Sakit akibat fibroid

Sakit akibat fibroid

Saya berusia 49 tahun dan mempunyai empat anak. Sejak berusia 40-an saya sering sakit apabila kedatangan haid.

Ia terasa seperti terkena senggugut manakala haid saya terlalu banyak hingga saya terpaksa memakai lampin pakai buang, bukannya tuala wanita.

Doktor memberitahu saya mempunyai ketumbuhan (fibroid) yang menyebabkan saya kesakitan apabila kedatangan haid. Hampir dua tahun saya mengalami fibroid.

Masalahnya, saya takut untuk membuat pembedahan biarpun suami saya sering menasihati saya untuk melakukannya. Adakah fibroid penyakit berbahaya? Adakah cara lain untuk menanganinya selain pembedahan?

MAS,
Taman Sri Lambak, Kluang

————-

FIBROID adalah sejenis ketumbuhan berisi gumpalan otot seperti otot dinding rahim. Ia boleh sekecil beberapa milimeter mahupun sebesar saiz buah kelapa.

Fibroid lazimnya tidak menimbulkan petanda atau masalah sehingga mengganggu kesihatan terutama fibroid bersaiz kecil.

Fibroid boleh membesar dengan adanya hormon estrogen (hormon kewanitaan), hanya setelah menopaus saja ataupun dengan ubatan berhormon tertentu dapat menghentikan pembesarannya.

Fibroid yang membesar boleh menimbulkan masalah haid banyak sehingga berketul-ketul, malah menyebabkan anemia (kekurangan darah) sehingga memerlukan kemasukan darah penderma.

Di samping itu, anemia pula boleh menyebabkan masalah kepada kesihatan umum seseorang dan mengakibatkan pembengkakan jantung akibat terpaksa bekerja lebih. Benjolan fibroid ini juga boleh menekan organ berhampiran contohnya pundi kencing menyebabkan seseorang berasa kerap ingin membuang air kencing.

Selain itu, terdapat penyakit lain iaitu endometriosis yang mungkin turut dihidapi memandangkan endometriosis ini juga ‘hidup’ dengan hormon estrogen. Seseorang boleh mengalami senggugut teruk dan sakit ketika hubungan seks dengan kehadiran penyakit ini.

Anda kini mengalami haid dalam jumlah yang banyak yang boleh mengganggu kesihatan anda.

Kehilangan darah yang banyak sendiri adalah satu daripada penyebab doktor menasihati anda menjalani pembedahan.

Malah, kini mungkin lebih sesuai lebih-lebih lagi jika anda belum mempunyai penyakit darah tinggi atau kencing manis. Terdapat ubat-ubatan bersifat sementara seperti suntikan analog GnRH setiap bulan atau setiap tiga bulan untuk mengurangkan paras hormon estrogen anda serta menghentikan haid anda.

Ia boleh diteruskan selama enam hingga sembilan bulan sebelum dihentikan kerana seperti ubat-ubatan lain, ia juga mempunyai kesan sampingan tersendiri.

Apabila menopaus kelak (kebiasaannya usia menopaus wanita adalah sekitar 50 hingga 51 tahun), fibroid dijangka akan berhenti pembesarannya malah akan mengecil, haid anda juga berhenti.

Namun, tidak semestinya seseorang wanita akan putus haid pada usia 50 tahun (setahun daripada usia anda sekarang). Ada yang menghampiri 55 tahun, ini masih dianggap normal. Selain itu, walaupun fibroid bukanlah ketumbuhan berbahaya (ia bukanlah kanser), risiko sebenar atau akan menjadi kanser masih ada (sekitar satu peratus). Berbincanglah lebih lanjut dengan doktor anda.

~ Dr. Adilah Ahmat

10 Responses to Sakit akibat fibroid

  1. amen berkata:

    berdasarkan testimoni satu ketika dulu…
    ada seorang wanita yg mengalami penyakit yang sama…
    malah ketumbuhan fibroid die hampir2 mencecah 14inci diameter lilitan…beliau mencuba produk kesihatan premium beautiful keluaran hai-o…sy bkn nk promote…
    tp ini kenyataan…kalu pn ingin mencuba premium beautiful,pn ambil lah..sy mmg supplier drpd hai-o…pn ambil dulu pkai…jika berkesan,pn byr…tp kalau puan tak berpuas hati,puan boleh pulangkan kpd sy kembali..
    sy tak kate produk ini mampu mengubati,tp dengan izin Allah..kte usaha je…ni no fon sy (010-4699946)..cube dulu…kesihatan kte lebih penting dari segalanya…

    • z_0111 berkata:

      amen..saya sokong ape yg dikatakan..saya pun memaikainya..ada yg memakai produk ni di mana ia blh mengecilkan ketumbuhan fibroid…rakan setempat kerja saya pun saya br syorkan produk ni..

  2. zex berkata:

    Salam pn Mas..
    Saya terpanggil untuk berkongsi dgn Puan tentang satu penyelesaian terhadap masalah puan (Alpha Lipid Lifeline). Jika Puan berkesempatan, apa kata kita bertemu pada 3hb Okt ini di Kluang. kebetulan pada hari yang sama saya akan ke sana utk bertemu seseorang yang dilanda masalah kesihatan sebagaimana puan alami . Maklumat awal tentang diri saya dan produk,puan boleh layari blog saya sebelum kita bersemuka agar info kesihatan dapat kita kongsikan bersama..InsyaAllah

    Ikhlas: Zex

  3. Za berkata:

    Salam Pn. Mas

    Saya ingin berkongsi pengalaman dengan pn. saya juga mengalami masalah fibroid di usia yang muda iaitu 29 tahun. saya keguguran anak pertama disebabkan fibroid yang semakin membesar bersama-sama dengan bayi.pada mulanya saya juga takut untuk melakukan pembedahan tetapi memandangkan saya ingin mengandung, saya terpaksa lakukan juga. Alhamdulillah saya baru sahaja selesai menjalani pembedahan fibroid pada 11 Sep yang lalu.kini saya semakin sihat.Pn.Mas kena lakukannya cepat sebelum ia membesar. Sakit sikit je lepas tu ok.jangan takut dibedah ye pn.

  4. lina berkata:

    waktu ini usia saya 41 tahun, sejak akhir2 ini saya selalu mengalami sengugut, darah yg keluar berketul2 dan banyak, saya juga sukar untuk bernafas dan seluruh badan saya terasa panas.di sebabkan itu saya telah di masukkan ke hospital dan di tambah darah sebanyak 2 pek, doktor mengesahkan saya ada fibroid dan anemia. saya tidak melakukan pembedahan waktu itu kerana takut dan keliru untuk membuat keputusan dalam masa yg singkat dan mengambil keputusan untuk pulang. sejak pulang dari hospital emosi saya sering terganggu, tidak ada selera makan dan sukar untuk bernafas .saya juga tidak tahu yang mana dulu yang hendak saya ubati sama ada anemia atau fibroid, atau kedua2 nya sekali. tolong lah saya menyelesaikan masalah saya ini, atau sekiranya ada ubat yang boleh menyembuhkan penyakit saya ini, terima kasih

    • shahril berkata:

      salam semua… sebenarnya punca utama semua jenis kanser adalah kekurangan Vitamin B17/Amygdalin… boleh buat search di google pasal ubat B17 nie adalah penawar/ubat kepada semua jenis kanser tak kira tahap brape pun.. B17 nie tggi dalam biji aprikot, biji buah2an berry mcm acai berry, burberry, anggur, epal, kacang hijau, ubi kayu, daun sireh, daun belalai gajah, keladi tikus… tu sbb org2 tua dulu kadar kanser sgt kurang sbb mereka mengamalkan makan ubi kayu, daun sireh, ulam2an, keladi.. kita skrg mmg xmakan atau kurang makan bnda2 mcm ni, tu yg kanser terlalu tggi dlm zaman kita… sesiapa yg ingin mendapatkan ubat kanser iaitu B17 + Bromilin + Graviola… boleh hubungi saya 019-9362993, atau emel di hubby_sr@yahoo.com atau join group facebook ‘PENAWAR/UBAT KANSER’.. sesuai utk merawat semua jenis kanser tak kira tahap brape… InsyaAllah boleh sembuh sepenuhnya dlm masa 2-3 bulan sekiranya mengikut tatacara yg betul…. utk fibroid pun boleh ambil penawar ini sbb penawar nie adalah utk semua jenis kanser, tumor & ketumbuhan termasuklah fibroid… boleh hubungi sya 019-9362993…

  5. ika berkata:

    sy mengalami kesakitan apabila dtg haid.malah ketika bersama suami pn ada rasa sakit &mgambil masa beberapa hari utk sembuh.sy pernah keguguran sbyk 3kali..sy xnk lakukan pembedahan..adakah cara lain utk mengubatinya..?

    • shahril berkata:

      ya boleh, ika boleh abik penawar kanser/tumor utk rawat fibroid tersebut.. InsyaAllah boleh sembuh dlm masa sebulan.. nak detail ika boleh call sya SHAHRIL 019-9362993 atau ke blog sya ubatkanserb17.blogspot.com…

  6. zue berkata:

    Penyakit ini boleh dirawat dengan kaedah rawatan AYURVEDA. Kepada sesiapa yang dikenalpasti mempunyai ketumbuhan ini, jgn berputus asa kerana Dr Luqman – Pengamal Perubatan Ayurveda ada penawarnya.

    Jom LIKE facebook page REMEDI TV9 & join group REMEDI TV9. New programme for TV9 viewers related with alternative treatment and traditional treatment. Vaidya (DR) Luqman – Ayurvedic Specialist, pengasas LUQMAN HERBS CENTRE akan muncul dalam program REMEDI di TV9 pada Jumaat ini 25 Mei 2012 pada pukul 7.30 mlm (siaran ulangan) dan pada 29 Mei 2012 jam 9.30 malam dan ulangannya pada 1 Jun 2012 jam 7.30 mlm.

  7. zety berkata:

    salam..

    saya sedang hamil 17 minggu.. dan mengalami fibroid. fibrod saya sebesar 8×5 cm…..mencari ubat yg boleh mengecutkan dan yg sesuai dan tidak memberi kesan buruk pada bayi dlm kandungan. adakah bayi saya selamat?

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 343 other followers

%d bloggers like this: