Letih, stres dan ED

‘‘Saya seorang pengurus kilang dan bekerja sekitar 10 jam setiap hari. Kesannya, hubungan intim dengan isteri tidak lagi sehangat dulu, mungkin juga berpunca daripada keletihan dan stres di tempat kerja.

Isteri turut merasai perubahan tersebut. Apakah cara untuk membangkitkan kecergasan?’’

Jawapan: Kesihatan seksual juga boleh dipengaruhi oleh kecergasan fizikal dan emosi seseorang serta keadaan persekitarannya. Masyarakat kini yang lebih terdedah kepada stres dan pencemaran di samping corak pemakanan serta gaya hidup yang tidak sihat boleh mempengaruhi libido dan prestasi hubungan intim.

Banyak kaum lelaki mengalami masalah disfungsi erektil (ED) iaitu kegagalan untuk mencapai atau mengekalkan ketegangan (ereksi) semasa hubungan intimasi, yang menjejaskan prestasi seks mereka. Dalam kes anda, stres dan kepenatan fizikal dan mental mungkin merupakan penyebab utama kemerosotan kesihatan seksual.

Horny goat weed, ginseng, puncture vine, damiana, muira puama, withania dan gingko adalah herba-herba yang bermanfaat dalam membangkitkan kecergasan, stamina dan prestasi seksual.

Horny goat weed dan gingko masing-masing membantu memperbaiki masalah ED, mengurangkan kelesuan serta meningkatkan kebolehan mencapai dan mengekalkan ereksi sewaktu menerima rangsangan seksual. Ginseng meningkatkan pengaliran darah ke tisu-tisu genital dan paras oksida nitrik yang membantu dalam masalah ED. Kajian terhadap Muira puama menunjukkan ia meningkatkan libido, membantu pengeluaran hormon serta ereksi yang tahan lebih lama.

Puncture vine pula membantu masalah lemah tenaga batin serta merangsang pengeluaran hormon testosteron. Dikenali sebagai tonik perangsang seks, damiana boleh meningkatkan sensitiviti saraf, merangsang keinginan seksual dan kenikmatan hubungan kelamin. Begitu juga dengan withania yang telah lama digunakan untuk fungsi saraf yang sihat. Withania bertindak sebagai adaptogen untuk melawan stres. Ini bersesuaian bagi mereka yang sering mengalami tekanan dan mereka yang kerap mengalami keletihan fizikal.

Penumpuan kedua-dua minda dan tubuh diperlukan semasa aktiviti seksual. Anda harus menangani tekanan di tempat kerja supaya keadaan ini tidak berlanjutan dan menjejaskan prestasi seks. Rehat dengan secukupnya dan luangkan masa untuk menenangkan fikiran dengan membuat senaman, yoga atau meditasi. Berikut adalah beberapa tip untuk menyemarakkan kehidupan seksual dan mengeratkan lagi perhubungan dengan isteri:

* Lakukan aktiviti urutan terapi aroma

* Hidupkan suasana romantik dengan menyalakan lilin dan memainkan muzik lembut

* Berbual mesra dengan pasangan anda semasa makan malam dengan cahaya lilin

* Tonton wayang atau drama romantik bersama isteri

* Sentiasa senyum dan berfikiran positif. Senyuman yang ceria akan menarik perhatian pasangan anda.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 343 other followers

%d bloggers like this: