Wanita mudah alami patah tulang sendi pinggul

Oleh Hafizah Iszahanid

Penggambilan kalsium, vitamin D elak risiko tulang reput

PATAH tulang sendi pinggul bukan sekadar patah tulang, sebaliknya menjadi penanda aras berlakunya perubahan dalam gaya kehidupan seseorang.

Bagi golongan muda, patah tulang sendi pinggul biasanya disebabkan kemalangan jalan raya atau kecederaan sukan, tetapi mereka yang berusia 65 tahun ke atas kerana tulang semakin rapuh.
Oleh itu, patah tulang sendi pinggul lebih kerap berlaku pada mereka yang berusia. Apabila usia meningkat, tulang semakin rapuh dan kejadian seperti jatuh boleh menyebabkan tulang sendi pinggul patah.

Patah tulang sendi pinggul sebenarnya masalah global. Contoh di Amerika, kajian mendapati lebih 300,000 dimasukkan ke hospital setiap tahun kerana masalah itu.

Pakar Perunding Ortopedik dan Pembedahan Trauma, Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Dr CHin Chee Howe, berkata di Asia pula, kira-kira 50 peratus kes patah tulang sendi pinggul berlaku menjelang 2050.

“Sebenarnya patah tulang sendi pinggul boleh berlaku tanpa mengira usia, tetapi biasanya pada mereka yang berusia 65 tahun ke atas. Ada banyak sebab masalah itu berlaku dan punca utamanya kerana kurang kalsium,” katanya.

Dr Chin berkata, apabila semakin berusia, tulang perlahan-lahan kekurangan mineral dan menjadi kurang padat.

Katanya, kehilangan mineral itu menyebabkan tulang lemah dan tulang sendi pinggul mudah patah.

“Berbanding lelaki, wanita lebih berisiko mengalami masalah patah tulang sendi pinggul kerana kepadatan tulang wanita lebih mudah merosot terutama selepas putus haid. Selain itu, jangka hayat wanita lebih lama berbanding lelaki.

“Pereputan tulang berlaku lebih cepat dari dalam. Justeru, pengambilan kalsium harus ditingkatkan sejak muda. Dalam satu kajian, pengambilan kalsium di kalangan orang Malaysia adalah antara 300 hingga 500 miligram (mg) sehari, yang mana tidak mencukupi,” katanya.

Dalam satu kempen imbasan tulang yang dilakukan di seluruh negara oleh Fonterra Brands, satu daripada setiap dua wanita yang berusia 50 tahun ke atas berhadapan dengan risiko tinggi masalah kesihatan tulang.

Pengurus Penyelidik Nutrisi, Fonterra Brands, Aaron Lambert, berkata daripada imbasan rawak di seluruh negara didapati 50 peratus wanita yang putus haid berisiko tinggi dan perlu mengambil langkah pencegahan untuk mengurangkan risiko tulang lemah.

Simptom patah tulang sendi pinggul

a) Terlalu sakit di pinggul atau pangkal paha

b) Rasa tegang, lebam dan bengkak di kawasan pinggul

c) Kaki pendek sebelah

Langkah pencegahan

Ada banyak cara untuk mencegah patah tulang sendi pinggul. Yang paling penting dan perlu diberi keutamaan ialah lakukan usaha mencegah masalah rapuh tulang (osteoporosis) terlebih dahulu iaitu mengambil lebih banyak kalsium dan vitamin D. Minum susu dan makan makanan yang tinggi kalsium selain susu seperti keju, yogurt dan sayur-sayuran hijau. Di pasaran, ada banyak susu antaranya susu untuk nutrisi tulang, Anlene.

INFO: Faktor risiko

  • Lanjut usia
  • Keadaan kesihatan yang kronik
  • Jantina (perempuan lebih berisiko)
  • Genetik
  • Kurang kalsium dan vitamin D
  • Menghisap rokok dan minum alkohol
  • 6 Responses to Wanita mudah alami patah tulang sendi pinggul

    1. pandangan anda cukup baik tapi sy mau bertanyakan sesuatu , Adakah ubat untuk memulih kan patah tulang sendi untuk wanita yang sudah berumur 70 tahun selain operation masuk besi?

    2. boleh kah wanita 70 an yang patah tulang sendi pinggul mengambil sebarang ubat dan vitamin untuk penyembuhannya?

    3. rezal berkata:

      asalamuallaikum ,

      saya seorang pemuda(belum berkahwin) yg berumur 27 tahun .. sering menghadapi kesakitan di bahagian sendi terutama tulang belakng ,lutut dan sukar melelapkan mata di malam hari .. soalan saya apakah langkah pencegahan , kawalan , mgubati selain memakan ubat yg di saran kan ?

    4. rezal berkata:

      di harap pihak tuan dapat berintraksi secara terus melalui email .

    5. ida berkata:

      assalamualaikum,,,

      saya nk btnye,,sye mnglami skt tulang pinggul ditengah2,,sye xbley dduk lame n xbley baring tanpa alas kerane tulang pinggul sya akan rase sakit,,semasa umo sye 10thn saye mandi di sungai,saya lompat dari atas ke dlam sungai n sye terduduk di atas sebuah batu,,,dan sakitnye sampai sekarang..adakah tulang pinggul saya retak atau lari?

    6. juwita berkata:

      sy b’usia 21 thn..ign b’tny skt sendi d bhgn pinggul..2 thn yg lalu,sy penah jatuh di gelanggang tenis..6 bln kmdian sy m’jalani xray..result ok..tp skarang sy rse xselesa sbb stiap kali sy ingin m’lakukan p’gerakan,terasa seperti tulang sy b’gesel dan mengeluarkan bunyi..apakah yg sy sdg alami skang ni?sy takut…

    Tinggalkan Jawapan

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s

    Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.

    Join 343 other followers

    %d bloggers like this: