Amalan Bertungku Bantu Pulihkan Perjalanan Darah

Amalan Bertungku Bantu Pulihkan Perjalanan Darah

Sebenarnya bertungku mempunyai banyak kebaikan. Antaranya bertungku elok untuk membetulkan perjalanan darah, memanaskan badan si ibu serta merawat beberapa penyakit. Malah ia juga dapat memecahkan darah beku.

Terdapat dua kaedah bertungku; Tungku refleksiologi yang menggunakan batu gunung berapi dan bertungku badan menggunakan batu sungai. Tungku refleksiologi diletakkan di tapak kaki kerana tapak kaki merupakan pintu kepada organ-organ penting badan kita. Dengan meletakkan tungku pada tempat yang betul ia dapat merawat rahim dan organ badan yang lain.
Bertungku
Selalunya bertungku dilakukan setelah ibu selesai berurut di awal pagi dan di waktu petang sebelum mandi selama 45 minit. Bagi yang bersalin secara pembedahan, tunggulah luka anda pulih sebelum menjalani rawatan bertungku.

Cara-cara Bertungku

Batu tungku dipanaskan lebih kurang selama 30 minit. Setelah itu, dibalut dengan beberapa lapisan kain yang telah diletakkan daun mengkudu. Setelah dibalut dengan rapi, hujungnya diikat dengan ketat supaya tidak terburai.

Bahagian Badan Yang Perlu Di Tungku

Bahagian peranakan ditungku bagi mengecutkan peranakan yang membesar sewaktu mengandung. Bertungku di bahagian ini perlu berhati-hati. Bahagian badan yang perlu ditungku ialah bahagian dada, ulu hati, tengkuk, ketiak dan belikat. Bertungkuk dibahagian ini dilakukan ketika ibu terbaring.

Tungku diletakkan disekitar buah dada dengan perlahan-lahan supaya darah mengalir dengan baik, mebolehkan air susu keluar lancar. Selepas itu berpindah ke bahagian ulu hati. Tujuannya untuk memecahkan angin di bahagaian perut dan ulu hati. Kemudian beralih ke bahagian kanan ketiak kanan dan kiri. Setelah itu barulah ke bahagian belikat kanan dan kiri untuk beberapa minit.

Di bahagian tengkuk, bertungku dilakukan dengan meletakkan tungku di bawah tengkuk seperti menggunakan bantal. Bahagian ini perlu ditungku untuk memulihkan perjalanan darah di bahagian kepala dan leher.

Di bahagian bawah pinggang pula, anda perlu menungku bahagian betis, peha, punggung, pinggang, pelipat, pergelangan kaki dan tapak kaki. Ia memakan masa selama 15-20 minit. Pada bahagian terakhir, iaitu di tapak kaki, kaki dirapatkan menjadi satu kemudian digerakkan ke hadapan dan kebelakang, atau dengan menggolek-golekkan tungku kehadapan dan ke belakang sekiranya tungku itu berbentuk bulat atau bujur. Biarkan tungku berada di bahagian ini sehingga sejuk.

Waktu yang sesuai untuk bertungku ialah pada waktu pagi, iaitu sebelum matahari naik dan pada waktu petang, selepas waktu asar. Tetapi bertungku boleh juga dilakukan sewaktu badan terasa sejuk-sejuk atau terasa tidak selesa akibat perjalanan darah tidak lancar. Tungku perlu dibakar semula sekiranya telah sejuk.

Cara selamat seks ketika hamil

Cara selamat seks ketika hamil

Hubungan seks adalah keperluan bagi pasangan yang bergelar suami dan isteri. Namun bagaimana jika isteri sedang hamil?

Apakah perkara-perkara yang harus diberi perhatian?

Setiausaha Agung Pengurus Kebangsaan Persatuan Seksologi Indonesia (ASI), Dr. Bona Simanungkalit menjelaskan bahawa wujud dua pandangan berhubung perkara ini. Pertama, beberapa pakar berpendapat sebaik-baiknya air mani atau sperma tidak dikeluarkan di dalam faraj pada tiga bulan pertama (trimester pertama) dan tiga bulan terakhir (trimester ketiga) kehamilan.

Alasan bagi pendapat itu ialah sperma mengandungi prostaglandin yang boleh melebarkan mulut rahim atau serviks. Keadaan ini dikhuatiri akan mengakibatkan keguguran,” jelas doktor yang berpejabat di Puri Matahari Persada di Jalan Laladon Raya, Bogor.

Pendapat kedua mengatakan hubungan seksual ketika hamil boleh dilakukan pada bila-bila masa asalkan kedua-dua pihak mahu melakukannya. Suami tidak harus memaksa isteri untuk melakukan hubungan seks sekiranya si isteri tidak mahu. Kesimpulannya, hubungan seks boleh dilakukan asalkan kedua-dua pihak berasa selesa.

“Pendapat saya pula bergantung kepada keadaannya,” ujar doktor Bona. “Sekiranya wanita yang hamil itu tidak sihat dan sering keguguran, si suami dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan air mani atau sperma ketika melakukan seks.”

Apakah kesan sperma itu boleh diselesaikan dengan penggunaan kondom? Sudah tentu. Namun doktor yang pernah mengikuti pengajian Seksologi di Fakulti Perubatan Udayana, Denpasar ini berkata, tidak semua lelaki mahu memakai kondom ketika melakukan hubungan seks.

Justeru setiap wanita hamil harus berjumpa doktor, bukan hanya untuk memantau keadaan kandungannya tetapi juga bagi mendapatkan nasihat berkaitan seksualiti. Jika perlu, berjumpalah dengan pakar psikologi kerana wanita yang baru pertama kali hamil biasanya tidak selesa dengan perubahan pada tubuhnya. Selain dapat mengetahui tentang keadaan dan perkembangan kehamilannya, dia juga boleh mendapatkan pandangan doktor mengenai hubungan seks yang selamat.

Menurutnya lagi, hubungan seks ketika hamil adalah bermanfaat kerana kehidupan seks adalah keperluan naluri setiap makhluk hidup. Melakukan hubungan seks adalah hak bagi setiap pasangan suami isteri, dan selesa menikmatinya dengan penuh kasih sayang.

Namun Dr. Bona mengakui bahawa ada lelaki yang enggan melakukan hubungan seks ketika kandungan isterinya semakin membesar. Tanpa disedari sikapnya itu boleh menyinggung perasaan isteri.

“Cuba bayangkan, bagaimana perasaan isteri apabila suaminya mengelak daripada melakukan hubungan seks?” katanya.
Menyentuh tentang posisi ketika melakukan hubungan seks, “Sebaik-baiknya pilihlah kedudukan yang selesa untuk ibu yang sedang hamil. Misalnya, kedudukan yang selesa agar perutnya tidak tertekan.”

Melakukan hubungan seks tidak akan memberi kesan pada bayi yang dikandung kerana di dalam perut ibu, bayi selamat dilindungi air ketuban. Hubungan seks juga tidak akan meninggalkan tompok sperma pada tubuh bayi, seperti sangkaan ramai orang.

Cara selamat seks ketika hamil

Sepanjang tempoh kehamilan ketika kedudukan kepala bayi masih di atas hubungan seks secara selesa masih boleh dilakukan. Namun apabila kepala bayi sudah berada pada kedudukan yang sesuai untuk kelahiran atau laluannya sudah terbuka, maka sebaik-baiknya elakkanlah daripada melakukan hubungan seks.

Justeru tiada masalah untuk melakukan hubungan seks ketika hamil, kerana ada cecair ketuban yang dapat melindungi bayi dalam kandungan. “Tetapi, apakah kita masih mahu melakukan hubungan seks sedangkan bayi yang dikandung bakal dilahirkan pada bila-bila masa? Seelok-eloknya, tunggulah dulu sehingga bayi itu selamat dilahirkan,” ujar Dr. Bona.


Rahsia Pikat Nafsu Suami. Nak tau, sila klik sini


Rahsia Tambat Nafsu Isteri. Nak tau, sila klik sini


Rahsia Cepat Membaca. Nak tau, sila klik sini

Melakukan Hubungan Seks Selepas Diserang Sakit Jantung

Melakukan Hubungan Seks Selepas Diserang Sakit Jantung

Jika pasangan atau mungkin anda sendiri pernah diserang sakit jantung, mungkin anda atau pasangan khuatir malah mengelak daripada melakukan hubungan seks.

Banyak pasangan membatalkan niat untuk melakukan hubungan seks kerana bimbang diserang sakit jantung di tempat tidur, atau kurang keyakinan diri apabila melihat bekas jahitan pembedahan jantungnya.

Keadaan seperti ini tidak seharusnya membuatkan anda risau. Anda dan pasangan boleh kembali melakukan aktiviti seksual dengan selamat selepas beberapa minggu diserang sakit jantung, dengan syarat tidak berlaku komplikasi.

Peluang diserang sakit jantung semasa aktiviti seksual amat kecil justeru anda tidak perlu terlalu bimbang. Cuba dapatkan nasihat doktor jika anda atau pasangan berasa yang keyakinan diri semakin berkurang.

Perkara-perkara berikut harus dilakukan jika anda dan pasangan memutuskan untuk kembali memulakan aktiviti seksual:

– Berbicara dari hati ke hati dengan pasangan, tentang perasaan dan kebimbangan anda.
– Melakukan aktiviti seksual hanya apabila anda dan pasangan dalam keadaan tenang.
– Kerap beriadah juga dapat meningkatkan kekuatan fizikal pesakit jantung. Apabila tubuh sihat, seseorang dapat melakukan pelbagai aktiviti fizikal dengan lebih baik, termasuk aktiviti seksual.

Elakkan perkara-perkara berikut apabila anda dan pasangan melakukan aktiviti seksual:

1. Viagra dan ubat-ubat disfungsi erektil lain tidak boleh diminum bersama ubat jenis nitrat (seperti nitrogliserin, isosorbida dinitrat dan isosorbida mononitrat). Kombinasi kedua-dua jenis ubat ini boleh merendahkan tekanan darah ke tahap berbahaya sehingga mengakibatkan sakit kepala sebelum akhirnya pengsan.

2. Penyekat Beta. Ubat-ubat jenis ini digunakan untuk merawat darah tinggi dan masalah jantung yang lain. Ubat-ubat jenis ini boleh meningkatkan risiko disfungsi seksual baik pada wanita mahu pun lelaki, terutamanya jika diambil dalam dos yang tinggi. Dalam kata lain, ubat jenis ini akan membuatkan anda dan pasangan tidak berkeinginan melakukan seks.

3. Berhentilah, jika anda atau pasangan berasa nyeri di dada, nafas termengah-mengah atau degupan jantung tidak tetap ketika melakukan aktiviti seksual.

Akan tetapi, pesakit yang berisiko tinggi perlu lebih berhati-hati. Pesakit yang mengalami komplikasi akibat serangan sakit jantung seperti kegagalan jantung, memerlukan rawatan tambahan.

Dalam keadaan ini pesakit disyorkan agar tidak melakukan aktiviti seksual sehinggalah rawatan tambahan berjaya mengurangkan risiko sakit jantung. Pesakit juga amat disyorkan untuk mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu, jika ingin memulakan kembali aktiviti seksualnya.

Sumber: http://www.MeetDoctor.com

Gejala seks bebas jadi ancaman terbesar jangkitan HIV

Statistik HIV semakin meningkat

Kira-kira 3,000 hingga 3,500 kes baharu jangkitan HIV direkodkan setiap tahun sejak 2002 dengan gejala seks bebas menjadi ancaman terbesar terhadap peningkatan jangkitan virus itu dalam kalangan remaja sekarang.

Pengarah Eksekutif Yayasan AIDS Malaysia, Jasmin Jalil berkata, berikutan perkembangan yang membimbangkan itu, pihaknya sedang mempergiatkan usaha me­ngadakan kerjasama dengan sekolah dan institusi pengajian tinggi awam dan swasta di bawah program Kelab Reben Merah untuk mendekati golongan remaja bagi meningkatkan kesedaran mereka terhadap HIV/AIDS.

Menurutnya, berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan sehingga Disember 2013, sebanyak 101,672 rakyat negara ini dikesan dijangkiti virus HIV dengan 1,076 daripada­nya adalah kanak-kanak yang berusia 13 tahun ke bawah.

Beliau berkata, kebanyakan kanak-kanak itu dijangkiti virus HIV daripada ibu sejak dalam kan­dungan disebabkan ibu mereka tidak mengambil sebarang ubat semasa hamil untuk mengelakkan jangkitan.

“Mengikut statistik tersebut, pada 2013 sahaja sebanyak 50 kanak-kanak dikesan dijangkiti virus HIV selain 52 orang pada 2012 dan 65 orang pada 2011.

“Sehingga Disember 2013 juga sebanyak 16,340 kematian disebabkan jangkitan HIV dicatatkan,” katanya

Program yang disertai seramai 250 peserta itu dianjurkan bagi mengutip dana untuk membantu golongan HIV/AIDS di negara ini dan sebanyak RM5,030 berjaya dikumpulkan sebelum diserahkan kepada Yayasan AIDS Malaysia.

Menurut Jasmin, sejak 2010, sebanyak 70 peratus daripada kes baharu yang dikesan melibatkan wanita yang dijangkiti hasil hubungan seksual dengan suami yang positif HIV dan nisbah terkini antara lelaki dan perempuan adalah empat lelaki bersamaan seorang perempuan (4:1) berbanding pada 2002 iaitu 10:1.

“Jika dahulu kebanyakan penghidap HIV dijangkiti melalui perkongsian jarum dalam kalangan penagih dadah tetapi kini seks bebas ancaman terbesar terhadap remaja,” ujarnya.

Restoran Gobang Maju saji gulai patin tempoyak

Restoran Gobang Maju saji gulai patin tempoyak

Kaya dengan khasiat tersendiri, ikan patin Sungai Pahang adalah antara menu masakan yang mempunyai identitinya tersendiri.

Apatah lagi jika dimasak dengan resepi tradisi turun-temurun. Sebab itu tidak menghairankan kebanyakan kedai yang menghidangnya senantiasa dipenuhi oleh penggemar ikan ini.

Untuk itu bagi peminat ikan patin masak tempoyak yang dahulunya hanya boleh didapati di sekitar daerah Temerloh, Pahang kini mereka boleh menikmatinya di ibu kota.
gulai tempoyak ikan patin
Restoran Gobang Maju yang telah membuka cawangan pertamanya di Taman Seri Rampai, Setapak sedia menerima pengunjung terutama peminat masakan asli negeri Pahang.

Dibuka sejak penghujung November lalu, restoran ini menyediakan sajian masakan gulai patin tempoyak yang menjanjikan satu kepuasan tanpa perlu menempuh perjalanan jauh.

Menurut Pengurus Restoran Gobang Maju, Muhamad Rizal Muhamad Rosely, beliau yang berpengalaman 20 tahun dalam industri sajian makanan menyifatkan pembukaan cawangan ini adalah sesuatu yang amat istimewa.

“Tujuan utama pembukaan cawangan ini adalah untuk memudahkan pelanggan menikmati masakan (patin tempoyak) tanpa perlu keluar dari Kuala Lumpur selain tergesa-gesa kerana mengejar masa.

“Saya akui ada pelanggan kebanyakannya datang dari luar Temerloh semata-mata untuk menikmati hidangan ini”, jelasnya.

Restoran pertama mereka di Temerloh sudah beroperasi selama empat tahun sebelum membuka cawangan di sini.

Malah chef utama, Farhan Marzuki didatangkan khas dari Temerloh dan mampu menyediakan masakan panas bermula dari pukul 11 pagi sehingga waktu tamat operasi sekitar 11 malam.

Muhamad Rizal menambah, keistimewaan masakan ikan patin tempoyak ini menggunakan bahan-bahan segar yang dibawa khusus dari Pahang tanpa sedikit pun mengubah cita rasa sebagaimana restoran miliknya yang pertama.

Mengakui bahawa ikan patin mempunyai beberapa spesies tetapi beliau membawa ikan patin dari sangkar ternakan di Sungai Pahang.

“Saya tidak menafikan bahawa patin adalah spesies liar dan ada juga diternak di dalam kolam tetapi apa yang saya sajikan adalah patin bersaiz sama.

“Tujuannya bagi memastikan setiap hidangan mempunyai rasa yang sama selain memudahkan urusan penetapan harga jualan” jelas Rizal.

Restoran Gobang Maju boleh menempatkan seramai kira-kira 200 pelanggan pada satu-satu masa di waktu siang. Manakala sebelah malamnya pula bertambah sehingga 250 orang.

Persekitaran kawasan restoran juga luas dan cukup selesa lengkap kemudahan surau serta ruang lot tempat letak kereta.

Selain masakan gulai patin tempoyak, pelanggan juga boleh memilih paih patin bakar atau talapia yang dihidangkan dengan tempoyak.

Gulai daging, udang, ayam goreng berempah, keli goreng, kembung, kerisi adalah antara makanan lain yang disediakan selain pelbagai pilihan ulam-ulam segar dan sayur goreng. Dalam pada itu, Restoran Gobang Maju juga menjual tempoyak segar yang dibawa terus dari Temerloh.

Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh dibuat menerusi telefon 019-9569696/019-9625445.