Suami-isteri tinggal berjauhan

Suami-isteri tinggal berjauhan
Suami di kutub utara manakala isteri di kutub selatan. Ayat ini bukanlah tajuk drama televisyen tempatan tetapi situasi yang banyak dialami oleh pasangan suami isteri dewasa ini yang terpaksa berjauhan atas sebab tertentu.

Mereka mungkin berjauhan disebabkan faktor tuntutan pekerjaan, isteri berpantang di kampung dan pelbagai lagi situasi. Terfikir juga di benak fikiran penulis, bagaimana agaknya pasangan suami isteri dapat hidup berjauhan walaupun kadang-kadang dalam tempoh yang singkat?

Memang tidak dinafikan dulu sewaktu bercinta mereka juga tinggal berjauhan tetapi selepas sah bergelar suami isteri, sudah pasti tinggal serumah dan melayari bahtera rumahtangga bersama-sama.

Apa agaknya yang sering dilakukan oleh si suami apabila terpaksa berseorangan di rumah tanpa kehadiran insan tersayang di sisi?

Kaum lelaki yang melalui keadaan begini sering mendapat jolokon `bujang sementara’ atau `bujang kembali’ di kalangan rakan kerana tiada siapa yang akan `mengawal’ mereka lagi di rumah.

Mungkin ada yang beranggapan lelaki yang tergolong dalam kelompok bujang sementara ini sering bertindak di luar batasan seperti keluar berfoya- foya, berlagak muda kembali dengan berhibur dan melepak tidak mengira waktu. Apatah lagi tidak perlu bimbang dengan omelan si isteri yang tiada ada di rumah untuk memantau pergerakan.

Menurut pegawai kerajaan, Mohd Yasin Alwi, 31, tidak semua golongan lelaki berperangai begitu. Perkara ini begitu subjektif dan masing-masing ada pendapat tersendiri mengapa mereka berkelakuan begitu.

“Pada pandangan saya, soal isteri tiada di rumah kerana tempoh berpantang di kampung halaman ataupun terpaksa bekerja di luar kawasan sudah menjadi kebiasaan dewasa ini.

“Walaupun saya boleh dikategorikan sebagai insan bertuah kerana tidak perlu berjauhan dengan isteri ketika dia sedang melalui tempoh berpantang, perkara ini berbalik kepada diri lelaki itu sendiri.

“Sudah menjadi lumrah, lelaki pasti keluar melepak dengan kawan-kawannya jika bosan dan kadang-kadang walaupun isteri ada di rumah, mereka tetap akan keluar meluangkan masa bersama kawan rapat, misalnya untuk menonton perlawanan bola sepak,” katanya yang berasal dari Banting, Selangor.

Mohd Yasin berkata, lelaki harus sentiasa beringat, tidak salah keluar meluangkan waktu senggang bersama rakan-rakan tetapi perlu ada batasannya walaupun sewaktu ketiadaan isteri di rumah.

Bagi Aminul Rashid Tarmidi, 28, pula ada juga suami yang suka melekat di rumah dan mengisi waktu lapangnya dengan menonton televisyen, melayari Internet dan membaca buku jika tiada apa yang hendak dilakukan ketika berseorangan di rumah.

Bak kata pepatah tepuk dada tanyalah selera, lelaki yang menjadi ketua dan pemimpin keluarga pasti boleh membuat keputusan yang dirasakan terbaik bagi dirinya.

Bagaimanapun, biarlah keputusan itu dibuat berdasarkan akal yang waras dan jangan terlalu menurut perasaan seperti mahu melepaskan geram kerana selama ini mungkin berasa `terkongkong’.

“Jika tinggal berseorangan di rumah pasti membosankan lalu ramai suami yang mengambil jalan keluar melepak dengan rakanrakan. Paling tidak pun, mereka akan isi waktu lapang itu dengan melakukan hobi kegemaran mereka.

“Sekali-sekala hidup seperti zaman bujang dulu pasti seronok juga namun janganlah sampai terleka pada tanggungjawab.

“Pada hujung minggu contohnya, luangkan masa untuk mengunjungi isteri dan anak di kampung yang sudah semestinya akan gembira dengan kunjungan anda,” katanya.

Sementara itu, peniaga, Wannorhaizal Miswan, 33, berpendapat suami harus menjaga tingkah lakunya dan perlu sentiasa ingat pada tanggungjawab yang dipikul.

Penuhi dada dengan ilmu agama agar tidak tersasar daripada landasan yang betul ketika sedang berjauhan dengan isteri. Pilih rakan yang baik agar boleh saling ingatmengingati.

Selain itu, sifat saling mempercayai perlu ada di dalam diri suami dan isteri supaya tidak timbul syak wasangka atau prejudis terhadap pasangan yang jauh daripada pandangan mata.

Menurut Mohd Taufik Amarasikin, 25, pula setiap pasangan juga harus bersikap tolak ansur dan mengamalkan komunikasi secara dua hala bagi merapatkan hubungan. Sebarang masalah seperti rasa tidak puas hati mengenai sesuatu perkara perlu dibincang dengan baik.

“Suami jangan terlalu gembira dengan kebebasan sementara yang diberi itu sebaliknya gunakan ia sebaik mungkin untuk aktiviti yang lebih sihat dan berfaedah.

“Kadang-kadang, kita tidak ada pilihan selain berjauhan kerana jika begitulah tuntutan kerja dan kehidupan. Berjauhan demi kebaikan tidak ada salahnya asalkan jangan membuat perkara yang bukan-bukan ketika pasangan tiada di sisi,” jelasnya.

Majalah Metro

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 345 other followers

%d bloggers like this: