www.orphancare.org.my – OrphanCare lindungi bayi dibuang

Dari semasa ke semasa media melaporkan tentang kes bayi dibuang dengan keadaan yang menyayat hati, pelbagai perasaan melanda masyarakat.

Marah, sedih, geram dan sebagainya. Pendek kata kita akan terus diselubungi kekecewaan kerana perkara tersebut sudah pun berlarutan sekian lama.

Sebagai ahli masyarakat, walaupun perkara tersebut berlaku bukan di kalangan ahli keluarga sendiri, tempiasnya tetap terasa.

Justeru apa yang boleh kita mampu lakukan untuk membendung gejala keji ini? Jika keterlanjuran sudah berlaku apakah yang boleh dilakukan supaya nyawa yang lahir ke dunia ini tidak diragut dalam keadaan yang amat menyedihkan?

Di negara luar seperti di Jepun dan Jerman sebuah pusat khas yang dikenali dengan istilah Baby Hatch ditubuhkan bagi memberi sokongan kepada ibu tunggal yang tidak boleh membesarkan anak mereka sendiri.

Di pusat-pusat perlindungan itu, bayi akan diletakkan dalam jagaan pengasuh hinggalah ada pasangan suami isteri atau keluarga yang tampil untuk mengambil mereka sebagai anak angkat.

Di Malaysia, sebuah pertubuhan beroperasi tanpa berasaskan keuntungan yang diberi nama OrphanCare yang fungsinya hampir sama seperti Baby Hatch, diwujudkan bertujuan untuk memberikan kasih sayang sebuah keluarga kepada anak-anak yatim dan juga bayi-bayi yang terbuang.

Menurut Presidennya, Datuk Adnan Mohd. Tahir, OrphanCare kini hampir selesai menyiapkan sebuah pusat perlindungan bayinya sendiri (baby hatch) di Petaling Jaya, Selangor.

Usaha itu katanya, akan diperluaskan di seluruh negeri di tanah air.

“Pusat perlindungan ini akan memberikan perlindungan yang sebaiknya untuk bayi yang tidak mahu dijaga oleh ibu mereka sendiri.

“Saya kira hal ini (pembinaan pusat perlindungan bayi) lebih baik daripada melihat bayi dibuang di dalam longkang, tong sampah atau di merata-rata tempat,” jelas beliau ketika ditemui baru-baru ini.

Ketika ditanya adakah penubuhan pusat ini akan mencetus kontroversi apabila masyarakat mungkin melihatnya sebagai menggalakkan lebih banyak kelahiran bayi luar nikah, Adnan menyangkal andaian tersebut.

Sebaliknya beliau berpendapat, pusat tersebut harus dilihat sebagai alternatif bagi membendung kejadian pembuangan bayi.

“Apa yang dilaporkan dalam media dan yang diketahui masyarakat sebenarnya jumlahnya kecil berbanding jumlah sebenar yang berlaku.

“Kita tidak mahu nasib bayi-bayi ini dibiarkan begitu sahaja. Di luar sana ramai pasangan suami isteri yang tidak dikurniakan cahaya mata sanggup mengambil bayi malang itu sebagai anak angkat.

“Bayi yang tidak berdosa tidak sepatutnya mati hanya kerana si ibu tidak tahu kemana arah yang ingin dituju selepas melahirkan anak tersebut,” jelas beliau lagi.

Mengenai urusan pengambilan anak angkat yang diletakkan di bawah perlindungan OrphanCare beliau berkata, pihak akan membantu menguruskan pelbagai urusan seperti dokumentasi yang biasanya mengambil masa paling lama hingga seminggu.

“Setakat ini kami telah menguruskan sebanyak lima bayi kepada keluarga angkat masing-masing.

“Bagi saya, rumah-rumah anak yatim patut dianggap sebagai satu tempat kediaman transit bagi anak-anak yatim sebelum diambil sebagai anak angkat.

Setiap bayi perlu membesar dengan keluarga

Tujuan utama penubuhan OrphanCare adalah untuk memastikan setiap kanak-kanak yang dilahirkan tidak mengira apa juga latar belakang agama atau bangsa mereka mendapatkan keluarga yang sesuai melalui proses pengambilan anak angkat yang cepat dan teratur.

“Kami mahu mengubah pemikiran dan tanggapan masyarakat terhadap anak-anak ini apabila masyarakat seringkali beranggapan bahawa mereka sepatutnya ditinggalkan di rumah anak-anak yatim atau kebajikan untuk selama-lamanya.

“OrphanCare adalah pusat transit atau penempatan sementara sebelum anak-anak ini dijaga oleh keluarga angkat masing-masing dan sekali gus memberi peluang kepada mereka membesar dalam sebuah institusi kekeluargaan yang sempurna.

“Dalam pada itu kami akan membina sebuah pangkalan data di mana segala maklumat lengkap mengenai anak-anak ini dan keluarga-keluarga mereka direkodkan.

“Pangkalan data ini juga bagi memudahkan OprphanCare memadankan anak-anak tersebut dengan keluarga yang sesuai selain menyediakan khidmat kaunseling sebelum dan selepas pengambilan anak angkat untuk kedua-dua pihak iaitu anak dan keluarga angkat,” katanya.

Dengan cara ini menurut Adnan, OrphanCare juga dapat membuat pemantauan yang berterusan untuk memastikan proses pengambilan anak angkat berjalan dengan lancar.

Selain itu pusat tersebut juga akan melantik pegawai pemantau untuk melihat keadaan keluarga dan anak yang telah diamanahkan agar mereka dijaga dengan baik.

“Kami sebuah NGO Islam yang mementingkan pengambilan anak angkat mengikut cara Islam. Justeru kami turut menyediakan seorang pakar rujuk yang terdiri daripada ustaz untuk memberi khidmat nasihat tentang urusan agama berkaitan anak angkat ini,” ujar Adnan lagi.

OrphanCare juga telah menandatangani memorandum persefahaman dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada bulan Ogos tahun lalu dalam kerja sama hal pengambilan anak angkat dan ibu bapa angkat.

Bagi ibu bapa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pusat tersebut boleh melayari laman web http://www.orphancare.org.my.

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL

42 Responses to www.orphancare.org.my – OrphanCare lindungi bayi dibuang

  1. kemm berkata:

    Pada pendapat aku orphancare akan menggalakkan lagi kes anak luar nikah. Kerajaan sepatutnya mencari punca dan selesaikan dari situ. Seperti api kita padamkannya dari punca.
    Puncanya adalah seperti pergaulan bebas antara lelaki dan wanita yg bukan mahram. Pesta atau sambutan tahun baru, valentine day, sambutan merdeka antara punca anak muda mudi over nite. So diaorang pun terbabas…
    Mufti kena nasihat kerajaan dan kerajaan kena dengar nasihat supaya kurangkan hiburan, pergaulan bebas ext…

  2. doi berkata:

    JKM pun akan mengambil anak-bayi gadis yg dah terlanjur….luar nikah nie..kata Datuk Sharizat Jalil….tetapi jangan lah mengambil kesempatan pula (((((sengaja mengambil kesempatan maen gila gila sesuka hati..membuat bayi secara haram sewenang nya)))

    • skull berkata:

      sebagai muslim barangkali die berperihatinan terhadap bayi janin yg di buang merata rata tong sampah atau di belasah dek semut anjing di ambil oleh org bukan islam , bela ambil ‘spare part’ seterus nya..syabs ats penyelamat bayi yg tak berdosa itu…

  3. khairuummah77 berkata:

    Kami pertubuhan Khairu Ummah memerlukan bantuan untuk menjayakan pembenaan pondok sila layari Blog kami http://khairuummah77.wordpress.com/

  4. Ahmad Zaki berkata:

    Ia adalah program yang baik untuk mencegah bayi-bayi yang tidak berdosa dibuang dan dibunuh dengan sengaja, tetapi ia bakal menjadikan masalah sosial kian berat, perzinaan dan seks bebas semakin subur dan seolah-olah direstui, pada pendapat saya lebih baik dilaksanakan Hukuman Islam untuk orang-orang Islam, sesungguhnya hukuman menurut Islam adalah yang terbaik kerana ia bersifat mencegah, jika tiada orang yang berani lakukan perzinaan akibat hukuman yang “berat”, tentulah tiada bayi-bayi luar nikah yang akan dilahirkan dan tentunya tiada bayi yang tidak berdosa akan dibuang dan dibunuh sewenang-wenang, kadang-kadang saya hairan kerana Hukuman Islam yang diputuskan oleh mahkamah syariah mendapat tentangan dari orang kafir, sedangkan mereka tidak terikat dengan hukuman-hukuman tersebut, malah orang Islam sendiri tidak menyokongnya… Astaghfirullah.. semoga Islam kembali ke kedudukan asalnya… Waullahu’alam…

  5. ROSIDAH BINTI IDRIS berkata:

    Bagaimanakah caranya saya seorang yang masih single untuk memohon menjadi keluarga angkat kepada bayi malang ini.Adakah saya layak memohon untuk menjadi keluarga angkat kepada bayi2x ini.

  6. suzieyana binti mat sam berkata:

    Salam.saya dah berkahwin hampir 4 tahun.dan masih belum di kurniakan cahaya mata..macam mana cara saya nak mohon anak angkat,saya cuba masuk laman web ini untuk permohonan online tapi tak boleh la.

    • chya berkata:

      saya seorang pelajar kolej dan masih belajar sekarang nie,sya pon ngh prgnant 7bulan 2 mggu..family xtw masalah saya dsni dan sya ingn kmbali ke jalan Allah,saya rasa sangat bodoh kerana terlalu percaya bf saya 2 sampaikn saya sggup gadaikn mahkota saya..sekarang saya buntu apa nsib ank saya n saya nanti..saya ingin menyerahkan ank saya kpd ssiapa yg mgmbil ank angkt,say xnk pe2 dr fmly 2 kcuali tolgla ddik ank saya nanti dgn ilmu agama yg kuat n tolg bimbing sya ke jaln Allah…di smpg 2 gak,saya dapt mnolg psangan yg xde rzeki…01115650812

      • lina berkata:

        Salam Chya… Kak Ina sudah 13 tahun mendirikan rumahtangga.. tersangat inginkan cahaya mata.. akan menjaga, mendidik serta menyayangi anakmu seikhlas hati… berniat untuk menjadi ibu susuan kepada bayi tersebut..semoga terbuka hati chya untuk mempercayai serta memberi peluang kepda akak Ina… hubungi akak ya kalau Chya perlu berbual ya….

  7. fanishah berkata:

    mencari ank angkat..xkira jantina…bayi…walaupun masih dalam perut..sila hubungi 0194437868 @ maznah 0174548256 segera…

  8. Shida berkata:

    Saya rasa ini adalah satu idea yg baik daripada membiarkan bayi bayi yg suci itu dari dibuang oleh ibu mereka yang tidak bertanggung jawab. Di dunia sekarang, kisah seks, sudah menjadi common bagi remaja remaja sekarang. Bukan di Malaysia sahaja, dimana mana saja sedang berlaku. Cuma Allah saja yg maha mengetahui. Kita harus menyelamatkan bayi bayi itu dari dibuang macam kain burok. Saya sokong dengan shelter ini.

    • maaf berkata:

      saya tak sokong (luar aje nie)sebab nanti pak tenggek ambik kesempatan stor buang bayi lak..hi hi .i bikin pasti jadi..no sweat okey..be happy..kalo senyum dah tebukak luas laa tu

      • paktenggek berkata:

        yeh yeh maaf kou nie…negara makin maju..masa depan bila foster home ada ..dah tak erti lagi..pekara biasa lah tu..

      • serialrapist berkata:

        seronok jugak lerr, nak jadi muda balik lah, paki pakai buang, ado yg menerima, seronok nye zan sekarang ni ye

  9. zaza berkata:

    Salam sy pun samer seperti suzi dah 4 tahun kawin tapi masih blum dikurniakan zuriat, umur dah meningkat…
    Suami guru, hati sy dah terbuka untuk menerima anak angkat tak kira jantina,bangsa & warna kulit.
    Sesiapa yg redho ingin memberi hak penjagaan kpd kami di alu2 kan.

  10. saya berminat mengambil anak angkat.Saya dah berkahwin selama 5tahun tapi belum dikurniakan cahayamata.Tapi saya takut ambil sebab saya bayi yg saya ambil ade masahalah kesihatan.Tolong bantu saya

  11. halina kassim berkata:

    saya rasa dgnadanya pusat OrphanCARE akan membuatkan anak anak yg akan dibuang akibat perbuatan mereka ( tak layak rasenye untuk saya mengelarkan mereka ini ibu bapa) yg tidak bertanggungjawap akan terbela. akan mendpt kasih sayang yg sepatutnya dr ibu bapa angkat mereka. memberi anak2 ini diperingkat paling bayi lg amat penting kerana ibu angkat blh memberi susu badan mereka untuk me”muhrim” kan hubungan dgn bapa tiri mereka. dan usahlah dipersusahkan proses pemberian anak anak ini. harap semue yg membaca bersetuju dgn saya .

  12. laila berkata:

    Kenapa di Blog ini tidak ada alamat

  13. anaHUs..:) berkata:

    mcmn sy sebagai golongan remaja blh mnjadi volunteer untuk membantu rumah kebajikan ini..?
    ini bkn sje dpt mengurangkan beban,sekaligus memberikan sy peluang untuk menginsafi diri sendiri daripada melaku sesuatu di luar batasan..

  14. J berkata:

    Wujudnya pusat perlindungan bayi terbuang bagi tujuan melindungi bayi-bayi ini ada baiknya.Secara keseluruhan melindungi mereka.Namun, sebaliknya tetap ada keburukan…si pelaku akan mengambil kesempatan terhadap rumah-rumah perlindungan ini dengan tujuan untuk melindungi kesalahannya.Bila kita fikir..setiap perkara ada pro n con nya…Oleh itu..rawatlah punca utama sesuatu masalah itu sebelum terjadinya isu pembuangan bayi..

  15. mencari cahaya mata berkata:

    SALAM buat semua,saya sedang mencari anak angkat tak kira laki atau prompuan….kepada hamba Allah yg sudi dan bersedia menyerahkan anak mrk dengan seiklasnya tanpa rasa ragu2 dan inginkan perlindungan sila email saya eumora2009@gmail.com 0125667550/0109344991

  16. maya berkata:

    saya maya saya dah berkawin selama 11 thn tp blm diakurnia kan cahaya mata. bagai mana cara saya blh menghubungi tmpat ini? sila hubungi saya 0176653284/0163948200

  17. abdul berkata:

    Penubuhan pusat ini ada baiknya biar sesetengah pihak memandang serong “niat” baik mereka. Cuba berfikir positif. Benda belum terjadi pada kita,memang sedap mulut nak kata. Fikirlah apa tindakan kita kalau suku sakat kita ada yg termengandung.Jadi…berfikirlah positif demi menyelamatkan “nyawa”insan yang tak berdosa.

  18. elysia berkata:

    sy m’rupakn pljr kolej yg tlh t’lanjur dgn bf sy.
    kini usia kandungn sy tlh pun m’cecah 4 bln.
    tp bf sy enggan b’tanggungjwb.
    skrg nie,
    sy ingin mencari kluarga angkt utk baby sy.
    sy bru b’usia 19thn.
    dlm usia sy skrg,sy tidk mmpu utk m’jd ibu kpd baby sy ini.
    oleh itu,
    kpd sesiapa yg bnr2 m’inginkn chy mta,
    n mmpu m’jga baby sy ini dgn baik,
    silalah text sy,
    ng_ngozi_hamaqa@yahoo.com

    • Jazlina berkata:

      Salam adik…kakak dah 13 tahun berkahwin dan trsangat inginkan anak angkat prempuan.. Insyaallah akak akan menjaga nya dengan penuh kasih sayang serta didikn agama yg cukup… elysia bolh hubungi akak di email : jazlinajaapar@yahoo.co.uk atau hubungi 012-7538585
      akak berada di johor bahru.

    • sue berkata:

      elysia..akak bru jer bace post elysia ni..akak mmg berminat nk ambil ank angkat ni..so cmne akak nk hubungi elysia…
      blh elysia email akak kt suenieta84@yahoo.com.my

  19. Bee Comey berkata:

    ada sesiapa yg nak amek anak angkat ??
    boleh hubungi di talian 03-55428139

  20. dila adilla berkata:

    Salam…sy terharu sgt bab da pihak yg sudi membantu,klo nk di pikir kn mcm mgalakkn…tp kte pandai dr sudut laen,kanak2 tersebut tidak bersalah yg slh si ibu @ si bapa..tp kenapa da yg sanggop bunuh or buang bayi dowg.. Sebab 1 nya jgk adalah pemikiran masyarakat yg suke pandang serong tanpa usul periksa… Sy doakn semoga da lg insan2 laen yg berhati mulia n bukak tempat mcm nie.. Good luck!

  21. norfazillah binti zainuddin berkata:

    salam………..sy rasa bagus gak pertubuhan mcm nie wujud bkn sbb nk galakkan lagi ramai membuat dosa tapi sy rasa sekurang2 nya ada yg perihatin tentang nasib anak2 yg xberdosa nie……….d aku pun teringin nk ambil anak angkat melalui pertubuhan nie jd cam mana yer sy nk berhubung utk mendapatkan maklumat yg lebih terperinci bagi urusan pengambilan anak angkat nie

  22. Ismail bin Jedin berkata:

    Salam…bagai mana untuk sy memohon untuk mengambil anak angkat? kalau dapat sy ingin memohon sepasang (lelaki dan perempuan) sy dah berumah tangga lebih 10 tahun…harap dapat emailkan kepada saya seperti alamat berikut
    ismail.jedin@yahoo.com.my

  23. werah berkata:

    Kalau nak ank angkt blh x..

  24. hanizah berkata:

    Saya dr sabah nak dapatkan anak angkat,apa prosuder dan caranya y lbh mudah utk saya dapatkn anak angkt?

  25. zulfadhlie berkata:

    assalamulaikum..kpada smua yg layari laman web ni…tujuan sy pda hari ni hndak bertanya kpada pihak tertentu..sekarang ni sy tgh mencari seorang anak angkat untk di jadi ank angkat kpada saya dan isteri sy..sy dh brkhwin selama 3tahun..kenapa dan mengapa sy hndak mncari ank angkt sbb isteri sy ada mngalami kanser rahim masa isteri sy berumur 19tahun..sy harap pihak yg berkenaan dpt membantu sy dan isteri sy..sy mngharap sinar yg baru hadir di dalam rumah tngga kami dan juga dapat memberi penyeri dalam hidup kami sekeluarga..kami mngharapkn pertolong dari pihak yg dapat membantu..dgn ni saya mngudurkn dri dgn harapan yg besar

  26. aney berkata:

    Orphancare ni salah satu program jg ker???

  27. Nor liyana abdul rahman berkata:

    Mcm mana sy nak mohon anak angkat

  28. mummy endriea berkata:

    MASIN PUNYE BABY YG MAHU JAGA?

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 343 other followers

%d bloggers like this: