Gaun malam serlah kejelitaan

SETIAP kali menerima undangan menghadiri majlis makan malam, apakah yang bermain dalam fikiran? Bagi wanita, pertamanya sudah tentu fesyen pakaian apa yang mahu dikenakan, apatah lagi jika majlis tersebut berbentuk eksklusif dan membawa aura glamor dengan kehadiran tetamu-tetamu penting.

Pastinya anda mahu mencuri tumpuan tetamu yang hadir dengan gaya yang anggun, elegan dan glamor.

Dan sudah jadi kebiasaan untuk memilih gaun petang berpotongan labuh dan panjang dihiasi manik dan jemeki atau warna-warna gelap dipadan solekan terang dan berkilat.

Namun, kata Kelrina Mohammad, pemilik Kelrina House Of Fashion, yang terletak di bangunan Alam Sentral, Shah Alam, Selangor, apa pun yang difikirkan, seseorang itu harus bijak memilih apa yang sesuai dan tidak sesuai agar gaya anggun dan feminin yang sering dikaitkan dengan rekaan gaun malam terserlah.

Selain potongan, padanan aksesori dan solekan juga perlu serasi agar tidak janggal kepada setiap mata yang memandang.

“Warna-warna terang dan berkilat sememangnya lebih sesuai untuk majlis yang diadakan pada waktu malam, namun padanan seharusnya perlu sederhana.

“Ini bagi mengelakkan kejelitaan semula jadi yang dimiliki tersembunyi di sebalik perhiasan atau solekan yang dikenakan,” ujarnya.

Beliau berkata, selain organza, sifon dan sutera, fabrik satin sering menjadi pilihan untuk menghasilkan rekaan gaun malam yang menawan dan mewah.

Ini kerana sifat fabrik tersebut yang lembut dan beralun mampu menyerlahkan lagi potongan pakaian, seterusnya bentuk tubuh, lebih-lebih bagi bagi wanita yang tinggi lampai.

Bagi yang masih tercari-cari pakaian sesuai untuk digaya ke majlis makan malam hujung minggu ini, himpunan Kelrina House Of Fashion ini mungkin memberi sedikit idea kepada anda.

PANDUAN MEMILIH GAUN MALAM

- Sesuai dengan suasana malam, pemilihan gaun perlu labuh dan panjang.

- Terpulang kepada masing-masing sama ada memilih mengenakan gaun tanpa lengan atau sebaliknya.

- Gaun malam lazimnya berpotongan mengikut bentuk badan bagi menampilkan gaya anggun dan feminin seseorang.

- Fabrik seperti sutera satin, sifon, organza menjadi pilihan kerana ia mampu membangkitkan gaya mewah, selain selesa dipakai.

- Warna-warna cerah dan ceria menjadi pilihan, namun hitam tetap menjadi pilihan ramai.

One Response to Gaun malam serlah kejelitaan

  1. anakkawi berkata:

    ahahah… gaun malam yg seksi…
    =P

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 343 other followers

%d bloggers like this: