Jenis-jenis kanser yang menyerang wanita

PENGURANGAN risiko kanser boleh dilakukan dengan mengubah gaya dan tatacara kehidupan.

Perhatian perlu diberi pada keadaan badan, perasaan tahap kesihatan diri dan juga bentuk serta rupa struktur badan. Ujian saringan juga perlu ditekankan bagi mengesan kanser dengan lebih awal.

Sel-sel normal yang membina tisu badan mengalami tumbesaran, membahagi serta penggantian secara teratur dan tenteram. Kadangkala sel-sel tua yang sepatutnya digantikan, masih meneruskan tumbesarannya. Pertumbuhan ini mungkin tidak teratur dan bercelaru, akhirnya mereka menjadi luar kawalan dan seterusnya bertukar pada ketumbuhan yang ganas (malignan) ataupun yang tidak ganas (benign).

Ketumbuhan yang tidak ganas (benign) tidak merebak ke bahagian lain dan lazimnya tidak membimbangkan. Pembedahan terpaksa dilakukan jika saiz ketumbuhan terlalu besar dan memberi tekanan kepada organ-organ berhampirannya.

Ketumbuhan yang ganas pula (malignan), akan menakluk, merosakkan dan merebak pada organ-organ berhampiran dan juga organ yang jauh serta boleh menyebabkan ketumbuhan baru di tempat lain.

Faktor keturunan (kehadiran gen-gen tertentu) juga boleh menyebabkan ketumbuhan berlaku selain pendedahan kepada sinar-

sinar tertentu, bahan kimia, virus dan bermacam jenis faktor persekitaran lain.

Jenis-jenis kanser bergantung pada bahagian anatomi badan yang terlibat seperti paru-paru, payudara, kulit, ovari, rahim, pangkal rahim, faraj, vulva, usus besar dan rektum.

Semua penyakit boleh dicegah atau dirawat sekiranya pengesanan dapat dilakukan pada peringkat awal.

Lazimnya terdapat tanda-tanda awal yang harus diamati dan diperhatikan. Juga sebagai satu bentuk pencegahan, golongan wanita dinasihatkan supaya menjalani penyaringan secara berkala untuk mengenal pasti kanser di peringkat awal.

Petanda awal

Di antara petanda-petanda awal kanser pada bahagian badan berkenaan adalah perubahan pada tabiat kebiasaan pundi kencing dan juga usus besar.

Selain itu, luka-luka yang tidak sembuh, pendarahan ataupun discaj yang tidak pernah dialami, penebalan ataupun tongkol-tongkol pada payudara ataupun bahagian kulit yang lain serta perubahan pada tahi lalat atau mana-

mana tompok kulit juga mungkin menjadi petanda awal kanser tertentu.

Pesakit juga perlu peka untuk ujian masalah kesusahan menelan serta keabnormalan pencernaan makanan atau minuman selain batuk yang tidak hilang dan juga perubahan pada suara.

Perlu diingat bahawa ini bukanlah petanda mutlak kanser tetapi hanya kehadiran gejala berkenaan sepatutnya dirujuk kepada doktor.

Kesakitan biasanya bukan tanda-tanda awal kanser. Walau bagaimanapun, jangan ditunggu sehingga kesakitan menjelma, barulah rujukan mahu dibuat kerana ketika itu mungkin sudah terlambat.

Kanser paru-paru

Majoriti pesakit mendapat kanser paru-paru dari aktiviti merokok. Wanita yang merokok mempunyai risiko 12 kali ganda lebih tinggi untuk mendapat kanser paru-paru jika dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok.

Walaupun jika anda bukan perokok, tapi menyedut asap rokok secara pasif juga dapat menambahkan risiko kanser paru-paru.

Lazimnya tanda-tanda kanser paru-paru hanya jelas kelihatan apabila penyakit tersebut sudah pun di peringkat yang teruk.

Pesakit pada kebiasaannya mengalami batuk yang tidak sembuh-sembuh, kahak bercampur darah, sakit dada, berbunyi apabila menghembus nafas (wheezing), stamina pernafasan yang cetek serta keserakan suara.

Selain itu, penghidap kanser jenis ini juga mengalami episod berulang-ulang penyakit pneumonia dan juga bronkitis, kurang selera makan serta jatuh berat badan dan selalu mendapat demam.

Untuk mengelak kanser paru-paru, jangan mulakan merokok serta jauhkan diri dari asap rokok. Untuk mereka yang sudah pun mula merokok, carilah pertolongan supaya dapat membuang tabiat tersebut.

Kanser payudara

Kanser ini adalah antara penyebab kematian utama di kalangan wanita. Kebarangkalian untuk seorang wanita mendapat kanser ini pula adalah satu dalam lapan (1:8). Di antara faktor-faktor yang dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser jenis ini termasuk peningkatan umur, sejarah keluarga dengan kanser payudara (terutamanya di sebelah ibu atau saudara perempuan) serta pembawa gen genetik abnormal BCRA1 dan BCRA2.

Selain itu, penggunaan hormon gantian tanpa pengawasan doktor, pendedahan kepada radiasi serta sejarah menghidap kanser payudara juga meningkat risiko anda.

Penyusuan badan, pengurangan berat badan serta bersenam dapat mengurangkan risiko kanser ini.

Seperti juga mana-mana kanser lain, pengesanan awal dapat mencegah dan mungkin menyembuhkan dengan rawatan awal.

Di antara perubahan awal yang perlu diperhatikan termasuk pembengkakan, tonjolan, kekerasan, penebalan dan juga pengecutan kulit pada payudara.

Kerengsaan pada kulit payudara serta puting yang tenggelam ke dalam, bersisik, berdarah, mengalami discaj, sakit serta tidak selesa perlu disiasat untuk kemungkinan kanser.

Anda dinasihatkan supaya menjalani ujian mammografi sekurang-kurangnya setahun sekali terutamanya sekiranya sudah menjangkau umur 50 tahun. Selain itu, anda juga harus proaktif dalam memeriksa payudara sendiri kerana diri sendiri lebih tahu perubahan awal badan.

Kanser usus dan rektum (kanser kolorektal)

Kanser kolorektal ini perlahan tumbesarannya dan pada kebiasaannya bermula dengan polip di usus sebelum menjadi kanser. Anda dikategorikan sebagai berisiko sekiranya mempunyai waris terdekat (ibu, ayah, adik-beradik) dengan polip atau kanser kolorektal semasa berumur kurang dari 60 tahun, mempunyai penyakit yang melibatkan usus atau diri sendiri mempunyai polip di usus.

Lazimnya kanser kolorektal tidak mempunyai apa-apa petanda peringkat awal, tetapi selalunya didiagnosis pada peringkat lewat.

Antara petanda kanser jenis ini adalah perubahan dari kebiasaan tabiat usus, pendarahan dari rektum, darah di dalam najis ataupun najis berwarna hitam, najis menjadi panjang dan bergaris pusat kecil serta ketidakselesaan abdomen (kembung, kejang dan sering kentut atau sedawa).

Selain itu, selera makan juga menurun, rasa lemah serta letih tanpa sebab juga mungkin menjadi petanda kanser kolorektal yang akan memerlukan pemeriksaan lanjutan.

Bagi mereka yang telah melangkau umur 50 tahun, anda boleh menjalani ujian saringan seperti ujian darah di dalam najis setahun sekali, ujian sigmoidoskopi fleksibel setiap 5 tahun, ujian barium enema berkontras setiap 5 tahun serta ujian kolonoskopi setiap 10 tahun.

Walau bagaimanapun, ini bergantung pada faktor berlakunya kanser kolorektal setempat. Sekiranya statistik kejadian kanser kolorektal di tempat anda tinggi, makan anda juga berisiko dan lebih baik mengambil langkah berjaga-jaga.

Kanser kulit

Walaupun sebagai orang asia kulit kita lebih berpigmen, anda juga berkemungkinan boleh terkena kanser kulit.

Jenis-jenis kanser kulit termasuk jenis sel basal (kulit nampak seperti lilin, pucat warnanya, mungkin timbul seperti mutiara dan kadangkala tompok bersisik), jenis sel skuamos (kehadirannya juga menyerupai sel basal) atau jenis melanoma (seperti tahi lalat, hanya membesar dengan perimeter tidak sekata, bertambah hitam dan senang berdarah).

Terdapat beberapa tanda pada kulit yang boleh diperhatikan seperti perubahan pada saiz tahi lalat, bersisik, berdarah dan juga seakan melecur.

Selain itu, perhatikan juga perubahan pada warna dan juga kehadiran tompok-tompok pada kulit, kegatalan, kesakitan dan juga ketidakselesaan pada biji-biji ataupun tahi lalat serta kudis yang tidak sembuh.

Pastikan yang anda juga memeriksa pada semua tempat sama ada yang terdedah atau terlindung daripada cahaya matahari.

Kanser ovari

Risiko untuk mendapat kanser telur adalah kecil, tetapi kebarangkaliannya meningkat dengan peningkatan usia terutamanya selepas melangkau usia 60 tahun. Faktor-faktor yang meningkatkan risiko kanser jenis ini termasuklah kemandulan, makanan kaya dengan lemak, sejarah kanser usus dan payudara, endometriosis serta pembawa gen abnormal BRCA1 dan BRCA2.

Mereka yang kurang risikonya termasuklah mereka yang mengambil pil perancang keluarga, pernah melahirkan anak walaupun sekali dan mereka yang pernah menyusu badan.

Kanser ovari, bila dikesan, mungkin sudah pun terlambat. Oleh itu, anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjutan seperti ultrasound memandangkan tidak ada ujian saringan khas untuk kanser ini.

Berjumpalah dengan doktor sekiranya anda mengalami ketidakselesaan di kawasan pinggul, kembung, sendawa, bergas, kesukaran pencernaan yang tidak dapat dijelaskan, pendarahan abnormal melalui faraj serta pembengkakan abdomen.

Kanser rahim

Risiko kanser rahim meningkat selepas umur 55 tahun, terutamanya mereka di dalam julat di antara 60 hingga 75 tahun dan jarang berlaku di kalangan mereka di bawah 40 tahun.

Mereka yang menggunakan pil perancang keluarga juga mempunyai risiko yang rendah.

Faktor-faktor yang meningkatkan risiko kanser rahim termasuklah penggunaan hormon gantian estrogen sahaja (tanpa progesteron), tidak pernah melahirkan anak, putus haid selepas umur 52 tahun, lebih berat badan, darah tinggi, kencing manis serta penyakit lain seperti masalah tiroid dan hempedu.

Penggunaan ubat Tamoxifen, Hiperplasia lapisan dalaman rahim, penyakit keturunan seperti kanser usus juga meningkat risiko kanser rahim.

Anda juga berisiko sekiranya mempunyai haid tidak teratur dan kerap kali tidak datang haid.

Tanda-tanda amaran kanser rahim termasuklah pendarahan selepas menopaus, discaj atau lelehan di antara tempoh haid dan haid yang berpanjangan dengan kehadiran darah yang banyak.

Biasanya doktor tidak menjalankan saringan untuk kanser rahim, tetapi sekiranya disyaki, anda mungkin dikehendaki menjalani ujian-ujian seperti:

“Biopsi endometrial – pensampelan tisu dari dalaman rahim untuk kajian.

“Pemeriksaan ultrasound – terutamanya ultrasound melalui faraj, mengukur ketebalan dinding endometrium.

“Penkuretan dan dilatasi – pangkal rahim di buka, dan dalam rahim disedut ataupun dicalit untuk kajian lanjutan.

“Histeroskopi – penggunaan peralatan optik untuk melihat secara langsung dengan pembesaran imej dan persekitaran di dalam rahim.

Kanser pangkal rahim (serviks)

Ujian saringan PAP dapat mengesan keabnormalan pangkal rahim pada peringkat awal. Ujian lanjutan seperti kolposkopi mungkin dijalankan untuk kepastian. Contoh tisu pangkal rahim diambil untuk kepastian jika ianya kanser rahim.

Puan berisiko tinggi untuk kanser pangkal rahim sekiranya mempunyai infeksi virus HIV (Human Immunodeficeincy Virus), virus HPV (Human Papilloma Virus), sistem imuniti badan yang lemah atau terdedah pada ubat diethylstilbesterol (DES) semasa anda di dalam kandungan (ubat ini tidak lagi digunakan sekarang).

Peringkat awal kanser ini lazimnya tidak menunjukkan sebarang petanda tetapi sekiranya mengalami mengalami masalah berikut, segeralah berjumpa dengan doktor.

“Discaj atau lelehan abnormal melalui faraj

“Pendarahan abnormal melalui faraj

“Pendarahan selepas hubungan kelamin

Sekarang terdapat imunisasi terhadap kanser pangkal rahim yang disebabkan oleh HPV dan ianya dinasihatkan diberikan pada anak-anak perempuan yang berumur antara sembilan hingga 26 tahun. Vaksin ini diberikan dalam tiga dos.

Walaupun divaksinasi, ujian saringan PAP masih perlu dilakukan kerana terdapat beberapa jenis lagi virus HPV yang tidak dapat dilindungi melalui vaksinasi.

Kanser faraj dan vulva

Kebanyakan kanser jenis ini berlaku pada mereka berusia melebihi 60 tahun. Sekiranya anda mengalami perkara-perkara berikut di sekitar alat kelamin, dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor dengan segera.

“Kudis, pembengkakan yang tidak hilang-hilang

“Kegatalan

“Pendarahan yang abnormal

“Perubahan pada kulit-kulit di sekitar, seperti perubahan pada tahi lalat

Perokok dan mereka yang dijangkiti virus HPV berisiko tinggi. Biopsi tisu pada luka-luka yang timbul mungkin perlu diambil untuk ujian saringan lanjutan.

Secara umumnya, terdapat beberapa cara untuk mengurangkan risiko kanser terhadap diri anda seperti:

– Tidak merokok atau berhenti merokok

– Kurangkan pengambilan makanan dengan lemak tepu atau lemak trans

– Banyakkan makanan berserat tinggi

– Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala

– Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari

– Sekiranya anda berkulit cerah atau kurang pigmen kulit, hadkan pendedahan pada cahaya matahari

– Tumpuan dan perhatian pada sebarang perubahan pada badan anda

– Jangan amalkan tatacara serta gaya hidup seksual secara bebas

– Amalkan ujian tertentu yang patut dilakukan pada umur serta julat tahun tertentu

– Kurangkan pengambilan minuman beralkohol.

18 thoughts on “Jenis-jenis kanser yang menyerang wanita

  1. hai, saya berumur 26 tahun dan apa yang saya ingin tahu ialah dibahagian faraj kiri saya mempunyai bonjolan dan ini membuatkan saya khuatir jika ia adalah pentanda awal kanser faraj.adakah ia adalah pentanda awaal kanser faraj?

  2. salam..sy brumur 22 tahun.
    sejak2 akhir ni sy sering cirit birit, rase seperti mecucuk sampai ke perut, kembung.
    Kadang2 bila sy cirit birt sy rasa lemah sangat..
    Sy dptkan rawatan hspita..ujian darah,urin,ogds n ultrasound..semuanya ok. drh putih sy hanya naik sikit sahaja.
    Tp sy msih cirit birit setiap pg..ble pergi check lg bt ctscan..doktor kata ok.usus sy pun x ada masalah..
    tp sy binggung kenapa sy lemah sgt ble cirit birt. tetapi najis sy tiada darah..doktor hanya didagnosis sbg dyspepsia..
    sekarang hampir 3 mggu..najis sy hanya lembut tiada cirit birit. badan kembali sihat tp masih kembung perut dan tidak selesa selepas mkn..masih terasa mencucuk..
    adakah normal doktor??sebelum ni sy rasa x sedap badan dan terasa ingin cirit birt bila bangun pagi..

  3. Perawatan Barah/Kanser/Tumor/Migrain dengan Herba Nusantara
    oleh Guru Tauhid/Tasawuf dengan izinNya.

    Antara klasfikasi Barah utama, di tubuh ialah:
    Ketumbuhan pundi kencing , Darah dan sum-sum tulang) Hematological malignancies
    Leukemia , Lymphoma , Penyakit Hodgkin , Lymphoma bukan Hodgkin , pelbagai myeloma ( Multiple myeloma )
    Tumor otak , Barah payu dara , Barah pangkal rahim ( Cervical cancer ), Barah Kolorectal ( Colorectal cancer )
    Barah esophageal , Barah endometrial (uterus) , Hepatocellular carcinoma (hati) , Tumur gastrointestinal stromal (GIST) ,Barah laryngeal , Barah paru-paru , Mesothelioma,Barah mulut , Osteosarcoma (tulang) , Barah ovari , Barah pancreatik,Barah prostate , Renal cell carcinoma (ginjal) , Rhabdomyosarcoma (otot) , Barah kulit (termasuk benign Tahi lalat),Barah perut , Barah testikular dan Barah thyroid.

    Rawatan barah biasanya melibatkan pembedahan untuk membuang tumor dan nod lymph berhampiran yang
    mungkin dijangkiti barah, digabung bersama terapi radiasi dan ( chemotherapy ). Dua rawatan terakhir
    mensasarkan sel dalam tubuh yang membiak dengan pantas. Ini termasuk sel barah tetapi juga membabitkan
    sel sihat, yang merupakan sebab kesan sampingan yang buruk dari rawatan ini. Antara rawatan nya ialah : –
    Pembedahan , Chemotherapy ,Terapi radiasi , Immunoterapi , Terapi cytoluminescent (CLT) .

    KOS RAWATAN KANSER / BARAH / TUMOR

    Jika di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), rawatan 25 kali radioterapi adalah lebih kurang RM1,500 hingga RM1,750 (RM50 sekali rawatan dan RM500 untuk caj peralatan dan perancangan radioterapi). Jika hospital swasta mengenakan bayaran RM200-500 sehari, kos keseluruhan bagi radioterapi sebanyak 25 kali RM5,000 hingga 12,500.Yang ada, jelasnya, pesakit yang tidak mahu menunggu lebih lama dan pergi ke hospital swasta. Ketika inilah, mereka memerlukan wang yang banyak untuk membiayai sendiri sepenuhnya kos rawatan.

    ADAKAH SEL-SEL KANSER AKAN MATI / MUSNAH SELEPAS RAWATAN RADIOTERAPI SEBANYAK 25x ?
    APAKAH KESAN SAMPINGAN(KEMUSNAHAN SEL SIHAT) YANG PERLU DITANGGUNG OLEH PESAKIT ?

    Sesungguhnya segala penyembuhan dari ALLAH s.w.t , Walaupun menurut kajian rawatan radioterapi
    adalah terbaik bagi pengamal perawatan moden , kami disini juga berusaha dengan ilmu dan akal yang
    diberi oleh Allah s.w.t untuk berkongsi keadah penyembuhan optima tanpa sebarang kimia / bahan asing /
    pembedahan organ yang boleh menjejaskan sistem – sistem badan semulajadi dan iringan doa/wirid
    kepada Maha Pencipta Segala Penyakit(Musibah) dan Maha Memberi Penyembuhan ..
    insya ALLAH ( dengan izinNya )……… amin.

    Adzhar / Pak Syeikh Ramli
    013 3622787 / 012 2427087
    Info : http://www.flickr.com/photos/lemanspring/4085899366/sizes/l/

    Sila panjangkan risalah ini..mungkin ada insan dapat kita bantu
    Insya Allah anda mendapat keberuntungan dari Yang Maha Esa.

    Wa-Sallam

  4. hai,saya berusia 25 tahun dan sudah berkahwin,masalah saya ialah ketika bersama suami saya terasa ngilu dan sakit,tiada sebarang pendarahan ketika bersama,saya pernah merasa di dalam vaginal terdapat ketulan,jadi saya ingin tahu apakah ketulan itu dan bahayakah?apa yang harus saya lakukan?adakah ia menjejaskan saya untuk memgandung?

  5. sekarang umur saya da nak masuk 31thn da berumatangga sejak 2007. masalah saya sekarang, sebelum ini bila bersama suami saya merasa sakit di bahagian bawah perut tetapi sekarang rasa sakit itu sudah berkurangan dan timbul pula masalah baru iaitu, lendir yang keluar dari kemaluan dan adakalanya berbau hanyir dan busuk. keadaan ini amatla tidak menyenangkan saya dan setiap hari saya mesti gunakan panty liner.

  6. hai,saya ingin bertanya bagi pihak esteri saye,bila saya bersama saya rasakan ada benjolan kecil didalam faraj iisteri saye.tetapi bila saya bersama isteri tidak merasa sakit ditempat benjolan itu. adakah ia merbahaya di masa akan datang.

  7. kalau ada masalah kanser dapat produk transferfactor dari 4life.. sangat bagus.. produk ni merangsang tubuh untuk kembali sihat.. aku tak jual.. pati benda bagus ni sebar sebarkan laaa…

  8. hai, saya mengalami masalah haid yang lama, iaitu antara 10-14 hari setiap bulan. Haid hanya akan berhenti selama seminggu, selepas itu, saya akan mengalami haid lagi. Kitaran haid saya tetap tetapi ia akan datang setiap 21 hari drp hari pertama saya haid. cthnya, jika saya haid pada 1hb, saya akan terus haid hingga 14hb. Kemudian, pada 21hb saya akan haid semula. Utk kitaran haid seterusnya saya akan kira 21 hari dr 21hb tadi. Selalunya kiraan saya tepat. boleh nasihatkan apa yg tak kena dgn badan saya?

  9. hai, saya berusia 25thn. boleh saya tahu jika sy mahu melakukan ujian ultrasound utk breast cancer, di mana ye sy boleh buat? klinik2 kerajaan/swasta mana yg ada bg kawasan Selango terutamanya Ampang? dan berapa bayaran yg dikenakan? tq

  10. Hai,sy nur..smenjak sy melahrkn anak pertma sy myusu badan seqingga la sy mgandung anak ke2..sy myusu kn anak smentara sy mgandungkn anak kedua tanpa d sedari bhagia payudara sy ketumbuhan tahi lalat yg se akan benjolan kecil dan apabila d picit terasa skit,bkn d payudara saja bhkn d bhagian pingul kanan sy pun ada tahi lalat yg serupa mcm d bhagian payudara sy..sy mau tanya apakah itu petanda awal kancer?

  11. Hai,sy nur..smenjak sy melahrkn anak pertma sy myusu badan sehingga la sy mgandung anak ke2..sy myusu kn anak smentara sy mgandungkn anak kedua tanpa d sedari bhagia payudara sy ketumbuhan tahi lalat yg se akan benjolan kecil dan apabila d picit terasa skit,bkn d payudara saja bhkn d bhagian pingul kanan sy pun ada tahi lalat yg serupa mcm d bhagian payudara sy..sy mau tanya apakah itu petanda awal kancer?

  12. hai saya sudah 6 tahun mendirikan rumahtangga dan memiliki seorang cahaya mata.masalah saya ialah di dalam faraj sebelah kanan terdapat bonjolan yang menyakitkan.adakah itu petanda kanser?

  13. sya slalu berasa hendak buang air besar..tetapi rsa sempit di slur dubur..menyebabkn njis sya sukar hendak keluar..kdg2 najis brbntuk bulat kecil,kdg pnjng ..sya berumur 23 tahun..tidak mengalami skit perut.sya sering kentut…dan perut sya kerap mengeluarkn bunyi walupn sudah mkn apakah sya mnghdap knser usus

  14. Eha
    Saya berusia 41 tahun mempunyai 3 org anak,lebih kurang 3 bulan saya sering rasa sakit di dalam bahagian bawah rusuk kiri, rasa sakit tersebut sekejap ada sekejap hilang, biasanya setiap hari akan ada rasa sakit. Apakah punya penyakit tersebut dan gejala saya alami adalh menunjukkan simptom penyakit apa? Bahagian sebelah kanan perut bila saya baring mengiring ke kiri terasa ada ketulan, ia ada sejak 4 tahun yg lepas dan saya dapati saiznya sudah bertambah, kadang kala dia menyebabkan rasa sakit/sengal. Apakah ketulan tersebut, bagaimana cara mengesan jenis ketulan tersebut?

      • sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.andai 4 cm sel ketumbuhan kanser.bajet 6 bulan untuk sembuh sepenuh nya.andai 8 cm ketumbuhan.bajet 8 hinga 10 bulan untuk sembuh sepenuh nya.insya allah. memusnahkan dan mematikan sel sel kanser.. harga cuma rm180 tetapi herba warisan ini terlalu berkesan dan saya jamin tuan tuan dan puan puan akan terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh…daun daun herba warisan terpilih memang tidak akan jumpa di mana mana.percaya lah.. .. .merawat dan membaik pulih…jangan biar sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik di rawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia…herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi… sy cma bntu membantu…sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa…penawar nya telah ada…hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh…jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid…orang ada kanser…saya akan membantu merawat hingga sembuh Penawar kanser dan herba: Saya juga akan membantu anda memberi nasihat dan motivasi bagai mana untuk hadapi kanser..cara2 utk bdepan knser..pemakanan..dan nasihat2 utk anda..pada anda kanser adalah petama dalam hidup…pada sy yg dh jumpa ramai pesakit..munkin kita bley bkongsi pendapat n bgai mna hendak merawat sampai sembuh..sy hulur kn tangan pd anda..sambut lh sebelum telambat..ramai pesakit sy sudah sembuh.anda bila lagi….hubungi atau wasup kan saya dengan segera.0174687570 mohd zuhairi NAMA SYARIKAT SAYA…..JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI

Tinggalkan Jawapan kepada AZ Batal balasan