Suami curang

Kecurangan Suami, Derita Isteri

Lelaki hanya mampu berlaku curang untuk tempoh yang singkat kerana tidak mampu hidup berpura-pura.

Sesetengah wanita suka berjanji temu dengan lelaki yang sudah beristeri kerana faktor risiko dan keseronokan. Perkara ini memang menyedihkan.

Ini tidak adil kepada si isteri dalam perkahwinan tersebut apabila wanita lain dalam diam sedang ‘mencuri’ suaminya.

Isteri berkenaan merupakan mangsa tidak bersalah dalam seluruh perhubungan terlarang yang dilakukan oleh suaminya.

Isteri itu juga tidak layak melalui bebanan kepedihan emosi yang melampau menerusi penipuan suami dan kekasih barunya itu.

Apabila seorang wanita terlibat dengan suami orang, perbuatannya itu didorong oleh niat jahat dan dia tidak peduli apa yang akan berlaku ke atas hubungan suami isteri berkenaan.

Wanita itu juga tidak peduli bahawa ‘kekasih’ dan isterinya itu sudah lama bernikah memandangkan dia adalah penyebab kerosakan rumah tangga mereka.

Wanita ini juga lazimnya cuba memperbetulkan tindakannya dengan menghancurkan perkahwinan suami dan isteri itu dengan berlaku curang.

Kebanyakan wanita yang melakukan perbuatan curang dengan lelaki yang telah berkahwin juga hanya melakukannya demi kuasa.

Kuasa untuk menjauhkan lelaki daripada isterinya. Tetapi kadang kala ia tidak berjaya. Ini berlaku dengan kerap apabila si lelaki tidak menceraikan isterinya.

Sebaliknya, lelaki tersebut akan kembali ke pangkuan isterinya dan cuba memperbaiki perkahwinan mereka. Dalam kes tertentu, terdapat wanita yang berlaku curang dengan lelaki yang dia sendiri tidak tahu sama ada sudah berkahwin atau belum.

Ini kerana ramai lelaki yang sudah berkahwin menipu mengenai status sebenar mereka.

Lama-kelamaan, perasaan bersalah akan menyelubungi sama ada lelaki atau wanita yang curang.

Salah seorang akan menghentikan perbuatan tersebut jika mereka benar-benar rasa bersalah melakukannya.

Sesetengah lelaki hanya mampu berlaku curang untuk tempoh yang singkat kerana tidak mampu hidup dalam kepura-puraan kerana perasaan bersalah akan mengganggu hidup mereka setiap hari,

Malangnya, sebahagian lelaki langsung tidak berasa bersalah dan langsung tidak ingin memperbaiki rumah tangga mereka.

Lelaki seperti ini kadang kala akan menuntut cerai dan berkahwin dengan pasangan yang melakukan perbuatan curang itu.

Isteri akan berasa marah, sedih malah rasa bersalah bahawa suami berlaku curang terhadapnya. Dia juga sering tertanya-tanya apakah kesalahan yang dilakukan sehingga menyebabkan suami sanggup bermain kayu tiga.

Kebenarannya adalah si isteri tidak melakukan apa-apa kesalahan. Kecurangan berlaku kerana si suami memang ingin menipu isterinya itu dengan wanita lain.

Ada sesuatu yang tidak kena dengan suami jika dia tidak memfailkan penceraian jika dia kononnya tidak bahagia dalam perkahwinannya itu, tetapi sebaliknya dia berlaku curang terhadap isterinya.

Ini merupakan bukti yang cukup menyedihkan bahawa sebahagian lelaki tidak mengambil perkahwinan sebagai sesuatu yang suci dan serius.

SUSUNAN  Diyana Rose Kamaludeen


Pancutkan Suami. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Penawar Rumahtangga. Keterangan lanjut, sila klik sini.

95 Responses to Suami curang

  1. liza berkata:

    artikel yg berguna utk direnungi…

    • nur berkata:

      artikel ni sangat berguna…setuju dengan awk..sebab artikel ni menjawab sedikit sebanyak pertanyaan yg sering membelenggu saya akibat perbuatan suami yg curang…smpai sekarang saya mencari2 apakah punca sebab suami buat macam tu..bukan sekali dua terkantoi..malah berkali2…hanya ALLAH yang tahu keadaan saya

      • Rohaida Bella berkata:

        lelaki memang tidak serik malah tidak ada perasaan bersalah pun di hati mereka..berdoa berdoa dan berdoa……

      • as berkata:

        beginilah nur.tepuk dada tanya selera.selalunya suami curang isteri tetap menerimanya.tp klu is3 curang terus jatuh talak.wlupun ialam membenarkan poligami isteri tetap terluka.seandainya suami u sayangkan u, dia xkan lakukannya.jgn menelan hempedu mengharapkan suami.telah terang Allah tunjukkan belang suami u. ingatlah perempuan yang baik hanya untuk lelaki yg baik begitu sebaliknya.klu tetap bersama tp hati x ikhlas dikira berdosa.terpulanglah buat keputusan yg bijak.rezeki Allah yg tentukan.byk lg lelaki yang baik diluar sana

      • baie berkata:

        SY JG MNGSA KECRNGAN SUAMI..MS TU SY BRU LPS BRSALIN ANK KE3..DH LA ANK PREMATURE..SEDIH TUHAN SJ TAU

  2. entahla berkata:

    Aku sundriii tak mampu mengelak..wanita hari ini amat berani..hingga aku tak keruan..padahal aku bukan la dalam katergori manco..cuma ala kadar sahaja..aku dalam dilema..

  3. knizam berkata:

    Antara sifat lelaki yg wajib diketahui isteri…

  4. katrina berkata:

    Sedih baca article ni

    Article ni seswai tuk suami yg mensia2kan isteri SOLEHAH SHJ… huhuhu…

  5. pakcikli00 berkata:

    Isteri perlu sentisa menarik dan menawan

    • Rohaida Bella berkata:

      btul tu isteri mesti cantik dan menawan…….. menjaga suami dari segala aspek…….. kalau curang jugak kita kena ada lesen untuk untuk berubah….. dan merubah

  6. husna berkata:

    kecurangn suamiku terbongkar ms aku mengandungkn ank ke4…nsb baikla hnya setakat sms…skrg dia cuba buat yg tbaik

  7. Dilemma berkata:

    Hhhmmm…nasib baik la kan… but we must believe that ebery human made mistake. Even we ourselves..!! Saya teringat kata2 seseorang…”usahlah kita mengharapkan diri mendapat jodoh lelaki yang sehebat Rasulullah jika kita sendiri pon tak sehebat dan semulia Siti Khadijah!…”

    Apa yg kita mampu dan terdaya lakukan hanyalah berdoa dan terus berdoa supaya Allah bukakan pintu hati kedua2 kita (suami isteri) supaya terus berada di jalan yg benar…dan mencuba yg terbaik utk pengisian rohani dan jasmani yg sihat utk melayari bahtera rumahtangga.. ;-)

  8. ikan buntal berkata:

    laki aku main kayu 3 time aku ngandung ank ka2…aku mkn ht 3 taun,..n tanpa pedulikan ht aku..now dia dh kawin ng bdk belia..muda sket dr aku..aku juz rs nk pisah..coz dia mmg x mampu..sara 2 kuaga..

  9. nnnuuri berkata:

    salam,,
    memang kte sebagai isteri terlalu takut suami curang / main kayu 3..
    harap pada suami2 setia lah pada isteri2….
    termasuk suamiku…

  10. SHIDA berkata:

    ntahla sedih klu suami kta curangkan.. meskipun hanya melalui sms..ni kta nak citer psal abg kta….kta syg dia smpai ke mati(insyaallah)..dia syok2 main sms dgn org lain…cuba kta yg buat gitu mau cerai talak tiga…dgn kta dia panggil papa/mama je tp dgn budak tu dia panggil abg n syg…alahai lemah lutut kta bila baca sms tu…tp dia ngaku tak buat dah tp kta xbrpa pecaya…so now jz wait n see

  11. ena berkata:

    aku pun sekarang ni dah hilang kepercayaaan aku pada suami aku yang dah 4 tahun melayari bahtera perkahwinan, baru 4 tahun dah macam2 dia buat!
    tapi aku maafkan lagi…walo hati ni sakitnya tuhan je tahu!aku pikir anak2….kalo satu hari kena kat diri dia baru dia nak nyesal…aku terlalu sayangkan dia! tapi dia tak ambik port pun… mudah-mudahan tuhan tu perkenankan doa aku agar suami ku jadi seorang suami yang tahu erti setia pada perhubungan suami isteri…..

  12. anis berkata:

    zaman sekarang ni bersepah suami yg tidak menghargai rumah tangga!

  13. ssss berkata:

    ye ler lepas dah lepas rase lega..

  14. ssss berkata:

    skrg nie yg mano ade kelebehan yg tu lah nak di jago rapi kot..yg bikin masaalah.. tolah ketepi aje..dlm zaman paki buang ini kot..kot ..aja.. kot..kot kot lah

  15. 2 x 2 berkata:

    sedih tu memang lah terasa macam memkan badam..d.j dave kata laksana menelam hempedu lah agak nye..macam din tu dah kawin 18..bini die tak renti2 ego ek ek lah selalu menghina dia..tapi dio sabor sebab anak nak membesor..aku salute kat si lelaki ni sebab tabah nye dia bersama..walu pun keadaan nye tak di hargai oleh bini nye yg ek dan sombong bodoh itu…

  16. maaf zahir batin berkata:

    Laki yg bayak bikin curab ni satu hari nanti..cota die hilang kemahuan satu ahri nanti..ngeri nye rase diea benda terhidang ..ayor lior meleleh tapi abe tak nak tidoq aje tak nak bagun ..adoh pedeh nye hati dio..tak terperi

  17. aida berkata:

    emm … aku pun macam tu jugak.. kene tipu idup2… baru 2 tahun lebih laki aku ada pompuan lain… hancur hatiku… rahsia terbongkar bila aku terjumpa phone memory card dalam poket baju keje.. bukan niat nak cari apa2 dalam poket baju keje dia.. tapi aku nak cuci baju keje dia… emm tuhan tu maha adil… last2 dia mengaku jugak… aku tanya dia apa kekurangan aku ni.. dia cakap tak ada apa yg kurang… dulu waktu aku kawin dengan dia… dia hanya keje kampung.. tak ada pendapatan tetap.. hanya aku saja yang keluar bekerja.. tetapi selepas aku dapat anak.. dia dapat keje dekat jab.pengangkutan jalan sebagai pembantu jer.. bukan hebat sangat pun… susah payah aku dulu sikitpun dia tak kenang… mungkin ini tak takdir ketentuan tuhan pada aku.. aku redha

    • Bunga berkata:

      aku juga mempunyai pengalaman yang sama dengan korang. aku bekerja tetapi suami aku tidak bekerja. 5 tahun lebih kawin tapi belum dapat anak. dia cari org lain kononnya nakkan anak.

  18. aida berkata:

    hari2 hidup berlinangan air mata… hati aku aku ni sentiasa tak tenteram… sebab aku terlalu sayangkan suami aku…

    • zorro berkata:

      kalu syg kasi le pluang utk dia pbetulkan…dari keje kg jd org jpj kire hebat gak tu…aku ni tak bleh dgr kalu org nama aida cos mcm nama my ex le..coincidence je tu

  19. aida berkata:

    emm… memang bagi peluang.. isteri mana tak syg suami.. walaupun hati dah remuk redam… kadang2 terasa menyesal kawin dengan dia… tapi nak buat mcm mn.. sudah d tentukan tuhan aku bertemu n bernikah dengan dia..
    sekarang perasaan aku masih tak tenteram… masih sedih.. sebab kejadian ni baru saja berlaku.. seminggu lagi nak raya rahsia dia terbongkar.. bayangkanlah… semangat nak raya terus hilang…
    tiada lagi senyum dekat bibirku.. tiada lagi senda gurau.. yang tinggal hanya deraian air mata yang menemani…
    Kesian anak kecil ku..
    cuba bayangkan klu aku lakukan pada dia begitu… alamatnya.. mahu punah ranah rumahtangga…
    aku bukan nak minta simpati… sebab tulis dalam ruangan ni.. cuma aku nak tenangkan hati aku.. aku tak tahu nak citer dengan sesiapa.. sebab aku malu…
    selalu aku dengar citer dekat tv.. pasal suami main kayu tiga… tapi sekarang benda tu memang betul terjadi dekat aku…..

    • zorro berkata:

      pikir nape sminggu nak raye rahsia diketahui?? ada hikmah dan nikmat yg tuhan je tahu dan aida akan tahu pada hari akan datang…cuba bayangkn plak kalu msih tak tahu dan jd lbih complicated..zorro bkn pndai ckp je tp pengalaman byk mengajar erti kehidupan dan kenikmatan hidup berkluarga…anyway i believd that ur hubby sndiri pndai menilai mane yg lbih baik.. cuma almaklumlah lelaki ni mmg slalu nakkan thrilld..just giving my point of views je…slamat raye

      • Dilemma berkata:

        Hhmm… selalu sgt ke zorro ni thrilled?? hahahha…

      • zorro berkata:

        ada la jgak beberapa kali

      • Dilemma berkata:

        heheheh…rasanya saya tahu bila yg zorro dah penah thrilled nih… huhuhu.. nasib baik la zorro sempat gostan… kalu tak, dgn saya sekali amsuk longkang.. hahahha!!

        Pssttt..abg zorro jgn notti2 lagi tau… kang tak sempat merasa naik kuda dgn MJ.. kekeke..

  20. madhi berkata:

    askum..aida saya bersimpati dengan awk..saya pn pernah lalui dugaan seperti awk..sy xsangka suami sanggup buat sume tu ngan ex gf yg dah jadi janda..alhamdulilah sy jmpe ngan pompuan tu n slow talk ngan dia..dan sumenya berakhir ngan baik..n r.tangga kami ok semula..jgn sekali2 lupe solat n berdoa coz tu je kekuatan yg kite ade..hb kite kadang2 terlupe waktu susah yang kite hadapi bersama..klu kite ingat kan die kata kite mengungkit..betul x?tapi kite just nak dia jgn lupe pengorbanan kite tu je..

  21. aida berkata:

    terima kasih… hanya pada tuhan saja saya mengadu… saya dah jumpa dengan pompuan tu… saya cakap dengan dia baik2… rupa2 nya dia tak tahu yg suami saya sudah berkahwin dan ada anak 1.. bercinta dengan gadis remaja yang sebaya dengan adik sendiri..
    entah la… saya dah buntu… saya tersepit … buat masa sekarang dia dah tak hubungi perempuan tu tapi i mcm tak percaya…. mungkin next time dia akan buat lagi..

  22. Alangkah.. berkata:

    iya..lelaki mudah lupa.Time bercinta indah saja,tp sdh tu pandai2 plk curang.Sy pn sdh kena n still sakit hati lg smpi skrg wlpn kecurangan laki ku tu hnya sms n tel saja.Tp,bagi isteri yg setia..ini mmg satu malapetaka..lbh2 lg surirh sepnuh msa sprti sy ni.Setiap hari mendoakan keberkatan rezeki,sepanjg masa merisaukan suami yg klur bkrja mcri rzki..tup…tup..laki kdptan curang.Adilkah begini?Di mana letaknya kasih syng seorg isteri d Hati seorg Suami?????????Sampi bila kami kaum hawa hrs d curngi?

  23. Teman berkata:

    Selalu nye lah suami yg curang ne de simpan belai sampei mati..yg baik selallu kena ‘kerabu’ bini,barangkali yg curang nie ade kelebehan kot..kesian kat cek me udei tu ..kena godam teruk2 pun maseh seta menunggu suami curang tu…barangkali tongkat sakti nye ade nyummm kot..pakei ball baring..

  24. syoknyetukargantinie berkata:

    lelaki bukan lupa tapi masa miang nak..misti laa kena drama tamil sikit..dah dapek ration okey laa..syonara

  25. cinta berkata:

    i pun ada pengalaman atas kecurangan suami… tp org lelaki nie kta kene ajar dia org skit bg dia rasa mcm mana kta rasa….. bla dia dah rasa baru dia tau sakitnya hati… nak tau apa taktik sya buat emaillah sya…

    • zorro berkata:

      balas2 dendam ni amalan tak baik…tkut tak smpat balas kene lg nnti..nak bls email pun tak smpat…ee sye tkut..

    • sofea berkata:

      apa email awak?

    • syiema_86 berkata:

      how

    • asma berkata:

      saya suruh kawan baik suami saya menyamar jd kekasih saya…bila dia dpt tahu,dia cekik saya smpi xbnyawa..nasib baik xmati sdgkan kitorg menyamar utk test suami sy je…tp dia still contact dgn pempuan tu senyap2…tel dia ade password,fb dah block spy saya xleh tgk…skrg kitorg dh bcerai sbb dia bawa pempuan tu kerumah kami masa saya balik kampung 2minggu..astagfirullahal’azim..bila saya blk kerumah,saya dapati ade bra pempuan lain ttinggal diampaian bersama seluar dalam suami saya… remuk hati ni..supaya Allah mberi pbalasan padanya…atau lebih baik,spy Allah masukkan iman padanya dan kembalikan dia pada saya..sbb saya setia smpi mati dgnnya…

  26. sabrina tan berkata:

    wahai wanita2 di luar sana, u all prnah tak kena tumbuk dkat mata oleh hubby u all gara2 u bising dia kluar dgn x dia mrangkap sepupu u sendiri di saat perkahwinan bakal brlangsung tak sampai smggu? konon2 nak jumpa buat kali terakhir. masa u mengandung 7 bulan, u tpksa buat part time coz nak cari duit lebih buat blanja selepas bersalin, dia syok2 peluk pompuan lain depan mata? lepas tu, anak yg u kandungkan meninggal dunia dalam kandungan gara2 u tlalu makan hati, sedih, tertekan? masa nak kebumikan anak, dia hanya pakai short pant. ingatkan bila ALLAH dah beri ujian tu dia insaf, rupa2nya tidak. anak sulung u dia halau dari front seat gara2 nak bagi pompuan lain duduk sebelah dia, gelak2 macam kami anak beranak takde dlm kereta. selama 4 tahun kawin kami asyik bsepak terajang. tak tahan di dera sy melawan balik. dah mcm smack down. dia boleh panggil saya ‘kafir’ sedangkan dia solat pun tidak, mengucap dua kalimah syahadah pun tak reti. makan minum, rumah, kereta, pokok pangkal smua sy yg tanggung. dia cuma pndai buat anak. kerja pun sy yg carikan. ingatkan bl dia dpt kja sbg pnjwat awam hidup kami branak akan brubah. br 2 mggu keja dah simpan p’puan. ofis kami cuma bertentangan antara 1 sama lain. kentut dia pun bleh dgr smpai ofis sy. bl sy mngamok, dia slow kjap. skrg dah ada crita trbaru, kali ni dgn isteri org yg blum branak. mgkin dia nak tolong p’puan tu ‘buat’ anak coz suami dia tak pandai kot. 4 tahun kawin, dia asyik puji p’puan lain cantik & bgetah. haram 1 kali prnah puji sy. sy brmatian-matian tpis godaan rakan spjbat coz bg dia org sy ni msih mcm anak dara w’pun anak dah msuk 5. tak kira cantik camne pun, kalau dia ni jnis gatal, miang, apatah lagi takde asas agama dlm hati, dia bedal je mana2 p’puan asalkan p’puan tu nak. nak kata hensem, mcm badak sumbu. ntah camne sy brkenan kat dia dulu. anak bini solat cam ne pun, dia buat dek je kat rmh. tak malu dgn anak2. sy tau stiap kali sy balik kpg utk brsalin, grenti dia akan bawa p’puan balik rumah. mak mentua pun tau tp tak kata apa coz dia tak pernah nak berkenan bermenantukan sy. dia org kpg, sy org bandar. dulu seksi, skrg dah pakai tudung. any comment on my story?

  27. sabrina tan berkata:

    lupa nak sebut, dari 5 hanya 2 anak yg hidup gara2 trlalu bnyk makan hati, jntung, hempedu… semua sy bedal. skrg sy msih duduk 1 bumbung dgn suami & dia msih ligat dgn aktiviti ‘prempuan’ nya. sy dah tak tau nak kata apa. sy smpai cakap dgn dia, esok2 kalau mati,jenazah sendiri kafankan, kubur tu sendiri yg gali, lepas tu sendiri yg timbus balik. tak insaf2. dia pernah terlibat dlm kmlangan jln raya, kcdraan agak parah akbiat mempermainkan sumpah. sggup brsumpah atas nama ALLAH konon tak curang, tak simpan p’puan lain, kalau betul dia ada p’puan lain, dia akan xcident katanya sambil pegang al-quran dan sebut nama ALLAH. Sesungguhnya ALLAH maha adil. ALLAH nak tunjuk yg dia curang & tak pnah brubah apatah lagi insaf, dia kmlangan. nasib baik msih hidup.

  28. sabrina tan berkata:

    di sebabkan kaum adam lah kaum hawa bnyk yg msuk neraka. mcm sy & suami. sepak trajang mcm smack down dah jd lumrah. itu smua suami yg ajar. sumpah seranah pun suami yg ajar. tak kira mcm mana sy ugut dia nak buat prkara sama, dia bleh dek je. kalau sy buat prkara sama (curang), silap hr bln cerai talak 10 dia bagi. u dah baca crita i.. baik u baca dulu. u cuba cari apa kekurangan i..

  29. Zidane berkata:

    Salam Pn.Sabrina Tan,

    Kdg bila dgr “one sided” statement pun susah jugak. Apapun judging frm yr statement mmg ada kes prima facie. Ewah, mcm kat court pulak.

    Anyway, bila ada kesempatan akn kawan komen sket. Tapi kawan rase ada baiknya Kebayan membuka bicara mukadimah dahulu.

    psst : Mana MJ, Dilemma semua nii P?

    • kebayan berkata:

      salam zidane .. since kerja kerja aku dah habis .Sebenarnya aku akan lepak depan komputer ni .. baca surat khabar .. sambil sambil tu klik singgah kat sini .Bukan semua luahan aku boleh jawap .. semua cerita benda yang sama .Tapi .. cara kita menghadapinya .. dikatakan orang yang bahagia adalah orang yang pandai mengawal emosinya bila berhadapan dengan masaalah .. masaalah tidak pernah selesai malah kadang kadang ianya berlalu macam tu saja .Masaalah emosi perempuan ni ada kaitan dengan hormonnya .Hormonnya selalu turun naik .Bila hormonnya stabil dia akan bersikap rasional .. tapi bila hormonnya tak stabil .. dia seolah olah jadi tak tentu arah .. jangan sekali ada masaalah memang kelibut jadinya terutama kalau ianya berpunca dari suami.Berbanding dengan lelaki yang lebih cool dan bertenang .Memang sukar untuk lelaki memahami sikap perempuan ..

  30. qashriena berkata:

    Salam.,

    Ermm makna kalau suami kita beriya siap cakap demi allah takde girlfriend kat luar, walau pun tanda tanda suami curang dah hampir complete lah package tue… mAKNA NYER DEMI ALLAH SUAMI TU TAK BOLE PERCAYA LA.. TUNGGU ALLAH TURUN KAN BALASAN ATAS PERSENDAKAN nama Allah.. Amin.. MIntak allah beri petunjuk pada nyer

  31. syiema_86 berkata:

    saya paham segalanya… suami saya mnjalinkan hbungan semula dgn ex gurl dye.. dan slalu bcakap yang di dalam hatinya cuma ader perumpuan itu yang telah dtingalkan dulu merka bercontact memalui internet tagged.. hancur hati saya tuhan saja yang tahu.. sedangkan saya baru melahirkan anak km yg pertama tak sampai 4bulan. tapi sakit hati tu hingga skang saya x dpt lupakan… biarpun dye tidak lagi contact dgn ex dye tapi saya shingga skang tidak lagi pcya padanya.. dan hnya berharap tuhan dan masa dpt mengubati luka dihati ini

  32. wda berkata:

    :( mmg sedih..usia perkhwinan br 1 thn lbh..lps kawin allah terus bg zuriat..comel bijak..x penah meragam pun..suami sy inspektor polis..blh dikatakan tiap2 hari keje mlm blk pkl 3-4 pg..sbg isteri sy percaya..sediakan makan minum pakai..hubungn dgn sy sume baik..dpn sy pijak semut pun x mati..tp hati luluh bila baca sms..Allah bukakan hati utk curi2 baca sms suami..rupanya dia bercinta dgn anggota s’diri..perempuan Iban..:(:( dh sbln tp masih sedih dan terguris..

    • nur berkata:

      kisah kite hampir sama..sy masih mengkaji n mencari sebab kenapa suami suka sangat buat hal kes curang ni bila bini tengah mengandung n selepas melahirkan…apakah dia tidak sedar itu zuriat die..susah payah 9 bulan mengandung n pastu bertarung nyawa nak lahirkan zuriat die..senang hati die wat hal dengan ppuan lain..saya paling hairan dengan manusia berjantina perempuan yg suka layan suami org …dh tau dia suami org…wat pe nak kawan2 lain..sebenarnya islam dh letak garis panduan…macam mana pandainya kite nak berfalsafah tentang hukum..hukum tetap hukum…dlm islam dh cakap bila sudah berkawin lelaki dan perempuan maka putuskan lah hubungan bukan muhrim..walaupun sekadar kawan…

      • yana berkata:

        sy setuju org laki ni kdg2 x penah puas….

      • Rohaida Bella berkata:

        jangan salah kan perempuan tu… salahkan suami u.cos suami u yang curang …cuba tengok diri kita dan bertanya kpada diri kita jika ada kesilapan di mana2…… cos suami akan bagi jawapan dah suka nak buat macam mana saya tak ada jawapan untuk kecurangan saya…….so u nak ckap aper……

  33. gerun aku berkata:

    tak pa lah dah lumrah alam semula jadi..semesta ini..zaman yg penoh dgn pancaroba..take an easy…asal dia maseh kasi dapur berasap dah lah…sekali sekala berjumpa pun tak pe ..ia nya merapati lebeh erat lage…penangan pun menjadi jasi..bersabar lah yang…

    • relaxman berkata:

      adat miang lelaki ini gitiu, masa ada kederat memang tak cukup satu atau jemu..yg tu aje…pancaroba menjelma tiba2 didepan mate, apa lah salah tenaga sentiase ada, pengantian suka lara semasa ..waktu merah tiba..

      Dah tentu bila tiba masa dia akn kembali jua

      • gianman berkata:

        asal dia tal langgor pantang larang ugamo dah loo

      • nur berkata:

        adat lelaki miang…adat perempuan ada juga yang miang..jadi kesimpulannya adat manusia itu miang???? huhuhu…pelik bunyinya…adakah kite semua miang?

      • perogolmalam berkata:

        hebat..benar lelaki macam tu yerr…kecurangan dah biasa masa kini..bila dah nak gol bertaubat laa….yerr…alam kecurangan nie memang sedap dan nyaman sekali..sentiase tak kering gusi..senyum selalu jerr…

    • nur berkata:

      sy kurang setuju..kadang kite ase cukuplah die layan baik…kasi wang n nafkah sudah cukup tp tentang agama kite ketepikan…kite tak tahu sejauh mana suami kite dengan perempuan itu..batasan aurat,pergaulan dan perhubungan mereka…sudah tahu kenapa perlu berdiam diri? seeloknya hal perkahwinan rujuk hukum hakam dalam islam…(bg yg beragama islam)

  34. joli berkata:

    saya rasa ada betulnya kta kebayan tu. pompuan ni hormonnya naik turun tapi sebagai lelaki harus ingat sekali dah pernah buat curang sampai bila2 pun tak dpt dlupakan kepercayaan akan hilang.perkongsian tanpa kepercayaan takkan lengkap.jadi salahkah kaum perempuan rasa harus berterus terang kalau dia benar2 insaf.

  35. arisa berkata:

    lelaki semua mcm tu…xphm..nk tgglkn suami yg curang susah…semuanya sbb syg..pdhl diorg xpnh pk kita syg diorg mcm ape je..

  36. mamasedih2010 berkata:

    sy pn sedih sgt bila terbaca mesej ym suami ngan pompuam tu. Dahla guna syg, dear, abg, laling n mcm2 lg, lpstu siap borak hal dlm kain! Mcm nk pengsan lps baca. Suami yg sy percaya 100% bole chat camtu ngan pompuan lain. Siap tkr2 gmbr lg.. Suami kata xde apa2 hy hbgn dialam maya.. Tapi sy tau dia dh syok lyn pompuantu. Klu dia btl2 ikhlas mst dia dh delete dr contact. Skrg sy hy mampu doa ja. Kepercayaan sy dh hlg. Sy sgt2 terluka. X sangka suami sy yg nmpk baik n bragama tp miang! X ingat status sbg suami n bapa. Sy sgh kecewa. Skrg curiga ada dimana2. Sedih sggh.. Hy Allah swt yg Maha mengetahui.

  37. mamasedih2010 berkata:

    sy syg sgt kt suami. Sy xkan tunduk pd pompuantu. Sy yakin Allah sentiasa brsm org2 yg sbr. Sy x pts2 berdoa agar hati suami kembali pd sy. Sy semkn dkt dgn Allah. Mgkn ini hikmahnya.. Tp sy tetap mencurigai suami smpi bila2. I can forgive but cant forget..

    • nur berkata:

      sllu pihak yg kecewa atas kecurangan pasangannya akan menyatakan can forgive but cant forget..memang pun…walau kite dh maafkan ..tp pengalaman kenangan dicurangi sangat memeritkan..kadang sampai tetibe jer menitiskan air mata…bila diingatkan balik…akan sakitnye hati ni..apatah lagi soalan yg sering timbul..’ape yg kurangnya aku?’ ‘apa yg lebihnya die banding aku?’ ‘ape die dh x suka aku’…n yg paling memeningkan n merisaukan adalah soalan ‘ betul ke pas ni di dh berubah..atau die wat lagi?’…

      tolonglah lelaki dan wanita yg bergelar suami n isteri..manfaatkan rumahtangga yg dibina.belajarlah utk setia.hargai apa yg telah kite kecapi…kalau masih mahu berfoya2.usah berkahwin dulu..

      lelaki / perempuan lain..belajarlah utk menghormati hak org lain…banyak lagi org lain yg nak jadi pasangan kita..jangan menggegarkan arash allah…sekejap je kesedapan yang dikejar2kan sangat tu…tp natijahnya sepanjang kehidupan dunia dan akhirat…

      • x berkata:

        lelakie kalao deh cureing tak lah seasons sangat maseh leh kulum ken..pompuan kalo dah curang ..tterowong kereta apie..kira kati…tak banyak lelalkai nok merayu..kembalie..pompuan bila dah kesano kemari dah tak berharga lagie akein merayu untok kembalie..solly laa bincag malie ketawa nie yerr yang jgein mu marah..forgive me

  38. xman berkata:

    ..mungkin ‘betik’ boob u tak comel untok di kulum dgn enak nye..berkemungkinan kemutkan u tak menarik..kelonggar selalu.. mungkin jua bau hapak…tingkah laku pandangan u rase okey tetapi hatie die a.amat nyilu sekali…mungkin jua kegoaan diri u yg lebeh..ibarat ajerr..happy new year….

    • kingkoil berkata:

      Bila Tuhan tarik kembali nikmat nafsu, mata, telinga, lidah pd awak….baru tahu kecantikan body tu sementara…masa tu baru awak fikir yang tak cantik tu berharga. Nafsu? Hi, hi, bye, bye

  39. ziiz berkata:

    xman,kembali kan maruah Islam. Jangan benarkan sifat syaitan dalam diri kita. Jangan bersetuju dengan pandangan mcm tu. Sebab kalau semua lelaki selalu berpaksi kepada hal mcm tu alamat hancur la Islam masa dpn..bygkan nasib anak cucu cicit kita..Dlm kepala otak mereka perempuan MESTI ada ciri2 boom mcm yg anda nyatakan klu tdk bye2..x blh mcm tuh..sy juga x setuju jika ada pakar2 motivasi yg menggunakan alasan itu sbg membenarkan/mengiyakan tindkan suami bila isteri mcm tu.

    Untuk golongan hawa, bersih, cantik, sihat, rajin,bijak semua di tuntut ISlam…kita cantik sihat bersih kerna Allah dan untuk suami…

  40. Ren berkata:

    memang hantu lah lelaki yang dah tahu buat salah, tak nak ngaku pukul isteri lagi.hai sabrina tan..kalau dia dah tumbuk mata awak..apa kata waktu suami awak tidur awak tumnbuk je biji dia tu. biar padan muka dia. terbalas sakit mata awak tu..jgn bg dia tu sentuh awak lagi la. upah orang pukul dia kalau dia sakiti awak lagi.jgn mengandungkan anak dia lagi. saya rasa dalam awak kutuk suami awak, awak masih cin ta dia kan. jgn tertipu dgn perasaan tu.tinggalkan dia, kan awak cakap awak masih menarik lagi.apa susahnya..cari jer lelaki lain..anak awak angkut lah jgn bg dgn c keparat tu.laki ko ni SYAITAN LAH…

  41. x berkata:

    aku curang sobab bini aku tak kasi men malam…dio nok jago badan..untok memikat lelaki idung belang..ke ke ke

    • kingkoil berkata:

      Baik ko jaga diri dan bini ko. Korang dua-dua pun boleh runtuhkan rumahtangga orang kalau korang curang dengan isteri/suami orang @ susah2 sangat kawin 2 je, cari anak dara tp kahwin bukan berzina lol:

  42. ladyweak berkata:

    UNTUK RENUNGA PARA SUAMI DI LUAR SANA
    ada aku peduli isteri dan anak2ku sudah makan ke belum.. ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak2…. ada aku peduli jika isteri ku masih di dapur menyediakan keperluan pg esok ketika aku sedang berdengkur…ada aku peduli siapa yang belikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya didlm bilik aku bersiram….ada aku peduli dh berapa lama isteriku setia menggosok kain bajuku… ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dr aku seorang suami…ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang ke rumah dgn wajah yg kusam dan masam… ada aku peduli adakah wang yg masih bersisa utk isteriku dan anakku ketika aku kepergian…ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku tk pernah menelefonya ketika aku brtugas di luar…ada aku peduli berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibirnya yg pudar ditelan masa…ada aku peduli bila kali terakhir aku menghadiahkn minyak wangi kepada isteriku…ada aku peduli bila kali terakhir aku membelikan pakain utk wanita yg rela menjadi isteriku dan ibu anak2ku…ada aku peduli kenapa isteriku terlelap dgn bersama linangan air mata…ada aku peduli jika isteriku terjaga ditengah malam kerana dengkuranku dan aku terus nyenyak dibuai mimpi indah seorang lelaki…Tiba-tiba aku MENJADI PEDULI dan MENGAMBIL PEDULI…ketika telefon isteriku berdering di malam hari… ketika isteriku mula belajr sms dn berchatting..ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh hati padanya… ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan… ketika isteriku tidak lagi meminta aku menjadi imamnya… ketika isteriku meemilih tidur brsama anak2ku…ketika dia tidak lg mencium tgn ku ketika aku hendak pergi… kini baru aku ingin bertanya kenapa isteriku dah tak peduli kat aku????
    p/s : Tidak ada manusia yg sempurna baik suami atau isteri. Jangan mengharap dilayan seperti raja jika kita pernah menganggap isteri itu permaisuri hati kita. Jangan diharap bunga yg indah jika kita tidak pernah membajanya. Dan selalulah ingat, bila hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi keras lebih dr seorang lelaki.

  43. sara berkata:

    hampir setahun lebih suami ku curang,bkn nk aibkn sapa2,tpi perempuan tu sorg pendidik,tergamak nk merampas kasih syg sorg insan anak aku sendiri yg usia bru 3 thun,mcm2 aku harungi ,sabar menemani ku,awal thun permpuan tu snggup bertukar negeri kerana semata2 nk tnggal bersama suami,kini suami ku jarang blik umah lansung,sehingga aku dapt hubungi mak permpuan tu,dn hnya nk ambik tindakan dgn brubat cara kg,dn menyalah aku lg setelah aku bgtau bapa prmpuan tu seolah2 aku yg mermpas segalanya,salah ker aku bgtau perkara yg sbnarnya ?…

  44. miss berkata:

    Saya alami perkara macamtu masa dalam pantang, memang tertekan. Pelajaran dan pekerjaan saya jatuh merudum, malam menangis dan rasa down sangat. Bila tanya hb cakap dia suka-suka tanpa pedulikan perasaan saya. At last saya beritahu perempuan tu dengan hb agar diorang kawin sebab tak sanggup lihat ikatan perkahwinan kami dicemari dengan dosa diorang..lagi kasihan anak saya yang masatu umur kat 3 bulan. Saya berpantang sendiri, masatu makan minum hb pun saya masak w/pun saya sendiri tengah berpantang tapi inilah balasan untuk saya. Diorang dah kawan lama tapi bila suruh kahwin tak mahu pula…Nak salahkan perempuan tu 100% tak boleh sebab suami sorok status kahwin. Saya betul2 rasa diri saya tak dihargai sebagai isteri. Tapi saya berpegang pada 1 prinsip, orang yang menganiaya orang lain akan terima balasan yang setimpal. sekarang, alhamdulillah saya dah ada kekuatan untuk harungi semua, yang penting kalau apa-apa jadi, anak saya yang punya.

    • as berkata:

      4 miss.terlalu awal suami u curang kpd u.klu ya pun u nak ‘payung emas’u dah btl-2 ikhlas ke.mengharunginya sepanjang hayat u.takut nanti u berulam jantung.u masih muda ,anak pun sorang.ingatlah sayang kepada orang yg tahu menghargainya dan menyanyangi kita.Allah menguji hambanya tp x menzaliminya diberinya juga jln keluar utk hambanya.yg penting solat hajat dan berdoa.hati sudah terluka,sembuh pun tetep beparut.adakah ingin berdarah kembali.

  45. ku redha berkata:

    salam…sy pown same baru dpt tau suami sy curng,,,bila sy tany die knp curng alsan yg die berikan x munahsabah,,,sy kol pompuan 2 die mengaku sudh couple ngan laki sy selama 1 bulan,skang nie laki sy melarikan die plak,,,ape harus sy buat,,penn dah pk maslh nie…

  46. ida berkata:

    salam…….sedih bila baca artikle ni,tp lebih sedih cerita saya ,,,,,,,suami saya curang masa saya tengah sarat mengandung,dan cuma tunggu masa nak bersalinje lagi,,,suami sy mula ceritanya ada pompuan yg tawar diri kt die mlalui sms,lepastu terus dia nk tengok gmbar pompuan tu,pompuan tu kasi gmbr die,terus suami sy berkenan nk kwin erus dgn pompuan tu, tanpa fikir macamana keadaan diri saya masatu…….lepastu diaorg terus bercinta guna bahasa sayang,abg sayang,,,,,,dan macm2 lg,,dan tak lama lepastu,diaorg terus kawin snyap2.bayangkan,saya tengan cukup sarat dan tunggu masaje lg nak bersalin,,,,,,,,lepas diaorg kawin,,suami saya bw pompuan tu dok kat umah sy lg 1 tanpa pengethuan saya,saya ada 2 buah rumah,dan 2 buah kereta,kereta sy lg 1 terus dikasi ke pompuan tu tanpa bgtau saya……alangkah sedihnya hati sy bil dapat tahu sumetu dari org lain,,,,,,,,dan bila tengok dr hp nya sendiri tentang sms syahdunya dia bercintan cintun dgn pompuan tu,hanya allah je yg tahu perasaan sy masatu,,,,,,dahla pompuan tu dok kat rumah sy lg 1,dn dok dalam bilik sy juga……..ya allah,suami saya langsung tak jaga perasaan saya yg tak lama lg nak bersalin,,,,,,,akhirnya sy terlalu terlalu tertekan sampai jd meroyan bila dapat tahu macamtu,,,,,,dan akhirnya sy ditahan di wad kerana terdapat tanda2 nak melahirkan…….rupa2nya masih belum lg…2 minggu selepas itu baru saya bersalin,,,,,,,tanpa suami di sisi,,,,,,,dan masa sy berpantang suami sy dan pompuan tu buat kenduri kawin mrk,sedihbya hati sy ya allah,,,,,sepatutnya suami yg patut bantu sy masa sy dalam kedaan cukup kritikal ngin bersalin dan berpantang,,,,,,tetapi sebaliknya pula yg berlaku,,suami saya lagi seronok2 dgn pompuan lain masa sy sgt2 memerlukan dia berada disisi sy………sampainya hati suami,,,,,,,,,,:-(

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 350 other followers

%d bloggers like this: