Sifat-sifat Rasulullah SAW

Ciri-ciri kepemimpinan Rasulullah SAW

Secara ringkas, seperti yang kita tahu, banyak sifat dan akhlak Nabi Muhammad SAW yang boleh dipelajari termasuk tawaduk, pemalu, siddiq (benar), amanah (boleh dipercayai), tabligh, fatanah, tabah, syukur, pemaaf, bertakwa, beristiqamah, ikhlas, khusyuk, zuhud (hidup soleh tidak dikuasai kemewahan dan keseronokan dunia), lemah lembut dan bijaksana. Sebagai pemimpin, baginda sangat menekankan aspek integriti seperti amanah, bertanggungjawab, telus dan jujur.

Baginda mampu menyusun strategi, berani, tegas dan berprinsip. Sebenarnya bukan sekadar pemimpin negeri atau negara sahaja yang perlu mencontohi sifat-sifat Rasulullah SAW ini, sebaliknya mereka yang memimpin keluarga (ibu bapa), syarikat, persatuan dan sebagainya perlu menerapkan nilai-nilai ini dalam diri mereka. Malangnya kebanyakan umat Islam di dunia termasuk di peringkat pemimpin sudah melupakan sifat-sifat ini. Akhirnya mereka terjebak ke dalam kancah kekalutan, perpecahan, peperangan dan kecelaruan.

Hakikatnya, dunia hari ini mengagumi keperibadian baginda. Michael H. Hart di dalam bukunya The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History meletakkan Rasulullah SAW sebagai insan paling berpengaruh di dunia dalam kalangan 100 orang manusia paling berpengaruh di dalam sejarah dunia. Begitulah kehebatan Nabi Muhammad SAW. Baginda memiliki akhlak yang sangat mulia terhadap sesama manusia tanpa mengira status sosial, warna kulit dan bangsa. Baginda berbuat baik termasuk kepada orang jahat atau musuh.

Seperti kita tahu, Nabi Muhammad SAW memiliki akhlak dan sifat-sifat sangat mulia yang boleh dicontohi khususnya empat sifat iaitu siddiq, amanah, tabligh dan fatanah.

Siddiq yang membawa maksud benar merupakan sifat pertama yang wajib dimiliki para Nabi dan Rasul bagi membawa wahyu dan agamanya. Rasulullah SAW bukan hanya bercakap benar malah perbuatannya juga benar. Maknanya tidak bersifat pembohong, penipu dan sebagainya.

Sifat kedua yang perlu diberi perhatian adalah amanah yang membawa maksud boleh dipercayai. Jika sesuatu urusan diserahkan kepadanya, nescaya orang percaya bahawa urusan itu akan dilaksanakan sebaik mungkin. Oleh kerana itulah penduduk Mekah memberi gelaran kepada Nabi Muhammad SAW dengan gelaran Al-Amin yang bermaksud ‘boleh dipercayai’. Apa pun yang beliau ucapkan, dipercayai dan diyakini penduduk kerana beliau terkenal sebagai seorang yang tidak pernah berdusta. Baginda tidak mengkhianati amanah yang diberi terhadapnya. Ketika Nabi Muhammad SAW ditawarkan kerajaan, harta dan wanita oleh kaum Quraisy agar beliau meninggalkan tugas menyebarkan agama Islam, Baginda menjawab:

‘Demi Allah wahai pak cik, seandainya mereka dapat meletakkan matahari di tangan kanan ku dan bulan di tangan kiri ku agar aku meninggalkan tugas suci ku, maka aku tidak akan meninggalkannya sampai Allah memenangkan (Islam) atau aku hancur kerananya”.

Baginda juga tidak gentar dengan ugutan bunuh terhadapnya.

Sifat ketiga yang perlu diberi perhatian ialah tabligh yang bermaksud menyampaikan. Segala firman Allah SWT disampaikan oleh Baginda tanpa ada yang disembunyikan walaupun ia menyinggung diri Baginda sendiri.

Sifat keempat adalah fatanah yang bermaksud bijaksana. Dalam menyampaikan ayat al-Quran dan menjelaskan kepada kaumnya, ia memerlukan kebijaksanaan yang luar biasa. Baginda SAW harus mampu berdebat dengan orang kafir dengan sebaik-baiknya supaya mereka dapat memahami firman-firman Allah SWT.

Begitulah sifat-sifat mulia yang ada pada Nabi Muhammad SAW. Adakah dalam menjalani kehidupan seharian pada hari ini, kita memiliki sifat-sifat ini? Di tahap mana manusia dalam dunia hari ini mampu mengikut sifat-sifat ini? Berapa ramai yang jujur dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab mereka sesama umat?

Dalam suasana politik hari ini, ada dalam kalangan kita yang mengakui sebagai umat Islam yang tidak bersifat siddiq sama ada pertuturan, tindakan atau perbuatan, tidak amanah, tidak menyampaikan dan tidak bijaksana. Ada pemimpin yang hanya pandai berkata-kata. Berjanji tetapi tidak mampu menunaikannya. Mereka memungkiri janji yang dibuat sama ada secara bertulis atau lisan. Bak kata orang cakap tidak serupa bikin atau bikin tidak serupa cakap. Kita boleh melihat contoh di depan mata, siapakah yang mampu mengotakan apa yang dikata atau apabila berjanji ditepati.

Dalam menghadapi isu kalimah Allah juga, kita dapat melihat siapakah yang bercakap benar dan siapa pula sanggup ‘menipu diri sendiri’. Ada yang tidak berani bercakap mengenai kebenaran kerana kepentingan politik atau kemaruk kuasa. Mereka sanggup membiarkan orang lain merobek maruah umat Islam, melukakan hati umat Islam dan memecah belahkan perpaduan umat. Begitulah yang terjadi. Kita semakin kehilangan sifat-sifat yang ada pada Muhammad SAW. Wahai Rasulullah, seperti sabdamu, apakah umat Islam kini umpama buih di lautan?

Oleh Hassan Mohd Noor

Dipetik dari Sejenak merenung sifat-sifat Rasulullah SAW menjelang Maulidur Rasul
Utusan Malaysia

"Kenali Nabi Muhammad ﷺ, agar besok Insya...

“Kenali Nabi Muhammad ﷺ, agar besok Insya`ALLAH kita dikenal oleh Nabi Muhammad ﷺ…” (Photo credit: ukhti27)

One Response to Sifat-sifat Rasulullah SAW

  1. d.k berkata:

    Kami membawa pasangan untuk berkahwin secara sah di pejabat Majlis Agama Islam di Thailand. Pernikahan ini adalah sah mengikut hukum syarak dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Insya-Allah urusan boleh dijalankan dalam 2 hari sahaja & dokumen lengkap dapat diterima pada hari tersebut.
    Sekiranya berminat, sila hubungi :-
    DRINA DMARYA RESOURCES
    No 7 Tingkat 1, Simpang 4, Teluk Pulai (Atas Kedai Kek Bee’s)
    Tel : 03-33745230/ 013-3311606
    SILA LAYARI WEB KAMI :
    kahwinthaibest.blogspot.com
    drina1998.blogspot.com

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 343 other followers

%d bloggers like this: