Suami khuatir isteri bertemu kekasih lama

Bersama Dr. Rbiah K Hamzah (Pakar Motivasi)
bminggu@bharian.com.my

Jangan cari siapa betul tapi cari siapa bersalah

MINGGU lalu, saya mendapat tahu isteri bertemu bekas teman lelakinya di kampus dulu. Saya mengetahuinya daripada seorang kawan yang juga satu universiti dengan kami dulu. Sebenarnya, isteri dan ibu saya bertelagah pendapat dalam banyak hal. Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak dan hanya minta isteri bersabar.

Apatah lagi ibu sudah tua dan semua anak lain tidak mahu menjaganya kecuali saya. Memang ibu agak cerewet dan kadang kala permintaannya pelik-pelik belaka. Misalnya meminta isteri berhenti kerja dan menjaga anak saja di rumah. Tetapi saya tidak sangka, isteri sangat marah dan tertekan hingga bertindak bertemu kekasih lama yang masih bujang. Saya kecewa dengan tindakannya tetapi saya masih menimbangkan perlukah saya bertanya hal ini dengannya kerana saya sangat takut dia meninggalkan saya dan anak-anak sebagai jalan penyelesaian.
Sayang Isteri,
melalui e-mel

————

WAHAI suami budiman, anda punyai isteri yang bekerja dan bersedia mengurangkan bebanan ekonomi anda. Anda juga punyai anak sebagai pengikat kasih malah menjadi seorang anak yang sedang menaiki tangga ke syurga kerana menjaga ibu tercinta.

Justeru, untuk merangkul pingat anak soleh dan keluarga sakinah, anda perlu banyak kemahiran keibubapaan. Pertama, kemahiran menguruskan ibu yang biasanya cerewet dan lebih cerewet bila umur mereka semakin bertambah.

Anda harus berani berterus terang dengan ibu apa yang disukai dan tidak disukai dalam keluarga anda, termasuk apa yang disukai dan tidak disukai isteri. Walaupun syurga anak lelaki adalah pada ibu namun, sikap ibu harus sejajar dengan keperluan dan peraturan keluarga. Ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus dan tepung tidak berkecai.

Oleh kerana ibu tinggal bersama, anda harus berlaku adil bukan berkecuali dan tidak cukup sekadar berpendirian tidak memihak mana-mana sehingga isteri berasa tidak terbela, disisihkan malah berasa anda memihak kepada ibu anda.

Disebabkan sikap tidak memihak itu, isteri berasa terabai dan tidak ada tempat untuk meluahkan perasaan. Memang lumrah isteri, jika suami tidak mampu jadi pembela, dia akan mencari saluran lain sebagai tempat luahan perasaan, demi membantunya terus sihat dan mampu meneruskan kehidupan.

Isteri bertindak demikian kerana berasa anda tidak akan memihak kepadanya walaupun dia benar. Dia akan mengalah dan menarik diri dari situasi tertekan itu. Caranya, dengan mencari jalan yang mampu diusahakannya.

Pada pandangan saya apa yang saudara dengar adalah cerita satu pihak, kebenaran cerita itu belum dibuktikan. Kalau benar pertemuan itu terjadi, anda harus melihatnya sebagai usaha isteri untuk membantu dirinya merawat hati supaya terus bertahan sebagai isteri anda.

Namun jika situasi di rumah dan keadaan ibu anda tidak berubah, tidak mustahil isteri akan berasa kehadirannya tidak diperlukan. Atau dia akan hilang harapan untuk hidup lebih lama dengan anda. Perasaan itu akan membuat isteri melangkah lebih berani dan lebih jauh dari anda dan keluarga.

Apatah lagi dia berjaya bertemu semula dengan kekasih lama yang masih bujang dan sudi mengambil bekas kekasih lamanya kerana tidak mahu melihatnya menderita. Bagi mengelakkan sebarang kemungkinan menakutkan ini, anda harus bijak merawat perasaan isteri dengan memberi perhatian kepada apa yang dilakukan dengan hati terbuka.

Jangan tonjolkan perasaan cemburu tanpa bukti sah, jangan cepat melenting bila isteri berterus terang, tapi bertenang. Ini kerana bertindak dalam keadaan marah akan menghambat keluar kedamaian dari pintu rumah tangga.

Seorang isteri yang baik tidak akan menemui sesiapa terutama lelaki bukan mahramnya walaupun bekas kekasihnya kecuali bila dia berasa amat buntu, tertekan dan mengharapkan simpati orang yang ditemuinya.

Berkatalah dengan tenang dan bersedia untuk memaafkan semua kesalahannya dan berjanji tidak akan membiarkan dia sedih dan berduka bersendirian. Tunjuk dan buktikan dengan tindakan yang anda memihak kepadanya tapi tidak ditunjuk-tunjukkan di hadapan ibu.

Jangan hukum isteri secara mendadak, beri dia kesempatan membela diri dan dengar luahan hatinya dengan penuh teliti.

Jika terbukti kita bersalah mohon ampun padanya dan jika terbukti dakwaannya betul sama-sama bermaafan.

3 Responses to Suami khuatir isteri bertemu kekasih lama

  1. smsmen berkata:

    mcm ni pn ada? nkth.

  2. akula7 berkata:

    sy setuju. memang itu la caranya nk leraikan masalah ni. tapi susah.. coz x ramai yg mampu buat. biasa org amik jln mudah camni la. diamkan je as if perkara tu x berlaku. itu la realitinya..

  3. nur berkata:

    masa gadis dulu saya perna memiliki pacar,slama 6 thun kmi jalani hubungan;’;’;’;lepas tu saya merantau k malaysia,d malaysia saya tinggal dengan paman saya,3 thun lama nya saya d rantau saya d jodoh kan oleh paman saya”;;”;tpi pacar saya tk pernah tau;’;’;setelah saya punya cahya mata bru dia tau klau saya sudah kawin dan punya anak,,,,lepas dia mengetahui dia pun d jodohkan org tua nya;;’;sejak kejadian itu 3 thun lama nya saya tk jumpa ngan dia,,,tpi 3 minggu lewat saya jumpa lgi dengan dia,ternyata dia masi mencintai saya,,saya pun masi ada perasaan dengan dia,,kmi mula menjalin hubungan lgi..dan kmi bersepakat lgi untuk hdup bersama,.,..,padahal kmi sudah punya anak masing masing,.,.,.apa yang harus saya lakukan ya,,,saya bingung dlm menghadapi masalh yang rumit ne,,,saya tk tau jalan kluar nya’;’;’;

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 343 other followers

%d bloggers like this: