Terjebak cinta isteri / suami orang

Kisah wanita belum berkahwin `bermain api’ atau bercinta dengan suami orang agak biasa didengar dan sudah banyak diperkatakan. Bagaimanapun, kisah lelaki bercinta dengan isteri orang sama ada tua, muda atau yang sudah berkahwin dan duda, masih jarang menjadi bahan cerita secara terbuka.

Jika ada sekalipun, lazimnya wanita atau isteri orang itu yang akan dipersalahkan atau dituduh tidak pandai menjaga maruah dan mengawal nafsu sehingga terjebak gelora `cinta terlarang’. Barangkali, inilah harga diri harus dibayar bagi wanita bergelar isteri apabila membiarkan diri hanyut dalam keadaan seperti itu.

Persoalannya, mengapakah lelaki walaupun tahu wanita itu sudah berkahwin masih memburu kasih dan sayang daripada wanita itu. Siapa yang buru siapa?

Perunding Klinikal Psikologi Perkahwinan dan Terapi Seksologi Keluarga, Datuk Dr Mat Saat Baki, berkata membicarakan fenomena lelaki bercinta dengan isteri orang, beberapa perkara perlu dikaji terlebih dulu. Antaranya, termasuk siapa lelaki itu, status perkahwinan, kedudukan, status kewangan dan perhubungan perkahwinan serta usianya.

Beliau berkata, berdasarkan status perkahwinan, ia merangkumi mengetahui sama ada lelaki itu masih bujang, berkahwin atau duda.

“Lelaki bujang minat bercinta dengan isteri orang kerana kurang tanggungjawab. Jika ada krisis, wanita atau kekasihnya itu boleh balik ke pangkuan suaminya. Bagi lelaki bujang, biasanya perhubungan seperti itu hanya untuk keuntungannya. Malah, perhubungan cinta seperti itu jika disusuli hubungan seksual, jarang sekali ada niat untuk berkahwin. Jika adapun hanya segelintir kecil,” katanya.

Dr Mat Saat berkata, bagi lelaki berkahwin pula ia adalah untuk memenuhi kekosongan dalam perhubungan dengan isterinya yang tidak dapat memenuhi keperluannya dari segi fizikal, mental dan sebagainya. Jadi, lelaki berkenaan berharap kekasihnya yang sudah berkahwin itu dapat memenuhi kehendak dan berdamping dengannya.

“Di sini, lelaki itu ada dua harapan. Satu, menaruh harapan agar kekasih atau isteri orang itu meminta cerai dan membolehkannya berkahwin. Kedua, berharap isteri sekarang dapat menerima kekasihnya itu. Bagaimanapun biasanya, kedua-dua harapan itu hancur berkecai,” katanya.

Lelaki duda pula, dalam keadaan sunyi dan memerlukan seseorang. Lelaki berkenaan lazimnya mengharapkan dengan berkasih isteri orang yang ada pengalaman berumahtangga, ia dapat mengisi kesunyian. Selain itu, berharap dapat peluang menjalin hubungan seksual kerana realitinya beliau tiada lagi pasangan dan wanita itu boleh memenuhi keperluan itu.

“Sama ada melakukan hubungan seksual boleh atau tidak, itu bukan isu. Jika dianggap isu mereka tidak akan melakukannya,” katanya.

Soal kedudukan pula lelaki mungkin lebih tinggi, sama taraf dan lebih rendah daripada wanita itu. Jika lelaki ada kedudukan dan berpangkat, wanita yang sudah bergelar isteri itu mungkin berharap apabila menjalinkan cinta, kedudukan lelaki itu dapat `berjangkit’ kepadanya.

Bagi wanita dan lelaki berkedudukan sama taraf, perhubungan terlarang yang wujud lazimnya berbentuk kebebasan melakukan perkara sama masing-masing sukai. Misalnya, sama-sama minat menonton cerita cinta dan sebagainya. Perhubungan seperti itu lebih untuk mengisi kekosongan dan menghiburkan diri sendiri.

“Tetapi lelaki rendah kedudukan, untuk wanita yang sudah berkahwin lelaki seperti itu sebagai alat permainan atau toy saja. Inilah dinamakan konsep `toy boy’ atau jadi budak suruhan. Wanita masih `in charge’ dan lelaki berkenaan hanya mainan saja. Apapun, lelaki golongan ini tidak kisah asalkan dapat upah dan tajaan yang dijanjikan. Paling penting, semua dia dapat sama ada keperluan material mahupun seksual,” kata Dr Mat Saat.

Beliau berkata, perkara ini sama juga dengan soal status kewangan. Bagi wanita yang dilimpahi kemewahan harta dan wang ringgit, istilah `sugar mummy’ wujud apabila menjalinkan hubungan dengan lelaki lain. Wanita `sugar mummy’ itu biasanya berumur awal 40-an, manakala lelaki awal 24 tahun atau sebelum 30-an.

Katanya, hubungan terjalin itu hanya untuk kepuasan, malah dengan kedudukan dan kemewahan dimiliki wanita terbabit tidak kisah berhabis duit untuk lelaki berkenaan.

“Wanita itu lebih suka memilih lelaki bujang kerana baginya, boleh `tendang’ bila-bila masa dia hendak. Paling penting, lelaki itu mesti layan dirinya – apabila dipanggil mesti datang dan penuhi kepuasannya. Bagi wanita itu, jika suami boleh buat aku pun boleh buat.

“Bagi lelaki itu pula, ada yang memang mencari sasaran dan peluang sedemikian. Tua tidak mengapa, asalkan ada ganjaran. Malah, ada lelaki golongan itu yang `pasang’ atau melayan lebih daripada satu wanita pada satu masa. Kebanyakan wanita pula sedar, lelaki itu ada partner lain tetapi juga tidak kisah,” katanya.

Dalam sesetengah kes, suami turut tahu perbuatan isteri tetapi tidak bertindak. Suami bukan tidak berani bertindak tetapi akan berfikir untuk berbuat demikian kerana pertama, memikirkan kerugian bakal ditanggung, contohnya kebanyakan harta atas nama isteri.

Dr Mat Saat berkata, hakikatnya lelaki bercinta dengan isteri orang memang terjadi dalam gaya hidup aliran masa kini dan ia terjadi sebab kebebasan individu.

“Kepuasan diri adalah lebih penting. Pegangannya, jika kau tidak dapat memberi kepuasan kepada aku ada orang yang sanggup dan rela. Apa salahnya? Dari segi hukum, haram tetap haram dan zina tetap zina. Hukum halal haram bukan tidak difikirkan tetapi tidak dianggap penting sebab agama menentukan apa yang kita tidak boleh buat dan sebaliknya, tetapi tidak menghalang apa yang kita hendak buat.

“Jika faham konsep agama itu, barulah difahami mengapa keadaan seumpama itu terjadi dalam masyarakat hari ini. Perkara ini berlaku bukan kerana pengaruh filem, sosial dan pemberontakan diri tetapi kebebasan individu iaitu `aku berhak menentukan kehidupan sendiri’. Ia juga proses evolusi dan normal pada individu. Hakikatnya, kita lupa siapa kita. Jika kita sedar, konsep kita ini milik Tuhan, dan bukan hak individu saja, kita akan berfikir untuk tidak berbuat demikian,” katanya.

Dr Mat Saat menasihatkan, wanita sudah berkahwin yang terjebak dengan hubungan seperti itu, seharusnya mencari penyelesaian kemelut dihadapi dengan suami. Perkara pertama yang dilakukannya ialah `membersihkan’ ikatan perkahwinan sedia ada. Seandainya, perceraian lebih baik ia wajar dilakukan daripada terus bergelumang melakukan perkara tidak elok.

Katanya, apa yang membimbangkan ialah nasib wanita itu sendiri, selepas diceraikan lelaki atau kekasihnya enggan menerimanya. Bak kata pepatah, `sudah jatuh, ditimpa tangga’.

Beliau turut menegaskan, sama ada wanita belum berkahwin menjalin hubungan dengan suami orang atau wanita bergelar isteri, bermain cinta dengan lelaki lain, kesalahan tetap nampak menjurus kepada wanita. Itu tidak mustahil berlaku kerana dalam hubungan perkahwinan, wanita atau isteri yang biasanya menderita maka sebab itulah perundangan perlu membela wanita.

INFO

Risiko wanita bergelar isteri menjalinkan hubungan lelaki lain:

* Menambah porak peranda dalam rumah tangga

* Maruah diri dan keluarga tercemar

* Perceraian

* Anak mengalami trauma

* Perebutan harta dan anak apabila bercerai

Pendekatan yang boleh membantu masalah dihadapi:

* Mencari punca yang menyebabkan tercetusnya hubungan dan pergolakan antara suami dan isteri

* Mendekatkan diri dengan roh keagamaan

* Mendapatkan khidmat nasihat kaunseling

* Mengadakan perbincangan keluarga

Pasangan Curang

64 Responses to Terjebak cinta isteri / suami orang

  1. Nas berkata:

    pmpn pun ada nafsu gak.nk BSUAMI lebih dr satu.

  2. asimo berkata:

    heheheheh

  3. serina berkata:

    mmg satu aspek yang betul2 nampak adalah soal keagamaan dalam bab ni…kalau dah tau wanita tu hak org kenapa nak dikacau…sbb perempuan bukan mcm lelaki boleh kawin ramai…mmg salah disisi agama pun…

  4. zuria berkata:

    setiap hukum hakam tue ada maksud yg tersirat.. kalau kite boleh terima baik dan buruk pasangan kita, insyallah, xtimbul isu2 mcm nie.. dah mcm trend pula.

  5. eddei berkata:

    kisah ini memang berlaku pada diri saya.
    kalau dah terjebak amat susah untuk meninggalkannya.
    Aku suami orang sedang bercinya dengan isteri orang, sudah hampir 6 tahun berkeadaan macam ni,sudah terlalu banyak terlajur.
    Nak ditinggalkan terasa sayang,terus terang aku katakan hubungan sex dengan kekasih gelap lebih seronok dengan isteri sendiri, mungkin yang haram dan secara curi-curi, itu yang jadi penyedapnya.
    Aku tak tahu apa nak jadi lagi…

    • Zoro berkata:

      Memang sedap makan curi-curi. tambahan pulak layanan isteri orang yang power dan mengcongkam. Lagipun orang punya kite boleh belasah semacam… nak try buat ape aje boleh itu yang seronok. Dengan isteri sendiri macam tak selesa nak buat yang bukan-bukan. Pantat bini orang boleh belasah dan buat experiment. Paduli ape bukan kite punya, nak henjut sampai terburai isi pantat pun pedulik ape… tak de tanggungjawab…. Itu perangai syaitan namanya. Bulan puasa ni bawak-bawaklah bertaubat. Sedap kat pantat dan batang konek tu sememtata aje…

      • mohd firdaus abdullah berkata:

        tolong jangan cakap kasar sangatla sdr zoro.hak isteri pon ada juga dan suami pon ada juga,kadang kadang sisuami ni terlalu ego sangat bab dia bole kawin 4 dan bole juga apa saja dia ingin tapi x peduli hak isteri. isteri pon manusia juga allah yg jadikan dan hukum allah utk semua bukan individu saja.kalau isteri suka pada suami orang tu bermakna sisuami xpandai jaga hati dia maka isteri terpaksa cari suami yg dia anggap selamat dan berbahagia dgan cara yg terbaik.bukan utk muaskan hawa nafsu.dia berfikir lebih selamat dan dia juga cari suami yg beragama yg bole nasihatkan siisteri denga cara yg baik supaya tidak lagi bergaduh dan bercerai.isteri x suka nak minta cerai daripada suami.kalau isteri minta cerai pada sisuami patutnya suami berila dia supaya dia x buat dosa.jodo x pegikemana mana kalau kita buat baik pada orang allah akan balas ngan baik.layanlah isteri baik baik dan berilah hak dia dan jangn kasar bab dia adala lemah lebut.

    • serina berkata:

      Masih belum terlambat untuk kembali ke jalan terang…sebenarnya apa terjadi tu semua dugaan so kembali lah ke jalan yang benar…tuhan tu adil..dia akan tunjukkan segalanya sama ada lambat atau cepat jgnlah sampai terjadi sesuatu perkara yang mengaibkan barulah nak menyesal kemudian hari…sama ada hidup mati dan hari dibangkitkan tetap ada pembalasannya jadi sedarlah…

    • abutaisijaiha berkata:

      macam nie lag bang..kito selalu bikin dosa tapi itu ada lah pancaroba idup..yg kita gagal melalui..sepamjang sxripts perjalanan pulang…. yg berkekalan..tetapi selagi hayat di kandongan badan ..maseh ade pintu bertubat,,kalu di setuku kawini lah die….selamat berpuasa..c yerr

    • tz berkata:

      takut2 isteri anda pun lebih sedap main dgn lelaki lain dari anda sendiri…Allah maha pemurah sebab tu lah hubungan gelap anda berlarutan sampai 6 tahun….Allah biarkan anda lena diulit intan bersama perempuan lain dan gitu jg isteri anda selesa dlm dakapan lelaki lain…

      • armagedon berkata:

        kepada yang terlanjur dengan pasangan org tu..hentikanlah segera bertaubatlah, janganlah berajakan nafsu seks sehinggakan merosakkan rumahtangga orang..kalau tak tahan sangat berpuasa,kalu tak dapat berpuasa ambil wudhu dan baca Quran.. ataupu jika tak boleh juga disebabkan kejahilan…cubalah melancap

    • anina berkata:

      jommm

  6. cikpuan berkata:

    asalamualikum…pekara ni berlaku dlm umah tangga suami sebelum kami kenal dan nikah(saya menikahi suami duda)perkhawinan pertamanya musnah krn dia menjalin cinta dgn isteri org sama office.berjemput balik dan pergi ..depan suami pempuan tu.tapi dasar pempuan dan lelaki keji…suami ditipu…kepada masyarakat dikatakan adik abg angkat…kalau ya pun berangkat2 tak le berkepit setiap masa…bermesege sayang2…siap hantar bali kampung…konon kata kat suami outstation…tapi cakap kat kekasihnya suami tak nak bw balik kampung…dtg kampung cakap kat mak dia lak datang kampung kebetulan ada kerja…jadi le kekasihnya anak angkat keluarga pempuan ni.bukan sekali dua…dah macam suami menjalankan tanggungjawab.lelaki ni siap mengaku kat isterinya…konon atas tiket jujur dan sebab jujur dia boleh lakukan apa saja…kekasihnya itu punya ciri2 wanita kudus dan sempurna sgb isteri…kl janda dn suaminya ceraikan…dengan benang emas dia sanggup sambut.last2 wife dia mengamuk…tp yg salah wife dia gak…yg dia bagitau semua masyarakat…bini dia tak reti jaga dia…tak pernah jaga makan minum…macam2 lagi…yg pasti kekasih gelapnya itu tetap wanita suci dan mulia pada dia.akhirnya mereka bercerai…lelaki ni jadi penagih cinta kekasih gelapnya pulak…merayu2…macam orang gila talak…kekasih galapnya ni pulak tiba2 menghilang…konon jadi perempaun mulia…tak nak jadi penyebab cerai berai orang..bukan ke selama ni memang dia le punca?mereka2 cerita…tipu orang sana sini…berlakon watak perempuan ahli syurga…lembut tingkah laku…manja tersangat2… kecewa lah si lelaki…. tapi berapa tahun berlalu kenal pulak dengan saya.Yakin dengan ketentuan Allah…terima cintanya…kami nikah…siapa tak sayang suami?saya sayang dia sangat2…lagi2 sebagi seorang mualaf tak punya siapa…dialah segala2nya bagi saya…malang…tanpa saya sedar mereka berhubung lagi…dan pempuan ini terus melakonkan watak wanita sucinya…mengoda…dan tergodalah adam sekali lagi…saya tak mampu berbuat apa2…pengakuannya pada semua…sy isteri yang punya segala yg dia mahu…malah lbh dari lengkap.tapi…apa yg berlaku buat saya jadi keliru…apa2 pun saya cuma mampu berharap dan berdoa akan seadil2 peghitungan dr Allah.jika saya tak diizinkan Nya memiliki kasih suami lagi…redahakanlah saya ya Allah…cuma nasihat saya…takut2 lah azab Allah…selama ni mereka berdua selalu menggunakan penyataan…yakin dan percaya…kali ni yakin dan percaya juga azab Allah itu akan datang juga…walau apa pun alasan kita

    • serina berkata:

      Keji betul perhubungan cinta mcm itu…Bila org dilamun cinta semua benda salah tak nampak…tak nampak ke dosa besar dilakukan oleh suami orng n isteri org tu…sabar la…moga suami awk dapt petunjuk…tu la org ckp benda yg haram suka sangat diratah…sabar la banyak2. Allah akan menolong org yang sabar…k.

    • me berkata:

      hi.. saya punya kisah yang sama.. tunang saya seoarang saudara baru.. sebelum dia memeluk Islam dan sebelum dia kenal saya.. dia menjalinkan hubungan cinta dengan isteri orang hampir 8 tahun lamanya.. isteri orang tersebut merupakan perempuan Melayu dan suami kepada isteri orang tersebut merupakan seorang Cina Muslim.

  7. INDIA ZULU berkata:

    SALAM..
    YANG PENTING ADALAH RASA SAYANGKAN DIRI.
    PERLU ADE RASA BERTANGGUNGJAWAB KEPADA ILLAHI. PERBAIKI SOLAT, YAKNI TIANG AGAMA YANG SANGAT2 WAJIB DILAKSANAKAN
    . BERDOA MINTA DI JAUHKAN SEGALA GODAAN2 SYAITAN. JANGAN ADA RASE NAK CUBA SESUATU PERKARA YG MEMANG BUAT ANDA LAYAN, TERANG2 TAHU ITU BERDOSA. ANDAIKATA, DIA BOLEH BUAT, AKU PUN NAK BUAT JUGA. SUDAH2LAH, UMUR SUDAH MENINGKAT, ABDIKAN DIRI KITA PADA ALLAH DAN MINTALAH SEMUANYA YG TERBAIK, KERANA UJIAN YG DATANG MELANDA ADALAH DARI ALLAH. SEBELUM NAK BUAT, WALAUPUN SIKIT, FIKIR PANJANG PANDANG YANG JAUH. WALAUPUN XTAHU BILA KITA MENINGGALKAN DUNIA, TAPI ADA KATA2 YANG AMAT TERKESAN:
    BERBUAT BAIK SEPERTI ESOK KITA TIADA LAGI….
    ANDAI ESOK MASIH LAGI BERNYAWA, BERDOALAH KERANA MASIH HIDUP DAN BERSYUKUR KERANA PELUANG UNTUK BERTAUBAT DAN BERUBAH MASIH ALLAH BERI.
    UMAT NABI MUHAMMAD SAW NI, HIDUPNYA HANYA 60 KE 70 KATA NABI. SO , KALAU DI CONGAK2KAN UMUR YANG ADA SEKARANG, TAKKAN FIKIR LG 4 5 TAHUN NT AKU UBALAH…
    MANE TAHU HARI INI YANG TERAKHIR? AJAL MAUT JODOH PERTEMUAN DI TANGAN ALLAH, MOGA KITA SEMUA TAHU MENGHARGAI DAN MENSYUKURI NIKMAT YANG DI BERI.
    ALLAH ITU MAHA SEGALANYA, YAKINLAH PADA JANJINYA.
    KES DAN ISU YANG BERLELUASA NI, SAYA SIFATKAN SEPERTI
    SUDAH TAHU AKAN AKIBAT, TAPI MASIH NAK MENCUBA DAN ITU SEBAB TERJEBAK. KALAU INGAT DALAM KURSUS PERKAHWINAN, PENCERAMAH, USTAZ ATAU USTAZAH ADE BERITAHU, JANGAN MELUAHKAN RASA HATI KEPADA SUAMI ORANG MAHUPUN ISTERI ORANG/ KAWAN PEREMPUAN / LELAKI. HAL RUMAHTANGGA MESTI JAGA ELOK2. LEBIH BAIK SEBAGAI SUAMI / ISTERI ITU, BAWA BERBINCANG BAIK2. SEBELUM MELUAH, TANYA N MINTA PENDAPAT DULU DARI PASANGAN SUAMI / ISTERI. KOMUNIKASI, TOLERANSI DAN MEMAHAMI, ADALAH SUATU PERKARA PENTING DIKUATKAN LAGI DENGAN RASA DAN PERLAKSANAAN TANGGUNGJAWAB, MAKA HAK2 PASANGAN MASING2 AKAN DAPAT.
    BANYAKKAN BERDOA DAN SEGERA BERTAUBAT. BANGUN SOLAT MALAM MINTA KEAMPUNAN DARI ALLAH.
    BUAT SALAH DENGAN MANUSIA, MINTA MAAF KEPADA MANUSIA ITU SENDIRI. BERDOSA DENGAN ALLAH, BERTAUBATLAH NASUHA DAN MOHON DIBERKATI SEPANJANG HARUNGI HIDUP INI….. MOGA KITA MAKHLUK ALLAH YANG PUNYAI AKAL FIKIRAN TERBAIK INI DI PANDANG MULIA KERANA KEIKHLASAN MENCARI KEREDHAAN ILLAHI.

    • serina berkata:

      Betul..betul…betul…

    • kesal berkata:

      trharu..tulisan u tu..aku pohon keampunan dari mu ya Allah..brdosa nyer aku..terima laa taubat ku..knapa akau trjebak..oh Tuhan..beri laa ku petunjuk mu..kenangan dan prasaan tu dtg lagi..susah untuk ku hindari..namun akan ku cuba tepis godaan ini

  8. faridah bte rejab berkata:

    muskil

  9. azaharin berkata:

    assalamualaikum..
    mkasih pd yg bg pendapat..tp bg sy ialah skop yg lain lak..pertamanya, perkahwinan tuh adalah satu rezeki dan pemberian serta nikmat yg boleh jd sementara dan leh jd kekal..
    kedua,tiada manusia yg tidak mahu pd fitrah perkahwinan..
    ketiga, semua org mahukan diberi peluang n kesempatan
    keempat, semua og ada kelemahan n tidak semua yg kita inginkan tuh sepertimana yg kita pikirkan..
    oleh sebab itu, x salah klu kita bg peluang n kesempatan utk mereka menikmati peluang rezeki tuh..sbb kita perlu tahu gak, klu bukan nama yer rezeki itu utk kita (sementara atau kekal) g ngadap kaabah pn belum tentu hajat tercapai..sbb semua yer Allah dh tentukan..
    cuma pd kita jer yg mencorakkan yer..seperti family gak..sbb kita pk bila kawin sorang tuh akan bahagia, tp napa masih byk cerai berai gk..so, selagi kita x bg peluang n mencuba, kita x leh nak tentu n hukumkan..
    kkdg, x semesti yer baik yg disangka, akan baik selamanya..ikut nasib badan lah..asalkan, kita x menafikan n menghalang..sebab yg rata menghalang tu, adalah dari kaum hawa itu sendri menghalang kaumnya sendri..
    fikir2kan lah..wassalam..

  10. eddei berkata:

    Apabila kita dah terlanjur dengan isteri orang.
    Adakah kita perlu meminta maaf pada laki dia untuk tebus dosa atau kita taubat tanpa meminta maaf dari laki dia.
    Harap para cetter dapat bagi pendapat.

  11. bie berkata:

    salam..sy becinta dgn suami org..isteri die pown sy knal dan rapat..sy pnah larikn dri sy drpd die..tp die ttp cari sy..die juga pernah nk bejumpa dgn keluarga sy..sy xtaw nk buat ape..ape yg harus sy lakukan..

  12. wawa berkata:

    >eddei – dh telanjur ngan istri org tu satu hal.
    Buat apa lg nk tmbh dosa buat org becerai berai.
    Bertaubat bnyk2 mntk ampun ngan Allah.
    Dia lebih mengetahui..
    >bie – kuatkn semangan anda!
    Sy sokong tindakn bie menjauhkn diri.
    Itulah yg terbaik.
    Bermadu bkn mudah wlaupun kedengaran x susah..
    >azaharin – pd pendapat sy isu ini lebih kpd
    x dpt menerima kelemahan n kekurangan pasangan masing2.
    Kdg2 tanpa kita sedari..,
    kelemahan n kekurangan itulaa kekuatan sebenarnya.
    Jd..trima sajalaa segala kelemahan n kekurangan pasangan kita seadanya.
    Itu lebih baik dr melakukn kesilapan n dosa semata2 utk menutup
    segala kelemahan..wallahualam….

  13. wawa berkata:

    mencari kenalan
    0194910137

  14. eynie berkata:

    saya lagi dasyat kot, crita saya camni.
    dulu saya isteri org, saya berkahwin 2thn tapi rumah tga xbrape bhgia coz bekas suami ske kuar mlm n ade pmpuan lain dlm sms2 dia. dr bcinta smpai da kahwin dia xpnah brubah. so saya jd stress sgt smpai da branak pon dia cam tu gak. dia kuar lwt mlm blk awl pagi. then saya ni personal asst. sy terjatuh cinta ngn bos saya coz da tiap msa bsama. 1 ari kami tlanjur dan smpai la satu msa saya dapati saya mgandung. sy pasti ank itu adlah ank bos saya coz slama bkahwin dgn bks suami saya xpnah mngandung wlpn kami cuba stiap hari. bos saya tu duda.dan kini saya sudah bcerai n btunang ngn bos saya. xlama lg kami akan berkahwin. anak saya tiada siap tahu tentang status nya sbgai ank bos sya kerana dia di bin kan atas nama bekas suami saya. sy bcerai slepas ank saya dlahirkan. even bkas suami pon xtahu ank tu bkn ank nya. skrg sy tgh fight kat mahkamah tentang hak pjgaan anak. dlm msa terdekat ni saya akn buat ujian DNA antara sy, ank sy, dan bos sy di luar negara memandangkan di malaysia ni mjadi 1 kslahan utk mjalankan ujian DNA.
    ada pendapat x psl kes ni. Kindly advise.

  15. xxxx berkata:

    Zina adalah satu dosa besar,kepada lelaki dan perumpuan yang berzina hendaklah di rejam sampai mati,itu lah hukuman yang ALLAH S.W.T tetapkan.Namti kat akhirat hukuman untuk penzina lebih dasyat,nauzubillah min zalik.

  16. mata berkata:

    bagaimana hendak mendapatkan bukti jika isteri terjebak dengan suami org?? contohnya soalan2 cepumas yg boleh menjerat untuk mendaptkan jawapan spontan

  17. yusha abadi berkata:

    jgn cuba sekali pun, buat isteri2, tlg lah ingat apa pun alasan nyer, seandainyer sudah terjebak amat sukar untuk kita lari dari kenyataan, apa lagi bila sudah jauh terlanjur… saya bukan nye apa2 , tapi telah melalui keperitan dan kepayahan dalam cuba untuk menepis segala dugaan dan cabaran yg mendatang, kami hidup berjauhan, walau kasih saya pada suami tak pernah berubah tapi terkadang terasa seperti di goncang apabila di goda di saat saya dalam kesunyian dan kesepian. Apalagi bila saat2 saya memerlukan suami untuk berkongsi cerita atau apa pun kisah tentang dlm perjalan hidup ini, dan dia (suami) tak mengendah kan, maka kecewa datang bertamu dlm hati saya yg sangat2 mencengkam perasaan ! Maka saya mencari langkah sendiri dlm mengisi keseunyian dan kesepian yang tak bertepi ini, dan di ketika ini saya bertemu dengan seseorang (suami orang) dan dia lah menjadi teman saya di ketika ini sewaktu saya kesepian, walaupun saya tau hubungan ini adalah hubungan terlarang dan pasti ada akibatnye pada suatu hari nanti.. tapi bagaimana kah saya nak melari kan diri dari hakikat ini ?? Kalu sudah terjebak memang susah untuk meleraikan kan, saya perlukan dia , dan dia perlukan saya, walaupun kami sedar yang hubungan ini tak kemana dan di laknati Allah, maka wahai isteri2 di luar sana .. jangan jadi mcm saya, dan cuba lah hindarkan jgn di cuba sekali pun, walau apa pun alasanyer, akibat nye amat perit sekali…. maaaffff Kan aku suami kuuuuuuuuu…..

  18. eric berkata:

    Saya juga pernah mengalami keadaan yang sama…. Tak tahu nak salahkan sapa, dr segi hukum, mmg saya akui semua salah… Tetapi bila berada diasituasi ini, susah nak dijelaskan dgn kata2… Saya berkawan dgn isteri org yg sedang bermasalah dgn suaminya…dan saya juga rumahtangga dlm krisis… Sama2 melayan perasaan dan jadi tempat meluahkan isi hati yang terbiar…. hinggalah membawa ke ranjang…

    Saya terpaksa akui yg hubungan seks dgn isteri org ini memang hebat…dan kedua2 kami mendapat kepuasan yg x dapat dinikmati dgn suami/isteri masing2…Dan hubungan ini telah belalu diam x diam selama 4 tahun…kami masih sering ‘bersama’ malah lebih melakukannya drp suami/isteri sendiri…kami sepejabat…sehari kedangkala hngga 2 kali…ttp suami/isteri masing2 dingin dan kosong…hanya atas nama tanggungjawab….ntahlah..

    Jgn salah faham…hubungan ini bukan sekadar seks sahaja….isi hati dan jiwa kami juga saling memahami antara satu sama lain….

  19. sue berkata:

    same la..terjebak dgn suami org tpi ats dasar cinta.seks dgn suami org mmg best

  20. NURIN EYYA QISTINA berkata:

    suami saya pernah bercinta dgn isteri org (kwn saya sendiri). mcm org lain, mereka bersms mcm pasangan kekasih. tak sedar diri masing2 sudah berkahwin! setelah saya sms pula kpd suami pd isteri org tersebut tentang kecurangan isterinya, suami saya mengugut pula akan membawa dirinya dan anak2 balik ke pantai timur. krn takut suami tinggalkan saya, saya telah mengaku kpd suami pd isteri org tersebut bahawa semua sms yg dikirimkan isterinya kpd suami saya adalah rekaan saya. maka…terlepaslah dan bergembiralah suami saya dan isteri org tersebut
    krn kecurangan mereka berjaya ditutup krn kebodohan saya… bodohkah saya…

  21. Kalam berkata:

    Takut juga nak cakap sebab tak kena kat batang hidung sendiri…. dan apabila nafsu menguasai diri maka syaitan akan mengambil kesempatan…. Cuba kita fikir sejenak apa perasaan kita jika ada perempuan atau lelaki yang sudah berkahwin menjalinkan hubungan dengan adik beradik kita atau dengan anak kita atau dengan ibu atau bapa kita…..nauzubillah…semoga kita semua dilindungi oleh Allah…..

  22. Mrs Lovely berkata:

    Salam,
    Memang susah…Kalau dulu hanya wajah suami/isteri saja yang sentiasa di hati…tiada yg menggugat..tapi bila terjatuh cinta dengan seseorang yg tak sepatutnya agak payah untuk menepis perasaan itu.Kadang Allah sengaja ingin menguji keimanan kita dengan melemparkan perasaan cinta itu walaupon kita telah bersuami/isteri….dan kepada Allah jualah tempat kita memohon agar dikuatkan cinta dan sayang hanya pada si dia yg telah kita pilih dan nikahi.Kerana perasaan cinta itu Allah kurniaan Allah.Kuatkan lah hati…jgn mudah terpedaya dengan bisikan syaitan yg sentiasa ingin kita terjerumus dengan mereka di neraka kelak.

  23. abuod berkata:

    dunia dah akhir zaman manusia tidak lagi takut akan dosa dan pahala..inilah kesan kerana manusia ingkar perintah tuhan..jika hudud dilaksanakan insyaAllah semua gejala ini dapat dihapuskan..tiada lagi kita dengar kes2 suami isteri yg curang kerana barang siapa yang curang semestinya mereka layak direjam..walaupun bunyi perintah tuhan ini kejam tp suami isteri yg curang lagi kejam kerana sanggup mendustai pasangan masing2..wassalam

  24. shahril berkata:

    :( saya juga menghadapi masalah yg sama..

  25. ali baba berkata:

    x baik mncaci mmki hmun..stiap mnusia ade wat kslhn..

  26. aku perantau berkata:

    sy mengalami nasib yang sama..sekarang ni sy bercinta dgn isteri org.. sebenarnya kami telah bercinta sejak kami masing2 single.. hubungan kami sgt indah dan sgt bahagia.. tetapi cinta kami tidak direstui oleh ayah kekasih sy ni..dy anak org berada n sy x berharta.. baru2 ni, kekasih sy dinikahkan dgn pilihan ayah dy..lelaki pilihan ayah dy tahu bhw kekasih sy dipaksa berkahwin tp dy masih teruskan jg utk berkahwin dgn kekasih sy tu..apa jenis lelaki mcm ni? sanggup menghancurkan cinta org lain utk kepentingan diri sdiri.. yang paling pedih, kekasih sy x dpt tolak keputusan ayah dy dan trpaksa terima.. soalnya sekarang, kami masih brhubung dan masih saling merindui antara satu sama lain.. sy tau kekasih sy x bleh nk trima lelaki tu sbg suami dan dy masih sygkan sy..sy juga masih sygkan dy..ada ketika sy berharap dy x kekal dgn suami dy dan dy kembali pd sy..pernah juga sy suruh dy minta dilepaskan oleh suami dy. Patut ke tindakan sy ni? Sy x dpt lupakan dy..Sy pegang pd janji sy utk terus mencintai dy dan menunggu dy..sebelum dy kawin, kami berjanji utk terus brhubung dan x akan lupakan antara satu sama lain..betul ke tindakan kami ni? kadang2 sy buntu apa yg harus sy lakukan? knape berat sgt ujian yang sy trima?

    • damai berkata:

      spatutnya klau awk benar2 sygkan kekasih awk .. awk patut mlupakannya .Jodohnya telah di tentukan oleh tuhan .. belajar la utk redha …

  27. zorro berkata:

    wahai kwn2, ingatlah peribahasa zorro…”Org llaki kalu pasal pompan mmg bole jd bodoh, pompan plak asik kene bodoh aje kalu ngan llaki”…!!

  28. .... berkata:

    Biasa lah adik..kalo kita dah puaskan beri makan atas bawah..nafsu keiblisan dia lak puas puas…. tak ingat kan dirie jugak..tak tau lah den ..pompuan bisa (bukan semua pompuan) kalu cantik sikit..di impit pulak oleh si batang,..raso diri dah ek ek ek selalu..lupai daratan…nak pula yang lebeh dari kito belagak nyo tak terkiro..dio raso saham nyo tinggi..maso di kerabat dek jalang jalang…casanova.

    Aku faham akei perasaei adik..amat terguris nyo perasei mu..di kalbu perit mait ..raso di guris dek pisau blade..laksano kaco terhempas ke batu..dunio nie tak bermakno lagie masoo tu..bersabor lah adik..sripts perjalanei hidup mu doh bagitu.

    Bagemano puin sudut lain lak..keadaei pompuan nie dok sebatie bagitu dalei jidup jiwo dio..impian script perjalanei wayang kulit nyo.

    Ado jugak berkeadaei gitiu sobab pasangei nyo maien kayu tigo-medua kei nyo-makei atas bawah tak mencukupi,keadeiei pergaulan sekitarei,nafsu keshaitanan..raso gah dengei paras rupo yang menarik.. canggih lak dari segi pengetahuan pendapatei pangkat mengastasie kito…tambah lak yeing selalu di himpit oleh si jantan hidung belang

    Selok elok betina macam nie, main puas puas pakei bulu mato kucing-ball bearing, bior dio merangkak..baru lego..bilo dia merayu (pastie belaku) nok nok kembali dikemudian harie ..tondang jerr..tampa pengampunei..maaf bahaso kasar…wallauallam

  29. nurul balqis berkata:

    Saya sudah berkahwin dan ada seorang anak lelaki berusia 4 thn. Suami saya bekerja agak jauh dan jarang balik. Tahun lps saya ada berkenalan dgn seorang lelaki (suami orang) yg pada fizikal lbh kacak drpd suami sy. Ikhlas sy katakan dia memiliki ciri2 lelaki idaman sy sblm sy brkahwin dahulu. Pada mulanya dia cuma hendak berkawan tp lama kelamaan sering sms n call menyebabkan kami terjebak dlm percintaan tetapi belum buat apa2 perkara yg tidak diingini. Dlm masa yg sama, suami sy kurang mmberi perhatian kpd saya n anak, pernah bbrapa kali sy terbaca sms nya dgn perempuan lain yg berbaur mesra menyebabkan saya sakit hati dan merasa tidak bersalah utk menduakannya. Suami org tersebut berjanji akan menikahi saya sekiranya berlaku apa2 kpd sy kelak. Pohon pandangan saudara/i semua bagaimana sy dpt kembali ke jln yg bnr krn byk kali sy cuba clash dgn suami org itu tp gagal melupakannya. Begitu juga dgn dia. Terima kasih.

  30. lisa berkata:

    saya pun tjebak dgn hubungan mcm ni..memang ramai org akan ckp bodoh.. syaitan..perempuan sundal.. sbb mereka tak pernah alami keadaan mcm saya..kalau kamu pernah baca kisah zulaikha dan nabi yusof,kamu akan tau bgaimana jika tjadi kpd kamu..jgn la tlalu menunding jari.mana tau suatu hari nant tjadi kat diri sendiri atau ahli keluarga..Tuhan Maha Adil..cuma b realistic okay..dunia zaman sekarang ni islam hanya tggal nama..suatu hari jika dajjal turun,tak mustahil kamu mjadi pengikutnya..jadi kita seharusnya mberi nasihat dan dorongan.bukan mencaci cerca..itu pun da menunjukkan siapa anda.. :-)

    • mohd firdaus abdullah berkata:

      saya stuju sangatlah pn lisa biasanyer tulah lelaki suka maki hamun tapi x pernah fikir atau nak nasihatkan cara yg baik sekali.suka menudung jari kesalahan pada isteri tapi dia sisuami dengan egonya dia tu betul alasan nyer laki bole kawin 4.lelaki yg tidak bertanggung jawap baik ceraikan jer baru tau nasib dia.

  31. anisa berkata:

    hal ini terjadi kepada sy..sy isteri orang dah bercinta dengan suami orang selama hampir setahun…sy try clash beberapa kali tetapi gagal.saya tak da[pat melupakannya dan dia pun tak nak lepaskan sy…entahlah

    • Mohd firdaus abdullah berkata:

      assalam anisa, seblom cinta pada suami org aper masalah nagn suami u. itu kena pastikan dulu adaker dia ni (suami) tidak bertanggung jawap dalm semua aspek..kena periksa dulu seblom buat sesuatu tindakan. jangan asyik cinta datang jer kita pun cinta buta pada org lain..kecuali suami buat masalah. kena bincang ngan suami dulu kalau ada masalah tu lebih baik. barulah ambik tindakan…kalau cinta pada sesorang x hal tapi kena ingat bole ke u selamat daripada masalah keluarga u. apakah orang yg u cinta tu bole sayangi u dan lebih selamat daripada kehidupan sekarang. pastikan berkali kali seblom buat sesuatu. yg lebih afdal adalah doa kepada ALLAH. tu paling selamat dan putusan tepat sekali. doa istikarah.

  32. saudara berkata:

    Assalamualaikum wbt kepada semua.. Masalah yang telah diutarakan merupakan masalah yang serius dikalangan masyarakat islam kini. Hukum haram tetap haram. Cuba cari jalan macamana untuk mengelakkan dari semua itu berlaku. Berdasarkan kajian menyeluruh bagi kes yang berlaku, sebilangan besar dan hampir 80 peratus adalah berpunca daripada hawa nafsu semata-mata. Alasan bagi atas dasar cinta adalah alasan yang diwujudkan semata-mata. Semak diri dan keagamaan dalam diri. Sebilangan besarnya adalah berpunca daripada tiang agama yang tidak kukuh. Iaitu sembahyang 5 waktu yang tidak sempurna.

    Bagi yang mengalami masalah tersebut yang berpunca daripada dasar cinta, cuba cari penyelesaian yang terbaik. Sekiranya berpisah dengan suami atau isteri sedia ada boleh mengelakkan diri daripada mungkar kepada Allah, maka dinasihatkan berbincang dengan baik dengan pasangan masing-masing dan putuskan keputusan anda dalam masa yang terdekat.

    JANGAN BIARKAN KEADAAN KAMU BERLARUTAN. Andainya kamu mati sebelum bertaubat? Macamana kah azab yang kamu akan terima di akhirat nanti? Hukuman tetap dijalankan. BERTAUBAT LAH wahai yang terlibat.

    PUTUSKAN YANG TERBAIK untuk diri dan agama.

    Sekian..

    Bagi kes yang mengandungkan anak lelaki lain, harus diingat bahawa haram di binkan dengan lelaki yang bukan ayahnya. Tidak sah pernikahan dan keturunannya nanti. Besar kesannya..jangan pandang remeh bagi hal yang berkaitan. Rujuk majlis agama ditempat masing2 yang terdekat..

  33. raz berkata:

    saya bkn ustaz atau ulama,bgi lelaki yg bercinta dgn janda atau anak dara tidak menjadi masalah kerana lelaki dibenarkan kahwin 4 orang isteri,bagi perempuan yg sudah berkahwin adalah dilarang sama sekali menjalinkan apa apa hubungan dgn lelaki selain drpd suaminya.biarpun hanya berchat dlm laman sosial,dating, sms on cinta, dan lain lain aktiviti yg berdua-duaan atau lebih dasyat lagi melakukan zina yg merupakan unsur kecurangan.sekiranya isteri itu curang maka ia telah memusnahkan asas paling penting dlm sesebuah perkahwinan,tanpa kepercayaan masing masing maka runtuhlah rumah tangga yg jadi mangsa hya lah anak anak yg tidak bersalah atas perbuatan para isteri yg terkutuk .kes seperti ini biasanya terjadi pada isteri yg berkerjaya dan bergaul bebas dgn rakan lelaki.insaflah,jgn lingdungi perbuatan terkutuk ini dgn berbagai alasan,ingatlah ALLAH

      • Hang Jebat berkata:

        Disini… aku ada coretan sedikit .. tp agak panjang juga… terjebaknya naluri mncintai isteri org… sebelum aku mencerikannya.. elok aku rasa mulakan dari mula.. mcm cerpenlah pulak.. tp itulah hakikatnya..

        dulu aku seorang yg amat pemalu.. setiap kali berselisih dgn wanita aku sering tunduk malu.. mgkin sedar akan kekurangan pada diri aku ni.. sehinggalah pada suatu hari atas arahan pentadbir aku disuruh menyampaikan suatu pesanan… aku menuju ketempat yg dsuruh.. aku tidak memanggil sebenarnya..cuma kebetulan, aku terus berkata sesuatu spt yg d sarankan oleh pntadbir.. agak gugup juga walaupun aku cuba mengawalnya.. kelihatan gadis yg ku temui itu sgt cntik rupa parasnya.. namun tiada sedikitpn terdetik di hati untuk memilikinya kerana aku bukannya seperti pinang di belah 2..
        lantas berlalu pergi begitu saja.. aku menjalankan rutin seperti biasa sehinggalah aku sedar dgn kewujudan insan yg meminati ku.. setelah di bawah mejaku terdapat satu bungkusan hadiah.. aku hairan pada mulanya.. mgkin ada seseorg tersalah letak agaknya.. tp setelah aku melihat ada nama aku tertera diatas hadiah tu.. trnyata d tujukan pd aku.. lntas mmbukanya.. amat terkejut gadis yg tlh aku jumpa hari itu telah meluahkn hasrat ingin berkawan dgn ku.. tiada kepalangya aku degn berita gmbira ini.. walaupn dlm keadaan malu dgn kekurangan ini..amat terpegun aku kerana mndapat wanita yg amat cntik dan memang mnjadi hasrat aku semnjak perkenalan aku.. selama 2 thn bercinta..tiada langsung perasaan ingin mlkukan sex… tp aku amat sayang dan cintakan gadis itu..aku ingin berkhwin dgnnya..jg.. sering terbawa2 .. dlm mimpiku.. dilla namanya..nmun benih yg aku tanam tu tk tumbuh lama 2thn selepas tiu.. “jangan ganggu dia lagi..tutttttttt.. ” telefon dimatikn. ibunya tidak merestui hubungan aku dgn gadis itu.. dr saat tu aku tidak lg berhajat mncari gadis yg cntik.. kecewa bukan kepalang lg… namun naluri tidak dpt menahan keinginan utk brcinta..
        BB..aku juga telah di intip2 olehnya sblm ini..sering juga pandangannya ke pd diri aku. aku hnya ingin mencuba nasib.. manalah tahu mgkin aku dapat memilikinya. Cuba memberanikan diri .. ” saya nk berkawan dgn awak boleh”.. dgn wajah putih dan ayu nya terus merah padam dan malu agaknya..”boleh” 3 thun aku brcinta.. amat cntik gadisnya.. org keturunan arab..aku rasakn inilah cinta yg terakhir aku..selepas ini tiada 2 atau 3 lagi..pn sma jugak aku tiada rasa ingin mmlakukan sex sblm dihijab.. ingin jadikanya isteri.. aku sungguh sayangknnya..sehinggakan apa yg aku makan sidia akan makan sama. sering memberi bungkusan makanan.. walaupun terpaksa berhutang.. Rupanya pengorbanan aku selama ini tidak dihargai.. aku di buang seperti sampah…… sering sngat dia melukakan aku… sehinggakan aku jatuh sakit kerana perbuatanya.. tp walaupun begitu aku tetap sayang dan cintakanya… akhirnya aku mndapat panggilan drnya.. Aku sngat gembira kerana rindu yg teramat sngt ini telah mndapat ubatnya.. ” tanpa membuang masa.. ” mmm.. tak payahlah nak romantik romantik lagi dgn orang.. dh la.. ada kawan tunggu nk pi makan ni…” tanpa sebb dan alasan aku d lemparkan..dgn panggilan akhirnya.. gugurnya bunga cinta…
        akhirnya kemurungan aku rupanya disedari oleh kedua2 org tuaku.. sering brtanya bila nk kahwin.. bnyak wanita yg diperkenlkan kepadaku namun tidak seorangpn dpt menggantikan kedua2 gadis yg kucintai itu.. namun jodoh sudah sampai agaknya.. tiada rasa cinta dan sayang aku di kahwinkn dgn pilihan ibubapaku..8thn malah 12 thn kini usia perkahwinanku.. aku cuba pupuk namun tiada lagi cinta dlm hati ku… maafkn aku wahai isteriku.. tanpa aku terduga………………………… mengapakah ujud lagi cinta……….
        CINTAKAN ISTERI ORANG………..2 thn sblm ini aku hnya ingatkn sidia memandang atas dasar rakan sekerja.. tp aku telah menyedarinya.. Itulah pandangan cinta seorg isteri org kepada aku..setelah aku sedar.. kini aku amat2 mencintainya.. aku selalu menungu pandangan nya kepada aku.. aku juga sering mencuri pandangan kearahnya.. dia sering sangat memandangku.. setiap hari setiap saat namanya.. wajahnya.. malahan apa sahaja yg melibatkan perwatakan ataupun terlintas di hadapanku sedikit berkaitan dgnnya lantas terus membuatkan aku teringat kepadanya.. sebelum ini aku tiada rasa keinginan begitu.. kerana bimbangkan rakan kerja mengetahui perasaan cinta aku padanya aku tidak sgt menunujukkan rasa cintaku padanya..
        aku rasapun sidia begitu..rupanya sedar x sedar sudah 8thn aku mencintainya sehingga kini 2013.. tahun lepas aku sering mencuri masa ingin berada bersamanya d tempat kerja.. sering bercerita tentang diri..keluarga.. mata aku dgn nya selau terpaku satu sama lain.. sehinggakan sidia sedar yg aku sering memandang matanya dan bibirnya..sidia mengiakan dalam bntuk pandangan mata.. aku ingin sekali menciumnya dan memeluknya erat erat.. tp aku tidak berani bersuara menyatakan aku cinta padanya.. aku tahu sidia juga menunggu aku berkata begitu.. semenjak pertemuan personal itu..aku dgn sidia sering membuat isyarat mata dan tangan tentang perasaan hati ini.. Adakalanya adu tersedar perbuatan aku ini amatlah salah.. aku cuba dan terus cuba menghindarkan dari terjadinya perkara yg tidak elok.. Tetapi lagi aku menjauhkan diri lagi kuat dorongan cinta aku padanya.. sehinggakan dia menyakan terasa kecil hati dgn perbuatanku.. aku shj buat2 tak faham… dn sngaja bertanyakan.. pada halnya aku amat memahami situasi itu……. tahun berlalu..sudah 3 kali dia melahirkn anak.. begitu juga dgn isteriku… namun cintaku padanya tetap teguh… Tetapi.. aku sedar walaupun kuatnya cinta ini padanya..tidak kesampaian juga akhirnya cinta aku ini.. Syukur Allah memberi hidayah.. Tidak semua cinta yg lahir ini berakhir dgn perkahwinan… Walaupun aku sering teringatkan dia.. aku selalu mohon dgn Allah supaya tidak trdorong melalukan perkara yg bodoh..

  34. sang kelembai berkata:

    Berpijak la di bumi yg nyata …….Burok no klau lelaki berjiwang …..

  35. zorro berkata:

    perasan je lbih..

  36. zorro berkata:

    dah mengalami dan dah serik…tua muka dibuatnye!

  37. shah berkata:

    main dengan isteri org ni nikmat ny lain sesedap ny cukup rasa

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 345 other followers

%d bloggers like this: