Risiko kesan sampingan bersalin pembedahan Caesarean

Beberapa panduan am berkaitan kesan sampingan bersalin pembedahan Caesarean.

# Bersalin secara pembedahan mungkin membabitkan lebih pendarahan berbanding bersalin biasa.
Kadangkala ia boleh menyebabkan rahim terpaksa dibuang untuk menghentikan pendarahan. Isteri anda mungkin mengalami lemah badan atau kelesuan selepas bersalin. Keadaan itu lebih ketara berbanding jika dia bersalin biasa.

Lazimnya, doktor akan mengambil langkah proaktif untuk mengelakkan pendarahan berlebihan sewaktu dan selepas bayi dilahirkan.

Pada hari kedua selepas pembedahan, sedikit sampel darah isteri anda mungkin diambil untuk mengetahui paras hemoglobin darahnya.

Isteri anda juga mungkin sudah dibekalkan ubat pil zat besi untuk memulihkan paras hemoglobinnya.

# Jangkitan kuman boleh berlaku sama ada di dalam rahim (dinamakan endometritis) atau pada bahagian kulit (lebih kerap disebut wound breakdown) atau ke dalam aliran darah (septisemia).

Lazimnya, doktor memberikan antibiotik terus ke dalam aliran darah (intravena) sejurus sebelum pembedahan bermula dan diteruskan beberapa dos kemudian untuk mengelakkan risiko ini.

# Penyebab isteri terpaksa menjalani pembedahan.

Kebanyakan penyebab (contohnya bayi lemas) tidak berkait dengan risiko untuk berulang pada kehamilan akan datang.

Penyebab seperti uri di bawah, rahim berkembar (bikornuat), tulang pelvis atau punggung sempit pula mungkin lebih berisiko untuk bersalin secara pembedahan pada kehamilan akan datang.

Secara prinsipnya, setiap pasangan berhak membuat keputusan mengenai bilangan anak yang diingini, namun biarlah setelah mendapat penerangan doktor mengenai risiko meneruskan bilangan kehamilan itu.

Berulang kali menjalani pembedahan Caesarean meningkatkan risiko rahim koyak atau lebih dikenali sebagai uterine rupture.

Ia bukan saja berlaku pada hari sakit bersalin tetapi boleh berlaku pada bila-bila masa terutama setelah kandungan mencapai tujuh bulan.

Walaupun risiko ini bukanlah 100 peratus (risikonya dilaporkan antara satu hingga dua peratus), namun jika dibandingkan dengan wanita yang baru sekali saja menjalani pembedahan Caesarean, risikonya meningkat sebanyak sehingga empat kali ganda. Apabila ia berlaku, keadaannya sangat mencemaskan dan membahayakan nyawa wanita, apatah lagi bayi dikandungnya.

9 Responses to Risiko kesan sampingan bersalin pembedahan Caesarean

  1. maznah ahmad berkata:

    bagaimana kita ingin menggelakkan diri dari bersalin secara operasi???

  2. melisa berkata:

    saya melahirkan anak pertama melalui pembedahan caesarean pada 19/01/2010.Selama ini tiap2 bulan saya datang haid,tapi haid saya tidak teratur..Saya datang haid pada 14/6/2011 berakhir pada 18/6/2011 tapi hingga hari ini saya masih belum datang haid.Apakh saya mengandung?Saya sering mengalami sakit belakang,payudara pn sakit,palagi bekas pembedahan pn terasa sakit.Rasa sakit ni seperti saya mengandungkan anak saya yang pertama.Baru-baru ini saya mengambil ujian air kencing tapi hasilnya negatif.Apakah saya menghidap penyakit lain?

  3. abby berkata:

    saya lahirkan anak pertama pada 25-7-2005 melalui caesarean….selepas tu pada13-7-2006 saya brsalin lagi cara caesarean jugak bermakna saya hanya rehat kurang 6 bulan……..sekarang saya sering sakit belakang tempat yang mana saya dibius semasa sebelum operation……..kekadang,,,,saya terasa sakit.bibahagian bawah ari2……(tempat yang dipotong)…..apaakah tu kesan sampingan nya…kerna saya mngandong ke2 kurang 3 tahun?????????

  4. mieza berkata:

    salam melisa..mieza nak kongsi ngan melisa…mieza bersalin anak sulong pon secara caesarean gak…selepas bersalin ters x ada period sehingga la mengandung anak kedua…mengandung anak ke 2 dah 4 bulan dalam kandungan br mieza seda..maklumla x ada period…tanpa perancang keluarge coz mieza ada darah tinggi…selepas bersalin anak ke 2 pon masih ada period jugak..hati semakin risau,takot peristiwe berulang lagi…mcm2 care mieza cube tok mengembalikan period seperti sedikala…sehingga terjmpe dgn bio sanitary pad…mieza cube ..hanye pakai 2 keping panty sahaja period dah berjaye dikembalikan…period yg dah 3thn lebh menghilang kini kembali semula…alhmdlh…tq bio sanitary pad…011-12257480.

    • lai berkata:

      hi..saya pun bru lepas bersalin ank ke3 secara caesarean.pada 26 june 2011…kesemua ank sya lahir secara caesarean..terus minta ikat,,..takut nanti ada risiko bila melahirkan lgi..walaupun sebenarnya masih nak tambah,,,,,memang bersalin secara caesarean ni lambat nak pulih….ikut tubuh badan masing2 lah…kadang2 lepas buat keja2 rumah..terus badan jadi lemah lesu…

  5. jue berkata:

    salam…saya dah 3 tahun lebih melahirkan anak pertama secara caesarean pada 2.1.2008 sehingga sekarang saya mushkil kerana saya mempunyai darah rh-a..adakah ini akan merbaya kepada tubuh badan saya atau anak yg bakal dilahirkan pula…untuk pengetahuan parut di bahagian perut saya semakin menghilang tetapi perut saya masih buncit seperti 3 bulan mengandung…dan badan saya sentiasa lesu dan kurang stamina utk bersama suami…badan saya sentiasa terasa berangin sakit2 urat..telah berbagai ubat yg saya cuba trtapi masih bergitu juga..pantang silap makan saja dalam masa berberapa jam perut saya terasa kembung…saya mrasa bimbang utk mndapatkan anak ke-2..tolang bantulah saya…jue 0124431005

  6. Noor Hairiah bte Abd Muarat berkata:

    Saya sedang hamil ank ke 6 dimana 3 org sebelum ni bersalin normal. Selepas itu ank ke 4 dan 5 bersalin secara pembedahan. Permasalahan saya ialah dktr ingin mengikat semasa saya bersalin ank ke 6 ini. Saya berumur 32 tahun dan kalau boleh saya tidak mahu ikat rahim saya. Apakah kesan nyer jika saya enggan ikat dan ingin hamil lagi di masa 5 tahun akan datang. Apakah risiko yang harus saya hadapi?. Untuk pengetahuan ank ke 4 saya berusia 3 tahun dan ank ke 5 saya berusia setahun sebulan. Tolong bantu saya kerana saya dijangka bersalin pertengahan bln januari 2012 ini.

  7. nor sabrina berkata:

    saya berusia 22 tahun. 27/10/12 sy bersalin ank pertama secara pembedahan kecemasan kerana vacuum x brjya. persoalan sy adakah sy blh bersalin normal ank kedua?

  8. fara berkata:

    sya melahirkan ank pertama saya secara lcsc pada 06.06.2012…setiap bulan saya datang haid secara teratur tetapi pada bulan ini saya belum datang haid lagi….apakah saya menagndung atau ada penyakit lain?jika saya hamil…bolehkah saya hamil sebelum tempoh pembedahan blm sampai 2 tahun?apakah risikonya.saya amat mengharapkan balasan dari pakar@doktor.terima kasih

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 345 other followers

%d bloggers like this: