Petua Menyihatkan Payudara

Wanita! Jagalah buah dada anda

Marilah berkongsi beberapa tips tentang cara menyihatkan payudara anda. Di antara beberapa rahsia dan petua untuk menjaga kesihatan dan kecantikan payudara anda adalah;

1. Lakukan pemeriksaan
Melakukan pemeriksaan payudara sendiri secara rutin. Setiap wanita sebaiknya memeriksa payudaranya sendiri, paling tidak sebulan sekali pada tarikh yang sama, apabila tiada haid. Bagi yang masih mendapat haid, waktu terbaik memeriksa payudara iaitu beberapa hari setelah berakhirnya masa haid, setiap bulan. Ketika itu payudara sudah kembali lembut. Jika terdapat sebarang perubahan, anda disarankan berjumpa doktor.

2. Pembedahan

Elakkan melakukan pembedahan payudara jika sekadar untuk membesarkan ukurannya. Kecantikan wanita bukan sekadar terletak pada aset ini sahaja, tetapi terletak pada ‘hatinya’.

3. Senaman

Lakukan senaman dan perawatan payudara secara sendirian iaitu senam payudara dan yoga. Salah satu cara melatih otot pektoral adalah dengan menekan kedua telapak tangan separas dagu pada dinding (seperti posisi mendorong), arahkan pandangan ke langit, tahan beberapa detik, kemudian lepaskan. Ulangi latihan ini sampai 10 kali. Latihan ini boleh dilakukan ketika anda berada di bilik mandi. Rasakan tarikan pada otot pektoral ketika anda menggerakkan kepala ke atas. Kegiatan mengankat dan menurunkan bahu, apabila dilakukan berulang-ulang, dapat memperkuatkan otot dada.

Jika senaman yoga menjadi pilihan, mula-mula tenangkan fikiran, mulai dengan dalam posisi yoga. Depakan kedua lengan separas bahu. Gerakkan dengan lembut lengan kanan ke atas dan lengan kiri ke bawah. Kembalikan posisi lengan hingga sejajar dengan bahu. Rehat kira-kira 5 saat. Kemudian ganti posisi, lengan kiri ke atas dan lengan kanan ke bawah. Lakukan gerakan tersebut masing-masin 10 kali.

4. Urutan

Mengurut payudara dengan minyak aroma terapi, dapat menjaga keanjalan payudara. Urutan baik untuk merangsang sirkulasi darah. Caranya lakukan urutan ke arah luar, ke bawah dan ke arah dalam, kemudian mengikuti aliran getah bening ke arah ketiak, ke bawah tulang selangka dan ke arah tulang dada. Dibandingkan dengan masker dan krim yang disapukan, penggunaan minyak aroma terapi adalah lebih efektif kerana urutan akan lebih mudah meresap ke dalam kulit, mengalir dalam darah, kelenjar susu serta menyusup ke seluruh tubuh.

5. Bersihkan payudara

Payudara yang sihat adalah payudara yang bersih. Perhatikan kebersihan puting yang merupakan tempat keluar air susu, sekaligus kelenjar minyak yang berfungsi untuk melicinkan puting dan arela, agar tidak kering dan kulitnya tidak pecah. Gunakan kapas yang sudah dibubuhi minyak zaitun untuk membersihkan sisa kelenjar iaitu kelenjar minyak yang sering melekat pada puting.

6. Penggunaan Coli
Gunakan baju dalam atau coli yang sesuai dengan anda dan bukannya sekadar melekap di situ sahaja. Seelok-eloknya memakai coli yang sesuai mengikut saiz payudara, iaitu sepanjang tempoh kehamilan dan waktu menyusu anak.

7. Penyusuan

Sekiranya menyusukan anak, letakkan posisi bayi dengan betul dan selesa agar ia tidak terlalu menarik payudara. Terdapat masalah dalam tempoh penyusuan, ia termasuk bengkak buah dada. Cara mengatasi masalah itu, perah payudara perlahan-lahan untuk melembutkan terlebih dahulu sebelum menyusu atau tuam air suam untuk melegakan kesakitan.

Kelebihan menyusukan anak dapat menghindarkan dari penyakit barah payudara, barah ovari dan membantu mengecutkan rahim kembali kepada asal (selepas bersalin).

8. Ramasan
Elakkan pasangan anda membuat ramasan payudara (sewaktu melakukan hubungan seksual) dengan menolak ke kanan atau ke kiri terlalu kuat. Ini adalah kerana perlakuan sebegini kerap boleh membuatkan payudara anda kendur lebih cepat.

13 Responses to Petua Menyihatkan Payudara

  1. [...] Artikel Berkaitan: Tip Penjagaan Dan Kesihatan Payudara [...]

  2. mofar berkata:

    aku pun dapat tips ni dari seseorg yang berpayudara besar,cantik dan mantap.. boleh terpana bila memandang. wanita selalu kena urut sendiri pakai minyak.urut dalam 5 min. lebih elok pakai puerafirm laa. ikut arah lawan jam sebelum tidur@lepas make love dan jadikan amalan..

  3. Jelita berkata:

    Mofar,

    mana lah boleh lepas make love urut buah tu, kang suami nampak,kena lagi kang!

    bukannya diurut, diramas adalah.. tapi sekarang no ramas2 sebab artikel kat atas cakap hindarkan ramasan pada buah dada… hehe.. cian cik abang aku..

  4. mofar berkata:

    jelita..
    ko nak tak payudara yang cantik?? memang bukan ramas tapi urut. tunggu la dia tido ker,pandai pandai laa.. aku takder breast tapi tips tu dibagi oleh seseorg yang breast dia WOW @ tip top..

  5. mazlan berkata:

    apa lah u all ni, buah dada tu bukan untuk perhiasan, takkan nak tengok aje tak kitlah hidup kalau tak dapat ramas dan pegang itukan hak suami, nnti suami main buahdada org lain marah pula……

  6. mofar berkata:

    mazlan..
    siapa pulak yang larang pegang ker.. ramas ker.. buatlah kalau dah halal..

  7. Jelita berkata:

    apa2 jer lah korang berdua!

    dah korang pun ada dada per! ramas jerlah korang punya sendiri! hehehe.. hah cuba rasa sakit tak? :)

  8. Jelita berkata:

    hooit dilemma..! on gtalk yok!

  9. Jelita berkata:

    tulah pasal..

    diorang tu dok sibuk jer nak pulas memulas kita nya kan.. ooppss salah.. orang pompuan nye.. (kitanye laki kita jer.. hehehe)

    diorang ingat tak sakit ke?

  10. hanz berkata:

    ramas/urut ngn penuh gently ler, baru ade kasih sayang..dilemaa urut sendiri ker abg yg urut/ramaskan?..

  11. mofar berkata:

    jelita,
    korg punya boleh dipulas n ada rasa.. kalau dah ramas sendiri punya dah dikira obses dengan diri sendiri tu..

  12. ct berkata:

    kalu macam gambor kata ats tu sebulan gaji hilang pun tak oa…he he he he mj

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 344 other followers

%d bloggers like this: