Derita Sihir Pelalau

Wanita berusia 44 tahun ini baru bertemu jodohnya dua tahun lalu. Bukan sengaja menolak jodoh atau ingin digelar andartu, namun guru yang mengajar di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur ini menjelaskan ada satu cerita pahit di sebalik kehidupannya.

Sihir Pelalau

“Setiap kali pulang ke kampung dan berkumpul dengan saudara-mara, soalan bila mahu kahwin pasti ditanyakan kepada saya.

“Saya memang tidak pernah berniat untuk menolak jodoh tetapi apakan daya, tidak ada seorang pun yang datang meminang saya, melainkan suami saya sekarang,” kata wanita yang mahu dikenali sebagai Jemilah ini.

Dengan usia yang semakin bertambah, naluri anak perempuan tunggal dalam lima beradik ini sudah lama terseksa. Semuanya dikatakan berpunca daripada sihir pelalau yang dititipkan kepadanya melalui rojak buah 22 tahun lalu.

Yang paling menyedihkan, sihir itu dihantar oleh rakan baiknya sendiri.

Murung

“Benda itu ada dalam diri saya sejak di bangku sekolah lagi. Pada mulanya saya fikir saya lemah semangat dan mudah tertekan, sebab itu saya pernah diserang histeria di sekolah beberapa kali.

“Rupa-rupanya saya ialah mangsa sihir. Saya sendiri tidak tahu tapi keluarga dan rakan-rakan rapat yang beritahu,” katanya.

Menurut Jemilah, semasa proses pengubatan, ustaz yang merawatnya mengatakan dia terkena sihir pelalau.

“Pada mulanya saya tidak tahu telah disihir, malah saya tidak percaya kerana seingat saya, saya tidak mempunyai musuh.

“Namun, selepas beberapa kali meracau dan menjadi pemurung, emak dan ayah tidak senang duduk dan mula mengikhtiarkan pelbagai cara untuk mengubati saya.

“Kebanyakan pengamal perubatan tradisional itu memberitahu saya disampuk benda ghaib, namun tidak dapat dipastikan apakah bendanya.

“Sejak itu, kehidupan saya berubah 180 darjah. Saya lebih suka menyendiri. Tidur malam saya tidak lena kerana rasa seperti ditindih dan sering bermimpi perkara yang mengerikan. Kulit saya mula rasa kering dan pedih.

“Mujur sihir itu tidak menjejaskan pelajaran saya. Kalau diingatkan semula, saya tidak tahu bagaimana saya boleh fokus dalam pelajaran sedangkan fikiran saya selalu runsing ketika itu,” kata graduan Universiti Jordan ini.

SIHIR pelalau dipercayai menyebabkan sesetengah wanita lambat mendapat jodoh. – Gambar hiasan

Mula terkena sihir pada tahun 1988 pada usia 22 tahun, jin yang dikatakan bersarang dalam tubuh Jemilah hanya keluar pada tahun 1999.

“Saya sudah puas berubat. Dengar saja ada orang yang pandai mengubat, saya pergi. Kadang-kadang sampai tak larat nak pergi berubat.

“Keadaan saya beransur pulih tetapi ‘benda ghaib’ itu masih ada dalam badan,” ceritanya.

“Sampailah pada tahun 1999, saya berubat dengan seorang ustaz di Rawang, Selangor. Alhamdulillah, berkat usaha dan doa yang tidak pernah putus, dia dapat membebaskan saya daripada sihir tersebut,” imbas Jemilah.

Ditanya bagaimana dia ini mendapat tahu dikenakan sihir pelalau, Jemilah yang berasal dari Klang, Selangor memberitahu, apabila berubat dengan ustaz terbabit, dia pernah meracau.

“Saya tidak sedar apa yang berlaku, tetapi rakan dan emak yang menemankan saya berubat menceritakan semula apa yang terjadi.

“Sebenarnya, selepas ‘dipaksa’ oleh ustaz itu, jin tersebut berterus terang. Siapa yang menghantarnya, melalui cara apa, mengapa dan apa tujuannya,” ujar Jemilah.

Dari situ baru Jemilah tahu segala-galanya.

“Jin yang memasuki badan saya dihantar oleh rakan baik saya. Namanya tidak perlulah saya sebutkan.

“Menurut mereka yang menyaksikan pengubatan itu, jin berkenaan mengaku dia mengacau saya kerana tiga sebab.

“Pertama kerana saya selalu cepat menjawab apabila cikgu bertanya soalan di dalam kelas.

“Kedua, kerana sifat saya yang periang dan disenangi oleh guru dan rakan. Ketiga, kerana saya aktif dalam persatuan dan sering mewakili sekolah dalam pelbagai pertandingan.

“Tujuan saya disihir supaya hubungan saya dingin dengan semua orang yang rapat dengan saya.

“Tidak hairanlah, ramai yang mengatakan muka saya seperti orang kebingungan, mudah marah dan cepat tersentuh,” jelas Jemilah yang baru dua tahun bergelar isteri kepada seorang anak murid ustaz yang mengubatinya dahulu.

Muntah darah

Ceritanya lagi, saat jin itu dikeluarkan, dia memuntahkan semula rojak buah yang dimakan 22 tahun lalu yang diberikan oleh rakannya itu.

ROJAK buah yang dimakan 22 tahun lalu dimuntahkan semula oleh Jemilah. – Gambar hiasan

Mendalami apa itu sihir pelalau, kata Jemilah, sihir jenis itu digunakan untuk menghalang seseorang terutama perempuan daripada dipinang atau dikahwini.

“Mereka yang terkena sihir pelalau dikatakan lambat menerima jodoh kerana apabila ada lelaki yang ingin berdampingan dengannya, mereka akan nampak muka pesakit pucat seperti mayat ataupun tidak berseri,” tambahnya yang bersyukur kerana keluarga memahami masalahnya dan tidak pernah memaksanya berkahwin.

Walaupun pada mata kasar Jemilah boleh dianggap sudah sembuh dan jauh daripada cengkaman pelalau, dia masih dapat merasakan ada benda lain yang menumpang di tubuhnya.

“Ada masanya saya dapat merasakan saya sedang bertarung dengan makhluk lain dalam diri saya. Saya berharap ia cuma ilusi kerana saya sudah tidak sanggup menanggung seksa disihir lagi.

“Bagi wanita di luar sana, jika anda seorang periang dan keletah anda sering menarik perhatian ramai, seeloknya dikurangkan. Takut ada yang busuk hati,” nasihatnya sebelum meminta diri petang itu.

Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN

32 thoughts on “Derita Sihir Pelalau

  1. kesian sy baca citer nih. Napelaa tergamak sorg(?) manusia tu menganiayai manusia lain..
    xde ati perut btul..!
    Benar kata org..
    rambut sama itam, ati lain2..

  2. diharap cerita ne menjdi ikhtibar kepada smue orangg..kita bersimpati dengan sipenulis ini.jauhilah dari bersengkongkol engan iblisss.

  3. Syaitan dan iblis yang begitu konsisten dgn kerjayanya utk menyesatkan manusia. Kekuatannya akan bertambah dengan bantuan dan kerjasama nafsu ammarah yang selalu mengajak kpd kejahatan& keburukan.oleh itu,biasakan diri kita dgn zikir2&jadikan zikir sbg amalam krn ia adalah perisai kebal (untuk mengawal dirinya).to share:zikir ‘Laa ilaha illallahu wahdahu laa syariikalah, lahulmulku walahulhamdu wahuwa ala kulli syai’inqadir’..amalkan..insyaAllah.

  4. entahla…sy sdr pun xtau nak berubat dgn sapa. Klu buli, ko suru la ustaz tu ubat sy guna fon…. sbb si penyihir ni semakin menjadi jadi sikapnya.

  5. saya pun alami masalah yg same..kalo 22 taun br baik..mcmane ngan sy? skrag sy dah 27 taun..sedihnyer.kdg2 g keje pun dah x minat.x ikhlas. dah lah sy keje kat spital..tiap kali bincang pasal kawin jek mesti ade penghalang…dulu lg 2 minggu nak nikah tapi tetibe tunang mintak putus..ni asal bercinta mcm2 halangan timbul bile bincang sal kawin

    Ramai kawan kita yang masih membujang kat sini. Pernah kah anda terfikir sama ada situasi ‘berat jodoh’ yang anda hadapi itu ada kaitan dengan gangguan jin atau sihir pemisah?

    Cuba kesan melalui tanda-tanda yang telah dikenalpasti hasil pengalaman mangsa dan pengamal rawatan Islam ini. Jika banyak YA daripada TIDAK, kemungkinan anda sedang menghadapi gangguan jin asyik (jin jatuh cinta pada manusia) atau kemungkinan menghadapi sihir gagal nikah.

    Tanda-tanda Gangguan Jin Asyik dan Sihir Gagal Nikah / Sihir Pembenci / Sihir Pemisah:
    fikiran selalu runsing
    sakit-sakit di belakang bahagian bawah
    badan lesu, selalu letih
    sakit perut selalu
    sakit kulit
    rasa ada seseorang tidur di sebelah
    terasa ‘disentuh’ ketika tidur, bila sedar..badan tak dapat bergerak (dihimpit)
    suka menyendiri, pendiam
    selalu mimpi hamil / dukung anak macam anak sendiri
    selalu mimpi ‘bersama’ dengan seorg yg tak dikenali
    orang nampak tidurnya seperti sedang mengeluh
    orang nampak tidurnya dgn mengunyah..gigi berlaga
    selalu rasa ada sesuatu bergerak di bawah kulit
    selalu sesak nafas waktu petang lepas asar
    imsomnia – lama cuba tidur tapi tak dapat tidur walaupun badan dah letih
    bila dah tidur, selalu terjaga tengah malam
    selalu mimpi binatang/mahkluk huduh / kena kejar / melompat terjun dari tempat tinggi / kena bunuh / mimpi kawen
    selalu kena period pain
    ada migrain yg kronik
    sakit-sakit lain yg susah nak sembuh, contohnya resdung
    halangan masa beribadat contohnya mengantuk masa mengaji, solat n berzikir.
    selalu benci dgn org yg nak jadikan calon isteri / bila dah berkenan, ada halangan yg buat tak jadi

    InsyaAlloh, ada cara untuk menyelesaikannya.Tapi macamnane?tolonglah sy kenkawan. semua tanda2 tu ader kat sy.

  6. sy.pun bingung dh skrg.ble pkir soal jodoh.tp kite mesti ingat allah s.w.t.Dia sentiasa bersama kite.berdoa banyak2.saya harap2 sgt kawin dlm.thn nie.dh letih jawab soalan bila nk kahwin

  7. salam..aiishh..mcm2 la dunia nie, org senang die susah ati, tu yg g buat perkare xsenonoh, berdoa suh senang juga xnak, tu yg gne sihir..dosa tuh..
    kesian mangse kedengkian nie..nauzubillah..

    spt yg disarankn en.Iskandar, amalkan zikir ‘Laa ilaha illallahu wahdahu laa syariikalah, lahulmulku walahulhamdu wahuwa ala kulli syai’inqadir’..

    ~Wallahualam

  8. Salam wbt semua…saya pun ada pangalaman terkene sihir pelalau.Umur saya dah 36thn, sampai skrg tak bertemu jodoh lgi.Bila saya baca kisah2 mereka senasib, saya jadi sedih dan kesian.Saya menangis tadi krn saya terasa saya tk mungkin sembuh.Wpun sya dah disahkan perawat sudah sembuh tapi saya masih terasa hati sya gelisah, bila nak berzikir dan berdoa pas solat saya akan mengantuk tiba2.Pernah saya tk sedar apa saya ucapkan ketika berdoa krn terlelap.Biasa solat subuh, zohor dan asar.Saya bukan hanya dapat sihir pelalau malah sihir yg menyebabkan kesihatan terganggu.Bertahun2 batuk.Dah byk kali merujuk pakar, disahkan tk de penyakit, hanya sensitif pada habuk.Bila dah bertahun2,keluarga mula pelik.Selalu batuk.Bila berubat dgn perawat, mereka kata dalaman badan saya dh rosak teruk.Luka banyak dimerata tpt.Ini mungkin sihir seakan santau.Menurut perawat saya teruk dr santau kesannnya.Skrg batuk saya dah byk berkurangan, tidurpn kurang gangguan spt dulu.Cuma terkadang masih ada tgn ataupun kaki spt ditarik atau disentap ketika hmpr terlelap.
    Sekarang saya dah mula terasa takut nak berkahwin krn saya ade menonton WHI diTV3, ustaz Suhaimi darul Ruqyah mengatakan org yg terkene pelalau wpn sembuh tetap ada kesan pada dirinya yg mungkin akan menganggu rumahtangga…Mungkin mudah bergaduh.Moga kite semua dijauhkan dari semua tu.Nauzubillah.Semoga kite semua kuat semangat, ikhlas beribadat pada Allah, Sesungguhnya Allah takkan menzalimi hamba2nya wpun sezarah.Ujian ni wpun amat berat namun pasti ada hikmahnya.Saya berdoa kita semua yg senasib akan sembuh sepenuhnya, dan semoga kita memperolehi kehidupan bahagia sesudah melalui ujian getir ini.AMIN.

    • Tersentuh saya bila membaca teks akak.. saya harap akak dapat sembuh sepenuhnya dan dapat mendirikan rumah tangga. Baru2 ni period saya selalu tk teratur lalu saya cuba ikhtiar pergi berubat. pergi hosp pon doktor tak kata saya sakit, saya hanya dibekalkn ubat hormon untuk mengatur period dan saya masih membuat check-up di hosp. saya risau saya terkena sihir ni sebab pernah satu ketika mak saya pergi berubat dgn seorg ustaz lalu mak saya mintak tolong tengokkan saya ada gangguan atau tidak sebab saya kerap mengadu sakit2 badan dan simptomnya sama dgn mak saya. mungkin sebab berjangkit pada saya sewaktu saya tolg urut mak dsbgnya.. lalu ustaz kata kemungkinan besar ya..tp dari apa yg dia dpt lihat ada orang yang dengki pada saya..dia mahu menghalang jodoh, pekarjaan, kehidupan senang. pendek kata, dia mahu saya tiada kemajuan dalam hidup. sampai sekarang saya tidak lagi bekerja atau pon mempunyai calon suami. saya amat terkejut sebab setahu saya, saya tidak bergaduh dgn sesiapa..apa yang terlintas di kepala saya…ada satu peristiwa yg berlaku dan selepas itu hidup saya terus berubah..saya pernah dirisik pada tahun lepas..tapi pihak lelaki mahu cepatkn perkahwinan padahal waktu itu saya masih sibuk di tahun akhir pengajian saya. oleh kerana saya tidak mengenali lelaki itu (walaupun dia adalah sepupu kepada sepupu saya) jadi saya perlukan masa untuk mengenali dia. tetapi pihak lelaki terlalu mendesak sehinggakan duit hantaran pon mereka yang putuskan berapa nilainya..warna pelamin..dan lain2. jadi saya bertambah runsing dan takut dgn keadaan yg mengejut ni. Akhirnya, kami tak jadi disatukan..dan dalam jarak kurang dari 3 bulan selepas kluarganya merisik saya, kluarganya telah merisik gadis lain..dan terus bertunang dan kini dia sudah berkahwin. Padahal keluarga dia tidak ada mengatakan mereka mahu membatalkan apa yg mereka telah mulakan kepada keluarga saya. saya amat terkilan dgn apa yg berlaku. kerana nak di-ikutkan mereka adalah saurada saya juga. dan sekarang mereka buat tak tahu saja. wallahualam..

  9. kpd penulis asal kisah ini/Jemilah…
    knp ‘xpulangkan balik’ pelalu /‘benda ghaib’ kpd penghantar…? paling tidak pun.. kpd puak keturunannya…anak2../ menantu maupun cucu.. sebagai pengajaran / teladan kisah & perbuatan mak.. nenek mereka yg pernah melibatkan diri dgn kerja2 yg amat tidak baik… sehingga merana seumur hidup mangsa..

    **sekadar pendapat peribadi sj..

    tq..

  10. isteri saya pernah terkena.akibat dengki oleh kawan sendiri.barangkali kerana kelincahan dan keriagannya yang membuatkan disenangi semua orang.badannya gatal dan betomok2 hitam.dia menjadi pemarah dan tak boleh tidur.berkat erubat dengan sorang bomoh@ustazah,dia sembuh seperti biasa.

  11. saya pun sedih.kenapa dalam dunia moden.hari nie.masih lg.wujud sihir menyihir.kadang2.saya rasa allah s.w.t.lebih makbulkan doa.org tukang sihir.tp.lau saya sedar.saya beristigfar banyak2.

  12. sila hubungi Dato Ustaz Johan jika ingin berubat.
    0133250232
    tetapi, pada sesiapa yang amalkan sihir/yang menyihir, kalau barangnya termakan diri balik, ustaz takan tolong.

    ustaz hanya akan tolong pada manusia yg tak syirik pada Allah, dan Ustaz tgk muka kita je dia tau apa yg berlaku.

    • ustad johan tu penipu…dia bomoh bertopengkan org alim..tak percaya jumpa tok guru dia yg selalu dtg malam jumaat kat rumah dia di pj

  13. Kekasih saya tiba-tiba benci sangat dekat saya…dan dia kata dia rindukan kekasih lamanya…dia benci saya dlm masa 1 hari je…sampai call pun taknak angkat…kita orang dah rancang nak kahwin tiba-tiba dia berubah hati macam tu je…sedangkan bekas kekasih dia dh bertunang…kekasih saya cakap hati dia tertutup untuk sesiapa sahaja…

  14. Kebetulan pulak makcik saya pandai berubat orang-orang yang terkena…dia ada buat solat hajat…makcik saya cakap ada bayang2 yang menganggu kekasih saya…tp makcik saya tk reti nak berubat dari jauh…dan dia nasihatkan saya cari sapa2 yang boleh berubat dari jauh….saya sayang dia…dia seorang yang baik, lemah lembut dan mengambil berat tentang hidup saya…sekarang ni sikap dia kasar, pemarah..terutama waktu maghrib…selalu cakap kasar…saya rasa sedih sangat…saya pula selalu mimpi yang bukan2…saya tak tau ape petanda mimpis saya tu…

  15. Assalamualaikum,saya nak no tel dan alamat perubatan di rawang yg blh mengubat jika seseorabg terkena sihir.Terima kasih

  16. Aslm màaf kak.minta phone.no. n nama.ustaz kat rawang itu nak.buat rawatan adik kak kena sihir sampai bercerai. Tolong kak ini no. Phone kak 0121366410

  17. Salam sis sy nak tnya alamat ustaz nie kat mana..sbb sy slaah seorang terkena benda nie tpi sy dah berubat tpi maseh xdea apa2..skunk keadaan sy ttap sy..dgn tiba2 sy akan rasa terkejut dan termenung sendiri..kejap marah kejap ok..smpa bf sy ckp sy something..dan sy tidu pun suka lagakam gigi..

Tinggalkan komen