Isteri tanggung suami

Saya seorang isteri yang dinikahi selama tujuh tahun. Masalah yang hendak saya luahkan patutkah saya tinggalkan suami saya yang selalu paksa saya mencari pendapatan sampingan. Sedangkan dia tak buat apa-apa langsung.

Dia banyak hutang kad kredit yang banyak tapi tak pandai nak mengatur duit. Dulu memang dia membayar duit rumah tetapi sekarang barang-barang basah saya yang kena sediakan.

Dia selalu mengungkapkan kata-kata kesat, cacian dan hinaan. Saya sekarang menjadi pelupa kerana selalu dimarahi.

Alhamdulillah, sekarang saya berkerja di sebuah syarikat besar tetapi gaji kecil. Saya selalu mengadu dengan adik-beradik dan mereka suruh saya tinggalkan dia.

Tetapi saya kasihankan anak saya yang berumur lima tahun.

Suami sebenarnya bekerja tetapi sentiasa tiada duit. Tidak tahu kenapa. Saya bertanya sama ada dia ada orang lain, jawabnya tiada.

*Rose, Batu Pahat, Johor

——————————–

Rose,

Benar kata orang, berat mata melihat, berat lagi bahu memikulnya. Begitulah keadaan apabila seorang wanita terbeban dengan tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan suami. Pernahkah Rose bertanya kepada suami, apa yang sedang dihadapinya selain mencurigainya mempunyai hubungan dengan lelaki lain? Rose, hati lelaki juga lembut, dekatinya dengan kelembutan. Pada ketika ini, Rose masih belum mengetahui punca masalah yang dihadapi suami dan kenapa dia bersikap demikian dengan Rose. Jika dia mempunyai masalah kewangan, bantulah dia menguruskan perbelanjaan.

Putri yakin Rose lebih mengerti apa lebih diperlukan suami. Sama ada dia inginkan perhatian Rose dan bukan tuduhan. Isteri merupakan pemberi sokongan suami kerana berkahwin beerti kesediaan hati menerima kekurangan pasangan masing-masing. Keputusan di tangan Rose sama ada hendak meneruskan perkahwinan tersebut atau tidak. Perkahwinan didirikan untuk menikmati keindahan cinta bukan derita. Jika Rose mengambil keputusan untuk berpisah, janganlah simpan dendam kemudian hari.


Rahsia Doa Pengasih. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Rahsia Kecurangan Pasangan. Keterangan lanjut, sila klik sini.

57 Responses to Isteri tanggung suami

  1. abd karim bin shariff berkata:

    salam..memang ada isteri tanggung suami..cuma cuba puan selidikki kenapa suami jadi mcm tu,kalau dia terlibat dgn perkara yang tak baik,sebaiknya minta nasihat kawan2 yang faham..jangan sesekali libatkan keluarga kedua dua belah pihak.

  2. Jelita berkata:

    Perkara ini memang banyak terjadi dewasa ini. Tapi jika istri menanggung suami hanya untuk sementara, dan suami amat menghargai perngorbanan istri, takpe. Tapi jika sebaliknya, apatah lagi dengan caci mencaci, hina, tu dah melampau, bagi kita, lelaki seperti itu dayus namanya. Kalau kita lah, baik tinggalkan jer.. tapi bila dah ada anak ni lah yang leceh ckit. :(

  3. serina berkata:

    Salam Puan Rose….Ramai dah mengalami situasi begini…Suami malas bekerja dan mengharapkan hasil pendapatan dari isteri…Isteri bekerja….balik dari kerja di rumah menyediakan segala untuk keluarga pula…Tapikan..mmg tidak disangkal semuanya isteri harus buat…tetapi bab mencari nafkah wajib pada suami….isteri hanya meringankan beban suami..bukan dibebankan oleh tanggungjawab suami…

    Hati saya pun keluh kesah dengan keadaan ini. Kerana suami saya pun dulu dalam keadaan ini. Cuma sekarang dia dah mula bekerja…itupun sudah puas beri modal dan wang untuk dia memulakan sesuatu kerja. Tak tahulah dia boleh bertahan dengan kerja baru ni. Sebagai isteri saya bersyukur dia dah berkerja. cuma kdg2 banyak masalah yang diciptanya sendiri….kdg2 saya terfikir diri ni seperti digunakan…kadang2 ditengking…tak nak pandang muka isteri…bercakap kasar dengan isteri tanpa sebab.

    Sesungguhnya para suami ni tahu atau tidak perit jerih isteri menyedia dan menyempurnakan semua kehendak suami walaupun tak relevan difikirkan tetapi si isteri ni akur. mmg sesekali terasa tebal kebodohan…disebabkan fikir dia adalah suami, saya masih akur….Ini merupakan dugaan pada isteri tetapi tidakkah si suami ada fikiran…dan boleh berfikir rasional…dosa yang akan ditanggungnya. Nauzubillah…

  4. Jelita berkata:

    Salam Serina,

    Kasihan kita mendengar cerita awak.

    Kita masih teringat lagi pesanan kakak kita, istri bekerja hanyalah untuk membantu bukan sebaliknya. Dan prinsip kita pula, “Gaji kita, kita punya, Gaji suami pun kita punya!.. :) ” Tapi tu lah, memang wang gaji kita tu hanya lah untuk tambah menambah apa yang telah sedia ada. Biasanya lah untuk kemewahan diri sendiri dan anak2. Tapi walau apapun, jika keadaan kewangan tak mencukupi, istri pasti akan kehadapan membantu. Apa tak nya, kita ni kan dah sememangnya FINANCE MANAGER, HOME AFFAIRS pun kita! (psst… sebab kita ada 9 nafsu.. multitasker! hehehe)

    Bukan tu ajee, istri2 nie mereka lah PEKERJA, mereka lah IBU, mereka lah ANAK, ADIK,KAKAK dan mereka jugak lah ISTRI. Dah lah pagi bekerja, balik rumah untuk anak2, dah tu baru nak rebah badan, tugas istri pun harus dilaksanakan untuk suami.

    Bersabar lah serina ya. Semoga suami awak insaf dan ada rasa kasih yang amat mendalam, dan bersyukur mempunyai istri seperti awak ni. :)

  5. shafifah berkata:

    Kuliah Pengajian Syeikh Fuad Kamaluddin
    Pengajian Kitab bersama Sheikh Muhamad Fuad Kamaluddin
    Hari ini di Surau Kemensah Heights
    Muslimin & Muslimat semua dijemput hadir,

    Tarikh : 4 Ogos 2009 (SELASA – MALAM INI)
    Masa : Lepas Solat Maghrib
    Tempat : Surau Kemensah Height, belakang Zoo Negara.

    http://pondokhabib.wordpress. com

  6. serina berkata:

    Jelita,

    Saya pun masih menahan hancur hati ni…semalam dapat tahu dia ada bercerita pada kawan yang dia menyesal berkahwin dengan saya…Saya pun tak tahu apa lagi suami tak berpuas hati…Kawan saya kesian tgk saya dia bercerita….Saya dah sediakan segala. Saya rasa hancur luluh hati ni…Allah saja tempat mengadu……

    • taring berkata:

      hai serina..

      lelaki…. tidak pernah puas dgn aper yg dimiliki. bila tidak ader sikap bersyukur dlm diri, aper pn serba tak kena. kerana tidak bersyukur jugalah dia berkata begitu. Aper yg tidak anda lakukan untuk dia, anak n keluarga. hidup suami isteri adalh saling melengkapi antara satu sama lain… suami isteri juga messtilah mempunyai sikap saling bantu membantu. Tapi jika dilihat pada dirinyer.. aper sgtlah yg disumbangkannyer melainkan menyussahkan hidup kiter dan anak2. Sikap ini jugalah menyebabkan anak2 kurang respect pada ayah mereka sendiri.. Anak2 zaman cyber pandai menilai!!!

      bersabarlah Serina.. semoga kekuatan menjadi milik mu

  7. Jelita berkata:

    Ntahlah serina, nak kasi nasihat pun kita takut. Menerima nasihat lebih baik dari memberi nasihat. Apapun, awak tabahkan hati ya. Awak dah ada anak ka?

  8. insanBERFIKIR berkata:

    taring,,bukan semua Lelaki ta puas dgn yg diberi,,Alhamduliliah ,saya bersyukur pada yg ader,,,saya bersetuju dgn byk pendapat Taring,,tetapi Sikap ta puas ni mmg elok ader pada lelaki tetapi biar la kena tempatnya,,seperti ke arah kebendaan yg diberkat Allah,,inginkan lebih Ilmu agama dll

    Seorg suami sepatutnya MEMBERI nafkah zahir dn Batin,,jadi klu suami tidak menunaikan tanggung jawabnya,,berdosa besarlah dia ,,yg rugi bukan dia seorg tetapi yg lebih kesian ialah anak2 yg tidak langsung dididik dgn cara yg tidak betul,,dan semua dosa anaknya akan ditanggung olh bapanya yg TIDAK bertanggung jawab,,

    kekadang ibu lebih bijak dan telah terbukti ramai ibu tunggal dapat membesarkan anak2 yg berjaya

  9. serina berkata:

    Salam semua,

    Terima kasih atas sokongan kalian…saya dah tak terkeluar kata2 nak diucapkan pada suami. Nasihat dikatakan membebel. Bercakap dikatakan menyerabut…saya hanya mampu pasrah…saya cakap pada dia jika dia nak kawin lain bawak borang…saya sain untuk dia. cuma mintak dia tunai tanggungjawab pada saya takut esok2 dosa tak terbawa mengadap illahi. dia hanya senyum je… Berserah sahaja lah. Berbanding dengan semalam saya lebih tenang…mungkin kerana sudah habis saya luahkan pada Allah…harap kawan2 dapatlah jaga hati pasangan sebaiknya…Janganlah senasib dengan saya.Sudah jatuh ditimpa lori balak. Nak bangun pun tak larat…

    • Imah berkata:

      Salam,

      Saya dah 11 tahun melalui apa yang Serina lalui. Dari tak der anak, sampai ader 3 anak. Setiap hari berharap sangat suami berubah….tapi sejak kebelakangan ni saya selalu minta petunjuk Allah agar diberi jalan yang terbaik untuk saya keluar dari permasalahan ini. Dah tak kuat jiwa dan perasaan saya menghadapi maki hamun sumpah seranah caci cerca suami lagi.

      Tak cukup dengan tu cemburunya masyaAllah dahsyat bukan main. Lepas tu dalam kepala otak dia penuh dengan syak wasangka, tak cukup tuduh saya menjalang (ni word dia guna ya) tuduh saya lesbian lagi. Dia hanya nak dengar aper yang dia fikirkan jer. kalau kita menafikan, siaplah dengan maki hamun. Salah haribulan tangan naik ke muka.

      Tapi dia sikit pun tak der rasa bersalah, malah rasa apa yang dibuat tu betul dan mengikut hukum. Pada dia, dialah suami yang bertanggungjawab dan saya patut bersyukur dapat berkahwin dengan dia. Kalau tidak sampai ke tua lah saya tak kawin2. Kalau cakap pasal tanggungjawab….fuh kalah sumer orang, dialah laki-laki yang paling bertanggungjawab, walhal makan minum kami anak beranak tak dihiraukan pun. Siap cakap mama gaji banyak dari ayah, mama kener kuar belanja, nanti sumer ayah nak kuar miskin lak ayah nanti. Takut sangat jatuh miskin kerana tanggungjawab. Saya insyaAllah tak pernah berkira pun, walaupun dia tak suruh, makan minum, pakai, sekolah anak saya memang saya yang tanggung. Malah hutang suami pun saya tolong bayarkan. Hutang saya…saya tanggung sendiri. Namun begitu, saya percaya..rezeki tu Allah punya. Kalau Allah nak beri….maka dapatlah kita kalau Allah nak tarik? Fikir sendiri la..

      So kalau saya tak punya anak….saya rasa dah lama saya angkat kaki.

      Saya nak keluar dari ikatan ni tapi saya takut dia menjadi bertambah zalim dan kejam.

  10. serina berkata:

    Saya belum ada anak. Dah beberapa kali 2 kali keguguran. Ini lah dugaannya yang maha esa. Saya pinta doa rakan-rakan dapat membantu beban yang saya tanggung. Terima kasih.

    • addy berkata:

      salam….wahai puan sherina…sebagai kaum lelaki sy ingin bersuara sedikit semoga perkataan sy ini dapat menenangkan hati puan…dalam nilai keislaman kita takdapat mengukur sesuatu dari perkataan…sy amat memahami penderitaan puan tetapi harus di ingat sesuatu yang kita lakukan itu benar2 dtg dari hati yang ikhlas saya rasa belum lg memang berat bahu memikul dari mata yg melihat kisah puan ini mungkin adalah peringatan dari allah…bukan ujian bukan hukuman mungkin ia ingin menyedarkan puan mungkin puan ada melakukan kesalahan kepada org tua pun dahulunya enggan membantu keluarga di masa remaja puan jadi mungkin ini impak dari kisah2 lalu bertanyalah pada diri sendiri…apa yg telah puan lakukan dahulu allah lebih mengetahui dan mengapa allah belum memberikan cahaya mata itu semua ada maksud nya tersendiri ….carilah dulu kelemahan diri sendiri jangan suka menyalahi org lain…berani mengaku di hadapan allah,,..memohon ampunan darinya …suami kamu pilihan kamu baik dan buruk kamu harus terima dgn hati yg ikhlas….kalau kita menyumpah hari2 lama kelamaan ia akan berlaku cuba kita berdo’a hari2 pasti lama kelamaan juga akan belaku buat sesuatu yg baik hasilnya pasti baik buat sesuatu yg buruk juga hasilnya pasti buruk….renung2kanlah….wasallam….

  11. Akulah ni berkata:

    Salam.
    Rse simpati dgn kisah puan..mmg kita x jangke kehidupan kite ni..ape yg akan terjd d kemudian hr nnt..sepatutnye tnggungjwb seorg suami tu mncari nafkah utk keluargenye..tp kebelakangan ni..bnyk terjd kes2 sperti ni..x taulah..sebagai seorg suami..xde ke perasaan malu, rendah diri bile tnggungjwb yg sepatutnye d galas d bebenkan kpd isterinye pule..x taula, mngkin ego yg terlalu tinggi mnyebabkan mereka x punyai rse belas kasihan pd isterinye…sungguh memalukan..jika dia x lps tangan akan tanggungjwbnye..& ade masalah. tntu c isteri x keberatan utk mnghulurkan bantuan…begitulah selunye nsb seorg isteri..terpakse akur dgn kehendak suami..jika x d turuti, nnt d katekan derhaka, tp jika d turut pula..mereka seolah-olah mengambil kesempatan pule…ntahla..harap puan tabah & jgn putus hrp memohon drNya agar suami d beri petunjuk dan sedar akan tannggungjwbnye sebagai ketua keluarga, InsyaAllah..

  12. Jelita berkata:

    Hairan ya.. lelaki yang berperangai seperti begini, tak ada rasa malu kah? Makan hasil istri? dah tu buat hal lak kat luar?

  13. pening berkata:

    Ape lak nak d herankan..suami yg spesis camni mmg xde perasaan malu…muke x tau malu tu adela, hehe…

  14. addy berkata:

    salam wahai para penasihat sekalian jgn lah di herankan perkara sebegini berlaku nasib seseorg itu tetap berbeda walaupun ia lahir dgn 1 tali pusat…perkara sebegini sebenarnya adalah 1 teguran dari allah….kerana kt jarang mensyukuri nikmat yg telah di beri kepada kita cuma 1 je mengapa setelah tujuh tahun berkahwin baru ia menyedari perubahan begini ….adakah ia sudah rasa jemu dgn suaminya…ataupun byk sebab lain lg…..semasa masih syg kentut pun baunye wangije…tapi setelah benci apa2 boleh di jadikan alasan utk menjauhkan dia…..kalau selalu pelupa tu bkn sebab di maki atau di caci…sebab kalau kita lupakan sholat takde sape pun maki kita….kesimpulannye jgn jauh dari allah…allah pun lupakan kita setiap sesuatu yg kita lakukan di dalam rumah tangga adalah ibadah…ibadah itu bkn hanya dgn sholat,puasa,zakat,n,naik haji….itu hanya utk kita dekat dgn allah….taat pada suami juga ibadah…semua hamba allah akan melakukan kesilapan termasuk lah si suaminye itu….sebab dari itu kita di tuntut utk mendekatkan diri pada allah…mgkin suaminya itu terlalu jauh dari allah…sehinggakan ia leka dan alfa pada tanggung jawabnye…beribadah lah kerana takut dgn allah bukan ibadah setelah di timpa masaalah….allah akan membantu kita nyawa je allah beri apelagi yg lain2nye….renungkan lah baik2 wasallam…..

  15. serina berkata:

    Salam en. addy…sungguh mudah mengeluarkan kata-kata…..sememangnya jika seseorang itu tidak merasai sendiri apa yang dihadapi oleh orang lain….mmg org akan berkata demikian..Jika saudara sendiri pun merasa tidak boleh secekal perempuan….mahu dibelasah atau diintip suami setiap hari sama ada dekat mahupun jauh..saya sudah lama menyedari keadaan suami…bukan setakat hari ini semalam dan bertahun lamanya. saya cuba membantu dia…memberi dia sepenuh komitment pada dia termasuk kasih sayang, tenaga, fikiran dan wang untuk tengok dia berjaya.

    Bukan masalah muak atau bosan dengan suami. Sehingga sekarang saya masih lagi bersama suami dan saya tidak pernah meninggalkannya rumah atau lari dari tanggungjawab terhadapnya walau pun sesaat kecuali keluar berkerja. Sudah bertalu-talu hasutan cerai dilontarkan kepada saya sama ada daripada orang terdekat mahupun diri sendiri tetapi saya masih bertahan kerana saya tidak mahu berdosa…Sungguh mudah untuk meruntuhkan sesuatu mahligai. Jika boleh selamatkan bahtera ni saya akan selamatkan…

    Sudah lama saya memikirkan ini adalah sama ada peringatan, hukuman, ujian dan dugaan pada saya. Setiap apa yang datang dari tuhan tentu ada hikmahnya…mungkin nasib kita dan rezeki yang ditentukan lain2. Walaupun serba kekurangan saya cuba berusaha dengan tangan saya sendiri untuk tengok saya dan berjaya. Lainlah kalau kedudukan stabil dan berduit. itu sudah boleh meringankan. Kita bukannya tuhan untuk mengatakan org ini tidak betul, org itu tidak betul.

    Bernasib baik lah tuhan uji sesorg itu sekejap. Mungkin ada juga hilang sabar dan menyerang seseorang. dan jangan riak dan takbur serta mendabik dada jika sudah ada kejayaan. Sesungguhnya itu jua ujian untuk memperlihatkan kita itu sombong dan bongkak jika kita berilmu. Tidak ada sesiapapun tahu takdir seseorang….dan apa yang mahu di beri kepadanya…Tidak semestinya kita berilmu mendalam tentang agama kita boleh menghukum orang dengan kata-kata…sebenarnya anda jua diberi ujian.

    Sudah rezeki saya…dan saya terima dengan hati yang redha…dan saya tidak pernah lari dari masalah…saya akan tempuhinya dengan berakal….hanya Allah sahaja yang tahu dan kenal hati saya….Kalau ada kekurangan dari saya Allah jua tempat mengadu bukan setelah ditimpa masalah dan sentiasa bersamaNya…terima kasih atas nasihat saudara saya. Saya ambil ia sebagai pedoman.

    Satu lagi seorang lelaki sememangnya ada ego yang tinggi…walaupun sebaik mana isteri nya atau sepandai mana isteri memberi nasihat dia tidak akan jatuh egonya kerana dia LELAKI yang ada kuasa VETO pada isteri. Lelaki walau macam mana betul isterinya dia akan kata tak betol…jadi faham2 lah….sesiapa yang mendapat pasangan yang baik bersyukur. Jika saudara addy ini berilmu saya harap tuan datang dan bantulah kami. Mungkin saya ni jahil dari sudut agama. Kerana setiap muslim wajib membantu satu sama lain….Tidak salahkan membantu seseorang dalam kesusahan. lainlah nasihat menyeru penceraian????? Tiada istilah bosan dalam kamus hidup isteri yang setia….hanya lelaki yang buta sahaja yang tidak tahu menilai kasih sayang sejati.

    • Imah berkata:

      Saya sokong cara Serina menghadapi masalah ini, saya juga begitu masih bersama suami walaupun dah lebam-lebam muka nih kener ngan penumbuk dan penampar. Bukan sebab sayang…tapi lebih rasa TANGGUNGJAWAB pada amanah Allah yang dah diberikan tu.

      Sesungguhnya, pada saya… tanggungjawab saya adalah tanggungjawab saya samada suami nak buat atau tak…itu terpulanglah pada dia. Pokok pangkalnya Allah itu maha adil!

  16. serina berkata:

    Tidak ada isteri yang snggup mencemuh suaminya…seboleh nya mencari pandangan nasihat dan bantuan untuk menyelamatkan keadaan…..kita semua manusia biasa dan bernafsu kdg2 terkeluar kata2 yang tidak sedap didengar mungkin disebabkan tekanan. saya rasa saudara juga akan mengeluarkan kata2 demikian jika saudara bergaduh dengan isteri dan sesiapa sahaja yang ingin merebut pasangan hidup kita.

  17. addy berkata:

    Subhallah…….puan sy mohon maaf seandainya ada kata2 sy yg salah tujuan sy bkn nk menghukum sesiapa.tapi sebagai sesama hamba allah yg da’if ini sy pun bersimpati dgn keadaan ini….sy pun seorg suami juga seorg ayah…juga…semasa sy anak 2 dulu pun sy di uji kemanakah hala tuju sy…tetapi sy memilih utk mencari jalan ….persediaan untuk mati sebab hidup ini sekali kalau tiada bakti sesudah itu mati…bila dah mati putuslah segala amalan kita utk di buat bekal sy bukan org yg tinggi ilmu agamanya sy cuma berpikiran yg selalu sy tinggikan…walaupun sy tahu sy bukan siapa2..cuma sy ternampak sesuatu yg kurang je kat sini….ma’af sekali lg…ini berpunca hilang keyakinan diri sama ada suami awk ataupun awk…kepada alah,,….awk tau allah ada semua org tau allah itu ada tp sejauh manakah org itu mengenali nye….kita kata kita kenal dia dan apakah dia kenal kita…..belum tentu lg awk….tujuan sy bukan nk mengajar di sini tp untuk membuka minda sahaja….sama juga kita kata kita kenal PM kita tapi apakah PM kita kenal kita…..dan bila kita nk minta bantuan dia lambat kejadian itu berlaku…sebab dia pun xkenal kita…tapi seandainya dia kenal kita pasti bantuan itu dtgdgn segera….sy pun bersedih dgn kisah awk…tetapi jika awk betul2 tabah di dunia ini insya’allah akhirat awk nt ….mudah2an syurga lah tempt awk….di sana akan kekal abadi….dunia ini hanya 1 persinggahan sahaja kerjamu itu ibadah…sebagai seorg istri mmg besar tnggung jwbnye sy tahu kerana sy selalu jugak jd Mr mama ni bantu isteri sy…sebab kami kerja bergilir2 jaga anak….tp kami buat dgn kerja sama…di sebabkan sy merasakan keadaan itu jd sy berani menyuarakan pendapat ini….kalu sy kata minum air ni sedap…sy ckp dgn awk tp awk xminum lg mcmana awk nk ckp air tu sedap kan mesti awk kena rasa jugak….apeun selalu lah buat sholat sunat taubat semoga allah mengampuni dosa2 kecil kita yg kita lakukan dgn sengaja ataupun tidak…..creai bukan jalan terbaik…setiap insan akan mengharapkan kebahgiaan…ujian mmg akan dtg …sebab dgn ujian lah baru kita tahu kita ni darjah berapa naik kah atau tidak kita ni….wasallam…

  18. serina berkata:

    Saudara Addy….Maafah jika kata2 saya ni menyinggung perasaan tuan addy…saya ni sebenarnya tertekan dengan keadaan buat diri saya ni berserabut…Saya sedar suami adalah pemberian dan pinjaman yang harus dijaga dengan sebaiknya…mungkin sya berdosa dengan mak dan ayah…keadaan kesusahan ini menyebabkan saya jarang pulang ke kampung halaman. Saya mahu tapi keadaan kewangan meruncing….saya rindukan ayah dan mak…hanya setiap minggu telefonlah tempat berhubung tapi saya tidak pernah menyebut pada mak tentang kesusahan saya….saya tak mahu di saat akhir hayat mereka masih lagi memikirkan tentang anak2 yang bermasalah. Malah saya selalu menceritakan kebaikan tentang suami….tapi hati seorag ibu mana boleh ditipu…bila saya berada dalam keadaan susah mak selalu kata “hati aku asyik teringatkan kau…” seakan boleh merasa kesusahan saya….

    Suami sekarang banyak mendiamkan diri…saya tidak boleh keluarkan kata2. walaupun bertanya tentang sesuatu. Bila dia dengar suara saya dia akan marah dan marah…….sesekali rasa dia disihir tetapi saya tidak mahu menaruh syak kerana buruk padahnya. Anggap saja itu semua hukuman dan dugaan. Saya baca dalam satua artikal…jika Allah memberi ujian kepada umatnya bermakna tuhan masih sayang pada hambanya itu….tetapi jangan sampai tidak Allah tidak menguji umatnya langsung bermakna Allah sudah jauh dengan kita.. Jadi saya masih betuah kerana Allah masih menyayangi saya dan tunjukkan jalan mana yang masih tidak betol…Saya yakin ada penghujung derita saya…jika baik dan buruk saya terima ia sebagai satu rahmat yanag telah ditentukan….

    Jadi bersyukurlah wahai saudara dan saudari sekalian…jagalah isteri dan suami anda sebaik2nya…bertolak ansur..saling sayang menyayagi antara satu sama lain….kasih sayang dgn Allah dan cinta yang ikhlas sesama insan boleh membawa kebahagiaan….dengan kasih sayanglah seseorang boleh berjaya…terima kasih semua….

    • addy berkata:

      alhamdulillah……..akhirnya awk menjadi wanita sejadi yang penuh
      kelembutan bukan emosi …sy paham penderitaan awk…sebab tu sy cuba
      masuk ke ruangan ini sy tidak tersinggung sy tahu awk dlm keadaan
      serabut…..tapi bila awk sudah sedari keadaan awk ni pergilah
      berjumpa kedua org tua seandainya mereka ada lagi di dunia ini
      mintalah restu yg sebenar2 nya insya’allah dgn do’a mereka hidup awk
      akan berubah….usahakan lah mencari duit utk berjumpa mereka walaupun
      hanya sekadar tambang awk sahaja….org tua xkan minta duit kita dia
      cuma nakkan anak mereka bahagia….dia mahu anaknye di jaga
      sebagaimana mereka menjaga anaknye semasa bayi sehingga berkahwin
      seandainya mereka tahu hancur luluh hati mereka bila anaknye
      terabai……pulang lah sembunyikan kisah sedih awk..minta lah restu
      mereka insya’allah …dgn restu mereka…..allah akan mengabulkan
      permintaan awk……wasallam……

  19. Jelita berkata:

    Salam Serina,

    Simpati kita pada keadaan awak. Semoga awak akan terus tabah menghadapi liku2 hidup awak ya.

    Bagi ibu bapa awak itu, beruntung awak ada kedua2nya. Kunjungi lah mereka walaupun hanya wang tambang pulang saja yang ada seperti kekata addy tu. Selalunya kepulangan anak itu lah yang dinanti2kan bukan wang ringgit. (jika ada adalah bonus bagi mereka.. tapi buat masa ini jgn difikirkan ya.. atau mungkin setakat buah tangan?) Pernah dengar kekata ini, “A thoughts means so much” ? U really need a HUG from your mom. Takpe lah jika awak menangis dipundaknya. Mugkin niat awak murni tak mahu mereka susah hati (padahal sekarang pun mereka lagi susah hati.. kerna hati ibu tahu .. tidakkah kita pun ibu?.. anak jatuh main diluar, kita didalam rumah leh merasakan?)

    Diharap mungkin, dengan meluahkan perasaan awak, dan dengan buah pendapat dari Ibu, awak dapat berfikir dengan jernih, dapat jalan penyelesaian yang terbaik. Pulang lah pada pangkuan Ibubapa awak. Semoga awak lebih tenang. Bersyukur lah awak ada ibubapa yang sangat memahami dan kasih pada awak.

  20. Jelita berkata:

    Serina ini hanya buat tatapan kita saja ya..

    teringat lak kita pada seorang kenalan kita. memang (tak semua lah kan) lelaki yang spesies tak malu ni..

    Tak faham betul lah kita ngan ada setengah2 istri tu yang taat tak bertempat. Sayang suami terlalu sgt! Nasib baiklah sang sitri ni pandai cari duit. Hari2 buat kuih, nasi lemak berjualan kecil2an. Sang suami pulak dah lah tak bekerja, makan hasil istri, keluar masuk jail gara2 dadah lagi!. Anak2 dah besar, bersekolah,. Segala keperluan, dari dulu sampai anak dah besar, semua istri yang berikan. Bila orang tanya lama tak nampak suaminya, masih lagi tutup keaiban suaminya, dengan berkata, suami sakit lagi dirawat di luar negeri.. hai.. tak tahu lah nak kategorikan istri camna dier ni.. istri soleha ka?

    • kebayan berkata:

      tapi jelita … setiap perbuatan yang mulia itu akan ada balasannya .Kisah benar dari saudara aku sendiri yang bapaknya memang hampeh .. tapi isterinya telah mendidik baik anak anaknya .Sekarang anak anaknya dah dewasa dan telah berkerjaya yang bagus bagus .. ibu mereka telah mendidik agar tidak menderhaka pada bapa mereka .Bila mereka berjalan satu keluarga .. bagaikan nampak sesuatu yang tak kena ..yalah anak anak dan isteri muka bersih bersih yang bapak almaklumlah keluar masuk pusat serenti ..mungkin siisteri pasrah akan takdir dan jodohnya ..

      • Jelita berkata:

        Yela Kebayan,

        Untuk menjadi seorang istri yang penuh dengan keredhaan ni berat jugak ya. itulah pernah juga mendengar.. rumahtangga yang bahagia terletak ditangan seorang istri yang bijak. Tapi terkadang tu, ada suamiyang mengambil kesempatan.. itu lah yang tak sanggup!

        Tapi apapun, memang kita tabib kat teman kita tu lah. Padahal orannye masih lawa lagi. Kecil molek. Rajin pulak tu. Kasihan dia. Semoga aja lah dia mendapat rahmat yang tak terhingganya. Untuk kita2 juga lah ya kebayan, serina. Insya Allah.. Amin.

  21. serina berkata:

    Rindu saya pada mak ayah mmg dah tak tertanggung. Saya balik last bulan Januari lepas…dah lama tak menjenguk…cuma menelefon kadang2 hari2 kadang2 seminggu sekali sbb bila dengar suara mak lega sikit gusar di hati…Insya Allah saya pinta tuhan izinkan saya balik akhir bulan ini…Berkat bulan ramadhan ni…

    Apa harapan saya pinta suami kembali insafi diri dia sudah memadai bagi saya daripada memegang sikap egoisnya…Suami saya tidak pernah memukul saya…tak pernah dikatogerikan sbg lelaki yang ganas. Cuma perangainya mendera saya dari segi emosi dan mental….Tadi saya terbaca dalam artikel http://www.cahayamukmin.blogspot.com dapat juga dijadikan iktibar…

    Saya sedar kita tidak boleh menaruh rasa kasih sayang yang mendalam kepada insan yang bergelar manusia.

    Dari Sa’d bin Abi Waqash, aku bertanya kepada Rasulullah saw., “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berat cobaannya?” Beliau menjawab, “Para nabi, kemudian orang-orang yang seperti para nabi, kemudian orang-orang yang seperti mereka. Seorang hamba diuji Allah berdasarkan keimanannya. Jika keimanannya kokoh, maka akan semakin berat cobaannya. Namun jika keimanannya lemah, maka ia akan diuji berdasarkan keimanannya tersebut. Dan cobaan tidak akan berpisah dari seorang hamba hingga nanti ia meninggalkannya berjalan di muka bumi seperti ia tidak memiliki satu dosa pun. (HR. Tirmidzi).

    • Jelita berkata:

      Pulanglah Serina.. (macam lagu Aisha.. dihari raya tu jer lagaknya.. isskk aku rindu tul ngan suara kak aisah nie..)

      Balik lah ke kampung, peluk lah ibu mu wahai teman ku.. (berpujangga pulak layaknyee..:) )

      Semoga dikau mendapat keredhaaan nya, my dear…

  22. addy berkata:

    salam di pagi hari kepada semua sidang penulis dan pembaca…..di sy nk berpesan utk diri sy dan juga semua…..yang di timpa masaalah tu…ibarat sebuah kebakaran…..kita ibarat hujan ataupun bomba la…..jadi siramilah kebakaran itu biar dia padam….jgn le pulak tambahkan minyak….makin kuat le ..api nye…..wasallam…

  23. serina berkata:

    Hehehehe…a’ah betul tuan addy…kalau ada yang berfikiran rasional di nasihat ok la gak..kalau ikut perasaan mahu perang sabil lagi…heheheh…tak pa lah masing2 ada pendapat dan buah fikiran..yang dinasihat tu pandai2 lah menerima yang baik dan yang buruk…cuma jgn hilang pertimbangan…Saya rasa hari ni saya ceria sikit..walau banyak masalah..anggaplah itu rutin yang perlu ditempuhi….mencabar keimanan….wahai rakan2.Saya rasa sekarang saya ambil keadaan ni bukan sbg masalah la…coz bila difikirkan ia masalah mmg buruk je….apa kata ubah ia sbg suatu nikmat. Org lain tak rasa nikmatnya begaduh hehehehe…adoi sewel kot aku ni..

  24. mus berkata:

    DOA, USAHA DAN REDHA….KUNCI KELUAR DARI SEGALA MASALAH..INSYAALLAH.

  25. mulan berkata:

    Saya bersimpati dengan masalah serina dan amat memahami keadaan serina… kerana diri saya juga mengalami masalah yg sama… alhamdullilah suami serina belum naik tangan kerana suami saya naik tangan…menampar tarik rambut tengah kita neynyak tidur….curang…dan mertua menyebelahi dia…puas kita membantu bukan setakat kewangan beribu2 ringgit, bahkan segalanya…andai tidak mau membantu…keluarganya bermasam muka
    bak kata orang kita ni byk minum racun dari madu pemberian orang yg kita cintai …
    seringkali saya lebih byk berdiam diri dari mengangkat telepon keluarganya yang sering berkata dia sudah berubah sedangkan saya yang menghadap dia setiap hari dan nampak perangai dari A sampai Z. disuruh bertaubat marah2…keluarga saya sendiri amat marah kerana mereka tidak menghormati kami dengan cara melayan saya begini….
    tapi saya ingin mengingatkan/memujuk diri saya, serina dan rakan2 yang senasib…usah kita berputus asa walaupun jawapan masih negatif…usah kita berputus asa pada kebaikkan…usahla…..
    andai ada berkata akibat dosa2 kita dulu maka nasib kita begini…usahla kita sesal….kerana hukuman dosa atau pahala kebaikkan Allah yg lebih tahu….siapala kita utk menghukum dosa2 kita atau org lain….
    teruskan kebaikkan…teruskan…saya masih percaya akan ada suatu hari nanti dia berubah…amin…
    walau diri ini sudah solat istikharah meminta petunjuk samada maukah dia bertaubat dalam waktu terdekat….jawapan nya tiada..namun usah berputus asa…usahla…
    pujuk la hati kita…. sebab the power of Allah is more than the pressure around you…
    pujuk la diri….kesusahan yg kita alami ini cuma sebentar…paling lama pun kalau umur kita panjang dalam 70-80 tahun…sebab diakhirat lebih lama kehidupan nya…beribu2 tahun tanpa henti…
    andai mau menangis…menangis la pada Allah…memintala pada dia….kerana meminta pada suami kita..mungkin kita akan terus dikecewakan..tetapi meminta pada Allah….Allah tak pernah menghampakan kita….insyaAllah….
    seringkali juga hati ini berkata utk memujuk diri…tak pa la ini nasib aku sekejap kat dunia…walau aku derita jiwa dan badan….namun aku masih bersyukur kerana bilamana aku bangun buka mata pagi2 setiap hari…aku masih bernafas dan mampu menadah tangan pada Allah mengangkat takbir utk solat subuh sujud padanya…itu sudah memadai bagi diri ku kerana diri ini hamba mu Ya Allah yg amat lemah hina dina…

  26. serina berkata:

    Ya Allah…sungguh mulia hati mu….Saya pun berkeadaan begitu juga. Tetapi nasib saya baik kerana suami tidak memukul…cuma dia begitulah…seperti saya ceritakan..nafkah batin dan zahir jauh sekali dikerjakan…

    saya pun berserahlah pada yang maha esa….saya pun sekarang sakit….bukan setakat fizikal…sekarang saya membuat rawatan dengan seorang ustaz tapi dia hanya kata saya sakit aja….cuma dari pembacaan saya maybe saya terkena sihir marhabah..sihir pemisah…tapi saya tidak mahulah bersangka buruk cuma skrg saya nak ubat diri walaupun suami enggan.

    Mungkin ini memburukkan lagi keadaan. dengan sifatnya yang sedia ada tambahlah menjadi2 keadaan beliau begitu…lagi lah senang. Sya berdoa moga sesiapa aja yang buat benda2 syirik ini terhadap kami berdua diampunkan Allah dan diberi hidayah moga berubah lah ia…Saya bersyukur…Allah masih memberi pertolongan dan petunjuk walaupun keadaan kami sangat tegang.

    Tapi jika berlakunya perpisahan walaupun sedih namun saya dah berpuas hati memberi layanan kepada suami…saya akan dan juga sudah berbuat sehabis baik untuk suami ketika masih bergelar isteri….Sabarlah. Moga bahagia menanti dihujung derita sama ada di dunia mahupun akhirat.

  27. bolehje berkata:

    mulan,

    tabahnya hati awak…. syurga tempat untuk isteri macam awak. doa dari saya agar awak akan berjaya mengubah sikap suami. hikmah yang besar menanti awak nanti. InsyaAllah…

  28. mulan berkata:

    Terima kasih serina dan bolehje, kata2 semua ni memberi semangat…

    sebenarnya memang kena byk bersabar…kalau diikut kan hati ni..perasaan memang hancur lebur…tapi dunia ni….masing2 ada bahagian masing2…

    may be ada suggestion yg boleh di kongsi bersama berdasar pengalaman saya menghadapi situasi begini…
    pendapat serina tentang sihir tu hanya diri serina yg tau sebab sihir ni kalau org menyangkal kita tak kena..bila kita cerita kita sakit itu ni…suami kita asik berulang2 kali jerit benci kat kita…masih gak org tak percaya..itu memang lumrah org berkata macam tu…sebab selagi tak ada terkena selagi tu tak tau rasa kena nya macam mana…tapi tak semua org bersikap begitu terhadap kita…

    cuma mak saya sering menasihati saya…bykkan solat tahajud tiap2 malam..penat letih mcmmana pun buat gak..saya gagahkan gak ..memang sehari dua sakit nak angkat tak payah cakap la …disamping tu saya pun sering minta tolong mak sendiri doakan dan solat hajat tahajud semua tu…mak pun nasihat lepas tiap2 solat tak kira solat wajib ke sunat…sentiasa baca yasin, surah jin dan surah alwaqiah…niatkan minta sembuh kan kita dan macam2 niat yg baik……lepas tu amal ayat 9 surah yasin dan ayat kedua terkahir surah yasin…niat minta kita dan suami ghaib dari kejahatan sihir dan jahat yg nyata dan sifat mazmumah …minta kabulkan doa…amin…
    saya dah amal dan masih amal dan alhamdullilah…nampak sedikit demi sedikit…kalau dapat kita cuba hafal surah jin dan surah senang2/pemdek2…jadi bila kemana2 kita tak payah nak bawa buku ayat2 tebal2 kemana2…sebab semua dlm kepala..tapi hafal pun kena gigih…:-)

    lama2 kita dpt rasa seronok sgt solat tahajud sebab kita ‘bercakap’ dan meminta terus pada Allah..bukan pada org lain…kita rasa dunia ni sakit macam mana pun ..bertukar menjadi tak sakit..alhamdullilah…kita rasa…beban dilepaskan menjadi…alhamdullilah…

    masa saya mengadu perkara ni pada mertua dia org kata tu cuma perasaan saya sebab masa suami saya berdepan dengan dia org..tak mungkin suami saya nak menjerit pukul semua kan….?jadi benda tu berlaku cuma depan saya saja…siap saya muntah darah lebam kepala kaki perut semua…masih gak tak caya…siap suami menjerit2 menari2 macam org dirasuk ketawa -hahahaha- macam hantu mengekek2 dari jam 8 pagi sampai 8 malam- saya tak dapat lupakan…….dia macam tu depan saya sambil ugut saya minum air tandas la , nak kunci saya kat basement rumah kami bawah tanah la…..memang menakutkan…lepas jam lapan malam tu dia terus tertido depan tv sebab kepenatan dan esok ari tiba2 jadi elok macam biasa…saya tau siapa punya angkara..bukti nyata sms, email semua ada…nak serang hentam org tu jauh pulak..tapi kita usaha la jauh doa kat Allah tak putus2…

    tapi masih juga keluarga mertua tak caya…
    itu la maksudnya selagi tak kena selagi tu tak caya…
    namun saya sekarang usaha sendirian…mak sendiri pun support…mak sanggup bangkit malam wat tahajud semua…jadi sebab tu saya bykkan mendiamkan diri dgn keluarga mertua..sebab saya tak mau nanti terkeluar kata2 kesat dari saya akibat hati yg hancur ni…kita pun ada batas sabar kan? kalau dah lebih setahun pun hati yg sabar boleh meletup…tapi baik kita diamkan saja…Allah tu lagi tau..dia tetap tolong hamba nya ..amin..

    setelah setahun nampak juga kesan positif..lambat memang lambat tapi amat berkesan berbanding cara pendek…
    disamping tu saya berubat dari jauh gak…usaha duit semua memang kena…tapi kalau pun kita singkat duit tapi tetap ada jalan yg tak perlu guna duit…tetap ada…mesti ada…InsyaAllah jgn putus asa…

    saya setakat ni tak pernah terdetik dalam hati berkata kat diri ni…aku dah puas usaha tapi kalau tak der jodoh tak per la…saya tak mau berkata gitu sebab saya kata kat diri saya…saya dah berhabis byk duit…saya tau saya mesti bykkan ibadah dan muhasabah diri…dan saya mesti kaji balik kat diri saya….:
    pernah kah saya berusaha, berdoa dan meminta tanpa henti tapi Allah tak pernah memenuhi nya?
    saya kira2 hidup ni sejak kecik memang susah…
    nak pi sekolah minum air teh kosong lumrah..balik sekolah makan nasi kosong campur garam je dah lumrah…
    nak makan nasi masa kat university memang susah gak…lauk mahal…makan la lauk kosong dgn telur ari2 atau apa2 yg murah kurang dr Rm2.
    tapi tak putus minta kat Allah ya Allah jadikan saya berjaya belajar kerja semua…
    dah dikenang2 kan..memang susah..perit tak tau nak cakap…tapi alhamdullilah Allah kabulkan…
    jadi usah berputus asa serina dan kawan2…usah la berputus asa…

    sekarang suami saya dah lembut gak kat saya cuma belum boleh terima pendapat kita kalau tegur salah dia…baran belum hilang…bab curang tu alhamdullilah nampak kesan dah tak da…cuma saya masih perlu usaha lagi dan lagi..sebab masih rasa sakit2 bisa kat badan sendiri…
    baran dia masih ada…jadi saya pun wat ‘jual mahal’ la…hehehe
    saya kata selagi abang tak taubat nasuha….tak dpt la saya nak layan abang lagi sms ker apa ker…saya wat dek jer…dia pun serba salah…
    saya kata rumahtangga bahagia kena ada agama..takder agama hancur..sampai bila2 pun…

    saya sekarang byk dpt lesson dari kejadian yg menimpa diri ni…
    andai diri kita kosong mudahla kejahatan luar dan dalam masuk…rumahtangga porak peranda…isteri dan anak2 jadi mangsa…
    tapi kalau kita ada kuat pegangan dan amalan agama..dugaan datang melanda nampak atau tidak……mudah kita menepisnya..insyaAllah…
    sabarla..itula ayat yg saya sering gunakan utk memujuk diri bila mana hati ini hancur mengenang nasib diri…

    cerita kita lebih kurang sama..cuma specific nya mesti berbeza…cara mengatasi pun berbeza bergantung pada kisah masing2…namun asas utk mengatasi nya lebih kurang sama..cekal, gigih…usaha doa tawakal seperti yg dikatakan oleh mus…
    usah simpan dalam hati..bercerita la pada yg amanah…kerana jiwa ni tak mampu menangggung seorang diri…

    Serina pun boleh hadapi semua ni…rakan2 lain yg senasib pun boleh menghadapi semua ni…insyaAllah…sabarla itulah ayat saya gunakan utk memujuk diri saya…dan kawan2 senasib….

    derita dunia usah di tangisi…sekejap saja…sekejap saja..itulah pujukkan saya utk hati setiap hari buka mata bangun pagi2…

  29. serina berkata:

    Cerita kita hampir samalah mulan…mungkin awak lebih dulu daripada saya… alhamdulillah saya dapat pengajaran dari cerita awak ni…ini juga pertolongan dari YANG ESA. Tulah orang kata, kita kata kita susah tapi ada orang yang lebih susah dari kita….

    Memang la tiada siapa yang percaya bab2 sihir jika tidak kena atas batang hidung sendiri. Nak2 kita cerita pada orang …mesti orang kata karut la merepek lah….Sebenarnya, saya tahu benda sihir ni dah lama cuma tak nak bersangka buruk pada org…Saya pun dah tahu siapa yang bertanggungjawab cuma kalau kita keluarkan itu dari mulut adakah orang akan percaya…sedangkan orang yang buat tu pijak semut tak mati…saya biarkan sbbkan suami dan dia mempunyai pertalian keluarga yang amat kuat….jadi kita redhalah…berdoa moga Allah beri hidayah…saya x mau simpan dendam atau perasaan benci…itu akan merosakkan diri saya sendiri….

    Saya juga pernah kata pada suami saya seperti yang mulan katakan. Untuk bahagia sesebuah keluarga tu mestilah ada didikan agama…berusaha dan belajar cari agama untuk dapatkan keberkatan. Sbb dalam rumahtangga suami isteri ada peranan masing2…perkara baik yang dilakukan kepada pasangan adalah ibadah….tapi dia ckp jgn dok membebel boleh…habis cerita lah…

    Saya rasa saya tak sekuat mulan…Insya-Allah saya akan usaha jadi sekuat mulan menempuh dugaan yang diberikan….terima kasih berkongsi kisah kehidupan….saya amat hargainya…saya rasa saya beruntung ada juga jalan yang dijadikan panduan…terima kasih banyak2 mulan.

  30. bolehje berkata:

    mulan, serina,
    mmg kita selalu kena pujuk diri sendiri bila dalam keadaan macam ni. nak meluahkan perasaan kadang2 takut juga di khianati oleh kawan2. kadang2 bercakap depan cermin seolah sedang bercakap dengan seseorang sambil airmata mengalir. kalian masih beruntung masih punya ibubapa, tapi saya ketika itu tak punya sesiapa. sendirian mengharungi segala dugaan. tapi sekarang alhamdulillah, berkat memujuk diri sendiri, usaha, tawakal akhirnya kini saya berjaya mengharungi semua. kini saya merasai nikmat dari penderitaan dahulu. tapi kini saya di duga lagi dengan ujian yang lain pula. InsyaAllah, saya tetap akan berusaha lagi. jika dulu saya boleh, kini saya tentu boleh. InsyaAllah…..

  31. mulan berkata:

    Terima kasih bolehje…

    serina …ada lagi saya nak kongsi mungkin serina boleh try kat opis atau kat mana2…
    dalam usaha kita berubat sana sini, menegur suami nasihat dan bermacam2…saya sering guna cara ‘murah’ dan berkesan ni utk diri saya tiap2 ari..sekarang memang masih guna…
    ye la macam2 org punyai pendapat tentang kita…samada memang sikap suami kita gitu sikapnya, atau sihir, atau kedua2nya sekali…
    untuk kes saya saya percaya kedua2 nya sekali…
    ye la kalau jiwa kosong tanpa pendiding…sifat amarah baran dan tak bertanggung jawab memang tersemai kemas dalam diri seseorang tak kira lelaki perempuan…
    maka mudah la benda2 jahat nampak atau tak nampak macam sihir atau pengaruh kawan2 jahat menguasai diri…arak ker..dadah ker…atau macam2 lagi..jumpa duit dan harta macam lipas kudung..lupa daratan…padahal spouse yg kerja setengah mati menyara family…

    akhirnya sang isteri/suami dan anak2 jadi mangsa..
    saya wat gini ari2:
    saya kat tempat wat kerja depan computer, saya amik headphone pasang quran dari internet tiap2 masa waktu kerja…waktu makan solat rehat la kejap headphone tu..
    saya selalu pasang mula surah fatiha sampai setakat mana dapat kat tempat kerja..
    tapi sejak2 akhir ni saya sering pasang..yasin, surah jin dan alwaqiah..
    kesan nya amat2 nyata berbeza..
    kalau dipasang tu…memang satu badan ni rasa sakit amat2 sangat…benda tu melawan kan…mak saya sering tanya tahan ke menahan sakit..saya kata kat mak…saya tak kira..saya takkan mengalah dgn kejahatan yg org anta pada umahtangga saya..biar kejahatan mengalah jgn saya mengalah…

    dulu mula2 saya wat gini masa saya tido malam…saya pasang mp3 quran dalam computer tepi saya tido kat katil…macam biasa tido amik wudhu, doa baca surah tu surah ni
    esok pagi tak payah cakap la..bangun jer pagi..perut memulas2…terus ke tandas…
    tak tau nak gambar kan la…terasa panas api masa buang air …
    bau racun, bangkai, mayat semua ada…(ni pengalaman sendiri..org lain lain pengalamannnya)
    so sekarang saya masih teruskan setiap ari…bil letrik tak teruk sgt la…sebab pakai computer yg energy saving..

    mak saya pula sebab tak berapa paham computer, so saya belikan cd player…dia mainkan cd quran masa tido…masa magrib semua la tak kira waktu ..asal dia kat umah..
    so dia kata baru dia dapat tido nyenyak
    mula2 tu dia kata..dah 3 jam lepas main cd tu…dia rasa nak muntah, bisa2…terus muntah dan buang air gak…mungkin serina ada guna dah cara ni ya..saja nak suggest…
    so alhamdullilah…tapi solat sunat tahajud hajat wat juga..mana yg baik atas saranan2 pengubat2 dan ustaz2 darul syifa wat gak…
    asal tak salah disisi agama..
    sekarang saya dok fikir nak beli mp3 kecik , jadi bila jalan2 boleh pasang quran main kat telinga..
    sebab tiap2 ari saya rasa pinggang saya kena patah bangun pagi2..nafas bau racun rumput yg amat sgt…
    org kata..org yg wat jahat tu …bengang tak dpt suami saya..jadi dia kerjakan saya…kita sabar jer la..wat solat byk2 doa byk2..Allah sokong org yg jujur..bukan org yg wat bencana kat org lain kan…

    tapi bagi saya…ada sihir ke tak der sihir elok gak amal wat gini ari2 kat tempat kerja ke kat mana2…sebab at least kita ada terisi telinga dgn lagu2 ayat Allah ni…kurang2 ati tak der serabut sgt…tak kisah la ya…maksudnya jgn tunggu sihir baru nak wat…wat jer sedaya kita…

    bagi saya…saya boleh redha atas apa yg berlaku pada saya..sebab redha tu maksudnya redha atas ujian Allah…tu kan lumrah umat islam..ada ujian hidup…
    tapi kalau redha menyerah jer..saya tak mau gitu..sebab saya rasa pasti ada sebab Allah wat gitu…mesti dia nak tengok kita usaha sungguh2 ke tak nak mendapat bahagia dalam derita yg kita alami ni…so sebab tu la sering saya pujuk ati saya bersabar….dan usaha jgn putus asa…redha dan diam jer tanpa usaha…macam tu Allah takkan ubah nasib kita sampai bila2…dok la melangut sampai bila2 dengan suami kita naik ‘tocang’…bagi saya bila kita dok diam jer…kita pun sama dosa sebab tak wat paper2 nak baiki diri dia…

    saya pun tau sikap suami pun ada gak yg nak kena baiki…selain sihir ke apa ker kan..tu la…dua dalam satu …lepas satu ..satu pulak..tapi tak per…mesti usaha walau pun perit…

    bak kata saya semalam…lain org lain experience nyer kan..cuma saya sekarang ..wat mana yg dapat wat dulu….kalau perangai suami sakit sgt nak ubah..saya mesti ubah perangai saya macam mana sekali pun..supaya makin baik..sebab memang kat dunia kita dok serumah sama suami/isteri kita..tapi bila mati..kubur asing2…nasib pun lain2 kat akhirat…alahai ….hehe

    wat la mana2 yg patut berlandaskan agama serina…bykkan baca doa2 ayat2 quran utk mengembalikan suami serina pada serina selain dari jumpa org2 yg boleh tolong ubatkan…memisahkan dia dari kebatilan,org2 jahat dan sifat mazmumah dlm diri dia sendiri…

    saya nekad berdoa dan cuba sedaya upaya…saya doa kat Allah…biar mati menceraikan kami..bukan perempuan tu…bukan kejahatan…amin…

    mak saya selalu kata…kejahatan ni..seperti curang ke …minum arak ker, sihir ker atau apa2…mana dapat sembunyi dari org yg dok sekitar rumah kita….benda jahat paling kurang dapat simpan rahsia pun 7 hari..tu kata org tua2…sedikit demi sedikit kalau kita yg jahat asyik nak sembunyi kejahatan kita…nanti kita jadi tupai melompat jatuh gak nanti…sebab tu jgn wat jahat..tu la yg mak saya kata…malu keluarga nanti …yg asyik defend kita tak minum arak la..tak wat curang la dan sebagainya…
    tapi benda jahat memang tak dpt sembunyi…mulut org tetap mengata sebab apa…bukan sebab isteri/atau suami kita dok pi cerita kat org kampung atau taman perumahan pasal kejahatan kita…tapi perbuatan kita dihalayak ramai yg tak pandai nak sembunyi..wat jahat kat KL kampung kat perlis pun boleh tau seminggu kemudian..
    menakutkan kan?

    tapi setiap insan Allah bagi peluang bertaubat…menjadi betul2 insaf dan jadi baik pada keluarga…saya harap suami saya tergolong dalam group tuh..amin…

    lecturer saya dulu pernah kata…kita ingat lepas satu masalah ni boleh la bahagia..datang lagi masalah lain…memang ujian tetap ada…sebab ujian tu kan lumrah insan …jadi hang in there…bertahan la…kerana Allah masih ada tempat kita menangis mengadu…

    so bersabar la selagi nyawa dikandung badan..berusahala setelah berazam nekad utuh dihati..:-)

    • addy berkata:

      salam ….puan mulan dan juga puan serina…….
      sebelum sy membuat ulasan dan komen seandainya ada kata2 yg boleh menyinggung hati mana2 pihak sy mohon ampunan….begini pada pendapat sy….masing2 hamba allah ni tetap akan mendapatkan ujian….sebab tanpa ada ujian kita xkan tahu paras mana iman kita…cakap soal sihir..memang betul ada.. rasulullah sendiri pun terkena sihir…lagi ia seorg rasul..kekasih allah…inikan kita hanya hamba yg da’if…di mana puncanya..kerana satu penyakit iaitu penyakit hati….bila kita ckp soal agama…kadang2 kita sampai lupa percakapan kita itu..kita merasakan perkataan kita tiada yg salah….tapi yg mendengar mungkin menanggapi sesuatu yg x kt sedari…ketabahan seseorg xdpt di nilaikan dgn sebuah kisah atau cerita….sebab soal iman kita,ibadah kita,iatu sholat,puasa,zakat,sholat sunat,puasa sunat,…hanya allah yg mengetahui…selagi kt merasa semua itu sebagai 1 tanggung jawab kita kepada allah kita harus buat…dan juga perkahwinan ia juga ibadah…sy mengerti perasaan puan berdua dgn masaalah yg di hadapi…ibarat menonton bola sepak la….sy ni penonton…puan berdua player nye…padahal puan berdua dah main bersungguh2 ni…tapi penonton tetap akan komen jugak kan…ade je yg xkena nye tul x?
      jadi begini seandainya puan menyedari puan ada terkena sihir cari lah org yg betul2 boleh menyembuhkan nye…jgn buat komentar di ruang sebegini x berapa elok la….maafkan saya sekali lg…kalau nk menangkal sihir bukan dgn mendengar bacaan ayat qur’an sahaja…ia hendaklah betul2 di baca…di dalam kitab al qur’an…xde surah yg x bagus semuanya bagus…sebab tu allah turunkan 114 surah 6666 ayat untuk kita baca semuanya…bila kita cerita soal pasanagan bagus mesti lwnye tak bagus kan? jadi jgn pernah berpikir surah ni bagus…pikir lah semuanya bagus yg lebih bagus kita boleh membacanya…..jgn cari kesalahan org lain dulu cubalah selami diri kita dulu…cari lagi kesalahan diri kita sampai betul2 kita x jumpa lg kesalahan kita itu…sebab kalau kt mencari kesalahan org lain kita akan lebih salah lagi…dan kita lebih jahat dari org yg menjahati kita…cari lah sebenar2nya org yg mampu mengatasi kekuatan sihir itu,,,,pulhkan lah berhentilah membincangkan perkara itu kerana xkan ada jalan keluarnya….ia macam sholat jugak ..kalau kita dok asyik cite je…pastu kita x buat xkan ada maknanya….selamat berusaha selamat menyambut bulan suci ramadhan al mubarak…..anadi ada kata yg menyakitkan mohon sekali lagi berjta ma’af….wasallam…….

  32. serina berkata:

    Ya Allah….tuan Addy….saya faham pendapat Tuan Addy…saya pun sejak beberapa tahun dulu pun mencari perawat bukan tok bomoh ye….cuba merawat diri dan suami dalam keadaan ini….sbb selalu sakit saya juga belajar daripada perawat cara2 rawatan, simptom terkena gangguan dan bagaimana untuk nak merawat diri dan masih lagi mencari2 ilmu sehingga kini…Kita hanya merancang jika Allah kata belum sembuh lagi terima je lah.. Kita hanya hamba…. hanya DIA yang tahu bila ia akan berakhir…

    Apa yang dilakukan oleh Mulan mmg betul..Amalan harian solat, zikir dan juga banyak membaca dan mendengar surah2 Al-Quran itu bagus bukan setakat ada sihir, lagi lah yang tak ada sihir. Kita dengar Al-Quran pun dah mendapat berjuta kebaikan inikan pula membaca mengamalkan dan membuat ia sebagai rutin harian…bukan sahaja untuk mempertahankan diri daripada kuasa2 jahat seperti makhluk2 halus, jin dan manusia yang ada niat tak elok pada kita. Malah boleh mendatangkan ketenangan hati dan sanubari.Saya dengar ceramah seorang ustaz…dia kata kalau tak tau baca tumpang2 dengar pun tak pa…dengar ikut dan belajar pelahan-pelahan…Insya Allah berjaya…Asal tuhan tahu niat di hati kita mcm mana..Kisah Mulan yang diceritakannya itu adalah panduan bagi org lain yang ada masalah sebegini…baguslah… itu adalah usahauntuk diri dia sendiri.Apa yang dia buat tidak ada bersalahan …dan usahanya itu bergantung pada Allah. Simptom dan kesan yang dikatakan oleh mulan pun betol…Boleh lah rujuk kepada perawat2 sama ada darul syifa ke…Darul salam…darul hikmah…Akrine ka…Manarah ka…yang telah lama menimba ilmu Allah membantu insan2 bermasalah sebegini.Ianya bergantung kepada jenis gangguan…

    Bab Al-Quran surah mana yang bagus dan tak bagus tak wujud pun persoalannya di sini…Semua apa yang diturunkan oleh Allah itu mulia dan sangat tinggi serta tidak boleh diperkotak katikkan…Kita wajib beriman kpd Al-Quran bukan?….sememangny auntuk mengamankan keadaan rumah dan penghuninya di rumah kita seharusnya memperbanyakkan mengaji, memperdengarkan ayat2 Al-Quran di rumah…supaya jin dan makhluk halus yang datang nak masuk ke rumah kita beredar duduk berbatu2 jauh dari kediaman kita. Cuma pengkhususan untuk masalah sihir ini memerlukan perbanyakkan amal dan bacaan surah itu…..selain daripada surah itu perlu amalkan zikir2…ayat2 pembatal sihir…dalam rukyah syariah dan mcm2 Tuan Addy…

    Setiap ujian Allah ini pelbagai kepada setiap hambanya…bila dah habis satu ujian maka akan datang suatu ujian lain…sbb dia nak melihat keredhaan hati…kebersihan hati dan ketahanan adakah kita ini mengenal Allah…Sihir juga merupakan suatu ujian…Kalau kita tak sakit ati dan berckp bukan2 dengan orang pun. Kalau manusia ada hasad dengki dengan kita ia akan terjadi juga….Segala2nya itu jika Allah izinkan ia akan terjadi. Apabila datangnya masalah itu, manusia akan mencari jalan penyelesaian mngatasi masalah itu…itulah yang berlaku hukum sebab dan akibat.Hanya asbab semata. Supaya manusia ni ingat pada ALLAH dan untuk menaikkan darjat seseorang kepada yang lebih baik disisinya…Berbuat kebaikan dan menjalankan tanggungjawab pada suami itu adalah ibadah…sebb itulah saya dan juga mulan masih bertahan dgn keadaan ini….jika tidak sudah lama dilandai badai dan puting beliung seperti yang berlaku di dalam sesetengah rumah tangga yang lain. Saya cuba perbaiki kelemahan diri…saya pun yakin mulan pun begitu…

    Mmg kadang2 kita manusia tidak menyedari kesilapan pada diri, orang lain dan yang utama dengan Allah…kita sangkakan semuanya betul…contohnya kita menyimpan perasaan mendalam sayang kepada psangan kita…semua insan tidak sedari keadaan itu.Kadang2 sesorang manusia tidak menyedari apabila suami diambil illahi atau diambil oleh orang lain…mereka tidak redha dengan keadaan ini…sehingga sanggup melakukan perbuatan menyekutukan Allah…hikmah tersirat disebaliknya kasih sayang manusia yang hakikinya perlu diletakkan pada Allah bukan manusia…Manusia adalah pinjaman semata…Apa yang diamanahkan olehNya digalas dengan penuh redha walaupun menghadapi keadaan sukar…Semoga terbuka keberkatan daripada kesulitan ini.

    Perkara sihir pula tidaklah boleh bergantung kepada perawat semata…perlu ada usaha dari diri sendiri untuk berbuat sesuatu dan meminta terus kepada Allah…itu lebih afdhal…Perawat juga hambanya…yang memiliki kelemahan….

    Kadang2 kisah kehidupan orang2 terdahulu dan orang lain boleh diambil ikhtibar…ambillah yang baik untuk kebaikan dan buruk dijadikan pengajaran…kita manusia banyak kelemahan dan banyak nafsunya…sbb itu kena belajar dari kejayaan orang lain…mungkin ada pencerahan di dalam masalah kita…Saya pun x pandai sbb saya ni bukanlah lama berumahtangga….baru je masuk 4 tahun setengah…baru2 dan terus menghadapi situasi ini. masih mentah..saya perlu belajar dan belajar menguatkan kesabaran dan mencari ilmu yang boleh dijadikan bimbingan. Yang seterusnya hanya Allah sahaja yang menentukan…Terima kasih atas pandang…Bukan mengikut perasaan cuma melontarkan pandangan yang tulus ikhlas. Wassalam.

    • addy berkata:

      salam……..puan…begini lah sebagai sesama hamba di muka bumi ni sy ingin juga membantu utk mencari jalan keluar masalah puan ni sy nk luahkan disini rasanya x mungkin…cuba emel terus ke sy..di..addyjagat@gmail.com insya’allah….setiap yg awal pasti akan ada akhirnya…..wasallam……

  33. mulan berkata:

    saudara addy..point taken..thanks so much…

    Sabar la serina…itu la ayat pujukan ati ni …
    orang boleh beri pandangan..kita menerima la ya…mana baik mana buruk..kita tapis…
    tapi apa yg berlaku malam tadi…siang tadi..pagi tadi…kat rumah kita kat hidup kita..kita yg merasa..orang lain dapat mendengar dan berkongsi telinga..sabar la…jgn putus asa…

    atas alasan apa Allah turunkan ujian ni pada kita: dosa kita lampau ke, atau menguji iman ke..atau sebagainya Allah jer tau..

    saya tak nak asyik menghukum diri kita tiap kali ada ujian dugaan nasib malang ke…tu sebab kita punya dosa ke apa ke….kalau setahun dua tahun kejadian ni berlaku dalam rumah tangga…sampai bila kita asyik hukum diri saya…
    patah la semangat saya …nak berusaha dptkan rumah tangga bahagia camtu…

    saya pujuk diri saya dan rakan2..kuatkan semangat..Allah ada…Allah tak menghampakan kita InsyaAllah…amin amin…:-)

  34. kebayan berkata:

    salam mulan .. kadang kadang kalau kita lihat perangai suami macam tak normal mesti ada sesuatu yang tak kena .Berkemungkinan suami ada masaalah jiwa .Dalam hal ini sepatutnya mulan kena berbaik baik dengan keluarga suami untuk mengetahui latar belakang cara ia dibesarkan .Tekanan yang dihadapi ketika remaja boleh membawa ke alam perkahwinan .Bila kita sudah tahu penyebabnya .. kesimpulan boleh dibuat dan kita boleh menanganinya secara saikologi .. apa apa pun semoga mulan tabah menghadapinya ..

  35. mulan berkata:

    terima kasih kebayan..

    amat diterima pendapat tuh…amat saya sokong…

    untuk pengetahuan kebayan-memang dah dibawa ke kaunseling semua tuh…pernah juga dibawa berbincang bukan sekali tapi byk kali dengan keluarga suami..cuma kalau saya cerita lebih2 detail susah pulak kat web kan..hehehe…cuma senang cerita…gini la maksudnya…

    dekat rumah tu semua org mengharap kita sorang dan mak kiter jer buat semua tuh..A sampai Z, hatta nak pi berubat,nak naik komuter pi darul syifa ke mana2 ker… nak pi kaunseling nak itu ini…nak tegur suami…nak solat hajat..nak baca yasin..nak itu ini…yg lain semua jawab tak tau…ala korang dah buat tak per la..kita orang tak payah buat…….itu saja kesimpulan nya yg berlaku dalam kisah saya ni…

    ketidakpuasan juga telah dibincangkan sebenar2nya…antara kami…kisah remaja dia pun satu persatu dirungkai…semua nya sudah diperincikan juga…apa punca pun telah dikesan oleh org tengah…(org tengah pun bukan sedara belah mana2 pihak-tapi orang yg memang disegani dikampung dan dihormati kerana agama dan akhlaknya)..tapi dek kerana semua org mengharap seorang jer wat kerja..jadi la camtu..bila dia org tau kita pi berubat..pi kaunseling ke apa..so dia org akan cakap..tak per la pihak enko dah wat..ko bayar semua ek…kami tak der duit nak wat…kita tawakal jer la…

    lama2 kita dan mak kita menanggung sendiri…jadi elokla wat sendiri senyap2…diam jer…

    sebab tu sekarang saya bulan ni suka berdiam diri …sebab salah satu jalan saya rasa diam kan aja dulu sebab dulu dah puas sok sek sok sek bagi tau utk wat sesuatu secara kerjasama kan……

    sekarang sebenarnya kebayan alhamdullilah keadaan bertambah pulih…suami pun makin ok…cuma hangin dia tu memang masih ada..sikap dulu2 tu ada lagi …gangguan pun masih ada tapi terkawal…memang memakan masa utk kembali kepada keadaan sedia ada..alhamdullilah..tak tau saya nak cakap betapa Allah tu memang tolong kita kalau benda baik…..
    cuma bab2 lain macam terlampau bergantung pada isteri dari segi duit dan harta benda tu dari pihak sebelah tu masih nyata la…(bukan saya perasangka gini tapi semua yg tau dari kedua2 belah pihak bagitau sendiri pada saya…tengok gaya perangai sikap dia dan keluarga), panas baran sifat semulajadi pun masih ada, tak per la..pelan2 …insyaAllah boleh…:-)

    tapi saya respek dengar cerita kebayan macammana mak nya boleh didik anak dia jadi baik walaupun bapa nya kuar masuk pusat serenti…
    itu la bak kata kebayan..ada la pembalasan baik nya…dalam kesusahan tu rupanya Allah beri kemanisan hidup pada ibu yg kebayan ceritakan tu..

    kadang2 saya terfikir..bila time sunyi2 tu tepi2 taman tak jauh dari tempat saya wat keja…kalau tak terjadi kisah ni pada diri saya…saya pun tak tau nak mengukur sejauh mana cinta dan sayang saya pada suami saya….sanggupkah saya berkorban duit dan tenaga, airmata nak tengok dia kembali kejalan benar, sihat semula, tak der sakit menjerit2 lagi menari2 ketawa macam hantu mengekek dari jam 8 pagi sampai 8 malam…ada hikmah disebalik kejadian ni…setelah setahun berlaku…kalau ikut ati nak tinggalkan pun ada masa mula2 dulu..tapi Allah tu ya Allah maha besar…alhamdullilah…:-)manis tu sikit2 dah dirasai sekarang…suami pun dah insyaAllah ada tanda2 positif:-) insyaAllah saya takkan putus asa dan saya tau Serina dan kawan2 lain pun takkan putus asa….insyaAllah……amin amin

    saya pun dah lali dengan komen2 tentang ada orang antara caya tak caya dengan sihir, komen cara kita berubat dan sebagainya…sejak setahun lepas ada komen baik ada komen tak ok..ada komen cara macam nak marah..ada komen lembut tapi macam nak marah pun yer…..ada komen macam2 la…hehehe..kadang2 tengah serabut boleh tersenyum juga……cuma yg tau beza kan rasa tu kita dan pengubat kita…kita tau demam tu demam biasa atau panas jenis apa…lain orang lain experience sakit macam mana ya…bak kata serina puas la wat macam2…

    kawan rapat saya di alam nyata (ni alam maya:-)) sering tanya saya..enko tahan ke suami ko wat gitu kat enko….selalu saya jawab…tak per….alhamdullilah…dia bukan seperti Firaun ..insyaAllah dia akan jadi sebaik2 suami utk saya …amin…tu la cara saya pujuk diri ni…

    So insyaAllah. fikir yg elok, fikir dengan semangat…fikir Allah memang tolong kita insyaAllah…usaha doa tawakal bak kata mus….percaya yg baik akan datang juga bak kata kebayan dan rakan2 yg lain….insyaAllah akan ada jalan….

    bolehje telah menceritakan sedikit yg dia juga telah berjaya harungi kesusahan tu….
    insyaAllah…bertambah semangat kita…Allah tolong kita…kita wat yg baik….wat cara halal….selamat dunia akhirat, insyaAllah Allah tolong…amin amin amin….
    terima kasih kawan2 yg memberi semangat..
    serina…usah berputus asa…bak kata serina..ada jalannya nanti ….insyaAllah….

    lagipun hidup hanya sekejap untuk ditangisi….:-)

  36. serina berkata:

    Betul la kita sendiri merasainya…nak cerita dengan orang…susah orang tak paham peelnya….saya pun dah banyak dengar komen2 yang membina dan komen2 yang menghancurkan pun ada…kawan baik saya pun kata…daripada menanggung susah baik kau bercerai tapi kalau tak jgnlah kau bermuram dan mengadu kesedihan hati kau lagi…aku malas nak dengar…sampai la sekarang saya dah tak kata apa2 kat dia…saya diamkan diri…apa2 pun buat sendiri…Depan org pun walaupn x mesra buat2 la mcm model pasangan bahagia…

    Tak pa la depan org rasa bahagia sekejap…heheheh…tapi kdg2 lawak tgk gelagat suami…Dpn org ok sgt2 kat umah mcm dok umah sewa rasanya…tapi kalau nak apa2 mengadap juga muka kita…walaupun meluat kat kita sekalipun….ada suka ada duka….alhamdulillah la mulan, suami mulan dah ok sikit. Bersyukurlah…Moga berjaya…

  37. kebayan berkata:

    salam serina dan mulan .. takdir untuk kita terima dan hadapi dan bukannya untuk kita mengeluh dan tangisi.Walau macam mana pun nasihat atau pendapat yang diberi hanya awak berdua saja yang tahu peritnya beban hati yang ditanggung melihat perlakuan suami .Mungkin awak bengang dengan sikap suami yang tak bertanggung jawap.Tapi .. awak maseh bernasib baik kerana badan awak sihat dan boleh berkerja untuk perbelanjaan hidup makna nya rezeki maseh ada .Ada orang nasibnya lebih malang lagi kerana tidak dapat berbuat apa apa selain hanya tinggal dirumah kerana menunggu suaminya yang lumpuh.Makan disuapkan .. berak kencing dibersihkan .Segala perbelanjaan hanya mengharap ikhsan saudara mara dan adik beradik.
    Awak berdua hanya memerlukan kesabaran dan kekuatan untuk melihat suami berubah.Pasrahlah pada jodoh dan ketentuan tuhan.Dugaan antara kita berbeza yang pastinya semua nya ada bahagian masing masing ..

  38. serina berkata:

    Alhamdulillah Kebayan…Allah masih berikan kekuatan untuk bekerja menanggung diri dan suami…walaupun sakit2 badan tapi kugagahi jua untuk kesejahteraan bahtera….Bersabarlah moga kita capai bahagia di dunia dan terutama diakhirat Insya-ALLAH. Allah mengetahui apa yang ada dalam hati dan dilakukan walaupun sebesar zarah sekali pun….buruk baik ada balasannya…

  39. ipohmali berkata:

    kalo i lah .. i akan says goodbye forever…tapi kalo i punye gaji bosa dia baik ..perilakuan nye ..mengambil peduli tetang rumah tangga… barang lak baik punye….i akan simpan die..walo pun die tak berduit..tapi kalo macam biawak idup aje..banyak kasi masaalah ..kasi talak 101 ajo samo dio…..

    tapi kawan demo lak asik tarah gaji hubby dio ajo yg kecik tu..hina lak dio ..gaji dio 5 lima ganda..ek lak ..semacei hubby dio tak bermaruah..aku selalu aje kata kat dio ..kasi talalk 444 aje cali laen baik punye..duit banyak..macam rose kat atas tu…

    • Mulan berkata:

      Assalamualaikum….
      semangat saya betambah2 dengar pendapat kalian yg pasti ada pengalaman masing2..
      hehehe ipoh mali..maaf sangat2 saya boleh senyum sengih2 ketawa dok baca mesej ipoh mali…terhibur gak dgn gaya bahasa…hehehe terima kasih sebab at least ketawa gak walau pun hehehe memang pedih bila dengar cerita macam tu yek…cerita sendiri dah tak ingat dah…kesian kat kawan ipoh mali…
      tak per…bagi saya betul kata kebayan tuh..itu paling mustahak…bila kita pikir masalah kita gini…masalah org lain ada gak lagi teruk…kan? mampukah kita nak hadapai macam org lain hadapi? mungkin la ya Allah beri kita dugaan ni..sebab dia tau ni yg kita mampu tempuh…yg lain tu belum tentu kita mampu…ke tak..hanya Allah yg tau…
      serina…saya sentiaa doakan gak serina berjaya…amin amin…saya doakan gak…
      kalau bolehje telah menempuh nyer..kita pun boleh dgn izin Allah serina..amin amin….
      benda baik akan mengatasi kejahatan…baik nyata atau tidak…
      saya kira2 inshyaAllah kami sini; saya dan kawan2 berkongsi cerita insyaAllah ya..kita takder la nak bukak pekung di dada suka2 kiter nak cerita suami kita baran ke, pakai duit kita ker, apa ya tak ya hal suami sendiri ye tak……amin…minta Allah tolong kita…kita bercerita boleh kongsi…sekurang2nya ada cara baik yg kita boleh dengar kalau suami gini apa kita nak wat..suami gitu apa kita nak wat..kita salah gini apa kita nak wat..yer tak..
      tapi tak tau la berkesan pada kisah org lain tu terpulang ya…saya ingat kata2 mus….usaha doa tawakal dan InsyaAllah boleh..
      yg baik kita terima yg kita tak pasti kita cari jalan lain pulak…
      saya berterima kasih sgt2 pada semua yg menasihati…cerita serina dan kawan2 membuatkan saya semangat…serina pasti boleh dengan izin Allah…
      saya doakan serina berjaya..doakan serina…usah putus asa…sedikit2 pasti ada kesan tiap ari yg positif..percaya la…insyaAllah….percayala…
      semalam saya balik rumah saya terfikir satu perkara yg selalu saya fikir tiap2 minggu….tak per….usaha jgn putus asa..sebab setiap sakit setiap masalah mesti ada ubat insyaAllah kecuali mati..amin amin amin…

      Serina….kawan2 senasib…sama2 kita berdoa …kita menjadi bertambah baik..suami kita pun..rumahtangga aman bahagia dapat kita kecapi..

      fikir positif…ni la saya pujuk diri saya..kalau positif fikirnya insyaAllah positif jua yg datang…
      tapi kalau ngative negative la yg datang …nauzubillah…itula cara pujuk hati ni..bak kata bolehje..kena pujuk ati sendiri….memang kena pujuk….

      ok then..kerja pulak kena assign minggu ni byk..hopefully nanti2 ada lagi masa saya menjengah disini …

      serina..terima kasih berkongsi cerita..yg lain pun..amat2 dihargai..semangat la kita menempuh dugaan…amin….

  40. serina berkata:

    Insya Allah berkat doa dan semangat rakan2 saya pasti akan berjaya…walaupun hasilnya negetif atau positif…Mungkin juga sekrang Allah nak buka cerita yang sekian lama tersimpan…Rahsia telah terbongkasr satu perstu…walaupun kebenaran itu pahit untuk ditelan saya akan terima apa2 juga keadaan dengtan hati yang redha.

    Walaupun terkejut tapi saya akan usaha hingga keenaran yang sebenar akan jelas dan nyata di depan mata saya.

  41. mila berkata:

    lelaki zaman sekarang macam ni lah

  42. man berkata:

    rose bau wangi harum semerbak di malam hari..kalo keadaan u macam keadaan bahang neraka..cari yg lain..anak satu no problemS maseh berGetah..kalo u leh tanggong diri dgn anak belah aje..kalo die suplementary card holder..u memang parah..tapi kalo dia principle okey leh ketawa..tapi lain lak aku gaji take home pay 400 bini take home pay 2777.00..sewa condo flat murah aku pun dia sapu..hutang kad kredit aku bayor..dio bebelanjor bosa walu pun aku supplementary..aku leh bolah misti die tergaga dgn hutang..maklum la aku warak lagi..roh maseh blum di tenggelami kehitaman..belum serabut di pemkiran macam laki kou…oh ya kou melalui tekanan emosi menyebab otak kou jadi migrane-lupa..kdgkala bila emosi .. susah hati mendatang ..u tak tau apo u buat atau nak buat ..kalo memandu akan tersasul entah kemana..seolah fikiran u kosong.. tampa disedari..(seolah kou pun dah setia dalam segala nya kpd laki kou tu,tapi dia tak tau menghargai pengorbanan u…org macam nie tak akan mengerti langsung seterus nya..mungkin dia pun ada kata..kalo u nak belah boleh pergi..agak nya aja

    • addy berkata:

      salam ….bro mohon ma’af saya nak beri komen sikit alh…sempena ramadhan al mubarak ini terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa dengan rasa khusyuk dan tawaduk…begini lah.. di setiap kelahiran yang telah di tentukan allah…telah di tetapkan oleh nya berapa panjang umurnya,rezekinya,jodohnya,dan bermacam2 lg….sebagai hamba allah yang memiliki kesempurnaan akal dan pikiran
      sebaik2nya jagalah setiap perkataan yang kita ucapkan…
      allah yang maha kuasa tak pernah mempersoalkan…setiap yang telah dia sendiri jadikan…termasuk dia ciptakan iblis yang telah dia laknat…kerana sifatnya yang maha mengampun,dan ia lebih mengetahui,apa yang ia kehendaki,allah boleh membolak balik kan hati,setiap insan ingat lah…hari ini allah menguji,sahabat2 kt dgn masaalah begini,sape tahu esok lusa,kita akan di uji..mungkin dgn cara lain….kalau nak beri nasihat berilah yang sebaiknya….jangan dok hina org…
      mencari kesalahan orang lain lebih salah dari yang bersalah….

  43. man sentul berkata:

    no comments bini aku macam laki kou pulak..mungkin dah tersurat sepanjang jalanan pulang menuju tempat yg kekal…Selamat berhariraya..maaf zahir batin

  44. Ateng Mabu berkata:

    saya sekadar baca sahaja,apa pun my isteri tanggung semua tentang diri saya tanpa paksaanpenuh redha,lagi menghalalkanapajugayangdiberipadasaya ,isteri saya memang terbaik,jika tidak masakan saya bergelar MR.MAMA.Dia lagi suka saya duduk rumah,mujur saya chef terbaik famili.AMIN.sajer nak kongsi.mananakcariisterisebaikisterisaya,sayanakenjoydiataklarangsebabdiatahusiapakawan2saya.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 343 other followers

%d bloggers like this: