Risiko seks sebelum kahwin

Oleh: RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH

APABILA cinta menguasai diri dan nafsu mengatasi segalanya, pertimbangan diri menjadi lemah hingga menyebabkan terjerumus dalam isu seks sebelum berkahwin.

Seks satu perkataan ringkas tetapi mempunyai pemahaman yang sungguh luas dan subjektif.

Jika sekali mencubanya, pasti ia memerangkap diri sendiri.

Konflik menjadi semakin rumit apabila pasangan kekasih ini belum berkahwin dan remaja wanita pula didapati mengandung.

Kemudian mereka mengambil keputusan melakukan pengguguran haram atau membuang bayi tersebut.

Isu ini bukan baru menular di kalangan remaja tetapi telah berlaku di kalangan masyarakat sejak dahulu lagi.

Pada era globalisasi ini, ramai yang lebih terbuka dalam membicarakan perihal seks dari pelbagai sudut dan perspektif walaupun masih ada yang menganggap ia sesuatu yang tabu dan tidak manis diperkatakan, terutamanya oleh mereka yang belum berkahwin.

Lupakan sejenak perbezaan kedua-dua pendapat ini kerana realitinya, semakin ramai remaja terbabit dalam aktiviti seks luar nikah dewasa ini.

Walaupun sejak kanak-kanak lagi, masyarakat telah diberitahu bahawa seks adalah satu perkara yang ‘tidak baik’ melainkan adanya ikatan perkahwinan antara dua pasangan lelaki dan perempuan, masih ada juga yang terbabit dalam seks luar nikah.

Bukan itu saja, ada yang melakukan seks oral (hubungan seks yang membabitkan mulut dan alat sulit saja) dengan anggapan bahawa ia ‘ringan’ dan tidak akan menyebabkan kehamilan.

Harus diingat, biarpun tidak menyebabkan kehamilan, ia masih berisiko untuk menyebarkan penyakit kelamin, herpes, sifilis dan hepatitis.

Menurut Pakar Sakit Puan dan Perbidanan, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Dr. Nur Azurah Abdul Ghani, golongan remaja perlu menghindari hubungan seks sebelum berkahwin untuk menghindari jangkitan penyakit kelamin (STD) dan mengandung luar nikah.

“Hubungan seks boleh menyebabkan jangkitan pelbagai penyakit kelamin seperti jangkitan pelvis dan kanser rahim.

“Oleh itu remaja perlu menghindari seks dan hubungan seks selepas berkahwin adalah lebih selamat.

“Selain itu, sudut sosial juga perlu diambil kira kerana kehamilan luar nikah ini menyebabkan ramai remaja yang memilih untuk menggugurkan dan membuang bayi.

“Maka, terjadilah kes bayi dibuang dalam tong sampah dan memilih menggugurkan kandungan di klinik-klinik tidak berdaftar yang akhirnya menjejaskan lagi kesihatan,’’ ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja dalam Forum Pengurusan Bijak tentang Kesihatan dan Gejala Sosial Remaja di HUKM, baru-baru ini.

Tambah Dr. Nur Azurah, dari segi fizikal dan emosi, usia remaja tidak sesuai dan mereka sendiri belum bersedia untuk menjadi ibu bapa.

Malah, semua pegangan agama juga melarang lelaki dan perempuan menjalankan hubungan seks sebelum berkahwin.

Persoalannya, adakah remaja ini menyesali perbuatan mereka?

Dr. Nur Azurah menjelaskan, jawapannya: `Ya’ kerana remaja khususnya wanita yang pernah menjalinkan hubungan seks ini memberitahu yang mereka tertekan kerana khuatir akan hamil.

“Pada saat ini, remaja jadi serba tidak kena dan mereka akan membeli alat ujian kehamilan dan memeriksa sendiri sama ada mereka hamil atau tidak.

“Bukan itu sahaja, hubungan seks juga boleh membawa kepada penyakit AIDS dan STD.

“Apabila diminta membuat ujian, misalnya, kerajaan telah menetapkan sebelum berkahwin pasangan perlu membuat ujian HIV, mereka takut dan mengalami kerisauan yang melampau,’’ katanya.

Jelas Dr. Nur Azurah, mengikut kajian yang dibuat, jumlah remaja wanita yang menyesali hubungan seks sebelum berkahwin lebih tinggi berbanding remaja lelaki.

Apabila ditanya sebab mereka melakukan hubungan seks tanpa nikah, remaja selalu memberi alasan bahawa susah hendak meninggalkan tabiat ini seolah-olah ‘ketagih seks’.

“Sekiranya remaja itu ada rasa bersalah, ia merupakan tindak balas yang sihat kerana remaja ini mempunyai kesedaran perkara yang betul dan salah.

“Ini menunjukkan remaja ini perlukan pendidikan seks yang boleh diberikan sendiri oleh ibu bapa, pihak sekolah dan pegangan agama yang kukuh,’’ jelasnya.

Tambah Dr. Nur Azurah, remaja yang telah dijangkiti penyakit kelamin merasakan dirinya terlalu kotor, hilang keyakinan diri dan menjadikan perkembangan personaliti seseorang itu terbantut.

“Pada usia remaja, seseorang itu sepatutnya ceria dan gembira tetapi apabila tertekan, ia menghalang personaliti mereka berkembang dengan baik,’’ katanya.

Ada juga kes yang menyebabkan kematian seperti membunuh bekas kekasih yang menjalinkan hubungan sulit dengan orang lain kerana rasa cemburu yang melampau.

Di samping itu, hubungan seks tanpa nikah ini menyebabkan seseorang itu tidak mempercayai orang lain.

Malah, ada juga yang sering mencari alasan untuk menjalinkan hubungan seks dengan menipu, memujuk dengan berjanji akan berkahwin dan sebagainya.

“Cara yang terbaik untuk menghindari masalah ini ialah mengelak daripada mengadakan hubungan seks.

“Bagaimana caranya kita menjawab soalan apabila diajak mengadakan hubungan seks oleh pasangan kita itu amat penting.

“Seharusnya kita berbincang dan berkomunikasi dengan pasangan kita,’’ katanya.

Dr. Nur Azurah turut menasihati agar remaja tidak tertipu dengan ayat yang selalu dilafazkan oleh pasangan terutamanya remaja lelaki iaitu ‘jika awak mencintai saya, awak perlu mengadakan hubungan seks dengan saya’.

“Ibu bapa merupakan individu dan saluran yang terbaik untuk remaja berbincang tentang masalah yang dialami termasuk masalah seks. Anda boleh bertanya dan bercerita secara baik dengan mereka.

“Ingat, anda boleh mendapat STD dan mengandung dengan melakukan seks.

“Air mani yang tertumpah berdekatan atau masuk ke dalam faraj memberi peluang untuk anda mengandung atau mendapat STD.

“Jangan sekali-kali mencuba seks sebelum berkahwin kerana ia boleh memberi impak yang negatif dalam hidup anda,’’ jelasnya.

Pendek kata, berfikir dahulu sebelum melakukan seks sebelum berkahwin dan fikirkan masa depan anda yang masih panjang lagi.

11 thoughts on “Risiko seks sebelum kahwin

  1. saya telah melakukan seks sebelum kawin dan teman wanita saya sudah sebulan belum datang period. Ini sangat menakutkan saya. Kepada kawan2 diluar sana tolong jangan lakukan seks sebelum nikah kerana ia boleh mengelapkan masa depan kita.

  2. ya…seks sebelum kahwin,seharusnya dielakkan…seks itu adalah sesuatu yang indah anugerah Tuhan,namun ianya adalh untuk pasangan suami isteri..banyak kesan seks sebelum kahwin ini…kehidupan anda selepas melakukannya tidak akan senang,anda akan sentiasa tertekan kerana rasa bersalah dan takut…apabila anda sudah terlanjur..anda akan susah untuk kembali…ini disebabkan anda tidak dapat meminta bantuan orang luar kerana perasaan malu…saya pernah melaluinya dan saya amat menyesalinya…

  3. walaupun anda terdengar akan pelbagtai tips untuk mengelak kehamilan..namun perasaan bersalah dan takut itu sentiasa anda..itu emnunjukan anda masih ada peluang untuk berubah..mintala bantuan daripada pihak yang lebih dewasa..atau nasihat kaunseling…berhentila sebelum anda menyesal…jgn sesekali melakukannya,kerana anda pasti menyesalinya..

  4. erm btol3 2.xbek bt seks sblm kwen.risiko tngi,dosa pl sntiasa ada kt blkg mgejar bayang kita.maw idup senang pn xble…benda 2 akan mburukkn keadn kita,diri kita sndri.renung2kn la dan fikir2kn la semua e2 sblum melakuknnya……………..

  5. salam…. Sya nk tanya.. Macam mana kalau air mani saya masih melekat pada tangan saya.. lepas 2 sya terus mengosok kemaluan teman wanita saya… Adakah itu boleh menyebabkan kehamilan.. Tolong jawab soalan ni… Pelasss

  6. dah terlanjur tau pulak menyesal. berdosala, apelah, masa depan gelap lah, kalo anak dah kluar tu pandai pulak kata bebanan. masa mula-mula nak masuk punai ke dalam konek tak pulak ingat dosa, rasa sedap lah, licin lah. Dey…. dah buat, tanggung le… apa nak disesalkan. Ada rahmat disebalik semua tu, segala kesusahan & bebanan tu, terima je. Tuhan maha pengasih & takkan melupakan umatNya.. melainkan u buang bayi & tak mengku salah & paling penting, tak sembahyang tahlil untuk bayi yg meninggal tu, bersedialah azabmu di api yang tak terpadam.
    @Amirul: Lap-laplah taNgan tu sebelum gosok konek tu.. pakailah
    pelincir Durex. Beli je kat farmasi. lepas tu esok meminang. tup-tup bunting kelambu mcm Fasha Sandha.

Tinggalkan Jawapan kepada bro Batal balasan