Rawatan Rabun Jauh

Masalah penglihatan kabur atau rabun bukanlah sesuatu yang luar biasa. Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 153 juta orang dianggarkan mengalami masalah penglihatan seperti myopia (rabun jauh), hyperopia (rabun dekat) dan astigmatism.

Ketua Perunding Surgeri Ophthalmic Vista Laser Eye Center Sdn Bhd, Dr Aloysius Low, berkata masalah itu bagaimanapun boleh dirawat hasil perkembangan teknologi terkini seperti kaedah laser.

Dua kaedah berasaskan laser yang ditawarkan ialah Lasik (Laser-assisted In Situ Keratomileusis) dan Lasek (Laser-assisted Subephithelial Keratomileusis).

“Namun ramai tidak menyedari kewujudan satu lagi teknologi iaitu Implan Kanta Lekap Vision atau iContact Lens yang sudah diperkenalkan di Malaysia sejak 2005,” katanya, baru-baru ini.

Dr Low berkata, iContact Lens yang turut dikenali Phakic Intraocular Lens Implantation atau Phakic IOL, membabitkan kaedah kanta lekap tiruan dimasukkan menerusi pembedahan ke dalam mata pesakit. Kanta asli mata tidak dikeluarkan kerana kanta lekap tiruan itu bertujuan menggantikan kanta semula jadi berkenaan.

Prosedur iContact Lens terbahagi kepada dua bahagian – yang pertama membabitkan laser YAG. Ia membabitkan prosedur membuat dua bukaan kecil pada anak mata yang bertujuan membendung kemungkinan berlaku tekanan intraokular, selain membolehkan implan iContact Lens disempurnakan. “Bahagian kedua pula proses memasukkan kanta (bersifat anjal) yang akan dilipat, dimasukkan ke dalam katrij kecil dan terus disalurkan ke dalam belahan terdahulu. Sebaik kanta (yang dilipat) dimasukkan, secara automatik ia akan terbuka dalam mata. Sebaik kanta selesai dimasukkan sepenuhnya, empat sudut pada kanta akan diletakkan di belakang iris dan di depan kanta crystalline. Anda sendiri tidak akan perasaan kehadiran kanta begitu juga orang lain,” katanya pada majlis taklimat Sesi Latihan Pakar Dalaman mengenai prosedur refraktif iContact Lens dan NASA iLASIK di The Curve, Mutiara Damansara.

Teknologi ini boleh dimanfaatkan pesakit yang mengalami rabun jauh pada kadar sederhana dan tinggi dengan kornea nipis. Ia juga pilihan terbaik kepada pesakit yang tidak sesuai menjalani prosedur Lasik.

Rawatan ini boleh dimanfaatkan:

* Pesakit berusia lebih 21 tahun dan kurang 45 tahun.
* Pesakit yang melebihi 45 tahun dan mengalami presbyopic atau peringkat awal presbyopic dinasihatkan memilih alternatif rawatan lain.
* Kanta implan sesuai untuk pesakit yang punyai darjah myopia -6.00 – -20.00 diopters
* Pesakit yang tiada langsung atau sedikit astigmatism
* Pesakit yang tidak sesuai melalui proses Lasik (kornea terlalu nipis)

Risiko rawatan kanta implan:

* Seperti mana-mana surgeri, risiko wujud dalam keadaan tertentu. Penting bagi pesakit untuk memahami risiko berkenaan, menilai dan membandingkannya dengan manfaat dan kelebihan sama ada surgeri ini sesuai atau tidak dengan pesakit. Biarpun komplikasi selepas surgeri Phakic IOL sangat jarang berlaku, keadaan berikut harus diambil perhatian seperti jangkitan, peningkatan tekanan intraokular, katarak, kehilangan sel corneal endothelial dan keradangan. Memandangkan ia teknologi baru, kesan jangka panjang dan risiko penggunaan lebih dari 10 tahun masih tidak diketahui)

Kesan sampingan:

* Kesannya amat minimum dan kebanyakan pesakit mengalami penglihatan kabur selama beberapa hari.
* Mereka juga amat sensitif terhadap cahaya selama beberapa minggu.

Oleh Suzan Ahmad

3 Responses to Rawatan Rabun Jauh

  1. ain berkata:

    bagaimana oula dengan kos melakukan Icontact lens?

  2. hero berkata:

    try la guna ainun clear..rabun jauh,dekAT PUN BOLEH HILANG..insyaAllah…

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 343 other followers

%d bloggers like this: