Terjebak cinta isteri / suami orang

Ogos 9, 2010

Kisah wanita belum berkahwin `bermain api’ atau bercinta dengan suami orang agak biasa didengar dan sudah banyak diperkatakan. Bagaimanapun, kisah lelaki bercinta dengan isteri orang sama ada tua, muda atau yang sudah berkahwin dan duda, masih jarang menjadi bahan cerita secara terbuka.

Jika ada sekalipun, lazimnya wanita atau isteri orang itu yang akan dipersalahkan atau dituduh tidak pandai menjaga maruah dan mengawal nafsu sehingga terjebak gelora `cinta terlarang’. Barangkali, inilah harga diri harus dibayar bagi wanita bergelar isteri apabila membiarkan diri hanyut dalam keadaan seperti itu.

Persoalannya, mengapakah lelaki walaupun tahu wanita itu sudah berkahwin masih memburu kasih dan sayang daripada wanita itu. Siapa yang buru siapa?

Perunding Klinikal Psikologi Perkahwinan dan Terapi Seksologi Keluarga, Datuk Dr Mat Saat Baki, berkata membicarakan fenomena lelaki bercinta dengan isteri orang, beberapa perkara perlu dikaji terlebih dulu. Antaranya, termasuk siapa lelaki itu, status perkahwinan, kedudukan, status kewangan dan perhubungan perkahwinan serta usianya.

Beliau berkata, berdasarkan status perkahwinan, ia merangkumi mengetahui sama ada lelaki itu masih bujang, berkahwin atau duda.

“Lelaki bujang minat bercinta dengan isteri orang kerana kurang tanggungjawab. Jika ada krisis, wanita atau kekasihnya itu boleh balik ke pangkuan suaminya. Bagi lelaki bujang, biasanya perhubungan seperti itu hanya untuk keuntungannya. Malah, perhubungan cinta seperti itu jika disusuli hubungan seksual, jarang sekali ada niat untuk berkahwin. Jika adapun hanya segelintir kecil,” katanya.

Dr Mat Saat berkata, bagi lelaki berkahwin pula ia adalah untuk memenuhi kekosongan dalam perhubungan dengan isterinya yang tidak dapat memenuhi keperluannya dari segi fizikal, mental dan sebagainya. Jadi, lelaki berkenaan berharap kekasihnya yang sudah berkahwin itu dapat memenuhi kehendak dan berdamping dengannya.

“Di sini, lelaki itu ada dua harapan. Satu, menaruh harapan agar kekasih atau isteri orang itu meminta cerai dan membolehkannya berkahwin. Kedua, berharap isteri sekarang dapat menerima kekasihnya itu. Bagaimanapun biasanya, kedua-dua harapan itu hancur berkecai,” katanya.

Lelaki duda pula, dalam keadaan sunyi dan memerlukan seseorang. Lelaki berkenaan lazimnya mengharapkan dengan berkasih isteri orang yang ada pengalaman berumahtangga, ia dapat mengisi kesunyian. Selain itu, berharap dapat peluang menjalin hubungan seksual kerana realitinya beliau tiada lagi pasangan dan wanita itu boleh memenuhi keperluan itu.

“Sama ada melakukan hubungan seksual boleh atau tidak, itu bukan isu. Jika dianggap isu mereka tidak akan melakukannya,” katanya.

Soal kedudukan pula lelaki mungkin lebih tinggi, sama taraf dan lebih rendah daripada wanita itu. Jika lelaki ada kedudukan dan berpangkat, wanita yang sudah bergelar isteri itu mungkin berharap apabila menjalinkan cinta, kedudukan lelaki itu dapat `berjangkit’ kepadanya.

Bagi wanita dan lelaki berkedudukan sama taraf, perhubungan terlarang yang wujud lazimnya berbentuk kebebasan melakukan perkara sama masing-masing sukai. Misalnya, sama-sama minat menonton cerita cinta dan sebagainya. Perhubungan seperti itu lebih untuk mengisi kekosongan dan menghiburkan diri sendiri.

“Tetapi lelaki rendah kedudukan, untuk wanita yang sudah berkahwin lelaki seperti itu sebagai alat permainan atau toy saja. Inilah dinamakan konsep `toy boy’ atau jadi budak suruhan. Wanita masih `in charge’ dan lelaki berkenaan hanya mainan saja. Apapun, lelaki golongan ini tidak kisah asalkan dapat upah dan tajaan yang dijanjikan. Paling penting, semua dia dapat sama ada keperluan material mahupun seksual,” kata Dr Mat Saat.

Beliau berkata, perkara ini sama juga dengan soal status kewangan. Bagi wanita yang dilimpahi kemewahan harta dan wang ringgit, istilah `sugar mummy’ wujud apabila menjalinkan hubungan dengan lelaki lain. Wanita `sugar mummy’ itu biasanya berumur awal 40-an, manakala lelaki awal 24 tahun atau sebelum 30-an.

Katanya, hubungan terjalin itu hanya untuk kepuasan, malah dengan kedudukan dan kemewahan dimiliki wanita terbabit tidak kisah berhabis duit untuk lelaki berkenaan.

“Wanita itu lebih suka memilih lelaki bujang kerana baginya, boleh `tendang’ bila-bila masa dia hendak. Paling penting, lelaki itu mesti layan dirinya – apabila dipanggil mesti datang dan penuhi kepuasannya. Bagi wanita itu, jika suami boleh buat aku pun boleh buat.

“Bagi lelaki itu pula, ada yang memang mencari sasaran dan peluang sedemikian. Tua tidak mengapa, asalkan ada ganjaran. Malah, ada lelaki golongan itu yang `pasang’ atau melayan lebih daripada satu wanita pada satu masa. Kebanyakan wanita pula sedar, lelaki itu ada partner lain tetapi juga tidak kisah,” katanya.

Dalam sesetengah kes, suami turut tahu perbuatan isteri tetapi tidak bertindak. Suami bukan tidak berani bertindak tetapi akan berfikir untuk berbuat demikian kerana pertama, memikirkan kerugian bakal ditanggung, contohnya kebanyakan harta atas nama isteri.

Dr Mat Saat berkata, hakikatnya lelaki bercinta dengan isteri orang memang terjadi dalam gaya hidup aliran masa kini dan ia terjadi sebab kebebasan individu.

“Kepuasan diri adalah lebih penting. Pegangannya, jika kau tidak dapat memberi kepuasan kepada aku ada orang yang sanggup dan rela. Apa salahnya? Dari segi hukum, haram tetap haram dan zina tetap zina. Hukum halal haram bukan tidak difikirkan tetapi tidak dianggap penting sebab agama menentukan apa yang kita tidak boleh buat dan sebaliknya, tetapi tidak menghalang apa yang kita hendak buat.

“Jika faham konsep agama itu, barulah difahami mengapa keadaan seumpama itu terjadi dalam masyarakat hari ini. Perkara ini berlaku bukan kerana pengaruh filem, sosial dan pemberontakan diri tetapi kebebasan individu iaitu `aku berhak menentukan kehidupan sendiri’. Ia juga proses evolusi dan normal pada individu. Hakikatnya, kita lupa siapa kita. Jika kita sedar, konsep kita ini milik Tuhan, dan bukan hak individu saja, kita akan berfikir untuk tidak berbuat demikian,” katanya.

Dr Mat Saat menasihatkan, wanita sudah berkahwin yang terjebak dengan hubungan seperti itu, seharusnya mencari penyelesaian kemelut dihadapi dengan suami. Perkara pertama yang dilakukannya ialah `membersihkan’ ikatan perkahwinan sedia ada. Seandainya, perceraian lebih baik ia wajar dilakukan daripada terus bergelumang melakukan perkara tidak elok.

Katanya, apa yang membimbangkan ialah nasib wanita itu sendiri, selepas diceraikan lelaki atau kekasihnya enggan menerimanya. Bak kata pepatah, `sudah jatuh, ditimpa tangga’.

Beliau turut menegaskan, sama ada wanita belum berkahwin menjalin hubungan dengan suami orang atau wanita bergelar isteri, bermain cinta dengan lelaki lain, kesalahan tetap nampak menjurus kepada wanita. Itu tidak mustahil berlaku kerana dalam hubungan perkahwinan, wanita atau isteri yang biasanya menderita maka sebab itulah perundangan perlu membela wanita.

INFO

Risiko wanita bergelar isteri menjalinkan hubungan lelaki lain:

* Menambah porak peranda dalam rumah tangga

* Maruah diri dan keluarga tercemar

* Perceraian

* Anak mengalami trauma

* Perebutan harta dan anak apabila bercerai

Pendekatan yang boleh membantu masalah dihadapi:

* Mencari punca yang menyebabkan tercetusnya hubungan dan pergolakan antara suami dan isteri

* Mendekatkan diri dengan roh keagamaan

* Mendapatkan khidmat nasihat kaunseling

* Mengadakan perbincangan keluarga

Pasangan Curang


Salahkah bercinta dengan suami orang?

Disember 30, 2008

Saya gadis berusia 25 dan empat tahun menjalin hubungan cinta dengan suami orang. Dia baik, bertanggungjawab dan penyayang. Mengenalinya adalah anugerah terindah daripada Tuhan untuk saya.

Dia berusia 38 dan ini bermakna perbezaan usia kami 13 tahun. Namun itu bukan penghalang kami bercinta. Selama setahun, percintaan kami penuh rahsia tanpa pengetahuan isterinya dan keluarga saya, tapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya hubungan kami dihidu isterinya.

Pada mulanya si isteri nasihatkan saya supaya tinggalkan suaminya tapi saya dan suaminya bertekad tidak akan berpisah. Melihat keadaan itu, ditambah lagi dengan hubungan kami yang langsung tak terganggu dengan nasihat dan ugutannya, dia memberitahu keluarga saya.

Sejak itu bermula kisah sedih dalam keluarga saya, terutama emak saya, kerana selama ini saya memperkenalkan teman lelaki itu sebagai duda. Bila tahu perkara sebenar, emak marah dan kecewa kerana dia hendak sangat saya berkahwin.

Apabila mengetahui teman lelaki saya suami orang, emak melarang saya meneruskan hubungan tapi saya teruskan juga atas dasar cinta yang mendalam. Sejak itu hubungan saya dan emak renggang.

Sepanjang dua tahun lalu, keadaan itu berlarutan manakala saya dan teman lelaki semakin hari semakin rapat. Akhirnya, isteri teman lelaki saya mengalah dan membenarkan saya berkahwin dengan suaminya.

Bagaimanapun, dia yang ketika ini hamil meminta kami menunggu sehingga dia selamat melahirkan anak pada hujung tahun ini sebelum bersetuju menandatangani surat kebenaran poligami.

Emak yang sudah tidak kuasa dengan kedegilan saya turut memberi kebenaran saya berkahwin dengan teman lelaki tapi memberitahu selepas berkahwin, hubungan saya dengan keluarga akan putus.

Kata emak lagi, saya hanya akan dinikahkan di masjid dan berwalikan adik saya kerana abah tidak suka pilihan saya. Saya berusaha memujuk emak supaya memberi peluang pada saya merasakan kemeriahan perkahwinan seperti orang lain, memandangkan saya akan dibuang keluarga selepas itu.

Kebelakangan ini emak seakan-akan boleh menerima pujukan saya, tapi masih belum ada kata putus lagi. Kini, saya dalam ketakutan dan dilema.

Saya takut jika isteri teman lelaki saya tidak memberi kebenaran poligami sebagaimana dijanjikannya dan saya sedih bila mengenangkan bila bergelar isteri kelak saya akan dibuang keluarga.

Ini semua disebabkan saya mencintai suami orang. Sering saya tertanya-tanya, besar sangat ke dosa saya apabila dengan rela hati menerima jodoh Tuhan ini? Berdosakah saya berkahwin dengan suami orang, sedangkan Islam membenarkannya?

Apa harus saya lakukan sekarang, Dang Setia? Saya tak tahu bagaimana keadaan saya hujung tahun ini. Adakah saya akan berkahwin dengan meriah dan direstui keluarga atau terpaksa ke Indonesia untuk berkahwin lari kerana suami saya gagal dapat kebenaran daripada isterinya?

Untuk makluman, saya sudah tiga kali dikecewakan lelaki, jadi saya tak sanggup lagi kehilangan kasih sayang untuk sekian kalinya.

NOR

————

Nampaknya, saudari sudah membulatkan tekad untuk tetap memilih teman lelaki saudara dan rela dibuang keluarga demi cinta mendalam kepada teman lelaki. Jadi, hakikatnya tidak banyak yang dapat Dang Setia lakukan untuk membantu saudari.

Maksudnya, jika saudari bertanya Dang Setia siapa yang patut saudari pilih antara ibu bapa dan keluarga dengan teman lelaki saudari yang juga suami orang, secara ikhlas Dang Setia lebih cenderung menasihatkan saudari memilih keluarga.

Ini kerana, bagi Dang Setia, kekasih boleh dicari dan ditukar ganti tapi ibu dan keluarga, merekalah satu-satunya yang kita ada di dunia dan sama sekali tidak boleh ditukar ganti. Biar seburuk manapun sikap ibu bapa dan anggota keluarga kita, mereka tetap darah daging kita dan hubungan dengan mereka tidak boleh kita putuskan.

Namun, apabila saudari bertekad memilih kekasih berbanding keluarga, apa lagi yang boleh Dang Setia katakan melainkan menasihati saudara supaya bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan yang bakal timbul dan jangan menyesal dengan pilihan yang saudari buat.

Pada masa sama, Dang Setia tidak menganggap saudari melakukan kesalahan kerana memilih untuk berkahwin dengan suami orang kerana Islam membenarkannya dan tindakan itu bukan satu dosa.

Hakikatnya, ibu saudari yang sebenarnya bersalah kerana mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Islam dan tergamak menyingkir saudari kerana jodoh pilihan saudari.

Bagaimanapun, sebagaimana Dang Setia nyatakan di awal tadi, seburuk manapun sikap ibu kita atau sebesar manapun kesilapannya, ibu kita tetap ibu kita.

Sebagai anak, kita sepatutnya beralah dan mencari cara yang terbaik untuk menggembirakannya dan memastikan setiap tindakan kita mendapat restunya.

Lagipun, Dang Setia yakin ibu saudari sebenarnya berpendapat apa yang dilakukannya adalah untuk kebaikan saudari, cuma caranya keterlaluan. Ibu mana tidak sayangkan anak. Baginya, dia tidak mahu saudari susah di kemudian hari.

Biarpun poligami dihalalkan Islam, sering individu yang mengamalkan poligami gagal mengecap kebahagiaan atau nikmat berpoligami disebabkan kelemahan mereka sendiri, baik di pihak suami atau di kalangan isteri.

Ini kerana kebanyakan umat Islam hari ini ini hanya tahu nak berpoligami tapi tidak tahu atau tidak mengikut kaedah dan peraturan sebenar untuk berpoligami sebagaimana dilakukan Rasulullah SAW. Jadi, ibu saudari tidak mahu anaknya menjadi mangsa kegagalan poligami akibat kelemahan manusia ini.

Justeru, apabila ibu saudari bersikap keras hati, Dang Setia sebagai orang luar yang tiada saluran untuk berhubung dengannya, tiada apa yang mampu Dang Setia lakukan untuk mengubah sikapnya.

~ Kolum Dang Setia

———-


Rahsia Doa Pengasih. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Rahsia Kecurangan Pasangan. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Kamasutra Bergambar Melayu, sila klik sini


Pancutkan Isteri Anda. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Bercinta Dengan Suami Orang

Mac 19, 2007

SAYA wanita berumur 27 tahun dan ada kekasih bernama A yang berkahwin tiga tahun lalu. Ketika hubungan kami bermula, dia masih bujang. Hubungan kami sangat rapat seperti suami isteri dan kami banyak kali terlanjur, walaupun belum bernikah.

Kami juga pernah tinggal bersama selama enam bulan sebelum dia berkahwin dan akhirnya keluar dari rumah itu dengan alasan ibunya memintanya tinggal bersama. Namun rupa-rupanya dia berkahwin dengan teman wanitanya yang dia kenali sebelum saya.

Saya sungguh sedih tapi masih meneruskan hubungan, biarpun dia sudah berkahwin.

Kami juga melakukan ‘aktiviti’ seperti biasa kerana saya terlalu menyintainya. Kami pernah terfikir untuk berkahwin di negara jiran kerana ibu dan isterinya tidak merestui hubungan kami.

Bagaimanapun, niat itu terhalang kerana saya tidak sampai hati untuk melukakan hati ibu bapa saya. Apapun, A berjanji akan berusaha memujuk ibu dan isterinya untuk membenarkan kami berkahwin.

Malangnya, sampai sekarang saya tidak nampak usaha yang diambilnya. Hampir dua tahun saya menunggu, tapi masih tidak mendapat jawapan yang meyakinkan. Biarpun tahu kekasih saya banyak melukakan perasaan saya, saya masih tetap menyayanginya.

Kadangkala saya terasa seperti dipergunakan oleh A dan saya tidak tahu kenapa susah sangat untuk saya melupakannya.

Walhal sebelum ni saya pernah putus kasih dengan orang lain, tetapi saya mampu melupakannya.

Hubungan kami renggang selepas dia berkahwin. Kami jarang berjumpa dan berhubungan melalui telefon. Kalau berjumpa pun, dia curi-curi keluar rumah.

Ini membuatkan diri saya terasa sunyi dan kosong lalu saya berkenalan dengan lelaki bernama M. Dia juga suami orang dan saya kini rapat dengannya. Kami selalu meluangkan masa bersama. Jika nak dibandingkan dengan kekasih saya, M benar-benar menyayangi dan mengambil berat mengenai saya.

Dia menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan saya, walaupun mengetahui kisah hidup saya. Ini kerana hubungan dengan isterinya tidak bahagia. Malah, dia pernah menyatakan hasrat memperisterikan saya kepada ibu bapa saya.

Orang tua saya tiada halangan, asalkan dia mendapat keizinan isterinya. M juga memutuskan untuk mengambil saya sebagai isterinya, walaupun terpaksa kehilangan isteri sekarang.

Masalahnya, perasaan saya sekarang lebih kepada A kerana hidup saya terasa kosong tanpanya. Saya tidak boleh melupakannya.

Saya ingin memutuskan hubungan dengannya, namun tidak berdaya. Setiap kali berjumpa, hati saya jadi lembut dan tak berdaya nak menolak permintaannya.

Dia pernah menyuruh saya kahwin dulu dengan lelaki lain dan pada masa sama kami boleh berhubungan secara diam-diam.

Namun, saya tidak sanggup menduakan bakal suami saya. Kini, M masih menunggu jawapan saya. Dia meminta saya membuat pilihan kerana tahu saya masih berhubungan dengan A. Jalan mana satukah yang patut saya pilih?

WANITA BINGUNG

—————————————-

Adakah Dang Setia akan menasihatkan saudari supaya terus menjalin hubungan dengan A? Pasti tidak dan saudari tahu kenapa. Tidak lain tidak bukan ia kerana sudah terang A bukan lelaki baik.

Sebenarnya saudari tahu hakikat itu, tapi seolah-olah cuba mengetepikannya. Puncanya kerana pandangan dan hati saudari dibutakan oleh cinta. Inilah masalahnya apabila terlalu mabuk cinta hingga tidak tahu mana betul dan yang mana salah.

Dang Setia berani mengatakan saudari mabuk cinta sehingga mata dan hati menjadi buta berdasarkan petikan kenyataan saudari iaitu:

“Biarpun dia sudah berkahwin, kami masih melakukan ‘aktiviti’ seperti biasa kerana saya terlalu menyintainya.” Saudari juga menyatakan: “Biarpun tahu A banyak melukakan perasaan saya, saya masih tetap menyayanginya.”

Seterusnya, supaya saudari dapat melihat semula keburukan sikap A, ada baiknya Dang Setia nyatakan serba sedikit di sini, juga berdasarkan cerita saudari.

Antaranya, terus menerus berzina dengan saudari sehingga bertahun lamanya, membohongi saudari, masih berzina dengan saudari biarpun sudah beristeri dan paling teruk, menyuruh saudari kahwin dulu dengan lelaki lain tapi pada masa sama ingin terus menjalin hubungan secara diam-diam.

Dang Setia tidak tahu apa istimewanya A pada pandangan saudari atau apakah ‘ubat guna-guna’ dikenakan hingga saudari menjadi begitu hilang arah sama sekali.

Apapun, biar sehebat mana sekali pun A, sedarilah bahawa kita orang Islam yang hidup di dunia ini untuk sementara saja. Ajal boleh menjemput kita pada bila-bila masa saja dan tatkala di alam barzakh, seterusnya di alam akhirat, segala perbuatan kita di dunia akan diberi pembalasan.

Jika baik perbuatan kita di dunia, baik jugalah pembalasan yang bakal kita terima, tapi jika buruk kelakuan kita di dunia, masya-Allah, sesungguhnya pembalasan atau azab Allah kelak terlalu perit untuk kita tanggung.

Pada ketika itu kelak, segala cinta agung saudari kepada A tidak akan membawa makna untuk saudari melepaskan diri daripada azab Allah, malah menjadi penyesalan yang tidak berkesudahan.

Satu kelemahan kita manusia ialah seolah-olah tidak meyakini janji Allah ini, sedangkan ia benar dan pasti berlaku. Ini fakta dan hakikat. Ia bukan cerita dongengan.

Hanya kerana kita tidak nampak apa yang akan berlaku, jangan kita terlalu mudah menidak atau melupakannya.

Jika saudari ingin tahu lebih lanjut mengenai pembalasan yang bakal kita terima di akhirat, rajin-rajinlah membaca buku agama atau tafsiran al-Quran yang menceritakan mengenainya.

Pasti, jantung saudari akan berdegup kencang, bulu roma meremang di tengkuk selepas berasa betapa hinanya diri kita yang menzalimi diri kerana mengingkari perintah Allah.

Justeru, Dang Setia menasihatkan saudari supaya kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat dan terlajak lebih jauh. Manfaatkanlah sepenuhnya sedikit keinsafan yang Allah suntik ke dalam sanubari saudari untuk kembali semula ke jalan-Nya.

Ada kemungkinan kemunculan M dalam hidup saudari adalah jalan keluar yang ditunjukkan Allah. Jadi, ia tidak harus saudari sia-siakan. Bagi Dang Setia, berkahwin dengannya adalah langkah terbaik.

Jika pun keadaan tidak mengizinkan saudari berkahwin dengan M, carilah mana-mana lelaki lain yang sesuai kerana hanya perkahwinan mampu mengelakkan saudari daripada terus bergelumang dengan maksiat. Yang nyata, cukup-cukuplah menjalin hubungan dengan A.


Rahsia Kecurangan Pasangan. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Doa Pengasih
Rahsia Doa Pengasih. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 351 other followers