Rumah Dialisis YKN Bangsar

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL

SELESA dan menenangkan. Dekorasi yang santai dan moden ilham sebuah syarikat hiasan dalaman, pasti memberi keceriaan kepada pesakit buah pinggang yang mendapatkan perkhidmatan di Rumah Dialisis Yayasan Kebajikan Negara, di Bangsar, Kuala Lumpur.

Idea dan konsep home based yang dicetuskan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ini, memberikan satu imej baru pusat dialisis yang mesra pesakit dan keluarga mereka. Tujuan utama penubuhannya adalah bagi menampung keperluan pesakit dialisis yang jumlahnya meningkat dari tahun ke tahun.

“Misi utama kami adalah untuk menyumbang kepada masyarakat sihat dan produktif melalui peningkatan taraf kesihatan dan kebajikan, dan memberi keselesaan kepada mereka tanpa mengira status,” ujar Pengarah Eksekutif Haqqani Primacare Sdn. Bhd., Zanariah Zainal ketika ditemui di Rumah Dialisis YKN Bangsar, baru-baru ini.

Dengan konsep yang selesa dan suasana yang segar, pesakit berpeluang mendapatkan khidmat dialisis dengan sempurna dan diawasi oleh jururawat terlatih.

“Asalnya rumah ini adalah dua buah rumah yang disatukan, ia dilengkapi dengan 11 buah mesin dialisis dan sebuah lagi untuk kecemasan,” katanya berpengalaman selama lebih sembilan tahun dalam bidang pengurusan pesakit dialisis.

Menurut Zanariah, Rumah Dialisis YKN ini boleh menampung sehingga 44 pesakit buah pinggang dan dibahagi kepada dua syif, dengan sistem rawatan yang diberikan berkualiti dan menyeluruh.

Beliau berkata, rumah tersebut turut dilengkapi dengan ruang pejabat, ruang menonton televisyen, ruang keluarga menunggu, bilik kaunseling dan sebagainya.

Menurut spesifikasi

“Sistem Reverse Osmosis dan peralatan kecemasan semuanya disediakan mengikut spesifikasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998.

“Pada masa ini, kami mempunyai tiga jururawat yang berkelayakan, dua pembantu jururawat dan dua pemandu,” tambahnya.

Menurut Zanariah lagi, pengurusan Rumah Dialisis YKN Bangsar dibuat oleh beberapa panel pakar yang terdiri dari beberapa ahli termasuk Pakar Rujuk Nefrologi YKN, Datuk Dr. Zaki Morad Mohd. Zaher.

Rumah Dialisis yang ditubuhkan pada penghujung tahun 2005 telah ditadbir oleh Haqqani Primacare yang terdiri daripada Dr. Azriman Rosman, selaku penasihat perubatan, Zanariah Zainal dan Raja Cholan Raja Omar selaku pengarah eksekutif dan Wan Azma Wan Majid selaku pengarah kebajikan.

“Sebagai jawatankuasa pengurusan, menjadi tanggung jawab kami untuk melaksanakan polisi dan objektif YKN dengan memastikan segala prosedur dan garis panduan dijalankan mengikuti piawaian oleh KKM,” jelas Zanariah.

Tambahnya, setiap pesakit juga disarankan agar menghadiri rawatan susulan oleh pakar nefrologi sama ada di rumah tersebut atau di hospital yang dirujuk oleh YKN.

Zanariah berkata, sesiapa sahaja khususnya di kawasan Bangsar boleh mendapatkan rawatan dialisis di sini dan buat masa ini mereka juga menerima pesakit yang dibiayai pihak Baitulmal dan Pusat Zakat Selangor selain pelancong dari Australia dan India.

“Bagi yang berpendapatan RM1,000 sebulan ke bawah, mereka berhak mendapat rawatan di sini secara percuma.

“Selain khidmat dialisis, perkhidmatan klinik juga disediakan bagi mereka yang memerlukan rawatan lain termasuk rawatan kecemasan. Setiap pesakit yang mendaftar juga dipantau menerusi carta progres khusus untuk memberi rawatan yang sempurna dan berkualiti,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, menurut Zanariah, bagi memberikan pengurusan perubatan yang komprehensif, Rumah Dialisis YKN juga menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada pesakit yang sukar untuk datang mendapatkan rawatan.

“Corak kehidupan yang sibuk di bandar menyebabkan masalah pengangkutan. Pesakit juga tidak perlu khuatir akan merasa lapar kerana makanan juga disediakan selain hiburan menerusi siaran televisyen bagi menghilang rasa jemu sepanjang rawatan dialisis berlangsung,” jelas ibu kepada lima anak ini.

Tahap akhir

Sementara itu, selaku penasihat perubatan Rumah Dialisis YKN Bangsar, Dr. Azriman berkata, setiap tahun sebanyak 2,200 kes pesakit buah pinggang dikesan pada tahap akhir kegagalan buah pinggang untuk berfungsi.

“Jumlah tersebut meningkat dari tahun ke tahun, sejak tahun 2003 seramai 10,712 pesakit dan jumlah tersebut meningkat kepada 18,942 pada tahun 2007.

“Keadaan ini amat membimbangkan. Selain aspek kesihatan, kos rawatan dialisis juga agak tinggi dan ini pastinya membebankan pesakit dan keluarga,” tambah beliau.

Secara amnya beliau berkata, Rumah Dialisis YKN Bangsar ditubuhkan bagi menyahut wawasan yang diilhamkan Shahrizat, di mana setiap pesakit buah pinggang berhak menerima rawatan dan layanan istimewa bagi mengurangkan kesakitan yang mereka alami.

Dr. Azriman berkata, YKN telah memberi khidmat kebajikan kepada mangsa-mangsa bencana alam, orang kurang upaya serta pesakit buah pinggang yang tidak mampu menerima rawatan dialisis.

“Harapan kami agar lebih ramai pesakit mendapatkan khidmat rawatan di sini,” ujar Zanariah menutup bicara.

Rumah Dialisis YKN Bangsar lNo. 9 & 11, Jalan Telawi, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur.

* Telefon 03-22828513 / 03-22829084

* Faksimile 03-22825367

* Dibuka setiap hari kecuali Ahad

* Waktu operasi dari 7 pagi hingga 9 malam.

Peralatan tambahan untuk pesakit dialisis

* Dializer Reprosessor

* Automatik dan piawaian ditentukan oleh KKM. Dua bilik cuci disediakan bagi mengasingkan pesakit Hepatitis C dan pesakit biasa.

* Reverse Osmosis (RO)

* Kualiti dan tahap pencemaran diuji dari masa ke semasa mengikut jadual.

* Parameter

* Bagi memastikan bekalan air dari RO tidak melebihi had-had yang ditetapkan mengikut jadual.

Khidmat lain

* Klinik

* Kaunseling

* Khidmat nasihat perubatan dari pakar

4 Responses to Rumah Dialisis YKN Bangsar

  1. norazean binti ali berkata:

    soalan saya ialah…. bakal suami saya penghidap sakit buah pinggang yang kronik, beliau memerlukan 3 kali seminggu untuk membuat dialisis, jika sya berkahwin dengan beliau adakah rawatan dialisis ini dilakukan seumur hidup beliau, apakah kesan dialisis keatas diri beliau dan bolehkah beliau jalani kehidupan biasa…..

  2. rahemah othman berkata:

    Saya ingin bertanya YKN memberi bantuan kewangan kepada pesakit dialisis untuk membuat rawatan dialisis 3 x seminggu.

    sekian.

  3. hooi nuan berkata:

    apakah isu-isu bagi pusat dialisis?
    bahawa sy adalah seorang pelajar UMT…untuk mendapatkan 5 isu tentang pusat dialisis…ia digunakan untuk menbuat assignment sy…

  4. kamsela dewi berkata:

    got vacancy for fresh graduate staff nurse

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 343 other followers

%d bloggers like this: