Petua Rasulullah Membina Keluarga Bahagia

Banyak lagi sunnah Rasulullah saw yang boleh dilakukan oleh suami isteri. Antaranya pasangan suami isteri digalakkan mandi bersama- sama. Untuk menambahkan kemesraan maka salinglah memandikan.Begitu juga isteri yangberada dalam keadaan lemah seperti dalam pantang selepas bersalin alangkah bahagianya jika dapat dimandikan oleh suami. Walaupun perkara ini ringan tetapi ia perlu diwujudkan supaya kasih sayang berkekalan.

Dari Aisyah ra,”Aku berulangkali mandi bersama Rasulullah dari satu bajana. Tidak lebih daripada aku menuangkan air tiga kali tuang di atas kepala aku.”Selain mandi bersama, suami isteri juga digalakkan membersihkan diri bersama2 termasuklah mencukur bulu ari2, menggunting misai dan memotong kuku bersama2.

Membelai antara satu sama lain

Setelah beberapa tahun berada di alam perkahwinan jarang suami isteri yang suka pandang memandang. Sedangkan sebelum berkahwin dahulu pandang memandanglah yang menambat rasa cinta mereka. Rasulullah saw bersabda:

“Sesungguhnya seorang lelaki jika melihat kepada isterinya dan isterinya juga membalas pandang kepadanya, maka ALLAH telah melihat mereka berdua dengan pandangan rahmat. Jika seorang lelaki memegang tapak tangan isterinya, maka gugurlah semua dosa mereka berdua dari celah2 jari mereka berdua” (Riwayat Tarmizi) Suap-menyuap juga membawa kesan romantis jika dipraktikkan dalam hubungan suami isteri.Namun semuanya ini makin dilupakan bila jejak ke alam rumahtangga. Perkara2 yang tidak bersalahan dengan syarak tidak salah diamalkan jika ia membawa kebahgiaan. Antara lain yang boleh dilakukan bersama oelh suami isteri – menyikat rambut suami atau isteri. Dari Aisyah ra berkata “Pernah aku menyikat rambut Rasulullah saw.” Ucapan manja, lemah lembut diiringi dengan ciuman. Sabda Rasulullah saw:”Hendaklah ia mendahului dengan lemah lembut dengan kata-kata dan ciuman.”

Bersukan

Bersukan juga elok dilakukan bersama2 keluarga. Islam amat menganjurkan umatnya supaya bersukan. Rasulullah saw sendiri pernah berlumba lari dengan Aisyah. Jika tidak mampu melakukannya diluar rumah, cukuplah melakukan senaman ringan di dalam rumah untuk beberapa minit.

Itu sudah memadai sebagai ubat untuk melegakan ketegangan dalam rumahtangga. Fikiran yang cergas berpunca dari badan yang sihat.Terlalu banyak ibadah yang boleh dilakukan bersama oleh suami isteri. Contohilah rumahtangga Rasulullah saw. Sesungguhnya apa yang iamalkan oleh Rasulullah saw dalam rumahtangganya itu merupakan jaminan kebahagiaan.

2 Responses to Petua Rasulullah Membina Keluarga Bahagia

  1. Hendrie berkata:

    Bisa kah manusia sekarang berbuat seperti yang rasul telah ajarkan

  2. excellent issues altogether, you simply gained a logo new reader.

    What could you recommend about your publish that you made some days in the past?

    Any sure?

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 343 other followers

%d bloggers like this: