ditanya kenapa..jawapannya mudah…tidak sanggup berkongsi kasih.Pada saya, dia sangat bertuah dan beruntung diberikan seorang suami yang sangat penyayang,bertanggungjawab dan tidak pernah membelakangi isteri dalam apa jua perkara. perkahwinan mereka selama 15 tahun amat bahagia bersama 3 cahaya mata. Akan tetapi, suaminya amat berharap kebahagian yang mereka kecapi selama ini dapat dikongsikan bersama dengan kehadiran saya dan anak2 saya di dalam keluarga mereka. perkara inilah yang dinyatakan oleh suaminya kepadanya. Tetapi yang menjadi keadaan didalam dilemma antara kami berdua untuk melangsungkan penikahan ialah isterinya masih tidak dapat menerima kehadiran saya dan perkara ini telah menyebabkan perhubungan mereka sebagai suami isteri kenkdg bergolak. Bahagiakan suaminya sekarang?suaminya juga ingin merasai kebahagian hidup bersama saya juga dan dia yakin dapat membahagiakan semua orang. Dia juga mampu dari segi kewangan.Baru2 ni, isterinya telah mengugut agar dia dilepaskan jika suaminya teruskan juga niat untuk menikahi saya. Wajarkah dia meminta cerai hanya kerana tidak sanggup berkongsi kasih walaupun dia tahu suaminya mampu untuk membahagiakan kami semua?dan dia selama ini tidak pernah diabaikan oleh suaminya sama ada dari segi wang ringgit dan kebahagian jiwanya.Dan apakah saya tidak layak untuk mendapatkan kebahagian dunia yang sementara ini dari suaminya?

  79. kawinsiam..aku misti pilih elakan ZINA berkata:

    itu lah pompuan inie sifat kegoan dah terpahat dalam hati,walau ilmu ugama meninggi, apa lah salah nya nabi pun ‘berkeadan’ 12.. kalo saorang menimpa..dalam musibah seorang lagie dapek ‘meredakan’ keadaan.Kawin ajorr senyap2 kalu dah suka sama suka, untok menghidari ..kelanjuran..zina..yg membinasa kan diri..call 0195294949 arrangements…Nikah Siam…web blog 4 details ( kawan aku pun gitiu..kalo khet MS malasie banyak taik kucing..nok isi beberapa muka surat borang..no gurantee lulus nok tapis dulu..kepala bapak de orang.. isteri dia gie ambik..last2 nafsu naik dia…tala jer..kemudian kawin)…orang yg nak kawin secara sah..melepaskan diri dari hukum zina…tetapi di halang dengan hukum duniawi manusia iti sendiri..kalo gaji tinggi melambung..hutang tak nampak sekelling pinggang..di mato demo approve.. layak ?) tapie kawan ambo nie ambo bawa dan langsungkan..alhamdullilah terlepas dari perbuatan terkutuk..skrg ni kedua dua isteri okey jerr…mula mula memang lah sebagitiu…

  80. damai berkata:

    kak sue ..
    berkahwin lebih dari seorg ni hak lelaki .. x payah la nak serabutkan pikiran utk memikirkan pasal bininya .Apa yg kak sue harus buat sekarang berserah la pd tuhan .. lakukan la solat2 sunat utk kekuatan diri .Klau ada jodoh di permudahkan jalan utk bersama .Biarlah bakal suami yg menguruskan hal bininya …

  81. alip berkata:

    saya nak tanya, ada tak jalan selain cina buta untuk saya dan isteri bersatu selepas kami bercerai talak 3.

  82. suami_82 berkata:

    Saya juga ingin berkongsi masalah yang sedang saya tempuhi, kami berkahwin sekitar tahun 2009 dan bercerai tidak sampai 6 bulan selepas itu, kami kembali rujuk dan masalah yang sama terjadi.

    Isteri saya tidak menyukai orang yang merokok dan saya adalah merupakan perokok tegar..saya cuba untuk berhenti tapi masih tidak dapat berhenti sepenuhnya..isteri saya seorang yang sangat panas baran dan setiap masa memprovokasi diri saya untuk berpisah. Berbagai cara telah dilakukannya, mengunci pintu rumah dari menghalang saya masuk dan sudah menjadi kebiasaan untuknya mengunci pintu bilik tidur .Tidur di atas sofa tidak lagi asing pada saya malah sudah pernah tidur di dalam kereta..isteri saya kini mengandungkan anak sulung saya ..Saya perasan dia sentiasa cuba memburukkan diri saya di hadapan kedua mertua saya dan adik beradiknya melalui tindakan contohnya sengaja bermasam muka dengan saya di hadapan mereka walaupun saya sendiri tak tahu apa salah saya, malah ketika kedua mertua saya hadir di ibu kota, dia tidak pernah mengajak saya bersama untuk melawat mereka mahupun memberitahu saya tentang kehadiran mereka. Sebaliknya hanya memberitahu saya melalui sms yang ibu bapanya bimbangkan dirinya yang masih drive walaupun sarat mengandung..bagaimana untuk saya tahu dan terlibat jika dia sendiri keluar rumah tanpa bercakap sepatah apa pun ..Saya menyayangi kedua mertua saya seperti ibu bapa saya sendiri. Bapa mertua saya menghidap darah tinggi dan sebolehnya saya tidak ingin mengadu kerana walaupun dia pernah memarahi saya kerana salah faham satu ketika dahulu, saya sentiasa menganggapnya tak ubah seperti bapa saya dan saya sangat menyayanginya.

    Isteri saya sangat biadap dan kurang ajar..dialah orangnya yang sengaja menaikkan kemarahan saya dengan mengamuk dan mengajar saya melafazkan talak cerai malah bertindak keluar rumah dan pulang balik ke rumah dengan soalan “ini bukan nusyuz ke? cepatla ceraikan aku!”. Malah dia sering membandingkan saya dengan rakan-rakan sepejabat lelakinya malah dia sendiri mengakui lebih hormatkan kawan lelakinya yang berzina, minum arak dan terlibat dalam dadah kerana berjaya berhenti merokok. Saya sebagai suami sebolehnya ingin menjaga kerukunan rumah tangga kami tapi hati mana yang tidak kedu mendengarnya.

    Isteri saya sentiasa keluar malam malah tidak pernah pula dia memberitahu tujuannya atau mendapatkan keizinan saya. Dia pernah memarahi saya kerana katanya saya sentiasa mengganggu dirinya dengan sentiasa call dan dia merasa rimas. Dia juga sentiasa menghantar peasanan sms dengan niat untuk saya menceraikannya walaupun tidak dengan jelas tapi maksudnya saya faham. Makan minum saya sememangnya tidak pernah terjaga tapi saya tak kisah dengan semua itu. Saya cuma berharap dia sedar dengan kesalahnnya tapi tak pernah berlaku walupun sekali mahupun sekadar meminta maaf.

    Saya pernah bekerja makan gaji di bank tempatan dan beberapa syarikat tapi terpaksa berhenti kerana tidak mungkin untuk saya dapat memberi tumpuan terhadap kerjaya saya dengan sikapnya yang suka mengamuk, memberontak dan pernah satu ketika dahulu hampir setiap hari dia menggugut untuk membunuh diri. Saya akhirnya ditawarkan bekerja oleh kawan saya yang mengusahakan syarikat bersaiz sederhana sebagai consultant walaupun gajinya tak sampai satu perlima gaji saya dahulu. Saya tak kisah dengan semua itu asalkan saya mendapat kebebasan bekerja dan pada masa yang sama jika berlaku sesuatu di rumah saya boleh terus pulang untuk menanganinya .Malah, dia pernah menelan pil tahan sakit dengan jumlah yang sangat banyak pada satu ketika dahulu kerana terlalu bencikan saya dan hubungan kami. Ini semua menyebabkan saya hilang arah dan sangat takut.. Saya telah menceraikannya dengan talak satu pada kali pertama dengan pelbagai masalah dihadapi ditambah pula dengan sikapnya yang asyik meminta diceraikan tetapi dia kembali mencari saya dan menggugut untuk membunuh diri jika saya tidak rujuk kembali padanya. Katanya dia sudah sedar semua kesalahannya dan berjanji tidak mengulanginya lagi malah dia juga memberitahu dia sudah boleh menerima orang yang merokok.

    Kerana masih ada sayang dan percaya dia telah berubah saya kembali bersama dengannya.. tapi selepas beberapa bulan dia kembali menjadi seperti dahulu malah makin melampau..sikap panas barannya semakin sukar dikawal dan semakin menjadi-jadi. Setiap hari saya disogok dengan permintaannnya untuk berpisah dan pengakuan dirinya yang menyesal bersama saya, dirinya tertekan dan langsung tidak mengenal bahagia. Tidak cukup dengan sms , dia bertindak menulis nota di dalam komputer peribadi saya dengan luahan hatinya yang ingin berpisah, bencikan diri saya dan tidak ingin anak saya berbinkan saya..Saya hampir gila dibuatnya.Saya cuba memberikan seluas ruang kepadanya tetapi masih berlaku perkara yang sama. Malah, sering kali juga pinggan mangkuk, periuk yang berisi lauk pauk dibuangnya begitu sahaja di dalam tong sampah ketika saya ingin makan. Saya cuba untuk bersabar dengan sebaiknya contohnya keluar untuk menenangkan fikiran tetapi apibila pulang dia akan mengunci pintu rumah dengan mangga besar yang mana kuncinya tidak saya miliki. Sebelum ini, keluarga saya menentang keras keinginan saya untuk rujuk dengannya tapi saya tetap berkeras, mungkin inilah balasan saya.

    Banyak lagi perkara yang dilakukan olehnya kepada saya tapi tak sanggup saya untuk bercerita kerana biarlah Allah sahaja yang mengetahuinya. Saya tidak berniat untuk membuka aib sesiapa tapi kerana saya ini masih muda dan saya juga tidak lagi selesa untuk bercerita masalah rumah tangga saya kepada ibu bapa saya yang sudah tua, diharap adalah insan yang sudi memberi nasihat kepada saya. Saya cuma banyak memikirkan kandungan isteri saya dan kebajikan anak yang dikandungnya.

    Sebolehnya saya ingin menyediakan suasana kehidupan yang baik kepada anak saya.. Saya sanggup hidup susah asalkan anak saya berpeluang mengecapi hidup bahagia dan tidak membesar dalam keluarga pincang.

    Saya juga bukanlah suami yang sempurna tetapi tidaklah sampai memukulnya dan menghinanya. Saya sentiasa menasihatinya tapi hanya dijawab denga perkataan ‘biarlah’.Saya sering berdoa selepas solat supaya diberikan hidayah kepada kami untuk terus bertahan tetapi realistiknya, saya sendiri sudah terlalu hampir putus asa. Adakah saya ini terlalu kejam hingga sanggup berfikir untuk berpisah ?

  83. suami2011 berkata:

    Bagaimana hukumnya seorang istri meminta cerai krpada suaminya dengan alasan belum mendapatkan hidup yang layak..? sementara kebutuhan sehari-haei masih dibilang cukup…

  84. Nurul berkata:

    Salam ,

    Apakah hukumnya jika suami berasa jijik melihat isteri sendiri dan sentiasa kata bahawa isteri tidak cantik.

    Apakah hukumnya jika suami tidak mahu bersama isteri di bilik tidur?

  85. yna contesa berkata:

    masalah saya adalah..suami yang tidak jujur..suami saya menipu saya ..duit kereta yang saya bg setiap bulan digunakan untuk berjudi..semalam surat dari lawyer datang menyatakan akan membatalkan agriment ..rupa2nya 4 bulan kereta tidak berbayar..sy rasa sgt dikhianati..walahal dia tau ekonomi keluarga tidak berapa stabil dia guna kan duit sya kearah judi..sy sgt marah sesekali terlintas dihati ingin dilepaskan kerana sudah tidak sanggup dibebani dgn pelbagai masalah dari pihak suami..saya rasa sangat tertekan..suami saya juga pernah curang pada saya..kepercayaan sy hilang sama sekali terhadap dia.

  86. kalau isteri minta cerai sebab berbalah dengan ahli keluarga serta ibu sebelah suami walaupun keluarga dan ibu suami tidak tinggal sebumbung, adakah di bolehkan oleh syarak

  87. Suami Stress berkata:

    Ini masalah saya:
    1. Isteri selalu minta saya send sms inform update apa saya tgh buat, wah hal dia tau saya ada di office tiap hari.
    2. Minta balik cepat on the dot…kalau lambat sikit dia akan bad mood
    3. Semua keputusan harus dia yang putuskan..kena ikut cara dia!
    4. Mlm saya yg berjaga buatkan susu anak…

    alasanya:
    1. Dia nak tau apa saya buat bila di pejabat…pegi lunch dimana, dengan sapa etc..mesti update tiap hari
    2. Dia balik awal coz koje gov…and penat nak jaga anak..
    3. Dia kata dia lagi bijak…
    4. Penat katanye…

    apa yang bagusnya isteri saya…
    1. Pandai memasak…dan deco rumah (time ada mood..kadang2 je)
    2. Pandai uruskan hal pembayaran eletric..ect
    3. Kreatif
    4. Koje jadik pensyarah…selalu saya dengar syarahanye, walaupun tau tak semunye betul…(ambik hati dengo je)

    masalah utama:
    1. Selalu minta cerai!
    2. Tak suka balik kg saya
    3. Lebihkan keluarga dia aje
    4. Perangai sebijik mak mertua saya…

    Selalu minta cerai coz saya tk dpt sediakan duit yg cukup…keta saya byr…nursery anak saya byr gak…loan dia saya gak..so gaji dah tinggal beberapa sen je… Isteri saya lak cover, susu dan lampin n bill letrik/astro. Selalu compare kwn2 dia husband diaorg, belikan mcm2…

    Tolong..tension!

    • Pengembara Sufi berkata:

      As Salam Suami sakit hati & suami Stress..

      Sebenarnya masalah kalian adalah disebabkan isteri kalian tidak faham islam yg sebenar. Apakah tuntutan dalam Agama Islam? Untuk apa kita dicipta? Apakah cita-cita akhir kita? Syurga atau neraka? Ajar mereka tentang islam, ttg tanggungjawab isteri. Belikan dia buku atau pergi sama2 ke masjid atau surau yang ada majlis pengajian. Biar sama2 faham, tanggungjawab masing2. Hidup kita adalah ujian. Allah nak lihat, dikalangan hambanya siapakah yg paling bertakwa & baik amalannya. Isteri perlu tahu apakah balasan baik jika dia berbakti pd suaminya, dan balasan azab jika menderhaka atau menyakiti suami. Bila dia tahu baru akan timbul insaf, takut nak buat dosa dan berlumba2 mencari pahala.

      Yang senang beli CD ceramah yg berkaitan dgn rumahtangga- saya syorkan cari CD Ustaz Kazim, ada dijual di kedai buku2 agama. CD beliau sangat santai dan ceria, mudah untuk faham. Siapa yg mendengar pasti akan dengar berkali-kali dan nak belajar lebih banyak lagi. Pasangkan ketika bersama di dalam kereta ataupun di dalam bilik. Yang elok beli CD ceramah yg berkaitan dgn topik2 lain terlebih dahulu.. kemudian selitkan CD yg berkaitan dgn rumahtangga. Insya Allah Rahmat akan turun kepada suami isteri. Suami kena doakan semoga hidayah Allah turun kepadanya dgn memahami Islam. Bila masing2 dah faham apa tuntutan dalam Islam esp dlm rumahtangga, Insya Allah, anda akan dapat kebahagian didunia & diakirat.

      Amalan utk suami:
      1) Baca Al-Quran setiap hari
      2) Berzikir setiap hari – Amalan zikir Rasullullah.
      3) Solat Tahjud – Di tengah malam
      – Amalan ini jika dibuat berterusan akan mendatangkan kekuatan zahir & batin, Akan menjadi ketua Keluarga yg dihormati- mendatangkan gerun/patuh/tunduk oleh isteri pada suami.

      Amalan utk lembutkan hati isteri yg pemarah/keras hati/ bossy/tak dengar kata:
      Amalan 1
      1) Baca Al-Fatihah 7x
      2) Selawat 7x
      3) Surah Al-A’raff ayat 154 m/s 169: Walamma sakata musal ghatob.. hingga akhir ayat – 7x
      (niat supaya hatinya lembut & jadi akhlak, peribadi seperti Rasullullah @ niat2 yg lain.) – Baca n tiup pada air/makanan/umbun2 ketika dia tidur – Insya Allah.

      Amalan 2
      1) Baca Ayat 19 : surah Asy-syura m/s485 – Baca 19x
      Baca n tiup pada air/makanan/umbun2 ketika dia tidur – Insya Allah.

      Dari Abu Abdullah bin ‘Amr Radhiyallahu ‘Anhuma bahawa Rasulullh Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda, “Dunia ini adalah perhiasan/kesenangan dan sebaik-baik perhiasan/kesenangan dunia adalah wanita solehah.” [HR. Muslim: 3649, Nasai, Ibnu Majah, dan Ahmad]

  88. aku seorg is3 berkata:

    suami stress…
    kesian nyer awak..is3 awak banyak ciri2 yg kurang baik dari yang baik..didik laa dia supaya bersyukur..redha dgn ketentuan dan jodoh dari Allah..
    saya pun berbelanja lebih dari suami..rumah..kreta..blanja sekolah..jln & mkn2 di luar..namun saya ikhlas dan redha kerana Allah..Alhamdulillah rezeki semakin bertambah..is3 jgn lah terlalu berkira bila berbelanja kerana besar pahala nya yg kita dapat nanti..

  89. suami sakit hati berkata:

    Saya pun serupa dgn si suami stress tu!!

    Ini masalahnya:
    1. Isteri selalu kawal pergerakan saya, tp tu tak stress sgt sebab sy bukan kaki ngeteh atau futsal atau lepak mlm2 dgn member
    2. Minta balik on the dot, walaupun sy terlalu bz di ofis, nak tak nak kena balik ontime. Kalau lambat habis dia akan bad mood & sy kena sound.
    3. keputusan dia akan tanya sy (cukup syarat je) tapi at last semua akan dia putuskan.
    4. Isteri kuat tidur, bangun pun lambat. Saya yang bersengkang mata buat susu anak, jaga anak dan isteri hanya tido!!! Alasan pun sama, dia balik awal (keje gomen) so dia penat n xdpt jaga anak.
    5. Saya tak boleh overtime kerja, xboleh siapkan kerja dirumah, kalau tidak, saya akan dimarah. (padahal dia boleh overnight smpai 3-4 pagi buat kerja dia)
    6. Dia hanya lebihkan keluarga dia berbanding keluarga saya
    7. Dia langsung tidak boleh menerima nasihat
    8. Asik membandingkan saya dengan xboyfriendnya
    9. Asal begaduh, mesti kontek xbf nya tuh
    10. Masuk kali ni, dah 260 kali dia mintak cerai
    11. Tak suka balik kg saya, mesti ada mcm2 alasan.

    Saya tak sangka, saya masih bersama dia, walaupun skang ni sangat2 stress, tertekan & nak keluar dari masalah ni. kadang2 alasan minta cerai mmg sngt mengarut. kalau kata duit tak cukup, tak mungkin. memang ada benda yg sama2 kongsi bayar. tapi ikutkan apa yg dia dapat lagi mewah dari orang lain dapat.

    Ya Allah, tensionnya..

    • Pengembara Sufi berkata:

      As Salam Suami sakit hati & suami Stress..

      Sebenarnya masalah kalian adalah disebabkan isteri kalian tidak faham islam yg sebenar. Apakah tuntutan dalam Agama Islam? Untuk apa kita dicipta? Apakah cita-cita akhir kita? Syurga atau neraka? Ajar mereka tentang islam, ttg tanggungjawab isteri. Belikan dia buku atau pergi sama2 ke masjid atau surau yang ada majlis pengajian. Biar sama2 faham, tanggungjawab masing2. Hidup kita adalah ujian. Allah nak lihat, dikalangan hambanya siapakah yg paling bertakwa & baik amalannya. Isteri perlu tahu apakah balasan baik jika dia berbakti pd suaminya, dan balasan azab jika menderhaka atau menyakiti suami. Bila dia tahu baru akan timbul insaf, takut nak buat dosa dan berlumba2 mencari pahala.

      Yang senang beli CD ceramah yg berkaitan dgn rumahtangga- saya syorkan cari CD Ustaz Kazim, ada dijual di kedai buku2 agama. CD beliau sangat santai dan ceria, mudah untuk faham. Siapa yg mendengar pasti akan dengar berkali-kali dan nak belajar lebih banyak lagi. Pasangkan ketika bersama di dalam kereta ataupun di dalam bilik. Yang elok beli CD ceramah yg berkaitan dgn topik2 lain terlebih dahulu.. kemudian selitkan CD yg berkaitan dgn rumahtangga. Insya Allah Rahmat akan turun kepada suami isteri. Suami kena doakan semoga hidayah Allah turun kepadanya dgn memahami Islam. Bila masing2 dah faham apa tuntutan dalam Islam esp dlm rumahtangga, Insya Allah, anda akan dapat kebahagian didunia & diakirat.

      Amalan utk suami:
      1) Baca Al-Quran setiap hari
      2) Berzikir setiap hari – Amalan zikir Rasullullah.
      3) Solat Tahjud – Di tengah malam
      – Amalan ini jika dibuat berterusan akan mendatangkan kekuatan zahir & batin, Akan menjadi ketua Keluarga yg dihormati- mendatangkan gerun/patuh/tunduk oleh isteri pada suami.

      Amalan utk lembutkan hati isteri yg pemarah/keras hati/ bossy/tak dengar kata:
      Amalan 1
      1) Baca Al-Fatihah 7x
      2) Selawat 7x
      3) Surah Al-A’raff ayat 154 m/s 169: Walamma sakata musal ghatob.. hingga akhir ayat – 7x
      (niat supaya hatinya lembut & jadi akhlak, peribadi seperti Rasullullah @ niat2 yg lain.) – Baca n tiup pada air/makanan/umbun2 ketika dia tidur – Insya Allah.

      Amalan 2
      1) Baca Ayat 19 : surah Asy-syura m/s485 – Baca 19x
      Baca n tiup pada air/makanan/umbun2 ketika dia tidur – Insya Allah.

      Dari Abu Abdullah bin ‘Amr Radhiyallahu ‘Anhuma bahawa Rasulullh Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda, “Dunia ini adalah perhiasan/kesenangan dan sebaik-baik perhiasan/kesenangan dunia adalah wanita solehah.” [HR. Muslim: 3649, Nasai, Ibnu Majah, dan Ahmad]

  90. effe berkata:

    Bleh ke berdoa agar suami menceraikan bini la satu n berdoa agar bini yg akan diceraikan brjumpa jodoh lain yg bgus dr suami. Aku benci poligami sb buat aku jd jahat. Poligami hnya meyusahkan. X nampak lgsung kebaikan. Aku mmg benci amat

  91. jofri berkata:

    salam,saya nak tanya isteri saya nak minta cerai dsbabkadan saya ada teman wanita sedangkan tanggungjawab rumah tanga saya tidak ada masalah.ada kh saya patut lepas kan atau tidak?apa hukum sorang isteri minta cerai dan adakah ia masuk syurga atau tidak slepas di ceraikn?

  92. Isterilurus berkata:

    Bagaimana pula isteri minta cerai pd suami yg sudah tidak memberi nafkah zahir & batin, managih dadah kronik & tegar & berzina dgn perempuan lain? Nusyuzkah isteri yg keluar rumah tanpa kebenaran suami yg sedang tidak waras disebabkn drug overdose & berkemungkinan ganas?

  93. hendrik marley berkata:

    Trima kasih….wasalam.we.wb…

  94. bertemu dijabal rahmah berkata:

    Bolehkah isteri mintak cerai pd suami yg kaki pompuan..ni bukan satu pompuan yg die nak kahwen tp ramai pompuan yg die try..(sila phm maksud saya).. Kdg2 saya rase jijik utk bersama suami, kerana takut kene std..apekah harus mtk cerai?tp saya taknak malukan suami..

  95. aida berkata:

    sya pun bermasalah mcm di atas .
    1- suami slalu naik tangan..samoai lebam2,patah tangan dan sampai saya repot polis.
    2- saya nikah tahun 2011, tapi dia bergaji baru 6 X.. SETAHUN MENGANNGGUR 7 ke 8 bulan ,bila da penat menganggur baru nak kerja…semua perbelanjaan rumah sy yang tanggung
    3-slalu menipu sya .pernah curi kad ATM sy…sy dah hilang kepercayaan kat dia.
    4- bila malas nak kerja nnati dia akan suruh saya mesej kat bos ckp mak dia sakit kuat la,abah sakit kuat la…anak demam panas la,isteri tk sihat la.. mcm2 alasan.
    5-selalu maki hamun saya tak kira tempat…pernah kat tempat awam pun dia malukan sya ..
    6-hidup sya kt rumah kurang komunikasi sebab suami lebih suka tengok tv,ngadap i tab,ngadap psp…
    7-suami saya tak suka kat anak saya .bahasa dia untuk anak sy ” org tu “…denagn anak saya pun tiada komunikasi..

    perlukah saya teruskan hidup bersama suami lagi …saya ingin kebahagiaan bukan penderitaan ..

  96. […] Haram isteri minta cerai | dunia perkahwinan – asam garam […]

  97. sasha peach xii merah berkata:

    saya nak minta pendapat…kalau si isteri berada di rumah orang tua nya..lepas tu si suami datang..untuk mengajak isteri nya pulang.. kemudian si isteri berkata yang dia akan pulang juga petang itu..tapi si suami mendesak..sehingga la jadi pertengkaran..sehingga keluarga si isteri ikut dalam pertengkaran itu… kemudian si isteri meminta cerai hanya kerna si suami mendesak dia pulang…si suami tidak ingin menceraikan isteri nya…lalu si isteri buat keputusan untuk lari dari suami nya…apa kah hukum nya…???

  98. mira berkata:

    Assalamualaikum. ..ustaz..saya berkahwin selama 5thn dan mempunyai 2org anak lelaki dan perempuan. ..saya seorang yg bekerjaya. Masalah yg sering berlaku adalah ketidaksefahaman antr saya dan suami..selain itu, suami jg tdk menjalankan kewajipan sbg umat islam..bila diingatkan saya dimarahi dan ditengking..Pertelingkahan berlaku byk disebabkan saya yg kerap mengingatkan suami spy solat..dan skrg saya semakin tawar hati dgn suami yang sering berkelakuan kasar serta baran..berdosakah saya minta dilepaskan sbb saya sudah tdk sggup utk bersama suami lg..apakah yang harus sy lakukan?utk pengetahuan ustaz saya sekarang mengalami depression yg membuatkan sy jd cepat marah pd anak2..kadang2 saya menangis dan menjerit sendirian.saya Takut saya gila sebab saya tak tahu pada siapa saya boleh suarakan masalah dan mencari jawapan.mohon jawapan.trm kasih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 350 other followers

%d bloggers like this: