Masalah senggugut yang teruk

Doktor,
Saya berumur 27 tahun dan baru sahaja mendirikan rumah tangga. Saya ingin bertanya adakah masalah senggugut isteri saya yang teruk akan berterusan selepas berkahwin dan adakah kesannya terhadap masalah untuk mengandung?Adakah juga ubat-ubatan farmasi atau klinik yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah senggugut ini? Tolong bantu saya.

- Suami risau

Jawapan

Masalah senggugut yang dialami oleh isteri encik kemungkinan tinggi disebabkan oleh penyakit endometriosis.

Walaupun ada sebab-sebab lain yang boleh menyebabkan senggugut, maklumat yang telah encik berikan membawa kepada diagnosis yang paling ketara merupakan endometriosis.

Dalam keadaan endometriosis, wanita biasanya mengalami senggugut dan mungkin juga sakit bila membuat hubungan kelamin dengan suami.

Kemungkinan organ-organ di pelvisnya telah melekat (adhesion) atau juga tiub fallopiannya boleh tersumbat.

Keadaan endometriosis boleh terjadi kepada sesiapa pun dan kadangkala didapati berlaku di kalangan adik-beradik.

Sebab sebenar terjadinya endometriosis sehingga hari ini tidak jelas walaupun ada postulasi yang mengatakan terjadinya pendarahan ‘retrograde’ ke dalam pelvis yang menyebabkan keadaan ini.

Untuk mengetahui sebab sebenarnya senggugut isteri encik, sebaiknya isteri encik perlu diperiksa oleh doktor pakar sakit puan.

Selain daripada ujian ultrasound untuk melihat jika ada sista (bengkak ovari), ujian leproskopi juga boleh dijalankan untuk memastikan ianya endometriosis dan juga untuk melihat jika terdapat jika tiub fallopian yang tersumbat atau tidak.

Jika diagnosis yang dibuat doktor adalah endometriosis, ubat-ubat tertentu boleh digunakan untuk mengubati keadaan ini dan dia juga digalakkan cepat mengandung.

Sebab-sebab lain senggugut adalah jangkitan pelvis (pelvic inflammatory disease) dan kadangkala disebabkan fibroid terutamanya jenis bertangkai (pedunculated fibroid).

Maka, isteri encik perlu diperiksa secara teliti untuk mendapat diagnosis yang tepat dan perlu diberi rawatan yang sewajarnya secepat mungkin supaya penyakitnya tidak melarat sehingga susah dirawat kelak.

* Dr. Fatima Najla KM Muhd Jaafar Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Kelana Jaya Medical Centre (KJMC) .

9 Responses to Masalah senggugut yang teruk

  1. erma liza berkata:

    saya berumur 25 thn berkahwin selama 9 bulan tapi msh belum dikurnikan zuriat,saya mengalami masalah sengugut yg teruk tapi cuma pd hari pertama haid,adakah itu punca saya masih belum hamil…
    tolong bantu saya
    terima kasih

  2. psyco berkata:

    rsnya xde apa2 kot..2 kebiasaan kepada sesetengah wanita..sbb masaalah ni bkn pd awk je..smua wanita pn penah alami..jd sy rs awk xperlu risau pasal ni..

  3. rose berkata:

    xpyah rsau erma..2 biasa je, kehamilan brgntung pd kesuburan u or hubby, tp klu u xselesa ngn snggugut ni, cuba msuk blog ni http://farajcare.blogspot.com , sy br jmpe, smua mslah kewanitaan boleh settle..blog ni byk mmbntu..

  4. nurul berkata:

    salam…sy dh 2 tahn khwin…tp blom di kunian kn zuriat..dn sy mglami snggugt yg skit sngt.

    • fis corner berkata:

      jom cuba amalkan pad herba avail beauty..InsyaAllah kita mampu berusaha….berminat boleh sms 0125744155 @ lawat laman facebook sy..www.facebook.com/Fis Corner

  5. fis corner berkata:

    Jangan biarkan diri anda terdedah kepada risiko kanser!

    80% wanita masa kini mengalami gejala awal kanser seperti sengugut, keputihan, kegatalan, jangkitan kuman, haid tidak menentu, discharge berlebihan, endometriosis, trichmoniasis dan pelbagai masalah sakit puan yang lain.

    jom sharing ..lawat laman facebook saya

    http://www.facebook.com/Fis Corner

  6. nur berkata:

    saya merupakan remaja yg berumur 16 tahun… setiap kali datang bulan sy akan skit yg amat… biasany smpai ke tulg kaki… itu mambuatkn sy sukr brjln, berdiri… tlg sy… adkh ia serius?

  7. wan berkata:

    Assalamualaikum,

    saya ada sejenis ubat yang dapat atasi masalah senggugut ni, kalau sesiapa yang ada senggugut tu sampai pengsan n muntah2 boleh cuba ubat ni, dibuat dari ektrak buah… orang rumah saya kalau period mmg sampai pengsan, kadang2 tu saya pun dimakinya.. hahaha, biasalah tu. Dia ada cuba ubat tu, masa dia period tu dia tak sedar pun sbb tak rasa sakit katenya…. Alhamdulillah dapat penyelesaian masalah tu. Tak salah mencuba, kalau nak beli pun boleh beli kat saya atau dia sbb kami dah jadi penjual produk tu. sms Wan – 0176273715 . kami boleh post kalau nak beli. nak by hand pun boleh.

  8. yatie berkata:

    saya mengalami senggugut yg teruk sblm berkahwin,tetapi alhamdulillah saya mengandung awl dan bunting pelamin…selepas bersalin senggugut masih ada tetapi bukan setiap bulan cuma kadang2 sahaja.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 343 other followers

%d bloggers like this: