Ingin tahu kiraan waktu subur

Saya sudah hampir dua tahun mendirikan rumah tangga tetapi masih belum menunjukkan tanda akan hamil. Saya melakukan pemeriksaan (tetapi tidak menyeluruh) di klinik dan semuanya dalam keadaan normal.

Tiada tanda penyakit rahim dan kitaran haid saya juga normal. Sejak dua bulan lalu, saya dibekalkan pil clomid (pil kesuburan) tetapi masih belum berhasil.
Saya ingin tahu mengenai kiraan waktu kesuburan saya kerana mengikut kiraan doktor di klinik itu, waktu subur saya adalah hari ke-14 daripada tarikh hari pertama haid.

Bila mendapatkan rawatan di kampung pula, waktu subur saya dikatakan jatuh pada hari ke-12. Apabila saya membaca di Internet, ada artikel mengatakan kiraan waktu subur bergantung pada tempoh kedatangan haid seseorang.

Jika putaran haid mereka 28 hari, kiraan waktu subur berbeza dengan kitaran haid 30 hari. Apakah sebenarnya kiraan waktu subur yang tepat?

LINDA,
Kuala Lumpur.

Jawapan

SUKAR untuk mencari wanita dengan waktu subur yang tepat setiap bulannya. Waktu subur lebih merujuk kepada waktu atau hari berlakunya ovulasi (pengeluaran telur dari ovari).

Ia berlaku sekitar 14 hari sebelum kedatangan haid berikutnya (jika wanita itu tidak hamil). Dalam erti kata lain, waktu subur pada bulan itu hanya dapat disahkan dengan pasti selepas kedatangan haid berikutnya.

Ini penentuan secara retrospektif (melihat kepada kejadian yang sudah berlaku).

Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang tepat pada setiap bulannya misalnya setiap 28 hari atau setiap 30 hari, waktu subur boleh diketahui memandangkan tarikh haid berikutnya dapat diagak dengan tepat.

Ini dilakukan dengan menolak 14 hari daripada tarikh haid berikutnya. Misalnya, jika kitaran haidnya setiap 28 hari tanpa berubah-ubah setiap bulan, maka waktu suburnya pada hari ke-14 daripada hari pertama haid.

Jika kitaran haidnya setiap 30 hari tanpa berubah-ubah setiap bulan, maka waktu suburnya pada hari ke-16.

Namun, kebanyakan wanita mempunyai kitaran haid yang berbeza contohnya, kadangkala 28 hari dan kadangkala 30 hari, maka waktu suburnya sukar dijangka dengan tepat melainkan hanya selepas didatangi haid berikutnya.

Kajian menunjukkan wanita yang lebih menumpukan hubungan seks kepada jangkaan waktu subur saja mempunyai peratusan kehamilan yang kurang berbanding wanita yang melakukan hubungan seks dengan kerap tanpa mengira waktu subur.

Atas sebab inilah, kebanyakan doktor lebih menasihatkan agar pasangan tidak terlalu bertumpu kepada waktu subur saja untuk melakukan hubungan seks.

Pemeriksaan ultra bunyi melalui faraj juga dapat membantu mengagak waktu subur berdasarkan ukuran saiz kantung folikel telur. Ini disusuli dengan pemberian suntikan hormon hCG untuk merangsang pematangan akhir telur dan mencetus ovulasi yang berlaku pada sekitar 36 hingga 40 jam selepas suntikan itu. Berjumpalah doktor anda untuk pemeriksaan kesuburan.

68 Responses to Ingin tahu kiraan waktu subur

  1. za berkata:

    Saya nak tahu bagaimana pula waktu subur bagi sya yang hanya keluar darah haid sekitar 1 1/2 hari hingga 2 hari sahaja

  2. masna m berkata:

    hai…salam perkenalan..saya disini ingin minta bantuan daripada pihak anda..saya ingin tahu waktu kesuburan saya…tarikh pertama saya datang haid pada 12 febuary 2008 dan bilakah waktu kesuburan saya,,harap dapat dibantu

  3. rosnamilah berkata:

    MACAMANA UNTUK MENGIRA WAKTU SUBUR LEBIH TEPAT ATAU ADA CARA LAIN UNTUK MEMPERCEPATKAN KEHAMILAN?

  4. Suzana K berkata:

    Bulan January yang lepas saya datang haid pada 8hb, feb ni 5 hb. saya ingin tahu adakah saya dikategori subur sekiranya saya bersama suami saya pada 25hb. Sya khuatir kerana sya tidak mahu mengandung lagi

  5. vivian berkata:

    saya datang haid pada 11.02.2008.Sehingga sekarang (01.04.2008) saya belum datang haid lagi.saya ada mengambil ubat perancang keluarga.rasanya saya makan dengan hari dan masa yang betul. agaknya kenapa haid saya belum lagi datang…?adakah saya telah hamil…?saya telah melahirkan anak pertama saya pada 08.08.2007. saya belum tentu arif lagi berkenaan dengan kiraan putaran haid saya dan saya juga belum tentu arif lagi dengan kiraan putaran haid saya. macam mana ni..?untuk buat masa ini saya belum lagi membuat pemeriksaan doktor.

  6. nazrida berkata:

    salam semua…saya tak pernah ambil ubat perancang sejak kawin. Saya guna kaedah rancang sendiri ikut kalendar. Biasanya, waktu tak subur ialah 10 hari pertama selepas datang haid. Contohnya saya, haid pada 1hb, maka dari 1-10hb tu adalah waktu tak subur, tapi tak kan lah nak campur waktu haid kan. Jadi selepas 7hb, saya dah mandi, dah boleh campur dengan suami, masa tu tak subur. Dan seminggu sebelum haid, iaitu seminggu sebelum 1hb, masa tu tak subur. Selain dari hari tu, saya tepaksa guna kondom la kalau suami nak. Saya dah amalkan cara tu sejak mula kawin lagi, alhamdulillah, takde masalah….! kini anak-anak dah besar, memang tak mahu lagi mengandung dan umur saya pun dah menjangkau 36 tahun.

  7. yaya berkata:

    cam saya ni period tak tetap, camne lak nak kira suburnya?

  8. anawardah berkata:

    SALAM..BAGAIMANA KALAU KITARAN HAID WAKTU SUCINYA 15 HARI. BILA WAKTU SUBUR

  9. Quintas berkata:

    ops sory ek, rase nyer bleh tau camner waktu subur sorang pempuan tu kalo xikut kiraan hari 2 tu.

    kite leh tgk dr perubahan fizikal kat sorang gurl tu mcm:

    -breast dia makin besar, and mantap
    -bibir dia makin merah and menawan
    -muke makin menawan
    -perubahan suara yg sedap didegar kat para laki
    -perubahan mood, jadi lebih manje and ok jer mood dia sepanjang hari
    -timbul perasaan ghairah, mcm nak buat sex jer,perasaan nak menggatal dgn laki, miang dan lain 2.

    ingat nyer bkn semua gurl yg alami sumua perubahan ini, cnth terdekat is awek aku, kalo tme dia plig subur, vagina dia akan menjadi basah dan dia teransang sgt2 mcm nk wat sex jer, tu la ape yg plig ketara bg dia.

    owhya saye ni laki ek, maaf nyer kalo info ni x kena dgn pendapat masing2

  10. lyna berkata:

    assalamualaikum,
    saya sudah berumah tangga lebih dari 4 bulan.. kedatangan haid saya tidak menentu.. cuma selepasa saya kahwin bulan 4 yang lepas haid saya datang 2 kali.. dari (03.04.08-14.04.08) & (27.04.08-08.05.08).. itu lah yg merunsing kan saya…saya masih tidak tahu bila waktu kesuburan saya.???

    • adilah berkata:

      erm, kitaran haid awak sme mcm saya..bila saya g check sya kne cyst….elok awk g check cpat tgok pe yang tak kne…huhuhu

  11. kebayan berkata:

    kitaran haid dikira dari hari pertama pendarahan hingga kekitaran haid yang berikurnya.Selalunya kitaran haid diantara 24 ke 35 hari.Waktu ovulasinya (subur)adalah kira kira diantara hari ke12 hingga ke hari 16.Haid yang tak menentu ada kaitan dengan hormon.Jumpalah dengan pakar sakit puan.

  12. kasyah berkata:

    bro Quintas.

    walawe..patut la selalunya pendapat ko bernas2..ko dah pernah make love dgn awek ko ke?..it’s ok aku ok je..open minded..

  13. Quintas berkata:

    walauwei..kasyah..
    aku dgn awek aku just share everything together so dr situ la aku dpt tmbh ilmu pe..
    melampau la aku penah make love with awek aku..

  14. kasyah berkata:

    ala..jgn la marah..
    salam bro..aku dah married la..dah boleh tahu serba sikit soal lelaki dan perempuan nie..tapi cara ko expert semacam macam dah pernah..that way aku tanya..

    lagipun kalau ko nak tahu aku follow je ko punyer pendapat since 2 months ago dan aku cari semua pendapat ko..that way aku teka teki tekuk..hehehe..

    p/s: awek ko open minded ekh ? because she can share everything with you..

  15. Quintas berkata:

    x semestinyer org tu tahu expet pasai Quran kene jadi org islam kan? kat luar sane berlambak penterjemah2 and penkaji Quran yg agame laen2, and smetimes lbh hebat lg yg org islam.

    so x kan la aku kne wat love dlu br aku leh tahu bnde2 mcm ni..dey..internet ader,awek ader, discovery channel hari2 siar bnde2 mcm ni kalo ko nak tahu, ape gune ader astro mcm tu??

    sdikit terase la kasyah…tapi its ok..i understand.

  16. nazrida berkata:

    quintas, normal tu utk terasa ati…maknanye ko masih sihat siuman le tu…he he…

    betul tu quintas, byk sumber utk cari ilmu utk kebaikan, tk semestinya nk lalui dulu baru tahu kan…. even kak ida tpaksa byk korek pengetahuan psl lelaki sbb anak sume lelaki, nk sediakan diri dgn soalan2 cepumas dari anak sebenarnya…juga to know better myself n my husband, to be a good partner..

  17. ek ele berkata:

    nida…anak hang dah pecah peti suara lum?..he he..anak aku ni dah kasar aje suara…dah akil ni…suspen je nanti aku ni kene jawab soalan cepu emas sume…

    ..ni lah kuasa tuhan kan….heran kan…dalam badan pompuan ada calender…aku
    sampai sekarang macam nak gila bila fikir bab ni…

  18. kebayan berkata:

    Anak aku dah boleh kahwin dah…belajar aja belum habis lagi…baya si quintas kot

  19. nazrida berkata:

    anak aku dah akhil baligh yang sulung tu, 16 tahun, tingkatan 4. Yang kedua ni 13 tahun, baya anak ko ek ele, soranya mcm pecah mcm tak je..ade gak aku g tanya, ada mimpi syok tak?…mcm malu2 aje anak aku tu…he he… aku tak pandai nak cakap lapik2 ni…direct je.

    Tp yg sulung tu aku tk lagi risau sgt, dia dah ada vision sendiri, cuma aku dn papa dia guide selalu. Tp yg kedua ni, tgh meningkat remaja…perangai pun lain dari si abang, dia ni la kerisauan sebenar aku!

  20. nazrida berkata:

    ek ele, aku nk tanya skit…blog lanjoy tu ko punye ke? Bukan ape, nama ko, Lan kan? …. kiranya cam ade persamaan je..he he

  21. Quintas berkata:

    muhehe(intresting…very intresting…gelak sinis hehe)
    dh smkin nyate da…

  22. ek ele - azlan berkata:

    nida…aku takde kene mengene dgn lan joy lah..infact aku penah pun balas post dia dulu
    …suspen aje nama ada joy kat belakang ni…he he..pepaham lah kan

  23. nazrida berkata:

    bukan ape, kalau klik kat nama ko ade ‘tolanjoy’ kat situ, jadi aku ingat ko tu lanjoy…. he he…

  24. mulan III berkata:

    salam untuk sume..sory ganggu..tapi ape yg Quintas ckp b4 this memg betul..in fact any layman kalu bukak mane2 web yg berkaitan bleh tau ape perubahan2 yg berlaku to any female in the phase of ovulation..kite pmpuan nih slalu pening2 kn pasal nk kire waktu subur..nih aku quote sket dari Wikipedia:

    “The average time of ovulation is the fourteenth day of an average length (twenty-eight day) menstrual cycle. It is normal for the day of ovulation to vary from the average, with ovulation anywhere between the tenth and nineteenth day being common”

    so kalu pening2 pasal kiraan tuh..mari kite tgk simptom2 yg biase dirasai (Wikipedia)
    - increase in mucus (cecair) production by the cervix – so vagina trase kebasahan
    - increase in basal body temperature (slalunye satu perempat to setengah degree celcius) sebab hormon progesterone
    - increase sensitivity to smell (hidung kite lebih hebat menangkap bau).hheh
    - heightened sexual desire in the several days immediately before ovulation
    - improve their facial attractiveness

    so kalu korg nak tau lebih lanjut bukak la laman web2 yg bertauliah..taip je ovulation kat yahoo..byk info tau..slamat mencube

  25. mariani berkata:

    saya ada seorang anak berusia 3 thn,saya merancang nk anak kedua hingga sekarang masih tak ada,period saya tiap2 bulan tetap 28 hari,saya masih ada susu badan walaupun tak menyusu anak saya,adakah sebab susu saya susah nak mengandung..

  26. tasyah berkata:

    salam.. saya baru saja datang haid setelah lebih kurang 3 buln tak datang haid… kali ni haid saya berpanjangan kerana haid keluar secara sedikit sedikit… sekarang sudah 23 hari haid keluar.. jadi bagaimanakah nak ketahuai waktu kesuburan sya kerana haid saya mmg tidak teratur… sy dh berkahwin selama 7 bulan dan mengharap ada rezeki ( anak ) untuk sy pada waktu terdekat…

  27. NOOR berkata:

    saya ingin bertanya pada cik/puan saya datang haid pada 31.05.2008 hingga 4.05.2008..bagaimana nak mengira waktu subur saya…hujung bulan ni pun saya belum datang lagi haid?adakah saya hamil?waktu yang seeloknya nak buat pregnant test tu bila? saya keliru..bantulah saya

  28. isha berkata:

    askum kawan2..saya isha..kitaran haid saya x menentu, 44 hari.bila ye waktu subur saya?saya benar2 ingin hamil.

  29. may _lan berkata:

    hai mcm mana nie saya blm period, lg 2 hari dah bulan dis….. am i pregnent? date last period pon x ingat…. tolong saya atasi masalah ini

  30. sha berkata:

    hai..salam kengkawan…
    klu korang nk tahu pasal waktu subur…korang leh surf kt laman ratuhati.com…ruangan tu ada panduan kiraan waktu subur…pasti korang akan arif dgn panduan itu dn nk rancang kehamilan atau tidak…korang cuma ‘key in’ tarikh period,then bila last period,korang akan dpat jawapannye…dan bila proses ovulasi…

  31. sha berkata:

    sya cuma nk share…
    after married,period sya xmenentu…sampi 2 bulan period xhenti(20/2/08-18/4/08),masa tu xtahu la nk cakap apa..macam2 dpt rawatan kt hospital swasta,kerajaan.berubat kg…finally,sya punya kes dirawat olh doktor sakit puan,hospital kerajaan,xtahu mcm mana nk kira waktu subur nk pregnant..selama 9 bulan,ulang alik dpat rawatan kt hospital,mcm2 ubat doc.bagi…then,period dh konsisten,sya rancang nk pregnant,bila sya rujuk laman ratuhati.com,kiraan waktu subur,baru dapat tahu hari ke14 sampai ke 21,selalu “hubungan bersama” suami.xmiss langsung waktu tu…(hihihi….)akhirnya,alhamdulilah,berkat usaha,pregnant juga,dh 3 bulan skang nie…happy sgt….

  32. abc berkata:

    saya dah enam bulan kawin, tapi belum pregnant lagi..setiap bulan period dtg..macam mana nak pregnant..semua nasihat yg diberikan saya dah ikut..tapi still tak pregnant lagi…

  33. sha berkata:

    to abc
    salam…sabarla..pasti ada rezeki awk nanti…sya pun kawin 9bln,baru je pregnant 3month..aslkan awk terus usaha,jgn putus asa…InsyaAllah,rezeki awk ada tp xtau waktu bila… tuhan sentiasa mendengar doa kita

  34. sha berkata:

    Tips Untuk Membantu Pasangan Yang Ingin Hamil

    Posisi Hubungan Seksual:-

    Posisi seks yang dicadangkan berikut ini mungkin dapat meningkatkan kemungkinan terjadinya kehamilan. Posisi suami di atas adalah yang terbaik untuk anda hamil. Letakkan sebuah bantal kecil dibahagian pinggul anda, sehingga pinggul anda beristirahat untuk menampung sejumlah sperma selama 15 minit atau lebih selepas anda berdua mencapai klimaks bersama sama.

    Keadaan ini akan memudahkan sperma berenang ke dalam rahim. Jangan menggunakan bantal yang besar dan terlalu tinggi, kerana ia akan menyebabkan sperma terkumpul dibelakang rahim sahaja dan ini akan menyukarkannya untuk berenang dan bergabung degnan sel telur, yang akhirnya menjadikan usaha anda sia-sia saja.

    Manakala posisi seksual yang perlu dielakkan bila anda ingin hamil adalah posisi wanita di atas, duduk atau berdiri, yang akan menyebabkan sebahagian dari sperma keluar dan hanya tersisa sedikit sperma yang mencuba berenang ke arah sel telur. Hukum graviti.

    Jangan Banyak Bergerak Setelah Melakukan Hubungan Seks:-

    Tidak ada bukti yang menunjukkan bahwa jika anda tidak bergerak gerak selepas hubungan akan meningkatkan potensi untuk hamil. Karena sebenarnya sperma sudah berada di dalam servik – rahim – sesaat setelah ejakulasi. Namun adalah digalakkan agar anda memberi masa untuk sperma berenang ke servik seperti yang diterangkan sebelumnya. Anda juga diingatkan agar tidak membersihkan vagina anda dengan cairan pembersih vagina setelah melakukan hubungan seksual kerana cairan pembersih vagina adalah bersifat toksic .

    copy paste from mengandung.com

  35. lisa berkata:

    sblum ni duk agak tarikh subur lps bis period dlm 8-12 / 14 ari je..lps 2 mgu period,rasa tk subur dh. nk elak pgnant buat ms skrg,tp tu la confius jgk! sblm ni kira berjaya elak as above, tp isau jgk!

  36. suami berkata:

    Hi dr Azwan,
    Saya dan isteri saya baru berkawen. kami belum bercadang hendak mendapatkan anak. saya menyetubuhi isteri saya pada hari ke 21 kitaran haid nya. saya tidak sempat mengelakkan pancutan kedalam rahim di sebabkan terlampau nikmat. Adakah hari ke 21hari subur? jika subur, kami terpaksa mangambiil tindakan susulan.

  37. JOCYE berkata:

    SAYA SUDAH KHAWIN 6 BULAN TAPI BELUM HAMIL LAGI, KITA MEMANG MENGARAPKAN SEORANG BABY, SAYA JUGA TIDAK TAHU BILA WAKTU SUBUR SAYA

  38. atilia berkata:

    saya dah hampir 7 bulan kawen, tapi belum pregnant, saya memang ingin anak, period saya tetap, dlm 30-32 hari setiap bulan, saya pon telah berusaha pada tarikh sebelum 14 hari seblm period akn dtg, tapi masih tak berhasil, saya sedih sgt… ada apa2 tips yg boleh membantu saya… thankz

  39. alizz berkata:

    ii…smua,sbulan yg lalu ,aku disahkan ovarian cycst di sbelah kanan iaitu tempat penghasilan telur..tahun ini aku nak merancang tapi lain jadinya.Setelah bjumpa dgn doktr pakar aku kemungkinan xda masalah utk hamil lagi,anakku yang sulung bumur 5 tahun, adakah disebabkan jarak jauh untuk merancang atau disebabkan ovarian cycst yg dihadapi ?

  40. alizz berkata:

    tak pahamlah cara untuk mengira waktu kesuburan? ada sesiapa yang sudi? bagaimana caranya? dari mula haid hari pertama……….

  41. ~ black sweet ~ berkata:

    hai… sekadar nak kongsi pengalaman dgn kengkawan kat cni… xtually aku & hubby mmg guna system calendar sbgai prancang keluarga. Dan aku yakin klo kita percaya dan berdisiplin mengggunakn system ini, kita x perlukan pil perancang utk membina keluarga. Ank aku yg sulung dah pun 4 tahun. sepanjang 3 tahun lepas kami guna system ni, iaitu waktu subur dikira pada hari ke 12 selepas hari terakhir period. pada masa2 tersebut suami akn elakkan melepaskan sperma di dlm @ pun pkai kondom utk keselamatan. slepas tempoh 12 hari tersebut kami lakukan hubungan seksual seperti biasa. alhamdulillah spnjang 3 thn kami berjaya mrancang keluarga.

    baru2 ini slps anak sulung kami mencecah umur 3 stgh thn, kami mrancang utk menambahkan lg ahli keluarga memandangkan ank kami sunyi & tiada teman bermain di rumah. Akhirnya bermula January 2009 kami pun menukar strategi dan melakukan hubungan seksual pada waktu subur dgn lebih kerap, iaitu pada 12 hari selepas period terakhir… alhamdulillah pada 14/02/2009 aku telah disahkan mengandung 4 minggu…
    ternyata usaha kami menggunkan system calendar tlh banyak mambantu kami merancang kluarga…kini usia kandungan aku nih dah pun mencecah 10 minggu…so buat kengakwan semua jgn jemu2 berusaha.. & terus berusaha…serta berdoa pada Allah….

    • anne berkata:

      aka i tak faham kira waktu subur boleh tolong saya. saya last period 1st day 23-03-2010 habis 27 -03-2010 bila waktu sesuai utk persama dengan suami sebab saya tak nak mengandung (anak baru umur 1 tahun)

  42. kelapadara berkata:

    saya baru berkahwin bulan lepas. Hari pertama haid isteri saya 04/03/2009. Petang tadi-25/03/2009 selepas waktu kerja, kami bersetubuh sepuasnya dan saya terpancutkan mani kat dalam sebab tak dapat kawal.

    Sebenarnya kami belum bercadang menerima cahaya mata.

    Adakah kebarangkalian isteri saya mengandung tiggi?Memakan nanas tidah merosakkan kesuburan isteri saya?

    ada sesiapa dapat tolong????

  43. shekin berkata:

    saya kawin dah setahun 3bulan, saya teringin nak anak, period saya tidak teratur, kadang smp 2@ 4bulan tak datang period, selepas saya mkn ubat sendayu tinggi dah masuk 2bulan, period sy datang 2bulan elok, period baru ini 3/06/2009, saya baru abis period,….harap2 bulan depan ada la, macam mana saya nak tau tarikh subur saya ??????/

  44. umie berkata:

    salam..
    saya nak tahu,hari pertama haid sya selalunya pada 30hb, tp baru2 nie sya dtg awl shari iaitu pada 29hb, haid sya slalunya akan habis hanya slama 4 hari aje, saya telah bersama suami sya pada hari ke 5,adakah itu memberi peluang kepada sya untuk hamil.. atau pada hari ke 5 itu sya belum subur lagi.

  45. noey berkata:

    saya da ada anak umur 10 bln,b4 ni sy mgamalkan mkn perancang tp rasanya da x seswai coz,sy salu nak muntah n pening waktu makan perancang..so,baru2 ni sy benti la mkn perancang..tus haid sy datang dlm tempoh 23hari jer..dulu 28hri…sy pun x expert lagi soal subur x subur ni..

  46. Izzatiey...(sekadar berkongsi) berkata:

    Salam…saya bukannya yang arif tentang bab ni..Tapi sekadar berkongsi maklumat.

    kiraan waktu subur adalah:
    1)Dari hari pertama datang haid. Kebiasaannya hari subur (ovulasi-telur(ovum) keluar daripada ovari)) berlaku pada hari ke-14 (bagi kitaran haid 28-30hari).

    2)Jika anda mempunyai kitaran haid yang berbeza anda boleh mencuba formula (x-14hari) contohnya kitaran haid selama 35. maka 35-14, so hari yang ke 21 adalah hari subur anda.

    3)Hari subur adalah hari yang ke-14 sebelumnya datang haid berikutnya.

    4)Anda sepatutnya sentiasa mencatat tarikh dtgnya haid setiap bulan di kalendar.

    5)Simptom2 hari subur..
    – keluar cecair yang berlebihan pada vagina
    – terasa berahi terhadap suami
    – Suhu meningkat (1/2 – 1 celcius)

    6)Jangka hayat ovum(telur) hanyalah 1-2 hari sahaja. Tetapi jangkahayat sperma (3-5 hari). So, fikir2lah bila perlu bersama untuk mendapatkan zuriat…

    Wassalam

  47. zana berkata:

    sesiapa yang nak bekenalan dgn saya 0132055616

  48. fitriyah sarifi berkata:

    saya baru jgk berkawin pd 7/2/2010 tp yg peliknyer sy lp tarikh period sy..skrg nie dh sebulan xperiod lg,adkh sy mengandung?
    tp suhu bdn sy xmenentu kdg naik kdg turun…
    sy dah cek gunakan test pregnant tp negativ,dgn xdtg sebln dekah sy sdh pregnant..

  49. mince berkata:

    sy dh berkahwin 3tahun,tp blm jgak hamil,sy dh ceck kdoctor tp smua ok..takder masalah,kitaran haid pun ok, jika waktu haid pertama 20-04-2010 waktu subur sy bila?boleh tolong kira..kitaran haid sy ialah 28hari

  50. halim berkata:

    biasenya waktu subur wanita adalah pada hari ke 14 selepas haid berhenti..tapi..knp ye rmi kata dari hari pertama haid….

    kpd mince..ur husband juga kene check..utk make sure sperma ur husband sihat2..huhu..anyway sorilah menyibk dekat hal org pempuan..huhu

  51. norizz berkata:

    salam semua..
    sya ade kemusykilan..sya ingin menambah zuriat tp sya pening coz kebelakangan nie period sya xteratur.setiap bln pasti lewat sehinga 1-2minggu dr period seblm nya..contoh bln 5,2010 period dtg pd tarikh 04hb skrg bln 6,2010 priod sy still xpriod lg..kiranya dh lewat 12 hari.bla sy bt pregnnt test sitll -ve..sy buntu dan sedih..apa patut sy lakukan?

  52. sutera berkata:

    salam..sy dh 4 bulan berkahwin, tp belum ada tanda2 nk dpt baby lg..sblm kawin kitaran haid sy antra 28-30..after kawin, kitaran jd x tentu.. bulan pertama kitaran haid 37 (3hb/4), bulan kedua kitaran 40 (13hb/5) dan ketiga kitaran 43 (25hb/6)..cmne sy nk tau waktu subur sy?

  53. emy berkata:

    tolong kirakan waktu subur saya..hari pertama saya datang bulan 7.9.2010….

  54. liza berkata:

    salam… saya cuma nak tau bila waktu yg tepat kita bole test pregnant test… sllunya period saya normal 28hari… tp bln nie da lewat 4hari… sy test pregnant -ve… bole jelaskan x bila sepatutnya test pregnant test…. tq

  55. syida berkata:

    assalamualaikum….saya mau tanya saya da mendirikan rumah tangga 3 tahun,tapi belum di kurniakan zuriat,saya kepingin sangat nak anak sudah…period saya normal jugak….jadi boleh kongsi maklumat ngan saya mcm na nak dapatkan zuriat nie…plzzzzz

  56. AbangSyg berkata:

    Syida.. 3 tahun tu boleh lagi.. berapa umur u 30+ atau 20+.. pengalaman saya ialah kedua dua suami isteri perlu banyak bersabar dan berserah kepada qada dan qadar kerna kalau u berdua atau salah seorg daripada awak berdua terlalu memikirkannya, u berdua tak kan tenang dan selalu tension… utk mendapatkan anak nih mental kene relaks dan semasa bersama perlu seronok dan enjoy. Jgn tension atau memikirkan nak buat anak.. kalau selalu mcm tu memang tak enjoy buat seks dan sebaliknya akan tension serta kualiti kedua2 benih laki dan pompuan juga turun… lelaki terutamanya tidak bole tension semasa hendak bersama kerana kualiti spermanyer akan turun and bilangannyer sedikit…

  57. zaza berkata:

    sy dh brkawin slama 10 bln,period sy normal pd setiap bln 28 hr,n hr ke 14 sy slalu brsama..mslhnya sy mngalami senggugut time period,sy nk tnya btol ke wanita yg mngalami snggugut sush nk peknen??

  58. malathi berkata:

    malathi
    saya ingin mengandung dan juga ingin tahu masa kesuburan saya, last period saya ialah pada 5 septembar. tolong i

    • adhmie berkata:

      ramai yg kurang jelas kiraan tarikh subur..
      tak semua org kitaran haid 28hari..
      kita kena ambil kira 2bln period..
      contoh.. period 1ogos next period 5sept
      so, u kira from 1ogos till 5sept = 35hari
      so, 35hari tolak formula 14, 35-14=21
      21days adalah kitaran haid anda.
      next, from 5sept kita plus 21day, 5sept+21dys = 25sept
      so, hari subur 25sept.
      sperma hidup 72hours.. ovum hidup 48hrs..
      so try luck utk bersama on 24hb 25hb & 26hb
      tips : 22hb & 23hb jgn bersama.
      makan makanan sihat supaya bertenaga & sperma berkualiti utk 24hb-26hb.
      husb & wife mkn Vit C 1000mg.
      wife mkn Folic Acid 400mg kat farmasi.
      wife kena mkn byk buah2 & sayur2 hijau..
      avoid mkn pedas2 rempah2 cuka yogurt.
      i ada senggugut yg sgt teruk masa anak dara..
      sampai masuk hospital & injection..
      on that time doctor kata rahim i kebelakang..
      & i ada cyst 3cm.. so, mmg susa nk pregnant.
      tapi, i jumpa pakar, dekat sejam consult pasal nak kira tarikh subur..
      takde dapat ubat pon tp RM50 kena charged..
      pakar kata, yg penting right time utk besama..
      i share my experiance, so i boleh plan bulan berapa nak pregnant
      & bulan berapa baby nak dilahirkan..
      InsyaAllah kita usaha & berdoa, Allah yg menentukan..
      GoodLuck

      • adhmie berkata:

        kepada yg belum bersedia utk pregnant tu.. if guna kiraan yg i nyatakan tu pun boleh jugak.. anda boleh besama masa tak subur.. if period 5sept, +14dys tu selamat utk besama, next 29hb onwards pon bole besama.. tayah ambil pill perancang.. kdg2 tak risau if tak pakai sarung..

  59. Marlyn Eyanak berkata:

    saya mempunyai kitaran haid yg x teratur.kdg kdg 1 bln tu 2 kli.haid saya yg pertama tu 4hb9 pas tu yg kedua 29 bln9.so saya susah nak kira waktu subur saya,bolehjelaskan bilakah masa subur saya?

  60. ridwan berkata:

    mohon arahannya…

    kemarin saya berhubungan intim dengan istri saya tapi saya baru tahu klo dia tuh menjelang masa subur setelah haid…
    gini, sebelum bersenggama istri saya menyadari kalau ia sedang haid dan merasa kalau cairannya masih keluar, sesaat setelah bersenggama saya melihat ada cairan bercampur darah keluar dari vaginanya itupun saat dia mengeluarkan penis saya dari vaginanya (kondisi saat itu saya dibawah dan istri saya diatas)…
    setelah saat itu bbrapa jam kemudian istri saya sudah tidak mengeluarkan cairan haid lagi…

    prtanyaannya :
    1. apakah istri pada itu istri saya sudah mmasuki masa subur?
    2. apakah istri saya akan hamil jika kejadiannya seprti itu? dan apakah janinnya akan baik2 saja?

    indonesia.

  61. Cikgu NJ berkata:

    Saya ingin berkongsi info link webpage berikut terdapat gambarajah/jadual yang mungkin boleh membantu memahami cari untuk mengira waktu subur dan yang berkaitan.

    http://selamatpagicikgu.wordpress.com/2014/02/20/mari-mengira-waktu-subur/

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 343 other followers

%d bloggers like this: