Cetusan

Buat Suami Dan Bakal Menjadi Suami

Pernikahan ataupun perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setakwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah …….

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,
Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya…

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana miliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh…..

~Author Unknown~


Panduan Cari Duit Kahwin, sila klik sini.


Kamasutra Bergambar Melayu, sila klik sini


Petua Seks Hebat, sila klik sini.


Rahsia Kamar Suami Isteri. Keterangan lanjut, sila klik sini.

seks2u_468x60_2
Produk Keintiman. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Melambatkan Pancutan. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Puaskan Batin Isteri Anda. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Panduan Merancang Majlis Perkahwinan. Nak tau, sila klik sini.


Rahsia Tarikh Kelahiran. Nak tau, sila klik sini.

40 Respons bagi “Cetusan”

  1. duh Jungjunan Berkata:

    subhanallah terimakasih…sungguh indah sekali :)

  2. shima Berkata:

    kata-kata yang menginsafkan dan menyedarkan ………………………thanx ya!

  3. HARLINA Berkata:

    wahai para suami… bimbinglah isteri dengan sebaik2nya…
    wahai isteri…. jadilah isteri yang solehah. semoga jodoh kekal ke syurga.

  4. joned07 Berkata:

    ambiik kat mane ni?

  5. ibnuabbas Berkata:

    i copy artikel dr blog u tak pe kan? jgn marah ye

  6. ayu86 Berkata:

    wahai suami…..jgnlah disiksa hati,perasaan isteri mu walaupun dikau masih berdarah muda, isterimu perlu perhatian serta kasih sayang yang sepenuhnya darimu, fahamilah wahai suami……………………..

  7. jelita Berkata:

    saya nak buat kad kawin masukkan boleh kata kata ni?

  8. Nur Syahira Bt Mohd Taib Berkata:

    kenapa smua lelaki kena menyeksakan perempuan??? tidak layak ke perempuan hidup bahagia disamping orang tang tersayang???

  9. ZAWATI ZABRI Berkata:

    Sy sbgai seorg prmpuan amat mnghargai jika sorg suami myanyi isterinya.tiada apa yg paling indah bg istri melainkan ksh syng dr suaminya…biapun harta mlmph ruah,kecantikan yg smepurna,namun hnya satu yg paling bhgia iaitu cinta seorg suami.alngkh indahnya jika sy juga akan mndapt nikmat itu.sy slalu berangan dan berdoa moga kehebatn cnta sperti itu akn sy rasainya suatu hari nanti..alngkah bhgianya menjalani hdp yg bhgai bersama org yg menyayngi kita kan?..aku ingin menjadi istri yg solehah…kerana syurga bg istri adalah dwah tapak kaki suaminya dismping melakukan ibadt kepada Allh…moga semua ini menjadi knyataan suatu hari nanti….

  10. rafiz Berkata:

    kata- kata yang indah dan memberi ingatan kepada para suami serta isteri

    untuk memahami kemanisan iman ,perlukan pengorbanan

    untuk merasai kebahagiaan ,perlukan kesabaran dan kejujuran

  11. azie Berkata:

    sbgi seorg istri kita patut memahami suami dr segi apa jua sklpun… bila kta mnyuruh suami mmbntu n mmbrthu ssuatu,,,kta jgnlah mengulangi prntah trsbt coz bg suami skali dgr sudah memadai…….

  12. dilla Berkata:

    Subhanallah……………….

  13. azml Berkata:

    No komen indah sungguh ………………….

  14. alya Berkata:

    indah sggh kata2 2….. smga rumahtangga insan akhir zaman berkekalan….

  15. Noor Rosilawati Binti Taib Berkata:

    Bagaimana kah cara saya untuk mendaftar ke Yayasan TAFF?Saya telah berkahwin hampir 8 tahun pada Jun 2008.Pernah membuat rawatan di hospital ,laparaskopi,saya mempunyai masalah salur falopio dan endometriosis.telah buat rawatan HSG dan pembedahan kecil….Saya berusia 32 tahun..

  16. gee Berkata:

    Indah sungguh ….

  17. giornale Berkata:

    :)

  18. nor hidayah muhamad Berkata:

    semoga nukilan yang dibuat dpt menjadi pedoman kpd mereka yg akan @telah mendirikn masjid

  19. Tok Berkata:

    memang indah… amin

  20. Mamat Berkata:

    Macam lagu nasyid jer bunyi jer. Lagu kumpulan inteam

  21. is78 Berkata:

    alhamduliillah skranya cetusan ini bisa di dgr oleh si suami/bakal suami..yang malangnya semua menjadi begitu indah dan asyik permulaan tapi….sudah nya lain yang jadi..inilah nasib diri seorang wanita..apa pun syabas dan taniah diatas cetusan rasa saudara kita..

  22. akma Berkata:

    aku sebagai bakal isteri…tersentuh ngn kata2 ni…apatah lagi bakal suamiku megharapkan kesempurnaan seorang isteri atas kegagalan rumah tangganya yg terdahulu…harap2 kata2 ni sekurang-kurangnya buat bakal suami ku tahu aku bukan lah sempurna….

  23. acik Berkata:

    aku dh kirim ayat ni kat bakal suami aku…lelaki biasalah ego…tapi alhamdulillah…sebenarnya dia dapat terima kata2 ni…n skang dia mencuba tok memahami aku sebagai wanita biasa…tq…..sumbangngan anda x sia2….

  24. Abg Boroi Berkata:

    Setiap insan baik isteri atau suami mahukan kesempurnaan daripada pasangan masing-masing. Kita harus akui hakikat tiada insan yang sempurna sesempurna Nabi Muhammad (s.a.w). Tapi kita harus berusaha ke arah itu untuk melahirkan keluarga bahagia. Akui kelemahan diri sendiri dan terima kekurangan diri pasangan. Inyaallah kita akan bahagia…………

  25. parit selikur Berkata:

    sabar dan redha dalam meniti alam perkahwinan… sabar dan redha itu dituntut dari suami/isteri. moga aku dapat menjadi suami yang baik

  26. remy Berkata:

    shahdu sungguh shahdu

  27. remy Berkata:

    suami yang baik di dorong dan di pengaruh oleh isteri yang baik. sama membimbing menuju kesejahteraan. sebab tak semesti suami tu betul selalu

  28. ek ele Berkata:

    betul remy….pemimpin yang baik perlu kan team player yang baik….baru bleh menuju puncak

  29. suami akhir zaman Berkata:

    lepas aku baca ni…aku rasa macam-macam:
    1. isteri aku degil, tak tutup aurat, tak hebat buat kerja rumah..rupa2nya dia isteri akhir zaman…
    2. Walaupun aku nak kan yang terbaik macam apa yang Allah nak..rupenya aku ni suami akhir zaman…

    Ya Allah bahagiakanlah rumah tanggaku demi anak ku yang masih kecil..Jauhkan lah kami dari perceraian yang pasti menghancurkan hati anak ku yang masih kecil. kalian aku memohon doa dari kalian supaya rumah tanggaku akan setenang dan sedamai seperti yang kalian inginkan…khas untuk anak ayah nafisa..

  30. Hawa Berkata:

    Aku ini bakal isteri akhir zaman. Moga bakal suamiku yg juga suami akhir zaman dpt mengerti keidaksempurnaan diri aku. Moga cinta dan sayangnya pdku berkekalan.Moga dia tidak berubah menjadi seseorg yg aku tak kenali. Kerana aku menyayangi dirinya yg baik hati, penyabar dan penyayang. Aku takut utk melihat dirinya yg lain. Tetapkanlah hatiku untuk terus menyayangi dan merindui dirinya. Moga rs cinta akan berputik hanya untuk bakal suamiku…..

  31. kebayan Berkata:

    hawa .. cinta manusia boleh berubah bila bila masa .Kadang kadang cinta suami maseh menebal .. cinta kita pula yang akan menghakis ..Cinta ini kita akan tahu kesejatiannya bila berbagai dugaan yang datang .Cinta suami boleh diduga bila kejelitaan isterinya mula pudar .. manakala cinta isteri pula boleh diduga bila suami tiba tiba sakit dan hilang punca pencariannya .. itu belum masuk bab cinta beralih arah .. apa yang pasti jangan meletakkan harga cinta itu terlalu tinggi ..

  32. zorro Berkata:

    pasangan dan jodoh itu kerja tuhan, terima seadanya dan jalankan tugas yg diberi..

  33. zue Berkata:

    syahdu lagi indah kata2nya.

  34. ayu Berkata:

    indahnya kata2,puitisnya madah
    harapan agar dijadikan contoh buat semua…..

  35. aku Berkata:

    aku barangkali suami contoh menjadi tauladan – akhir zaman ..isteriku pula hidup zaman kehadapan..aku memendam kegelisahan dgn tangisan malam..

  36. lun Berkata:

    kata2 yg puitis…pasangan kita adalah anugerah yang terbaik dari Allah…buat suami ku yg tercinta semoga kau dpt meminpin diriku dan anak2 kita melangkah kesyurga Allah …Amin

  37. istri_notty Berkata:

    alhamdulillah…
    alhamdulillah…kalau punye dan dapat suami yang sungguh2 sempurna.

    Buat aku…
    bile istri hidup didalam zaman kehadapan…cuba lah…tarik tangannye kembali untuk menoleh kebelakang dan mengutip sisa-sisa kehidupan yang tertinggal….
    suamiku…tidak pernah menarik tangan ku kebelakang…malahan..istri yang kedepan inilah yang sentiasa menoleh dan menarik tangan suami kehadapan…istri_notty jugak memendam kegelisahan dengan tangisan malam yang tidak akan lenyap…selagi tiada tangan yang memimpin…

  38. qaseh Berkata:

    emmmm syahdu…..

  39. hai369in Berkata:

    YA ALLAH YA TUHANKU..TERSENTUH DGN NUKILAN TERSEBUT..MBUATKAN HATIKU TIDAK TAHAN UNTUK MENGELUARKAN AIR MTA..SUDAH LMA TDAK MDGR UNGKAPAN INI..LAU DPT KU KIRIMKN KPD SUAMIKU YG TLH MELUKAKAN ATI N PRASAANKU KAN AMAT2 BGUS..BIAR DPT MENYEDARKAN ATINYA YG EGO TU…

  40. addy jagat Berkata:

    BUAT SEMUA PEMBACA DAN PENULIS NUKILAN; saya pun hanya seorang insan yang serba kekurangan lemah di sisi allah hidup ini umpama angin lalu jika tidak dinikmati ia akan berlalu begitu saja tanpa ada maknanya WALAU SEINDAH MANA KATA2 KALAU TIDAK DI LAKUKAN DENGAN BAIK TIDAK AKAN MEMBAWA SEBARANG MAKNA KEPADA SIAPA JUA IBARAT MASAKAN SESEDAP APA MASAKAN ITU KALAU HANYA DI HIDANGKAN TANPA DI MAKAN TIDAK AKAN ADA NIKMATNYA MASAKAN ITU; BAGIKU ;PERKAHWINAN ITU IBARAT PERANGKAP TIKUS KEPADA SESIAPA YANG BELUM BERSEDIA UNTUK BERKAHWIN MESTILAH SIAP SEDIA DALAM BENTUK APA JUA …APA YANG KU SEBUT DENGAN PERANGKAP TIKUS TADI IALAH; LIHAT LAH TIKUS PASANGLAH PERANGKAP LETAK LAH UMPAN YANG PALING SEDAP MAKA TIKUS ITU AKAN MASUK KEDALAM PERANGKAP DENGAN HARAPAN UNTUK MEMAKAN UMPAN TERSEBUT TETAPI SETELAH IA MASUK DAN PERANGKAP TERTUTUP APA YANG TERJADI SI TIKUS TIDAK AKAN MEMAKAN UMPAN TERSEBUT KERANA DIA AKAN BERUSAHA UNTUK KELUAR DARI PERANGKAP ITU; DAN JANGANLAH KITA JADI SEPERTI TIKUS ITU HAYATI DAN PAHAMI DULU SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK MENEMPUH ALAM PERKAHWINAN; ALAM PERKAHWINAN ADALAH PERMULAAN MENENTUKAN SYURGA DAN NERAKA INILAH TEMPAT KAUM ADAM MENGUJI KEPIMPINAN MEREKA KEMANA ARAH MEREKA MEMIMPIN ISTERI DAN ANAK2 MEREKA BERANILAH MENGAMBIL KEPUTUSAN BERANILAH MENYALAHKAN DIRI SENDIRI JANGAN SUKA MENYALAHKAN ORANG LAIN CARILAH KEBURUKAN SENDIRI JANGAN MENCARI KEBURUKAN ORANG LAIN ……WASSALAM……

Tinggalkan jawapan