Bimbang anak kena sihir

Bersama: DR. AMRAN KASIMIN

SOALAN: Anak kesayangan saya, yang saya didik dengan baik telah “dilarikan” oleh seorang lelaki yang tidak saya kenali dan berkahwin di sempadan tanpa pengetahuan saya.

Keraguan saya, adakah pernikahan itu sah, kerana ada orang kata, terdapat sindiket mengahwinkan pasangan yang lari dari Malaysia. Kalau tidak sah apa saya boleh buat.

Bagaimana anak saya yang begitu baik boleh lari, lupa kedua-dua ibu bapa, adik-beradik, juga rumah yang segala-galanya lengkap, adakah ia terkena sihir?

– Abu, Ipoh.

————————

JAWAPAN: Perkahwinan itu dianggap sah menurut syarak sekiranya segala rukun dan syarat nikah sempurna, termasuklah adanya wali. Dalam masalah saudara, wali yang dimaksudkan di sini ialah wali hakim, iaitu orang yang menikahkan itu dilantik oleh pihak kerajaan secara sah. Sekiranya pernikahan itu dilakukan oleh sindiket ataupun orang-orang tertentu, maka perkahwinan itu dianggap tidak sah.

Persoalan yang sepatutnya saudara ragukan ialah sama ada perkahwinan itu sah atau tidak, iaitu sama ada dilakukan oleh wali hakim yang sebenar ataupun oleh sindiket tertentu yang giat mencari wang dengan cara mudah seperti ini.

Bukan mustahil pasangan yang berkahwin di sempadan terjebak dalam perkahwinan seperti ini. Pada mereka kesahihan orang yang menikahkan tidak penting, malah untuk membezakan antara wali hakim yang benar dengan sindiket yang mencari untung daripada pasangan yang kahwin lari dari Malaysia bukan mudah. Pasangan yang berkahwin di sempadan lebih berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan perkahwinan yang dianggap oleh orang awam sebagai sah menurut syarak, berbanding dengan usaha-usaha untuk menentukan kesahihan orang yang menikahkan.

Sekiranya perkahwinan itu sah menurut syarak, apa yang paling baik perlu dilakukan ialah dengan menikahkan semula pasangan tersebut menurut undang-

undang Islam tempat tinggal saudara. Ini dilakukan agar setiap pihak boleh menuntut hak masing-masing menurut prosedur biasa.

Sekiranya pernikahan itu tidak sah, mereka sebenarnya bukan pasangan suami isteri menurut Islam dan mereka hendaklah dipisahkan, dinikahkan semula menurut prosedur biasa.

Sukar untuk saya menyatakan sama ada anak saudara itu berkahwin lari ke sempadan bersama pasangannya yang saudara tidak sukai akibat sihir atau kerana faktor-

faktor lain.

Saya tidak tahu menilik ataupun meramal. Malah untuk membezakan sama ada seseorang itu terkena sihir atau hanya semata-mata kerana mabuk cinta bukan mudah. Walaupun demikian, saya akan cuba memperkatakan tentang tanda-tanda menunjukkan adanya penglibatan sihir ke atas seseorang.

Terdapat tanda-tanda tertentu untuk mengenal pasti bahawa sakit ataupun masalah yang dihadapi oleh seseorang itu berpunca akibat sihir, sama ada tanda-

tanda tersebut terjadi hanya sebahagian daripadanya ataupun terjadi secara menyeluruh. Syeikh Wahid Abdul Salam Bali dalam bukunya yang bertajuk As-Sarimu ‘I-Battar at-Tassaddi li ‘s-Saharati ‘I-Asurar, yang diterbitkan di Jeddah pada tahun 1991 membahagikan tanda-tanda adanya gangguan sihir kepada dua bahagian, iaitu ketika tidur juga ketika jaga.

Tidur adalah satu nikmat Allah yang tidak ada gantian. Ia adalah merupakan proses mengembalikan ketenangan dalam diri di samping meredakan pelbagai penyakit dan masalah. Tanpa tidur manusia tidak akan memperoleh ketenangan. Kerana itu apabila seseorang itu mengalami masalah tidur, ini bererti bahawa ia sedang menghadapi gangguan, sama ada kesihatan rohani ataupun jasmani. Gangguan tidur melahirkan kesan negatif dalam kehidupan kerana ia menyebabkan seseorang itu tidak boleh berfikir dengan tenang, mudah marah dan terganggu.

Antara gangguan yang sering berlaku akibat sihir, ialah berlakunya mimpi-mimpi ngeri menakutkan ketika seseorang itu sedang tidur nyenyak. Selain daripada gangguan ketika tidur, gangguan juga sering terjadi ketika seseorang itu hampir terlena. Ketika itu ia akan didatangi gangguan-gangguan atau kejutan yang mengerikan.

Terasa seolah-olah seseorang itu terlibat dengan perlanggaran, tersepit di celah-celah permukaan kenderaan dan percikan darah, terasa seolah-olah ada binatang atau makhluk besar dengan rupa menakutkan datang menerkam sebaik-baik sahaja hampir terlena.

Tanda-tanda sihir yang berlaku ketika seseorang itu sedang tidur tidak semestinya berlaku berpanjangan, ataupun berulang-ulang, biarpun ia sering terjadi sedemikian rupa. Mimpi seperti ini mungkin berlaku hanya sekali, iaitu pada peringkat awal sahaja, yang selalunya diiringi dengan tanda-tanda lain.

Perlu dijelaskan bahawa mimpi yang dimaksudkan di sini bukan mimpi mainan tidur seperti yang banyak berlaku. Gangguan tidur boleh menjadi tanpa melibatkan gangguan ataupun sihir. Ia mungkin terjadi kerana tekanan emosi ataupun psikologi semata-mata, akibat menonton cerita ngeri, perjalanan darah yang tersekat-sekat, menyebabkan bahagian anggota tertentu, seperti tangan atau kaki terasa kebas, tidak boleh bergerak, menyebabkan seseorang itu berasa seolah-olah dihimpit lembaga besar. Mungkin juga mimpi itu hanya khayalan semata-mata, yang tidak ada kaitan dengan faktor dalaman ataupun luaran seperti yang dijelaskan.

Selain daripada tanda-tanda ini, orang yang terkena sihir juga ada kalanya dapat melihat makhluk-makhluk halus dengan kehendak Allah s.w.t. biarpun pada kebiasaannya manusia dijadikan Allah tidak berupaya melihat jin-jin.

Melihat objek-objek ganjil, yang pada kebiasaannya tidak berlaku seperti melihat lipan, ular, jengking dan sebagainya dalam rumah, ataupun mendapati bilik-bilik dalam rumah dipenuhi oleh ulat bulu, lipas, belalang dan sebagainya, yang tidak dapat difikir oleh akal dari mana makhluk-makhluk ini datang.

Objek-objek tersebut ada kalanya terjadi hanya pada pandangan mata semata-mata, untuk satu ketika yang pendek, kemudian hilang begitu sahaja tanpa dapat dikesan ke mana makhluk-makhluk tadi pergi menghilang.

Sihir boleh menyebabkan berlakunya derita sakit dengan izin Allah pada mana-mana bahagian tubuh, sama ada di bahagian kepala, badan ataupun bahagian kaki, termasuk pada organ-organ dalaman. Gangguan yang berlaku pada bahagian otak melahirkan tingkah laku histerikal, memperlihatkan adanya gangguan pada bahagian tersebut, juga berlakunya perubahan tabiat, daripada individu yang ceria menjadi murung menyendiri, mudah marah atau menjadi panas baran, sensitif, sentiasa takut, bimbang, waswas dan tidak yakin pada diri sendiri.

Terlalu banyak tanda seseorang itu terkena sihir yang tidak dapat dijelaskan di sini. Merujuk kepada pertanyaan saudara, masalah yang saudara tanya dikenali dengan “terkena ubat guna-guna” dalam masyarakat Melayu. Orang yang seperti ini selalunya akan didatangi mimpi yang boleh menyebabkan seseorang itu teringat-ingat kepada orang yang mengsihirnya.

Individu berkenaan mungkin bermimpi bertemu dengan orang yang berkenaan melalui mimpi yang begitu mengasyikkan. Ketika terjaga ia akan melihat bayangan orang yang memujanya (mengenakan ilmu pengasih), hasil daripada jelmaan iblis ataupun syaitan yang menjelma menyerupai orang yang berkenaan.

Seorang pengamal ilmu kebatinan yang dapat saya temui menyatakan bahawa ilmu sihir pengasih selalunya dilakukan melalui perantaraan makhluk-makhluk halus, yang bermula dengan mimpi-mimpi seperti yang dijelaskan dan dituruti dengan peristiwa seperti di atas ketika terjaga. Makhluk yang menjadi perantaraan tadi akan menguasai jiwa dan akal individu berkenaan, menyebabkan ia terus-menerus mengingati orang yang memujanya.

Kerana itulah orang seperti ini akan berubah kelakuan atau tabiat, yang berbeza sama sekali dengan tabiatnya yang sebenar. Ia akan lupa kepada ayah, ibunya, malah berani menentang mereka seperti memaki, memukul dan sebagainya kepada orang yang dikasihi selama ini.

Tidak takutkan menjadi derhaka atau sebagainya. Bagi orang yang telah beristeri ataupun suami ia akan berubah kelakuan melupakan isteri ataupun suami juga anak-anak.

Hal demikian berlaku bukan atas kehendaknya atau kesedarannya, tetapi berlaku kerana ia ketika itu dalam keadaan tersihir di mana pergerakan ataupun tingkah lakunya dikuasai oleh makhluk yang menjadi perantaraan sihir tadi.

Mungkin orang yang terlibat menyedari apa yang sebenarnya terjadi dan cuba melawan kekuatan dalaman yang memaksanya melakukan sesuatu, tetapi kekuatan yang dimiliki ketika itu terlalu lemah, tidak berupaya mengatasi kekuatan yang menguasai perasaan, kekuatan fizikal ketika itu. Sihir tidak boleh berlaku kecuali dengan adanya penglibatan makhluk-makhluk halus.

Dr. Amran Kasimin

Lot 3673, Jalan Aman, Kg. Sungai Merab

Luar, 43000 Kajang, Selangor.

7 thoughts on “Bimbang anak kena sihir

  1. Apa yg dkatakan doktor adalah sesuatu yg tdk lgkap..Saya tahu memang itu benar tp roh yg jahat itu(syaitan) juga bijak..Begini..Dia tak melalui mimpi sahaja..Ini kurang tepat.Dia melalui pintu kebenaran..Maksudnya dia melihat keinginan si penyihir..Caranya banyak..Ctoh..Melalui angin,cermin,benda wangi,barang peribadi,yang rapat dan dituruti,penglihatan,air,api,tanah,benda hidup…Tapi laluannya satu iaitu kunci kebenaran(keinginan manusia)tapi bayarannya hidup sejati dan ketaatan..Cara melawan ialah iman dan kekuatan melihat kebenaran..Cara saya ialah bkomunikasi dgn ilmu sihir itu dgn doa..Saya kristian..Halau dan musnahkan..Doakan ksedaran si penyihir..Sihir itu cuma mengawal hati..HATI..Umpama kunci dan mangga..Buka pintu..Atau tutup pintu..Banyak lagi..Kalau nak tahu lbih lanjut sila e-mail kepada saya..Jangan takut..Saya dulu malaminya..Tapi saya selamat..Sebab saitan penipu pun boleh bkomunikasi kan..Mereka adalah hamba kita juga..Sbab mereka dbuang kerana menentang!..Ciri-ciri dsihir ialah melalui perubahan mata..Ayat..Sikap mudah tmenung,senyum,..Cara pgerakkan lbih lembut..Dan nama spenyihir adalah topik perhatiannya..Doktor..Jgn lihat cara syaitan dgn orang lain..Jika kamu berani berkomunikasilah dngannya tp hati2 bisikan mereka halus dan tajam..Bye ..

  2. Saya berminat juga soalan tu..Bg bahagian agama..Perkahwinan..Saya tak mahu mlibat diri..Masalah tu terlalu ringkas dungkapkan,mgkin ruang thad..Tp anaknya yg tlalu baik ..Adakah layanan dan penerimaan ibu-bapanya baik?Pernahkah anaknya memberitahu suatu kehendak ttg itu?Mgkin scara tak trus-terang..Sbab masalahnya..? Jika inipun agak yakin tiada yg salah bg pihak ibu-bapa..Jd rujuk apa yg tlah saya katakan.. Itu saja bye.

  3. saya telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. masalah saya ialah sejak saya melahirkan anak yg kedua, saya rasa hati saya jauh untuk suami saya. saya seorang isteri yang bertanggungjawab dan penyayang dalam keluarga saya. tapi semenjak dari perkara ini saya agak lain..saya perasan tapi tak boleh nak mengukapkan atau menyatakan masalah saya. puncanya saya selalu mengingati seseorang yg telah lama saya kenal dan saya akui penting nya saya dalam hidupnya hanya sebagai seorang staft dan tak lebih dari itu. tapi saya hairan dan hairan kenapa saya selalu mengingati nya dan selalu bermimpi akan dirinya. pernah saya tiba2 tersedar dari tidur bermula pada waktu 1.30pg dan seterusnya 2.30pg dan 4.30 pg dan terkejut dengan sesuatu perkara dan apabila saya terjaga waktu itu saya akan lihat wajah orang yg saya selalu ingat di setiap sudut ruang rumah saya. bukan di rumah, tapi apabila saya hendak bersolat pun akan muncul dia dalam ibadah saya..paling dasyat lagi apabila saya bersama dengan suami saya akan muncul wajahnya pada ketika itu dan membuatkan saya terus tidak ada mood. saya mula jarang untuk bersama dengan suami saya. keluarga saya perasan dengan tingkah laku saya kerana saya seorang yang paling ceria dalam keluarga. saya tidak suka keluar rumah, jarang melayan anak2 saya dan hanya mendiamkan diri sahaja. hati dan pemikiran saya hanya memikirkan orang yg muncul itu sahaja..saya tak tahu nak buat apa lagi dan pernah saya pergi melihat diri saya dengan berjumpa dengan pengamal perubatan. katanya saya terkena sihir pengasih dengan orang yg selalu muncul dalam diri saya itu..adakah perkara ini boleh di ambil mudah atau benarkah apa yang dikatakan oleh pengamal perubatan itu kepada saya atau adakah saya di sihir.. apakah akan terjadi pada diri saya selepas ini sekiranya saya membiarkan keadaan ini. saya amat kenal dengan orang yg selalu muncul dalam hidup saya ini dan saya msih tidak percaya sekiranya dia melakukan sihir terhadap saya kerana dia adalah seorang yang di hormati..kalau ya kenapa dia sanggup buat begitu dan apa akhirnya sekiranya saya membiarkan..harap berikan pendapat dan jawapan yang lengkap kepada saya.

  4. Kita x blh menjadi hakim untuk mengukur seseorang itu baik daripda pandangan luaran..rambut sama hitam tapi hati lain2..utk seseorg itu berniat jahat, x kiralah dia tu di hormati atau tidak..bila hati dah dirasuki syaitan, maka perkara2 yg mungkar dia akan lakukan..kalau x mana mgkn ada berlaku sumbang mahram dn sebagainya..ibaratnya harapkan pagar, pagar mkn padi..perkara2 seperti itu mmg ada dn kita harus percaya..tapi apa jua yg dtg adalah dgn kehendak allah dan pada allah lah kita harus memohon semoga dijauhi daripada perkara2 seumpama itu..berdoa dan berusaha mencari org yg bijak pandai agar masalah gangguan tersebut dpt di atasi..jalan pasti ada jika berusaha…insyallah..

  5. Perkerja taat … begitulah kalau hati sudah dibungai oleh orang lain.Sebenarnya anda dilamun cinta ,tetapi dimasa yang sama anda sudah berkahwin dan memiliki keluarga bahagia.Setiap waktu mula merinduinya, dalam tidur dalam terjaga ..’ macam lagu pulak …”Ingat ini juga pemainan syaitan untuk memporak perandakan rumahtangga anda yang bahagia .Seeloknya minta tukar dibahagian lain … dari terus berhadapan dengannya ..

  6. puan tidak boleh biarkan perkara tersebut.puan harus berubat dgn pengamal perubatan yg betul.maksud saya yg menggunakan ayat2 al-quran dlm proses pengubatan.saya berkta berdasarkan pengalaman saya sendiri.saya msh dlm proses berubat sekarang.saya dan suami di sihir oleh iateri kepada kawan suami saya sendiri.dia membuatkan suami hilang nafsu kepada saya sbb sukakan suami saya.apa pun jgn biarkan org yg ridak berkenaan menghancurkan rumahtangga kita……dgn izin ALLAH

  7. saya masih lagi belajar di IPT tetapi saya mahu berkahwin kerana mahu mengelakkan zina.tetapi keluarga tidak membenarkan saya berkahwin kerana masih belajar. persoalannya sekiranya saya mahu berkahwin di sempadan,kemudian berkahwin semula di malaysia dan melakukan adat seperti meminang dan sebagainya..adakah boleh sekiranya saya berbuat begitu???

Tinggalkan Jawapan kepada kebayan Batal balasan