Cinta Sejenis

Sanggup tinggalkan suami, anak demi kekasih sejenis

SEMAKIN banyak kes cinta sejenis antara wanita dipaparkan. Jika dulu budaya cinta sejenis lebih ketara di kalangan lelaki, nampaknya kini hubungan terlarang itu turut menonjol di kalangan wanita.

Ada yang sanggup lari dengan kekasih sejenis meninggalkan suami dan anak, malah ada yang tergamak buang ibu bapa semata-mata asyik dengan cinta sejenis.

Hubungan songsang yang mengundang petaka ini tidak seharusnya dibiarkan berleluasa. Mengapa mereka tertarik dengan kaum sejenis dan menyimpan naluri bertentangan dengan fitrah manusia. Kita kupas isu ini dengan mendapatkan penjelasan beberapa pihak.

Pengerusi Yayasan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim),Hanafi Malek

“CINTA sejenis adalah perbuatan di luar tabie. Binatang pun tidak melakukan hubungan sejenis. Perbuatan ini melanggar fitrah kejadian manusia dan perintah Allah. Mereka kena ingat, perbuatan itu diharamkan dan mengundang bala. Ia berlaku pada zaman Nabi Lut apabila mereka menerima balasannya.

“Saya turut menerima kes cinta sejenis. Seorang eksekutif pemasaran wanita yang bergaji RM12,000 bercinta dengan kaum sejenis selepas kecewa akibat suami main kayu tiga. Mereka melakukan hubungan sejenis sejak 12 tahun lalu.

“Mereka yang terbabit dengan kegiatan ini sanggup berbohong dan mengada-adakan cerita sebagai alasan untuk meneruskan hubungan yang dilaknat. Cinta mereka bertuhankan hawa nafsu dan ajakan syaitan. Antara sebab berlaku cinta sejenis ialah mereka ada teman lelaki kasar, sedangkan wanita sifatnya sukakan kelembutan.

“Kerajaan perlu buat sesuatu untuk mencegah perkara itu daripada berleluasa dengan mengadakan akta berkaitan dan menguatkuasakan undang-undang bagi menghukum mereka yang melakukan kesalahan itu. Selain itu, pasakkan nilai murni dalam sistem pendidikan kita.”

Presiden Persatuan Penggerak Masjid Surau Malaysia (Pekemas),Abu Hasan al Ashaari Zakaria

“BANYAK faktor menyebabkan gejala ini berlaku. Ada wanita yang terpengaruh dengan cakera padat lucah dan Internet, mendapat gambaran perbuatan itu seronok dan mahu mengikutnya.

“Mungkin juga wanita itu trauma sebab dulu sering melihat ibunya dipukul ayah, jadi dia takut dapat suami bersikap seperti itu lalu memilih wanita sebagai kekasih. Selain itu, ada kes disebabkan wanita itu tidak mahu berkahwin dengan lelaki kerana takut kebebasan mereka dikongkong.

“Malah, ada wanita terpengaruh dengan budaya songsang ini ketika belajar di sekolah atau asrama perempuan. Perkara ini tidak akan terjadi antara wanita lemah lembut dengan perwatakan serupa. Ia mesti seorang berperwatakan lembut dan seorang lagi kasar, biarpun tidak ketara pada penampilan atau cara berpakaian.

“Perkara seperti ini juga boleh terjadi akibat tinggal menyewa sebilik. Mulanya mahu menjimatkan kos, tetapi tiba-tiba terbit perasaan sayang dan cinta. Apapun, hubungan ini tidak berlaku dalam waktu singkat kerana mereka mengambil masa untuk serasi.”

Peguam Syarie,Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain

“PERUNTUKAN untuk menghukum mereka yang terbabit dalam cinta sejenis memang wujud, iaitu mengikut peruntukan persetubuhan di luar tabie. Namun, perkara ini sukar dibuktikan dan biasanya dikesan melalui pengakuan mereka sendiri atau menerusi rakaman, jika ada.

“Sehingga kini belum ada pendakwaan berhubung kes itu. Serbuan atau tindakan boleh dilakukan jika ada aduan orang ramai. Jika sabit kesalahan, hukuman dikenakan sama seperti kesalahan zina, iaitu mengikut enakmen jenayah syariah.

“Ada beberapa kes iaitu suami mengadu isterinya ada hubungan dengan wanita lain. Apabila saya bertanya adakah pengadu (suami) nampak isterinya dan wanita terbabit melakukan perbuatan tidak baik, mereka tidak nampak. Cuma mereka syak berdasarkan hubungan terlalu akrab dan tingkah laku mencurigakan.

“Individu yang terbabit dalam kes seperti ini, sama ada cinta sejenis lelaki atau wanita, lebih mengutamakan pasangan cinta sejenis masing-masing berbanding pasangan hidup sendiri dan anak, misalnya menangguhkan sesuatu program kerana mahu ikutkan kemahuan kekasih.

“Kes seumpama ini boleh membawa kepada perceraian. Walaupun jumlahnya tidak besar, ia boleh menjadi virus dalam masyarakat. Perbuatan bertentangan agama ini menyebabkan bala seperti berlaku pada zaman Nabi Lut apabila bumi diterbalikkan oleh Allah.”

One Response to Cinta Sejenis

  1. adik berkata:

    saya seorg penuntut disebuah ipta…
    saya hendak mencari maklumat berkenaan sebab yang munasabah dan tepat kenapa perkhawinan sejenis ini berlaku…kalu ada buku yang saya bole rujuk tolong lah gtau k…..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 343 other followers

%d bloggers like this: