Tip elak leteran isteri

Januari 21, 2013

Suami yang mempunyai isteri yang kuat berleter perlu tahu pendekatan untuk menjaga suasana agar kedua-dua pihak tidak semakin panas. Adakalanya isteri kuat berleter kerana sikap suami yang mengambil mudah setiap perkara. Isteri juga berleter kerana mahukan perhatian dan tindakan dari suami.

Berikut antara tip elak leteran isteri:

Pendekatan diplomatik dan tolak ansur.
Andai isteri sedang berleter, usah hangatkan lagi emosi si dia. Salah seorang harus mengalah dan jika anda tidak mahu leteran isteri berlarutan, apa salahnya mengalah.

Beri penjelasan. Berdiam diri bukan penyelesaian terbaik bagi mengurangkan leteran isteri. Sebaliknya, lebih baik anda berterus terang dan berikan penjelasan yang boleh menyenangkan hatinya.

Jangan main api. Apabila isteri sudah berleter, anda pula jangan membakar perasaannya untuk berkeras dan bergaduh. Gunakan pendekatan terbaik memperbaiki komunikasi dan menjaga hatinya.

Renung diri. Memang lelaki kuat egonya. Namun tidak salah mengurangkan rasa ego dengan menilai kembali sikap diri sendiri. Anda mungkin pemalas dan tidak mengambil berat hingga menjadi punca isteri berleter.

Bantu isteri. Tidak jatuh standard dan maruah sebagai lelaki jika saling membantu isteri menguruskan rumah tangga. Jika Isnin hingga Jumaat isteri memasak, apa kata hujung minggu anda pula ke dapur?

Duduk berbincang. Kurang komunikasi antara sebab masalah berleter semakin genting. Mungkin ada baiknya jika suami isteri duduk berbincang empat mata bagi menyelidik masalah sebenar.

Hangatkan hubungan anda kembali. Cuba cari jalan penyelesaian. Anda boleh membuat rancangan untuk pergi bercuti agar hubungan yang dingin itu dapat dipulihkan kembali.

Jangan mencari salah. Jika mahu berdamai, berhentikan tabiat suka mencari salah orang. Ini termasuk berleter, menegur, mengkritik dan menasihati pihak satu lagi.

Mencari salah tidak mungkin membawa penyelesaian. Kajian mendapati, wanita cenderung menuduh suami mereka bersalah apabila berlaku masalah dalam hubungan perkahwinan.

Senyum semula. Menerusi senyuman ia boleh mencairkan hati pasangan. Anda juga boleh cuba bergurau senda seperti sewaktu di awal percintaan dulu agar mood isteri kembali baik.

Harap suami dapat mengerti pengorbanan si isteri dan dapat memujuk isteri yang kuat berleter agar kurang leterannya!


Tip perkahwinan: Belailah pasangan anda

November 25, 2011

Amalkan sikap membelai pasangan

Perkahwinan adalah manifestasi cinta antara pasangan kekasih. Namun ironinya cinta di alam rumahtangga bukan sandaran yang kukuh untuk satu hubungan yang kekal hingga ke hujung nyawa.

Ia menagih begitu banyak pengorbanan, pengertian serta yang paling utama ialah kejujuran.

Dalam usaha memberi kefahaman itu kepada pasangan suami isteri seharusnya sikap kerjasama dan tolak ansur adalah penting dalam melayari hubungan rumah tangga.

Selain aspek kasih sayang, tanggungjawab, kewangan dan hubungan seksual juga mempengaruhi kebahagiaan hidup rumah tangga

“Setiap perhubungan mesti ada kerjasama, baru hidup berkekalan.

”Malah sikap terbuka dalam hubungan termasuk seks amat penting untuk mengekalkan hubungan.”

Demikian menurut Perunding Psikologi dan Klinikal dan ahli fakulti Northwestern University Feinberg School of Medicine, Amerika Syarikat, Dr. Huang Wei Jen semasa memberi ceramah mengenai keintiman dan kebahagiaan pasangan dalam melayari rumahtangga.

Katanya, masalah intim dapat dilihat menerusi pelbagai aspek. Ia mungkin di sebabkan oleh masalah psikologi, rohaniah dan kebatinan serta tindak balas fizikal yang membuatkan kita memerlukan hubungan intim dalam perhubungan.

Jelasnya, intim di sini bukan bermaksud melakukan hubungan seksual, tetapi cara berinteraksi dan tindak balas dalam sesebuah perhubungan.

”Yang paling utama kita sebagai pasangan perlulah berkongsi hidup sama ada dari segi intelektual, sosial, emosional, kerohanian dan kebatinan serta fizikal.

Begitu juga dalam memenuhi kehendak seksual, suami harus memainkan peranan dalam memastikan hubungan itu saling memberi kepuasan bagi kedua-dua pihak.

“Jadi, dalam mendapatkan kenikmatan itu, suami isteri harus bersama-sama bertanggungjawab memberi kepuasan,” katanya.

Menurut Wei Jen, seks merupakan salah satu kehendak manusia yang perlu bagi tujuan murni iaitu meneruskan kesinambungan zuriat dan untuk pasangan menikmati hubungan manis dalam satu ikatan yang sah.

”Namun jangan jadikan seks segala-galanya dalam perkahwinan semata-mata tetapi suami harus memberi keutamaan dalam perkara yang lain dalam meneruskan bahtera tersebut.

Bercerita tentang tanggungjawab, suami sebenarnya mempunyai kuasa yang cukup besar, tidak semata-mata memberi nafkah batin, tetapi sebagai ketua atau pemimpin dalam sebuah keluarga.

Tanggungjawab kepimpinan dalam sebuah rumahtangga ada kaitan dengan pemberian nafkah batin dan zahir, sifat kekuatan jasmaniah, azam, keberanian, kesabaran dan berpandangan jauh dalam sebuah rumahtangga.

Katanya yang berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang psikologi klinikal, dalam melayari sebuah rumah tangga, pasangan digalakkan supaya sentiasa menjalin hubungan mesra, saling faham memahami dan sentiasa berbincang antara satu sama lain.

Lebih menarik, dalam meneruskan hubungan, sikap membelai-belai antara satu sama lain perlu diamalkan dalam hubungan suami isteri.

Malah pasangan juga digalakkan untuk berterus terang mengenai semua perkara.

”Sememangnya kita tidak mahu badai besar merempuh rumah tangga kita, oleh itu hanya melalui sikap berterus terang dan bersemuka adalah cara yang paling tepat.

”Berterus teranglah dengan pasangan kita, malah jadikan pasangan kita sebagai kawan karib kita yang boleh berkongsi suka dan duka yang berlaku pada diri kita.

”Apa jua krisis yang dihadapi, harungilah sebagai satu unit dan bukan secara individu,” katanya.

Malah akuinya lagi, buatlah keputusan bersama dalam meneruskan bahtera perkahwinan.

Tambah Wei Jen, prinsip ini pernah memberi impak yang tinggi dalam rumahtangganya sendiri.

Komitmen yang mempersetujui sesuatu keputusan akan memaksa pasangan untuk bercerita secara mendalam dengan pasangan.

Namun jelasnya, ketidakupayaan suami isteri berkomunikasi secara efektif adalah punca menyebabkan timbul pelbagai masalah seperti buruk sangka di antara satu sama lain.

”Oleh itu, kurangkan sikap sering bergaduh, saling tidak mempercayai dan salah sangka antara pasangan,” ujarnya.

“Sebenarnya komunikasi antara suami isteri merupakan satu proses yang bermula dari dalam diri individu itu sendiri.

“Melalui komunikasi, suami isteri boleh menyampaikan segala maklumat terpendam, impian, hasrat dan harapan.

”Malah dengan cara ini, ia akan mengurangkan perasaan salah sangka dan dendam yang boleh menghancurkan hati.

”Komunikasi berkesan akan melahirkan rasa intim antara suami isteri dan perasaan ini boleh mencetuskan rasa bahagia,” tambahnya.

Jelasnya, hanya melalui perkongsiaan bersama, ia mampu menyelesaikan permasalahan.

”Cuba amalkan sebelum tidur, bercerita dan berkongsi dengan pasangan mengenai kejadian yang berlaku pada diri anda hari ini.

”Pastinya ada komen dan juga pandangan antara satu sama lain, malah ia juga boleh menghangatkan lagi perhubungan tersebut,” akhiri ceramahnya pada hari itu.


Carilah Cinta Yang Hilang

Jun 6, 2011

Carilah cinta kita yang hilang. Insya-Allah kita temui semula cinta itu di tempat, pada suasana dan pada masa ketika kita mula-mula menemuinya dulu. Bukankah kita bertemu kerana Allah? Bukankah yang menyatukan kita kalimah-Nya? Bukankah tempat termaktubnya lafaz akad dan nikah di rumah Allah?

“Kembalilah ke sana. Carilah kekuatan itu semula. Tidak ada manusia yang terlalu gagah untuk hidup tanpa-Nya. Dan tidak ada hati yang paling waja hingga mampu bertahan terhadap dunia tanpa cinta. Renungilah mata isteri atau suamimu, carilah cinta itu di situ. Masih ada? Atau sudah tiada? Dan kemudian genggam erat tangannya. Marilah kita cari semula cinta yang hilang itu bersama-sama.” Begitulah petikan bahasa cinta daripada karangan ustaz Pahrol Mohamad Juoi berjudul Cinta Yang Hilang…

Meskipun barangkali mudah untuk berkata-kata bagi memujuk hati insan yang lara, hanya mereka yang melalui alam rumah tangga tahu pahit manis hidup bersuami isteri.

Apapun, ungkapan cinta curahan rasa ustaz Pahrol itu boleh direnung dan difikirkan. Hati yang tidak memiliki cinta akan layu dan mati. Pun begitu, sukarnya untuk mencari cinta sejati yang boleh dibawa sehingga ke mati.

Doa Pengasih
Rahsia Doa Pengasih. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Rahsia Kecurangan Pasangan. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Cinta Suram Hangatkan Kembali

Februari 20, 2011

Segelintir pasangan mungkin lupa untuk membangkitkan rasa cinta yang sudah lama pudar apabila sudah bertahun-tahun mendirikan kebahagiaan.

Ada pula pasangan yang sudah lama mendirikan mahligai, tetapi sering tampil seolah-olah baru saja berkahwin.

Menghargai pasangan sama ada isteri atau suami tidak semestinya memerlukan hadiah yang besar untuk menzahirkan kasih sayang. Cukup sekadar kata-kata manis atau sentiasa senyum biarpun diuji dengan kerenah pasangan yang sering membuat anda makan hati.

Cinta

Berikut petua yang mungkin boleh dijadikan renungan pasangan untuk mengeratkan bahtera perkahwinan. Semoga panduan itu mampu menjadi titik mula yang baru buat anda berdua.

* Duduk bersendirian dan kosongkan fikiran. Cuba kenang semula perasaan pertama dan istimewa yang anda alami ketika awal percintaan dengan pasangan.

Jangan pula terkenangkan bekas kekasih yang sudah tidak memberi sebarang makna. Sekiranya anda masih mengenangnya, bermakna anda cuba mencari masalah.

* Wujudkan perasaan yang sama terutama jika kini anda berada bersama pasangan. Cuba renungkan orang yang sentiasa di hati sehingga si dia rasa pelik dan kurang selesa. Bercakap dengan pasangan dengan penuh romantis dan bisikkan selalu yang anda amat menyenanginya.

Sekiranya pasangan sibuk dan ketika dihubungi dia tidak angkat telefon, tinggalkan pesanan romantik di pesanan suara telefon.

Tidak pun, ambil kertas tulislah sesuatu yang romantik untuknya. Pasti dia akan terkejut dan bangga.

* Carilah masa untuk anda dan pasangan berdua-duaan. Ketika itu jangan bawa anak atau rakan untuk menemani.

Apabila berdua-duaan, ia memudahkan perasaan berkasih sayang antara anda dan pasangan.

Untuk pasangan yang ada anak kecil, jangan jadikan ia sebagai alasan kerana. Minta bantuan pengasuh untuk menjaga anak beberapa jam saja.

Mulakan dengan mengajak pasangan membeli barangan rumah dan laksanakan teknik secara semula jadi. Pasangan anda mungkin tertanya-tanya tetapi apa yang penting, anda berdua bahagia.

* Buat kejutan sekali sekala tetapi jangan buat kejutan negatif yang boleh memudaratkan.

Mungkin anda boleh membeli hadiah kecil tetapi ringkas dan menarik. Jika pasangan tidak tahu menghargai dan masih merungut, biarkan saja dan terus mengkaji isi hati pasangan yang boleh membuatkan dia tersentuh hati dengan penghargaan anda.

Niat yang baik selalunya akan berjaya juga akhirnya.

* Latih diri dan perasaan untuk memandang perkara yang baik mengenai pasangan terutama perkara yang membuatkan anda jatuh cinta padanya buat pertama kali dulu.

Sekurang-kurangnya, cari tiga hingga lima perkara baik pasangan. Kemudian, cuba wujudkan perasaan bangga kerana menjadi suami atau isteri buat pasangan yang istimewa itu. Itu antara cara yang membuatkan anda dan pasangan sentiasa saling menghargai.

Apabila berbual dengan rakan atau saudara mara, selitkan puji-pujian buat pasangan. Jika ada yang memuji pasangan, anda harus menyokong dan mengakui kebenarannya. Ini membuatkan anda lebih sayangkan pasangan dan menyebabkan orang luar memandang tinggi dengan perhubungan anda.

* Tidur dan bangun pagi antara saat paling bermakna dalam hidup masing-masing apatah lagi mereka yang sudah berumah tangga.

Akhiri hari anda dengan ciuman dan peluk pasangan anda sebelum tidur sambil memaafkan segala kesilapan yang dilakukan sebelum ini.

Apabila mula melayari alam rumah tangga, tunjukkan kasih sayang dengan kata-kata yang menghargai pasangan.

Ramai yang terlepas pandang perkara ini namun cuba amalkan, anda tentu rasa bahagia dan lega.


7 Tip elak leteran isteri

Ogos 13, 2010

Bagaimana mengelak dileteri isteri. Ada caranya:

wife husband fight

1. Pendekatan diplomatik
Andai isteri sedang berleter, anda guna pendekatan diplomatik untuk tidak menghangatkan lagi emosi si dia.

2. Beri penjelasan

Berdiam diri bukanlah penyelesaian terbaik bagi mengurangkan leteran isteri. Sebaliknya adalah lebih baik anda berterus terang dan memberikan penjelasan yang boleh menyenangkan hati isteri.

3. Jangan main api
Apabila isteri sudah berleter, anda pula janganlah membakar perasaannya untuk berkeras dan bergaduh. Gunakan pendekatan terbaik memperbaiki komunikasi dan menjaga hatinya.

4. Renung diri
Memang lelaki kuat egonya. Namun, tidak salah mengurangkan rasa ego dengan menilai kembali sikap diri sendiri. Anda mungkin bersikap pemalas dan tidak mengambil berat hingga menjadi punca isteri berleter.

5. Bantu isteri

Tidak jatuh standard dan maruah anda sebagai lelaki jika saling membantu isteri menguruskan rumah tangga. Jika Isnin hingga Jumaat isteri yang memasak, apa kata hujung minggu anda pula ke dapur?

6. Duduk berbincang
Kurang komunikasi antara sebab mengapa masalah berleter menjadi semakin genting. Rasanya, mungkin ada baiknya jika suami isteri duduk berbincang antara empat mata bagi menyelidik masalah sebenar yang dihadapi.

7. Hangatkan kembali hubungan
Suami menyedari ‘sindrom’ berleter hampir tidak berlaku ketika awal percintaan, namun tahukah lelaki mengapa wanita membebel? Jawapannya ialah suami sudah kurang memberi perhatian dan terhakis sifat gentlemen.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 343 other followers