Apabila suami tak romantik

Biasanya saya dengar suami mengeluh kerana isterinya tak romantik setelah berkahwin dan mempunyai anak. Dengan alasan tersebut mereka akan mencari orang ketiga untuk mengisi kekosongan di hati.

suami tak romantik

‘‘Jadi saya nak tanya pembaca semua jika keadaan terbalik, suami pulak tidak romantik setelah berkahwin dan mempunyai anak, apakah patut si isteri mencari pengganti baru atau kekasih untuk mengisi kekosongan di hati?’’ Demikian pertanyaan Norjaslina dalam emelnya kepada penulis.

‘‘Suami sering menyalahkan isteri tak romantik, tak pandai layan suami, tak tahu bersolek, badan berbau, pakaian di rumah buruk. Semua masalah itu menjadi punca mereka cari kekasih. Tetapi pada saya suami juga teruk perangai serta busuknya bau badan mereka.

‘‘Macam suami saya, sejak mula bercinta macam nak matilah kita raikan hari lahirnya, dia haram tak pernah ingat hari lahir saya. Alasannya terlupa. Waktu bercinta apa juga alasannya saya terima. Kerana sayang konon.

‘‘Tetapi sekarang dah lebih 10 tahun berkahwin, alasannya masih sama juga. Percaya tak kalau saya katakan dia tak pernah belikan saya hadiah langsung untuk hari lahir saya. Bila saya tanya dia kata buat apa membazirkan duit.

‘‘Suami saya Fikri ni bukan setakat lupakan hari lahir saya, ulang tahun perkahwinan pun dia tak pernah ingat. Bila saya tanya tak ada kad ke dia kata, ‘‘Buat apa beli kad mulut ada ucaplah sendiri!’’ ‘‘Sekarang saya nak dengar ucapan dari mulut abang!’’ Dia kata, ‘‘awak dah ingat tu kira samalah tu’’ Aduh sakitnya hati.

Begitulah hati dan perasaan Fikri sejak dari mula kami kahwin hinggalah sekarang. Agaknya kalau panjang jodoh kami sampai saya mati pun dia tak akan belikan alasannya terlupa.

‘‘Biasanya tiap-tiap tahun saya akan ajak dia makan kat luar atau saya masak special untuk raikan ulang tahun perkahwinan kami, dia boleh tanya: ‘‘Buat apa makan kat luar. Saya pulak terpaksa bagi tahu hari ini ulang tahun perkahwinan kita.

Istimewa

‘‘Hairannya bila saya raikan hari lahirnya dia tak kata pun membazir bila saya beri dia hadiah istimewa. Dia kata terima kasih. Senyum sampai telinga.

‘‘Sekarang bila anak-anak dah besar bila saya ingatkan dia hari lahir saya, maka dia akan panggil anak-anak suruh nyanyi lagu selamat ulang tahun. Lepas tu dia akan buat ucapan menyakitkan hati saya, ‘‘dah semakin tua you sekarang ya’’.

‘‘Bila saya tanya mana hadiah dia akan membebel, tak ada duit. Kalau saya minta hadiah juga dia akan hulur duit RM30 atau RM50. ‘‘Hah awak ambillah duit ni belilah hadiah apa awak suka.

‘‘Saya bukanlah romantik sangat, tetapi saya akan periksa apa keperluannya, sama ada dia perlu baju baru, tali leher, pewangi, kasut atau apa sahaja yang dia suka. Bila dapat hadiah senyum sampai telinga.

‘‘Tapi kalau raikan hari lahir saya dan anak-anak dia mula kata membazir. Bukan saya buat minta duit dia. Tambah pelik dia tak pernah ingat hari lahir anak-anak apa lagi saya. Agaknya dia kedekut, takut kami minta belikan hadiah.

‘‘Mulai tahun ini saya dah buat keputusan muktamad, saya tak akan raikan hari lahir Fikri lagi, kerana dia tak pernah ingat hari lahir saya atau ulang tahun perkahwinan kami. Tapi untuk anak-anak saya akan tetap raikan, bukan nak buat parti besar-besaran, cukup sekadar kami anak beranak.

Pada saya meraikan hari lahir atau ulang tahun perkahwinan adalah untuk menimbulkan rasa ceria dan gembira dalam keluarga.

‘‘Kesan daripada tindakan saya tidak meraikan hari-hari yang bermakna ini mungkin perasaan kasih sayang antara kami semakin jauh, cinta kami semakin hambar dan jiwa saya semakin kosong. Jadi apa lagi yang tinggal kalau jiwa dah hambar dan tidak menggembirakan lagi?

‘‘Kebanyakan suami berfikiran apabila sudah jadi isterinya sama ada suka atau tidak wanita itu akan terus jadi isterinya. Jadi tak payahlah nak jaga hati dan perasaan isteri. Pada saya itu satu perangai buruk suami tak tahu menilai dan menjaga hati isteri.

‘‘Satu lagi perangai buruknya tak suka kalau kawan atau jiran kita datang ke rumah dia akan tunjukkan perangai buruk menengking dan memarahkan anak-anak dengan suara amat kasar depan tetamu.

‘‘Tujuannya supaya kawan saya segera balik, jadi tak dapatlah saya nak berbual dengan tetamu. Pernah Fikri kata kawan pejabat habis kat pejabat, jiran cukup sekadar bertanya khabar bukan nak datang ke rumah mengganggu aja. Itulah perangai buruknya membuat jiwa saya lebih tertekan .

‘‘Sebenarnya banyak lagi perkara buruk yang dilakukannya yang membuat jiwa saya tertekan. Hingga sampai satu peringkat saya fikir lebih baik saya tak ada suami, namun untuk menjadi ibu tunggal dengan 3 orang anak bukan mudah, sebab itu saya terpaksa sabar dengan perangai buruknya. Tapi sampai bila saya mesti sabar?’’

Demikian cerita Norjaslina panjang lebar tentang masalah yang dihadapi.

Namun apabila berdepan dengan suami seperti ini, peranan isteri amat penting, cuba cari dan fikirkan perangai baik yang tersembunyi dalam diri suami anda yang perlu anda beri pujian, lama kelamaan mungkin dia boleh berubah, semoga anda terlepas daripada tekanan yang menyiksa jiwa.

ARKIB UTUSAN : 20/08/2010

80 thoughts on “Apabila suami tak romantik

  1. Buat apa nak raikan hari jadi. Itu amalan jahiliah. Nabi tak pernah raikan hari jadi sesiapa.

    Orang yang pertama yang diketahui menyambut hari jadi ialah Firaun.

  2. Di hari lahir kite, banyakkan amal ibadat dan sedekah. Kirimkan AlFatihah kepada Ibu yang telah bersusah payah payah mengandung dan melahirkan kite. Banyakkan sedekah niatkan pahla untuk ayah dan ibu. Ini membuatkan kite bertambah insaf dan sedar dari mana asal usulnya kite, tak sombong dan bongkan, tak jadi anak durhaka. Itu tahap minimum lah. yang baiknya setiap hari dan saat doakan ibu-bapa kite supaya Allah reda kepada mereka dan dimasukkan syurga….

  3. hmm…aper nak kisah sgt pasal nak sambut2 besday..yg penting suami brtanggungjawab ok jer..kiter jadi is3 ni kena ikut rentak suami..kalau dia x romantik..sama jer laa layan jer..saya dah kawin lebih 18 tahun..mula2 kawin tu beri laa hadiah hari lahir kt suami.. mahal lagi..its ok seikhlas hati..tapi bila tiba hari lahir saya dia lupa ke atau buat2 lupa..hadiah pn x der..saya x kecil ati pn..sbb pemberian saya buka untuk minta balasan..pas tu.sampai laa sekarang saya pn x pernah nak bagi hadiah lagi..cukup sekali tu jer..besday ker..ulangtahun perkahwinan ker..x pernah ingat dahh..x kisah..bahgia gak coz suami baik..penyayang..rajin membantu..brtimbangrasa..cuma bukan cara dia nak bagi2 hadiah hari lahir..sama2 terima seadanya..bukan brmakna dia x sayang..cume x pandai nak tunjuk…hehe..its ok..jgn di layan sgt perasaan sendiri tu..dlm hidup nie bukan semua yng kiter ingin kan tu dapat..btul x kawan2..byee

    • betul,betul,betul…konsep bahagia tu luas….banyak cara boleh dicari…carilah dengan mata hati…insya allah kita akan perolehi dan kecapi…

  4. ape da..pasal tak bagi hadiah sampai nak “tunjukkan keaiban suami” dalam internet nie..tak patut betol..berdosa besar tu..kalau dah laki x nak bg hadiah..x payah la isteri bagi jugak..kan senang..same2 x dapat hadiah..huhu

    • bukan bukak keaiban..sekurang2nye dia buat pendedahan kepada ramai lagi kaum isteri yg di take for granted!! bila dah disuarakan kat suami dia buat tatau.. then we need another place to throw out our heart!! kadang-kadang a wife perlu jugak rasa dihargai.. nie husband buat mcm tak nmpk saja.. mmg laa kadang2 tu husband dah cukup baik di mata kita

  5. memang benar kebanyakan lelaki sengaja berbuat begitu kerana egonya yang mendalam dan tak pernah ikut sunnah nabi kita s.a.w. puan banyaklah bersabar mungkin dia ada sesuatu yang sedang dia alami seperti suasana di tempat kerja atau pun ada buah hati yang lain selelunya lelaki akan menyangai isterinya dengan ikhlas. Ikutilah petua ini kawinlah dengan orang benar2 yang menyangi kita dan jika kita berkahwin dengan orang yang kita terlalu sayang inilah padadnya biar sakit dimata jangan sakit di hati sekian

  6. sy trut bersedih dgn luahan awk..x sgka sy pon mngluarkn air mta..sy pon mengalami perkara yg sm…tpi sy bkn nk kan hdiah..juz nk d ingti trkh sy lahir ke dunia..sy x mnta pon d ingti org lain..ckup la suami sya..tpi malangnya yg lupa suami sendiri..dulu msa bercinta x pnh lupa…jdi sy fhm prsaan awk..hrp awk byk2 bersabar..

    • yup sy pun merasakan bnda yng sama,… walaupun msih couple.. x alami lgi alam perkhwinan… tp kenapa sukar dia nk fham ati kecil kita…kita merajuk pun dia biarkan,… hmm bila ditanya syng ke x,.. dia ckp syg,, tp mna syg tu,,, perempuan ni suka kasih syg yg ditunjuk walaupun kecil pemberian tu dia dh rsa… dihargaii…
      tu nma nya hati perempuan,., bru ati perasaan tu tenang n bhgia…bila dh dapt kebhgian ati bru lah kelangkah strusnya,,dia nk kita jga hatinya… tp hati kita dia x tahu nk menjga,.. mntak kita jgn pkir bukan2 tp ada ke dia buat kita yakin ngn dia,… hmm tah laa… susah bila kita kenal ngn lelaki yg x memahami ni…. always kita akan memedam rsa n makan ati …. sbb dia xkan jdi apa yng kita nk,, klo yg dah brkahwen tu… telan jelaa….n bersabar… mgkin syg dia mcam lain… kita x tau kn.. so kena trima laaa

  7. sy akur..hati isteri nih sgt lembut..perlu digati slalu…xslh suami igt hari istimewanya isteri?sluruh umat islam disaran mybut hari lahir nabi kita tanda igtkannya… tanpa tujuan lain suami perlu hargai isteri jika suami tu tahu isteri tu adlh amanah allah..isteri sgja diciptakn allah dr rusuk kiri laki supaya lbh dkt hbgan kasih syg..renungkan?
    knpe allah wajibkan istri kelihatn cantik hya dimata suami? jwp=ego laki lumrah alam..kaum laki hya akan memburu wanita cntik shj…diluar rumah ramai wanita brkorban demi kelihatn cantik,tidak lain hya memburu lelaki..knpe isteri dirumh tidak demikian? semua masalah ade pnylsaiannya sama2 kita cari jln terbaik untuk brubah..khdpan ini lgkp jika kita ikut panduan islam…pd wanita pilihlah bakal psgn suami yg memelihara solatnya nescaya anda akan broleh kebahagian….

  8. >king > apapun yg kita buat sume bdasarkn niat. Dgn sambut arijadi tu kan dpt mengeratkn hubungan suami/istri. Kuar mkn2 ker jln2 ker..
    yg penting suami ingt. Bknnye nk hrpkn hadiah intan berlian bagai..
    itu pun x bole ker? Susah sgt ker? Heran..heran..
    Yg seBENAR2nya..
    LELAKI mmg EGO tinggi melangit.
    Come on guys..
    BEND a little..n UNDERSTAND..
    Every LITTLE things that we demand..
    Is actually BIG things
    that will CONTRIBUTE to HAPPINESS n DELIGHT in the relationship..

    • lain padang laen belalang..tak semua insan itu serupa..wanita pun samo lah..tapi kena lihat.. rasa mengapa sedemikian rupa yerr.. kadangkala tingkah laku kegoan diri menyentuh perasaan ..tampa di di sedari..dugakan..

  9. Salam semua. Pada saya memang dalam islam tiada sambutan hari jadi tapi Rasulullah berkata bab dunia adalah urusan kita tapi tidaklah sehingga merosakkan agama. Saya sambut hari jadi bersama isteri. Bukan bermakna siisteri nakkan barang berharga. Cukup dapat bersama-sama dan kami akan menghabiskan masa berdua saja. Bila dia meninggal dunia kenangan itu begitu indah untuk dilupuskan. pada saya sambutan hari jadi yang tidak melampaui batas patut diteruskan

  10. masih ada rupanya si suami yg mhargai isteri..tp syg..
    penghargaan itu wujud hnya setelah pemergian si istri..
    Benar kata org..
    Kita hnya akn mhargai sesuatu/seseorg apabila telah kehilangannya…

  11. wanita sekarang lebih berani meluah rasa, islam sendiri suruh raikan isteri dan memberi belaian, terima kasih to Sdr Budi kerana memahami…

    sabar wanita ada had nya…..anyway, saya sendiri akan berterus terang dgn suami dlm banyak perkara, dgn tujuan untuk jaga rumahtangga, let him know rather than not, zaman skrg, peluang banyak dan menunggu, so kita berdua mesti selalu berkomunikasi.

    terima kasih utk suami(termasuk suami saya) yg sudi mendengar luahan hati isteri…tak rugi kita telus berkomunikasi agar kita boleh kekal hingga akhir hayat…
    sekadar pandangan.

  12. >eric>
    mmg x sume..
    tp kebanyakannye sama..
    >Budgetmama>
    anda sgt bertuah.
    Sy tumpang gembira utk anda.
    Semoga berbahgia hingga ke akhir hayat.
    Aamiinnnn..

  13. aku rase akak la pleng b***h skali,sbur0k2 mane p0n die,die ttap suami akak..jngan mengaib kan suami,bwak la bincng nan die,janganla tnj0k ego maseng2

  14. Saya faham dan terharu mendgr rintihan bila suami tidak ambil peduli perkara2 yg dianggap remeh. Saya pernah merasakannya, memang menyakitkan hati. Masa besday dia, kita orderkan kek coklat paling mahal utk dia. Serobok tengok dia makan. Bila besday kita, buat tak tahu je. Tapi itu suami dulu. Sekrg saya dapat suami yang sangat menghargai saya. Semoga kurniaan Allah kali ini yang terbaik utk saya sebab dia benar-benar membuat saya bahagia.

  15. suami x romantik x best..
    Suami berkira psal duit lg laa x best..
    Tp yg paling x best,
    dua2 tu ada kt laki aku!
    Haiii nasib nasib..
    Klaulaa pempuan bole kawin 2,
    dh lama aku buat..!

    • betul tu…..boring glerrr klau laki ada sifat cmni…rasa cm nk kawin lain je…tapi syg kita prmpuan x leh kawin 2.apa yg kita leh buat sabarrrr je,

  16. wawa..cantik ayat awak tu
    suker membaca nyer..tapi ksian kt awak
    tu laa lelaki..sblum kawin sumer perangai elok
    dah tinggal sebumbung..maka terserlah laa belang nyer
    so..tepuk dada tanyer iman..masih bole brtahan kah..

  17. klau ckp bole bertahan, rasa2nya cam dh x tahan..
    Klau ckp dh x tahan, rasa2nya tpaksa gak tahan..
    Kita ni org pempuan mcm2 yg nk di pikir terutamanya ank2..
    Iman yg x seberapa ni laa yg jd benteng melawan godaan syaitan..

  18. true..tp tak semua camtu.ada Ok & ada yg tak ok..well..sedih kalau kita dapat pasangan yg bukan kita harapkan..so kalau dia tak mualakan dulu..kita mulakan..insyaAllah..susah utk kita ubah sikap seseorg if dia tak serious utk berubah..so berdoalah..

    • yg ni I totally agree!..
      kata2 u ni mmg logic, interesting n touching!..
      terharu gak bila kata2 ni dtg dr seorg yg bnama lelaki..
      itupun klau yg bnama iskandar ni mmg lelaki laa 🙂

      • i lelaki “tulen”.. :).
        byk cara utk sama2 romantik..i xtau nak ambil contoh org lain,but bg i..salah 1..uruskan keje rumah sama2..i.e;basuh pinggan,kain/baju ke,kemas rumah(apa yg patut dibuat)..sebab sama2 kerjakan..
        i akaui, sebagai org lelaki susah nak ingat date yg penting(bg org ponmpuan) i.e birthday.tp ada cara utk kita try..now macam gajet yg canggih..X kan nak setting time/date kat phone tak boleh..kan..nak seribu daya..

  19. bagus3..!
    haii bertuahnyerrr wife u iskandar..
    camni bole laa i anta hubby g kursus ngan u yea..
    itupun klau u sudi nk tunjuk ajar. eh salah..
    itupun klau hubby i nk blajar. eh pun slah gak..
    nk ker laki aku blajar???..
    err apa2 je laa..

    • cam i ckp td.lain lain lain cara..lahir dr asas didikan..family, kawan,kerjaya etc.suami/isteri yg camni kena kita act cara halus..if kita kasar..kasar la jadinya..tu sebab byk case rumahtangga lately.hope u faham maksud i..macam i cakap td..kalau dia tak mula u yg mula dulu..byk cara nak jadikan “hidup” kita ni “romantik”..lelaki jarang guna istilah romantik…bg i romantik=happiness,kemesraan,kesetiaan etc.i dulu selalu lupa..sampai wife cakap..nak tunggu bila la abg akan ingat.so i try..caranya i set kat my phone her b/day date…auto akan ingat sampai bila2..org lelaki ni bkn wife dia je dia lupa..dia punye birtday sendir pun lupa..cam i..kakaka 🙂

  20. rasa2 nya kan..seelok2nya dlm kursus perkahwinan, diwujudkn 1 modul khas yg mengajar bakal suami cara2 bgmn nk jd romantik. bukan pura2 romantik! diulangi. BLAJAR CARA2 NK JD ROMANTIK! sedar atau tidak, sikap romantik ni sebenarnya secara x langsung menyumbang kpd keharmonian, keceriaan n kebahgiaan dlm r/tangga..
    iskandar..i rasa u bole jd penceramah bab ni 🙂

  21. hahaha..:)..dlm kursus tu dah diajar dah pun wawa..lecturer/ustaz yg mengajar tu tak guna pun istilah romantik tu..

  22. itulaa pasal..sbb tu hubby i camtu. sepatutnye perkataan romantik tu mesti digunapakai dlm kursus tu n diberi penekanan yg mendlm..detail..
    ;-])

  23. mcm 2 la adat resam alam perkahwinan,kalau semuanya sempurna….xsyok gak…yg penting persefahaman…jgn smpai goyah msjid yg di bina…klu btl2 suami wat xtau,tampal nota…tolong ltakkn date2 pnting dlm hp…tngungjwb msing2 bnyk…tlg menolong pnting…smoga semua bhgia…

  24. sbb t/jwb msing2 bnyk laa, suami perlu luangkn sedikit masa utk bermesra dgn istri. Melayan benda2 yg LELAKI anggap REMEH n X PENTTING..Dgn itu, istri akn rasa lebih dihargai, disayangi n sgala pengorbanan dirasakn berbaloi..

  25. salam..plus, i nk tambah s/thg..suami2&-isteri dah tak sama macam dulu/..[subjective]..pijam kata nabi..lu fikirlah sendiri.

  26. napelaa si iskandar nih lmbab sgt nk paham. Mmg laa suami istri skrg x sama cam dulu..! Istri2 skrg lebih bnyk kerja@t/jwb. Mane nk pk kerja2 menimbun kt ofce..kt umah plak dgn keje2 umah. Kang nk layan suami, ank2..pendek kata serba serbi laa di bahu istri. X bole ker suami bukak mata besar2 n sedar diri ckit..

  27. :)..
    sbb tu i cakap guns&roses dah x same cam dulu..
    kata2 i td tu veru subjective..i tak hentam si “hubby”(panggilan manja isteri)&Honey/syg(panggilan manja sang suami.. :p
    maksud i..u dah jawab tu..hihihihi..tolerance is very important.

  28. Wawa…dalam hidup ni kadang2 kita tak boleh dapat apa yang kita nak…. kadang juga kita tak tahu apa yang kita nak……apa yang berlaku dan terjadi pada diri kita…adalah lebih baik kita anggap sebagai ujian dari Alah…. ada yang diuji dgn kesenangan dan ada yang diuji dengan kesusahan dan kesukaran…. kalau kita fikir kehidupan kita teruk..membosankan…ingatlah ada org yang lebih hebat dugaannya berbanding kita….terpulang kepada kita sejauhmana kita dapat menempuh ujian itu…

    • setuju dgn kalam.Allah Maha Pengasih..jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hambaNya. Sabar,redha, tawakkal, baiksangka, mengaku diri sbg hamba yg lemah, mendekat’n diri kpd Allah, harap’n p’tolongan Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara dsb.

  29. iskandar…hehehe..
    Kalam…terkesan btul sy dgn nasihat awk..pasni sy redah jer apapun yg dtg..malas nk pk bnyk..peningg..

  30. Wawa…. saya tak fikir tindakan awak untuk terus redah sbg satu langkah yang bijak… Kita mesti ada matlamat dalam hidup ni…apa sebenarnya yang kita nak….. kalau kita buat sesuatu mesti ada niat yang terdetik dihati…nak sembahyang mesti berniat..kalau tidak tak sah solat kita…. begitu juga dgn hidup kita apa yang kita mahukan dan apa yang kita inginkan…. mesti kita sematkan dalam hati… niat dan matlamat hidup kita mesti jelas…
    Berdoalah tanpa jemu minta la apa yang kita mahu dalam hidup kita ni… Doa adalah janji Allah kepada umat manusia dan doa juga adalah senjata bagi mukmin jika kita benar-benar percayainya…cuma cepat dan lambat dan bagaimana bentuk untuk Allah memakmulkannya tidak kita ketahui…
    So langkah seterusnya berusaha lah sedaya mungkin kita tanpa putus asa… jgn kita selalu sangat mencari alasan untuk menidakan usha kita….. kita juga kdg2 suka sangat menyalahkan org lain untuk menutup kelemahan kita…
    Seterusnya bertawakallah kita .. jangan lupa bertawakal di setiap apa jua perkara. Tawakal ataupun berserah tanda Allah menguji sejauh mana pergantungan kita kepadaNya… kepada Dia sahaja ye! Didahului dengan doa, kemudian disusuli dengan usaha dan diakhiri dengan bertawakal…
    Wawa.. kadang2 org yang macam saya ni hanya pandai bercakap… tapi realitinya tak mudah untuk ditempuhi…. cuma kalau lah nasihat saya ni..kalau tidak berguna untuk anda sekurang2nya memberi peringat untuk diri saya sendiri….

  31. wat a very true n very good phrases..!
    Klaulaa hubby sy berfikiran spt kalam..ataupun iskandar..
    Alangkah indahnya dunia nii…

  32. wawa..Allah sentiasa memberi apabila kita meminta dengan sepenuh hati.mcm sy ada ckp sblm ni..wawa mulakan dulu..k,
    “Many come closest to Allah at their lowest moment. It’s pretty hard to get to that point, but when you do, Allah is there.”..Allah sentiasa bersama dengan orang2 yg bersabar.

  33. gOOD Thing hard to show up..once da xder baru get appreciated…thats why legend refers to dead human…if perempuan pun boleh kahwen lebey dari satu sure this Adams will struggle to impress us =)

  34. romantik tu hanya pada masa bercinta saja .Bila dah kawin yg tinggal tanggung jawap.Mana boleh nak beromantik dalam keadaan hiruk pikuk karenah ank2 .Tapi ..,bila tanggung jawap sudah berakhir dan ank2 pun sudah dewasa membawa haluan sendiri .. masa tu sudah tiada gangguan dan suasana tinggal berdua duaan akan mengembalikan keromantikannya .Itu la sebab lelaki yg sudah berusia lebih romantik dan penyanyang .. Tapi awas .. masa nih suami anda akan di intai oleh sang gadis yg rupawan ..

  35. hubby i pun dulu jenis tak sambut besday sebab family dia memang tak pernah sambut besday sejak kecik.beza ngan family i..walaupun hidup sgt susah abah i tetap sambut walaupun cuma belikan satu kotak aiskrim murah utk dikongsi sekeluarga.bila i kawen ngan dia,pelan2 i ajar dia agar menghargai hari besday ke, anniversary ke sementara masih hidup ni.bukan apa,mengeratkan keluarga sendiri jugak.tak perlu mahal2, cuma ingatan yg penting.skrg pelan2 dia cuba berubah.kalau dia lupa anniversary kitaorg, i belikan 2 kad.satu i tulis 1 lagi i suh dia tulis..mulalah serba salah sebab lupa..hehe..kadang2 pelan2 kita kena bagi dia sedar..guna cara halus tanpa sentuh ego mereka..bagi diaorg rasa bersalah lagi bagus untuk diaorg ingat.pastu skrg fmly dia jelez tgk kitaorg duk smbt besday sama, tapi hubby i lupa lak wish besday diaorg..wat to say, what u give, u get back lah..if we never celebrate for others, dont expect someone will celebrating us. berbalik pada kisah atas, banyakkan berdoa..tapi kalau dia takmo sambut ngan u jugak,jgn sambut ngan dia dah..just celebrate with ur child..and keep on doa..on day he will realize it

  36. Lepas kawin dia tak penah pun bagi hadiah hari jadi ke apa. Sbb setiap kali bila tiba @ dekat dgn hari jadi saya mst ade je perkara yang nak digaduhkan. so nak celebrate birthday pon mmg takde selera. Cume 1st birthday dia aje dulu saya bagi hadiah. Tp bile tgk rentaknya, saya pun malas nak bagi hadiah ape2 dah pon sepanjang kami kawin ni. Lantak la ko nak hari jadi ke hari tak jadi ke. Cume last year dia bg duit soh beli ape2 tu pun pas saya tanya depan mak ” Hye takde ke present hari jadi tahun ni sbb birthday tahun ni saya bersalin anak kedua. So dia malu2 alah, hulur la jugak beberapa keping duit RM50. Ok la. Lepas la beli cincin emas sebentuk. Tahun ni ntahla ade ke tak. Tak harap pun dpt hadiah. Sbb saya pun dh malas nak bagi hadiah. Buang masa jek! Buat ape saya terhegeh2 nak bg.

  37. a’ahh..rasa mcm terhegeh2 laa bila kitaa jaa..yg mula dulu segala2nya..kita nak yg terbaik untuk rumah tangga..tp, seorang suami ni..dia fikir ka semua tu..yg sy lagi terasa..bila blik keja..layan anak2 bole pulak..nak pandang muka kita kaa..nak pegang2..sangat susah..sedeee sangat2..masa sblum kawin..nmpak sgt dia syg lebih ag dr sy syg dia..pas kawin, dah terbalik..sede,,

  38. After looking at a number of the blog posts on your website, I seriously like your technique of
    blogging. I book marked it to my bookmark website list and will
    be checking back soon. Please visit my website as well and tell me what you think.

Tinggalkan Jawapan kepada pembaca baik hati Batal balasan