Ditangkap khalwat di hotel

Kisah Dari Mahkamah Syariah: Ditangkap khalwat di hotel

Daniel kesal ikut nafsu sehingga lupa keluarga yang setia menanti

Peluh dingin sudah pun membasahi baju Daniel (ditukar nama). Sejak dari malam tadi dia tidak dapat melelapkan mata kerana resah menantikan hari esok. Hari ini adalah hari penentuan, jantungnya semakin berdebar-debar. Tidak tahu apa akan terjadi. Tapi lebih tidak tahu lagi, bagaimana hendak sorok perkara itu. Esok lusa, pasti keluarga dan rakan-rakannya akan tahu.

Daniel cuba berjalan pantas, bagi mengelakkan bertembung dengan orang ramai yang ada di situ. Walaupun nafasnya tercungap-cungap kerana berjalan pantas, terasa tempat yang hendak dituju masih lagi jauh. Ketika kepalanya berserabut mencongak pelbagai perkara, akhirnya tiba juga dia di kamar yang akan menentukan nasibnya hari itu.

Sungguh, Daniel kesal apa yang sudah berlaku. Tetapi dia tidak mampu untuk membuat apa-apa lagi. Semuanya sudah terpalit hitam dan tidak mungkin dapat mengubah segala kesilapan yang telah dilakukan 10 bulan lalu.

Bagaimanapun, sumpah itulah kali pertama Daniel berbuat demikian. Entah macam mana silap, baru pertama hendak buat begitu Daniel sudah terperangkap dan akhirnya kesilapan itu jugalah yang mengheretnya ke Mahkamah Syariah hari itu.

Mengingatkan semula kejadian awal pagi itu, Daniel tiba-tiba diburu rasa bersalah pada isteri dan tiga orang anaknya. Sepatutnya, kepercayaan yang diberikan isteri dan anak-anaknya bekerja di luar tidak disalah gunakan. Sudah tiga tahun Daniel berulang alik dari utara ke selatan menguruskan perniagaannya. Selama tiga tahun itu sememangnya semua berjalan lancar. Lebih-lebih lagi, Daniel sentiasa mendapat nasihat Pak Hashim, pemandunya yang banyak menemaninya ketika berurusan di luar daerah.

Sejak Pak Hashim bersara, Daniel selain memandu sendirian sesekali ditemani rakan perniagaannya, Nathan. Sehinggalah suatu hari, Nathan mempelawa Daniel untuk menemaninya ke sebuah pusat hiburan, kononnya sebagai meraikan kejayaan mereka mendapat tender baru. Bagi Daniel, tidak salah rasanya menerima pelawaan itu apatah lagi segala kerja sudah pun selesai.

Bagaimanapun, meraikan kejayaan itu tidak setakat di pusat hiburan berkenaan. Nathan, kemudian mengajak Daniel pergi ke sebuah hotel katanya, di situ mereka akan lebih menikmati keseronokan. Mulanya, Daniel menolak, tetapi selepas dipujuk Nathan, timbul perasaan ingin mencuba sesuatu yang berbeza dalam hidupnya. Lalu, Daniel pun menuruti apa yang Nathan lakukan.

Seperti Nathan, tiba di hotel berkenaan Daniel pun ‘menempah’ seorang gadis muda awal 20-an. Tidak sukar, semuanya sudah disediakan dan apa perlu dilakukan Daniel ialah pilih saja yang berkenan di hati. Selepas berkira-kira, Daniel pun membawa gadis genit itu ke sebuah bilik yang sudah ditempahnya.

Belum pun 10 minit berlalu, tiba-tiba pintu bilik hotel yang ditempahnya diketuk dari luar bertalu-talu. Ketika itu barulah Daniel mulai sedar apa yang dilakukan adalah di luar batas seorang lelaki Islam.

Kesilapan itu akhirnya menyebabkan Daniel hari itu dihadapkan ke Mahkamah Syariah Shah Alam dengan tuduhan berkhalwat. Daniel dituduh melakukan kesalahan itu

bersama wanita yang bukan muhrimnya mengikut Seksyen 29 (1) (a) Enakmen Undang-undang Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995.

Walaupun bersyukur dakwaan hanya membabitkan tuduhan khalwat dan bukannya melakukan zina, Daniel tetap menyesali kejadian itu yang mencalar maruah dirinya.

Selepas perbicaraan dilakukan, Hakim kemudian mensabitkan tertuduh bersalah dan menjatuhkan hukuman denda RM1,300 atau dua bulan penjara. Daniel pada mulanya, mohon supaya kes itu ditangguhkan dengan alasan wanita yang ditangkap bersamanya tidak datang ke mahkamah. Namun, Mahkamah telah menolak rayuan Daniel untuk menangguhkan kes dengan alasan kes itu sudah terlalu lama dan tidak mahu ada kes bertangguh.

Daniel terpaksa akur dengan keputusan itu dan bagi mengelakkan diri daripada dipenjara, hukuman denda itu dibayarnya. Sebaik saja perbicaraan habis, Daniel tergesa-gesa meninggalkan kamar itu. Keresahannya tidak berakhir di situ, kini Daniel mula memikirkan bagaimana hendak berdepan dengan isteri dan anak serta keluarga mentuanya. Penjelasan apakah yang perlu diberikan kepada mereka kerana sememangnya Daniel sudah pun melakukan satu kesilapan sebagai suami, bapa dan juga umat Islam.

21 Responses to Ditangkap khalwat di hotel

  1. pening berkata:

    Itulah kalau terlalu mengikut nafsu…ni lah padahnye…selalunye yg haram juga d cari…sedangkan yg halal tu setia menanti d sisi!!!…

  2. zatie berkata:

    lau menyesal,nape x pilih masuk penjara jew??
    kt sna nnt bru ar bleh mnsbah dri dgn serius..
    hikhikhikhik…

  3. oVo berkata:

    kalo yg sweet20 tu memang hebat,maklum lah bahan muda,(tapi lopong kata ali) bentuk badan tentu menyiurkan dan..pulak tu leh lipat 4..sonyom lebag.. nak lak dio macei gambor ‘seni ranjang’ sebelah kiri tu..putih melepak senyum lebar..pakei angkat ats..adoi..cencored…tak dapek hambo nak kato lah kenikmatan suko samo suko kerelaan diri..serah menyerah nie tampa paksa aaein..

    Walaubagaimana pun pintu taubat maseh terbuka luas..selagi nya berada dalei tubuh mu..

  4. gigolohilaesenapei berkata:

    tapi hati2 siphllis ..hiv..merayau2 unto mengiggit batei..mu….kecacatan zuriat..nak tahu cuba dulu..sodap sodap tak dapek nak gambor kenikmtan nyo..tanah bondang leh tergadai tak po…gilo kalo tak dapek,,mereng buek nyo…

  5. Affuan berkata:

    Aku tidak rela meratah betina yang sudah diratah oleh orang lain. BACUL! Isteri tercinta juga yang bertakhta di hati. Hehe.

  6. matdali berkata:

    aku tak kesah sangat badan wangi poket berisi hati baik unstanding okey lah

  7. yang berkata:

    org lelaki ckp je…cuba dpt peluang cam tu..sume nye nak..betul tak

  8. yang berkata:

    affuan tu betul ke…kamu belum diduga lagi..

  9. orang hitam berkata:

    masa aku mudo2 dulu geli gelimun lah tengok pompuan nie..rase gigik kotor aje nak muntah..aku A>G>Soceity. aku warak…memendekkan cerita aku gagal mengikut jalan lurus ke sorga..tala semua pompuan second ke baru ke ori ke..tapi yg bekas tu sedap..melain kan orang kata..geli lah dia lum cuba blum tahu..lepas cerita kat mulut aje..rase kentucky fried chiken..finger lickin good colonel..kata dol morgin

  10. ahhh beshh nye time sbelom pencegah maksiat dtg…

    ”ahh ahh oyeh oyearhh abang!!!!
    cepat sikit bhang..arhgggg”..(contoh)
    :D

  11. suffer berkata:

    cam b’pglman jer org atas nie..hehehe
    msti kwn dia gak yg bgtau..tu arrr..ada lubang halal..xnak,nak gak lubang haram..huhuhu.padan muka..

  12. norzie hani berkata:

    baik macam mana punlelaki tu bila dh digoda pompuan sudal and gedik..hancur le…pak haji pun turun serban..hehe

  13. imah berkata:

    Setiap manusia ada kesilapan masing2… if dah bertaubat, alhamdulilah..insyallah family n isteri blh menerima if di yakin kan.. mudah2an bnda ni blh di jadikan ikhtibar pada daniel n smua.

  14. lonelyman berkata:

    ala nasib tak menyembelahi dia apa nak buek,,, yg tak kena tangkap tu jagan ego sangat neraka menanti kalo tak bertaubat nasuha..main nie makanan yg paling sedap enak tak dapek aku nak gamborkan.., kalo maseh betenaga..abe lek naik selalu ..mau mau punya..taboh aje secukup sepuas puas..jilat menjilat gelintir mengelintir .. lepas tu piling kasi dia seronok kepuasan baru lah gali mengali..jagei nak rase siok sendiri ajo bang..fikiak kat demo sekali…bila time dia-abei nak lentok selalu tak lah menghayatkan ati sangat….dah puas…

  15. PERHATIAN berkata:

    Semalam. siaran RTM di Negeri Pahang. tergempar ramai orang terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat di susuli gempa bumi selama 3 minit, mungkin ini tanda2nya. > kpd semua yg bergelar muslim,hari nie pakar meteorologi bhgn bunyi dr Rusia m’dapati sesuatu bunyi ganjil spt ngauman raksasa dr bwh mantel bumi.menurut para ulama kemungkinan besar itu ialah suara Dajjal y b’usaha utk naik ke muka bumi.oleh itu,kte disuruh sentiasa x berhenti azan dan solat,sebarkn kpd umat ISLAM yg lain. Amanah! Wallahualam. KITA YANG MENENTUKAN DIRI KITA Jgn skip utk bace ni. Sebarkan kalau sayang pada islam.-dari hamba Allah,kami forwardkan ….

    • PERHATIAN berkata:

      macam mano rupo sebenor sang dajal nie yo.

      • NIN berkata:

        tak kira la mcm mana rupanya dajjal ni tapi kita umat islam ni dah bersedia kerr… saya raser byk lagik yg perlu saya buat utk jadik JUTAWAN AKHIRAT…

  16. ipad tilbud berkata:

    Howdy! Would you mind if I share your blog with my twitter
    group? There’s a lot of people that I think would really enjoy your content. Please let me know. Many thanks

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 343 other followers

%d bloggers like this: