Pantang Larang Orang Melayu Tradisional

Pantang Larang Orang Melayu Tradisional merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat agar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Apa yang disebut bukan untuk dipercayai tetapi untuk dihayati mesej yang tersembunyi di sebalik  pantang larang yang telah diperturunkan secara lisan sejak zaman berzaman. 

 Pantang Larang Wanita Hamil

1. Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.

2. Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.

3. Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahit bibir terbelah atau mengalami kecacatan.

4. Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak.

5. Dilarang makan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika bersalin. Anak mungkin tercerut tali pusatnya.

6. Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri akan kenan.

7. Dilarang minum air tebu atau kelapa di awal kehamilan, dikhuatiri anak akan gugur.

8. Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.

9. Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata anak tertutup seperti kucing yang sedang tidur.

10. Dilarang menyusup di bawah penyidai, nanti anak akan terencat.

11. Dilarang makan makanan yang berakar seperti pegaga, nanti terlekat uri.

12. Dilarang tidur waktu tengahari, nanti kepala anak akan menjadi besar.

Pantang Larang Ke Atas Lelaki

1. Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.

2. Dilarang kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan.

3. Dilarang mengintai orang mandi, nanti mata ketumbit.

4. Dilarang tidur di tengah padang, nanti emak mati.

5. Dilarang ketawa waktu Maghrib, nanti datang hantu.

6. Kalau tidak tahan berpanas, nanti tunang dilarikan orang.

Pantang Larang Bayi

1. Bayi tak boleh ditegur jika badan gemuk, cuma katakan ‘semangat’ kerana ditakuti menjadi kurus.

2. Dilarang memicit mulutnya, nanti tiada selera makan.

3. Tak boleh diletak bayi atas lutut, nanti mendapat sakit perut.

4. Sisa makanan bayi tak boleh dimakan oleh ibu bapa, nanti melawan cakap.

5. Tak boleh dicium sewaktu tidur terutama di atas ubun-ubun kepala dan pada pusatnya kerana dikatakan pendek umur.

6. Kain lampin tak boleh direndam, nanti kembung perut.

7. Sewaktu bayi sedang tidur, kadangkala kita melihat dia tersenyum, ketawa dan ingin menangis. Jangan kejutkan kerana dikatakan bayi sedang bermain dengan urinya.

8. Tidak boleh menghembus mulutnya, nanti menjadi bisu.

Pantang Larang Ketika Berdiri

1. Tak boleh kencing berdiri, nanti punggung dijamah hantu.

2. Tak boleh berdiri tertindih kaki, dikatakan akan jauh rezeki.

Pantang Larang Ketika Makan

1. Makan pedal ayam, akan mengantuk ketika bersanding.

2. Makan tidak basuh pinggan, nanti lambat dapat menantu.

3. Makan pisang kembar, akan beranak kembar.

4. Makan waktu Maghrib, makan bersama hantu.

5. Makan sisa anak, anak akan degil.

6.. Tidur selepas makan, nanti perut buncit.

7. Makan sambil berjalan, dapat penyakit perut.

8. Bila makan, pinggan tak boleh diletak atas riba, nanti suami diambil orang.

9. Jangan makan nasi di senduk, nanti payah rezeki.

10. Makan bertindih pinggan, akan beristeri dua.

11. Makan telur tembelang, mendapat penyakit barah.

12. Makan dalam pinggan sumbing, dapat anak bibir sumbing.

13. Makan dalam belanga, dapat anak rupa hodoh.

14.Makan berlunjur,akan jadi pemalas.

15.Makan mencangkung, payah dapat rezeki.

Pantang Larang Sewaktu Tidur

1. Tidur di muka pintu, alamat dilangkah hantu.

2. Tidur di atas pokok, nanti dimakan langsuir.

3. Tidur di atas sejadah,nanti dihinggap kurap.

4. Tidur selepas makan, nanti ditindih hantu.

5. Tidur melekat nasi di kaki, nanti mimpi hantu.

Pantang Larang Ke Atas Perempuan

1. Dilarang menyanyi di dapur, nanti kahwin orang tua.

2. Dilarang menjahit di badan, nanti tidak lepas hutang.

3. Dilarang memakan leher ayam, nanti leher terkulai di pelamin.

4. Pantang bangun lewat, nanti sukar mendapat jodoh.

5. Dilarang makan nasi kerak, nanti mendapat anak bodoh.

6. Dilarang mencari kutu ditangga, nanti kahwin orang tua.

7. Dilarang mencucuk jarum pada waktu malam, nanti didatangi sial.

8. Dilarang bercermin di depan cermin retak, nanti wajah pucat di malam pertama.

9. Dilarang pakai baju basah, nanti badan naik kurap.

10. Pantang berbual di tangga, nanti dipinang orang di serambi rumah sahaja.

11. Dilarang makan bertindih pinggan, nanti menjadi madu orang.

12. Tak boleh menyapu nasi pada waktu malam, nanti pendek rezeki.

13. Dilarang mengerat kuku waktu malam, nanti datang sial.

14. Dilarang makan berubah tempat, nanti berkahwin ramai.

15. Dilarang meletak pinggan di tapak tangan ketika makan, dikhuatiri nanti akan merampas suami orang.

Pantang Larang Kanak-Kanak
1. Dilarang duduk atas bantal, nanti punggung terkena bisul.

2. Tak boleh memotong kuku waktu malam, nanti pendek umur.

3. Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.

4. Tak boleh jelir lidah, nanti lidah terpotong.

5. Makan kepala ikan, nanti menjadi bodoh.

6. Dilarang mengangkat kaki ketika meniarap, nanti emak mati.

7. Tak boleh menunjuk pelangi, nanti jari kudung.

8. Tak boleh makan dalam gelap, dikatakan makan dengan iblis.

9. Dilarang bermain atau keluar rumah waktu senja, nanti disorok hantu.

10. Tak boleh gigit kain, nanti gigi berulat.

11. Hempedal ayam tak boleh dimakan, nanti susah bersunat.

12. Dilarang bercakap dalam tandas, nanti mata ketumbit.

Pantang Larang Di dalam Hutan
1. Jika sesat di hutan, jangan tidur di tepi sungai, nanti dimakan hantu.

2. Dilarang pegang pokok merah, nanti badan menjadi gatal.

3. Jangan tidur di atas pokok jika sesat, nanti dilapah hantu.

4. Dilarang bercakap besar ketika di hutan, nanti mendapat bencana.

5. Pantang bersiul di hutan, nanti disambar langsuir.

6. Jangan melaung di tengah hutan, nanti disahut hantu.

7. Jika terdengar sahutan, jangan dijawab, dikhuatiri suara hantu.

8. Jangan mengambil batu atau benda ganjil di hutan, takut berpenunggu.

9. Dilarang menegur sesuatu yang aneh atau ganjil dihutan, nanti dirasuk atau dapat malang.

Pantang Larang Di Sungai
1. Jika nampak air berpusar, jangan hampiri, alamat buaya bergerak atau mengiring.

2. Jika ikan toman membawa anak, jangan melintas di hadapannya, nanti dilompati ke perut.

3. Jika terdengar suara semacam kerbau di tebing sungai, alamat ada buaya mengawan.

4. Dilarang bawa limau purut, nanti dibaham buaya.

5. Jika suara perempuan terdengar waktu Maghrib, alamat hantu pari sedang berpesta.

6. Jika kail disambar gondang (siput besar) , alamat rezeki mendatang.

Pantang Larang Ketika Duduk

1. Tak boleh duduk atas bantal, nanti dapat bisul.

2. Tak boleh duduk atas tangga ketika Maghrib, nanti dirasuk hantu.

3. Tak boleh menggoyang kaki, nanti tak lepas hutang.

4. Tak boleh duduk di beranda tangga, nanti payah rezeki.

5. Tak boleh duduk atas lesung, nanti berkudis dubur.

59 thoughts on “Pantang Larang Orang Melayu Tradisional

  1. Saya seorang suami yang punyai seorang isteri yang sedang
    mengandung.
    Soalan saya (suami) adalah salahkah saya atau adakah pantang
    TIDAK BOLEH MEMANCING IKAN DI LAUT ATAUPUN SUNGAI waktu
    isteri sedang mengandung?

    • Salam,

      saya nak balas mengikut kefahaman saya sebagai orang Islam.Si suami boleh lakukan apa sahaja hobinya selain tidak salah di sisi agama dan undang-undang.Tak ada kaitan pada isteri yang sedang mengandung.Buruk baik yang berlaku bukan disebabkan oleh si suami nya memancing, itu semua Qada & Qadar Allah, jangan sempitkan pemikiran dengan benda2 macam ini takut terpesong akidah.

  2. bagi kak ida, pantang larang orang tu dulu2 tu ada yang boleh pakai ada yang tak. Sebabnya, mereka dulu cakap banyak berlapik, maksud yang nak disampaikan ada yang tersirat tapi demi menjaga hati, tak diungkapkan secara terus terang. Tapi ada juga yang kena ikut.

    Sebagai orang Islam, kita wajib percaya bahawa tidak ada kekuatan selain dengan izin Allah. Sesuatu perkara itu tidak akan memudaratkan tanpa keizinan dari Allah. Mana-mana pantang yang bertujuan baik, boleh diikut tetapi yang menjurus kepada mempercayai kekuatan lain selain daripada Allah, maka lebih baik kita berbalik kepada agama.

    Kalau si suami nelayan, camana nak cari rezeki kalau isteri dia hamil dan dia tak boleh memancing,kan?

    Ayah kak ida dulu jugak selalu pegi memancing walau pun mak tengah mengandung.

    Cuma yang kak ida tau, tak boleh menganiaya binatang. Tak kira waktu mengandung ke tidak ke, memang tak boleh. Dalam agama pun kita diajar baik kepada semua mahluk Allah.

    apa2 pun, baca doa la selalu agar anak dalam kandungan di lindungi Allah dalam apa keadaan pun.

  3. kak,saya kawin bulan 3 lepas dan kini sudah hamil 1 bulan..masalh sekarang,saya risau sgt baby dalam kandungan saya akan sumbing(nauzubillah,mintak dijauhkan)kerana dua daripada adik beradik saya ade masalah sumbing..adakah sumbing di sebab kan pengaruh keturunan..ade jgak saya mendengar sumbing adalah di sebab kan bapa seorang perokok.Alhamdullah hubby saya bukan seorang perokok..sekarang saya amat takut kalu itu terjadi kpd saya.takut keluarga mentua salahkan family saya kalu semua yang saya risau sekarang terjadi..saya dah berdoa agar baby saya akan lahir dengan sihat dan sempurna..tolong doakan ya..

    • salam.. ni pendapat sy..klw memancing sebagai hobi baik elakkan diwaktu isteri mengandung..kenapa? sebab kita dilarang menganiaya binatang..bukan sahaja waktu isteri mengandung tapi jugak waktu2 yg lain..
      sy pernah terbaca bahawa seorg perawi hadith tak bole diambil kira hadithnya sekiranya dia memancing..kerana memancing menyakitkan binatang.. ikan tersebut mati dlm kesakitan..

      jadi pd sy.. elakkan dari memancing @ apa sahaja aktiviti yg menyakitkan mana2 makhluk Allah..

      • Salam,

        memancing tak ada masalah.tak tahula pula memancing akibatkan ikan kesakitan.kalau macam itu,masa isteri mengandung, tak bolehla sembelih binatang kalau ada sapa2 minta tolong sembelihkan (sebab sakit binatang itu) sebelum mati.

        sakitkan binatang dengan sengaja dengan suka-suka ada salah.

  4. kak,betul ke ada orang cakap kalau budak tengah tidur kita tak blh cium nanti dia jadi degil dan ada juga orang ckp jangan sekali kali bagi anak kita makan pulut nanti dia lambat bercakap.betul ke?tapi pada hakikatnya kita geram bila tengok budak tengah tidur mesti kita nak cium dia dan apabila kita tengah makan mesti anak kita datang nak rasa apa yang kita makan.kadang kadang tu malas nak ikut tapi perasaan takut tu kadang-kadang tu muncul pulak bila terkenangkan balik cakap-cakap orang tua.

    • pada saya tak betul..kita digalakkan cium ubun2 anak selepas berdoa padanya..anak2 akan lebih mendengar kata.. takda kene mengena dgn degil pd saya.. ada yg kata pendek umur..tu lagi bole mengarut..kdg2 petua org2 tua ni bole rosakkan akidah. ajal maut semua di tangan Tuhan..perbuatan kita tu hanya lah penyebab..dan Allah takkan temukana ajal seseorg tu selagi belum tiba waktunya.. .jd klw tak pasti baik rujuk pd ustaz @ ustazah yg bertauliah.bukan semua ustaz @ ustazah yg tau pasal benda2 ni..

      pd saya mencium ubun2 anak selepas amalkan ayat kursi dan 3 qul dapat melembutkan hati anak

    • Salam,

      tak betul dan sangat kolot lagi sempit pemikiran kalau macam itu.degil atau tidak bukan disebabkan kita cium budak tersebut.

      bagi sahaja makan pulut dan apa-apa sahaja yang halal dan kurangkan cekedis. adakah pulut melambatkan kecerdasan pemikiran si manja sehinggakan dia lambat bercakap?tentu sekali tidak.tidak ada sokongan saitifik dan apa2 hadith,perawi,nas-nas,dalil2 dalam agama yang menyokongnya sepanjang pengetahuan saya.

    • tak bole pakai pantang larang tersebut. lagi elok pergi. ianya mengingatkan dan meninsafkan kita yg kita juga akan meninggalkan dunia ini.

  5. kassim2 bagus sungguh peradaban kamu, ni sebab ikut banyak pantang larang le, tapi pantang larang mehormati orang kau tak buat? bagus, memang maju betul !

  6. SEMUANYA MENGARUT! KITA HANYA PERLU PERCAYAKAN TUHAN YANG MAHA ESA SAHAJA, BUKAN PANTANG LARANG YANG KARUT MENGARUT NI.

  7. walaupun nampak mengarut tp kita kena sedar,dari org tua kita lah kita dilahirkan. Mmg kita kena percaya pada yang Maha Esa tapi peringatan dan kepercayaan kita adalah dari turun-temurun..klu xnak percaya pon xpe..x menjadi kesalahan..so, try praktis mcm ni, drive ikut suka hati,x pyh ikut ‘pantang-larang’ memandu spt patuhi arahan jalanraya,abaikan isyarat lampu merah,pandu laju melebihi had laju pastu bertawakkal pada Allah, semoga x berlaku apa2 kemalangan sepanjang masa memandu tanpa ikut pantang larang tu..try le,baru tahu apa itu kepercayaan dan kehebatan diri…try it!!

    • Salam,

      kita sebagai orang Islam, senang saja.Ikut Al-Quran dan As-Sunnah. ikut mana yang betul. mana yg tak betul,meragukan,tak logik,menyekatkan/menyempitkan pemikiran dengan pantang2 yang mengarut elok kita abaikan.

      Sebab apa, walaupun orang2 tua dahulu lebih dan banyak makan garam dari kita, tak semestinya semuanya betul dan berlandaskan Islam.Dan sepanjang pengetahuan saya, orang melayu islam kita dahulu pemahaman Islamnya tak sehebat yang seperti kita ada sekarang. Dahulu ilmu dan buku agak terhad, internet tak ada, TV ceramah agama pun tak ada, jadi apa yang dilakukan, amalam agama + amalan pantang nenek moyang dan di bawa sampaila sekarang.

    • Salam,

      contoh begini

      1. Dilarang duduk atas bantal, nanti punggung terkena bisul.(tak bole percaya, silap2 anak anda sendiri kata, Aiman duduk selalu tak bisul pun…)

      Kita tak sepatutnya set pemikiran punggung akan bisul bila duduk bantal.dan ianya tidak logik dek akal fikiran.Tapi bantal adalah tempat letak kepala dan tidak elokla di letakkan punggung buat alas. (yang ini bole percaya)

    • mizan..
      pantang larang y dmaksudkn 2..bnd y karut marut + xad rasional..from de discription given by them..
      eg: mnyanyi kt dapur, dpt laki tue..

      klu pnjelasan de..xsopan anak dara mnyanyi kt dapur..it will b rational kn..2 je..

      xad hal la..psl pntang lrg ni..as long as..kta amek mksud tersirat dsblk y tersrat..+ jgn taksub sgt..ok je..;)

  8. Dilarang mengerat kuku waktu malam, nanti datang sial.

    Sangat bahaya kalau percaya benda ni, dah macam masuk sempadan khurafat dan takut2 terbatal akidah/Islam kita.

    Abah aku selalu potong kuku malam dan tiada apa sial yang berlaku, malah rezeki nya bertambah, dan dikurniakan rupa usianya muda dari umurnya serta kesihatan yang cemerlang.

    • Galakkan lah suami anda memancing walaupun dikala waktu anda mengandung. tetapi kalau dah sarat beno tak payah la, kang dah nak terberanak sapa pula nak pegi hantar ke hospital.

      macam contoh kawan aku, dikala bininya sarat mengandung (tunggu minggu)dia first time mancing kolam dan tak semena2 hari tu tu rezeki dia berikutan dapat ikan terbesar dan menang jackpot.

    • mangkin sedap la tu kot tp tak pernah pulak aku dengar ada yg begitu……………………. hehehe lucu jga kan kalu d fikir kan?????????????????…………

  9. sy pn nk tanya,bleh ker suami pergi memancing,sy x pernah pn nk terpikir benda2 ni…lg pn ni fist time suami nk g memancing…sy x kisah tp ada la org2 yg percaya pantang2 ni bg tau perkara ni…em…please advise…tq

  10. saya nak tanyA ni,serba salah saya dibuatnya.hari tu saya menggunakan cermin yang telah retak,then kawan saya ckp jgn tengok cermin yang retak,tak elok katanya.orang tua2 cakapla.saya pun confuse la,nak guna ke x,sbb kat blog ni cakap kalu guna t wajah pucat waktu malam pertama

  11. Saya nak tye, sya bru sbulan pgnant.. Boleh ke sya mnum I soya? Sbab sya x prnah mnum soya n hubby sya sruh mnum soya.. Org kata 6t klit baby sstif, klau mnum xpe ke? Lgi 1, bila n patutnya prlu mkan kurma? Brmula skang ke atau 4,5 blan 6t?

  12. Saya pernh memaku ketika hamil..sy tak tahu pntang larang…skarang usia kehamilan sy 5bln….apa kesannye nanti…hrp dpt bantu

  13. pantang no 5 ikutkan mmg x logik tp kalau kita nak tgk dr sudut logik akal dia.. pd pandangan saya la… fontanelle atau bahasa melayunya ubun2 kan fragile… masa baby tido cium dia terkejut terkena gigi kan blh luka… bila luka boleh lead to infections… infection kt otak kan bahaya… pusat kalau umbilical cord aka tali pusat still attach kan fragile jugak… cium tak elok kan terkena air liur atau baby terkejut masa cium kena gigi.. kan bahaya… itu la logik yg saya nampak dr segi sudut logikla.. hehehe

  14. kadang2 pantang larang yang dibuat oleh org2 melayu lama ini semata-mata berniat baik.. mana ada dibuat untuk kejahatan. cuma kita sendiri bila dah berakal ni.. pilihlah yang baik.. macam duduk atas bantal nanti bisul….sebenarnya larang duduk atas tempat kita nak tidur…. rasional sikit.
    Kita ada al-quran dan hadis sebagai panduan kita…

Tinggalkan Jawapan kepada kassim selamat Batal balasan