Tertekan suami malas kerja

Tertekan suami malas kerja

Sudah empat bulan saya dan suami melayari bahtera perkahwinan setelah lama bercinta. Sebelum berkahwin, dia mempunyai bisnes kecil-kecilan yang diusahakan bersama adik-beradiknya tetapi dia kini telah terhenti.

Kini, dia seorang penganggur dan tiada pendapatan. Sejak hari pertama berkahwin sehingga sekarang sayalah yang menguruskan segala perbelanjaan rumah tangga. Kadang-kadang saya merasakan bahawa dia sengaja tidak mahu berkerja. Kami sering bergaduh kerana kelalaiannya menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan dia sering pulang ke rumah ibunya. Apabila saya beritahu mengenai ketidakpuasan hati saya, dia sering berkata jika sudah berkahwin jangan berkira dengan suami dan tidak mencium bau syurga. Dia juga mengugut tidak mahu mengampunkan dosa saya. Saya berasa sangat tertekan dengan perkahwinan ini. Apa yang patut saya lakukan?

*Nurani

Jawapan:

Perkahwinan merupakan ikatan yang suci antara pasangan Adam dan Hawa. Puan, jika kita mengimbas kembali kejadian manusia yang bernama Hawa adalah diciptakan untuk menjadi pasangan kepada Adam. Ia bertujuan supaya manusia berkasih-sayang antara satu sama lain berdasarkan syariat Islam.

Oleh sebab itulah wujud ikatan perkahwinan antara lelaki dan wanita. Perkahwinan adalah satu kontrak perkongsian hidup antara lelaki dan wanita dengan berdasarkan syarat-syarat yang dipersetujui oleh mereka.

Dan apabila wujudnya ikatan perkahwinan maka wujudlah amanah dan tanggungjawab antara suami dan isteri. Isteri merupakan satu tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah SAW. Dia berhak mendapat perlindungan serta keperluan hidup dan nafkah yang mencukupi daripada suaminya. Ini dapat dilihat dengan jelas melalui hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Ashaba Al-Sunan yang bermaksud:

“Hindun, isteri Abu Sufian telah mengadu kepada Rasulullah bahawa suaminya tidak memberi nafkah yang cukup kepadanya dan anak-anaknya. Lalu Rasulullah memerintahkan Hindun mengambil dari harta Abu Sufian bahagian untuk nafkahnya dan anak-anaknya dengan sebaiknya.”

Berdasarkan hadis ini jelaslah bahawa suami wajib menyediakan nafkah terhadap isteri dan jika suami enggan dengan sengaja, cuai ataupun nafkah yang diberi tidak mencukupi maka seorang isteri berhak mengambil harta suaminya sebagai nafkah buat isteri dan anak-anaknya.

Kini kebanyakan wanita mempunyai kerjaya atau mempunyai gaji yang lebih tinggi daripada suami. Bagaimanapun ini tidak bermakna seorang suami itu akan hilang tanggungjawabnya.

Seperti yang kami jelaskan di atas nafkah merupakan pemberian wajib daripada suami kepada isterinya.

Keperluan nafkah merangkumi makanan, pakaian, pelajaran, ibadat, tempat tinggal, kesihatan dan sebagainya. Sebagai seorang suami, dia wajib mengeluarkan belanja atau sara hidup kepada tanggungannya.

Apabila seorang isteri membantu di dalam perbelanjaan seharian ia tidak bermakna seorang suami boleh bersikap lepas tangan apabila perbelanjaan harian dibantu oleh isterinya.

Selain itu ingin kami jelaskan bahawa, kebanyakan orang berpendapat bahawa nafkah hanya boleh dituntut apabila berlakunya perceraian antara suami dan isteri.

Pendapat ini ternyata sekali tidak benar. Suami wajib menyediakan nafkah yang sewajarnya untuk isteri dan jika suami tersebut telah dengan sengaja dan cuai dalam menyediakan nafkah yang secukupnya maka seorang isteri itu boleh membuat tuntutan di mahkamah syariah.

Ia selaras dengan Seksyen 59 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984, Mahkamah Syariah mempunyai kuasa untuk memerintahkan seorang suami membayar nafkah kepada isterinya menurut apa yang ditentukan oleh hukum syarak.

Seperti yang dinyatakan di atas, sekiranya suami puan masih lagi mengabaikan tanggungjawabnya di dalam menyediakan nafkah terhadap puan, puan boleh memfailkan tuntutan tersebut di Mahkamah Rendah Syariah atau puan juga boleh mendapatkan khidmat guaman untuk melaksanakan prosiding tuntutan tersebut di mana-mana firma guaman serta Biro Bantuan Guaman yang terdekat atau menghubungi kami.

18 Respons bagi “Tertekan suami malas kerja”

  1. mj Berkata:

    Nurani,tanggongjawab makn minum keselamatn lain2 urusan mengikut islam ada lah di beratkan kpd suami,nampak nye dia telah membuat kekerasan..mengugut tak masuk surga..ada lah ugutan melarikan atau melepaskan diri drp bertanggongjawab sebagai suami atau seorang muslim…dia pun dah berdosa besar dlm bab mazhab saya.

    kalu dia gagal memberi kesejahtera rumah tanggam termasuk makan minum u boleh meminta untok di lepaskan, baut apa nak tunggu lagi badan muda maseh ada yg sudi menerima,lagi pun lambat laun memkan diri.

  2. mmmm Berkata:

    Manusia tidak berhak memutuskan DOSA ia bergantung mengikut keadaan..tuhan tu mahan pengadil..

  3. m Berkata:

    Memang lah perit kalo seorang aje menanggong walau gaji 4 angka,kalo hidup di KL ni , lagi menderita kalo terlepas budget…soru pun boleh missed.

    Itu lah masa nak menyedap semua nye okey, dah dapat, malas kerja lak tu, sian sikit lah kat penyedap tu, teruk2 dikerjakan malam,makan minum nak di tanggong lak, malu sikit lah laki2( mungkin…elok jadi gigollo laki2 aje makn dapt sedap pun dek rasi-tak lama mati dgn HIV)..jangan jadi begini..nanti bila mati ..di laknati ALLAH..aku pun simpati kat mu Nurini tapi apa kan dayo..lagu mano nak ku sebuti lagi..take cares will u ?

  4. kalu laki koubaco Berkata:

    NURANI….Kalo laki kou baco ku katakan bagini..Kou ni laki macam mana lah, dah lah bini kau jadi kou punyo tadahan keseronokan untok miang kau tu,asil titik peluh dia pun kou gasak, kou islam ke kadir,kalau islam ajaran yg sebenor benor larang memakan hasil titik peluh bini kou,kalo dia tak halalkan,haram darah daging kou tau,ni pulak kou ugut dia , macam lah kou tahu selok belok ugamo aje…kou tu patut faham lebeh dalam lagi.

    Plak tu melanjutkan baka miang kou,punya la seksa nya nak keluaqkan bayi size bosa tu,dari pintu kecik tu, kesakitan Tuhan sahaja yg tahu,ibarat ada orang kata sekali dia lahirkan anak sekali tu dimati hidup kembali,kou siok dia setengah mati, jadi timbang rasa lah sikit, jgn nak naik kuda itam lari kencang..atas kemeranaan diri insan yg lemah ni..sama2 lah pikul tanggongjawap.chos

  5. pening Berkata:

    Memberi nafkah kpd iateri mmg menjadi tanggungjwb suami..tp kdg-kalanye ade segelintir suami yg mengambil kesempatan d atas isteri yg berkerjaya ni…mereka akan mengabaikan amanah ni semata-mata menganggap yg isteri tu ada kewangannye sendiri utk menyara hidupnye…sepatutnye memberi nafkah zahir ni adelah tugas si suami..jgnlah melaksanakan nafkah batin saje..tp tunaikan tanggungjwb anda yg sebenarnye sebagai seorg suami…

  6. indah Berkata:

    tu ler sikap org lelaki zaman skrg…nak senang je..

  7. iszman Berkata:

    apa yg perlu isteri lakukan sekiranya dapat suami yang malas kerja.taunya tdo sahaja…harapkan pendapatan isteri yang x seberapa.. i need comment plz anybody yg mengalami benda yg sama..

  8. zorro Berkata:

    kadang2 kalu dah biasa dgn tggungjwb smua tletak kat suami dan tak pernah berkire utk kluarga mungkin dia mengharapkan pkara yg sama dri isteri yg bkerjaya…bini aku dah 8 tahun jd surirumah tp tiap2 bulan dpt gaji…ssah snang bsama, makan sardin kekadang pun sodap gak

  9. zorro Berkata:

    utk para isteri, jgn byk sgt complain kerna smua tu dugaan smentara

  10. mukhong Berkata:

    senang je ajar orang macam ni..sesekali tu tak yah tanak nasi..kau tanak pasir..lauk lak kau hidangkan kayu n batu..tau daun kayu…

  11. yala Berkata:

    kesabaran yang terletak keatas isteri pun ada hadnya. kdg2 kita terlalu beri muka dari awal2. tu yg lemak sgt kaum lelaki kini. kita buat pun bukannya apa ..utk kebahagian bersama jugak tp kaum lelaki selalunya ambil kesempatan. x hargai apa yg isteri buat..kdg2 dilema juga

  12. Pasaraya Berkata:

    Setiap bulan anda berbelanja di Giants,Tesco,watson atau mydin??? Setiap bulan anda makan di KFC dan McDonalds.. jika YA,apa yg perlu anda lakukan adalah melakukan perkara yang sama setiap bulan dan anda diberi baucer.. Kos serendah RM360 akan dipulangkan dalam bentuk baucer bernilai RM400 dan 360 points diskaun. Perkenalkan kepada rakan2 dan anda dibayar tunai.. ingin tahu lebih lanjut??? hubungi saya 019-2052734

  13. perogolmalam Berkata:

    aku lak bini asik gasak duit gaji yg kecil nie..masa lum kawin kata 50-50 tapi skrg jdi kenangan dlm ingauan aje. gaji dia 4x drp aku..duit internate 2000 rm . medical 700.00 aku bayor..duit klaim 6,000 (pokok aku bayor)dia sapu..plak tu malam keluar karoake dgn kawan2 ..balik lambat..nak pakei dia kato letih laa..kalo kasi pun syok sendiri..di macei patong had navy pakai aje tu ha..

    tapi bang bukei semua popuan macam tu ayaa..

  14. perogolmalam Berkata:

    soory silap column

  15. Rani Berkata:

    Memang betul, orang lelaki kalau diberi muka memang melampau. Ingat bini dia superwomen, semua boleh buat.Apa nak jadi la lelaki zaman sekarang…sebenarnya yang ramai jantan je..lelaki dah makin pupus.

  16. sodap Berkata:

    kobeh jang jgn tak kobes..atas bawah sapu bersih..

  17. ghoster Berkata:

    ye le pakai buang je..ayam goreng bulat sekor dgn sapuan manisan lebah terhidang atas meja..peha keatss..

  18. nur Berkata:

    http://www.eumora.wangian.com/index.php?ref=sinenomine

Tinggalkan jawapan