Petua Rumahtangga Bahagia

Oleh: Ustaz Asmungi Sidek

1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.

5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.

13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga – merapatkan hubungan dan kemesraan.

23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.

11 thoughts on “Petua Rumahtangga Bahagia

  1. hai..salam semua,
    Selain perkara-perkara di atas, pada pendapat saya, isteri harus juga selalu menjada penampilan diri, bersikap manja selalu dengan suami dan menjaga ‘dalaman’ supaya sentiasa sihat dan tetap disukai suami….. banyak makanan herba seperti jamu-jamu yang sesuai digunakan. Saya selalu mengamalkan jamu untuk kesihatan dalaman juga berendam setiap kali selepas habis haid juga berendam sekejap sebelah pagi apabila berhubungan intim dengan suami pada malamnya, kebaikannya ialah untuk menjaga kebersihan di dalam badan. Terdapat herba yang digunakan untuk rendam tersebut. Makan jamu juga mengekalkan bentuk badan dan otot-otot badan dari kendur. INi terbukti sebab saya sudah gunakan berbelas tahun dan kawan2 sering memuji potongan badan saya macam anak dara. Kawan-kawan sering bertanya petua dan cara diet saya. Maaf, bukan nak memuji diri tapi mungkin berguna kepada kita semua. Suami pun selalu puji, ini yang buat saya gembira dan bersemangat untuk menjaga badan…biarlah rupa kita tak berapa cantik tapi kalau badan seksi, suami tak akan jemu. Saya akui, biarpun anak sudah remaja, ada orang sangka saya masih belum ada anak kerana badan tak macam orang dah kawin!!….jadi kepada isteri-isteri yang masih muda tu, jangan takut untuk makan jamu kerana banyak kebaikannya! Ini untuk kebahagiaan rumahtangga juga! Juga amalkan pengambilan kalogen 2 biji setiap hari, kalogen juga mampu mengekalkan keanjalan otot tubuh badan kita!

  2. gee…saya pakai jamu brand ‘martina’, beli kat cosway, jamu rapat dan awet ayu…jamu perawatan wanita mustika ratu pun bagus, tak payah makan banyak, dah ada semua sekali..jamu mustika ratu ni saya amalkan dari sejak kawin hingga anak ke 3, lepas tu beralih ke martina bertho pula sebab dulu susah nak dapatkan bekalan mustika ratu kat sini …. sebenarnya apa-apa jamu pun boleh, sekarang ni jamu binari pun ada…tapi yang penting mestilah ada KELULUSAN KEMENTERIAN KESIHATAN! Kalau makan jamu ni kena makan banyak buah2 an dan minum air mati ( 8 – 10 gelas sehari). Jamu rendam saya pakai jamu martina. Untuk pengetahuan, jamu martina memang sangat berkesan…payu dara tak kendur, punggung pun tak jatuh! Suami pernah kata, badan saya masih macam baru kawin !! he he … kalau perut buncit, makan jamu seri badan, tapi kurangkan makanan lemak dan rajin buat sit up, bila dah okay, berenti la makan jamu ni, tapi jamu yang lain kena teruskan.

  3. Salam Nazrida,

    Nak lebih detail jamu rendam tu and jamu untuk perut buncit. Saya gemar minum teh tarik, ia pengalak buncit ker?

  4. Info ini memang bagus. Boleh diamalkan untuk kebahagian rumahtangga berpanjang. Si ieteri memang seharusnya menjaga keterampilan diri. Contohnya Kurus dan Langsing. Di http://www.petuanenek.net ada beberapa tips untuk kekal kurus dan langsing selain daripada penggunaan pil kurus atau jamu… cuba2lah jenguk ye..

  5. ustaz bagaimana nk kembalikan kebahagiaan rumahtagga tu..sy sering betengkar dgn suami ..suami sy tidak pernah jujur dgn sy..blakag sy sering melayan pompuan ..sy xtahu apa lagi hendak lakukan

Tinggalkan komen