Pembentukan anak kembar

Jika anda atau pasangan dilahirkan kembar maka peratusan untuk mendapat anak kembar adalah sangat tinggi. Bagaimanapun bukan bermakna mereka yang tidak mempunyai keturunan kembar tidak berpeluang untuk mendapat anak kembar. Segalanya boleh berlaku dengan keizinan dari Allah SWT selain bantuan pelbagai teknologi perubatan yang semakin canggih. Pernahkah anda terfikir bagaimana kembar terjadi dan kedudukannya di dalam perut ibu. Biasanya wanita akan melahirkan seorang anak sahaja bagi setiap kehamilan. Namun, kadang-kadang ada wanita yang mengandung anak kembar. Terdapat tiga jenis anak kembar, iaitu anak kembar seiras, anak kembar tak seiras dan anak kembar siam. Mari lihat bagaimana pembentukan anak kembar terjadi.

1. Kembar seiras (Monozygotic)
Pembentukan anak kembar seiras terjadi apabila satu embrio membahagi kepada dua embrio yang berasingan pada peringkat awal perkembangan embrio. Kedua-dua embrio ini akan berkembang dan membentuk dua fetus berasingan di dalam uterus (rahim) ibu. Setiap fetus yang berada di dalam uterus ibu mempunyai tali pusat sendiri tetapi berkongsi satu plasenta (uri). Oleh kerana kembar seiras berasal daripada satu embrio, maka hanya satu sperma dan satu ovum yang terlibat dalam persenyawaan untuk membentuk zigot. Ini menyebabkan kembar seiras serupa dari segi kandungan genetik dan sifat fizikalnya termasuk jantina.

2. Kembar tak seiras (Dizygotic)
Anak kembar tak seiras terjadi apabila dua ovum dibebaskan serentak semasa proses pengovulan. Setiap ovum ini disenyawakan oleh satu sperma. Maka, dua zigot terbentuk. Kedua-dua zigot akan berkembang membentuk dua fetus yang masing-masing mempunyai plasenta dan tali pusatnya sendirl. Dua anak akan dilahirkan pada akhir tempoh kehamilan. Keduadua anak ini tidak sama dari segi kandungan genetik kerana berasaldaripada dua ovum dan dua sperma yang berlainan. Rupa dan jantina kedua-dua anak ini mungkin sama atau berbeza. Maka, kembar jenis ini disebut sebagai kembar tak seiras.

3. Kembar siam
Sekiranya pembahagian satu embrio berlaku dengan lengkap, maka anak kembar seiras terhasil. Walau bagaimanapun, kadangkala pembahagian embrio berlaku dengan tidak sempurna. Ini menyebabkan kedua-dua embrio masih terlekat antara satu sama lain pada bahagian tertentu. Dalam keadaan ini, kedua-dua embrio akan membentuk dua fetus yang masih terlekat pada bahagian kepala, dada, punggung, ataupun di bahagian perut. Anak kembar ini dikenali sebagai kembar siam. Biasanya kembar siam dikeluarkan dari uterus ibu melalui pembedahan. Kembar siam mungkin berkongsi satu jantung, otak atau organ lain. Pakar pembedahan boleh melakukan pembedahan ke atas kembar siam untuk memisahkan kedua-duanya. Namun, pembedahan seperti ini mempunyai risiko yang tinggi.

27 Responses to Pembentukan anak kembar

  1. al_milangi berkata:

    salam,,
    saye adalah seorang kembar seiras,,
    gembire hati saye bile anda mengatakan,,
    orang yg kembar ade potensi yg tinggi untuk mendapat anak kembar,,
    Alhamdulillah,,
    tapi itu sume ketentuan Allah,,
    kalau Allah izinkan,,
    Insyaallah,,
    kalau x,,
    saye redo,, :)

    • EKIN berkata:

      suami saya kembar seiras….dan sekarang saya sedang hamil anak sulung kami…pemeriksaan menyatakan kandungan saya tidak kembar..saya dan suami teringin sangat nak merasa ada anak kembar..i.allah yang kedua nanti..doakan ye

  2. jo berkata:

    ..Semue kejadian yg terjadi ..ada hikmah nye..saperti pak imam kate…

  3. ainman2007 berkata:

    saya ingin kan ank kedua saya kembar sebab bapak mertua saya kembar tak seiras adakah saya akan memperolehi sepasang ank kembar satu hari nnti.walaupun saya tau itu kuasa tuhan yg menentukan umatnya

    • Sue berkata:

      Syukur alhamdulillah..
      saya amat brsyukur kerana saya mengandungkan anak kembar..semoga anak2 yang bakal dilahirkan sihat dan trmasuk anak2 yang soleh…

  4. Putu berkata:

    bagi saya mempunyai anak kembar adalah anugrah Yang Kuasa, semoga kelak menjadi anak yang berguna dan berbakti….

  5. hazily quantan berkata:

    salam……saya mempunyai anak kembar 3 berusia 1thn 2bln kesemua gurl…..dan anak pertama boy 5thn…..perlu kesabaran dan pengorbanan untuk membesar kan ketiga3 kembar tue…..boleh lawat web peribadi sayer…..http://kembar3.webs.com kunjungan anda dialu-alukan terutama pasangan kembar dan mempunyai anak kembar…

    • rose berkata:

      salam..wahh..sekali dpt 3..tahniah..saya jg br brsalin..dpt bby twin..tp 2 jer..alhmdlh..dua2 girl..kmbar seiras..umur mrka bru sebln..ank 1st boy.dh 2thn 3bln..
      semasa mngndung,saya x putus2 brdoa pd ALLAH agar kabulkn doa saya utk mndpt bby girl.akhirnya doa sya trmakbul.btul kata org,ALLAH itu MAHA PENYANYANG..Dia akn memakbulkn doa2 hamba NYA klu kta ikhlas meminta..ada tips ke utk jga bby twin??bleh share ker??

  6. umairah berkata:

    salam….saya teringin sangat nak dapat baby twin…xkisahla laki o pempuan…1st baby saya dpt baby boy…n if ade rezeki klu blh 2nd nie nk dpt twin plak…ade sesape yg ade petua tuk dptkan baby twin? tQ

  7. Wedy berkata:

    nak tanye, kalau kite takde keturunan kembar dan tiada masalah kesuburan, adakah dibenarkan dalam islam untuk kite mencuba dapatkan anak kembar dengan makan pil subur atas arahan doktor, sedangkan kite boleh hamil macam biasa? sbb saya memang teringin nak anak kembar tapi kite takde keturunan kembar.

    • mseja84 berkata:

      rasanya x salah itu namanya usaha selebihnya kita tawakal lah…insyAllah..Allah akan memakbulkan permintaan pn.bukan u nak mengubah tapi mencuba,sertakanlah solat hajat dan doa yang bersungguh2..yg penting dapatkan nasihat doktor dulu takut ada kesan lain.mcm yang susah dapat baby guna produk kesuburan.myb bukan kerana ubt tu tapi Allah lihat dari kesungguhan yang meminta tu .tup2 mengandung setelah beberapa lama mengamalkan ubt tu.kan??

  8. bem scaniavan berkata:

    SYA ADALAH ANAK TUNGGAL…TIADA ADIK,ABANG MAHUPUN KAKAK…SYA SENTIASA BERDOA AGAR ALLAH S.W.T MEMBERIKAN KMI REZKI…SYA SLALU BERDOA AGAR IBU SYA DAPAT MENGANDUNG DAN SYA INGINKAN ADIK KEMBAR LELAKI…..AMIN…

  9. hasulia berkata:

    saya sudah mempunyai seorang anak perempuan.saya teringin mempunyai sepasang bayi kembar lelaki seiras,bagaimana tips-tips untuk mendapat bayi kembar seiras..

  10. ayu berkata:

    saya pun macam umairah, mcmaner nak dapatkan anak kembar…. tlg bg petua kepada sesiapa yang tahu hendak dapatkan anak kembar..sekian

  11. awin berkata:

    sekarang saya bru pregnant, harap2 anak kembar. Sbb ayah kembar seiras, sebelah ibu pun de kembar. Kalau dapat kembar, ALHAMDULILLAH…..

  12. azie berkata:

    biasanya keturunan kembar je yg akan dapat kembar

    • mseja84 berkata:

      semuanya dari Allah kalau nak bagi…rasanya apa yang Azie bg tau tu x semestinya ada keturunan jer.mcm kawan saya baru2 ni melahirkan bayi kembar seiras lelaki.tapi dia pun sendiri hairan.belah suami dia x pernah ada sejarah kelahiran kembar.mahu sebelah keluarga dia.tapi dia selalu solat hajat kalau2 dapat dikurniakan bayi kembar lelaki sebab anak pertama dan keduanya adalah perempaun.xda mustahil janji kita usaha dan berdoa kepada-NYA.insyAllah…Awin jangan putus asa..Wallahualam…

  13. julie berkata:

    salam,,,
    sy nie x kwin lg tpi tringin sgat nak ank.
    klu bleh sy nak ank kembar.

  14. Santi berkata:

    nice post…
    kunjungi ini ya..
    klik ini
    thanks

  15. Blog Sensasi berkata:

    semua nak anak kembar ek…berdoa dengan Allah dengan ikhlas insya Allah dimakbulkan permintaan tu..tapi kalau dah berjaya jangan lak ada rungutan dikemudian hari

  16. firahzafir berkata:

    salam… cmne nak tahu kita tgh mengandungkan kembar atau tak? apa simptom yg biasa (blom scan lagi)

  17. NorYati Nizam berkata:

    salam,saya jga punya anak kembar seiras berumur 2 tahun 4 bulan,kedua-duanya lelaki,sebelum ni saya pun tak pasti anak saya kembar seiras ke tak,orang tengok serupa,tapi saya tgk tak la serupa sangat,lagi pun doktor pun tak bgtau dgn pasti seiras ke tak..sebab tu jd confuse,tp selepas baca tentang “pembentukan anak kembar” ni baru saya pasti anak saya kembar seiras..mereka berkongsi uri.. Alhamdulilah biar pun nakal dan aktif,saya sangat bersyukur dikurniakan anak kembar..bukan semua orang bole dapat anugerah ni..

    • Mikha berkata:

      salam..sy pun ada anak kembar, br 1 thn. lelaki jgk. kembar seiras. ank sy di lahirnya seorang normal, 1 org operation, jd bentuk kepalanya ada sikit x sama. alhamdullillah skrg dua-dua sihat. aktif, bkn main lagi.. kdg2 tgk muka sama, kdg2 nmpk lain..syukur alhamdullilah, sy dpt peluang, mengandungkan ank kembar, walaupn bnyk dugaan yg sy tempohi….

  18. noormusfarah berkata:

    askum..sy shikin,ingin brkongsi masalah hamil.sy sdah brkahwin slma dua bulan,pd pndpat sy ank itu mmg lah rezeki drpda allah..ttapi sy dan suami inginkan zuriat,dalam masa dua bulan kami mndrikan rumah tngga kami sdah brusaha untuk mndpatkan zuriat.maksud sy,dh mcam2 kami lakukan petua drpda org tua2 tpi msih lg ggal..dlm kluarga sy,sy adalah slah seorang dripda ank kembar.sy ingin brkongsi pndapat bgaimna cara dan tips untuk mndpatkan ank kmbar..dri faktur kturunan mmglah ada kturunan kembar,insyaallah smoga tuhan mmberikan zuriat kpda kami..

  19. shielashah berkata:

    mak saya kembar 3.. ade potensi x utk sy dpt kembar jugak heheheheheh

  20. Mikha berkata:

    assalammualaikum…. satu-satu kejadian kembar berlaku, adakah disebabkan oleh lelaki @ perempuan.. maksudnya suami dan isteri ‘bersama’, siapakah yang “empunya” yang membolehkan anak kembar ini terjadi?

  21. NORSIAH BT HASAN berkata:

    ADAKAH KEMUNGKINAN PEMERIKSAAN AWAL TAK MNUNJUKKAN KEMBAR WALAU PUN DAH SCAN, TAPI BILA LAHIR KEMBAR……. AGAKNYA BULAN KE BERAPAKAH BAYI KEMBAR BETUL2 DIKESAN…….

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 343 other followers

%d bloggers like this: