Kepelbagaian selaput dara

Saya berusia 22 tahun dan baru berkahwin sebulan. Adakah saya mempunyai dara kerana ketika melakukan hubungan bersama suami, tiada sebarang tompok darah yang keluar daripada faraj saya seperti yang lazimnya diberitahu ramai orang.

Adakah proses pecah dara itu harus membabitkan keluar tompokan darah? Adakah mungkin ia sudah pecah tanpa disedari seseorang wanita?Saya bimbang jika suami berasa kurang senang dengan diri saya walaupun saya tidak pernah melakukan hubungan intim dengan lelaki lain.

YANA,
Taiping, Perak.

SEELOKNYA anda memahami terlebih dulu mengenai kepelbagaian rupa selaput dara yang boleh dimiliki gadis sunti.

Dalam kebanyakan gadis, selaput dara berupa cecincin nipis mengelilingi bukaan faraj dan berlubang di tengahnya, jenis ini disebut annular.

Ada juga yang mempunyai rupa jejari atau berliku pada cecincinnya (disebut dentate berfimbria). Ada juga selaput dara yang tidak menunjukkan cecincin yang lengkap men gelilingi bukaan faraj tetapi hanya sebahagian saja ling karannya (lunar).

Ada selaput dara yang seolah-olah mempunyai dua lubang di tengahnya yang dibahagi oleh satu septum di tengahnya (jenis septate). Ada juga selaput dara yang tidak kelihatan seperti lapisan tisu menutupi keseluruhan bukaan faraj dan meninggalkan lubang halus seperti alat penapis (jenis cri briform).

Malah, ada juga selaput dara yang langsung tidak mem punyai lubang (imperforate) dan menimbulkan masalah apabila darah haid tidak dapat keluar apabila sudah baligh. Ada juga jenis lain yang turut ditunjukkan di dalam rajah di bawah:

Selaput dara dibentuk oleh tisu kolagen yang bersifat anjal iaitu ia boleh koyak apabila diregang melebihi tahap ke anjalannya.

Jika saiz bukaan lubang dan sifatnya lebih anjal, ia boleh membenarkan kemasukan zakar tanpa mengakibatkan ko yakan, lebih-lebih lagi jika ia berjenis lunar serta selaput dara terbabit kurang vascular dan zakar pula bersaiz kecil.

Tidak semua koyakan selaput dara akan menyebabkan pendarahan. Selain itu, tidak semua jenis selaput dara akan koyak apabila berlaku tusukan menerusinya.

Selaput dara mungkin boleh koyak dengan aktiviti lasak. Ia lazimnya tidak koyak bersendirian tetapi turut disertai de ngan trauma pada organ di luarnya atau organ berham pirannya seperti bibir kemaluan, paha dan seumpamanya.

Ini kerana trauma aktiviti terbabit akan mengenai organ lain dulu sebelum terkena selaput dara yang dilindunginya.

~ Metro

3 Responses to Kepelbagaian selaput dara

  1. selamathariraya berkata:

    ███████████████████████████████████████
    ███████████████████████████████████████
    ███████████████████████████████████████
    ███████████████████████████████████████

    KINI TELAH DIBUKA..
    PUSAT DOWNLOAD MELAYU

    MACAM-MACAM ADA! DOWNLOAD SECARA PERCUMA!!!
    ►Audio Muzik
    ►Ceramah & Motivasi
    ——Audio
    ——Video
    ►Ebook
    ——Majalah
    ————————Majalah PC ada,
    ————————Majalah PC Xtra ada,
    ————————Mangga ada,
    ————————Ujang ada,
    ————————Mastika ada,
    ————————Gila-Gila ada,
    ————————Majalah Apo? ada,
    ————————Majalah Gempak ada,
    ————————Majalah Utopia ada,
    ————————Majalah Mingguan Wanita ada,
    ————————Majalah Mastika ada,
    ————————Majalah Wisel ada,
    ————————Majalah Arena Bolasepak ada,
    ————————Majalah Hai ada,
    ————————Majalah Maskulin ada,
    ————————Majalah G3 ada,
    ————————Majalah Max It ada,
    ————————Majalah Star Soccer ada,
    ————————Majalah Klik ada,
    ————————Majalah Remaja ada,
    ————————Majalah CHIP ada,
    ————————Majalah Aliran Informasi Pertahanan TEMPUR ada,
    ————————Majalah Rasa ada,
    ►Filem
    ——Versi DVD
    ————Cerita Indonesia
    ————Cerita Melayu
    ————Cerita Orang Putih
    ——Versi VCD
    ————Cerita Indonesia
    ————Cerita Melayu
    ————Cerita Orang Putih
    ►Rancangan Televisyen
    ——8TV
    ——Astro Ceria
    ——Astro Prima
    ——Astro RIA
    ——AXN
    ——NTV7
    ——RTM
    ——TV3
    ——TV9
    ►Video Muzik
    ——Muzik Indonesia

    dan banyak lagi..!!!

    Masuk sini= http://media-mlayu.notlong.com

    TENGOK DULU BARU TAHU, CAKAP SAJA TARA GUNA

    ███████████████████████████████████████
    ███████████████████████████████████████
    ███████████████████████████████████████
    ███████████████████████████████████████

  2. riaz berkata:

    saya ingin tahu adakah selaput dara itu berbentuk gel yg pekat?dan mengeluarkan darah seperti berwarna koko dan sedikit kemerahan?bagaimana caranya untuk mengetahui seseorang itu masih mempunyai dara atau tidak selain berjumpa doktor?mungkin dari fizikalnya…??

  3. elfiana berkata:

    saya telah pun berkahwin sebulan yang lalu , malah saya juga menyedari bahawa saya sudah tidak mempunyai selaput dara lagi sedangkan saya tidak pernah melakukan hubungan intim dengn mana-mana lelaki sebelum ini . saya berasa amat risau jika suami saya menyangka bahawa sebelum ini saya telah melakukan hubungan seks dengan lelaki lain, kemudian dia tinggalkan saya . mungkin dara saya sudah pun terkoyak kerana saya tidak melihat apa-apa kesan selaput dra di faraj saya. ketika saya melihatnya dara saya agak terkoyak malah ia seprti sudah tiada selaput dara lagi . apakah yang harus saya lakukan .saya bersa mungkin ini kerana saya telah melakukan aktiviti yang lasak ketika bersekolah dahulu , oleh itu kemungkinan selaput dara saya sudah hilang tanpa disedari dan dikesan . saya tidak tahu bagaimana untuk berterus terang dengn suami saya ketika hendak melakukan hubungan intim.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 343 other followers

%d bloggers like this: