Saran peruntukan wajib kepada isteri

Saran peruntukan wajib kepada isteri

Mengikut hukum agama yang termaktub dalam institusi perkahwinan, pendapatan isteri tidak boleh dikongsi suami.

Namun, persetujuan, keikhlasan dan sikap ambil berat isteri untuk berkongsi pendapatan demi meringankan beban tanggungan suami bagai ‘menghalalkan cara’ untuk meneruskan kelangsungan hidup berkeluarga.

Apatah lagi desakan hidup hari ini yang memerlukan wang untuk mengimbangi keadaan ekonomi keluarga, membuatkan isteri reda berkongsi pendapatan bersama suami, kata perunding keluarga dan khidmat guaman syarie, Kamaazura Md Kamel.

Peguam bela dan peguam cara berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang syariah dan sivil ini tidak menafikan, pada awal perkahwinan, isteri biasanya sanggup berkongsi pendapatan seiring hasrat untuk memastikan kelancaran dalam hubungan rumah tangga.

Namun katanya, ada kalanya apabila kedudukan suami sudah stabil dan suami mula berubah sikap, timbul kekesalan di hati isteri yang pernah menderita di saat susah, tetapi apabila suami lupa diri ketika senang.

“Berdasarkan beberapa kes yang saya kendalikan, ada segelintir suami mengambil kesempatan atas keprihatinan isteri.

“Tanggungjawab yang sepatutnya dipikul suami bagaikan terlepas pandang dan dia tidak perlu bersusah payah kerana isteri sudah melakukan segalanya.

“Akhirnya, hal ini seolah-olah menampakkan yang semua itu ‘kerja’ atau tanggungjawab isteri.

“Apabila percanggahan dan beban semakin dirasakan lalu si isteri yang pada asalnya reda mula mempersoalkan bebanannya itu yang harus membayar rumah, kereta malah keperluan asas seperti makan minum.

“Jika tidak disedari segera, perkara ini boleh menjadi bibit atau punca berlaku titik hitam dalam rumah tangga. Apa yang dibimbangi adalah sesuatu yang bakal berlaku kelak apabila suami terus lepas tangan daripada tanggungjawab hakiki mereka,” katanya.

Dia turut menyarankan suami memberikan peruntukan wajib kepada isteri dengan menyediakan nafkah bulanan tetap kerana ia bukan saja satu pengiktirafan terhadap tanggungjawab yang harus dipikul suami, sebaliknya adalah tuntutan agama.

Menurutnya, masalah kewangan adalah faktor penting pergolakan rumah tangga dan seboleh-bolehnya, pasangan harus merencanakan kepentingan mengikut keperluan sewajarnya.

“Isteri anggota tentera adalah golongan paling bertuah kerana mendapat kelebihan apabila potongan gaji suami memberikan satu jawapan kepada persoalan nafkah melalui skim berkenaan. Bagi wanita, ia adalah satu pengiktirafan suami kepada isteri walaupun jumlahnya sedikit.

“Sepatutnya, institusi kerajaan mahupun majikan swasta di negara ini mengambil jalan sama dengan mengadakan potongan gaji suami. Ia bukan saja menunjukkan satu pertanggungjawaban tetapi apa yang penting, ia amat relevan,” katanya.

Bagaimanapun, Kamaazura secara peribadi, tidak bersetuju tindakan suami isteri membentuk satu perjanjian bersama dalam soal berkaitan kekeluargaan dengan pihak peguam jika timbul sesuatu perkara berbangkit.

Menurutnya, konsep rumah tangga dan sistem nilai yang menjadi amalan masyarakat akan berubah jika semua perkara yang berkaitan kekeluargaan serta sosial berakhir di mahkamah.

“Mungkin keadaan itu tidak sesuai dengan nilai ketimuran kita apabila semua masalah tidak dibuat atas landasan muzakarah sebaliknya masyarakat atau wanita semakin terikat dengan mahkamah semata-mata,” katanya.

3 Responses to Saran peruntukan wajib kepada isteri

  1. cute berkata:

    macam kes kwn i ni..masa nk kawin dulu mereka buat loan atas nama isteri…dan si suami tumpang loan sekali…isteri 10k suami 10k…dan separuh dari loan suami adalah duit hantaran kpd si isteri.padahal tiap2 bulan tolak gaji si isteri…masa pinjam tu si suami kata dah kawin nnti dia gnti balik…tapi bile dah kawin si isteri mintak gnti balik byr ansur2 pun x pe…last2 si suami kata si isteri berkira..katanya makan pakai isteri selama kawin tu semua dia sediakan…

    tapi mcm tu bukan ke si suami amik kesempatan keatas si isteri…(kawin free laaa kiranyer..) apa pandangan semua..? apa patut si isteri lakukan..?

  2. emabp berkata:

    saya dah 5 tahu lebih bekerja hingga kini sebagai kerani dari sebelum bertunang dengan suami.suami dah banyak kali berhenti kerka berhenti kerja dalam tempuh yang sama.pernah terjadi 2 bulan dia tak bekerja sebelum kami nikah.saya tak pernah niat n impikan tuk berhenti kerja sebab saya suka bekerja.suami pun tak pernah minta saya berhenti n galakan saya bekerja kerana pendapatan kerja dia tak menentu.tabiat suami kerja yang dia tak suka dia akan berhenti cabut tanpa persediaan kerja baru.duk rumah berminggu tido tanpa usaha cari kerja berterusan.
    suami tak pernah tetap bagi nafkah pada diri saya.makan minum dirumah setahu saya wang belanja mertua n kadang dari saya sendiri.bil2 juga mertua bayar.suami bila saya ingatkan sekali, baru dia lakukan.bila minta bila minta duit katanya dia sendiri pokai n saya bekerja ada duit sendiri.awal kawin pernah janji nak tolong wit minyak ulang alik kerja.tapi 2 3 kali je tunaikan.saya pun tak mintak tak mengharap bila faham masalah kekurangan wang suami. saya diam bila tak berduit.pijma adik n mak hanya menanti waktu gaji.
    tapi suami ungkit saya suka mintak n tanya duit gaji dia sdangkan tu tanggungjawab dia.
    bila nak ada anak suami terus diam tak tanay tak bagi wit tuk simpanan persediaan sambut anak.semua dari wit gaji saya.bila saya ada duit bonus nak beli barang impian suami bersuara ‘wat pe beli wit banyak nak guna” sedanglan tu duit titik peluh saya bekerja.saya berhak gunakan.bila anak lahir suami beberapa kali je bagi wit tuk susu lampin anak.sedangakan saya tiap bulan peruntukan gaji tuk bagi upah mak jaga anak n keperluan anak tiap2 bulan.witkocek minyak pergi kerja,bill hp, insurans peribadi saya. barulah beberapa bulan ni suami mula tunaikan tanggungjawab bagi wit tetap tuk anak.tapi bukan tuk saya n keperluan harian rumah.ada jugakla sekarang suami belanja barang dapur terutama bila saya katakan tiada apa nak dimasak.tapi saya jadi serik nak mintak n mengharap wit suami walaupun suami dah cuba tunjukan perubahan.saya tak pasti kerja suami kini mampu bertahan @ tak.gaji suami memang lebih sikit dari saya.suami cuma perlu bayar wit bulanan kereta selebihnya dia gunakan sendiri seharian tuk kerja rokok n makan.epf socso n simpan memang tak ada langsung sekarang.bimbang suami akan berhenti kerja lagi.harap saya kekal.

  3. money berkata:

    I like it when people get together and share opinions.
    Great blog, keep it up!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 350 other followers

%d bloggers like this: