Cara Membuat Makjun Manjakani

makjunSaya sedang mencari-cari ramuan atau resepi untuk membuat makjun berasaskan manjakani untuk kesihatan wanita. Makjun yang saya maksudkan adalah makjun asli tradisional yang lembab basah dan digentel menjadi bebola hitam. Saya hairan macam mana nak buat manjakani atau apa2 ramuan rempah tu jadi macam pes dan boleh digentel. Manjakani tu perlu direbus atau ditumbuk? Boleh dikisar dengan blender? Maaf ye, saya memang tak tau pasal pembuatan makjun.

Tujuan saya adalah untuk membuat makjun sendiri di rumah untuk kegunaan sendiri dan keluarga sahaja. Saya cuba surf untuk mendapatkan maklumat, tapi tak dapat2…huhuhu…

Jadi, ada sesiapa yang boleh kongsi, harap sangatlah dapat memberitahu di ruangan komen.

Terima kasih!

Admin,
Haniey
dearhaniey@yahoo.com

—————————————

Petua Menegangkan Kulit Yang Kendur

manjakaniRamai wanita akan risau bila melihat kulit mula kendur. Bimbang andai kata perhatian suami akan mula beralih arah. Antara cara untuk melambatkan masalah kulit kendur bukan sahaja di bahagian muka, tetapi juga seluruh badan ialah dengan menggunakan buah manjakani. Buah ini bukan sahaja bagus untuk tujuan merapatkan otot vagina wanita tetapi juga berguna untuk petua kecantikan lainnya.

Cara:
Dapatkan buah manjakani. Boleh dibeli di pasar atau kedai-kedai India. Rebus beberapa biji buah manjakani sampai lembut. Anggaran cukup untuk kegunaan seluruh badan. Apabila sudah lembut dan bila dipicit, mengeluarkan lendir atau getahnya, lumurkan getah itu diseluruh muka, dan anggota badan lainnya seperti buah dada, perut, paha dan lengan. Biarkan sampai kering. Kemudian bolehlah mandi. Elok diamalkan setiap hari sama ada sebelah pagi sebelum mandi atau sebelah petang.

Selamat mencuba.

MANJAKANI BUAH AJAIB

Manjakani telah digunakan secara meluas sebagai bahan dalam pengubatan tradisional sejak berabad-abad lalu oleh orang-orang Arab, Parsi, India, Cina dan Melayu. Malahan ia dipercayai telah mula digunakan sejak 2725 SM oleh orang-orang Mesir Purba.

Menurut kajian, manjakani terbaik ialah yang dikenali sebagai Manjakani Mekah atau Manjakani Allepo yang berasal dari daerah Allepo di Syria. Ia terbentuk apabila daun-daun pokok yang dikenali sebagai quercus infectoria (nama saintifik) dihinggapi oleh sejenis spesies penyengat yang dikenali sebagai cynipstinctorial atau cynips gallaetinctoria.

Keberkesanan manjakani ini telah lama terbukti terutama dalam merawat keputihan, sakit tekak, ulser dan masalah kulit.

Kajian menunjukkan bahawa manjakani adalah kaya dengan tannin, asid tanik, antioksidan, vitamin (terutama vitamin A dan C), kalsium, besi, serat, protein dan karbohidrat. Selain itu ia juga mengandungi unsur-unsur seperti astringen, anti-microbial dan anti-radang. Kandungan taninnya yang tinggi menyebabkan manjakani digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional, terutama untuk penggunaan selepas bersalin bagi mengetatkan rahim dan otot vagina yang mungkin kendur ataupun longgar akibat proses bersalin. Kajian membuktikan bahawa unsur astringen dalam manjakani dapat membantu mengencangkan otot dinding vagina dan mengembalikan keanjalan.

Berikut adalah antara kegunaan manjakani dalam pengubatan:-

- Awet Muda : Antioksidan dalam manjakani boleh melambatkan proses penuaan sel.
– Pencegahan Kencing Manis : Asid galik boleh mencegah kencing manis dan lelah.
– Pencegahan barah payudara dan rahim : Antioksidan dalam manjakani boleh mencegah barah buah dada dan barah rahim.
– Pencegahan bau yang tidak diingini : Oleh kerana manjakani bersifat astringen, ia boleh membasmi bakteria dan kuman yang mengakibatkan bau yang tidak selesa pada faraj.
– Merawat otot-otot di dalam faraj : Tannin yang terdapat di dalam manjakani mempunyai sifat menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan menyebabkan faraj menjadi sempit semula.
– Mengawal lendir dan lelehan faraj : Astringen juga mampu menyerap segala lendir dan lelehan pada faraj yang boleh menyebabkan bau yang tidak selesa.
– Membersihkan lelehan haid dan nifas : Astringen juga mampu menyerap lebihan darah haid dan nifas.
– Mengecutkan semula tisu-tisu : Astringen juga mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin.
– Menegangkan dan mencantikkan kulit : Astringen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.
– Mata yang sihat : Astringen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia mengecutkan tisu-tisu pada mata.
– Rawatan payudara : Oleh kerana manjakani mempunyai sifat-sifat menegangkan kembali otot-otot, maka amalan meminum minuman bermanjakani dapat memperbaiki payu dara yang telah hilang kekenyalannya.
– Gigi dan tulang : Kalsium dalam manjakani boleh membantu menguatkan gigi dan tulang.
– Mulut : Astringen dalam manjakani mengekalkan kebersihan mulut.
– Kulit kering dan berminyak : Astringen juga dapat mengawal kulit kering dan berminyak.
– Perawatan kronik ulser : Amalan meminum minuman manjakani juga boleh merawat kronik ulser.
– Pelbagai khasiat makanan : Disebabkan manjakani mempunyai serat makanan ia dapat melawaskan pembuangan air besar. Vitamin dan zat galian serta karbohidrat dan protein boleh memupuk kesihatan

Sumber: Mingguan Wanita – 1 Mac 2004

44 Responses to Cara Membuat Makjun Manjakani

  1. dila berkata:

    Boleh buat sdr dng tumbuk dulu manjakani smpai pecah2 lps tu baru blender kering sampai jd serbuk halus. thn disimpan kering. bila nak makan gintil dng madu. Klu suka keringkan halia bara, cekur , kunyit kmdian blend kering bole + utk bagi panas bdn n melancarkan darah serta buang angin n toksid dlm bdn. GOOD LUCK

  2. Haniey berkata:

    thanks dila for giving me the information to make the makjun.

    really appreciate it.
    :)

  3. Hanosazi Herbs berkata:

    kami mmg tahu macamana nak buat makjun tersebut…jika mahu cara membuatnya silalah hubungi e=mail diatas.terima kasih

  4. bolehje berkata:

    hanosazi herb, bg r email add u. teringin gak ni nk try wat sndiri….

  5. nadia berkata:

    boleh bagi kat saya juga resepi macamana nak buat makjun ni nak try makan

  6. eza berkata:

    saya nak tahu macam mana nak bagi ketat.
    dimana saya boleh beli

  7. syed al-khairid berkata:

    assalamualaikum..,
    kepada yang berminat untuk mengetahui cara pembuatan makjun?ianya amat mudah,murah dan selamat digunakan.berikut adalah resepi pembuatan makjun turun temurun dari keluarga saya.:
    1.rempah ratus
    2.buah manjakani(untuk kegunaan wanita)
    3.buah pala
    4.cengkih
    5.madu
    6.minyak sapi
    7.kulit kayu manis
    8.halia (jika perlu)
    caranya penyediaannya:
    1.sebatikan rempah ratus dengan cengkih,kulit kayu manis,buah pala,buah manjakani(utk perempuan) yg telah diproses(dikisar halus)
    2.ambil sebanyak mana perlu dan gaulkan dengan madu.
    3.masak di atas kuali sehingga kelihatan kehitaman dengan menggunakan minyak sapi.
    nah,sekarang masanya untuk menggentel..

    selamat mencuba..

  8. sharina berkata:

    selepas kita dh gunakan rebus buah mnjakani…
    air rebusan tu boleh di gunakan atau pon tdak???

  9. ziqadina berkata:

    bnyak yg sy nak tau tntg manjakani ni,kulit dia tu mmg kna buang ke?bru ni sy xtau sy tlan skali kulit2 tu….kalau nak rebus utk minum air dia kuantiti dia mcm mana plak….kalau yg asah kat pasu tu kna buang kulit dulu ke?

  10. izzati berkata:

    eh saya buat makjun manjakani serbuk manjakani tu saya x masak saya blender halus2 seperti tepung,pas tu kita + dengan sedikit,kita gentel.lpas tu kita jemur,mesti dimasak ke lagi al-khairid..plz email kan kat saya izzati_1906@yahoo.com

  11. farah berkata:

    Di carrefour atau mane2 psr besar ade ke jual manjakani ni?segan nk beli

  12. asrobi berkata:

    Resipi yang diberikan diatas tadi kuantiti makan dalam sehari setengah sudu kecil boleh ke sebab saya memang suka makan makjun basah. Sedap.

  13. mira berkata:

    syed..email la kat saya jugak yer..saya buat tak jadi…sukatan tak tepat kot..he.he.he mirasutra@yahoo.com.add saya kk..leh kita berkongsi..

  14. mira berkata:

    eppp..sorry email saya mirasutra@yahoo.com. buat pembuat jamu tu leh la add saya.leh berkongsi…

  15. mira berkata:

    hasnozi herbs..kalu rajin add saya kk..leh sharing ni..he.he

  16. amandajb berkata:

    syed al-khairid, tima kasih kerana berkongsi..boleh email sy resepi yang tepat.. dengan sukatan nyer sekali..rempah ratus tu apa yea amanda_jb@rocketmail.com

  17. anna berkata:

    Tlg email cara pembuatan majun ngan sukatannya …….tq

  18. anna berkata:

    tlg email cara pembuatan majun ngan sukatannya……..tq
    annanana66@yahoo.com

  19. dila berkata:

    bole email saye?

  20. Indarwati berkata:

    Baru tau khasiat manjakani begitu bnyak,thanks infony. Tapi bagaimana cara mengolahnya?apakah dimakan langsung begitu saja?tolong dibantu ya..

  21. rahayu berkata:

    saya sangat teruja nk wat resepi dari al khairid.tlong bagi resepi pnuh dan sukatannya sekali ye.tlong email saya…..

  22. ju berkata:

    tlg email sy .sy nk cara buat manjakani

  23. ju berkata:

    tlg email kn sy junzai50@yahoo.com nk thu mac nk buat ubat dri manjakani ..

  24. sue berkata:

    sy ingin tahu bagaimana cara membuat jamu dengan manjakani..tlg emailkn sy sulina_hairulnazri@yahoo.com

  25. shima berkata:

    salam tolong email saya jg cr membuat jamu dgn manjakani,shimayusri@yahoo.com

  26. zue berkata:

    rebuskan 2 biji buah manjakani,pinang,daun sireh..masukkan air .rebus sehingga tinggal separuh..minum dan basuh di kemaluan .amalkan selalu gerenti suami sayang

  27. asyhairida berkata:

    sy pn nk jgk resepi dgn detail utk buat maajun…tlg email kt sy resepinye ye…asyhairida_70@yahoo.com

  28. madah ab rahman berkata:

    Hi. Salam. Saya ada jual homemade produk manjakani. 100% buah manjakani tanpa campuran apa2 bahan pon. ASLI DAN TULEN ok.. ^_^
    1) Pure Ground ManjaQani Kapsul
    2) Pure Ground ManjaQani Serbuk
    Boleh lawati http://www.facebook.com/manjaqani
    ATAU sms/wa 0199969221 Pn. Madah
    ATAU Instagram @ladywada #manjaqani

    Ada menawarkan pakej harga terbaik utk anda tau.. Dapatkan sekarang!!

    Kelebihan Pure Ground ManjaQani:
    ○ 100% kisaran halus buah Manjakani tanpa campuran
    ● Tiada bahan kimia & pengawet
    ○ Tiada rasa pahit
    ● Mudah, tak perlu merebus/stim
    ○ Lebih kosentrasi
    ● Lebih berkesan berbanding air rebusan
    ○ Produk bumiputera dijamin halal
    ● Proses yang bersih
    ○ Selamat utk ibu menyusu (disarankan untuk bayi yang sihat, tiada jaundis & telah tanggal tali pusat)

    KHASIAT PURE GROUND MANJAQANI:
    □ Merawat keputihan & bau
    ■ Melancarkan haid & nifas
    □ Memulihkan luka dalam & luar bersalin
    ■ Wanita berpantang bersalin normal, pembedahan & keguguran
    □ Membuang lebihan haid & nifas
    ■ Mengetatkan tisu otot ‘MisVee’
    □ Awet muda
    ■ Merawat jerawat & kulit muka
    □ Menganjalkan kulit, punggung & payudara
    ■ Merawat masalah sakit & sengal badan
    □ Membantu merawat gout, buasir, jangkitan saluran kencing & masalah menahan kencing (urinary tract)
    ■ Mencegah diabetes, gout, buasir, kanser payudara & serviks
    □ Merawat masalah bau badan & mulut
    ■ Merawat ulser
    □ Mengembalikan keintiman hubungan suami & isteri

  29. Najwa berkata:

    Saya Ada jual Herba 2 tu sama ada dalam bengkung biji dan Serbuk..berminat call 0179423983 atau ke Facebook Najwa eclipse..

  30. Najwa berkata:

    Najwa Ada jual maajun org kampung asli
    100 biji rm 20 sahajaaa
    Sesuai untuk semua terutama ibu2 lepas bersalin,buang angin,keintiman suami isteri,untuk lenguh2 urat dan sakit2 belakang..
    Berminat SMS atau call 0179423983
    Facebook
    Najwa eclipse

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 345 other followers

%d bloggers like this: