Kemaafan Dalam Islam

BERMAAF-MAAFAN adalah antara sifat terpuji yang perlu dilakukan sepanjang masa. Firman Allah bermaksud : “Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal-menghalalkan) lebih dekat kepada taqwa”. (Surah al-Baqarah, ayat 237)

Menurut Imam Al-Ghazali, pengertian maaf itu ialah apabila anda mempunyai hak untuk membalas, lalu anda gugurkan hak itu, dan bebaskan orang yang patut menerima balasan itu, dari hukum qisas atau hukum denda.

Dalam sebuah hadis qudsi Allah berfirman yang bermaksud : “Nabi Musa telah bertanya kepada Allah, wahai Tuhanku!, manakah hamba-Mu yang lebih mulia menurut pandanganMu?”

Allah berfirman: “Ialah orang yang apabila berkuasa (menguasai musuhnya) dapat segera memaafkan.”

Daripada hadis itu, Allah menjelaskan bahawa hamba yang mulia di sisi Allah adalah mereka yang berhati mulia, bersikap lembut, mempunyai toleransi tinggi dan bertolak ansur terhadap musuh.

Dia tidak bertindak membalas dendam atau sakit hati terhadap orang yang memusuhinya, walaupun telah ditawannya, melainkan memaafkannya kerana Allah semata-mata. Orang yang seperti inilah yang dikenali berhati emas, terpuji kedudukannya di sisi Allah. Memaafkan lawan di mana kita berada dalam kemenangan, kita berkuasa, tetapi tidak dapat bertindak sekehendak hati. Inilah sifat mulia dan terpuji.

Firman Allah lagi bermaksud : “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertakwa.” (Surah Ali Imran, ayat 133-134)

Ayat itu membuktikan bahawa orang yang menahan kemarahannya, termasuk dalam golongan Muttaqin iaitu orang yang bertakwa kepada Allah. Tambahan pula Allah akan memberikan pengampunan kepada mereka, lalu menyediakan mereka balasan syurga. Alangkah besar dan hebatnya ganjaran bagi manusia pemaaf.

Kemaafan dalam Islam

Memaafkan kesalahan seseorang adalah tanda orang yang bertakwa.

Wajib memberi maaf jika telah diminta dan lebih baik lagi memaafkan meskipun tidak diminta.

Sifat ‘tak kenal maaf’ atau ‘tiada maaf bagimu’ adalah sifat syaitan. Ia akan membawa keretakan dan kerosakan dalam pergaulan bermasyarakat.

Masyarakat aman damai akan terwujud jika anggota masyarakat itu memiliki sikap pemaaf dan mengerti bahawa manusia tidak terlepas daripada salah dan silap.

Imam Al-Ghazali memberi tiga panduan bagi memadamkan api kemarahan dan melahirkan sifat pemaaf.

Apabila marah hendaklah mengucap “A’uzubillahiminassyaitanirrajim” (aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam).

Apabila marah itu muncul ketika berdiri, maka hendaklah segera duduk, jika duduk hendaklah segera berbaring.

Orang yang sedang marah, sunat baginya mengambil wuduk dengan air yang dingin. Hal ini kerana kemarahan itu berpunca daripada api, manakala api itu tidak boleh dipadamkan melainkan dengan air.

9 thoughts on “Kemaafan Dalam Islam

  1. Saya sudah meminta maaf kepada seseorang atas segala kesalahan saya, tapi dia tidak mau memaafkan saya. Jadi, bagaimana nih???????????????

  2. saya ada buat kesalahan pada suami saya iaiti telah menguna kredit cardnya tanpa kebenarannya…tapi saya sudah pun meminta maaf kepadanya….tapi makmentua saya tidak dapat maafkan saya secara ikhlas….jadi apa patut saya buat?

  3. Kalau involve mak mertua susah sikit, kena kembalikan kepercayaan dia kembali, buatlah apa cara untuk menambat kembali hati dia, bercakap senang, tapi nak buat tu susah juga…hmmm…try ur best

  4. lina .. kad kredit tu bukan ker suami yang punya .. apasal kena mengena dengan mak mertua pulak .. yang penting suami dah memaafkan .. orang tua memang macam tu suka mengunkit .. just buat tak tahu saja ..

  5. salam..malu hendak bertanya tetapi mungkin ini caranya untuk meluahkan…saya telah terlanjur dgn seorang lelaki yg asalnya rakan sekerja.saya terlalu percaya kerana pada awal perkenalan dia menceritakan masalah dgnb teman wanitanya.pd suatu ketika,sy tidak sangka dipaksa melayan nafsunya walau telah mengelak.dan selepas itu,dia cuba menabur janji dan saya tidak dpt melupakannya.kadang2 bila dia tidak punya belanja, dia akan meminta pada sya.betapa bodohnya saya.dan tiba2 baru2 ni, sy br dpt tau dah hampir 2 tahun dia bertunang dan akan berkahwin ujung tahun ini.saya cuba memaafkannya tetapi saya telah hilang arah.katanya dia tidak mahu tggalkan saya tapi terpaksa kerana baru sy tau dia lelaki jahat kerana pernah meniduri tunangnya juga.Subhanallah..kalau org melihatnya pasti tidak sangka.jadi perlukah saya memaafkannya dan memberitahu yg saya memaafkannya..sanggupkah saya..sy tidak mahu menghubunginya lagi setelah dia membuat saya seperti perempuan terhegeh2 sejak mahu kawen.memaafkannya dapat menenagkan hati saya yang tidak punya arah ini?

    • (Reply utk komen terakhir drp saudari “aku”)
      Salam.

      1. Pada pendapat saya, saudari hanya marah akan diri sendiri. Sebabnya, saudari terpengaruh dengan pujukannya. Walaupun pujukan itu datang dari si dia, tapi akhirnya saudari juga yang memilih untuk mengikut. Bukan dia yang memaksa.
      2. Jadi, belajarlah memaafkan diri sendiri. Bertaubatlah dengan azam tidak melakukannya lagi. Setelah itu, jangan lagi ingat akan perkara tersebut. Whatever has happened, HAS happened. Don’t live in the past. Look to the future.

      Semoga ini membantu saudari meneruskan kehidupan.

  6. Salam, saya ada beberapa kemushkilan yang sampai sekarang membelenggu diri saya. sebelum ini saya telah beberapa kali membuat kesilapan kepada suami. apabila kami bertengkar atau ada masalah saya akan keluar dari rumah dan balik ke rumah Ibu Bapa saya. dalam mase yang same saya tidak meminta kebenaran darinya. bagi fikiran suami saya selalu bersikap kasar pada nya dan tidak menerima layanan yang baik dari saya. walaupun saya rase saya telah melayannya dengan sebaik mungkin. saya adalah seorang yang pemarah dan keras hati sebelum ini tapi semenjak saya berkahwin saya telah dapat merubah diri saya menjadi seorang lembut dan sering bertolak ansur.

    Saya telah pun meminta maaf dari suami dan berjanji akan berubah dan sehingga tahap merayu yang mane bagi saya Tak salah untuk saya berbuat semua itu demi kepentingan perkahwinan kami. Tapi dia masih keras dan enggan memaafkan saya dengan alasan dia telah banyak kali beri peluang pada saya tapi gagal. dan tidak dapat meneruskan perkahwinan kami sebab sudah tidak bernafsu lagi dengan saya disebabkan perangai saya. saya telah memintanya untuk memberikan peluang terakhir dalam perkahwinan kami dan sehingga sekarang saya masih digantung tak bertali. hubungan kami sekarang seperti retak menanti belah. setiap kali saya menghubunginya saya akan dimarahi walaupun niat saya hanya untuk bertanyakan khabar. saya cume beranggapan baik pada dia mungkin dia tension dengan kerja dan juga masalah kewangan…. pernah dia cakap pada saya “Awak ada rupa dan kerjaya, awak boleh cari orang yang lebih baik dari saya”. bagi saya duit boleh dicari selagi ada usaha. selama inipun saya telah banyak membantu dia dari segi kewangan dan saya tidak pernah mengungkit walau sesen pun. saya sanggup susah senang bersama dia.

    masalah ini telah pun sampai kepengetahuan keluarga mertua saya. telah banyak kali saya berhubung dengan ibu mertua dengan niat supaya dia menasihati anaknya untuk memilih jalan yang terbaik dan selamatkan perkahwinan kami. namun ianya seperti berpihak kepada suami dan feedback yang saya terima seperti mendukacitakan. dengan alasan ibu mertua tidak mahu masuk campur.

    saya buntu dan bingung ape lagi yang patut saya buat. saya betul2 menyesal dengan apa yang telah berlaku. ada juga saya minta pandangan dari kawan2 tapi bagi mereka masalah saya tidaklah seberat mane pun dan boleh diselesaikan dengan cara baik… saya dah kehabisan ayat pada suami tapi dalam mase yang same saya xhenti-henti berdoa agar Tuhan selamatkan perkahwinan kami dan membuka hati suami untuk memberi peluang terakhir pada saya.

    hati saya tidak tenang selagi masalah ini tidak dapat diselesaikan dengan cara baik. apa yang perlu saya lakukan???…

  7. kemaafan memg mulia,namun bkn mudah utk memberi kemaafan.. atau meminta maaf dari org yg seringkali menyakitkn hati kita… lagi2 dekat2 hari raya..nk mgadap mak mertua..dan kuarganya.. stress.. saya rasa berat sgt.. apekah tip utk saya hadapi sume ni.? adakah hadis rasulullah… ayat2 yg boleh saya amalkn utk merawat hati saya…utk maafkn mak mertua suami dan lain2

Tinggalkan komen