Kisah Dari Mahkamah Syariah: Ditangkap khalwat di hotel
Daniel kesal ikut nafsu sehingga lupa keluarga yang setia menanti
Peluh dingin sudah pun membasahi baju Daniel (ditukar nama). Sejak dari malam tadi dia tidak dapat melelapkan mata kerana resah menantikan hari esok. Hari ini adalah hari penentuan, jantungnya semakin berdebar-debar. Tidak tahu apa akan terjadi. Tapi lebih tidak tahu lagi, bagaimana hendak sorok perkara itu. Esok lusa, pasti keluarga dan rakan-rakannya akan tahu.
Daniel cuba berjalan pantas, bagi mengelakkan bertembung dengan orang ramai yang ada di situ. Walaupun nafasnya tercungap-cungap kerana berjalan pantas, terasa tempat yang hendak dituju masih lagi jauh. Ketika kepalanya berserabut mencongak pelbagai perkara, akhirnya tiba juga dia di kamar yang akan menentukan nasibnya hari itu.
Sungguh, Daniel kesal apa yang sudah berlaku. Tetapi dia tidak mampu untuk membuat apa-apa lagi. Semuanya sudah terpalit hitam dan tidak mungkin dapat mengubah segala kesilapan yang telah dilakukan 10 bulan lalu.
Bagaimanapun, sumpah itulah kali pertama Daniel berbuat demikian. Entah macam mana silap, baru pertama hendak buat begitu Daniel sudah terperangkap dan akhirnya kesilapan itu jugalah yang mengheretnya ke Mahkamah Syariah hari itu.
Mengingatkan semula kejadian awal pagi itu, Daniel tiba-tiba diburu rasa bersalah pada isteri dan tiga orang anaknya. Sepatutnya, kepercayaan yang diberikan isteri dan anak-anaknya bekerja di luar tidak disalah gunakan. Sudah tiga tahun Daniel berulang alik dari utara ke selatan menguruskan perniagaannya. Selama tiga tahun itu sememangnya semua berjalan lancar. Lebih-lebih lagi, Daniel sentiasa mendapat nasihat Pak Hashim, pemandunya yang banyak menemaninya ketika berurusan di luar daerah.
Sejak Pak Hashim bersara, Daniel selain memandu sendirian sesekali ditemani rakan perniagaannya, Nathan. Sehinggalah suatu hari, Nathan mempelawa Daniel untuk menemaninya ke sebuah pusat hiburan, kononnya sebagai meraikan kejayaan mereka mendapat tender baru. Bagi Daniel, tidak salah rasanya menerima pelawaan itu apatah lagi segala kerja sudah pun selesai.
Bagaimanapun, meraikan kejayaan itu tidak setakat di pusat hiburan berkenaan. Nathan, kemudian mengajak Daniel pergi ke sebuah hotel katanya, di situ mereka akan lebih menikmati keseronokan. Mulanya, Daniel menolak, tetapi selepas dipujuk Nathan, timbul perasaan ingin mencuba sesuatu yang berbeza dalam hidupnya. Lalu, Daniel pun menuruti apa yang Nathan lakukan.
Seperti Nathan, tiba di hotel berkenaan Daniel pun ‘menempah’ seorang gadis muda awal 20-an. Tidak sukar, semuanya sudah disediakan dan apa perlu dilakukan Daniel ialah pilih saja yang berkenan di hati. Selepas berkira-kira, Daniel pun membawa gadis genit itu ke sebuah bilik yang sudah ditempahnya.
Belum pun 10 minit berlalu, tiba-tiba pintu bilik hotel yang ditempahnya diketuk dari luar bertalu-talu. Ketika itu barulah Daniel mulai sedar apa yang dilakukan adalah di luar batas seorang lelaki Islam.
Kesilapan itu akhirnya menyebabkan Daniel hari itu dihadapkan ke Mahkamah Syariah Shah Alam dengan tuduhan berkhalwat. Daniel dituduh melakukan kesalahan itu
bersama wanita yang bukan muhrimnya mengikut Seksyen 29 (1) (a) Enakmen Undang-undang Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995.
Walaupun bersyukur dakwaan hanya membabitkan tuduhan khalwat dan bukannya melakukan zina, Daniel tetap menyesali kejadian itu yang mencalar maruah dirinya.
Selepas perbicaraan dilakukan, Hakim kemudian mensabitkan tertuduh bersalah dan menjatuhkan hukuman denda RM1,300 atau dua bulan penjara. Daniel pada mulanya, mohon supaya kes itu ditangguhkan dengan alasan wanita yang ditangkap bersamanya tidak datang ke mahkamah. Namun, Mahkamah telah menolak rayuan Daniel untuk menangguhkan kes dengan alasan kes itu sudah terlalu lama dan tidak mahu ada kes bertangguh.
Daniel terpaksa akur dengan keputusan itu dan bagi mengelakkan diri daripada dipenjara, hukuman denda itu dibayarnya. Sebaik saja perbicaraan habis, Daniel tergesa-gesa meninggalkan kamar itu. Keresahannya tidak berakhir di situ, kini Daniel mula memikirkan bagaimana hendak berdepan dengan isteri dan anak serta keluarga mentuanya. Penjelasan apakah yang perlu diberikan kepada mereka kerana sememangnya Daniel sudah pun melakukan satu kesilapan sebagai suami, bapa dan juga umat Islam.












Oktober 9, 2009 at 5:32 pm |
Itulah kalau terlalu mengikut nafsu…ni lah padahnye…selalunye yg haram juga d cari…sedangkan yg halal tu setia menanti d sisi!!!…
Oktober 12, 2009 at 6:08 pm |
padam muke heheher
Oktober 13, 2009 at 3:40 pm |
lau menyesal,nape x pilih masuk penjara jew??
kt sna nnt bru ar bleh mnsbah dri dgn serius..
hikhikhikhik…
Oktober 13, 2009 at 3:59 pm |
kalo yg sweet20 tu memang hebat,maklum lah bahan muda,(tapi lopong kata ali) bentuk badan tentu menyiurkan dan..pulak tu leh lipat 4..sonyom lebag.. nak lak dio macei gambor ’seni ranjang’ sebelah kiri tu..putih melepak senyum lebar..pakei angkat ats..adoi..cencored…tak dapek hambo nak kato lah kenikmatan suko samo suko kerelaan diri..serah menyerah nie tampa paksa aaein..
Walaubagaimana pun pintu taubat maseh terbuka luas..selagi nya berada dalei tubuh mu..
Oktober 13, 2009 at 4:05 pm |
tapi hati2 siphllis ..hiv..merayau2 unto mengiggit batei..mu….kecacatan zuriat..nak tahu cuba dulu..sodap sodap tak dapek nak gambor kenikmtan nyo..tanah bondang leh tergadai tak po…gilo kalo tak dapek,,mereng buek nyo…
Oktober 13, 2009 at 6:42 pm |
Aku tidak rela meratah betina yang sudah diratah oleh orang lain. BACUL! Isteri tercinta juga yang bertakhta di hati. Hehe.
Oktober 13, 2009 at 7:02 pm |
aku tak kesah sangat badan wangi poket berisi hati baik unstanding okey lah
Oktober 21, 2009 at 3:50 pm |
org lelaki ckp je…cuba dpt peluang cam tu..sume nye nak..betul tak
Oktober 21, 2009 at 3:51 pm |
affuan tu betul ke…kamu belum diduga lagi..
Oktober 23, 2009 at 7:57 am |
masa aku mudo2 dulu geli gelimun lah tengok pompuan nie..rase gigik kotor aje nak muntah..aku A>G>Soceity. aku warak…memendekkan cerita aku gagal mengikut jalan lurus ke sorga..tala semua pompuan second ke baru ke ori ke..tapi yg bekas tu sedap..melain kan orang kata..geli lah dia lum cuba blum tahu..lepas cerita kat mulut aje..rase kentucky fried chiken..finger lickin good colonel..kata dol morgin
Oktober 30, 2009 at 9:29 pm |
ahhh beshh nye time sbelom pencegah maksiat dtg…
”ahh ahh oyeh oyearhh abang!!!!
cepat sikit bhang..arhgggg”..(contoh)
November 4, 2009 at 7:43 pm |
cam b’pglman jer org atas nie..hehehe
msti kwn dia gak yg bgtau..tu arrr..ada lubang halal..xnak,nak gak lubang haram..huhuhu.padan muka..
November 17, 2009 at 1:24 pm |
baik macam mana punlelaki tu bila dh digoda pompuan sudal and gedik..hancur le…pak haji pun turun serban..hehe