Petua Ubati Penyakit Kencing Manis

1. Cabut sebatang pokok matahari dan akarnya sekali. Potong batangnya kira-kira setengah sentimeter daripada bahagian akar dan cuci dengan air bersih.

2. Masak akar itu dengan air sehingga mendidih. Biarkan ia kering sehingga sukatan airnya tinggal segelas sahaja. Sejukkan air itu kemudian tapis sebelum meminum. Amalkan selama lima hari atau lebih.

3. Ambil daun hempedu bumi atau dikenali juga daun cerita. Kunyah daun itu dan telan atau rebus pokoknya bersama-sama akarnya dan minum air rebusan itu. Elak meminum kopi kerana kandungan gula dalam kopi tinggi.

4. Ambil kulit pokok petai, masukkan ke dalam kelongsong ketupat kosong dan rebus. Minum air rebusan itu setiap hari. Rebusan itu boleh digunakan tiga kali.

5. Ambil segenggam isi petai jawa atau petai belalang yang sudah tua (berwarna coklat kehitaman). Basuh dan rebus bersama air yang banyak. Jangan ditambah air, cukup hanya sekali tetapi banyak. Masak di atas api arang selama lima jam. Minum setiap kali anda berasa dahaga.

Tinggalkan komen