Sejenak

SEJENAK KE ALAM RUMAHTANGGA

Kata pujangga
perempuan bagaikan angin
lembutnya melenakan
ributnya menggusarkan.

Adakalanya mereka seperti ibu
menyaji kasih, menghidang sayang
adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanjakan
adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahuannya.

Namun,
teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.

( i )

Psst….
Tiba-tiba isteri merajuk
pandai-pandailah memujuk
buka telinga, tajamkan pendengaran,amati suaranya
teliti dengan hati yang terseni
rasional atau emosi ?
andainya emosi, belailah emosi itu
jangan cuba dihadapkan secara rasional
kerana sidia tak akan terdaya
mengunyah hujah,berilah walau seribu sebab
lengkap dengan perangkaan statistik
atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit
dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.

Dalam situasi ini
fikiran telah ditawan perasaan
sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa
jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.

Masih gagal ?
cuba gunakan sentuhan
semarakkan belaian.

Masih gagal juga ?
Tunggu saja rajuknya reda
emosi isteri
bagai riak-riak air dalam cawan
jangan digoncang…… buat selamba
lambat laun, gelombang akan tenang
air dicawan akan kita minum jua.

Tapi awas…..
kalau ternyata, rajuknya berfakta
masamnya berdata, geramnya berilmiah
marahnya ada prima facie
ini rajuk taraf tinggi namanya
perlu ditangani berhati-hati
kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima
mengaku lalu berjanji serta berikrar
” Sayang abang tak ulang lagi “
katakan ” Sayang….abang alpa “
bisikkan ” Darling.. I lupa..”
hulurkan tangan, pinta kemaafan
pendekatan kasanova, tapi hati suci

Rajuk isteri seperti mangga muda
perisanya masam
tetapi…
kalau kena cicahnya
enaknya akan terasa.
ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

( ii )

Arghh…
tiba-tiba isteri merungut
malah kadangkala agak mengugut
minta aksesori serta perabut
minta Villa yang tersergam indah
atau mahligai di lereng bukit
sedangkan kita bukan Shah Jehan
yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
tetapi isteri pula, persis Nur Jehan
yang meminta petanda keagungan cintanya
Katanya ” Seabadi permata….
segermelapan intan ” …
sedangkan ditangan kita
cuma cincin tembaga.

Aduh…
peritnya mengukur cinta
dalam ukuran mayam atau menimbang setia
menerusi Bursa Saham papan utama
kasih isteri, turun naik
mengikut kadar tukaran wang asing.

Tiada guna menyesali diri
diakan dulu pilihan kita ?
semasa mekarnya
dia dihargai, dipuja-puji
dia kini sudah menjadi ibu
pada anak-anak kita
sudah takdir…
permata yang dipilih
perlu digilap semula.

Namun
putus asa jangan sekali
terimalah dia, dengan redha.
justeru isteri
pada hakikatnya
adalah bayang-bayang suami
wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan
berkeras
lembut tapi jangan reput.

Katakan RM bukan segala-galanya
lalu pada saat yang kudus
setelah bersolat bersama
bisikkanlah ” Duhai isteriku…
marilah kita bina perkahwinan ini
dengan cinta yang sejati
marilah kita kutip rezeki
dengan keringat tersuci
kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
padamu isteri,istanamu, di hati ini
padamu sayang
kalung cintamu, di jiwa ini.”

( iii )

Puuuh…
Akan tiba masanya bila ‘isteri’ di hati tapi kurang di
mata
usia meningkat kecantikan tergugat
dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus
betis, tidak lagi bunting padi
pipi, bukan lagi pauh dilayang
apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ?
jika berkurang, nyatalah cinta kita
selama ini cinta di mata bertapak di body
tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah
ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi.
itulah cinta sejati.

Namun tidak salah
di samping menyanjung budi,
kita merampingkan ‘body’
kalau ada kesempatan
ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat
tapi ingat niat kerana Tuhan
bukan kerana ingin kuruskan badan
tapi Tuhan Maha Penyayang
Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami
tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan
kecergasan
sama-samalah merampinkan badan
yang terlebih dikurangkan
jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh
apa gunanya  membandingkan isteri dengan perawan.

Bukan masanya lagi merenung dara
tapi kini saat menghitung dosa
lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti
moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia
di dunia ini dan di akhirat nanti
itulah yang dikatakan
hidup berdua, ‘selepas’ mati pun bersama.

( iv )

Uhhh….
Kekadang isteri mengamuk
dengan ombak prasangka dan taufan cemburu

Apa bukti setiamu suami ?
Apakah tandanya hanya aku di hatimu ?
kekadang disergahnya kita
ketika keringat masih membasah
baru menjengah pintu rumah.

Ketika itu nilailah diri
mungkin kita berdosa dengan Tuhan
atau bersalah dengan insan
mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan
yang telah kita lakukan

Lalu datang teguran, amaran dan peringatan
secara ‘indirect’ dari Tuhan
hadapkanlah diri ke cermin hati
kaji diri satu persatu
kalau liar, berhentilah
kalau berdosa, bertaubatlah

Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
nasihatkanlah baik-baik
bukan senang nak senang
ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat pahala Nabi Ayub
atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :

” Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak
membantu kita. Dia yang menyelamatkan kita daripada
amukan nafsu.
Dia yang membantu menjaga makan minum kita.
Dia yang mencuci kain baju kita
Dia yang membantu membersihkan rumah kita…
lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit
kerenahnya ? “

( v )

Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada
segenggam api.
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah
perpisahan.
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini
walaupun sudah berdekad-dekad usianya.

Institusi ini adalah kubu terakhir kita.
Marilah kita pertahankan bersama si dia.
si diaku, si diamu
cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber,
biar setia kita makin waja.
Biarlah skrin-skrin internet atau inranet memaparkan
yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.

Bicara ini diakhiri dengan satu coretan
yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir
isteri
atau kad ulang tahun perkahwinan
atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya…

Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu
pada malam nanti :

Aku hanya seorang suami
yang menerima setulus hati
seorang isteri.
Janji yang termeterai
di akad nikah kita musim yang lalu.
Salam kuhulur
buat menyapa hatimu nan luhur.
Bersamalah kita harungi
derita yang datang.
Bersatulah kita tempuhi
nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan
pasti dihujani air mata.
Biar kita rasa: rupanya syurga itu
sangat tinggi maharnya.

Isteri…
tidak kutagih setia, sesetia Hawa.
Atau kerinduan menggila Laila
yang sangat dalam.
Terimalah kehadiranku
di sudut tersuci di dalam hatimu…..
seorang isteri.

~ Author Unknown

—————————–


Rahsia Doa Pengasih. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Ebook Seni Ciuman
Seni Ciuman, sila klik sini


Pasangan Curang?, sila klik sini


Rahsia Buat Isteri Terpancut Ketika Asmara. Nak tau, sila klik sini

Kamasutera Melayu
Kamasutra Bergambar Melayu, sila klik sini


Rahsia Malam Pertama. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Pancutkan Suami. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Tip Menghairahkan Isteri. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Panduan Senang Hamil. Nak tau, sila klik sini.

48 Responses to Sejenak

  1. =ain= berkata:

    nice poem !!! ^_^

  2. nasis berkata:

    EXCELLENT poem!!!
    Isteri…hargailah suami,bahagia krn menjd milik dia.
    Suami…terima dia seikhlasnya sbg amanah Allah Taala.

  3. duh Jungjunan berkata:

    oh sungguh terharu saya membacanya :)

  4. Arissa berkata:

    jadilah sahabat karib kepada suami / isteri anda..
    seseorang insan itu perlu menyayangi n disayangi…

  5. aryana berkata:

    bukan senang nk cari suami cam tu berlakon punya suami ramaila depan isteri pijak semut tak mati..belakanag isteri dialah ” super hero..”

  6. putra al- fateh berkata:

    yer sy sokong aryana…bijak2..hehehe..

  7. aliff berkata:

    http://reunionunic.wordpress.com site hangat sekarang masuk sblm ramai pihak serbu dari agensi tertentu (Hot)

  8. Julaiha berkata:

    sejuk hati isteri andainya penulis memang jiwa dan hatinya bak puisinya. Terasa sebak hamba menatapnya, terlalu indah!

  9. Leen berkata:

    Sebak membaca puisi nie.. Semoga suami saya juga dlm golongan suami dlm puisi ini… Amin…

  10. silentiIsSerenity berkata:

    smg dirku ini diterima seadanya aku..

  11. azitamusa berkata:

    aduh… tenangnya bila baca

  12. silentiIsSerenity berkata:

    sejuk hati…tenang..sbb ia salah satu impian kehidupan..dan ketenangan itu mnjadi sgt indah jk ketika kita baca sambil membayangkan psgan kita…

    tp lepas abis baca sedih la plak…mcm takkan dapat je cam tuh

  13. azitamusa berkata:

    kah kah kah
    Tergelak la pulok
    Silent, tak salah membayangkan at least u are using ur minda bawah sedar. Dan ia merupakan salah satu doa. Secara tak langsung Insya Allah… Allah mendengarnya

  14. ayu berkata:

    indah la plak..rasa2 dapat suami yang mcm ni boleh aman dunia dan akhirat..

  15. zaida berkata:

    sume isteri mengharap dapat suami macam gambaran puisi tu..tapi isteri2 jgn mengharap hanya y terbaik datang dari suami,tapi diri sendiri tidak memberikan y terbaik..tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang meminta..

  16. udin berkata:

    Inilah nada dan irama yang semua suami atau isteri ingin cipta. mudah di gambarkan tapi sukar dicapai. mampukah kita lakukan untuk suami atau isteri kita. tepu dada tanya iman.

  17. udin berkata:

    Para suami atau isteri,

    Nilai diri kita kemana hala tuju kita. Kita mencorakkan segala-galanya. Bercinta bagai nak rak, dah kahwin ada nak jangan pulak keluarga berselerak (bercerai berai).

    Anda berhak mempertaruhkan nyawa untuk isteri? atau suami? Jadilah suami atau isteri yang mulia dimata anak-anak, masyarakat, keluarga dan agama.

  18. siti berkata:

    byk nasihat sy dpt

  19. Nana berkata:

    Smoga setiap insan memperoleh kebahagiaan…

  20. NORAA. berkata:

    JILAT BATANG ZAKAR LAGI SEDAPS.. TAK YAH MINTA ITU,MINTA INI SEKS ALL THE TIME..

  21. remy berkata:

    itu aja ingat

  22. leepat berkata:

    noraa i sokong u

  23. cempaka berkata:

    perh… best betoi poem ni.. teharu sggh aku, tp spt fantasi lak.. if reality best gak,huhu

  24. torey berkata:

    la ni raya dah tak bes lah. ya lah walau pun bukan macam zaman kita anak2 tapi tak meriah. yang ketara budaya hantar kad ucapan. la ni dah ramai guna sms emel.
    dulu tunggu posmen lalu dpn rumah. bdebar dgn pnuh hrapan utk balasan kad yg tlhdi
    kirim. dpt kad baca ulang2 siap gantung kad dinding. smua tu tinggal kenangan,
    apa pendapat anda saudara dan rakan2. patut kah budaya ini dihidup
    kan smula.

  25. kebayan berkata:

    memang banyak perbezaannya .. raya zaman dulu dulu lagi seronok .. mungkin juga masa tu kita masih budak budak lagi .. tiap tiap rumah pasang pelita dan panjut .. la ni dah tak ada apa .. kasihan budak sekarang terutama yang tinggal di bandar .. tak merasa adventure bermain meriam buluh dan kelapa .. gamatnya satu kampung ..Terkenang aku zaman itu .. sayunya hati ..

  26. ek ele berkata:

    sedih den…ingat lagi tahun2 70an…di mana raya nak tiba…malam2 main mercun…
    budak2 lagi masa tu….tak heran dulu mak bapak takde takut anak kene culik….

    pasang pelita tu mesti…letak atas tiang pagar….sekarang pelita ada pasang kat shopping complex aje…itu pun pakai mentol….

    dulu…bagai nak gila tunggu hari raya nak pakai baju baru…budak sekarang tak heran
    dia…selalu sangat dapat baju baru….

    rumah mak aku..bukan main banyak tingkap…tiap raya ingat lagi nak tukar langsir raya……gi rumah sebelah dia org kacau dodol…dua kawah…gi sebelah lak bakar lemang…..

  27. torey berkata:

    ha ah budaya hantar juadah bebuka tiap rumah jiran. mak buat kueh 1 jnis ,nak bbuka
    macam anika kueh tersaji. balasan dari tetangga dan jiran . bes kan.

    beli ais batu (ketul) utk bbuka. tiap ptg pegi bli . meleleh melejeh menitik air spanjang jalan. kan. naik kecut kebas tangan bawa air btu.

    la ni kueh masing2 bli kat bazar , smua ada dan segera.untung kan. ..ya lah tapi kita rugi tak dapt mesra dan erat kan ikatan dan smangat kejiranan .

    budak2 lani tak faham dan tak kesah raya . pakai baju melayu lepas pi majid ,duduk rumah tengok tv.tengok wayang pi cyber cafe,

    sedih sedih kan . ya lah zaman dah brubah.

  28. kasih berkata:

    salam..wah sajak yang terpanjang yang pernah saya baca..
    walau bagaimanapun..tahniah..menarik dan cantik. bermakna dan puitis…

    saya suka..dan ingin kutip. ma kasih..izinkan ya..

  29. Suhaila binti ismail berkata:

    TERHARU RASANYA..

  30. Siti Maisharah bt Ab.Rahim berkata:

    ei u nie suhaila yg duk kat perupok yea…kalau x silaplaa
    lama xdgr khabar

  31. narong berkata:

    nak suami yang baik… jadi la yang baik cam bini2 rasul tu… nak suami je baik… dia serupa itu gak… hahaha

  32. seri berkata:

    t’haru bc sajak nie..
    syahdu dan puitis..
    mengenangkn nasib seri..
    rasa nk nangis lak..
    x pernah merasai spt pe yg dgambarkn dlm sajak t’sbut..
    merajukpn..
    x pnah sekalipn kena pujuk..
    kalo hb wat slh..
    nk minta maaf..
    jauh sekali..

  33. edin berkata:

    entah dunia sekarang ini aku pun tak tahu apa nak jadi…..

  34. pjah berkata:

    saya nak jemput saudara/saudari untuk join sistem affiliate saya.www.jombinabadan.com
    kami menjual produk digital panduan untuk membina otot badan.
    kesudian anda amat saya alu-alukan.

  35. dina berkata:

    wa…shahdunya puitis ni…indah sungguh tutur bicaranya..semoga dapat diadaptasikan dlm hidup kita..

  36. hazar berkata:

    assalamualaikum, syabas kepada penulis puisi ini..emm harap2 dapat lah hasilkan puisi banyak2 ya hehe best ler puisi ble kongsi rahsia buat puisi yang baik ke??

  37. Ainul berkata:

    memang best puisi ni !!

  38. adi berkata:

    meremang tengkuk

  39. batakman berkata:

    inum kopi O pun leh teda gastrik

  40. snakeman berkata:

    aku boroi sojak bini monopause..tak kasie maen..nok kawein lain dio tak kasie..tapi ration taka bagi..mungkin lomak menampal khet perut..aku taok tau lah…lagie satu hal kalo olang ado gastric ..agin kentut bertakung itu sobab dio boroi.. lagie 1 sobab dio punyo perut ado injuries..diaseases…wallahuallam

  41. you’ve a very nice blog in it all article! do you want to make a number of invite posts on my sites?

  42. Permata Baiduri berkata:

    I was very pleased to find this website. I wanted to thank you for your time for this excellent post!!

  43. isu semasa berkata:

    This is the best web blog I have read.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 343 other followers

%d bloggers like this: