Masalah obesiti di kalangan kanak-kanak semakin serius

MASALAH obesiti atau kegemukan di kalangan kanak-kanak semakin serius apabila dianggarkan 40 peratus berlaku berikutan gaya hidup ibu bapa yang gemar membawa keluarga makan di luar terutama pada waktu malam.

Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA), Prof Dr Zulkifli Ismail, berkata masalah itu lebih ketara terutama di kawasan Pantai Barat seperti di Lembah Klang yang sudah menjadi kebiasaan dengan cara hidup sedemikian.

“Gaya hidup yang lebih kepada bersenang-lenang seperti bermain komputer, menonton, bermain video, penurunan aktiviti fizikal dan peningkatan pengambilan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi juga menyumbang kepada obesiti,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Kongres Saintifik Tahunan MPA, di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Kongres berkenaan dilancarkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan, Hal-Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri, Toh Chin Yaw dan Ketua Jabatan Pediatrik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Datuk Dr Jimmy Lee Kok Foo.

Prof Zulkifli berkata, kanak-kanak yang mengalami obesiti biasanya membesar sebagai orang dewasa yang gemuk dan terdedah kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya seperti darah tinggi, kencing manis, masalah jantung serta barah.

Katanya, walaupun tiada kajian menyeluruh dilakukan, berdasarkan kepada gaya hidup yang diamalkan masyarakat kini, ia menyumbang kepada peningkatan kadar obesiti kanak-kanak.

Mengikut data rasmi Kementerian Kesihatan, kadar obesiti kanak-kanak negara ini adalah 15 peratus, tetapi jumlah itu dipercayai lebih tinggi sekarang terutama di Kuala Lumpur dan Selangor yang mencecah antara 30 hingga 40 peratus.

“Masalah itu perlu diberi perhatian serius kerana berat badan yang berlebihan boleh membawa risiko kesihatan berpanjangan. Obesiti pada kanak-kanak tidak boleh dipandang mudah dan apa yang boleh dilakukan ialah dengan mengubah kepada gaya hidup yang lebih selamat,” katanya.

Sementara itu, Idris berkata, Terengganu mencatatkan kadar kematian bayi baru lahir tertinggi di negara ini iaitu 6.8 kes bagi setiap 1,000 kelahiran.

Katanya, kekurangan perkhidmatan pediatrik di hospital dan pusat kesihatan di negeri itu menyebabkan kadar kematian bayi baru lahir di Terengganu tinggi.

Beliau berkata, ketika ini ada lima pakar, 20 doktor dan 160 jururawat pediatrik di HSNZ dan jumlah itu tidak mencukupi berbanding 400,000 kanak-kanak daripada sejuta populasi penduduk di Terengganu.

37 thoughts on “Masalah obesiti di kalangan kanak-kanak semakin serius

  1. Hi,

    Saya tertarik dengan topik obesiti kanak-kanak. Saya ingin menjadikan topik ini sebagai soalan tesis PhD saya. Saya nak mintak jasa baik tuan/puan pengarang sekiranya ada statistik obesiti kanak-kanak atau jurnal/research paper, sila e-mail kat saya.

    Terima kasih

    adam

  2. hi
    saya tertarik dengan topik ini.saya salah seorang yang mengambil topik ini sebagai research saya.saya juga mengharapkan jasa baik tuan/puan /cik pengarang supaya menghantar statistik mengenai topik ini.Saya amat memerlukannya bagi menyiapkan research paper saya.jika tuan pengarang mempunyai statistik dalam negara dan luar negara adalah lebih baik.
    terima kasih

    atiey

  3. hyee…
    saya jga berminat dengan ttopik ini,saya juga mengambil topik ini sbgai tesis sya dan saya amat memerlukan jurnal,tajuk-tajuk buku,statistik dan maklumat yang lebih mengenai topik ini sekian dan terima kasih..yuyu

    • Sy skrg tgh wat master edu. Kalau ade aper2 jurnal@artikel kajian spesifik obesiti blehler fwdkan kat emel tu td. Tima kasih byk2 sbb tlg

      • salam…saya sedang run topic ini untuk tesis master saya…sesiapa yg ade mklumat tlng email kpd saya..tq

  4. aiii…
    sy juga berminat dgn topik ini,saya juga mengambil topik ini sbg tjuk utama assigment sy dan saya amat memerlukan jurnal,tajuk-tajuk buku,statistik dan maklumat yang lebih mengenai topik ini sekian dan terima kasih

  5. hi,
    terima kasih kerana siarkan topik ni di internet kerana saya mmg memilih tajuk ini sebagai tajuk kajian saya untuk projek final year..boleh tlg forward jurnal2 dan artikel tentang obesiti di kalangan kanak2 di malaysia.
    tenkiu!!

  6. salam….boleh kiranya berkongsi data masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak…Saya student UKM. terima kasih

  7. hi
    ..boleh tlg forward jurnal2 dan artikel tentang obesiti di kalangan kanak2 di malaysia.Saya tgh wat assignment..kalau boleh hendak statistik di malaysia skali

  8. cont..kalu bole statistik obesiti dikalanagan kanak2 dalam negara dan luar negara adalah lebih baik.
    terima kasih

    • hi.
      Saya perlukan statistik obesity di kalangan kanak-kanak di malaysia yang terkini. Elok juga jika disertakan dengan jornal/ artikel yang berkenaan untuk research saya.

  9. tq tentang nie.. tpi.. boleh beritahu dimana boleh saya cari rujukan obesiti?? kerana saya sedang membuat R&D bagi tajuk nie.. harap tuan pengarang dapat membantu saya demi kemudahan yang akan datang.. pelajar stpm aliran geografi ( manusia)

  10. terima kasih atas artikel.jika boleh berkongsi,boleh tak hantarkan saya artikel,journal dan research berkaitan dgn tajuk ini?Terima kasih

  11. trima kaseh kpd pngarang mengenai topik ini.Saya akn menggunakan isi yang terkandung di dalam peperiksaan MUET

  12. Saya juga amat memerlukan data kanak-kanak obesity untuk kajian master saya. Saya berharap dengan data-data itu dapat membantu saya menyempurnakan kejian dan dapat membantu meningkatkan pengurangan kadar obesity kanak-kanak di negara kita. Diharap dapat menghantar data kanak-kanak obesity kepada saya.

  13. Sesiapa yang mempunyai data-data kanak-kanak diharap dapat membantu saya untuk berkongsi. Saya di bidang pengkomputeran. Saya juga sedia berkongsi sebarang maklumat yang saya ada. BOleh hubungi email saya rayz1156@gmail.com

  14. Saya sedang membuat assignment tentang topik ini.Terima kasih atas artikel.jika boleh berkongsi,boleh tak hantarkan saya artikel,journal dan research berkaitan dgn tajuk ini?Terima kasih

  15. hi
    saya tertarik dengan topik ini.saya salah seorang yang mengambil topik ini sebagai research saya.saya juga mengharapkan jasa baik tuan/puan /cik pengarang supaya menghantar statistik mengenai topik ini.Saya amat memerlukannya bagi menyiapkan research paper saya.jika tuan pengarang mempunyai statistik dalam negara dan luar negara adalah lebih baik.
    terima kasih

    mohd sharfawie,uitm 2011..sharfawie88@yahoo.com

  16. salam..
    terima kasih untuk artikel yang menarik ini..saya ingin meminta jasa baik tuan/puan pengarang sekiranya ada statistik obesiti kanak-kanak atau jurnal/research paper, sila e-mail kan kepada saya. Saya memerlukannye untuk final year project saya. segala bantuan dan kerjasama dari pihak tuan/puan saya dahului dengan ribuan terima kasih..

  17. saya ingin mengetahu cara-cara yang lebih baik atau peranan ibu bapa untuk menangani masalah obesiti dalam kalangan remaja . . boleh kita kongsi bersama ? saya perlukan untuk mencari isi bagi folio saya nanti . .

  18. saya amat berminat dengan tajuk ini.jika boleh berkongsi,boleh tak hantarkan saya artikel,journal dan research berkaitan dgn tajuk ini?Terima kasih(allyamira_kimi83@yahoo.com)

  19. saya juga sangat berminat dengan tajuk ini,boleh x kalau sy nk dpt kn maklumat seperti jurnal atau tesis untuk dijadikn bahagian rujukan..jika ada,boleh x tuan anta kpd facebook sy..

  20. salam..
    banyak saya lihat post-post berkaitan mendapatkan data utk penulisan ilmiah di sini..
    saya sendiri dalam proses pengumpulan data..
    jika tidak keberatan boleh beri data/statistik obesiti di malaysia..
    atau sumber y digunakan bagi pengumpulan data

  21. Assalammualaikum….hi…saya juga dalam proses membuat tesis tajuk obesiti ni,
    lau ada jurnal yang berkaitan leh x email kan pada saya…

  22. ASSALAMUALAIKUM…saya Nikmah. saya amat berbesar hati dan memerlukan bahan-bahan yang berkaitan tentang obesiti kanak-kanak untuk tajuk tesis saya..dan sesiapa yang bermurah hati ada soal selidik tentang tajuk obesiti kanak-kanak data data tentang obesiti kanak-kanak tolong kongsi dengan saya kerana saya amat memerlukannya..

  23. SALAM…sy berminat dgn tjuk ini utk djadikan research..boleh tak sy nak mintak jurnal@kajian jurnal@statistik@apa2 info mangenai obesiti dalam kalangan kanak2..
    terima kasih…

    email: adylakemchi@yahoo.com

  24. morning..saya berminat dengan tajuk ini bagi membuat tesis degree saya…adakah sebarang tesis untuk rujukan saya..jutaan terima kasih diucapkan..harap pihak tuan dapat bantu saya sedikit sebanyak.

  25. Appreciating the time and energy you put into your blog and in depth information you provide. It’s good to come across a blog every once in a while that isn’t the same unwanted rehashed information. Excellent read! I’ve saved your site and I’m adding your RSS feeds to my Google account. baedbddbbkdk

Tinggalkan komen