Sakit ketika buang air kecil

Doktor,
SAYA sudah berkahwin dengan suami yang kini berumur 40-an. Saya ada terbaca mengenai tanda-tanda penyakit kanser prostat. Sejak kebelakangan ini, suami sering mengadu sakit apabila membuang air kecil.

Saya ada menyuruh suami pergi berjumpa doktor tetapi alasannya mungkin badan dia terasa panas, sebab itulah apabila buang air kecil selalu sakit. Pernah sekali, selepas kami mengadakan hubungan kelamin dan dia membuang air kecil, suami terasa sakit.

Soalan saya, apakah tanda-tanda penyakit kanser prostat dan apakah rawatannya? Adakah penyakit tersebut boleh berjangkit kepada saya? Sekiranya kami selalu melakukan seks oral, adakah ia boleh mendatangkan kesan sampingan?

Apakah gejala-gejala lewat yang boleh berlaku kerana suami enggan menjalani pemeriksaan. Saya berharap agar doktor dapat menyelesaikan masalah ini. Saya terlalu sayangkan suami.

– SAYANG SUAMI

————————–

Respons Dr. Sulaiman

Sakit semasa membuang air kecil atau berasa panas selalunya berpunca dari radang pundi kencing. Punca lain seperti batu karang boleh juga memberikan gejala yang sama, tetapi selalunya air kencing turut mengandungi darah.

Sekiranya sakit itu berpunca dari kuman, ia boleh berjangkit tetapi berita baiknya, ia boleh dirawat dengan mudah. Walau bagaimanapun nasihatkan suami anda supaya berjumpa dengan mana-mana doktor untuk mengenal pasti punca sebenar kesakitan dan mendapatkan rawatan sewajarnya.

Pada peringkat awal, kanser prostat tidak mempunyai apa-apa gejala. Sekiranya tidak dikesan dan dirawat, ia akan menyebabkan tanda-tanda yang lebih serius. Puan boleh membaca lanjut mengenai tanda-tanda penyakit kanser prostat menerusi siri pertama dan kedua ruangan ini, masing-masing diterbitkan pada 11 dan 25 Mac lalu.

Artikel ini disumbangkan oleh Pakar Radiologi dan Perubatan Nuklear di Pusat Kanser Kebangsaan, Dr. Sulaiman Tamanang, dengan kerjasama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia. Beliau merupakan salah seorang daripada ahli MayFirst Health and Wellness Council (MHWC), panel pakar yang ditubuhkan oleh syarikat MayFirst Gold Sdn. Bhd. untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang kanser prostat, melalui kempen CEgah KAnser Prostat (CEKAP).

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 343 other followers

%d bloggers like this: